permainan tradisional

24
AKTIVITI 1: PENCARIAN MAKLUMAT Sediakan satu penulisan latar belakang tentang permainan tradisional. Anda boleh mencari maklumat melalui pembacaan buku-buku, jurnal-jurnal, makalah-makalah bercetak ataupun pencarian atas talian (internet). Maklumat yang diperlukan adalah berkaitan perkara-perkara berikut: Tujuan masyarakat bermain permainan tradisional Jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia Kelebihan dan manfaat penganjuran pertandingan permainan tradisional. Undang-undang atau peraturan dalam setiap jenis permainan tradisional. Cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mempopularkan permainan tradisional dalam zaman teknologi sekarang. Dan lain-lain maklumat bersesuaian mengikut kreativiti anda. Batu Seremban Asal Usul Batu Seremban Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek- objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah

Upload: ezmiemd

Post on 08-Feb-2016

864 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PERMIANAN MASYARAKAT MELAYU

TRANSCRIPT

AKTIVITI 1: PENCARIAN MAKLUMAT

Sediakan satu penulisan latar belakang tentang permainan tradisional. Anda boleh mencari maklumat melalui pembacaan buku-buku, jurnal-jurnal, makalah-makalah bercetak ataupun pencarian atas talian (internet).

Maklumat yang diperlukan adalah berkaitan perkara-perkara berikut:

Tujuan masyarakat bermain permainan tradisional Jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di

Malaysia Kelebihan dan manfaat penganjuran pertandingan permainan tradisional. Undang-undang atau peraturan dalam setiap jenis permainan tradisional. Cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mempopularkan permainan tradisional dalam

zaman teknologi sekarang. Dan lain-lain maklumat bersesuaian mengikut kreativiti anda.

Batu Seremban

Asal Usul Batu Seremban 

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

 

 

CARA BERMAIN

 

Buah Satu:

 

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.

Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah

dikutip,

 

Buah Dua:

 

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama. Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

 

Buah Tiga:

Buah tiga ada sedikit perbezaan. Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

 

Buah Empat:

 

Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah

yang berada di lantai dengan serentak.

 

Buah Lima:

 

Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.

Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

 

Buah Enam:

 

Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan. Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan

menjadi buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus

ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

 

Buah Tujuh:

 

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan

serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

PERMAINAN TRADISIONAL PENGENALAN

Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang . Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggung jawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan.

TUJUANAntara tujuan diperkenalkan permainan tradisional ialah

Memberi keseronokan kepada murid Memberi peluang untuk murid mengembangkan minda Mengukuhkan perhubungan persahabatan

Membentuk fizikal yang mantap dari aspek motor kasar daan motor halus. Menyuburkan kembali kegiatan permainan tradisional agar tidak pupus.

Permainan Tradisional

Koba

  Permainan ini amat mudah dilakukan dan ia menggunakan dua jenis alat sahaja iaitu sekeping serpihan batu leper dan kotak rokok. Dalam hubungan ini lazimnya kanak-kanak pada masa dahulu suka mencari dan mengumpulkan kotak rokok untuk digunakan dalam permainan ini. Tempat bermain tidak memerlukan kawasan yang luas. Setiap permainan memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang. Bilangan pemain yang paling sesuai ialah 3 atau 4 orang.

Layang-Layang  Permainan layang-layang atau wau mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli

terutama pada bentuk layang-layang atau wau itu sendiri. Di Malaysia lazimnya permainan layang-layang dilakukan selepas musim menuai padi atau pada masa nelayan tidak dapat pergi ke laut menangkap ikan. Antara jenis layang-layang ialah Layang-layang Baruk, Layang-layang Puyuh, Layang-layang Burung dan yang terkenal ialah Wau Bulan.

Sabung Ayam  Permainan 'menyabung ayam' disebut juga sebagai 'berlaga ayam'. Berdasarkan pelbagai

peristiwa dan cerita yang tertulis di dalam buku-buku hikayat termasuk juga cerita-cerita mulut, kononnya 'menyabung ayam' merupakan permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di zaman lampau. Kononnya pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan 'menyabung ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masing-masing.

Biji Saga  Permainan ini juga dikenali dengan nama 'main buah saga'. Nama yang lebih tepat ialah

biji saga kerana bahan yang dijadikan alat permainan ini adalah biji saga. Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun ada juga kana-kanak lelaki yang bermain permainan ini. Tempat bermain yang paling sesuai ialah di atas simen. Lazimnya apabila permainan ini diadakan, rakan-rakan sebaya akan duduk berhampiran untuk menyaksikan kecekapan dan kebolehan sesesorang pemain melagakan biji saga yang diselerakkan di atas lantai.

Berlaga Kerbau dan Lembu  Kegemaran berlaga lembu atau kerbau terdapat di kalangan masyarakat petani

khususnya yang berusaha menyerjakan sawah padi. Di antara tempat yang kerap diadakan permainan tersebut adalah Perlis, Kedah dan Kelantan. Menurut keterangan orang tua-tua salah satu tujuan mengadakan permainan ini adalah untuk menggalakkan orang memelihara lembu atau kerbau dengan baik. Permainan ini juga adalah untuk hiburan. Bagaimanapun dalam perkembangannya, permainan berlaga lembu dan kerbau telah menimbulkan gelaja kurang sihat dalam masyarakat setempat. Temasya tersebut telah menjadi tempat orang mewujudkan satu jenis perjudian.

CongkakPermainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Ia merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9. Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Batu Seremban  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk memungut mata

timbangan terbanyak. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sebelah / sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Lima (5) uncang (3 cm persegi satu butir). Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Ceper  Permainan ini hampir sama bentuknya dengan 'main koba' tetapi bahan yang digunakan

adalah berbeza. Bahan-bahan yang dijadikan alat permainan ini ialah tutup botol minuman yang diperbuat daripada timah dan ia dileperkan. Satu lagi alat yang digunakan ialah kepingan serpihan batu seperti yang digunakan dalam permainan koba.

Dam Aji  Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengalahkan pihak

lawan. Bilangan pemain ialah dua orang seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

Dam Harimau   Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan

giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang

digunakan di dalam permainan ini ialah Papan congkak dan cakak. Gelanggangnya adalah sebuah papan congkak yang mengandungi sekampong 5, 7, 8 atau 9; Rumah Anak serta 1 Rumah Ibu. Tiap Rumah Anak diisi cakak.

Galah Panjang  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan dan matlamat permainan adalah untuk

mengalahkan pihak lawan melalui jumlah Bilon yang diperolehi. Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah mengandungi lima (5) orang pemain ( empat (4) orang pemain dan satu (1) simpanan ). Perlawanan di dalam permainan ini adalah berkonsepkan ‘Pertahan’ oleh satu regu dan ‘Penyerang’ oleh satu regu yang lain. Gelanggang Galah panjang di bina di eprmukaan yang rata dan mendatar.

Gasing   Permainan gasing merupakan permainan untuk orang lelaki muda dan dewasa.

Bagaimanapun ada juga jenis gasing keciltetapi bentuknya sama dimainkan oleh golongan kanak-kanak. Gasing kanak-kanak ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu 'gasing Melayu' dan 'gasing Cina'. Pada masa dahulu permainan gasing merupakan sejenis permainan yang mendapat perhatian umum dan ramai peminatnya. Di samping bermain sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan negeri.

Getah  Permainan ini dinamakan 'main getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus

berbentuk gelang yang digunakan sebagai pengikat bungkusan atau barang-barang kecil. Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan ini merupakan permainan masa lapang terutama di musim hujan kerana pada masa itu kanak-kanak terpaksa berada di dalam rumah. Untuk meluangkan masa lapangnya mereka melakukan permainan ini.

Guli  Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Ia

tidak memerlukan ruang atau padang yang luas. Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain guli di halaman rumah. Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu. Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.

Gusti Tangan  Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk merebahkan tangan

lawan. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Meja. Gelanggangnya adalah Satu ( 1 ) permukaan meja dengan lebarnya antara 0.6 – 0.8 meter; Dilukis dua ( 2 ) lengkang dengan garis pusat 0.1 meter untuk letak siku; Jarak antara dua (2) lengkang (diukur pada pusat) ialah antara 30 cm – 40 cm

Ketingting

  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk. Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Gundu/ Tagan. Gelanggangnya adalah permukaan yang rata; dibina Rumah Ketinting yang mengandungi 9 petak segi empat sama berukuran 40 cm setiap petak iaitu Satu petak – loteng, Dua petak – serambi, Satu petak – tengah, Satu petak-kelek, Dua petak-lambur, Dua petak-tangga. Jarak paduk dengan tangga 5 meter.

Ketuk Keli  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk mengukur sukat

terbanyak. Bilangan pemain ialah 3 orang seregu sebelah/ sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Ketuk sepanjang 40 sm, bergarispusat 2 sm, Keli sepanjang 15 sm bergaris pusat 2 sm. Gelanggangnya adalah Kawasan lapang mengandungi Rumah di sudut berukuran 3 sm lebar X 16 sm panjang, Dua (2) watas bersudut tepat (90) dibina dari pangkal sudut rumah. Watas lengkok papan berjarak 2.5 meter diukur dari sudut.

Sepak Bulu Ayam  Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Ia

sangat digemari oleh kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah. Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat. Permainan ini ialah menyepak bulu ayam itu ke atas, seberapa kali yang dapat tanpa jatuh ke tanah.

Sepak Raga Ratus  Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menimbang bola.

Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau lima (5) orang seregu sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola raga. Gelanggangnya adalah permukaan rata, dibina lengkang bulatan bergaris pusat tiga (3) meter.

Sorok-Sorok  Permainan ini merupakan permainan masa lapang. Di sesetengah tempat ia dipanggil

dengan nama 'main ibu' atau 'main induk'. Permainan sorok-sorok dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan selebih-lebihnya sepuluh orang. Ia lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki. Namuin demikian, ada juga kumpulan kanak-kanak perempuan yang bermain sorok-sorok sesama mereka. Tujuan permainan ini adalalah untuk mencari pemain-pemain yang menyorokkan diri di sesuatu tempat.

Tating Lawi   Merupakan jenis permainan Laman. Tujuan permainan ialah untuk menating bola lawi.

Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di dalam permainan ini ialah Bola lawi. Gelanggangnya adalah Permukaan rata.

PERMAINAN TRADISIONAL PENGENALAN

Permainan tradisional merupakan permainan warisan nenek moyang . Kebanyakan permainan tradisional hampir dilupakan oleh masyarakat akibat kemunculan pelbagai bentuk budaya moden. Adalah menjadi tanggung jawab generasi masa kini untuk mempertahankan budaya warisan bangsa dan memastikan budaya ini dikekalkan.

TUJUANAntara tujuan diperkenalkan permainan tradisional ialah

Memberi keseronokan kepada murid Memberi peluang untuk murid mengembangkan minda Mengukuhkan perhubungan persahabatan Membentuk fizikal yang mantap dari aspek motor kasar daan motor halus. Menyuburkan kembali kegiatan permainan tradisional agar tidak pupus.

1.      PERMAINAN JAN-JAN JALA

Lirik lagu :

Jala-jala Itik

Jan-jan jala , jala , jala ayam,Berapa lubang kancil ,Seratus lima puluh ,Panggil Cik Dayang singgah ,Makan sirih mulutnya merah .

                         Peraturan permainan

1 . Lantik 2 orang murid sebagai ketua . Guru akan memberi  lambang yang berbeza kepada ketua yang dipilih secara rahsia seperti ROS dan ORKID 2 . Kedua-dua ketua itu akan berpegang tangan membentuk seperti pintu gerbang .  Murid-murid akan berbaris di hadapan pintu gerbang .

Cara permainan1.    

1.      Murid-murid berjalan di bawah dan mengelilingi pintu gerbang sambil menyanyi lagu Jan-Jan Jala hingga tamat .

2.      Ketua akan meminta murid yang terperangkap memilih lambang secara berbisik .3.       Sekiranya murid itu memilih bunga ROS dia hendaklah berdiri di belakang ketua

kumpulan BUNGA ROS  atau sebaliknya . Permainan akan diteruskan sehingga setiap murid telah diperangkap dan telah memilih lambang masing-masing .

4.      Permainan berubah corak dengan kedua-dua pasukan berbaris untuk beradu tenaga .

5.      Kedua-dua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain . Pemain-pemain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang pingang . Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melintasi garisan yang ditetapkan bersama-sama ahli lain (seperti pertandingan tarik tali )

CONTOH PENGAJARAN: MARI BERMAIN KETENTENG

            Cadangan masa             60 minit

      Tunjang Utama                       Perkembangan Fizikal dan Penjagaan

Kesihatan

      Standard Pembelajaran

Utama

      PFK 2.1.17- Berketenteng dengan lakuan

yang betul

      Standard pembelajaran

lain yang  disepadukan

      KM 7.3.2 Bermain permainan tradisionl

masyarakat pelbagai kaum Malaysia

      PM 14.1.1 Menjayakan aktiviti secara

berkumpulan

      BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas

mengikut arahan mudah

      Objektif Pelajaran       Pada akhir pengajaran , murid dapat

bermain ketenteng dengan cara yang betul

      Kemahiran Utama                   Bermain ketenteng

      Kosa Kata       Ketenteng, pundi kacang, maju

      Alatan dan bahan       Pundi kacang

Langkah Pengajaran

1.      Guru mengarahkan murid-murid untuk mengangkat kaki sebelah dan membuat

imbangan.

2.      Guru membimbing murid-murid yang tidak dapat membuat imbangan.

3.      Setiap murid berketenteng dalam jarak 5 meter secara bebas.

4.      Guru berbual dengan murid-murid tentang jenis-jenis permainan tradisional yang

biasa dimainkan oleh rakyat Malaysia. Contoh: galah panjang,congkak dan batu

seremban.

5.      Guru membuat penerangan tentang peraturan semasa bermain ketenteng.

6.      Seorang murid dipanggil untuk menunjukkan contoh permainan ketenteng dengan

melompat menggunakan sebelah kaki.

7.      Murid bermain ketenteng secara berkumpulan

8.      Guru bersoal jawab dengan murid tentang perasaan mereka setelah melakukan

permainan ketenteng

Murid mengangkat kaki sebelah dan membuat imbangan

Murid bermain keteng-teng secara berkumpulan

3.      CONGKAK

Bahan

Rumah congkak

Buah congkak seperti biji getah , guli , siput atau batu kecil

Peraturan

1 .  Bilangan pemain terdiri daripada 2 orang .

2 . Setiap rumah hendaklah diisi dengan bilangan yang sama jumlahnya .

3 . hendaklah bermula dari arah  kanan ke kiri .

4 . Setiap rumah , ibu sendiri dan rumah lawan  hendaklah diisi dengan sebiji buah

      sahaja .

5 . Pemain  yang mempunyai bilangan buah yang banyak dikira sebagai pemenang .

6 . Bagi pusingan yang kedua ,dan seterusnya , hanya buah yang terkumpul dalam ibu

     rumah sendiri akan dimasukkan ke dalam rumah sendiri .

Cara bermain

1.      Pemain duduk secara bertentangan .

2.      Permainan dimulakan dengan pemain mengambil buah dari mana-mana rumah secara

serentak .

3.      Buah yang diambil hendaklah dimasukkan ke dalam ibu rumah sendiri dan rumah

kawan .

4.      Pemain tidak boleh meneruskan permainan apabila berakhir di rumah yang kosong .

5.      Jika pemain berhenti di rumah kosong sendiri setelah selesai membuat satu pusingan ,

ambil isi rumah yang setentang dengan rumahnya dan dimasukkan ke dalam ibu

rumahnya sendiri . Proses ini dinamakan ‘menembak/menikam’.

4.      DATUK HARIMAU

Bahan

Topeng

Tongkat

Cara bermain

1.      Guru menjemput seorang murid menjadi ‘Harimau’ (seberang haiwan buas yang

makan manusia) .

2.      Murid – murid berdiri di belakang ‘Datuk Harimau’. Jarak antara mereka dengan

‘Datuk Harimau’ ialah 5 kaki (1.5 meter)

3.      Sambil murid-murid berjalan di belakang harimau, mereka berteriak “Pukul  berapa

Datuk Harimau”.Datu Harimau akan menjawab . Contohnya “Pukul 1”  atau “Pukul

4”.

4.      Apabila Datuk Harimau menjawab,”Pukul 12”atau “Aku lapar”ia menoleh ke

belakang dan cuba menangkap murid-murid . Murid-murid akan lari bertempiaran

menyelamatkan diri.

Murid sedang bermain Datuk Harimau

5.BATU SEREMBAN

Bahan

Batu/pundi kacang bersaiz besar.

 kecil sebanyak 5 atau 7 biji

Cara Permainan

Peringkat 1

1.  Lima atau tujuh orang murid duduk dalam bulatan. Setiap orang murid mendapat satu

pundi kacang bersaiz besar.

2. Murid melambung dan menyambut pundi kacang mengikut aras ketinggian (dari aras

rendah ke tinggi).

3.  Murid diberi pundi kacang yang bersaiz kecil .

4.  Murid melambung sambil mengaup pundi kacang yang berada di lantai.

5. Latihan di atas dibuat berulang kali sehingga mahir sebelum memulakan permainan

peringkat ke-2.

Peringkat 2

1.      Pemain dikehendaki duduk di atas lantai .

2.      Sebelum bermain , giliran pemain ditentukan dengan menimbang buah terlebih dahulu

.

3.      Sesiapa yang dapat menimbang buah yang banyak akan bermain dahulu .

4.      Pemain menabur buah di atas lantai , kemudian mengutip semula mengilut urutan 1,2

dan 3 .

5.      Permainan di teruskan sehingga pemain melakukan kesilapan seperti buah terjatuh

ketika dilambung atau tersentuh buah lain , selain buah yang perlu di ambil .

6.      Sekiranya kesilapan tersebut berlaku , maka giliran akan diberi kepada pemain yang

seterusnya .

7.      Pemain yang berjaya mengutip buah paling banyak pada pusingan itu di kira sebagai

pemenang .

Pemain ditentukan dengan menimbang buah terlebih dahulu

6.GULI              

 Bahan

Guli yang pelbagai warna .

Cara bermain

1.      Jumlah pemain tidak melebihi 5 orang dan kawasan permainan adalah tanah

rata/lapang

2.      Untuk memulakan permainan , setiap pemain hendaklah ,meleretkan biji guli masuk

ke dalam lubang induk .

3.      Guli yang masuk ke dalam induk atau yang terhampir adalah di kira sebagai pemain

yang pertama untuk memulakan permainan diikuti oleh guli-guli yang kedua hamper

dan seterusnya .

4.      Pemain pertama akan menjentik gulinya kea rah semua guli yang berada di dalam

kawasan bulatan agar terkeluar . Sekiranya jentikan tidak mengena , ia dikira mati dan

pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada . Begitulah seterusnya

sehingga semua pemain selesai membuat jentikan kea rah guli pemain lain .

5.      Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat dia mestilah memasukkan

guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu . Pemain akan memastikan guli

itu miliknya . Sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan

dilakukan . Ini memudahkan mereka mengawal permainan .

6.      Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya , pemain yang mengambil alih

giliran di kehendaki memasukkan guli ke dalam luan induk terlebih dahulu sebelum

menjentik guli lawan . Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk giliran untuk

pemain lain diberikan .

7.      Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan di buat terhadap guli lawan

sehingga semua pemain selesai giliran .

8.      Dua cara dendaann akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata

terendah .Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk

dan semua pemain akan akan memangkah guli tersebut . Cara kedua adalah dengan

setiap pemain menjentik sekali pada guli pemain yang kalah itu ,jauh dari kawasan

bulatan .

7. SERAK LIDI

Bahan

Lidi berukuran 10 sentimeter panjang

Cara bermain

1.      Bermain mengikut giliran

2.      Jumlah pemain 3-5 orang

3.      Membuat undian untuk menentukan pemain yang akan memulakan permainan itu.

4.      Pemain pertama akan menggenggam lidi-lidi dan melepaskan genggaman secara

pantas.

5.      Kemudian pemain akan memilih lidi induk untuk mencungkil keluar anak lidi.

6.      Jika ia berjaya, ia akan meneruskan permainan .Jika dia gagal, permainan tersebut

akan ditamatkan. Pemain kedua akan melakukan seperti pemain pertama.

                                                               

PENUTUP

          Adalah diharapkan contoh-contoh permainan tradisional ini dapat membantu guru

mengenalpasti dengan lebih jelas permainana-permainan yang sesuai untuk tahap

perkembangan murid di prasekolah. Selain itu ianya juga berhasrat untuk

menghidupkan semula permainan tradisional dan merealisasikan Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam menonjolkan dalam seni warisan dan budaya bangsa .

  Apabila permainan tradisional digunakan, matlamat kukrikulum prasekolah kebangsaan

untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek jasmani, emosi dan

rohani akan tercapai . Aktiviti permainan bakal melahirkan insan yang holistic dan

menghargai warisan budaya .

  Melalui contoh-contoh permainan yang diberi , murid akan didedahkan dengan pelbagai

pengetahuan , kemahiran dan sikap bagi menyediakan murid ke dalam persekolahan

formal .