permainan tradisional

15
PERMAINAN TRADISIONAL : PERMAINAN GULI Disediakan oleh : Akmal Idrus

Upload: akmal-idrus

Post on 13-Dec-2015

262 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

permainan guli

TRANSCRIPT

PERMAINAN TRADISIONAL :

PERMAINAN GULI

Disediakan oleh : Akmal Idrus

Pengenalan

Permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan dan diwarisi sejak sekian lama serta telah menjadi antara salah satu budaya dan diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, permainan tradisional atau permainan tradisi bermaksud permainan atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (adat, kepercayaan dan lain-lain) yang kekal turun temurun. Antara contoh permainan tradisional ialah seperti Permainan Guli, gasing dan wau bulan yang merupakan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu.

Asal-usul Permainan Guli

Permainan Guli telah terkenal di Eropah seperti di Jerman pada abad ke-16 hingga abad ke-19 dan kemudiannya terkenal ke Amerika Syarikat

Bahan asas bagi menghasilkan guli pada ketika itu ialah tanah liat dan dihasilkan dalam kuantiti yang banyak

Antara sejarah terawal guli terdapat pada peradaban mesir kuno iaitu pada 300 tahun sebelum masihi

Pada ketika itu, guli diperbuat daripada batu atau tanah liat.

Sejarah guli yang tertua di dunia pula ditemui Crete, Greece dan telah menjadi koleksi artifak di Muzium Britain di London, United Kingdom yang bertarikh antara 2000 hingga 1700 sebelum masihi.

Pada ketika itu, guli digunakan dalam upacara keagamaan semasa festival Saturnalia

Perkara Asas Sebelum Bermain

Guli

Juga dikenali sebagai kelereng Setiap pemain perlu mempunyai

sekurang-kurangnya 10 biji guli 5 guli diletakkan dalam gelanggang

manakala 5 biji guli lagi digunakan untuk “menembak” keluar guli yang terdapat dalam gelanggang tersebut.

Gelanggang

Gelanggang Permainan Guli dilukis pada permukaan tanah yang rata. Sebuah bulatan yang saiznya mengikut kehendak pemain dibuat bagi tujuan gelanggang tersebut.

Ditengah-tengah gelanggang tersebut dilekukkan sebuah lubang bagi tujuan lubang induk.

Permukaan tanah hendaklah kering bagi mengelakkan guli melekat pada permukaan tanah

Pemain terdiri kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun

Selalunya pemain adalah lelaki Dalam satu-satu permainan, minimum

bilangan pemain adalah 2 orang. Namun selalunya dimainkan dengan pemain yang ramai iaitu antara 5 hingga 6 orang pemain dalam satu-satu perlawanan

Cara-cara Bermain

Bagi menentukan pemain pertama dalam Permainan Guli, setiap pemain perlu melontar guli masuk ke dalam lubang induk atau berhampiran dengan lubang induk.

Pemain yang guli mereka masuk ke dalam lubang induk atau yang berhampiran dengan lubang induk dikira sebagai pemain yang akan memulakan permainan dan diikuti dengan guli-guli lain yang hampir dengan lubang induk.

Setelah setiap pemain mendapat urutan giliran, setiap pemain perlu meletakkan sejumlah guli di tengah-tengah bulatan atau gelanggang itu.

Sejumlah guli yang diletakkan dalam gelanggang perlu “ditembak” keluar.

Apabila mana-mana pemain dapat “menembak” keluar guli yang terdapat dalam gelanggang, guli tersebut dikira sebagai hak milik pemain tersebut.

Jika guli yang digunakan untuk “menembak” tertinggal dalam gelanggang semasa “menembak”, guli tersebut dikira hangus.

Permainan tidak akan tamat selagi guli-guli yang terdapat dalam gelanggang belum habis “ditembak” keluar

Permainan juga akan tamat jika guli “hangus” dan pemain kehabisan guli untuk “menembak”

Menentukan Pemenang

Pemenang dapat ditentukan dengan pemain yang mendapat jumlah guli yang “ditembak” keluar yang paling banyak

Sekian, Terima Kasih