permainan tradisional

21
SK TELOK GADONG Nama Pelajar : 1.Raja Yong Zahariah Binti Raja Badaruddin 2.Salmiah Binti Sallehajih Kelas :5 Kecubung

Upload: raja-yong-raja

Post on 04-Sep-2015

293 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kokurikulum

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

SK TELOK GADONGNama Pelajar :

Raja Yong Zahariah Binti Raja BadaruddinSalmiah Binti Sallehajih

Kelas :5 Kecubung

TAJUK PROJEK SEJARAH : PERMAINAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

Batu Seremban Pengenalan Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atauSerembat.Dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih.Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat boleh digunakan dalam permainan ini. (dikenali sebagai buah) Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya lebih mudah untuk bermain. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.

Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang. (Menggunakan

Buah Satu:Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu sama lain.Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.

Buah Dua:Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:Buah tiga ada sedikit perbezaan.Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:Buah ibu akan dilambungkan ke udara.Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan:Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang:Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.Tangkap batu seremban yang ada di tanganBatu yang dapat ditangkap = 1 mataBatu yang dijatuhkan = 0 mataSelepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan:Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

PERMAINAN TRADISIONAL: KABADDI

PENGENALAN Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India.Menurut bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Turut dikenali dengan nama Hadudu di kalangan orang Bangladesh.Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, jepun dan Iran.Kabaddi turut merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.

PASUKAN PEMAINPermainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan.Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

KAWASAN & DURASI PERMAINAN Kawasan gelanggang permainan ini meliputi luas 12.5 x 10 meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas.Durasi permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit untuk pertukaran dua sesi tersebut.

CARA PERMAINANPasukan penyerang akan menghantar seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan (setengah seperti yang dijelaskan di atas).Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan.

SambunganJika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula ke gelanggangnya.

4.Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.

5.Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

PERATURAN AM PERMAINANTujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan kabaddi; seorang referee, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat markah.

Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.

Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan kecuali jika tindakan itu berlaku atas struggle.

Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus lona. Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan dalam permainan.

MAHJUNG Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada varisi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Halangan kepada perkembangan permainan tradisionalPerkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia.Kurang pendedahan terhadap permainan tradisional daripada ibubapa, guru, rakan sebaya dan masyarakat.Alat permainan yang sukar diperolehi.Tidak berminat atau malu untuk bermain permainan tradisional

Cara-cara untuk mengembangkan permainan tradisionalMenginovasikan permainan tradisional supaya diterima oleh pelajar.Mengadakan kempen secara besar-besaran di peringkat kebangsaan.pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah

RUJUKAN https://twoohiok.wordpress.com/2010/08/06/karangan-rangsangan-permainan-tradisional/http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/

SEKIAN TERIMA KASIH