perlembagaan persahabatan belia gereja yesus …members.tjc.org/sites/en/iym/sabah youth training...

29
SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015 Penampang 1-3/5/2015 1 PERLEMBAGAAN PERSAHABATAN BELIA GEREJA YESUS BENAR, IBU GEREJA SABAH (Pindaan 2012) FASAL SATU PERLEMBAGAAN KESELURUHAN Perkara 1 Perlembagaan ini ditetapkan berdasarkan Perkara 15 (c) Perlembagaan Ibu Gereja Yesus Benar Sabah. Perkara 2 “Persahabatan Belia Ibu Gereja Yesus Benar Sabah” dengan akronimnya SYF tertakluk di bawah bidang kuasa AJK Eksekutif Ibu Gereja Sabah dan dibimbing oleh Penguasa Ibu Gereja atau AJK yang dilantiknya. Perkara 3 SYF ditubuhkan oleh belia Gereja Yesus Benar yang berumur antara 18 hingga 40 tahun. Perkara 4 Objektif Utama SYF adalah seperti berikut: i) Memupuk iman kepercayaan yang murni, dan akhlak yang mulia dalam kalangan belia di samping mendorong mereka membesar dalam ikatan yang mesra. ii) Mendorong para belia melayan Tuhan dengan karunia masing-masing. iii) Memperkasa kaunseling dan latihan pekerja suci dalam kalangan para belia demi membantu pelaksanaan kerja suci. FASAL DUA ORGANISASI Perkara 5 Ahli Jawatankuasa SYF mempunyai 7 orang. 1 orang Pengerusi, yang dilantik oleh AJK Eksekutif Ibu Gereja Sabah setelah mempertimbangkan 2 orang calon yang dicadangkan oleh SYF penggal lalu. Pengerusi YF Zon bagi setiap zon adalah AJK tetap dalam SYF. Selain itu, setiap YF Zon perlu menghantar seorang AJK zonnya untuk menjadi AJK dalam SYF. AJK SYF dilantik setelah diluluskan oleh AJK Eksekutif Ibu Gereja. Tempoh pelantikan adalah 3 tahun, sama tempoh dengan AJK Eksekutif Ibu Gereja dan hanya layak dilantik semula sekali. Namun, pelantikan semula orang yang sama boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan AJK Eksekutif Ibu Gereja jika tiada pilihan. Perkara 6 SYF merangkumi 5 bahagian iaitu Latihan, Aktiviti, Hal Ehwal Am, Informasi, dan Bendahari. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang dipilih dalam kalangan AJK SYF. Tugas-tugas setiap bahagian adalah seperti berikut:- i. Bahagian Latihan: Merancang dan melaksanakan latihan penyempurnaan rohani, kehidupan dan pekerjaan suci dalam kalangan belia.

Upload: nguyendung

Post on 08-Apr-2019

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

1

PERLEMBAGAAN PERSAHABATAN BELIA GEREJA YESUS BENAR, IBU GEREJA SABAH

(Pindaan 2012)

FASAL SATU PERLEMBAGAAN KESELURUHAN

Perkara 1 Perlembagaan ini ditetapkan berdasarkan Perkara 15 (c) Perlembagaan Ibu Gereja Yesus Benar Sabah.

Perkara 2 “Persahabatan Belia Ibu Gereja Yesus Benar Sabah” dengan akronimnya SYF tertakluk di

bawah bidang kuasa AJK Eksekutif Ibu Gereja Sabah dan dibimbing oleh Penguasa Ibu Gereja atau AJK yang dilantiknya.

Perkara 3 SYF ditubuhkan oleh belia Gereja Yesus Benar yang berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Perkara 4 Objektif Utama SYF adalah seperti berikut:

i) Memupuk iman kepercayaan yang murni, dan akhlak yang mulia dalam kalangan belia di samping mendorong mereka membesar dalam ikatan yang mesra.

ii) Mendorong para belia melayan Tuhan dengan karunia masing-masing.

iii) Memperkasa kaunseling dan latihan pekerja suci dalam kalangan para belia demi membantu pelaksanaan kerja suci.

FASAL DUA ORGANISASI

Perkara 5 Ahli Jawatankuasa SYF mempunyai 7 orang. 1 orang Pengerusi, yang dilantik oleh AJK Eksekutif Ibu Gereja Sabah setelah mempertimbangkan 2 orang calon yang dicadangkan oleh SYF penggal lalu. Pengerusi YF Zon bagi setiap zon adalah AJK tetap dalam SYF. Selain itu, setiap YF Zon perlu menghantar seorang AJK zonnya untuk menjadi AJK dalam SYF. AJK SYF dilantik setelah diluluskan oleh AJK Eksekutif Ibu Gereja. Tempoh pelantikan adalah 3 tahun, sama tempoh dengan AJK Eksekutif Ibu Gereja dan hanya layak dilantik semula sekali. Namun, pelantikan semula orang yang sama boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan AJK Eksekutif Ibu Gereja jika tiada pilihan.

Perkara 6 SYF merangkumi 5 bahagian iaitu Latihan, Aktiviti, Hal Ehwal Am, Informasi, dan Bendahari. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang dipilih dalam kalangan AJK SYF. Tugas-tugas setiap bahagian adalah seperti berikut:-

i. Bahagian Latihan: Merancang dan melaksanakan latihan penyempurnaan rohani, kehidupan dan pekerjaan suci dalam kalangan belia.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

2

ii. Bahagian Aktiviti: Merancang dan melaksanakan aktiviti persahabatan belia.

iii. Bahagian Hal Ehwal Am:Mengurus perihal pembekalan pelbagai tenaga dan kenderaan, kerja-kerja menyambut tetamu dan kerja hal ehwal am yang lain.

iv. Bahagian Informasi: Menguruskan informasi, simpanan fail, mencatat minit mesyuarat, dan laporan setiap aktiviti, kaji selidik guna tenaga dan sebagainya. v. Bahagian Bendahari: Menguruskan perihal kewangan, juruwang, merancang

bajet tahunan dan bajet untuk setiap aktiviti.

Perkara 7 Setiap Zon hendaklah menubuhkan Persahabatan Belia Zon yang dinamakan “Persahabatan Belia Zon xxx Ibu Gereja Yesus Benar” di bawah bidang kuasa Ahli Jawatankuasa Zon masing-masing dan dibimbing oleh Penguasa Zon bagi membantu pelaksanaan kerja suci Zon.

Perkara 8 Ahli Jawatankuasa Persahabatan Belia Zon terdiri daripada 7-13 orang. 1 orang Pengerusi, disyorkan oleh AJK Eksekutif Zon. Pengerusi YF Subzon adalah AJK tetap dalam YF Zon. AJK YF Zon yang selebihnya dilantik oleh Pengerusi YF Zon berdasarkan keperluan kerja suci. AJK YF Zon dilantik setelah diluluskan oleh AJK Eksekutif Zon. Tempoh pelantikan adalah 3 tahun, sama tempoh dengan AJK Eksekutif Zon dan hanya layak dilantik semula sekali. Namun, pelantikan semula orang yang sama boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan AJK Eksekutif Zon jika tiada pilihan.

Perkara 9 Persahabatan Belia Zon melaksanakan perkara-perkara yang disalurkan menerusi SYF dan AJK Eksekutif Zon. Berdasarkan keperluan pekerjaan suci hendaklah merangkumi 5 bahagian iaitu Latihan, Aktiviti, Informasi, Hal Ehwal Am, dan Bendahari. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang dipilih oleh AJK Persahabatan Belia Zon. Tugas-tugas setiap bahagian adalah seperti berikut:-

i. Bahagian Latihan : Merancang seminar dan kursus latihan tahunan, membincang dan menyediakan teks seminar dan perihal mengundang pensyarah.

ii. Bahagian Aktiviti : Merancang pekerjaan suci, perihal aktiviti persahabatan dan sebagainya.

iii. Bahagian Informasi : Menguruskan informasi, simpanan fail, mencatat minit mesyuarat, dan laporan setiap aktiviti, kaji selidik guna tenaga dan sebagainya. .

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

3

iv. Bahagian Hal Ehwal Am : Mengurus perihal pembekalan pelbagai tenaga dan kenderaan, kerja-kerja menyambut tetamu dan kerja hal ehwal am yang lain.

v. Bahagian Bendahari: Menguruskan perihal kewangan, juruwang, merancang

bajet tahunan dan bajet untuk setiap aktiviti.

Perkara 10 Setiap Subzon hendaklah menubuhkan Persahabatan Belia Subzon yang dinamakan “Persahabatan Belia Subzon xxx Ibu Gereja Yesus Benar” di bawah bidang kuasa Ahli Jawatankuasa Subzon masing-masing dan dibimbing oleh Penguasa Subzon bagi membantu pelaksanaan kerja suci subzon. Bilangan ahli dalam subzon adalah ditentukan mengikut bilangan gereja dan khemah doa dalam subzon tersebut. Gereja tempatan dan khemah doa yang tidak mempunyai Persahabatan Belia gereja tempatan boleh menghantar seorang wakilnya sebagai co-ordinator . Pengerusi YF gereja tempatan adalah AJK tetap dalam YF Subzon. AJK YF Subzon dilantik setelah diluluskan oleh AJK Eksekutif Subzon. Tempoh pelantikan adalah 3 tahun, sama tempoh dengan AJK Eksekutif Subzon dan hanya layak dilantik semula sekali. Namun, pelantikan semula orang yang sama boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan AJK Subzon jika tiada pilihan.

Perkara 11 Persahabatan Belia Subzon melaksanakan perkara-perkara yang disalurkan menerusi

Persahabatan Belia Zon dan AJK Eksekutif Subzon. Berdasarkan keperluan pekerjaan suci hendaklah merangkumi 5 bahagian iaitu Latihan, Aktiviti, Informasi, Hal Ehwal Am, dan Bendahari. Persahabatan Belia Subzon juga boleh menambahkan bahagian yang lain mengikut kesesuaian kerja suci di subzon masing-masing.Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang dipilih oleh AJK Persahabatan Belia Subzon. Tugas-tugas setiap bahagian adalah seperti berikut:-

i. Bahagian Latihan : Merancang seminar dan kursus latihan tahunan, membincang dan menyediakan teks seminar dan perihal pengundangan pensyarah.

ii. Bahagian Aktiviti : Merancang pekerjaan suci, perihal aktiviti persahabatan dan sebagainya.

iii. Bahagian Informasi : Menguruskan informasi, simpanan fail, mencatat minit mesyuarat, dan laporan setiap aktiviti, kaji selidik guna tenaga dan sebagainya. .

iv. Bahagian Hal Ehwal Am : Mengurus perihal pembekalan pelbagai tenaga dan kenderaan, kerja-kerja menyambut tetamu dan kerja hal ehwal am yang lain.

v. Bahagian Bendahari: Menguruskan perihal kewangan, juruwang, merancang

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

4

bajet tahunan dan bajet untuk setiap aktiviti. Perkara 12 Setiap gereja tempatan hendaklah menubuhkan Persahabatan Belia yang dinamakan

“Persahabatan Belia Gereja Yesus Benar, Gereja xxx” di bawah bidang kuasa Ahli Jawatankuasa Gereja dan dibimbing oleh Penguasa Keagamaan Gereja bagi membantu pelaksanaan kerja suci gereja tempatan.

Perkara 13 Ahli Jawatankuasa Persahabatan Belia Gereja Tempatan terdiri daripada sekurang-

kurangnya 5 orang, bilangan AJK dalam YF gereja tempatan ditentukan mengikut keperluan skop kerja. 4 orang dipilih oleh ahli-ahli Persahabatan Belia dan seorang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Gereja. Orang yang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Gereja akan menjadi Pengerusi YF gereja tempatan. Ahli Jawatankuasa YF gereja tempatan akan melaksanakan perkara-perkara yang diamanahkan oleh gereja tempatan dan Persahabatan Belia Subzon. Berdasarkan keperluan pekerjaan suci hendaklah merangkumi Bahagian Latihan, Bahagian Aktiviti, Bahagian Hal-Ehwal Am, dan Bahagian Informasi dan Bendahari, serta boleh menambahkan apa-apa bahagian lain mengikut keperluan YF gereja tempatan. Tempoh pelantikan adalah 3 tahun, sama tempoh dengan AJK Eksekutif gereja tempatan dan boleh dilantik semula sekali. Bekas pengerusi boleh diundang untuk menghadiri mesyuarat bagi penggal semasa. Jika AJK Eksekutif Gereja tidak mempunyai AJK YF, maka AJK Eksekutif Gereja boleh melantik seorang AJKnya untuk menghadiri mesyuarat YF. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang dipilih oleh AJK Persahabatan Belia Gereja Tempatan. Tugas-tugas setiap bahagian adalah seperti berikut:-

i. Bahagian Latihan : Merancang seminar dan kursus latihan tahunan, membincang dan menyediakan teks seminar dan perihal mengundang pensyarah.

ii. Bahagian Aktiviti : Merancang pelbagai pekerjaan suci, persahabatan, aktiviti

mengalu-alukan ahli-ahli baru dan sebagainya. Boleh membahagikan belia kepada 15 orang satu kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil mempunyai seorang ketua kumpulan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti yang ditetapkan bagi setiap kumpulan.

iii. Bahagian Informasi : Menguruskan informasi, simpanan fail, mencatat minit mesyuarat, dan laporan setiap aktiviti, kaji selidik guna tenaga dan sebagainya. .

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

5

iv. Bahagian Hal Ehwal Am : Mengurus perihal pembekalan pelbagai tenaga dan kenderaan, kerja-kerja menyambut tetamu dan kerja hal ehwal am yang lain.

v. Bahagian Bendahari: Menguruskan perihal kewangan, juruwang, merancang

bajet tahunan dan bajet untuk setiap aktiviti.

FASAL TIGA TANGGUNGJAWAB

Perkara 14 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa SYF adalah seperti berikut:-

i. Menentukan rancangan tahunan SYF ii. Menguruskan segala hal tugasan SYF iii. Membimbing Persahabatan Belia Zon perihal tugasan.

Perkara 15 Tanggungjawab Pengerusi SYF adalah seperti berikut:-

i. Mewakili SYF terhadap luar. ii. Merancang serta membimbing hal tugasan setiap bahagian. iii. Mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa SYF. iv. Sentiasa berkomunikasi dengan Penguasa Ibu Gereja Sabah, Ahli Exco Ibu

Gereja dan para pendeta zon. Perkara 16 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa YF Zon adalah seperti berikut:-

i. Menentukan rancangan tahunan YF Zon ii. Menguruskan segala hal tugasan YF Zon iii. Membimbing Persahabatan Belia Subzon perihal tugasan.

Perkara 17 Tanggungjawab Pengerusi YF Zon adalah seperti berikut:-

i. Mewakili YF Zon terhadap luar. ii. Merancang serta membimbing hal tugasan setiap bahagian. iii. Mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa YF Zon. iv. Sentiasa berkomunikasi dengan Penguasa Zon, AJK Eksekutif Zon dan para

pendeta zon. Perkara 18 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa YF Subzon adalah seperti berikut:-

i. Menentukan rancangan tahunan YF Subzon ii. Menguruskan segala hal tugasan YF Subzon iii. Membimbing Persahabatan Belia Gereja Tempatan perihal tugasan.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

6

Perkara 19 Tanggungjawab Pengerusi YF Subzon adalah seperti berikut:-

i. Mewakili YF Subzon terhadap luar. ii. Merancang serta membimbing hal tugasan setiap bahagian. iii. Mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa YF Subzon. iv. Sentiasa berkomunikasi dengan Penguasa Subzon, AJK Eksekutif Subzon dan

para pendeta subzon. Perkara 20 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa YF Gereja Tempatan adalah seperti berikut:-

i. Menentukan rancangan tahunan YF Gereja Tempatan ii. Menguruskan segala hal tugasan YF Gereja Tempatan

Perkara 21 Tanggungjawab Pengerusi YF Gereja Tempatan adalah seperti berikut:-

i. Mewakili YF Gereja Tempatan terhadap luar. ii. Merancang serta membimbing hal tugasan setiap bahagian. iii. Mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa YF Gereja Tempatan. iv. Sentiasa berkomunikasi dengan AJK Eksekutif atau AJK Gereja Tempatan dan

para pendeta subzon. FASAL EMPAT MESYUARAT Perkara 22 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa SYF diadakan setengah tahun sekali. Mesyuarat Ahli

Jawatankuasa YF Zon dan YF Subzon diadakan empat bulan sekali. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa YF Gereja Tempatan diadakan tiga bulan sekali. Mesyuarat tergempar hendaklah diadakan apabila perlu.

Perkara 23 Minit mesyuarat setiap peringkat hendaklah dihantar kepada pihak yang

bertanggungjawab dalam masa satu minggu. FASAL LIMA LAIN-LAIN

Perkara 24 Pindaan Perlembagaan ini hendaklah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Ibu Gereja

Sabah jika berlakunya ketidaksempurnaan. (Peraturan Bahasa Malaysia ini merupakan versi penterjemahan, sekiranya terdapat kelainan dengan versi Bahasa Cina, Bahasa Cina harus dijadikan sebagai piawaian)

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

7

Origin of the International Youth Ministry Committee (IYMC)

1. The establishment of the International Youth Ministry Committee is executed in accordance with the resolution of the 6th meeting of the 10th IA EXCO and 2012 IA Youth Ministry Committee Work Plan.

2. Youth is an important resource of our church. In order to promote the communication

between the youths in our church of every country, IA established an International Youth

Fellowship (IYF) in 1981. The Fellowship has completed the task of the stage. To cooperate with

the mission of world evangelism, the last World Delegate Conference (WDC) approved to

restructure IYF into International Youth Ministry Committee (IYMC). Apart from the original task

of youth connection, the Committee is to proactively counsel and assist the youths to

participate in servitude. In order to prepare for the meeting next year and to execute the yearly

work plan, in 2011 IA EXCO had set up the preparation team of IYMC for executing the relevant

matters.

3. Method of electing the youth representative in every country: - The Committee will have 2 persons from each GA, and 1 person from every CB. C&S

America CC, Europe Ministry Committee, and New Zealand will each assign 1 member like

CB.

- Election preference: The coordinator of the youth committee or the preacher who is

responsible for youth counseling in every country is preferable. Other youth committee

members are to be elected by GAs or CBs. The age of the youth representative shall be

from 25 to 40 in principle. All GAs and CBs can decide if there is special situation.

4. On March 28-29, 2011 Youth Servitude Symposium had been held by IA at Taiwan GA during

WDC. And on April 1-2, 2013 International Youth Ministry Symposium and the 1st Meeting of the

1st International Youth Ministry Committee had been convened by IA at Taiwan GA during WDC

to discuss the direction of youth servitude in the future and elect the executive team members

to promote the overall plan and relevant promotional matters. For passing on the work of

church ministry, the youth representatives are invited to participate in IA Holy Work Symposium.

5. From 2013 to 2015, the executive team of IYMC and the director of IA Training Department held

several teleconferences for the matters of youth organizations and marriage seminars of various

countries, implementing the international youth activities, and preparation of the relevant

meetings in 2015.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

8

International Youth Ministry Committee Guidelines

1. Title of the unit: International Youth Ministry Committee

2. Purpose:

a. To form a youth missionary team and train them according to the gifts they have. Encourage the members to devote themselves into missionary work to sound the servitude system and improve the effect of the holy work.

b. To inspire to the youth the commission and determination for servitude. And to promote the holy work under the guidance of every GA, CB, so that they may grow and improve while serving and equip themselves to receive the important position of the church.

c. Connect the global youth of the Lord and promote their communication to let them understand each other to improve their spirit of one family, and their determination to love God may be inspired.

3. Organization

a. IA sets up a Youth Missionary Committee. Their missions are to serve the youth from the age of 18 to 40 and to steadfast the faith of the youth to lead them devotes themselves in the missionary. Every GAs and CBs may execute in this principle.

b. The Youth Missionary Committee is to set up 5-7 executors, one director who is designated by IA Training Department. The executors need to be allotted into different groups according to their tasks. Their work term is the same with the IA EXCO.

c. The IA- designated director is not limited by age. 4. Duties

a. To promote, assist, and counsel for building up the youth organizations in every GA, CB, and IA directed churches.

b. Hold various holy work trainings to cultivate the youth a correct attitude spirit, skill of servitude, so that the manpower of the holy works can be reserved.

c. Found information data of the youth and open up the channel of youth service to support the holy work in every GA, CB, and pioneer area.

d. To hold the activities for the communication and fellowship of the youth in global or area scope as needed.

5. Meeting

a. The youth committee shall meet at least once a year and extraordinary meeting should be convened when needed.

b. The date of the meeting shall be cooperated with the IA relating meetings as possible. c. To hold the (Computer) Video Conference to work efficiently and also to economize the expense.

6. Expense: IA Training Department to list general annual budget or subsidize it by a specified fund.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

9

◎ “International Youth Ministry Committee” Handbook

1. To intensively announce and encourage every GA and CB to value on youth counseling and care, and to establish youth organization according to the method.

2. Every GA and CB shall guide the youth to accept the holy work trainings and to actively devote themselves into the work in local churches.

3. In accordance with the method IA Youth Ministry Committee consistently liaise with every country and provide resources and assistance according to the need.

4. IA Youth Ministry Committee to plan and assist the training work of youth committee in every country by strategies.

5. The youth committee in every country to send out request to Training department for their need, thereupon their work plan will be listed into the work plan of IA Training department.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

10

List of the Representatives of 1-2 IYMC

Title Name Unit

1 Coordinator Pr. Timothy Yeung [email protected] IA/Canada CC

2 Assistant Coordinator Dn. Isaiah Phan [email protected] Malaysia GA

3 Executive Council Member Pr. Steven Shek [email protected] IA/UKGA

4 Executive Council Member Bro. Frank Chang [email protected] Australia CB

5 Executive Council Member Pr. Enoch Hou [email protected] IA/USGA

6 Executive Council Member Bro. Richard Pang [email protected] USGA

7 Executive Council Member Pr. Yao-Chen Wong [email protected] IA/ Taiwan GA

8 Waiting Executive Council Member Bro. Wei-Hsiang Ko [email protected] Europe Ministry Committee

9 Waiting Executive Council Member Bro. Daniel Jeng [email protected] USGA

10 Youth Representative Pr. Samuel Kuo [email protected] USGA

11 Youth Representative

Sis. Daniela Hsieh [email protected], [email protected]

Europe Ministry Committee

12 Youth Representative Pr. Chung Ping Ko [email protected] Taiwan GA

13 14

Youth Representative

Dn. Rudy Sofandi Kartawijaya [email protected] Dn. Chris Timotius Wijaya [email protected]

Indonesia GA

15 Youth Representative Bro. Wen-Yao Liang [email protected] C&S America CC

16 Youth Representative Bro. Riman Liu [email protected] HKCB

17 Youth Representative Bro. Hayashi Susumu [email protected] Japan CC

18 19

Youth Representative Pr. Hong Yong-Suk [email protected] Dn. Kim Eun-Ki [email protected]

Korea GA

20 21 Youth Representative

Dn. Baruch Wai [email protected] Bro. Tang Yaw Fui [email protected]

Sabah GA

22 Youth Representative Pr. Barnabas Chong [email protected] Singapore CB

23 Youth Representative Bro. Joe Chiao [email protected] New Zealand Churches

24 25

Youth Representative Dn. Thomas Tee [email protected] Pr. Nahum Lim [email protected]

Malaysia GA

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

11

Kertas Kerja Pemajuan SYF 2015 – 2017

Dn. Baruch Wai

Tema: Membangun Kembali Tembok, Memperluas Perbatasan (Mik 7:11)

Pendahuluan:

Tema Ibu Gereja Antarabangsa dalam Persidangan Perwakilan Dunia Kali ke-2

Penggal ke-11 (Tahun 2015) ialah “ Menambahkan Bangsa, Memperluas Wilayah”.

Sehubungan dengan itu, IYMC telah menetapkan hala tuju kerja untuk 2 tahun

berikutnya selaras dengan tema utama ini. Tema yang ditetapkan oleh IYMC ialah

“Membangun Kembali Tembok, Memperluas Perbatasan”. Tema yang ditetapkan

oleh IYMC merupakan satu strategi serampang dua mata, yakni memperkukuh operasi

dalaman dan meminimunkan serta membendung masalah-masalah dalaman

persahabatan belia di setiap ibu gereja, di samping menggalakkan para belia

melibatkan diri dalam kerja penginjilan. Justeru, SYF telan merangka hala tuju

pembangunan SYF sendiri bagi tahun 2015-2017 sesuai dengan prinsip utama tema ini:

1. Menggabungkan tenaga belia seluruh negeri untuk terlibat

dalam kerja pelayanan gereja secara aktif.

2. Memantapkan operasi persahabatan belia setiap zon.

3. Memperkasa latihan belia.

4. Menggalakkan perkahwinan belia di dalam Tuhan.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

12

Analisis SWOT SYF

Kekuatan (Strengths)

1. Kuantiti belia gereja (lingkungan umur 18 -40 tahun) agak banyak.

2. Belia mempunyai pelbagai bakat dan karunia.

3. SYF mempunyai pengalaman menganjurkan temasya yang besar seperti Perhimpunan Belia Seluruh Negeri dan Perhimpunan Belia Seluruh Malaysia.

4. Para belia sudah dapat berdikari dari segi ekonomi.

Kelemahan (Weaknesses)

1. Bilangan belia yang giat di dalam gereja semakin hari semakin kurang. Sebahagian besar belia sibuk dengan pekerjaan, kurang mengikuti kebaktian belia dan melibatkan diri dalam kerja suci gereja. Bahkan tidak mempunyai rasa kekitaan (sense of belonging) dalam gereja, tidak mempunyai kesedaran untuk memikul kewajipan dalam kerja suci gereja.

2. Kerja suci di gereja tempatan secara umumnya dikendalikan oleh belia yang sama, hal ini bermakna telah timbul masalah dari segi latihan belia, banyak tempat mengalami masalah ketiadaan bakal pengganti.

3. Selama ini SYF cuma memain peranan

sebagai ko-ordinator, sepanjang penggal

hanya menganjurkan Perhimpunan Belia Seluruh Negeri dan Latihan Pekerja Suci Belia yang dijalankan 2 tahun sekali. Kebanyakan aktiviti dikendalikan oleh Persahabatan

4. Sebahagian besar belia suka mencari jodoh di luar, tidak mementingkan perkahwinan di dalam Tuhan.

Peluang (Opportunities)

1. SYF mendapat sokongan yang padu daripada Ibu Gereja untuk mengelolakan temasya peringkat negeri dan kebangsaan.

2. Walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap, namun masih mendapat persembahan yang tidak sedikit daripada seiman.

3. SYF mendapat sokongan IYMC dari segi latihan dan bahan.

4. SYF mempunyai hubungan yang baik dengan YMC (Youth Ministry Committee) dari GA dan CB yang lain.

Ancaman (Threats)

1. Godaan dunia luar mendatangkan impak yang sangat mendalam terhadap kepercayaan belia.

2. Tidak sedikit belia yang melanjutkan pelajaran atau bekerja di luar telah kehilangan kepercayaan mereka, khususnya belia dari kawasan pedalaman yang bekerja di kota telah tidak datang ke gereja.

3. Banyak belia mempunyai amalan hidup yang tidak baik seperti merokok, mabuk arak bahkan menagih dadah.

4. Sebahagian belia tidak berwaspada dalam soalan perkahwinan, telah kehilangan kelayakan untuk menceburi kerja suci barisan hadapan gereja.

5. Belia yang berkahwin dengan muslim telah mendatangkan impak negatif terhadap pewarisan kepercayaan dan kerja suci gereja.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

13

Pelan Kerja SYF 2015 -2017

1. Nama Program : Menambahkan Bilangan Belia yang Giat dalam Gereja

Situasi Masa Kini : Bilangan belia yang giat di dalam gereja semakin hari semakin kurang.

Punca:

1. Belia tidak mempunyai rasa kekitaan di dalam gereja.

2. Belia yang sudah berumah tangga sangat jarang mengikuti aktiviti belia dan giat dalam kerja

suci.

3. Kebanyakan belia yang masih bujang sangat mementingkan kerjaya dan pergaulan sosial di

luar.

Objektif:

1. Bilangan belia yang mengikuti kebaktian belia akan bertambah 5% setiap bulan. 2. Bilangan belia yang mengikuti aktiviti belia meningkat sebanyak 5% setiap kali atau

sekurang-kurangnya kekal dengan bilangan yang sama. 3. Bilangan belia yang terlibat dengan kerja suci gereja bertambah sebanyak 10% setiap

tahun. Strategi / Cara:

1. Perbanyakkan kelas belia dan programnya mestilah dinamik.

2. Hari Belia 3. Lawatan Keluarga 4. Kaunseling individu 5. Outing 6. Sukan

7. Seminar / Ceramah 8. Akitiviti persahabatan 9. Jamuan makan 10. Kerja suci mestilah pelbagai dan

universal 11. Memantapkan penggunaan hebahan

melalui internet

Indikator Pencapaian

1. Kehadiran kebaktian belia 2. Kehadiran aktiviti persahabatan belia 3. Kadar perubahan penglibatan belia dalam kerja suci (berkahwin / bujang)

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

14

2. Nama Program : Memantapkan Operasi Organisasi YF Zon

Situasi Masa Kini : Bilangan belia Zon Barat dan Pedalaman meskipun banyak, namun

operasinya belum mantap dan sistematik,banyak subzon dan gereja tempatan belum

menubuhkan persahabatan belia.

Punca:

1. Zon YF tidak beroperasi dengan normal. 2. Subzon YF dan YF tempatan tidak dapat beroperasi dengan normal kerana tidak

mendapat garis panduan dan mesej daripada Zon YF. 3. Kurangnya latihan pentadbiran dan pengurusan

Objektif:

1. Mendorong YF zon supaya bersambung dengan SYF dan beroperasi dengan normal. Menubuhkan 2 lagi subzon YF yang belum ditubuhkan.

2. Mendorong setiap subzon dalam setiap zon menubuhkan YF subzon masing-masing. 3. Membantu menubuhkan YF gereja tempatan untuk zon pedalaman (sekurang-kurangnya

20 daripada 33 gereja tempatan).

Strategi / Cara:

1. SYF membantu menganjurkan Kursus Latihan AJK Belia peringkat Zon. 2. Setiap Subzon YF mengadakan Kursus Latihan AJK Belia untuk AJK YF di gereja

tempatan. 3. SYF bekerjasama dengan pendeta zon untuk memantapkan lagi organisasi dan operasi

pertubuhan belia pada setiap peringkat dalam zon.

Indikator Pencapaian

1. Carta organisasi Zon YF, Subzon YF dan YF Tempatan 2. Rancangan Aktiviti Tahunan dan Laporan Aktiviti Zon YF, Subzon YF dan YF Tempatan.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

15

3. Nama Program : Meningkatkan Kualiti Latihan, Mengatasi Masalah Kekurangan Bakal Pengganti

Situasi Masa Kini : Kerja suci di gereja tempatan secara umumnya dikendalikan oleh belia

yang sama, hal ini bermakna telah timbul masalah dari segi latihan belia, banyak tempat

mengalami masalah ketiadaan bakal pengganti.

Punca:

1. Setiap 2 tahun baru sekali Latihan Pekerja Suci Belia Peringkat Negeri. 2. Setiap zon dan subzon jarang mengadakan kursus latihan 3. Kekurangan bahan teks untuk latihan

Objektif:

1. Setiap tahun sekali Latihan Pekerja Suci. 2. Setiap YF Zon menganjurkan sekurang-kurangnya sekali aktiviti belia peringkat zon

dalam setiap tahun. 3. Setiap YF Subzon menganjurkan sekurang-kurangnya sekali aktiviti belia peringkat

subzon dalam setengah tahun. 4. Setiap YF Gereja Tempatan menganjurkan sekurang-kurangnya sekali aktiviti belia

dalam sebulan. 5. Lima tahun kemudian, bilangan pekerja suci belia bertambah sekali ganda berbanding

sekarang. 6. YF di setiap gereja tempatan, subzon dan zon mampu menganjurkan kursus latihan

belia sendiri.

Strategi / Cara:

1. SYF bekerjasama dengan GA untuk menganjurkan Latihan Pekerja Suci Belia pada setiap tahun.

2. Unit Latihan SYF harus memperkasa Latihan untuk belia, menwujudkan atau memilih bahan teks yang relevan.

3. Setiap Zon, Subzon dan Gereja Tempatan harus memperkasa Latihan Dalaman (In-house Training)

4. AJK SYF mengadakan lawatan di setiap zon (Zoning).

Indikator Pencapaian

1. Kehadiran belia dalam Latihan Pekerja Suci Belia Peringkat Negeri. 2. Bilangan pekerja suci belia di setiap gereja tempatan. 3. Program kursus latihan dan laporan aktiviti persahabatan yang dianjurkan oleh YF Zon,

Subzon dan Tempatan. 4. Laporan Zoning.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

16

4. Nama Program : Perkahwinan Di Dalam Tuhan

Situasi Masa Kini : Dewasa ini, bilangan belia yang berkahwin dengan orang kafir semakin hari semakin tinggi. Lebih malang lagi tidak sedikit belia berkahwin dengan muslim sehingga menggadaikan nyawa rohani. Selain itu, Sebahagian belia tidak berwaspada dalam soalan perkahwinan, telah kehilangan kelayakan untuk menceburi kerja suci barisan hadapan gereja.

Punca:

1. Belia tidak berminat mencari jodoh di dalam Tuhan. 2. Nisbah saudara dan saudari di banyak gereja tidak seimbang. 3. Aktiviti belia agak sedikit. 4. Telangkai negeri tidak beroperasi dengan sepenuhnya. 5. Para belia dipengaruhi oleh faktor persekitaran sehingga kehilangan kewaspadaan.

Objektif:

1. Bilangan upacara perkahwinan di gereja tempatan ada peningkatan 2. Menambahkan bilangan belia yang layak berkahwin di dalam aula gereja. 3. Menambahkan bilangan belia yang mendapatkan khidmat telangkai.

Strategi / Cara:

1. Mengadakan perhimpunan belia seluruh negeri, meningkatkan kerja-kerja promosi. 2. Menggalakkan dan membantu setiap zon mengadakan aktiviti persahabatan peringkat

zon 3. Mengadakan seminar perkahwinan 4. Mengadakan seminar telangkai 5. Memperkasa fungsi telangkai 6. Didikan oleh Divisi Pendidikan Agama dan di atas mimbar

Indikator Pencapaian

1. Statistik Telangkai (bilangan ahli telangkai, bilangan belia yang mendapatkan khidmat telangkai)

2. Bilangan upacara perkahwinan di setiap gereja tempatan setiap tahun.

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

17

Jadual Rumusan Rancangan Kerja SYF Tahun 2015 -2017

Bil. Aktiviti Kategori Tarikh Tempat Penganjur Pensyarah Catatan

1. Kursus

Latihan

Pengurusan

dan

Organisasi

Gereja untuk

AJK Belia

Latihan,

Organisasi 01/05/2015

~

03/05/2015

Penampang SYF Pdt. Thomas

Fung

Dn Baruch Wai

Bro. Tang Yaw

Fui

Pengelola:

Penampang

YF

2. Perhimpunan

Belia Seluruh

Negeri

Sabah

Persahabatan 29-

31/05/15

KK SYF Pdt. Lemuel

Leong

Pdt. Joseph

Pengelola: KK

Subzone YF

3. International

Youth

Fellowship

Persahabatan 4-7/06/15 Port

Dickson

IYMC Pengelola:

West Malaysia

YMC

4. Perhimpunan

Belia Seluruh

Negeri

Sabah

Persahabatan 28-

31/05/16

Sibuga SYF Pengelola:

SDK Subzone

YF

5. Seminar

Telangkai

Seluruh

Negeri

Sabah

Latihan,

Perkahwinan

17-

18/09/16

IYMC Pengelola:

SYF

6. Perhimpunan

Belia Seluruh

Negeri

Sabah

Persahabatan 28-

31/05/17

Keningau SYF Pengelola:

Keningau

Subzone YF

7. International

Youth

Fellowship

Persahabatan 2017 USA IYMC Pengelola:

West Malaysia

YMC

8. Seminar

Pekerja Suci

Belia Seluruh

Negeri

Sabah

Latihan 16-

17/09/17

KK SYF Pengelola: KK

Subzone YF

Sekadar penyertaan

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

18

Penutup:

Setiap organisasi biar kecil mahupun besar mempunyai rancangan dan hala tuju kerja

masing-masing. Dengan adanya perancangan, maka kerja pun dapat dilakukan dengan adanya

arah tujuannya. Namun, perancangan yang tanpa penyertaan Tuhan, sekalipun perancangan

itu dibuat dengan begitu teliti dan sistematik, akhirnya akan menjadi sia-sia sahaja. Justeru,

perancangan itu biarlah disimpan dalam doa, mohon pimpinan Tuhan, agar Tuhan mengambil

segala rintangan dan halangan, supaya semua kerja dapat dijayakan dengan lancar. Alkitab

mengatakan, “Manusia dapat menimbang-nimbang dalam hati, tetapi jawaban lidah

berasal dari pada TUHAN.” (Ams 16:1). Tambah lagi, “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya; jikalau bukan TUHAN

yang mengawal kota, sia-sialah pengawal berjaga-jaga.” (Mzm 127:1)

Bagi sebahagian besar gereja, belia merupakan tunggak yang menjalankan kerja suci

secara rutin setiap minggu, belia merupakan harapan gereja, bakal pengganti pelbagai kerja

suci pada masa kelak. Justeru, para belia harus memperlengkapi diri untuk dipakai oleh Tuhan

(2 Tim 2:21).

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

19

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

20

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

21

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

22

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

23

Perancangan Kerja Suci Saudara Tang Yaw Fui

Pengenalan: Melihat Perancangan dari Alkitab A. Tuhan adalah perancang. Perancang yang maha agung (Ef 1: 9-10) (Mikha 4:12): Tuhan mempunyai rancangan penciptaan, rancangan menyelamat, rancangan membinasa dunia, membaca boleh memahami rencana Allah. B. Alkitab juga menggalakkan orang ramai untuk merancang: Rancangan orang rajin semata-mata mendatangkan kelimpahan… (Amsal 21: 5). C. Ajaran utama Yesus (Lukas 14: 28-32). "Sebelum mendirikan sebuah menara perlu membuat anggaran biayanya, sebelum berperang perlu mempertimbang." 1. Prinsip dan Sikap mengaplikasi dan mereka bentuk "Perancangan" a. Jadikan Alkitab sebagai asas, jadikan kehendak Allah sebagai piawaian keputusan, berdoa memohon kebijaksanaan dan bimbingan Allah, untuk memahami kehendak Tuhan. Sebelum merancang, semasa melaksanakan rancangan, perlu ada doa yang mencukupi, tetapi juga perlu meminta rakan sekerja untuk berdoa bersama bagi mendapat bimbingan Allah. b. taat kepada pimpinan Roh Kudus (Zakharia 4: 6), dan sentiasa menyesuaikan dan mengubah rancangan. (Kisah Para Rasul 16: 6-10) c. Berserah kepada Allah (Amsal 16: 3). 2. Apakah itu perancangan? Untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, bahkan dapat dicapai mengikut jadual yang ditetapkan, adalah perlu untuk membangunkan "cara untuk mencapai" serta perlu untuk membangunkan "langkah-langkah melaksana” maka proses merangka ini dipanggil sebagai "Perancangan." - Rancangan mesti mempunyai matlamat: Paulus berkata: (1 Kor 9: 26) "Sebab itu aku tidak berlari tanpa tujuan dan aku bukan petinju yang sembarangan saja memukul..".Perancangan yang mempunyai matlamat sangat membantu dalam pelaksanaan kerja suci. 3. Kebaikan membuat perancangan a. Memandu diri berusaha ke arah mencapai objektif. b. supaya para pekerja suci yang terlibat mengetahui skop dan kandungan kerja untuk melengkapkan kerja mengikut tempoh dan juga mempunyai dasar untuk dibuat post mortem. c. supaya pihak atasan lebih yakin dengan kerja yang diamanahkan. d. Kertas kerja boleh dijadikan alat untuk pewarisan pengalaman,terutamanya dalam unit kerja yang kecil, kadar mobiliti tenaga kerja tinggi, pengalaman tidak mudah ditimba, apabila orang penting telah meninggalkan tempat kerja, maka tak dapatlah menyambung kerja. Sekiranya ada kertas rancangan, pemindahan tugas itu akan menjadi lebih mudah. 4. Kandungan rancangan itu biasanya meliputi enam soalan berikut: a. apa yang perlu dibuat? (Apakah) b. Mengapa perlu berbuat sedemikian? (Mengapa) c. Buat di mana? (Di mana)

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

24

d. Bila membuatnya? (Bila) e. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membuatnya? (Siapa) f. Buat dengan kaedah apa? (Bagaimana)

5. Menulis kertas kerja perancangan

a. Latar belakang b. nama rancangan c. objektif rancangan d. tempoh pelaksanaan (dari... hingga) e. orang yang bertanggungjawab / pengerusi pengelola f. Pihak Penyemak g. Isi kandungan perancangan

i) Item dan Skop kerja (what), pekerja (who)

Item Kerja Skop kerja Pekerja

ii). Alat-alat yang diperlukan (which), contohnya

Item Kerja Alat-alat kuantiti Harga seunit Jumlah Catatan

iii). Cara pelaksanaan dan lokasi (how, where)

Item kerja Lokasi

h. Carta gantt

Bulan Kerja

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis

Mengadakan mesyuarat persiapan

Jangkaan

Progres

Mendaftar Jangkaan

progres

6. Selepas selesai menulis kertas kerja a. kemukakan kertas kerja kepada unit penyemak. b. membuat perubahan yang sesuai. c Pimpin pelaksanaan rancangan

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

25

Tulis kertas kerja cuma "merancang di atas kertas", dan memimpin pelaksanaan rancangan adalah langkah yang paling kritikal, kerana ia berkait rapat dengan jaya gagalnya keseluruhan projek. - Apabila memasuki fasa kepimpinan, pimpinanlah orang bawahan dengan baik.berkomunikasilah dengan baik dengan pihak atasan. Sama-sama melaksanakan rancangan yang dibuat bersama, bersatu menuju ke arah matlamat yang sama. - Semasa melaksanakan rancangan, boleh dimulakan dengan bermesyuarat (mesyuarat persediaan, mesyuarat pengagihan tugasan) agar setiap ahli jelas tentang matlamat, peranan yang dimainkan mereka, skop kerja dan tarikh akhir. 7. Pemantauan – Penambahbaikan, post mortem a. Meneliti kemajuan setiap item kerja, jika ada yang ketinggalan, ingatkan orang yang bertanggungjawab. b. Koordinasi antara unit-unit: Apabila sesuatu pekerjaan melibatkan beberapa jabatan atau unit, penyelarasan bersama dan kerjasama boleh dilakukan dalam integrasi ini. c. Semasa kerja dalam pelaksanaan mungkin akan menghadapi kesukaran, jadi kita bekerjasama untuk mendapatkan penyelesaian. d. Mungkin keadaan atau persekitaran telah berubah, atau keadaan lalu yang keruh menjadi jelas, maka kita perlu mengambil perhatian atau meminda pelan. e. Selepas membuat perancangan, haruslah menilai dan mengkaji semula. (Matius 25: 14-18) f. Anda boleh menilai dan mengkaji semula dengan mengedarkan soal selidik atau buat post mortem, supaya dapat dijadikan sebagai rujukan bagi aktiviti yang sama pada masa akan datang. 8. Kesimpulan - " Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya; jikalau bukan TUHAN yang mengawal kota, sia-sialah pengawal berjaga-jaga. " (Mazmur 127:1) Oleh itu, dalam melaksanakan perancangan, perlu memberi perhatian kepada pimpinan Tuhan Yesus, maka yang dirancang itu pasti akan dijayakan oleh Tuhan. - "Masing-masing melaksanakan tugas sendiri untuk membina tubuh Kristus" (Ef 11-12).

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

26

Contoh

Latar belakang / Rasional: Pada masa ini, kakitangan pentadbiran gereja kurang ilmu pentadbiran,

mengakibatkan timbulnya masalah keserasian antara rakan sekerja.

Nama: Seminar Amalan Pentadbiran Gereja

Objektif: Untuk membolehkan pihak pentadbiran gereja memahami dan mengamalkan karunia masing-

masing, posisi dan tanggungjawab mereka, dan mengukuhkan hubungan dan keserasian antara rakan

sekerja.

Topik: Maju Mundurnya Jemaat Tanggungjawab Kita Bersama

Tarikh: 3-4.7.2010 (Sabtu dan Ahad)

Lokasi: gereja Sibuga

Penganjur: Jawatan kuasa Eksekutif Gereja Sibuga

Pengelola: Unit Setiausaha Gereja Sibuga

Unit Penyemak: Jawatan Kuasa Eksekutif Gereja Sibuga

Peserta Sasaran: AJK Eksekutif Gereja Sibuga, Semua pentadbir di bawah setiap Unit, Ketua dan

Timbalan setiap persahabatan dan koir

Kursus, penceramah dan objektif:

Bil Kursus Pensyarah Objektif

1. Maju Mundurnya Jemaat

Tanggungjawab Kita Bersama

Meningkatkan kualiti kerohanian

kakitangan pentadbiran gereja, dan

kemudian menjadi pengurus rumah yang

baik bagi karunia daripada Allah.

2. Pelayanan sehati rakan sekerja Memperkasa hubungan dan keserasian

antara teman sekerja, bersama

mengembangkan gereja

3. Perlembagaan IG Sabah Memperkenalkan bahagian

perlembagaan IG Sabah yang berkaitan

dengan gereja tempatan, menerangkan

tanggungjawab setiap unit

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

27

4. Amalan Pentadbiran dan

Pengurusan – Pengurusan:

Perancangan,

Pengorganisasian,Pemimpinan,

Pemantauan (POLC)

Memperkasa ilmu pengetahuan

pengurusan dan organisasi pihak

pentadbir gereja, memantapkan daya

kepimpinan para pentadbir gereja,

supaya dapat menggerakkan kerja suci

dengan efisien.

AJK Pengelola

Bidang kerja Petugas Kandungan Kerja

Pengerusi 1. Merancang, mengorganisasi, memimpin, memantau

2. Menjemput pensyarah 3. Menyediakan soal selidik

Setiausaha 1. Menyediakan surat undangan pensyarah

2. Menyediakan dan mengagihkan surat rasmi dan maklum balas

3. Menyediakan minit mesyuarat pengelolaan

4. Menyediakan laporan selepas aktiviti

Bendahari Akaun dan pendapatan dan perbelanjaan

Pendaftaran 1. Mengutip surat maklum balas 2. Mengedarkan borang kehadiran dan

teks

Bahan teks 1. Mengumpul dan mencetak bahan teks 2. Mengumpul carta organisasi setiap

persahabatan dan setiap unit sebagai contoh kertas kerja

Rakaman CD Merakam CD

Persiapan dewan, rakaman audio 1. Menyediakan meja kerusi, sistem siaraya, projektor LCD

2. Merakam 3. Kerja pembersihan selepas aktiviti

Jamuan Menyediakan jamuan ringan

Makan malam Menghubungi restoran makan malam, menempah makanan

Juru foto Mengambil foto beramai-ramai dan foto aktiviti

Penterjemah 1. Mengatur penterjemah seminar 2. Menterjemah bahan teks

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

28

Tentatif Program

Masa Aktiviti Penyelaras

3 Julai 2010 (Sabtu)

7.15 – 7.30pm Lapor Diri

7.30-8.20pm Kuliah 1: Maju Mundurnya Jemaat Tanggungjawab Kita Bersama

8.30 – 9.20pm Kuliah 2: Pelayanan sehati rakan sekerja

9.30pm Jamuan ringan

4 Julai 2010 (Ahad)

11.30am – 12.30pm Kuliah 3: Perlembagaan IG Sabah

12.40-1.40pm Kuliah 4: Amalan Pentadbiran- Pengurusan: POLC (1)

1.50-2.50pm Kuliah 5: Amalan Pentadbiran- Pengurusan: POLC (2)

2.50-3.00pm Jamuan ringan

3.00-3.50pm Kuliah 6: Amalan Pentadbiran- Pengurusan: POLC (3)

4.00-4.50pm Q&A

5.00-5.30pm Sesi Doa Ucapan Penguasa Unit Keagamaan

5.30-5.40pm Sesi Foto

6.00-7.30pm Makan Malam

Bajet

Perbelanjaan RM

Nota edaran (RM 2 x 30)

60

CD (RM 1 x 30)

30

Minuman (RM 4 x 30) 120

Makan Malam (RM 10 x 30)

300

Lain-lain

100

JUMLAH 610

SYF : Kursus Latihan Pengurusan dan Organisasi Gereja untuk AJK Belia Tahun 2015

Penampang 1-3/5/2015

29

Bengkel

1. Gereja anda diberi mandat oleh Ibu Gereja Sabah untuk mengelolakan Perhimpunan Belia Seluruh

Negeri pada akhir Mei 2017, tarikh dan penceramah telah ditetapkan oleh Persahabatan Belia Sabah.

Cuba bincangkan lokasi dan aktiviti outing sehari pada hari itu, dan tuliskan kertas kerja temasya negeri

ini, rangkakan kerja persiapan dan petugasnya dan sediakan bajetnya.

2. Sebagai Pengerusi Zon YF, anda mendapati AJK subzon kekurangan pengetahuan tentang kerja dan

organisasi YF. Tuliskan kertas kerja tentang Kursus latihan AJK YF Subzon, termasuk tarikh, tempat,

tentatif program, kerja persiapan dan AJKnya, serta bajetnya.

3. Dalam usaha untuk menggalakkan persahabatan antara belia, YF gereja tempatan telah merancang

untuk mengadakan lawatan sehari. Anda terpilih sebagai pengerusi pengelola, tuliskan kertas kerjanya,

mengandungi tarikh, tempat dan tentatif program lawatan pada hari tersebut, kerja persiapan dan

AJKnya, serta bajetnya.

4. Untuk melihat cara pengendalian Persahabatan Belia negara lain, Zon YF telah merancang untuk

mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara selama 5 hari. Tuliskan kertas kerjanya, mengandungi

tarikh, tempat dan tentatif program lawatan pada hari tersebut, kerja persiapan dan AJKnya, serta

bajetnya.

5. Dalam usaha untuk menggalakkan persahabatan antara belia, Subzon YF merancang untuk

mengadakan sukan. Anda terpilih sebagai pengerusi pengelola, tuliskan kertas kerjanya, mengandungi

tarikh, tempat dan tentatif program pada hari tersebut, kerja persiapan dan AJKnya, serta bajetnya.