perlembagaan malaysia

84
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: corrine-chan

Post on 13-Apr-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Aspek-aspek Perlembagaan Di Malaysia_WAJ 3063

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan Malaysia

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI

MALAYSIA

Page 2: Perlembagaan Malaysia

OBJEKTIF PENGAJARAN Menjelaskan toleransi yang wujud semasa

penggubalan Perlembagaan Malaysia. Menjelaskan peranan dan kepentingan

unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Memberi kefahaman mengenai kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam masyarakat tentang unsur-unsur tradisi.

Page 3: Perlembagaan Malaysia

Liputan Kuliah Pengenalan Konsep Perlembagaan Sejarah Penggubalan Perlembagaan Unsur-Unsur Tradisi Rasional Perkara 153 Rasional Perkara 152 Rasional Perkara 3 Kesimpulan

Page 4: Perlembagaan Malaysia

Pengenalan Perkara yang dianggap menguntungkan

orang Melayu dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti perkara di bawah: Islam agama persekutuan tetapi agama lain

bebas diamalkan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan

tetapi bahasa lain dibenarkan Kedudukan Istimewa orang Melayu dan

bumiputera tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan

Page 5: Perlembagaan Malaysia

Konsep Perlembagaan Definisi Perlembagaan ialah mengandungi satu set

peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam

Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan

Page 6: Perlembagaan Malaysia

Jenis Perlembagaan Perlembagaan terbahagi kepada dua

jenis iaitu Bertulis - merupakan bentuk

perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen

Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah

Page 7: Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia adalah Bertulis Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan

13 Jadual Menyentuh bidang kuasa perundangan,

kehakiman dan eksekutif Menyentuh juga aspek bahasa, agama,

kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

Page 8: Perlembagaan Malaysia

Tujuan Perlembagaan Bagi sesebuah negara yang berdaulat,

perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

Sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.

Sebagai satu panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja

Page 9: Perlembagaan Malaysia

Pindaan Perlembagaan (3) i. Perkara 159 (4) menjelaskan

bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meluputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

Page 10: Perlembagaan Malaysia

Pindaan Perlembagaan ii. Perkara 161 (E) menjelaskan

sesetengah perkara boleh dipinda, perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

Page 11: Perlembagaan Malaysia

Pindaan Perlembagaan iii. Perlu mendapat sokongan 2/3

setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

Page 12: Perlembagaan Malaysia

Konsep Ketertinggian Perlembagaan Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun

yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia

Contoh: 1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan

tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan

Page 13: Perlembagaan Malaysia

3. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana ia bercanggah.

Ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

Page 14: Perlembagaan Malaysia

Sejarah Penggubalan Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang

Melayu Perjuangan berdarah

• Antara perjuangan berdarah menentang penjajah i.Penentangan terhadap penjajahan Siam di Zaman Melaka.

• ii. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka.

• iii. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka.

• iv. Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu.

• v. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

Page 15: Perlembagaan Malaysia

Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang penjajahan digerakkan melalui semangat kebangsaan. Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-

intelek Melayu yang sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi juga melalui perundingan.

Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos dan ramai lagi telah bangkit menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

Page 16: Perlembagaan Malaysia

Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Selangor)

Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam, Majlis, Utusan Melayu, Saudara) digunakan sebagai medium untuk menentang penjajah.

Page 17: Perlembagaan Malaysia

Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu pula, telah berlaku kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari.

Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah orang Cina.

Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA) dan seterusnya digantikan dengan Malayan Union

Page 18: Perlembagaan Malaysia
Page 19: Perlembagaan Malaysia

Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan dari Raja-Raja Melayu. Berikut sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:

1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannyaa adalah terpisah.

2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu.

3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri.

Page 20: Perlembagaan Malaysia
Page 21: Perlembagaan Malaysia

Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah:

1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor pula, dalam menjalankan kuasanya akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.

2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan. 3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan

hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

Page 22: Perlembagaan Malaysia

Tentangan orang Melayu kerana: i. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam

urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

ii. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.

iii. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara.

iv. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

v. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.

Page 23: Perlembagaan Malaysia
Page 24: Perlembagaan Malaysia

Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh disaksikan apabila di Alor Setar pada Januari 1946, sejumlah 50,000 orang Melayu telah mengadakan demontrasi, begitu juga di Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 orang dan di Johor pada 10 Februari 1946, lebih 150,000 orang telah mengadakan demontrasi.

Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama.

Page 25: Perlembagaan Malaysia
Page 26: Perlembagaan Malaysia
Page 27: Perlembagaan Malaysia

British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British

Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.

Selepas itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 28: Perlembagaan Malaysia

British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Berikut adalah ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:

1. Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.

2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.

3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.

Page 29: Perlembagaan Malaysia

4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada 14 ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri, dua wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing.

5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.

6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Selain itu, seorang pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.

7. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Page 30: Perlembagaan Malaysia

Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.

Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.

Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

Page 31: Perlembagaan Malaysia

Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya.

Antara tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham dan ramai lagi.

Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Page 32: Perlembagaan Malaysia

Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem Ahli bertujuan memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.

Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantik iaitu:

Menteri Jawatan Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan Lee Ting Keng Ahli Kesihatan Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan

dan Perhubungan J.D Mead Ahli Kerja Raya dan

perumahan J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan

Perhubungan Sosial O.A Spencer Ahli Hal Ehwal Ekonomi

Page 33: Perlembagaan Malaysia

Kerjasama ini terus terjalin erat melalui beberapa siri Pilihanraya dan pembentukan Perikatan Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam

Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan dan 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan MCA telah membuat pakatan secara tidak rasmi, yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan pada tahun 1953

Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara dua etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan.

Page 34: Perlembagaan Malaysia

Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3 Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakil UMNO yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan Syed Nasir Ismail.

MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.

Page 35: Perlembagaan Malaysia
Page 36: Perlembagaan Malaysia

Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama) memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia.

Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual

Page 37: Perlembagaan Malaysia

Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi yang cukup besar kerana telah meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%).

Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan

konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi

Page 38: Perlembagaan Malaysia

Parti Peruntukan Kerusi

Peratusan Kerusi

Peratusan Pengundi

UMNO 35 69 84.2

MCA 15 28 11.2

MIC 2 3 3.9

Page 39: Perlembagaan Malaysia

Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman telah ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu

" … orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang Melayu".

Page 40: Perlembagaan Malaysia

Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan

"… mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India".

Page 41: Perlembagaan Malaysia

Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Lapan orang wakil itu terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan iaitu:

Wakil Raja-raja Melayu: 1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri

Besar Perak sebagai ketua. 2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid,

Menteri Besar Selangor. 3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad

Said, Menteri Besar Johor. 4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji

Mahmood, Bekas Menteri Besar Kelantan

Page 42: Perlembagaan Malaysia
Page 43: Perlembagaan Malaysia

Wakil Perikatan: 1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua

Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.

2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran.

3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.

4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi.

Setiausaha: T.H. Tan

Page 44: Perlembagaan Malaysia

Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.

Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu: 1. British memberikan kemerdekaan Tanah

Melayu pada 31 Ogos 1957. 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan

Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.

3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.

4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.

5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.

Page 45: Perlembagaan Malaysia
Page 46: Perlembagaan Malaysia
Page 47: Perlembagaan Malaysia

Suruhanjaya Reid Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.

Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.

Page 48: Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.

Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat Malaysia.

Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.

Page 49: Perlembagaan Malaysia

Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.

Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu

Page 50: Perlembagaan Malaysia

Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang ingin digubal perlu mengambilkira perkara-perkara berikut:

Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.

Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu.

Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang Di Pertuan Agong.

Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.

Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Page 51: Perlembagaan Malaysia

Unsur-Unsur Tradisi

Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi: bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan pemerintahan beraja

Page 52: Perlembagaan Malaysia

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana Ia telah wujud ratusan tahun sebelum

perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Berperanan menstabilkan sistem politik

negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957

Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

Page 53: Perlembagaan Malaysia

Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna:

• Orang Melayu diberikan hak istimewa, • Islam menjadi agama persekutuan dan• Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa

kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Page 54: Perlembagaan Malaysia

Unsur-Unsur Tradisi Perkara-perkara yang menyentuh hubungan

etnik dalam Perlembagaan Malaysia I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas

diamalkan II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan

pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.

III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.

IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.

Page 55: Perlembagaan Malaysia

Unsur-Unsur Tradisi V.  Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama

Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

VI.    Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

VII.  Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Page 56: Perlembagaan Malaysia

Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia.

Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.

Page 57: Perlembagaan Malaysia

Unsur-Unsur Tradisi

Difokuskan kepada tiga Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.

Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

Page 58: Perlembagaan Malaysia

Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan.

Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk:

• Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.• Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud

agama atau khairat.• Memperolehi dan memiliki harta benda serta

memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

Page 59: Perlembagaan Malaysia

Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:

Perkara 11 (4) :

Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam’.

Page 60: Perlembagaan Malaysia

Perkara 12 (2): ‘...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu

Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan’.

Perkara 121 (A) ‘  Mahkamah-mahkamah yang disebutkan

dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah’.

Page 61: Perlembagaan Malaysia

Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya

Page 62: Perlembagaan Malaysia

Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai:• Lazimnya bertutur dalam Bahasa

Melayu.• Menganut agama Islam.• Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Page 63: Perlembagaan Malaysia

Manakala takrifan bumiputera ;• Sarawak

• terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.

• Sabah • anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum

asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Page 64: Perlembagaan Malaysia

Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

Page 65: Perlembagaan Malaysia

Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu

Page 66: Perlembagaan Malaysia

Kerasionalan Perkara 153 Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada

800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara – undi pilihanraya dan hak-hak lain sebagai warganegara

Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

Page 67: Perlembagaan Malaysia

Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan Cara Pendaftaran

Tahun Bilangan

1957 (31 Ogos – 31 Disember 1957

120078

1958 822567

1959 67227

1960 77858

Sumber: Pendaftar Besar Warganegara

Page 68: Perlembagaan Malaysia

Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi Kaum

Kaum 1955 1959Melayu 84.2 56.2Cina 11.2 35.9India / lain-lain 4.6 7.8Jumlah 100 100 Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya

Page 69: Perlembagaan Malaysia

Kerasionalan Perkara 153 Rasional Perkara 153 dipecahkan

kepada tiga 1. Perkhidmatan Awam

•Menentukan rezab bilangan jawatan•Diimbangi dengan tidak boleh melucut

jawatan sedia ada•Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi

36% saja (1968)•Rujuk Jadual IV

Page 70: Perlembagaan Malaysia

PerkhidmatanMelayu Bukan Melayu Jumlah

Perkhidmatan pentadbiran 706 515 1221

Akitek, jurutera dan pegawai profesional

73 370 443

Pegawai kesihatan dan perubatan

64 693 727

Ahli Sains Fizikal 13 51 64

Ahli sains Sejati 60 108 169

Prangkawan Profesional 38 166 204

Perkhidmatan Undang-Undang

70 37 107

Perkhidmatan beruniform 331 369 700

Pengangkitan dan media massa

67 188 255

Jumlah 1392 2447 3839

Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat.

Page 71: Perlembagaan Malaysia

Kerasionalan Perkara 153 2. Ekonomi

• Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) (rujuk Jadual V)

• Jurang Pendapatan melebar antara etnik• Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di

pantai timur• Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu

hanya 2.4% tahun 1970• Pembahagian kekayaan dan agihan

pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)

Page 72: Perlembagaan Malaysia

Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999

Kumpulan Hak Milik1995 1999

Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah)

20.6 19.1

Cina 40.9 37.9

India 1.5 1.5

Rakyat Asing 27.7 32.7

Syarikat Nomini 8.3 7.9

Jumlah 100 100

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

Page 73: Perlembagaan Malaysia

Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30%

• Bumiputera

• Bukan Bumi.– Cina– India– Lain-lain

• Asing• NomineJUMLAH

1970

1990

1990

Matlamat

Pencapaian

2.4

32.3

63.32.0

100.0

30.0

40.0

30.0

100.0

19.3

46.845.51.00.3

25.48.5

100.0

2002

18.7

43.240.91.50.8

28.99.2

100.0

Page 74: Perlembagaan Malaysia

0

10

20

30

40

50

60

Jumlah 49.3 16.5 5.1Luar Bandar 58.6 21.1 11.4Bandar 24.6 7.1 2.0Ketermiskinan 3.9 1.0

1970 1990 2002

Kemiskinan % Isi rumah Malaysia

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.

Page 75: Perlembagaan Malaysia

Jurang pendapatan antara kaum

Luar Bandar : BandarBumiputera : CinaBumiputera : India

1: 2.11: 2.31: 1.8

1970 1980 1990 2002Nisbah ketaksamaan

pendapatan isirumah 1999

1: 1.81: 1.91: 13

1: 1.71: 1.71: 13

1: 1.81: 1.71: 1.4

1: 2.11: 1.81: 1.3

Page 76: Perlembagaan Malaysia

Kerasionalan Perkara 153 Pendidikan

• Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu

• Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970

• Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.

Page 77: Perlembagaan Malaysia

Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005

Peringkat Pendidikan

1995 2000 2005

Ijazah 75,709 170,794 244,527

Diploma 46,480 92,304 148,025

Jumlah 122,189 263,098 392,552

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

Page 78: Perlembagaan Malaysia

Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002

INSTITUSIBILANGAN INSTITUSI

BILANGAN PELAJAR

IPTS Bertaraf Universiti 11 29,747

IPTS Bertaraf Universiti(Kolej Universiti) 1 488

IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Dalam Negara) 3 6,836

IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Luar Negara) 4 4,740

IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej) 518 252,789

Keseluruhan IPTS 534 294,600

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 79: Perlembagaan Malaysia

Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat, 1990-2003

• Akauntan• Arkitek• Doktor• Doktor Gigi• Doktor Veterinar• Jurutera• Juru Ukur• PeguamJUMLAH

Bumi Cina India Bumi Cina India11.223.627.824.335.934.844.722.329.0

81.274.434.750.723.758.249.650.055.9

6.21.2

34.423.737.0

5.33.7

26.513.2

20.043.638.538.240.143.546.035.137.2

74.652.629.940.329.850.149.338.450.1

5.11.3

27.519.125.75.33.1

25.811.2

1990 2002Profesion

Page 80: Perlembagaan Malaysia

Kerasionalan Perkara 153 Pendidikan

Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu

IPT mengikut etnik dibenarkan – UiTM, UTAR dan Kolej Tafe

Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi

Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan IPTS

Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN

Page 81: Perlembagaan Malaysia

Rasional Perkara 152 Bahasa kebangsaan sebagai alat

perpaduan tanpa menggugat bahasa ibonda lain

Menjadi bahasa lingua franca Zaman penjajah telah dijadikan

bahasa rasmi Pegawai Eropah perlu belajar dan

lulus bahasa Melayu

Page 82: Perlembagaan Malaysia

Kata-kata Tan Siew Sin, “Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas”.

Page 83: Perlembagaan Malaysia

Rasional Perkara 3 Agama persekutuan tanpa menjejaskan

kedudukan agama lain Telah bertapak 600 tahun lalu Perkara 160 mendefinisikan Melayu Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan

adat istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah

Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara ini

Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut

Page 84: Perlembagaan Malaysia

Kesimpulan Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan

yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa.

Perjanjian sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi.

Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin