perlaksanaan undang-undang darurat di malaysia.pptx

Upload: robert-diaz

Post on 08-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Perlaksanaan undang-undang darurat di Malaysia

Perlaksanaan undang-undang darurat di Malaysia

pengurusan pelancongan (dup1b)

pengajian Malaysia (dub1012)

disediakan oleh :nur amylia shameera bt ismail (19eup14f2001)raihana bt noor lokman (19dup14f2056)fatin fahana bt jasmi (19dup14f2058)NOOR fatin fatinah bt awAng samah (19DUP14F2052)zaini bt ismail (19dup14f2059)siti zulaikha bt mt jaib (19dup14f2034)

Pengenalan daruratDalam pengertian biasa, darurat ialah keadaan luar biasa yang mengizinkan hal yang dilarang dalam keadaan biasa atau normal.Dari segi undang-undang, termasuk juga dari segi hukum Islam, itulah juga konsep dan pengertian darurat.Dari segi prinsip, kuasa atau keharusan yang berpunca daripada darurat adalah bertentangan dengan inti sari dan tuntutan perlembagaan.Pertentangan kuasa dengan sendirinya menekankan bahawa darurat merupakan sesuatu yang bersifat sementaraDarurat berfungsi menangani keadaan yang kritikal dan tidak terkawal oleh undang-undang biasa.Perlembagaan juga mengizinkan kuasa darurat atas alasan untuk menyelamatkan demokrasi dan bukan sebaliknya.Darurat dibawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong.Selain daripada negara Malaysia, antara negara-negara lain yang menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat dalam perlembagaan mereka ialah India,Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.Perisytiharan darurat yang pertama telah dibuat pada tahun 1948 ketika negara sedang berhadapan dengan ancaman komunis.Kuasa darurat juga terkandung di bawah Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 150.

Contoh darurat terbesar yang pernah berlaku di mALAYSIADarurat Mei 1969 Darurat Komunis 1948

DARURAT 13 MEI 1969 Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda.Mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimental menjadi tema utama sepanjang kempen Pilihan Raya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon Pilihan Raya serta ahli-ahli politik terutamannya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal sensatif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kelayakan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Sebelum pihak pembangkang membuat perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur, mereka telah meminta permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan.Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut seperti membawa penyapu yang menunjukkan simbol menyapu keluar orang melayu dari Kuala Kumpur.Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.

Di Jinjang Kepong, kematian seorang cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis.Perarakan kematian itu bertukar menjadi perarakan kemenangan Pilihan Raya dengan menghina Melayu.Pada hari selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf diatas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Pada tarikh yang sama iaitu pada pagi 13 Mei 1969, UMNO telah mengadakan perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak sama sekali dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Dato Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato Harun Idris untuk mengamuk.Pada pukul 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.Selepas itu, dua penunggang motosikal cina yang melalui jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van yang membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.

Akibat pembunuhan itu, pemuda-pemuda cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur dengan berpakaian lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang dihujung.Ketika inilah rusuhan terjadi dan perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal disekitar Kuala Lumpur manakala tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Selain itu beberapa das turut ditujukan kearah rumah Menteri Besar Selangor.

Darurat komunis 1948Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehinggalah tahun 1960.Darurat ini telah diisytiharkan di Johor pada 16-09-1948.Darurat ini diisytiharkan akibat dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis dan langkah-langkah lain yang bertujuan mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM)Punca darurat ini adalah kerana orang di Tanah Melayu telah dipengaruhi oleh orang Jepun dan oleh kerana itu, pembunuhan seramai 3 orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput,Perak telah berlaku.Sebulan selepas kejadian pembunuhan itu, PKM telah diharamkan dan ianya telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.Selepas itu, Ketua PKM telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana menjadi kepada agresif iaitu dengan pembunuhan.

PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru.Namun permogokan tersebut gagal dan undang-undang baru telah dibuat oleh British untuk melemahkan PKM.Disebabkan PKM masih tidak berpuas hati, mereka telah menggunakan cara kasar seterusnya iaitu dengan menyerang menggunakan senjata untuk mendapatkan apa yang diinginkan oleh PKM.KESAN AKIBAT DARURAT

KESIMPULAN DARURATDarurat tidak pernah menghalang cita-cita utama sebahagian besar rakyat yang mahukan kemerdekaan.Peluang ke arah kemerdekaan terus terbuka cerah setelah kerajaan menyedari dan mengambil pendekatan bahawa keganasan komunis tidak wajar diatasi dengan kekerasan bersenjata semata-mata.Pembanterasan komunis mula menampakkan kejayaan setelah orang Melayu menyahut seruan pemimpin dan kerajaan dengan melibatkan diri dalam pasukan keselamatan.Mereka turut sama membuat pertahanan sendiri di kawasan petempatan masing-masing. Bagi orang bukan Melayu pula (terutamanya orang Cina) telah menunjukkan sikap bekerjasama dengan tidak membantah apabila dipindahkan.Oleh kerana tenaga kerja masih ada dan simpati orang ramai belum lagi luput sepenuhnya, perjuangan mereka belumlah dianggap selesai. Jadilah perjuangan mereka seperti agenda perjuangan yang belum selesai .SEKIAN TERIMA KASIH