perkembangan kerohanian dan moral kanak- kanak prasekolah

6
2.0 Merealisasikan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna perlulah bermulanya dari pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil. Demi melahirkan insan yang menyeluruh dan seimbang serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat- menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan sesebuah negara. Pendidikan mampu membina serta menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya. Keyakinan ini akan menguatkan kepercayaan bahawa hukum- hukum alam adalah hukum- hukum tuhan. Bak kata pepatah: “Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas buruk” Pendedahan awal pendidikan memainkan peranan yang penting bagi setiap kanak- kanak. Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. “ Komponen Kerohanian dan Moral amat penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan, berperibadian mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan

Upload: peisi-ong

Post on 01-Jan-2016

2.157 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

FPN berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Kerohanian dan Moral kanak- kanak Prasekolah

2.0 Merealisasikan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara Berdasarkan Kepercayaan

Dan Kepatuhan Kepada Tuhan.

Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna perlulah bermulanya dari

pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil. Demi melahirkan insan yang menyeluruh

dan seimbang serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan

mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat- menghormati adalah menjadi

matlamat penting bagi pembangunan sesebuah negara. Pendidikan mampu membina

serta menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk

mematuhinya. Keyakinan ini akan menguatkan kepercayaan bahawa hukum- hukum

alam adalah hukum- hukum tuhan. Bak kata pepatah: “Buat baik dibalas baik, buat

jahat dibalas buruk”

Pendedahan awal pendidikan memainkan peranan yang penting bagi setiap

kanak- kanak. Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid

dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap

positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

“ Komponen Kerohanian dan Moral amat penting bagi pemupukan nilai

Islam dan nilai murni masyarakat berbilang kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang percaya kepada Tuhan, berperibadian mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Komponen Kerohanian dan Moral mengandungi Pendidikan Islam untuk murid

Islam dan Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam. Pendidikan Islam member

fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan

kepada Al- Quran dan Al- Sunnah. Manakala Pendidikan Moral memberi fokus

kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan berakhlak mulia

dan bermoral tinggi.”

(Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007)

Page 2: Perkembangan Kerohanian dan Moral kanak- kanak Prasekolah

Dalam kurikulum Pendidikan Islam prasekolah perlu merangkumi aspek

keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan ketatanegaraan. Oleh itu, guru haruslah

menyediakan sudut dalam prasekolah yang berkaitan dengan tumpuan khusus

kurikulum dalam Pendidikan Islam. Guru prasekolah haruslah merancang aktiviti

ataupun kurikulum yang sesuai bagi tahap murid prasekolah supaya tidak mengabaikan

mana- mana khusus kurikulum yang penting bagi murid. Guru prasekolah haruslah

berkolaborasi dengan ustazah untuk menetapkan kurikulum yang perlu bagi tahap

murid prasekolah. Tumpuan khusus kurikulum adalah kepada pembentukan akidah dan

bimbingan asas Fardhu Ain, pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang

dituntut oleh syariah Islam, penyuburan adab dan akhlak Islamiah ke dalam diri murid,

berteraskan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh yang terbaik, pengenalan

kepada asas bahasa Al- Quran dan surah- surah pendek dari Juzu’ Amma dan

pengenalan kepada tulisan jawi. Guru haruslah merancangkan aktiviti seperti aktiviti

bercerita, tunjuk cara, latihan amali, nyanyian lagu dan nasyid, permainan, lakonan,

penjelajahan, pemerhatian alam sekitar dan melihat kegiatan manusia.

Tambahan pula, semasa penyampaian kandungan kurikulum Pendidikan Islam

haruslah disepadukan dan diseimbangkan dengan lima komponen kurikulum

prasekolah yang lain semasa PDP. Guru haruslah menggunakan pelbagai teknik

mengajar supaya tidak membosankan murid prasekolah dan menjadikan penyampaian

tersebut berkesan serta mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid agar

mempunyai cita- cita yang tinggi, daya tahan, semangat berjuang, gigih berusaha dan

mampu mempertingkatkan harga diri dan menyumbang kepada asas kemajuan

masyarakat, bangsa dan negara. Objektif kurikulum Pendidikan Islam ialah

membolehkan murid menyatakan asas- asas keimanan dan keislaman, mengamalkan

ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur, mengenali sirah dan peribadi

Rasullullah S.A.W dan berusaha mencontohnya, mengenali Al- Quran bagi bahasa dan

hurufnya dan menghafaz dengan makna beberapa surah pendek dan doa harian. Guru

boleh mengajar doa- doa sebelum makan dan selepas makan dalam kurikulum. Kanak-

kanak dapat menghargai segala yang ada, tidak membazir dan menggunakan dengan

baik.

Page 3: Perkembangan Kerohanian dan Moral kanak- kanak Prasekolah

Melalui ilmu, kemahiran dan amalan yang disalurkan, kurikulum Pendidikan

Islam dapat menyumbang ke arah melalhirkan murid Islam yang beriman, berilmu,

berakhlak mulia, bertaqwa dan beramal soleh. Di samping murid prasekolah dapat

mengamalkan nilai- nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

Selain daripada itu, guru juga digalakkan untuk mengadakan lawatan ke persekitaran

sekolah, kebun bunga, tempat bersejarah dan juga mengadakan perkelahan di

kawasan pemandangan semula jadi. Dengan cara ini, mereka dapat menikmati

keindahan alam serta mengenali tanda- tanda yang menunjukkan kekuasaan dan

kebesaran Tuhan dan menjadikan pendidikan agama sebagai amalan dan perlakuan.

Manakala bagi Pendidikan Moral pula, guru prasekolah haruslah menekankan

aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan agar murid –

murid dapat mengamal dan menghayati nilai- nilai murni yang terdapat dalam

masyarakat majmuk secara bersepadu. Melalui kurikulum Pendidika Moral ini, murid

dapat dipupuk dengan nilai- nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga,

masyarakat, alam sekitar dan negara. Murid dapat mengetahui dengan jelas tentang

kewajiban diri sendiri sebagai anak, pelajar mahupun seorang insan yang berguna.

Guru haruslah merancangkan aktiviti yang berfaedah dan berkesan supaya murid dapat

mengamalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan seharian. Aktiviti seperti aktiviti

bercerita, main peranan, permainan, pemerhatian dan latihan amali. Nilai- nilai yang

dipupuk dalam diri murid- murid hendaklah dikaitkan dengan isu- isu semasa dan

sesuai dengan peringkat umur mereka. Pendidikan Moral perlu disepadukan dengan

semua komponen dan diterapkan dalam pelbagai aktiviti pembelajaran. Melalui aktiviti

yang dijalankan akan mencapai objektif kurikulum Pendidikan Moral iaitu membolehkan

murid memahami dan menyatakan nilai- nilai murni masyarakat Malaysia,

mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan

menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat. Guru haruslah bertindak

secara adil semasa membentuk tingkah laku murid. Guru perlulah memuji murid yang

bertingkah laku baik, manakala bagi murid yang buat salah pula dinasihat ataupun

didenda oleh guru supaya murid prasekolah dapat mengetahui dengan jelas mana

perlakuan yang baik perlu diamalkan dan perlakuan yang buruk perlu diabaikan. Dalam

Page 4: Perkembangan Kerohanian dan Moral kanak- kanak Prasekolah

kurikulum Pendidikan Moral, guru boleh menerapkan nilai murni dalam San Zi Jing dan

Di Zi Gui kepada murid prasekolah.

Kedua- dua buku ini telah menerapkan nilai- nilai murni yang haruslah

diamalkan oleh seorang insan supaya dapat membentuk satu masyarakat yang

sejahtera dan harmoni

Selain itu, guru juga boleh mengadakan program Famine 30. Melalui aktiviti

Famine 30, kanak- kanak mendapat ikhtibar daripada kesusahan kehidupan serta

menghargai sumber alam yang diciptaNya. Murid dapat mengalami situasi melalui

aktiviti bermain. Murid dapat mensimulasi situasi seperti di negara miskin dan

menerapkan nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan.

Di samping itu, guru juga boleh mengadakan lawatan ke rumah yatim piatu,

rumah orang tua dan rumah kurang upaya. Kanak- kanak boleh mempelajari cara

menghiburkan orang tua, menghormati orang tua, menimbulkan rasa prihatin kepada

golongan yang kurang berupaya. Secara tidak langsung murid dapat menghormati

setiap insan dan percaya akan setiap insan merupakan individu yang istimewa dicipta

oleh Tuhan.

Kesimpulannya, demi memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh

dan seimbang, berakhlak mulia, bermoral, berperibadi mulia dan berupaya mencapai

kesejahteraan diri seseorang itu mestilah mempunyai kekuatan sifat kerohanian dan

nilai- nilai murni. Pendidikan Islam dan Moral perlu disepadukan di atas satu matlamat

Page 5: Perkembangan Kerohanian dan Moral kanak- kanak Prasekolah

yang sama iaitu membangunkan kepercayaan kepada tuhan asas pembentukan akhlak

yang mulia.