perkembangan fizikal

21
PENGENALAN Bagi tajuk ini kita akan membincangkan perkembangan fizikal kanak- kanak dari sudut yang lebih khusus. Sebelum kita membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut, elok rasanya kita faham dulu apa yang dimaksudkan dengan Perkembangan Fizikal . Perkembangan bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi dan pengaruh persekitaran ( Doherty & Brennan, 2008). Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran pula, menentukan bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi. Oleh itu, dalam perbincangan ini kita akan melihat beberapa aspek perkembangan fizikal kanak-kanak. Antara aspek yang akan kita lihat adalah bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan kanak-kanak. Kita juga akan menyentuh tentang perkembangan deria kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka berhubung dengan persekitaran. Peringkat perkembangan ini sangat penting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanak akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan Topik Topik 2 2 Perkembanga n fizikal HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek kawalan anggota badan dan kawalan manual; 2. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek perkembangan deria, kinestetik dan persepsi 3. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek perkembangan motor halus, motor kasar dan deria motor.

Upload: zulkiply-yaakob

Post on 10-Jun-2015

5.510 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Bagi tajuk ini kita akan membincangkan perkembangan fizikal kanak-kanak dari sudut yang lebih khusus. Sebelum kita membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut, elok rasanya kita faham dulu apa yang dimaksudkan dengan ‘Perkembangan Fizikal’. Perkembangan bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi dan pengaruh persekitaran ( Doherty & Brennan, 2008). Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi dari ibubapa mereka. Keadaan persekitaran pula, menentukan bagaimana kanak-kanak ini menggunakan bakat yang diwarisi untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi.

Oleh itu, dalam perbincangan ini kita akan melihat beberapa aspek perkembangan fizikal kanak-kanak. Antara aspek yang akan kita lihat adalah bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan kanak-kanak. Kita juga akan menyentuh tentang perkembangan deria kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka

TopikTopik 22Perkembangan fizikal

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek

kawalan anggota badan dan kawalan manual;2. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek

perkembangan deria, kinestetik dan persepsi3. Menghuraikan perkembangan fizikal kanak-kanak dari aspek

perkembangan motor halus, motor kasar dan deria motor.

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

berhubung dengan persekitaran. Peringkat perkembangan ini sangat penting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanak akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep. Pada peringkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan anggota badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan melompat atau kawalan motor halus seperti mewarna dan menulis.

KOMPONEN PERKEMBANGAN MOTOR

2.1.1 Kawalan Anggota

Pemerhatian kita terhadap perkembangan dan kawalan anggota badan kanak-kanak merupakan suatu yang sangat menarik. Bagaimanakah kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran mereka? Cuba kita perhatikan bagaimana kanak-kanak mula mempelajari sesuatu. Bagaimana mereka mula mengenal objek dan mencuba untuk memegangnya. Bagaimana pula kanak-kanak ini mula bergerak seperti merangkak untuk mendapatkan objek tersebut. Bagaimana mereka menggunakan kawalan anggota badan mereka untuk mempelajari sesuatu.

Semua aktiviti di atas merupakan perkembangan fizikal anggota badan kanak-kanak. Proses yang kompleks ini berlaku memerlukan kekuatan fizikal, koordinasi otot, keseimbangan badan dan persepsi yang tepat. Peringkat perkembangan ini melibatkan bagaiamana kanak-kanak memperkembangkan kemahiran baru mereka. Kebolehan ini perlu

2.1

16

AKTIVITI 2.1Cuba perhatikan bagaimana kanak-kanak meneroka persekitaran mereka. Apa yang akan mereka lakukan sekiranya mereka ingin mengetahui sama ada objek itu lembut atau keras?

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

digalakkan dengan aktiviti yang sesuai dapat disediakan untuk pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Perkembangan fizikal dan cara kanak-kanak mengawal anggota badan membolehkan mereka meneroka dan berinteraksi dengan dunia di persekitaran mereka. Bagi kanak-kanak apa sahaja yang mereka lihat dan buat adalah sesuatu yang baru. Penggunaan kemahiran anggota badan mereka dapat mencetuskan pengalaman yang baru dan berbeza. Mereka akan mengulang hingga mereka terbiasa. Gerkan ulangan ini secara tidak langsung akan melatih kawalan bahagian anggota badan. Selepas selesa dan bosan dengan cara gerakan tersebut mereka akan mencuba cara yang berbeza dan baru..

Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak ini, mereka akan memperkembangkan otot anggota badan dahulu. Setelah otot berkembang dengan baik dan kuat, mereka akan cuba menggunakan kekuatan otot dengan melakukan aktiviti tertentu. Mereka akan cuba bergerak, merangkak dan memegang objek yang dijumpai. Contohnya mereka apabila ternampak pensil mereka akan cuba memegangnya. Kemudian kanak-kanak ini akan melukis atau melorek mengikut imaginasi mereka.

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan sedar tentang kawalan badan mereka seiring dengan kebolehan mereka mengerakkan anggota badan tersebut. Justeru, pada peringkat awal pembelajaran kawalan tubuh badan ini, tumpuan juga harus diberikan kepada pengetahuan mereka tentang nama dan mengenal bahagian-bahagian anggota tubuh badan mereka. Contohnya, kita mengajar mereka seperti; “memegang dengan tangan”, “menendang dengan kaki” dan “melihat menggunakan mata”. Apabila kita mengajar mereka memegang bola dengan tangan kita juga boleh menunjukkan bagaimana kawalan tangan itu boleh dilakukan.

Mereka juga perlu peka terhadap gerakan anggota badan mereka dan kebolehan untuk membuat beberapa bentuk gerakan. Contohnya dalam aktiviti senaman, kita minta kanak-kanak membuat imaginasi seperti, “buat badan kamu seluas lautan” sambil mendepakan tangan seluasnya. Atau “cuba capai buah di atas pokok yang tinggi” sambil menyuruh kanak-kanak merengangkan badan mereka untuk mencapai tempat yang tinggi. Aktiviti seperti ini, selain kanak-kanak akan berasa seronok ia juga akan dapat menggalakkan imaginasi kanak-kanak tersebut.

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Terdapat beberapa gerakan anggota tubuh badan yang sesuai dijalankan oleh kanak-kanak ini bagi melatih kawalan anggota badan. Antara aktiviti untuk kawalan badan adalah seperti melenturkan badan, meregangkan badan dan memusingkan badan. Lain-lain aktiviti adalah seperti berpusing dalam bulatan, melompat bersama rakan dan melangkah bersama-sama seperti keretapi sedang bergerak. Aktiviti seperti ini akan memperkukuhkan kebolehan kanak-kanak itu mengawal anggota badan. Selain itu adalam aktiviti ini akan melibatkan koordinasi untuk bergerak dalam kumpulan.

Aktiviti yang dinyatakan di atas merupakan aktiviti yang melibatkan kawalan anggota badan secara serentak. Ia melibatkan kawalan terhadap tangan, kaki dan badan. Contohnya dalam aktiviti bermain keretapi bergerak bersama rakan. Kanak-kanak akan membuat kawalan tangan agar sentiasa memegang bahu rakannya. Gerakan kaki juga perlu dikawal agar bergerak serentak dengan kaki rakan yang lain. Kawalan badan pula perlu agar mereka dapat bergerak dalam satu barisan yang lurus.

Semak Kendiri 2.1

Bagaimana daya gerak hati (intuitif) ini membantu dalam perkembangan pergerakan anggota dan otot seorang kanak-kanak?

2.1.2 Kawalan Manual

Semasa peringkat perkembangan seorang kanak-kanak, kemahiran mereka dapat mengendalikan objek memberi makna yang besar. Cara bagaimana mereka memegang sesuatu objek dengan yakin akan dapat menunjukkan kebolehan mereka. Misalnya, jika kita lihat kanak-kanak bermain plastisin. Apakah kawalan manual yang dilakukan oleh mereka? Kanak-kanak akan menyesuaikan gerakan tangan bagi membentuk objek yang tertentu. Mereka akan menekan dan

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

mengosokkan plastisin antara dua tapak tangan untuk membuat bentuk bujur. Atau mereka akan mengenggam plastisin tersebut dengan kuat untuk membuat bola. Begitu juga, mereka akan menyelaraskan daya yang bersesuaian ketika membentuk plastisin tersebut semasa membuat bentuk bulat seperti bola itu.

Aktiviti kawalan manual juga merujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk membuat aktiviti motor halus. Aktiviti ini adalah seperti memegang, menggengam, menggosok dan menggunakan jari tangan. Contohnya, seperti kanak-kanak membuka skru pada alat mainan mereka. Aktiviti ini memerlukan kecekapan kanak-kanak untuk menggunakan jari tangan bagi memegang, mengenggam dan memusingkan skru tersebut. Kawalan manual ini akan melatih kemahiran mereka menyelaraskan kekuatan genggaman dan pegangan jari-jari tangan mereka.

Aktiviti lain seperti memindahkan biji manik dalam susunan warna, bentuk atau saiz yang berbeza. Contohnya kanak-kanak diminta menyusun biji manik secara berurutan dari saiz yang paling kecil ke saiz yang paling besar. Semasa kanak-kanak ini menentukan saiz objek tersebut telah wujud koordinasi mata-tangan. Mereka akan melihat objek yang paling kecil dan membuat perbandingan dahulu sebelum mengambil biji manik tersebut. Aktiviti yang melibatkan pelbagai bentuk, saiz, tekstur dan berat objek seperti ini akan memperkembangkan kecekapan kawalan manual kanak-kanak semasa mengendalikan sesuatu objek.

Aktiviti membuat guntingan kertas juga dapat meningkatkan kawalan manual kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak diminta membuat guntingan kertas bentuk sebuah rumah. Mereka akan cuba mengunting dari satu sudut. Gerakan dan genggaman tangan mereka sangat penting bagi membuat guntingan yang kemas mengikut garisan bentuk rumah tersebut. Semasa mengunting mereka juga perlu membuat gerakan mata bagi memfokus pada bahagian yang betul untuk dipotong.

Kawalan manual juga boleh dilihat semasa kanak-kanak sedang bermain. Contohnya semasa kanak-kanak bermain batu seremban, mereka akan membaling dan menangkap batu dalam permainan tersebut. Kawalan manual dalam permainan ini melibatkan kemahiran kanak-kanak mengawal gerakan membaling dengan daya yang sesuai. Selain itu, mereka juga perlu cekap menangkap dan mengenggam batu tersebut pada masa yang tepat.

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Rajah 2.1: Semasa kanak-kanak bermain mereka akan mengembangkan kemahiran manual.

KENDIRI 1.1

PERKEMBANGAN DERIA

2.2.1 Deria

Kemahiran kanak-kanak untuk menerima maklumat dengan tepat berkait dengan kebolehan deria mereka mengesan rangsangan. Rangsangan dari persekitaran wujud dalam pelbagai bentuk iaitu; bau, rasa, cahaya, panas atau sejuk, kesakitan dan bunyi. Oleh itu terdapat beberapa organ deria pada kanak-kanak yang berfungsi untuk mengesan rangsangan ini. Deria yang utama untuk mengesan rangsangan adalah mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk sentuhan.

Setiap organ deria ini mempunyai fungsi yang tertentu. Secara amnya fungsi organ deria ini dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 2.1 di bawah;

2.2

16

Gambar kanak-kanak sedang bermain batu

seremban/plastisin.

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Jadual 2.1: Organ deria dan fungsinya

Di

peringkat awal perkembangan kanak-kanak, mereka banyak bergantung kepada kemahiran organ deria mereka untuk bergerak dan bertindak. Kanak-kanak yang baru dilahirkan mengenali persekitarannya secara kabur sahaja kerana keupayaan otaknya masih belum berupaya berfungsi sepenuhnya. Pada tahap ini kanak-kanak bergerak dengan menggunakan gerakan pantulan. Kanak-kanak menunjukkan perubahan daripada tindakan reflektif kepada tindakan yang bertujuan. Contohnya, kanak-kanak berubah daripada keadaan di mana dia hanya memegang apa-apa yang diberikan kepadanya kepada keadaan cuba memegang apa-apa yang dia nampak. Mereka cuba menggunakan sebanyak mungkin penggunaan organ deria mereka.

Walau bagaimanapun pada peringkat awal ini juga kanak-kanak tidak mempunyai konsep pengekalan contohnya apabila sesuatu benda yang dilihatnya disembunyikan, kanak-kanak tersebut tidak berusaha untuk mencarinya. Mereka menganggap objek tersebut telah tidak ada lagi. Perkembangan kognitif pada tahap ini adalah cepat tetapi kebolehan mental hanya terhad kepada objek-objek yang boleh dilihat sahaja. Oleh itu pada peringkat awal ini penggunan deria penglihatan, sentuhan, pendengaran dan rasa sangat membantu perkembangan kanak-kanak.

Bagi Piaget (1952), peniruan merupakan satu petunjuk penting kepada perkembangan kecerdasan mental bayi pada tahap deria motor. Bagi membolehkan bayi meniru tingkah laku orang lain, bayi sekurang-kurangnya telah membuat pemerhatian yang rapi sama ada melalui tingkah laku perantaraan atau menerusi proses dalaman secara simbolik. Reaksi sekular ialah cara pengukuhan skema dan

Organ deria

Fungsi Jenis rangsangan

Mata Penglihatan Cahaya

Telinga Pendengaran Bunyi

Hidung Bau Wangi, busuk

Lidah Rasa Manis, masam, masin, pahit

Kulit Sentuhan Sejuk, panas, sakit

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

generalisasi yang boleh diperlihatkan oleh bayi. Piaget menyatakan sebagai satu rangkaian gerakan yang diulang-ulang disebabkan perlakuan itu merupakan suatu penglahiran tingkah laku bersebab daripada rangsangan tertentu yang diterima. Gerakan rangkaian inilah yang dinamakan reaksi sekular seperti tingkah laku menghisap susu pada bayi. Rangsangan bibir bayi semasa menyusu menyebabkan penglibatan rangkaian tingkah laku termasuklah bibir, rahang dan pergerakan leher.

Apabila kanak-kanak ini semakin membesar, semakin banyak rangsangan yang telah diterima. Kanak-kanak menjadi semakin matang dalam mengesan dan mengendalikan rangsangan ini. Melalui penggunaan organ deria ini kanak-kanak mula membentuk konsep objek. Mereka mula memahami bentuk, saiz, tekstur atau ciri objek yang berbeza. Mereka juga telah faham cara yang sesuai untuk bertindak terhadap sesuatu rangsangan.

Jenis rangsangan yang diterima juga akan menentukan tingkah laku dan jenis gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Melalui penggunaan organ deria yang cekap kanak-kanak akan dapat meningkatkan kemahiran gerakan mereka. Mereka juga dapat memahami konsep ruang, keseimbangan, kestabilan badan dan kesediaan anggota badan untuk bertindak melalui pengesanan rangsangan dari persekitaran.

2.2.2 Kinestetik

Kinestetik merupakan kemahiran yang penting bagi kanak-kanak melakukan gerakan tubuh badan. Kebolehan kanak-kanak membuat gerakan dan mengkoordinasi gerakan badan membolehkannya melakukan banyak aktiviti yang lebih bermakna. Misalnya, kanak-kanak yang baik daya kinestetik akan cepat untuk berguling, merangkak dan akhirnya dapat berjalan. Banyak aktiviti yang kita lakukan seharian juga melibatkan kebolehan kita membuat gerakan kinestetik anggota badan. Malah mereka yang dapat mengerakkan anggota badan dengan baik berupaya untuk menjadi atlit, penari atau individu yang lebih cergas, kuat dan sihat.

Gerakan kinestetik dapat dilihat semasa peringkat awal perkembangan kanak-kanak lagi. Misalnya, di peringkat bayi satu daripada cara untuk

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

mereka menunjukkan keinginan mereka adalah melalui gerakan. Bayi akan mengerakkan tangan dan menendang-nendang kaki mereka sekiranya mereka inginkan sesuatu. Kanak-kanak sedar melalui gerakan seperti ini mereka akan memperoleh respons yang lebih cepat.

Selain itu, melalui gerakan juga kanak-kanak dapat meneroka persekitaran mereka. Kanak-kanak yang sedang membesar merupakan seorang yang penuh dengan imaginatif dan ‘curiousity’ yang tinggi. Oleh itu, apabila berpeluang mereka akan cuba meneroka di tempat yang baru tersebut. Contohnya, kali pertama mereka di kelas prasekolah, kanak-kanak ini akan berasa seronok dan mencuba sesuatu dengan cara melompat dan memanjat tempat yang baru bagi mereka.

Gerakan kinestetik dapat dikaitkan dengan kebolehan untuk belajar, meningkatkan kesihatan diri dan menambahkan keyakinan kanak-kanak (Doherty & Brennan, 2008). Guru perlu memainkan peranan bagi membantu kanak-kanak bergerak dengan lebih berkesan dan meningkatkan kualiti gerakan kinestetik mereka. Gerakan kinestetik merupakan perkara penting dalam perkembangan dan latihan fizikal kanak-kanak. Penggunan gerakan kinestetik dan perancangan yang baik dapat membantu kanak-kanak lebih prihatin terhadap anggota badan dan bagaimana melakukan gerakan yang lebih berkesan.

Menurut (Bucher, 1979) ciri-ciri dalam pendidikan gerakan kinestetik adalah;

a) berpusatkan muridb) perlu melibatkan penyelesaian masalahc) pendidikan yang tidak terlalu formald) melibatkan penggunaan alatane) membenarkan pembelajaran kemahiran motorf) dapat meningkatkan kepusan dalam membuat gerakang) menggalakkan analisis dalam gerakan yang dilakukan

2.2.3 Persepsi

Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian deria, kanak-kanak perlu diberi latihan bagi menerima maklumat dengan tepat melalui deria (sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu diinterpretasi dengan tepat yang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat penting dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak tersebut. Terdapat enam bentuk persepsi iaitu; penglihatan, pendengaran,

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

kepekaan anggota badan, sentuhan, bau dan rasa. Antara kesemua ini, penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah persepsi yang sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanya berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004).

Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian. Ini termasuklah; persepsi ketekalan, orientasi ruang, corak persepsi/ kedudukan dalam ruang, persepsi mendalam, kawasan penglihatan, persepsi gerakan dan koordinasi visual-motor. Persepsi terhasil apabila kanak-kanak ini memperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran. Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentuk rangsangan penglihatan cahaya.

Persepsi ketekalan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat pemerhatian dan membandingkan. Perbandingan yang dibuat adalah bagi mengesan ciri sepunya, yang sama atau berbeza antara dua objek. Melalui persepsi ketekalan ini, kanak-kanak dapat membandingkan bentuk dan rupa antara dua objek yang diperhatikan. Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka dapat menyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat. Mereka juga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut iaitu seperti saiz, warna, lembut atau keras.

Orientasi ruang pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak melihat hubungan antara sesuatu objek di suatu ruang kawasan dengan objek lain atau kepada orang lain yang terdapat dalam persekitaran tersebut. Misalnya, kanak-kanak sedang bermain bola dan bola tersebut tercampak ke bawah meja. Kanak-kanak akan membuat gerakan yang bersesuaian seperti membengkokkan badannya untuk mengambil bola yang terdapat di bawah meja tersebut.

Kedudukan dalam ruang pula adalah kebolehan menentukan secara menegak atau arah apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukan yang berbeza. Contohnya, dalam permainan rebut bola. Seorang murid meletakkan bola diletakkan di atas kepala atau dicelah kakinya. Murid yang lain dikehendaki merebut bola tersebut dari kedudukan yang telah ditetapkan. Bagaimana kanak-kanak tersebut berusaha untuk cuba mengambil bola dan mengawal keseimbangan badannya berkait dengan pemerhatian kedudukan ruang bola tersebut.

Persepsi kedalaman (depth perception) adalah kebolehan kanak-kanak menganggarkan jarak menegak (vertical) antara dua tempat. Contohnya kanak-kanak perlu menggunakan persepsi ini ketika

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

memanjat antara anak tangga untuk bermain gelongsor. Ketepatan anggaran jarak antara anak tangga penting supaya kanak-kanak dapat melangkah dengan luas yang betul. Begitu juga untuk melompat bagi melepasi halangan seperti lari lompat berpagar. Kanak-kanak memerlukan persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan kadar daya yang sesuai.

Koordinasi visual-motor melihat bagaimana tindakan kanak-kanak dalam mengkordinasi mata dan anggota badan. Contohnya kanak-kanak dapat membuat koordinasi yang tepat antara tangan dan mata atau kaki dan mata. Dalam permainan bolasepak, kanak-kanak yang menjadi penjaga gol perlu cekap dapat membuat koordinasi tangan dan kaki(contohnya dalam menangkap bola) atau kaki dan mata (contohnya dalam menendang bola).

Persepsi kinestetik pula merujuk kepada kebolehan deria atau kepekaan terhadap gerakan dan kedudukan badan. Maklumat diperoleh daripada dalam badan melalui reseptor yang terdapat di dalam otot, tendon dan sendi dan juga melalui sistem keseimbangan yang terletak dalam sistem auditori telinga. Persepsi ini membantu kanak-kanak mengekalkan kedudukan badannya yang seimbang dan stabil.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menerima maklumat atau rangsangan, akan cuba menginterpretasi maklumat yang mereka terima. Mereka akan cuba memadankannya dengan pengalaman atau maklumat dari persekitaran dan ini akan menyebabkan mereka menunjukkan masalah dalam membuat sesuatu gerakan (Horvat et. al., 2007).

Contohnya, apabila kanak-kanak sedang bermain lontar dan tangkap bola. Seorang kanak-kanak yang cuba untuk menangkap bola akan mula bersedia apabila dia melihat kawannya mula ingin melontar bola tersebut. Pada masa ini kanak-kanak ini menerima maklumat dari deria penglihatannya. Dia mula bersedia untuk menangkap bola tersebut dengan mendepakan tangannya dan matanya tepat melihat ke arah bola yang cuba hendak dilontar.

Apabila bola tersebut dilontar, kanak-kanak ini akan membina persepsinya sama ada kedudukan bola tersebut tinggi atau rendah, begitu juga sama ada bola tersebut berada di sebelah kanan atau kiri. Dia juga akan membina persepsi terhadap kelajuab bola tersebut dan arah lambungan bola itu. Pada masa yang sama kanak-kanak ini akan menyesuaikan kedudukan tangan dan badannya untuk menyambut

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

bola tersebut. Semua yang berlaku ini merupakan interpretasi daripada maklumat yang diperoleh dari deria penglihatan. Bersedia dan menyesuaikan kedudukan badan pula adalah interperetasi yang diperoleh dari deria kinestetik.

Kanak-kanak ini perlu meyambut bola itu dalam masa yang singkat. Dan pada masa yang sama dia juga perlu menyesuaikan kadar gengaman yang bersesuaian dengan kelajuan bola tersebut. Proses

menerima rangsangan maklumat, membina persepsi dan kemudian bertindak ke atas maklumat tersebut memerlukan masa hanya beberapa saat sahaja. Oleh itu, kebolehan untuk bertindak dengan tepat berdasarkan rangsangan maklumat dari persekitaran (bola datang ke arahnya) dan memlilih gerakan yang sesuai berdasarkan apa yang berlaku di persekitaran tersebut (bagaimana mengawal gerakan badan untuk menangkap bola) merupakan tindakan yang sangat penting dalam perkembangan fizikal seorang kanak-kanak.

Rajah 2.2 : Kanak-kanak mengembangkan kecekapan deria dan persepsi mereka ketika sedang bermain bersama rakan.

SEMAK KENDIRI 2.2

Huraikan bagaimana persekitaran, permainan dan interaksi dengan rakan sebaya

mampu mempengaruhi pembelajaran yang berkesan pada kanak-kanak?

16

Gambar dua orang kanak-kanak sedang bermain lontar

bola.

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

PERKEMBANGAN MOTOR

2.3.1 Motor Halus

Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan motor? Istilah perkembangan motor merujuk kepada perkembangan fizikal atau pertumbuhan dalam kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan dan kemahiran fizikal mereka. Perkembangan motor juga kerap kali didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka melakukan gerakan. Oleh itu apabila kita membincangkan tentang perkembangan motor kanak-kanak kita tidak dapat lari daripada membicarakan perkembangan motor halus dan motor kasar mereka.

Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak. Pembelajaran di sekolah misalnya, menyediakan pelbagai pengalaman bagi kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor mereka. Contohnya, kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolah di ‘Tadika’, akan diminta untuk mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar cara memegang buku yang betul.

Bukan itu sahaja, malahan sejak kanak-kanak lagi kita dapat lihat bagaimana seorang kanak-kanak kecil cuba mengambil mainan mereka. Mereka juga akan cuba memasukkan mainan tersebut ke dalam mulut mereka. Apabila mereka berjaya mereka akan tersenyum tetapi apabila kita menegahnya mereka akan menangis. Semua aktiviti ini termasuk manipulasi mimik muka mereka melibatkan penggunaan motor halus.

2.3

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.

Perkembangan ini berterusan semasa kanak-kanak mula untuk belajar. Kanak-kanak akan belajar memegang pensil, melukis dan menconteng menggunakan krayon akan mengembangkan motor halus mereka. Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri kanak-kanak tentang anggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapat dengan apa yang mereka rasa selesa dengan diri mereka. Kekurangan yang mereka rasai akan mempengaruhi cara kanak-kanak ini bergaul dengan rakan sebaya.

2.3.2 Motor Kasar

Apabila kita membincangkan tentang perkembangan fizikal, biasanya kita akan lebih merujuk kepada perkembangan motor kasar berbanding motor halus. Perkembangan motor kasar merujuk kepada aktiviti penggunaan kaki seperti berlari, melompat atau menendang bola. Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah seperti membaling, memukul malah mengangkat objek yang berat.

Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Pada peringkat awal ini aktiviti lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ini. Aktiviti seperti berbaring, meniarap, berguling dan merangkak

16

AKTIVITI 2.2

Jelaskan apakah aktiviti lain yang dapat membantu kanak-kanakmeningkatkan kemahiran motor halus mereka?

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008).

Apabila kanak-kanak semakin membesar, aktiviti yang disediakan perlulah melibatkan penggunaan lebih banyak anggota badan mereka. misalnya, aktiviti seperti memanjat mainan ‘sarang lelabah’ memerlukan penggunaan kemahiran motor kasar pada tangan, kaki dan badan. Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat.

16

Gambar kanak-kanak sedang bermain dan memanjat

mainan sarang lelabah bersama rakan di luar kelas.

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Rajah 2.3: Aktiviti memanjat seperti ini akan membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan kebolehan mengimbangkan badan.

Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007) kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan postur badan, agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor anggota bdan.

Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam aktiviti seperti ini.

Jadual 2.2 berikut merupakan contoh aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak;

Jadual 2.2: Aktiviti motor halus dan motor kasar

Motor halus Motor kasarBermain pasir Berjalan (lurus atau bengkang-

bengkok)

Mengikat tali kasut Berkawad seperti askar

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Memasang butang baju Berlari dan berhenti mengikut arahan

Mengguna sudu dan garpu Melompat setempat

Membentuk objek dari plastisin Melompat seperti katak

Memotong kek atau mainan plastisin

Meniru gerakan haiwan (kucing, arnab, ular)

Melekatkan gambar Memegang palang dan berhayun

Menggunakan ‘mouse’ komputer Memanjat tempat mainan

Menulis nama Membaling dan menangkap bola

Melorek atau mewarna gambar Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan

2.3.3 Deria Motor

Perkembangan fizikal kanak-kanak juga melibatkan perkembangan deria motor mereka. Kanak-kanak perlu menyelaraskan antara pengesanan rangsangan oleh deria dengan tindakan oleh motor anggota badan. Kecekapan motor adalah tindakan saling interaksi antara motor kasar dan motor halus. Melalui pengesanan rangsangan oleh lima organ deria yang telah dibincangkan sebelum ini, badan akan bergerak balas bagi menentukan keadaannya serta membuat penyelarasan gerak balas yang bersesuaian. Contohnya, apabila kanak-kanak berasa tidak selesa kerana keadaan persekitaran yang panas, mereka akan bergerak untuk mencari tempat yang lebih selesa.

Dalam sistem saraf kita terdapat beberapa reseptor yang memberikan maklumat untuk kita bertindak balas, antaranya;

a) Proprioceptors – memberikan maklumat berkenaan ketegangan otot, kedudukan, dan pergerakan antara sendi

b) Nocioceptors - memberikan rangsangan berkaitan kesakitan otot atau tisu badan

16

Apakah deria utama kanak-kanak untuk mengesan rangsangan dari

persekitaran ?Apakah aktiviti di luar bilik darjah yang sesuai untuk

meningkatkan kecekapan visual kanak-kanak?

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

c) Sistem vestibular – terdapat di dalam telinga dalam dan memberi maklumat tentang graviti, keseimbangan dan pergerakan badan

Deria motor yang berlaku pada kanak-kanak dipengaruhi oleh jenis gerakan yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Contohnya, sekiranya kanak-kanak tersebut dikehendaki untuk bermain alat muzik seperti ‘rekoder’ ia akan mengerakkan jari mengikut not muzik yang diberikan. Kecekapan kanak-kanak bertindak terhadap deria motor juga dipengaruhi pengalaman mereka yang lepas. Latihan yang kerap dan bersesuaian akan membolehkan kanak-kanak ini membuat gerakan jari yang lebih mahir dan baik.

Tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak juga merupakan proses deria motor mereka berfungsi. Selain pengalaman dan latihan, kecekapan deria motor ini juga dipengaruhi oleh keinginan mereka, perhatian yang diberikan, serta kesan dan akibat yang dialami hasil tindakan tersebut. Setiap gerakan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini merupakan contoh deria motor mereka. Justeru, setiap gerakan dan deria motor yang terlibat dalam gerakan tersebut akan menambahkan pengalaman kanak-kanak ini mempelajari sesuatu yang baru.

16

SEMAK KENDIRI 2.3

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

• Pengawalan anggota dan otot badan merupakan perkara asas yang dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Melalui pengawalan dan gerakan anggota badan, kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahuan mereka. Kanak-kanak juga dapat meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran mereka.

• Kanak-kanak juga perlu mengembangkan kemahiran kawalan manual mereka. Kebolehan mereka menggunakan jari dan tangan untuk memanipulasikan objek akan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka.

• Perkembangan organ deria kanak-kanak berlaku sangat pesat di awal peringkat tumbesaran mereka. Pembelajaran dan interaksi pada kanak-kanak sebahagian besar bergantung kepada penggunaan organ deria mereka.

• Gerakan kinestetik merupakan antara perkembangan awal yang dapat diperhatikan berlaku pada kanak-kanak. Mereka akan menggunakan kemahiran kinestetik bagi meningkatkan kemahiran yang lain seperti bermain, berinteraksi dan menambah pengalaman pembelajaran mereka.

Rangsangan yang diterima oleh kanak-kanak akan diinterpretasikan sebagai persepsi mereka. Kemahiran membuat persepsi ini menentukan cara mereka untuk bertindak dan membuat gerakan. Cara mentafsir persepsi yang betul membolehkan kanak-kanak bertindak dengan tepat, stabil, yakin dan menggunakan daya dan tenaga yang bersesuaian.

Pergerakan anggota dan otot kanak-kanak melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Motor kasar melibatkan penggunaan otot anggota badan seperti tangan dan kaki untuk membuat pelbagai pergerakan. Motor halus pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat genggaman, memegang atau memanipulasikan jari mereka.

16

SEMAK KENDIRI 1.5

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Kawalan anggotaKawalan manualOrgan deriaGerakan kinestetik Persepsi Motor kasarMotor halusDeria Motor

Bucher, C.A. (1979). Physical Education for Children: Movement Foundations and Experiences. Basingstoke:Macmillan

Doherty, J. & Brenan, P. (2008). Physical education and development 3-11: London: Routledge

Gabbard, C. (2004). Lifelong motor development (4th ed.) New York : Pearson/Cummings

Horvat, M., Martin, E. & Luke, E. (2007). Development and Adapted Physical Activity Assessment. Champaign, IL : Human Kinetics.

Tansley, A.E. (1967). Reading and Remedial Reading. London: Routledge and Kegan Paul

16

TOPIK 2 PERKEMBANGAN FIZIKAL 16