perkara - universiti teknologi marakedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book...

34

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang
Page 2: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

PERKARA

SEKAPUR SIREHPENGENALAN PERPUSTAKAANUNIT-UNIT DI PERPUSTAKAANKEAHLIAN DAN PENDAFTARANWAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAANKOLEKSI PERPUSTAKAAN PERKHIDMATAN / KELAYAKAN PINJAMANDENDABUKU HILANG PERKHIDMATAN PEMULANGAN BAHANPERKHIDMATAN PEMBAHARUAN TARIKH PINJAMANPERKHIDMATAN TEMPAHAN BUKUPERKHIDMATAN PERINGATAN PEMULANGAN BAHANPERKHIDMATAN PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN ( PAP ) / SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN ( SPP )PERKHIDMATAN ADUAN BUKU/BAHAN TIDAK DAPAT DIKESAN DI RAKPERKHIDMATAN RUJUKAN DAN BIMBINGANPERKHIDMATAN PANGKALAN DATA ATAS TALIANPERKHIDMATAN PERCETAKAN BAHANPERKHIDMATAN PENGIMBASAN (SCANNING)PERKHIDMATAN FOTOKOPIBILIK PERBINCANGANPERKHIDMATAN TAMBAH NILAIPERKHIDMATAN WIRELESSPERATURAN - PERATURAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN UNIT SISTEM DAN TEKNOLOGI MAKLUMATWEB OPAC (ONLINE PUBLIC ACCESS CATALOG)EQUIP (ELECTRONIC QUERY USING INTERNET PROTOCOL)TATATERTIB PERPUSTAKAANDIREKTORI PUSTAKAWANPELAN BANGUNAN

MUKA SURAT

23

4-67-8910

10-1112 1313141414

1515

15-1617181818191919

191920

21-2223-2728-30

ISI KANDUNGAN

1

Page 3: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

SEKAPUR SIREH

2

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

Perpustakaan berperanan sebagai pemangkin kepada aktiviti-aktiviti utama dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Selain itu, perpustakaan mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam mewujudkan “budaya ilmu” khususnya menerusi pembacaan dan pengaksesan maklumat. Justeru itu, Perpustakaan Sultan Badlishah sentiasa berusaha menjadi perpustakaan yang dapat memberi dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.

Selain itu, untuk menjadikan perpustakaan sentiasa relevan dan berdaya saing sebagai sebuah Perpustakaan Akademik yang tersohor dan disegani di rantau ini, maka perpustakaan juga perlu peka dengan keperluan semasa yang kian mendesak dan perlu memenuhi keperluan sumber rujukan untuk program akademik yang baharu dan membangunkan koleksi perpustakaan yang terkini dalam pelbagai bentuk.

Akhir kata, adalah menjadi harapan perpustakaan supaya pengguna dapat memanfaatkan semua kemudahan dan servis yang disediakan dengan sebaik mungkin. Perpustakaan juga akan meneruskan amanah yang diberikan dalam menyediakan sumber rujukan, perkhidmatan dan kemudahan yang sentiasa relevan dan selaras dengan keperluan generasi masa kini.

Sekian. Wassalam.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kebesaran dan rahmatNya saya berpeluang memberikan kata-kata aluan di dalam Buku Panduan Perpustakaan Sultan Badlishah. Dengan sukacitanya saya mengalu-alukan kedatangan semua siswa-siswi. Saya juga turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan anda melanjutkan pengajian di universiti ini.

Puan Azizah Binti KhasimKetua Perpustakaan

Page 4: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada peringkat awalnya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan ini berpindah ke bangunan baru (tetap) pada pertengahan bulan Julai 2001 dan pada tahun 2002 perpustakaan telah menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Intergrated Library Management Utilities). Seramai 750 orang pengguna dapat dimuatkan di perpustakaan ini pada satu-satu masa. Pada penghujung tahun 2002 perpustakaan ini telah dinamakan Perpustakaan Sultan Badlishah sempena nama ayahanda Baginda Sultan Kedah.

3

1. Menjadikan Perpustakaan Sultan Badlishah sebagai sebuah pusat maklumat yang cemerlang dari segi aspek kepelbagaian koleksi yang mantap dan terkini bagi menyokong misi, visi dan hala tuju universiti.

2. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pelanggan.3. Menyediakan koleksi perpustakaan yang terkini dan releven bagi menyokong

keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.4. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, cekap, tepat dan mesra kepada

pelanggan dalaman dan luar.5. Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, berkemahiran, beretika tinggi dan proaktif.6. Menyediakan prasarana dan suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti.

Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi tekini bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyam-paian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

MISI

\Menjadikan perpustakaan UiTM bertaraf dunia sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secara fizikal dan maya.

VISI

PENGENALAN

Page 5: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

4

UNIT PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Perpustakaan Sultan Badlishah

Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi

Unit Perkhidmatan Maklumat

Unit Sistem dan Teknologi Maklumat

Unit Jurnal dan Pangkalan Data

Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal

Unit Pembangunan Sumber Ilmu

Unit Pentadbiran

Unit Jilid

1. Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi

2. Unit Perkhidmatan Maklumat

Unit Perkhidmatan Maklumat (UPM) bertanggungjawab dalam mengendalikan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna dalam menjadikan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) sebagai sebuah pusat maklumat yang mantap dan terkini bagi menyokong hala tuju universiti. Objektif Unit Perkhidmatan Maklumat (UPM) adalah untuk menyokong sistem pengajaran, pembelajaran dan juga garis panduan serta bimbingan yang mantap kepada pengguna perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan sumber rujukan yang sesuai dan terkini.

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi bertanggungjawab dalam melaksanakan perkhidmatan kepada pelanggan bagi menyokong Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) mencapai visi, misi dan hala tuju universiti. Objektif utama Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi ialah memberi perkhidmatan yang berkualiti serta mengirangkan pelanggan dan juga memastikan pengurusan koleksinya bersistematik dan terkawal.

Page 6: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

5

3. Unit Sistem dan Teknologi Maklumat

4. Unit Jurnal dan Pangkalan Data

5. Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal

6. Unit Pembangunan Sumber Ilmu

Unit Sistem dan Teknologi Maklumat (USTM) adalah berperanan penting dalam membangunkan teknologi maklumat di perpustakaan. Unit ini turut menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan melaksanakan pelbagai program-program antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti mencetak, mengimbas dan mengakses maklumat, .

Unit Jurnal dan Pangkalan Data (UJPD) memainkan peranan dalam melanggan dan memberi perkhidmatan rujukan bahan majalah dan jurnal. Majalah dan jurnal yang dilanggan terdapat dalam bentuk bercetak dan juga pangkalan data atas talian. Penempatan jurnal adalah berdasarkan kepada kursus yang ditawarkan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti khidmat nasihat dan rujukan dan bengkel pangkalan data atas talian

Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal (UPBPT) adalah berperanan dalam menyediakan rekod bibliografik yang lengkap bagi bahan yang diperolehi oleh Perpustakaan Sultan Badlishah. Selain daripada itu, bahan-bahan yang diproses akan dijamin kualitinya agar rekod bahan-bahan perpustakaan dapat diakses dengan cepat dan proses capaian maklumat menjadi berkesan kepada semua pengguna perpustakaan.

Unit Pembangunan Sumber Ilmu (UPSI) berperanan dalam menguruskan pembelian buku-buku baru melalui cadangan dan permintaan daripada para kakitangan, mengurus pembelian buku-buku melalui pesta buku dan pameran buku. Selain itu, unit ini juga berperanan dalam menguruskan penerimaan buku-buku hadiah dari individu atau organisasi dan juga menguruskan penerimaan dan penyusunan judul buku.

Page 7: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

6

7. Unit Pentadbiran

8. Unit Jilid

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

hUnit Pentadbiran (UP) bertanggungjawab menentukan pengurusan pentadbiran dan juga hal ehwal jabatan berjalan dengan lancar, cekap dan teratur. Bahagian ini juga berperanan memastikan segala rekod-rekod jabatan sentiasa dikemaskini dan tersimpan dengan baik. Unit ini juga menguruskan surat-menyurat, fail dan urusan pentadbiran jabatan dan pejabat.

Unit Jilid bertanggungjawab dalam menukar status buku yang perlu dijilid dan merekod bahan yang perlu dan telah dijilid. Unit ini juga membuat kerja-kerja penjilidan bahan seperti penyediaan kulit bahan, menjalankan kerja-kerja jilidan kulit keras dan penyediaan buku nota. Selain itu, unit ini juga mengendali dan menyelengara peralatan Unit Jilid, mengemaskini inventori bahan dan menyusun buku mengikut rak yang ditentukan.

Page 8: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

7

KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN

Keahlian Perpustakaan Sultan Badlishah terbuka kepada pelajar dan kakitangan UiTM. Walaubagaimanapun, bagi kakitangan sementara dan sambilan, bayaran cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang Kad E dan menyerahkan borang tersebut ke Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi beserta dengan sekeping gambar berukuran ‘passport’. Keahlian perpustakaan akan dilucutkan sekiranya seseorang itu telah tamat pengajian atau berhenti dari UiTM.

Keahlian Ahli Dalaman

KAKITANGAN AKADEMIKDESKRIPSI JAWATAN BAYARAN CAGARAN

Sepenuh masa TIADAKontrak TIADASambilan RM100.00Sementara RM50.00Pemeriksa Luar TIADA

KAKITANGAN BUKAN AKADEMIKDESKRIPSI JAWATAN BAYARAN CAGARAN

Sepenuh masa TIADAKontrak TIADASambilan RM100.00Sementara RM50.00

JURULATIH / TUTORDESKRIPSI JAWATAN BAYARAN CAGARAN

Sepenuh masa TIADAKontrak TIADASambilan RM100.00Sementara RM100.00

PELAJARDESKRIPSI JAWATAN BAYARAN CAGARAN

Sepenuh masa / E-PJJ TIADAFLP / KLK / Matrikulasi TIADASarjana / Phd TIADA

Page 9: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

KATEGORI BAYARAN KEAHLIAN(Tahunan)

CAGARAN BUKU(Boleh dituntut)

Ahli korporat RM2,000.00 1 naskah buku-RM300.00Maksimum 4 naskah

Alumni RM50.00 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah

Pesara Kerajaan dan Pesara UiTM

Percuma 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah

Kursus Pendek/ Program Francais

RM20.00 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah

Pegawai Kedutaan Percuma 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah (Kedutaan bertanggungjawab ke atas pinjaman)

Pelajar/ Kakitangan IPTA (PERPUN)

Kad matrik

(surat kebenaran dari institusi/ jabatan masing-masing bagi UM dan USM)

Pinjaman buku adalah melalui skim Pinjaman Antara Perpustakaan. Penggunaan Pusat/ Sudut IT dibenarkan tetapi perlu diberi keutamaan kepada warga UiTM terlebih dahulu

Pelajar/ Kakitangan kolej, universiti, politeknik dan jabatan kerajaan

Surat kebenaran dari institusi/ jabatan masing-masing

Pinjaman buku adalah melalui skim Pinjaman Antara Perpustakaan. Penggunaan Pusat/ Sudut IT dibenarkan tetapi perlu diberi keutamaan kepada warga UiTM terlebih dahulu

Pelajar/ Kakitangan IPTS dan Swasta

Surat kebenaran dari Ketua Perpustakawan/ TKP UPPPK, PSB

Rujukan sahaja

Pensyarah Kehormat/ Sambilan/ Sementara Fakulti Perubatan, UiTM

Percuma 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 2 naskah

Pelanggan Perseorangan (Harian)

RM20.00 (Harian) Ketua Pustakawan/ Ketua Perpustakaan cawangan diberi kuasa mempertimbangkan dan membenarkan kes-kes khas sahaja untuk membuat rujukan di perpustakaan UiTM

Pelanggan Perseorangan (Tahunan)

RM200.00 (Tahunan) 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah

8

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

Keahlian Ahli Luar

Page 10: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

9

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

SEMASA SEMESTERHARI MASA

AHAD – RABU8.30 PAGI – 6.45 PETANG8.30 PAGI – 10.30 MALAM

(Tertakluk Kepada Jadual Perkhidmatan)

KHAMIS 8.30 PAGI – 3.15 PETANG

JUMAAT & SABTU8.30 PAGI – 4.45 PETANG

(Mengikut jadual kuliahEMBA dan E- PJJ)

SEMASA CUTI SEMESTERHARI MASA

AHAD – RABU 8.30 PAGI – 4.45 PETANG

KHAMIS 8.30 PAGI – 3.15 PETANG

JUMAAT & SABTU TUTUP

• Sebarang perubahan waktu perkhidmatan adalah tertakluk kepada jadual Hal

Ehwal Akademik (HEA).• Kaunter pinjaman dan pemulangan bahan akan ditutup 30 minit lebih awal sebelum

tamat waktu perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk urusan pengemaskinian rekod dan data.

• Sebulan sebelum peperiksaan, waktu perkhidmatan perpustakaan akan dilanjutkan sehingga ke pukul 10.30 malam.

Page 11: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

10

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

1. KOLEKSI RAK TERBUKA:Meliputi buku-buku daripada pelbagai bidang perkara yang boleh diakses secara terbuka dan dipinjam oleh ahli perpustakaan mengikut hak pinjaman masing-masing (mengikut kategori pelanggan) yang ditetapkan. Lokasi di aras 2 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna jingga.2. KOLEKSI RUJUKAN:Meliputi sumber-sumber rujukan seperti ensiklopedia, kamus, buku panduan, bibliografi, abstrak, direktori, indek, laporan, dan lain-lain. Bahan-bahan rujukan ini diletakan tanda ‘ruj’. Bahan dalam koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja. Lokasi koleksi ditempatkan di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna hijau.3. KOLEKSI PERKHIDMATAN MAKLUMAT:Menawarkan perkhidmatan rujukan, pinjaman buku rujukan terpilih, cakera padat, kaset, pita video, laporan tahunan, peta, rancangan perniagaan pelajar (ETR), penyelidikan pensyarah, prospektus, seminar, akhbar dan lain-lain dan juga penempatan Koleksi Kedah. Lokasi di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna merah.4. KOLEKSI JURNAL DAN MAJALAH:Menempatkan jurnal akademik, risalah, buletin dan majalah semasa serta berjilid. Koleksi ini hanya untuk rujukan dalaman sahaja, lokasinya di aras 2.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN Perpustakaan Sultan Badlishah sedaya upaya sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya. Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi:-

A. PERKHIDMATAN PINJAMANSemua pelajar dan kakitangan UiTM Kedah yang telah berdaftar sebagai ahli perpustakaan adalah layak untuk meminjam bahan perpustakaan.

CARA MEMINJAM BAHAN:-a) Koleksi Umum (Open Shelf).Peminjam perlu menyerahkan buku dan kad pelajar di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.b) Koleksi Terhad (KBR).Semua ahli perpustakaan dibenarkan meminjam bahan dari koleksi terhad selama 2 jam sahaja untuk sesebuah bahan. Peminjam perlu menyerahkan kad pelajar atau mengisi borang pinjaman bahan dan kepilkan kad pelajar pada borang tersebut.c) Bahan Terbitan Bersiri/ Jurnal.Merupakan koleksi terhad dan hanya untuk pinjaman dan rujukan dalaman. Hanya kakitangan UiTM sahaja dibenarkan meminjam keluar bahan ini. Tempoh pinjaman adalah 3 hari sahaja

Page 12: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

11

KELAYAKAN PINJAMAN BUKU

KAKITANGAN AKADEMIKDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN

Sepenuh masa 30 29 HariKontrak 12 29 Hari

Sambilan 4 29 HariSementara 4 29 HariPemeriksa Luar 4 29 Hari

KAKITANGAN BUKAN AKADEMIKDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN

Sepenuh masa 20 29 HariKontrak 4 29 Hari

Sambilan 2 29 HariSementara 2 29 Hari

JURULATIH / TUTORDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN

Sepenuh masa 10 29 Hari

Kontrak 6 29 Hari

Sambilan 2 29 HariSementara 2 29 Hari

PELAJARDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN

Sijil / Pra 10 14 Hari

Sepenuh masa 20 14 Hari

E-PJJ/ FLP/ KLK 20 14 HariSarjana 40 29 HariPhd 60 29 Hari

AHLI LUARDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN

Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan

4 29 Hari

Page 13: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

12

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

DENDASetiap buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak 20 sen sehari tidak termasuk Cuti Umum.

KAKITANGAN AKADEMIKDESKRIPSI TINDAKAN

Sepenuh masa

Arahan pemotongan gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan

KontrakSambilanSementaraPemeriksa Luar

KAKITANGAN BUKAN AKADEMIKDESKRIPSI TINDAKAN

Sepenuh masaArahan pemotongan gaji selepas 49

hari dari tarikh pemulanganKontrak

SambilanSementara

JURULATIH / TUTORDESKRIPSI TINDAKAN

Sepenuh masaArahan pemotongan gaji selepas 49

hari dari tarikh pemulanganKontrak

SambilanSementara

PELAJARDESKRIPSI TINDAKAN

Sijil / Pra

20 sen sehari(Tidak termasuk cuti umum)

Sepenuh masa

E-PJJ/ FLP/ KLKSarjanaPhd

AHLI LUARDESKRIPSI TINDAKAN

Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan 20 sen sehari

(Tidak termasuk cuti umum)

Page 14: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

13

BUKU HILANGPengguna yang telah menghilangkan buku atau bahan bacaan perpustakaan boleh memilih untuk membayar ganti rugi atau menggantikan semula bahan yang dihilangkan. Bayaran gantirugi adalah mengikut harga pembelian bahan tersebut oleh pihak perpustakaan. Laporkan dengan kadar segera jika kehilangan bahan yang dipinjamkan di kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi (UPPPK).Tatacara bayaran buku hilang adalah seperti berikut:-

HARGA BUKU : RM __________ +HARGA PROSES : RM 20.00 (Tetap) +DENDA LEWAT : RM __________ (Sekiranya ada) JUMLAH : RM __________

*Sekiranya harga buku tiada di dalam rekod ILMU, harga buku (standard) yang digunapakai adalah seperti berikut:-

KATEGORI HARGA BUKU (RM)Dalam Malaysia RM 80.00 + RM 20.00 (proses)

Luar Negeri RM 150.00 + RM 20.00 (proses)

B. PERKHIDMATAN PEMULANGAN BAHANPerkhidmatan pemulangan buku boleh di lakukan di Kaunter UPPPK atau menggunakan mesin “Book Drop”.

Page 15: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

14

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

C. PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN TARIKH PINJAMAN

i. Melalui TelefonPelanggan yang ingin melanjutkan tempoh pinjaman bahan boleh menelefon ditalian 04 – 456 2238 (Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi) sekiranya peminjam masih dalam tempoh bercuti atau tidak dapat datang ke perpustakaan. Pelanggan perlu menyatakan nombor kad matrik dan nombor aksess serta judul buku yang hendak diperbaharui. Semua urusan dikendalikan pada waktu pejabat sahaja.

ii. Melalui Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan KoleksiPerkhidmatan ini dibuka kepada semua pengguna perpustakaan sepanjang waktu perkhidmatan perpustakaan dibuka. Pelanggan perlu membawa buku yang hendak dilanjutkan tempoh pinjaman ke kaunter sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan bahan.

iii. Melalui Portal Perpustakaan Sultan BadlishahPelanggan perlu membuat pembaharuan sendiri dengan membuka Portal PSB di alamat http://kedah.uitm.edu.my/psb/ dan masukkan id penguna serta katalaluan kemudian klik pada ‘borrowing & renewal’.

Peringatan:-• Pembaharuan buku hanya dibenarkan sekali sahaja.• Sekiranya buku tersebut telah ditempah sistem tidak akan membenarkan

pembaharuan pinjaman dibuat.• Buku yang telah lewat tarikh pemulangannya tidak dibenarkan membuat

pembaharuan.D. PERKHIDMATAN TEMPAHAN BUKU

Pihak perpustakaan menyediakan kemudahan tempahan bahan yang sedang dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan buku ini boleh dilakukan melalui Web OPAC. Sila layari laman web perpustakaan di http://kedah.uitm.edu.my/psb/.

Buku yang telah ditempah boleh diambil di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi setelah bahan tersebut dipulangkan oleh pengguna sebelumnya. Sila kemukakan judul dan nombor panggilan bahan yang ditempah. Bahan-bahan yang telah ditempah ini akan disimpan di atas rak tempahan selama 7 hari sahaja.

E. PERKHIDMATAN PERINGATAN PEMULANGAN BAHANPihak perpustakaan akan menghantar surat peringatan kepada pengguna jika bahan tersebut masih belum dihantar selepas tarikh akhir sesuatu pinjaman. Surat peringatan ini dialamatkan ke kolej kediaman bagi surat peringatan pertama dan kedua. Bagi surat peringatan yang ketiga ia akan dihantar kepada waris pelajar.

Page 16: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

15

F. PERKHIDMATAN PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN ( PAP ) / SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN ( SPP )

Buku/bahan yang tidak terdapat di dalam perpustakaan boleh diperolehi melalui Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) ini bukan sahaja melalui perpustakaan-perpustakaan yang terdapat di Malaysia tetapi juga dari perpustakaan luar negara.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna dikehendaki mengisi borang Pinjaman Antara Perpustakaan yang boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.

Pengguna akan dikenakan bayaran berdasarkan pada harga yang telah ditetapkan oleh institusi yang membekalkan bahan. Bagi permohonan melalui Ketua Jabatan, pembayaran diuruskan melalui kod jabatan.

G. PERKHIDMATAN ADUAN BUKU/BAHAN TIDAK DAPAT DIKESAN DI RAKPerpustakaan menyediakan perkhidmatan pencarian bahan yang tidak dapat dikesan dirak oleh pengguna. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna perlu mengisi Borang Aduan Buku/Bahan Tidak Dapat Dikesan Dirak. Sila dapatkan maklumbalas daripada perpustakaan selepas 2 hari bekerja dari tarikh membuat aduan.

H. PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN BIMBINGANPerkhidmatan yang penting bagi pengguna mendapat faedah yang maksimum dari koleksi perpustakaan ialah Perkhidmatan Rujukan dan Bimbingan yang disediakan oleh Unit Perkhidmatan Maklumat di aras 1. Ianya merangkumi perkhidmatan berikut:

a) Perkhidmatan Rujukan:Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pustakawan Rujukan dan dibantu oleh Pembantu Perpustakaan. Pengguna yang memerlukan bantuan khidmat rujukan dan nasihat boleh datang terus ke kaunter Rujukan dan berbincang dengan pegawai bertugas. Pengguna akan dibantu oleh Pustakawan dan kakitangan bertugas melalui khidmat nasihat dalam mencari dan mengenalpasti maklumat.

b) Kelas Kemahiran Maklumat (KKM):1. Kelas Kemahiran Maklumat Program bimbingan khusus adalah mengenai penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di Perpustakaan Sultan Badlishah. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengguna tentang kemahiran menggunakan perpustakaan dan mencari maklumat mengikut kaedah yang cepat dan tepat.

2. Terdapat tujuh (7) modul iaitu:i. Penerangan mendalam mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan serta prosedur penggunaanya.ii. Kemahiran penggunaan WebOPAC/ WebINFOLINE.iii. Kemahiran Maklumat Portal PSB.iv. Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Atas Talian.v. Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Dalaman : Koleksi Digital, CD-Tesis dan lain-lain.vi. Kaedah dan strategi pencarian maklumat.vii.Kaedah menganalisa kebolehpercayaan maklumat yang diperolehi.

Page 17: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

16

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

3. Penyertaan, tarikh dan jangka masa:Pendaftaran dibuka sepanjang tempoh pengajian dengan mengisi Borang Pendaftaran yang disediakan di Kaunter Unit Perkhidmatan Maklumat. Manakala tarikh-tarikh kelas ditetapkan oleh pengguna mengikut kelapangan mereka dan kelas berlangsung selama 1 jam.

4. Kaedah Pengendalian Kelas:Kelas ini akan dikendalikan dalam jumlah yang kecil iaitu maksimum 10 orang pelajar dan minimum 5 orang pelajar, permohonan datangnya dari para pelajar sendiri dan lokasinya adalah di Unit IT, Aras 2.

Walaubagaimanapun sekiranya permohonan datangnya dari pensyarah bagi mengadakan kelas ini untuk pelajar-pelajarnya jumlah yang besar akan dilakukan di aras 3.

c) Pameran Semasa:Sekurang-kurangnnya setiap 3 bulan sekali satu tajuk pameran akan diadakan. Ini adalah bagi memberi maklumat terkini mengenai sesuatu isu.

d) Penyediaan Koleksi Rujukan:Unit Pengurusan Maklumat juga menyediakan bahan-bahan seperti:-

Rancangan Perniagaan Pelajar (ETR)Bahan ini merupakan hasil penyelidikan rancangan perniagaan dan penulisan asal pelajar sebagai memenuhi syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan diploma. Bahan ini boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat.

Laporan Penyelidikan Pelajar-Pelajar (DIDE)Bahan ini merupakan hasil penyelidikan dan penulisan asal pelajar sebagai memenuhi syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan diploma. Bahan ini juga boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat.

Soalan PeperiksaanKertas-kertas soalan peperiksaan semester yang lepas untuk kursus-kursus yang ditawarkan boleh didapati secara digital di dalam Portal Perpustakaan Sultan Badlishah melalui Bank Soalan.

Koleksi AkhbarKoleksi akhbar-akhbar terpilih di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris juga boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star, Metro.

Bahan-bahan Rujukan TerpilihBahan-bahan rujukan ini terdiri daripada Buku Panduan, Laporan Tahunan, Akta, Undang-Undang dan Pekeliling, Koleksi Sejarah Kedah, Prospektus, Buku-buku KBR terpilih, pita video, kaset dan Cakera Padat.

Page 18: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

17

I. PERKHIDMATAN PORTAL PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAHPortal Perpustakaan Sultan Badlishah boleh diakses melalui http://kedah.uitm.edu.my/psb/ . Di dalam portal ini, pelanggan boleh mengakses pelbagai maklumat terkini mengenai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Perpustakaan Sultan Badlishah.

J. PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMATPerkhidmatan yang terdapat di sini ialah melayari internet, mencetak, menaip tugasan dan mengimbas. Ianya disediakan kepada pengguna yang berdaftar dan menjadi ahli perpustakaan sahaja.

Pengguna dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini selama 1 jam sahaja setiap seorang. Perkhidmatan ini hanya untuk tujuan ilmiah sahaja. Sebarang penyalahgunaan tidak dibenarkan (sila lihat peraturan perpustakaan).

• Setiap penggunaan dan tempoh had masa menggunakan komputer akan dikawal selia oleh sistem CMAPs.

• Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem CMAPs sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.

K. PERKHIDMATAN PANGKALAN DATA ATAS TALIANPengguna perpustakaan juga boleh mendapatkan maklumat melalui pangkalan data yang dilanggan melalui portal perpustakaan yang mengandungi teks penuh dan juga abstrak seperti berikut :-

Pangkalan Data

BLIS (Bernama Infoline)

Emerald

Ebsco Host

H.W. Wilson

Science Direct

Lexis Nexis

ACM Portal Pro Quest

E- books - Springer

Web Feat

CLJ Law

West Law

A to Z

Scopus

L. PERKHIDMATAN KATALOG PERPUSTAKAANPerpustakaan Sultan Badlishah menggunakan sistem ILMU (Integrated Library Management Utility) sebagai sistem pengkomputerannya dan membolehkan pelanggan mengakses maklumat lengkap bahan perpustakaan melalui OPAC (Online Public Access Catalogue). OPAC ini boleh didapati di terminal komputer yang disediakan di aras 1 dan 2 Perpustakaan Sultan Badlishah. Pelanggan juga boleh mengaksesnya melalui ‘Web OPAC’ di portal Perpustakaan Sultan Badlishah.

Page 19: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

18

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

M. PERKHIDMATAN PERCETAKAN BAHANPerkhidmatan mencetak bahan disediakan dengan kadar bayaran bagi setiap muka surat adalah seperti di dalam jadual berikut:-

JENIS KERTAS DESKRIPSI WARNA HARGA (RM)

A4 Hitam Putih RM 0.30 senA3 Hitam Putih RM 0.60 senA4 Berwarna RM 1.00A3 Berwarna RM 2.00

• Pengguna bertanggungjawab di atas setiap kos cetakan sekiranya kesilapan cetakan yang dilakukan bukannya disebabkan oleh masalah peralatan tetapi disebabkan oleh pengguna itu sendiri.

• Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem CMAPs sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.

• Semua urusan cetakan akan dikawal selia oleh sistem CMAPs, sistem ini akan membuat pengiraan berpandukan pada caj dan jumlah mukasurat yang dicetak.

N. PERKHIDMATAN PENGIMBASAN (SCANNING)Perkhidmatan ‘scanning’ disediakan secara percuma kepada pengguna di mana pengguna perlu melakukannya secara layan diri.

O. PERKHIDMATAN FOTOKOPIKemudahan fotokopi boleh didapati di aras 2 Perpustakaan Sultan Badlishah dan ianya dikendalikan oleh syarikat swasta.

Page 20: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

19

P. BILIK PERBINCANGANTerdapat 2 Bilik Perbincangan yang disediakan untuk pengguna bagi kerja-kerja berkumpulan iaitu di aras 1 dan 2. Pengguna perlu membuat tempahan bilik di kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi sebelum menggunakannya.

Q. PERKHIDMATAN TAMBAH NILAIPengguna perlu menambah nilai untuk membuat sesuatu urusan cetakan. Kaunter tambah nilai hanya disediakan di Unit Perkhidmatan Maklumat dan Unit Sistem dan Teknologi Maklumat sahaja.

R. PERKHIDMATAN WIRELESSKemudahan internet tanpa wayar ini boleh diakses di semua aras di dalam perpustakaan tetapi pengguna perlu mengisi Borang Permohonan Perkhidmatan Wireless di Pejabat Unit Teknologi Maklumat UiTM Kedah.

PERATURAN - PERATURAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN UNIT SISTEM DAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT

1. Pengguna perlu mengisi borang kad E untuk menjadi ahli perpustakaan.2. Tempoh penggunaan komputer adalah selama 1 jam sahaja bagi setiap individu.3. Pembaharuan penggunaan komputer hanya dibenarkan sekali sahaja dengan

syarat tiada pengguna yang lain.4. Kakitangan bertugas berhak untuk meminda atau membatalkan penggunaan

komputer jika pengguna tidak mengikut peraturan yang disediakan.5. Penggunaan IRC (Internet Relay Chatting) dan email yang bukan bertujuan

untuk pembelajaran atau bukan akademik adalah dilarang.

**Sila rujuk kakitangan bertugas sekiranya terdapat masalah pada komputer yang sedang anda gunakan.

WEB OPAC (Online Public Access Catalog)

Perpustakaan Sultan Badlishah telah menggunakan sistem perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai sistem ILMU pada bulan Mei tahun 2002. Sistem ini merupakan satu pakej perisian yang dibentuk khas untuk kegunaan di perpustakaan. Pakej ini mengandungi maklumat mengenai koleksi bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan.

Pengguna-pengguna perpustakaan boleh membuat pencarian buku/bahan melalui web OPAC(Online Public Access Catalog) atau Katalog Umum Atas Talian. Web OPAC menyediakan beberapa kemudahan pencarian bahan melalui 3 jenis pencarian samada ‘leftstring’, ‘pattern’, atau ‘keywords’ menerusi pelbagai kaedah pengaksesan samada tajuk bahan, nama pengarang, perkara, penerbit, nombor siri, nombor panggilan, nombor ISBN/ISSN ataupun ‘any’.

Semua pengguna digalakkan menggunakan web OPAC untuk pencarian bahan bagi memastikan apakah kategori dan jenis bahan, di manakah lokasinya, nombor panggilan dan status bahan tersebut. Dengan kaedah ini ia dapat menjimatkan masa dan memudahkan pencarian sesuatu bahan.

Page 21: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

20

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

EQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol)

EQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol) menawarkan paparan skrin yang membolehkan pengguna membuat pelbagai pilihan sub-menu untuk pelbagai fungsi. Sila klik pada mana-mana fungsi yang berkaitan seperti berikut setelah anda memasukkan id pengguna dan katalaluan. Ianya boleh dilakukan samada melalui Portal Perpustakaan Sultan Badlishah atau klik pada Web OPAC.

FUNGSI EQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol)

PERKARA KEGUNAAN

Events Calendar Untuk melihat kalendar perkhidmatan perpustakaan.Web OPAC Untuk mencari bahan/buku di dalam koleksi

perpustakaan.Personal/Patron Detail(Account)

Untuk menyemak butiran keahlian perpustakaan dan menukar ‘password’.

Reservation Status Untuk melihat status tempahan buku.Fine (Receipting Transaction)

Untuk melihat urusan pembayaran.

Suggestion Box Untuk mengisi borang cadangan.New Arrivals Untuk melihat senarai tajuk buku baru yang siap

diproses dan boleh dibuat pinjaman.Article Browsing Untuk menyemak tajuk artikel jurnal dan projek

pelajar berdasarkan tajuk perkara.Find an Article(Web Info-line)

Untuk mencari bahan perpustakaan selain dari buku seperti Laporan Tahunan, Projek Pelajar, Prospektus, Disket, Seminar, Rancangan Perniagaan (ETR), Penyelidikan Pensyarah, Penerbitan UiTM dan Penerbitan Kerajaan.

Message & Reminder(ILMU Mail)

Untuk menyemak e-mail yang dihantar oleh pihak perpustakaan.

Item Request Untuk melihat senarai bahan yang telah dibuat permohonan.

Outgoing ILL Request(Beta) Untuk kemudahan pinjaman antara perpustakaan (dalam)

Incoming ILL Request(Beta) Untuk kemudahan pinjaman antara perpustakaan (luar)

Repository Browser Untuk mencari bahan dalam sistem mengikut bi-dang.

Borrowing & Renewal Untuk melihat buku yang dipinjam dan membuat pembaharuan pinjaman bahan.

z39.50 client Untuk membuat pencarian bahan melalui web opac di UiTM cawangan lain.

Page 22: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

21

TATATERTIB PERPUSTAKAAN

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG

Pelanggan Perpustakaan Sultan Badlishah perlu mematuhi peraturan tatatertib perpustakaan semasa menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk mewujudkan keselesaan kepada semua pelanggan.

BIL. KESALAHAN HUKUMAN1. Memasuki perpustakaan tanpa

kebenaran.• Amaran.

2. Menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan tanpa kebenaran.

• Amaran.• Dilarang menggunakan mana mana

atau kesemua kemudahan perpustakaan selama satu bulan.

3. Tidak mempamerkan kad matrik UiTM atau kad pelawat.

• Pelanggan akan disenarai hitamkan sekurang-kurangnya 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

4. Menyalahgunakan kad matrik UiTM.

• Pelanggan (pemilik & pengguna kad)akan disenarai hitamkan 1 bulan dari membuat pinjaman bahan.

• Dilarang memasuki perpustakaan selama 1 bulan.

• Tindakan tatatertib Hal Ehwal Pelajar (HEP).

5. Tidak mematuhi etika dan sahsiah rupa diri yang ditetapkan.

• Dilarang memasuki perpustakaan.

6. Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan seperti beg, bungkusan (kecuali beg tangan dan fail), payung, topi/topi keledar, pisau, gunting, makanan dan minuman.

• Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

7. Makan, minum, merokok atau tidur di dalam perpustakaan.

• Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

8. Membuat bising atau membuat sesuatu yang menjejaskan suasana pembelajaran.

• Diberi amaran atau diminta keluar dari perpustakaan.

• Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.

9. Mengalih atau menyalahguna bahan, koleksi, perabot, peralatan atau perkakasan perpustakaan.

• Diberi amaran dan diminta menyusun atur kembali.

10. Menempah kerusi meja. • Diberi amaran.

Page 23: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

22

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

BIL. KESALAHAN HUKUMAN11. Memindahkan bahan

perpustakaan dari satu aras atau lokasi tanpa pinjaman.

• Diberi amaran dan diminta mengembalikan bahan ke tempat asal.

12. Menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan.

• Pelanggan akan disenarai hitam 1 semester dari membuat pinjaman bahan.• Surat Laporan Salah Laku akan dihantar ke Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk tindakan tatatertib.

13. Menyorok buku/bahan perpustakaan.

• Amaran.

14. Menyepahkan atau meninggalkan bahan perpustakaan di atas meja atau rak.

• Amaran.

15. Bercakap terlampau kuat menggunakan telefon bimbit.

• Diminta keluar dari perpustakaan.

16. Membuang sampah merata-rata tempat.

• Diberi amaran dan diminta mengutip sampah yang telah dibuat.

17. Berkelakuan sumbang atau berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.

• Dilarang daripada menggunakan mana-mana atau kesemua kemudahan perpustakaan PSB selama 1 bulan.

• Amaran bertulis kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).

18. Membawa keluar bahan perpustakaan tanpa kebenaran

• Pelanggan akan disenarai hitam selama 1 semester dari membuat pinjaman

bahan.• Surat Lapor Salah Laku akan dihantar

ke Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk tindakan tatatertib.

19. Menghilangkan bahan perpustakaan.

• Pelanggan akan disenarai hitamkan dari membuat pinjaman bahan sehingga menyelesaikan bayaran.

20. Kemusnahan bahan perpustakaan akibat banjir, kebakaran dan sebagainya.

• Pengesahan daripada Ketua Kampung, Polis dan Pegawai Daerah.

21. Kelewatan memulangkan buku/bahan perpustakaan.

• Pelajar akan disenarai hitamkan selama 1 semester daripada membuat pinjaman sekiranya denda melebihi RM10.00.

• Kakitangan UiTM akan disenarai hitamkan daripada membuat pinjaman.

22. Menyalahgunakan kemudahan (Bilik Perbincangan).

• Amaran lisan.

Page 24: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

23

DIREKTORI PUSTAKAWANPERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

KETUA PERPUSTAKAAN

NAMA : Azizah binti Khasim

JAWATAN : Pustakawan Kanan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562226

KETUA UNIT

NAMA : Atirah binti Ruslan

JAWATAN : Pustakawan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562232

NAMA : Noor Azlin binti Abdullah

JAWATAN : Pustakawan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562227

NAMA : Mohd Amiruddin bin Mohd Nasir

JAWATAN : Pustakawan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562224

Page 25: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

24

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

NAMA : Mohd Amin bin Zainol

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562240

NAMA : Mazuriah binti Ahmad

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562231

NAMA : Norismaliza binti Che Oon

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562231

NAMA : Hasrizal bin MD Hasan

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562231

UNIT JURNAL DAN PANGKALAN DATA

UNIT PEMBANGUNAN BIBLIOGRAFIK DAN PEMPROSESAN TEKNIKAL

NAMA : Noor Azlina binti Hamzah

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562240

Page 26: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

25

NAMA : Noor Masyithah Mat Ya

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562229

UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN DAN PENGURUSAN KOLEKSI

NAMA : Rozaini binti Yahaya

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562238

NAMA : Muzammil bin Mohd Mustaffa

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562238

NAMA : Noor Azlina Mat Esoff

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562238

NAMA : Rosdi bin Hamad Rodzi

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562229

UNIT PERKHIDMATAN MAKLUMAT

NAMA : Omar bin Zainol

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562229

Page 27: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

26

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

hNAMA : Muhamad Azrul bin Ayob

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan Kanan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562228

NAMA : Hamidah binti Mohd

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562228

NAMA : Mohd Zikrie bin Muhamad Saad

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562228

UNIT PEMBANGUNAN SUMBER ILMU

UNIT PENTADBIRAN

NAMA : Faizul Zaman bin Sebudin

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562228

NAMA : Mat Asri bin Baharom

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562228

NAMA : Mohd Rodzi Ayob

JAWATAN : Pembantu Am Pejabat

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562228

Page 28: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

27

NAMA : Shazmie Huzni bin Mohd Sidik

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562230

NAMA : Ahmad Badli bin Abd. Razak

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan Kanan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562230

NAMA : Zakaria bin Muhamad

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562230

UNIT SISTEM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

NAMA : Mohd Rostam Mohamad @ Ahmad

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562231

NAMA : Mohammad Ameerul Mohd Isa

JAWATAN : Pembantu Perpustakaan

EMAIL : [email protected]

TELEFON : 04-4562231

UNIT JILID

Page 29: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

28

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

PELAN BANGUNAN ARAS 1PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Page 30: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

29

PELAN BANGUNAN ARAS 2PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Page 31: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

30

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

PELAN BANGUNAN ARAS 3PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH

Page 32: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

31

DIREKTORI

Ketua Perpustakaan Sultan BadlishahTel: 04-456 2226

Helpdesk PSBTel:04-4562236

Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan KoleksiTel:04-4562238

Unit Sistem & Teknologi MaklumatTel:04-4562230

Unit Perkhidmatan MaklumatTel:04-4562229

Unit Jurnal dan Pangkalan DataTel:04-4562230

Unit Pembangunan Sumber IlmuTel:04-4562228

Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan TeknikalTel:04-4562231

Alamat:Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah,

Peti Surat 187, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman

No. Tel(Pejabat) : 04-4562228, No. Faks: 04-4562225

URL: http://kedah.uitm.edu.my/psb/

Page 33: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang

32

Perp

usta

kaan

Sul

tan

Bad

lisha

h

DENGAN KERJASAMA

PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH&

JABATAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat:ENCIK AHMAD SUFI ALAWI BIN IDRIS

Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat:AANIS ADILLA BINTI ROSLI

AMIRAH FATINAH BINTI ISHAKFARAH NURUL AIN BINTI KAMARUDIN

KHAIRUL RIDzMAN BIN KHARUL ANWARNUR AMIRAH BINTI ANUARNUR IzzATI BINTI BAHRIN

NUR SYUHADA BINTI ABD HARISNURUL FATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN

Page 34: PERKARA - Universiti Teknologi MARAkedah.uitm.edu.my/psb/images/stories/books/library guide book 2015.pdf · cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang