perjanjian sewaan

8
PERJANJIAN PENYEWAAN SATU PERJANJIAN PENYEWAAN telah dibuat pada haribulan 2013 DI ANTARA 1. Puan Xxxxxxxxxx yang beralamat di No. Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx . ("Pemilik Rumah") DAN 2 (a) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa") (b) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa") (c ) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa") (d) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa") (e) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa") (f) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa") RECITALS: 1

Upload: pak-lan

Post on 23-Jul-2015

90 views

Category:

Law


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perjanjian sewaan

PERJANJIAN PENYEWAAN

SATU PERJANJIAN PENYEWAAN telah dibuat pada haribulan 2013

DI ANTARA

1. Puan Xxxxxxxxxx yang beralamat di No. Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx . ("Pemilik Rumah")

DAN2 (a) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa")

(b) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa")

(c ) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa")

(d) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa")

(e) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa")

(f) Nama: ____________________________________________________ No.K/P_____________________________ .("Penyewa")

RECITALS:

1

Page 2: Perjanjian sewaan

l. Pemilik adalah tuan punya sebuah rumah kediaman yang beralamat di No. Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx (“Rumah”).

2. Penyewa ingin menyewa Rumah daripada Pemilik Dan Pemilik atas permintaan Penyewa ingin menyewakan kepada Penyewa Rumah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

PERJANJIAN

PEMILIK DAN PENYEWA TELAH BERSETUJU BAHAWA:

1. Pemilik akan menyewakan dan Penyewa akan menyewa Premis sahaja bagi tempoh __________ tahun bermula dari ______________dan tamat pada _____________________ .

2. Penyewa akan membayar kepada Pemilik:

2.1 Sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ratus (RM600.00) Sahaja.

2.2 Bayaran sewa pertama perlu dibayar pada bulan pertama ( )dan kesemua bayaran sewa yang kemudian perlu dibayar pada 25 haribulan, atau selewatnya pada 05 haribulan setiap bulan tanpa apa-apa deduksi (potongan).

3. Apabila tamat tempoh Penyewaan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 1 Perjanjian ini, persetujuan untuk pembaharuan Penyewaan ini akan ditentukan oleh pemilik mengikut kadar sewaan semasa.

4. PENYEWA TELAH BERSETUJU DENGAN PEMILIK SEPERTI BERIKUT:-

2

Page 3: Perjanjian sewaan

4.1 Membayar kepada Pemilik pada tarikh penyempurnaan Perjanjian satu deposit (satu bulan sewa bulanan) berjumlah Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM600.00) sahaja sebagai sekuriti sahaja dan Ringgit Malaysia Tiga Ratus (RM300.00) sahaja sebagai deposit utility (Air, Elektrik & Pembentungan (IWK) bagi pematuhan terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan bagi perjanjian penyewaan ini di mana jumlah tersebut tidak akan dikira sebagai pembayaran sewa dan ia juga tertakluk kepada terma-terma dan syarat- syarat perjanjian ini, akan dibayar kembali kepada Penyewa pada hari tamat tempoh penyewaan tanpa faedah.

4.2 Deposit (satu bulan sewa bulanan) tidak akan dibayar kembali kepada Penyewa sekiranya Penyewa menyewa premis kurang dari satu (1) tahun dari tarikh perjanjian.

4.3 Membayar sewa bulanan pada hari yang ditetapkan dan dengan cara yang disebut dalam klausa 2 perjanjian tanpa sebarang deduksi.

4.4 Membayar perbelanjaan-perbelanjaan lain yang termasuk bil electric, air, pembentungan (IWK) dan yang harus dibayar berkenaan Premis selama tempoh Penyewaan dengan segera. Sebarang tunggakkan hendaklah tidak melebihi 2 bulan tertunggak dari tarikh bil terakhir.

4.5 Membaiki sebarang kerosakan ke atas Premis akibat aktiviti Penyewa atau yang boleh dielakkan oleh Penyewa.

4.5.1 Kerosakan akibat sebab seperti ribut taufan dan banjir adalah dikecualikan.

4.5.2 dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuai dengan kualiti yang sama ke atas seluruh Premis termasuk benda lekat mati (fixtures) milik Pemilik.

4.5.3 Segala kos pembaikan termasuk Pintu, tingkap, siling, lampu, kipas siling, dak termasuk kerosakan yang dikecualikan klausa 4.5.1) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Penyewa.

4.6 Membenarkan Pemilik dan/atau agen Pemilik dengan atau tanpa pekerja dan lain-lain dan dengan atau tanpa perkakas-perkakas pada setiap masa yang munasabah untuk memasuki Rumah bagi:

3

Page 4: Perjanjian sewaan

4.6.1 meninjau keadaan Rumah dan untuk menjalankan kerja-kerja dan perkara-perkara yang mungkin diperlukan bagi sebarang kerosakan, pengubahan atau penambahan terhadap Rumah dan notis bertulis akan diberikan oleh Pemilik kepada Penyewa atau diletakkan di peti pos Premis tersebut.

4.7 Mengekalkan Rumah dalam keadaan yang bersih, baik, selamat dan menjadi tanggungjawab PENYEWA untuk menjaga setiap peralatan rumah yang disediakan oleh PEMILIK .Sebarang kerosakkan menjadi tanggungjawab PENYEWA (bergantung pada budi bicara PEMILIK)

4.8 Tidak memasang pendawaian electrik dan soket di dalam atau di luar Rumah tanpa kebenaran dari pemilik. Tidak boleh menebuk dinding tanpa kebenaran PEMILIK.Sekiranya perlu maklumkan kepada PEMILIK

4.9 Mengunakan Rumah bagi tujuan kediaman yang sah di sisi undang-undang sahaja iaitu sebagai Rumah Kediaman .

4.9.1 Penyewa tidak dibenarkan menggunakan Rumah selain dari syarat yang dinyatakan pada klausa 4.9.

4.10 Tidak mengggunakan Rumah bagi melakukan atau membenarkan sesuatu perkara yang akan atau mungkin melanggar mana-mana undang-undang atau perundangan kecil yang dibuat oleh Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang kompeten.

4.11 Penyewa tidak dibenarkan:

4.11.1 menyerahkan (assigns),

4.11.2 memberi penyewaan sebahagian (sublet) atau;

4.11.3 membahagikan (part) posesi, bagi kesemua atau sebahagian daripada Rumah tanpa kebenaran bertulis dari Pemilik.

4.12 Penyewa:

4.12.1 tidak boleh mengubah atau menambah terhadap Rumah melainkan dengan kebenaran bertulis dari Pemilik. Segala kos

4

Page 5: Perjanjian sewaan

mengubah atau menambah terhadap Premis adalah ditanggung sepenuhnya oleh Penyewa.

4.12.2 Jika Penyewa mengubah kesemua atau sebahagian Rumah dengan kebenaran bertulis, Penyewa akan menyerahkan kembali Rumah setelah tamat tempoh penyewaan dalam keadaan tersebut atau dalam keadaan yang sama seperti asal sewaktu permulaan tempoh sewaan, sebagaimana yang diarahklan oleh Pemilik.

4.13 Menghantar kepada Pemilik satu (l) salinan bagi sebarang notis yang diterima dari mana-mana pihak berkuasa awam dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan notis berkenaan.

4.14 Memastikan tiada sebarang ganguan terhadap jiran-jiran berhampiran seperti kekotoran rumah, bunyi bising yang keterlaluan dan seumpamanya (memastikan tiada aduan yang munasabah berkenaan Rumah terutamanya kawasan perumahan berhampiran Rumah).

4.15 Mengecualikan liabiliti (indemnify) Pemilik mengenai tuntutan, tindakan, kerosakan atau kerugian yang timbul dari pemecahan persetujuan Penyewa dalam perjanjian ini atau disebabkan oleh sebarang tindakan atau ketinggalan Penyewa, pekerja-pekerja, atau agen-agen Penyewa.

4.16 Tidak boleh melakukan atau membenarkan apa-apa perkara yang akan menyebabkan:

4.16.1 Polisi atau polisi-polisi insurans terhadap Rumah akan menjadi terbatal atau boleh batal atau;

4.16.2. kadar premium mungkin dinaikkan;

dan sekiranya Penyewa tidak mematuhi persetujuan (convenant) ini, Penyewa perlu membayar kembali kepada Pemilik kesemua jumlah-jumlah yang telah dibayar oleh Pemilik disebabkan kenaikan premium dan kesemua kerugian dan perbelanjaan atau pembaharuan semula polisi atau polisi-polisi yang perlu kerana pemecahan persetujuan oleh Penyewa.

4.17 Menyerahkankan kembali kepada Pemilik Rumah pada penghujung tempoh penyewaan (berserta semua benda lekat mati (fixtures)) dalam keadaan yang memuaskan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kluasa 4.11. Perjanjian ini.

5

Page 6: Perjanjian sewaan

5. PEMILIK TELAH BERSETUJU DENGAN PENYEWA SEPERTI BERIKUT:-

5.1 Di mana Penyewa membayar sewa dan mematuhi persetujuan Pemilik akan membenarkan Penyewa menyewa Rumah berkenaan secara aman tanpa sebarang gangguan oleh Pemilik atau oleh seseorang lain yang menuntut secara undang-undang di bawah Pemilik sehingga tamat tempoh penyewaan seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. Memberi notis 6 bulan untuk penamatan perjanjian.

5.2 Tidak akan melakukan sesuatu yang menghalang atau akan menghalang Penyewa dari menggunakan Rumah bagi tujuan di bawah klausa 4.9 perjanjian.

5.3 Memastikan Rumah adalah sesuai bagi kegunaan Penyewa di bawah klausa 4.9 Perjanjian di mana Penyewa dibenarkan memeriksa Rumah sebelum sewaan dilaksanakan.

5.4 Membayar kadar (rates), cukai-cukai yang harus dibayar oleh undang-undang sebagai Pemilik dan rumah kepada pihak berkuasa seperti cukai pintu dan cukai tanah.

5.5 Memastikan struktur utama rumah, bumbung, saluran paip utama dalam keadaan baik dan membaikinya jika terdapat sebarang kerosakan.

6. Sekiranya:

6.1.1. Kesemua atau sebahagian daripada pembayaran sewa yang tertunggak tidak dibayar pada masa yang ditetapkan sebagaimana dinyatakan di bawah Klausa 2 Perjanjian ini atau;

6.1.2. Penyewa gagal mematuhi perjanjian penyewaan ini; dan

6.1.3. Penyewa sebagai seorang individu diisytiharkan muflis (bankrupt) dan/atau sebagai sebuah perniagaan mula digulung (wound up) atau mengalami likuidasi;

6

Page 7: Perjanjian sewaan

Pemilik boleh memasuki kembali Rumah dan penyewaan akan tamat serta-merta secara mutlak. Hak tidak akan memberi kesan (tanpa prejudis kepada) hak-hak dan remedi-remedi Pemilik berkaitan tuntutan-tuntutan terdahulu dan pemecahan persetujuan Perjanjian ini.

7. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa:

7.1 Dalam kes notis disampaikan kepada Penyewa, notis adalah disampaikan dengan memadai sekiranya:

(a) dialamatkan kepada alamat Penyewa seperti di dalam Perjanjian ini; atau

(b) dialamatkan kepada Penyewa dengan pos yang beralamat Rumah.

7.2 Dalam kes notis akan diberikan kepada Pemilik, notis adalah disampaikan dengan memadai sekiranya:

(a) dihantar kepada Pemilik dengan pos dalam sampul surat prabayar di alamat terakhir Pemilik yang diketahui atau;

(b) diberikan kepada seorang agen yang diberi kuasa oleh Pemilik untuk menerima notis atau pembayaran sewa bagi pihak Pemilik.

8. Masa apabila disebut dalam mana-mana bahagian dalam Perjanjian ini adalah menjadi intipati (essence) Perjanjian ini.

9. Perjanjian ini akan mengikat orang yang mengantikan (successors-in title heirs) dan orang yang diserah (assign) oleh Pemilik dan Penyewa dalam Perjanjian ini.

7

Page 8: Perjanjian sewaan

SEBAGAI PENYAKSIAN, persetujuan Pemilik dan Penyewa dalam penyempurnaan Perjanjian ini pada hari, bulan dan tahun yang dinyatakan sebelum ini di atas.

Ditandatangani oleh )PEMILIK di hadapan )

……………………………………….. Nama: Xxxxxxxxxxxxxx

No. K/P: xxxxxxxxxxxxxSaksi:Nama:No K/P:

Ditandatangani oleh ) (a) ………………………………………..PENYEWA di hadapan ) Nama:

) No K/P:

Ditandatangani oleh ) (b) ………………………………………..PENYEWA di hadapan ) Nama:

) No K/P:

Ditandatangani oleh ) (c) ………………………………………..PENYEWA di hadapan ) Nama:

) No K/P:

Ditandatangani oleh ) (d) ………………………………………..PENYEWA di hadapan ) Nama:

) No K/P:

Ditandatangani oleh ) (e) ………………………………………..PENYEWA di hadapan ) Nama:

) No K/P:

Ditandatangani oleh ) (f) ………………………………………..PENYEWA di hadapan ) Nama:

) No K/P:

Saksi: Nama: …No. K/P:

8