perjanjian pinjaman - welcome to ambank group … bawah...semasa ke semasa dibawah surat tawaran dan...

34
(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 0 Bertarikh hb, , 20 DI ANTARA AmBank (M) Berhad (8515-D) DAN (PEMINJAM) ____________________________________________________ PERJANJIAN PINJAMAN _____________________________________________________ (HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) (Pihak Pertama)

Upload: dohanh

Post on 30-May-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 0

Bertarikh hb, , 20

DI ANTARA

AmBank (M) Berhad (8515-D)

DAN

(PEMINJAM)

____________________________________________________ PERJANJIAN PINJAMAN

_____________________________________________________

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3)

(Pihak Pertama)

Page 2: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 1

PERJANJIAN PINJAMAN INI dibuat pada tarikh seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 1 Jadual 1 ANTARA AmBank (M) Berhad (8515-D), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan

mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur (‘Bank’)

DAN Pihak yang nama dan butirannya seperti dinyatakan di dalam Seksyen 2 Jadual Pertama

(‘Peminjam’)

BAHAGIAN A

SEKSYEN 1

Seksyen 1.1 Kemudahan Pinjaman

1.1 Atas permintaan Peminjam, Bank bersetuju memberi pinjaman kepada Peminjam untuk membeli hartanah kediaman mengikut syarat-syarat dan terma-terma terkandung didalam Surat Tawaran dan didalam Perjanjian ini. Adalah terma penting di dalam Perjanjian ini bahawa Peminjam akan menggadai hartanah kediaman sebagai sekuriti untuk menjamin pembayaran balik Pinjaman dan pembayaran semua amaun terhutang oleh Peminjam dari semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini.

Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman

1.2 Peminjam mesti menggunakan hasil dari kemudahan Pinjaman untuk tujuan membeli Hartanah dan membiayai kos membaik pulih yang ditanggung berhubung dengan Hartanah dan membayar kesemua premium atas polisi insuran yang mungkin Peminjam perlu bayar dan kekalkan berkenaan dengan Hartanah dan membayar mana-mana fee guaman, kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam berhubung dengan Kemudahan Pinjaman.

Seksyen 1.3 Persetujuan Meminjam dan Memberi Pinjaman

1.3 Tertakluk kepada terma dan syarat didalam Surat Tawaran dan Perjanjian ini, Bank bersetuju untuk menyediakan kemudahan Pinjaman kepada Peminjam atas dasar dan pergantungan penuh atas waranti, representasi dan akujanji terkandung didalam Seksyen 12.

Page 3: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 2

SEKSYEN 2

Seksyen 2.1 Definisi

2.1 Di dalam Perjanjian ini (termasuk Bahagian A dan Bahagian B), perkataan-perkataan berikut mempunyai maksud seperti dinyatakan di bawah ini.

“Perjanjian ini” Perjanjian Kemudahan Pinjaman

“Kumpulan AmBank” semua syarikat berkaitan dan syarikat bersekutu Bank dan syarikat induk.

“Penyerahan Hak” Surat Ikatan Penyerahan Hak yang akan dilaksanakan oleh Peminjam dan/atau Pihak Sekuriti seperti dinyatakan dalam Seksyen III(a) Jadual Pertama berhubung dengan Penyerahan Hak Hartanah itu dan segala hak, kepentingan dan/atau manfaat Perjanjian Jual Beli dalam bentuk yang dikehendaki oleh Bank.

“BNM” Bank Negara Malaysia, subsidiarinya, agensi dan biro yang ditubuhkan olehnya.

‘Kadar Ditetapkan’

i) kadar faedah dinyatakan oleh Bank dari semasa ke semasa sebagai kadar asas pinjaman, atau

ii) sekiranya terma kadar faedah pinjaman tidak terpakai

kepada Pinjaman, kadar faedah dinyatakan oleh Bank didalam Surat Tawaran akan terpakai untuk tujuan Perjanjian ini.

“Hari Perbankan” Hari apabila bank-bank dibuka untuk perniagaan perbankan umum di dalam negeri tempat lokasi Bank.

“Gadaian”

gadaian ke atas Hartanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965/ Kanun Tanah Sarawak/ Ordinan Tanah Sabah (yang mana berkenaan) dalam bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank, yang akan dilaksanakan oleh Peminjam dan/atau Pihak Sekuriti seperti dinyatakan di bawah Seksyen III (a) Jadual Pertama yang memihak kepada Bank sebagai jaminan kepada keberhutangan.

“Kadar Kemungkiran”

Kadar kemungkiran faedah terpakai kepada Kemudahan Pinjaman seperti dinyatakan didalam Surat Tawaran.

“Kejadian Kemungkiran” atau “Kejadian-kejadian Kemugkiran”

Mana-mana kejadian, situasi atau keadaan seperti dinyatakan didalam Seksyen 8.1 Perjanjian ini.

Page 4: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 3

“Pinjaman” a) amaun prinsipal sebagaimana dinyatakan di dalam Surat Tawaran, bahawa Bank bersetuju untuk memberi pinjaman kepada Peminjam dibawah Perjanjian ini; dan

b) Jika terpakai, ia hendaklah merangkumi kemudahan lain yang diberi sebelum ini atau kemudian dari ini dipersetujui akan diberi oleh Bank mengikut Seksyen 7.2 dan 7.3.

“CBP” Ertinya apa-apa cukai yang perlu dibayar ke atas pembekalan

barangan, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang CBP.

‘Undang-undang CBP’ Ertinya Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014,

perundangan subsidiari, perintah berkanun dan peraturan yang terpakai bagi permohonan CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

“Keterhutangan”

Kesemua jumlah wang yang terhutang atau berbayar oleh Peminjam di bawah Dokumen Sekuriti berhubung dengan Kemudahan Pinjaman: (a) samada wang tesebut adalah berbayar:

i) dengan serta merta atau pada masa hadapan; ii) setelah berlaku apa-apa di luar jangka; iii) sebagai prinsipal atau jaminan; atau iv) semata-mata atau bersama-sama dengan mana-

mana pihak lain;

(b) termasuk prinsipal, faedah, faedah tambahan, caj, keuntungan dan kos-kos lain; dan

(c) termasuk jika terpakai, wang dirujuk didalam Seksyen 7.2 dan 7.3

“Kadar Faedah” Kadar faedah ditetapkan seperti dinyatakan di dalam Surat

Tawaran.

“Tempoh Faedah” Apabila Faedah dikira atas dasar: (a) bulanan, tempoh 1 bulan; atau (b) tahunan, tempoh 12 bulan, atau (c) sekiranya Kejadian Kemungkiran berlaku, tempoh

mana-mana jangkamasa sebagaimana Bank boleh tetapkan, namun:

(i) Tempoh Faedah pertama akan bermula pada

tarikh Bank mula mengeluarkan Kemudahan Pinjaman atau mana-mana bahagian dan tamat:

Page 5: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 4

(aa) dalam kes pengiraan faedah atas dasar bulanan, pada tarikh 1 bulan selepas itu; atau

(bb) dalam kes pengiraan faedah dikira atas

dasar tahunan, pada hari selepas 12 bulan kemudian itu,

(ii) Tempoh Faedah tidak boleh dilanjutkan selepas

tamat Kemudahan Pinjaman. “Surat Tawaran”

a) Surat Tawaran termasuk mana-mana pindaan atau tambahan selepas itu dikeluarkan oleh Bank dan diterima oleh Peminjam mengandungi terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui untuk disediakan Kemudahan Pinjaman oleh Bank kepada Peminjam;

b) Sekiranya ada konflik atau percanggahan di antara terma-terma dan syarat-syarat Surat Tawaran dan Perjanjian ini, terma-terma dan syarat-syarat Surat Tawaran hendaklah mengatasi setakat percanggahan; dan

c) Jika terpakai, terma “Surat Tawaran” hendaklah merujuk kepada:-

(i) Surat Tawaran pertama diterima oleh Peminjam dan dinyatakan didalam Bahagian C kemudian ini dan/atau;

(ii) Mana-mana surat-surat tawaran untuk kemudahan pinjaman tambahan dan/atau

(iii) Mana-mana surat-surat untuk perubahan, penstrukturan, penukaran, pertukaran dalaman atau penggantian kemudahan pinjaman pertama atau penambahan atau pinjaman tambahan.

“Tempoh Terikat”

Tempoh dinyatakan didalam Surat Tawaran yang mana Bank boleh kenakan fee penamatan awal keatas Peminjam untuk pembayaran balik mana-mana bahagian, atau kesemua, Keterhutangan mengikut Seksyen 6.1(c).

“Margin”

Sebagaimana dinyatakan di dalam Surat Tawaran.

“Kadar Ditetapkan”

Kadar faedah, iaitu jumlah Kadar Pinjaman Asas dan margin, terpakai kepada Kemudahan Pinjaman atau kadar faedah yang boleh ditetapkan oleh Bank.

“Hartanah”

Hartanah atau pajakan tanah atau unit Hartanah tidak alih dikenali atau diperihal sebagaimana didalam Perjanjian Penjual bersama dengan kesemua bangunan dan lekapan di atas tanah atau Hartanah.

Page 6: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 5

“Ringgit Malaysia”; “RM”

Matawang sah Malaysia.

“Dokumen Sekuriti”

Surat Tawaran, Perjanjian ini, Penyerah hak/Gadaian (sebagaimana terpakai) dan dokumen sekuriti lain yang telah dan akan ditandatangani oleh Peminjam untuk menjamin pembayaran balik Pinjaman oleh Peminjam di samping pembayaran Keterhutangan lain.

“Penjual”

Sebagaimana terpakai, mana-mana satu / lebih daripada pihak berikut: (a) pemaju yang membangunkan Hartanah; (b) pemilik yang memilik Hartanah; (c) penjual yang menjual Hartanah kepada Peminjam; (d) kontraktor yang membina /mengubah suai Hartanah; (e) pemberi pinjaman yang telah memberi pinjaman kepada

Peminjam.

“Perjanjian Jual beli”

dimana berkenaan, mana-mana satu daripada perjanjian berikut ditandatangan oleh Peminjam untuk Hartanah tersebut, seperti: (a) perjanjian jual dan beli dengan pemaju dan/atau

pemilik/ penjual untuk pembelian Hartanah; (b) Perjanjian pembinaan/ pengubahsuaian dengan

kontraktor untuk pembinaan/ pengubahsuaian Hartanah;

(c) Perjanjian kemudahan/ pinjaman sedia ada dengan pembiaya yang Hartanah dicagarkan sebagai jaminan untuk pinjaman yang diberikan kepada Peminjam/ Pihak Sekuriti.

2.2 Interpretasi

(a) Rujukan kepada jantina maskulin hendaklah termasuk termasuk jantina feminine

dan jantina neuter dan sebaliknya dan rujukan kepada perkataan tunggal hendaklah bermaksud majmuk dan sebaliknya.

(b) Apabila dua pihak atau lebih memberi ungkapan dan/atau akujanji sebagaimana

dikehendaki, ungkapan dan akujanji hendaklah boleh dikuatkuasakan terhadap pihak-pihak tersebut samada secara bersesama atau berasingan.

(c) Segala perkataan dan ungkapan yang ditakrifkan dalam Surat Tawaran berkaitan

hendaklah membawa erti yang sama apabila digunakan / disebut di dalam Perjanjian ini, kecuali jika ia ditakrifkan sebaliknya dalam Perjanjian ini.

(d) Mana-mana terma berkaitan dengan perkhidmatan perbankan dan pembiayaan yang tidak

ditakrifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut amalan umum perniagaan dan perdagangan industri perbankan dan pembiayaan di Malaysia.

Page 7: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 6

(e) Rujukan kepada 'undang-undang' hendaklah merangkumi tanpa limitasi: perundangan-

perundangan / statut di Malaysia, enakmen negeri, perundangan subsidiari, undang-undang kecil, garis panduan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan di bawahnya dan mana-mana enakmen seperti perundangan / enakmen negeri.

(f) Jadual-Jadual dirujuk di dalam Perjanjian ini adalah sebahagian penting kepada

Perjanjian ini dan hendaklah dibaca dan ditafsir sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini.

(g) Rujukan kepada “Perjanjian ini” hendaklah merangkumi kesemua pindaan

tambahan/perjanjian tambahan dibuat dari semasa ke semasa diantara Bank dan Peminjam.

(h) Tajuk-tajuk kepada Seksyen Perjanjian ini adalah dimasukkan untuk tujuan memudahkan

sahaja dan tidak bertujuan untuk memberi kesan kepada interpretasi / pentafsiran Perjanjian ini.

SEKSYEN 3 Seksyen 3 Syarat-Syarat Terdahulu Pengeluaran 3.1 Bank adalah berhak untuk tidak mengeluarkan mana-mana bahagian daripada kemudahan

Pinjaman melainkan jika ia mempunya bukti yang memuaskan mengenai perkara-perkara berikut telah dipenuhi:-

(a) Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Surat Tawaran dan/atau Perjanjian ini; dan (b) Syarat-syarat tambahan yang terdahulu yang dinyatakan dalam Surat Tawaran

dan/atau Perjanjian ini. Seksyen 3.2 Pembatalan Pinjaman Perumahan 3.2 Sekiranya Peminjam tidak memenuhi mana-mana syarat di dalam masa yang ditetapkan

oleh Bank, Bank adalah berhak untuk menamatkan kemudahan Pinjaman. Seksyen 3.3 Pengecualian Syarat-Syarat 3.3 Syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Seksyen ini adalah dimasukkan untuk manafat

Bank semata-mata. Bank boleh mengecualikan pematuhan dengan mana-mana syarat di dalam Seksyen ini tanpa memberi kesan terhadap haknya di bawah Perjanjian ini. Pengecualian tersebut tidak menghalang Bank selepas ini dari menuntut agar Peminjam mematuhi mana-mana atau kesemua syarat yang dikecualikan dalam mana-mana tempoh yang diberitahu Bank kepada Peminjam.

Tiada Pengecualian dengan mana-mana syarat terdahulu adalah tidak dianggap sebagai pengecualian dengan mana-mana syarat terdahulu kecuali setakat ia diperuntukkan dengan nyata di dalam pengecualian tersebut.

Page 8: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 7

SEKSYEN 4 Seksyen 4.1 Pembayaran Faedah

(a) Peminjam hendaklah membayar (tanpa keperluan notis dari Bank) faedah pada Kadar Ditetapkan dan apabila terpakai, Kadar Kemungkiran, kepada Bank atas amaun kemudahan Pinjaman dinyatakan di dalam Surat Tawaran sehingga tarikh kemudahan Pinjaman dibayar balik sepenuhnya kepada Bank.

(b) Melainkan sebagaimana diberitahu oleh Bank kepada Peminjam, faedah akan didebitkan kepada akaun Peminjam pada tarikh Hari Perbankan setiap bulan, dan pada hari apabila Keterhutangan penuh kemudahan Pinjaman dibayar.

(c) Faedah adalah berbayar setiap bulan tertunggak, atau pada tempoh lain sebagaimaa

Bank boleh tetapkan. Seksyen 4.2 Pengiraan Faedah

(a) Faedah adalah dikira atas dasar bilangan hari sebenar berlalu dan atas dasar 365 hari dalam setahun (366 hari untuk kes tahun lompat).

(b) Faedah untuk Kemudahan Pinjaman akan dikira atas dasar harian/bulanan/bertempoh sebagaimana dinyatakan di dalam Surat Tawaran, melainkan dinyatakan sebaliknya atau dipersetujui oleh Bank, dan adalah berbayar mengikut cara yang dinyatakan oleh Bank.

(c) Faedah dikenakan pada Kadar Ditetapkan adalah dikira seperti berikut:

(i) Sekiranya faedah atas kemudahan Pinjaman dikira atas dasar harian, Kadar

Ditetapkan adalah dikira atas dasar baki harian Keterhutangan;

(ii) Sekiranya faedah atas kemudahan Pinjaman dikira atas dasar kiraan bulanan atau kadar bertempoh lain, Kadar Ditetapkan akan dikira atas amaun Keterhutangan pada akhor setiap Tempoh Faedah berkenaan dan akan menjadi kena dibayar dan berayar pada hari pertama dari Tempoh Faedah seterusnya.

Seksyen 4.3 Kadar Kemungkiran 4.3 Sekiranya Peminjam gagal membayar mana-mana amaun berbayar di bawah kemudahan

Pinjaman pada tarikh kena dibayar (termasuk amaun berbayar selepas penamatan kemudahan Pinjaman), Peminjam hendaklah membayar kepada Bank faedah pada Kadar Kemungkiran atas kesemua amaun tertunggak. Faedah pada Kadar Kemungkiran adalah dikira dari tarikh ianya kena dibayar sehingga tarikh pembayaran sebenar (kedua-duanya sebelum dan selepas penghakiman mahkamah).

Page 9: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 8

Seksyen 4.4 Perubahan Kadar Faedah (a) Tanpa mengambil kira mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini, Bank adalah berhak

mengubah pada bila-bila masa:

(i) kadar faedah dan cara pengiraan kadar faedah; (ii) mana-mana komisyen, diskaun atau caj-caj perbankan lain.

(b) Perubahan boleh dibuat terhadap berikut:

(i) Kadar Asas; atau (ii) tertakluk kepada Seksyen 4.4 (c), Margin; atau (iii) mana-mana kadar rujukan yang digunakan didalam Surat Tawaran; atau (iv) mana-mana kadar faedah dinyatakan oleh Bank;

atau gabungan mana-mana satu atau lebih cara-cara pengiraan faedah, termasuk menukar asas Kadar Ditetapkan atau Kadar Kemungkiran diperolehi. .

(c) Kadar Ditetapkan yang dipinda atau yang baru atau komisyen, diskaun atau caj-caj perbankan adalah berbayar dari tarikh Kadar Ditetapkan yang dipinda atau Kadar Ditetapkan baru, komsiyen, diskaun atau caj-caj perbankan berkuatkuasa. Faedah akan dikira semula, sekiranya perlu mengikut peruntukan Perjanjian ini.

(d) Bank akan memberi notis terdahulu selama 21 hari mengenai perubahan terhadap Kadar

Ditetapkan, atau komisyen baru, diskaun atau caj-caj perbankan kepada Peminjam tetapi sekiranya Peminjam tidak menerima notis ia tidak akan memberi kesan atau mentaksahkan perubahan tersebut. Bank boleh memberi notis:

(i) mengikut peruntukan “Notis” dinyatakan di dalam Seksyen 11 Perjanjian ini;

atau (ii) iklan umum di dalam apa-apa bentuk komunikasi massa; (iii) melalui notis di laman web dan/atau diletakkan di dewan perbankan di

cawangan Bank. (e) Sekiranya Kadar Ditetapkan berbayar atas kemudahan Pinjaman diubah dan kemudahan

Pinjaman adalah dibayar melalui ansuran, Bank boleh: (i) mengubah amaun ansuran tertakluk kepada Seksyen 4.4 (g); atau (ii) mengubah jumlah ansuran; atau (iii) mengubah kedua-duanya;

Tertakluk kepada syarat-syarat dalam Surat Tawaran atau pada penentuan Bank. (f) Untuk sebarang pelarasan ke atas atau ke bawah untuk Kadar Asas, Bank hendaklah

menyemak semula amaun ansuran Pinjaman Perumahan sebagai pilihan lalai. Bank akan membekalkan Peminjam dengan butiran ansuran yang diubah sekurang-kurangnya tujuh (7) hari kalendar (atau apa-apa tempoh masa lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa) sebelum tarikh ansuran yang diubah berkuatkuasa.

Page 10: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 9

(g) Walau apa pun Seksyen 4.4(f), Bank boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan Peminjam untuk mengekalkan ansuran atas permintaan khusus Peminjam. Ini akan menyebabkan lanjutan tempoh kemudahan Pinjaman dan boleh termasuk syarat-syarat baru dan kos tambahan pinjaman seperti yang akan dizahirkan oleh Bank kepada Peminjam.

Seksyen 4.5 Permodalan Faedah 4.5 Faedah (selain dari faedah pada Kadar Kemungkiran) atas mana-mana amaun dijamin di

bawah Dokumen Sekuriti (termasuk faedah dimodalkan), adalah dimodalkan dan ditambah kepada amaun prinsipal tertunggak pada tarikh seperti dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau sebagaimana ditetapkan oleh Bank. Jumlah amaun akan menanggung faedah pada Kadar Ditetapkan yang relevan. Amaun keseluruhan ini hendaklah dijamin dan berbayar sewajarnya, sama ada sebelum atau selepas penghakiman mahkamah atau tuntutan pembayaran dibuat ke atas Peminjam.

Seksyen 4.6 Permodalan Faedah dikecualikan dari Had atau Prinsipal 4.6 Bagi tujuan menentukan sama ada had amaun prinsipal telah melebihi atau tidak, kesemua

faedah terkumpul dan permodalan faedah adalah disifatkan sebagai faedah dan bukan jumlah prinsipal.

Seksyen 4.7 Penyata Pinjaman 4.7 Bank akan menyediakan penyata pinjaman kepada Peminjam sekurang-kurangnya sekali

setahun yang menunjukkan baki terhutang pada permulaan dan pengakhiran tempoh dinyatakan di dalam penyata, amaun yang dikredit dan dikenakan caj, termasuk faedah dan caj tanpa faedah, dan tarikh amaun direkodkan ke dalam akaun.

SEKSYEN 5 Seksyen 5.1 Pembayaran balik (a) tanpa mengira mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini, kemudahan Pinjaman ini

adalah perlu dibayar semula dengan serta merta setelah dituntut oleh Bank secara bertulis jika berlaku Kejadian Kemungkiran.

(b) Sehingga suatu tuntutan dibuat oleh Bank, kemudahan Pinjaman adalah perlu dibayar balik pada tarikh dan dalam cara seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.

(c) Pembayaran yang dibuat oleh Peminjam sepatutnya diagihkan terlebih dahulu untuk

menyelesaikan mana-mana ansuran tertunggak sebelum mana-mana agihan dibuat untuk fi dan caj-caj.

Page 11: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 10

Seksyen 5.2 Pengeluaran Semula atau Pinjaman Semula 5.2 Bank boleh di atas budi bicara mutlaknya tertakluk kepada terma dan syarat dinyatakan di

dalam Bahagian B Jadual atau mengikut mana-mana yang berkenaan, Surat Tawaran membenarkan Peminjam untuk mengeluarkan atau meminjam semula mana-mana amaun yang telah dibayar semula atau prabayar. Amaun yang dikeluarkan atau dipinjam semula tersebut bersama dengan faedah kemudian itu pada Kadar Ditetapkan yang terpakai hendaklah disifatkan sebagai dan sebahagian kesemua wang terhutang atau berbayar oleh Peminjam dan dijamin oleh Dokumen Sekuriti.

SEKSYEN 6 Seksyen 6.1 Bayaran Pendahuluan Dan Penyelesaian Awal (a) Sekiranya:

(i) Peminjam ingin membayar balik mana-mana bahagian Keterhutangan atau kemudahan Pinjaman sebelum tarikh ia perlu dibayar; dan

(ii) Pembayaran balik dibenarkan di bawah Surat Tawaran, Peminjam hendaklah memberi notis satu (1) bulan terdahulu (atau tempoh sebagaimana dinyatakan di dalam Surat Tawaran) kepada Bank. (b) Peminjam boleh membayar balik mana-mana bahagian Keterhutangan dalam gandaan

bayaran pendahuluan sebagaiman Bank mengikut budibicaranya terima. (c ) Sekiranya Peminjam membayar balik mana-mana bahagian atau keseluruhan

keterhutangan atau kemudahan Pinjaman semasa Tempoh Berkunci, Bank berhak mengenakan ke atas Peminjam yuran penamatan awal yang akan menunjukkan anggaran munasabah kos ditanggung oleh Bank disebabkan oleh penamatan awal. Kos-kos boleh termasuk:

(i) Kos-kos yang tidak diperolehi kembali disebabkan oleh kontrak pembiayaan dengan

kadar diskaun semasa Tempoh Berkunci ditamatkan awal; dan (ii) Kos-kos awal yang belum diperolehi.

Seksyen 6.2 Pemakaian Wang Pembayaran Pendahuluan 6.2 Kesemua pembayaran pendahuluan diterima oleh Bank hendaklah diguna pakai oleh Bank

untuk atau terhadap pembayaran balik kemudahan Pinjaman mengikut susunan songsang kematangan.

Seksyen 6.3 Pembayaran Balik Separa

6.3 Pembayaran balik separa kemudahan Pinjaman tidak mengecualikan Peminjam dari mana-mana obligasi Peminjam di bawah Perjanjian ini, kecuali setakat keseluruhan amaun prabayar.

Page 12: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 11

SEKSYEN 7

Seksyen 7.1 Setem Duti, Yuran Pendaftaran dan Kos-kos Lain

(a) Peminjam hendaklah apabila dituntut membayar kepada Bank:

(i) semua kos dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman, setem duti, perbelanjaan dan mana-mana penalti berkaitan) ditanggung oleh Bank berkaitan dengan penyediaan, menandatangan, pendaftaran atau penyempurnaan Dokumen Sekurit;

(ii) semua kos dan perbelanjaan (termasuk yuran perundangan atas dasar pecuamcara-anak guam), setem duti, perbelanjaan dan mana-mana penalti berkaitan) ditanggung oleh Bank berhubung dengan:

(1) pelaksanaan atau pengekalan mana-mana hak di bawah Dokumen Sekuriti;

atau

(2) penglibatan Bank dengan mana-mana prosiding undang-undang untuk melindungi atau berkaitan dengan Hartanah atau mana-mana akaun Peminjam.

Kesemua amaun adalah berbayar oleh Peminjam atas dasar indemniti penuh. Pembayaran hendaklah dibuat dengan faedah dari tarikh kos dan perbelanjaan ditanggung sehingga tarikh pembayaran penuh pada Kadar Ditetapkan (kedua-duanya sebelum dan selepas penghakiman).

(b) Kos perundangan dan perbelanjaan atas dasar indemniti penuh adalah berbayar oleh

Peminjam tanpa mengira samada kemudahan Pinjaman dibatalkan atau digugurkan pada bila-bila masa sebelum penyempurnaan dokumentasi undang-undang.

Seksyen 7.2 Setem Duti Secara Upstamping 7.2 Sekiranya keseluruhan jumlah amaun didahulukan kepada atau yang perlu dibayar dan

berbayar oleh Peminjam kepada Bank pada bila-bila masa melebihi had prinsipal yang telah dibayar duti setem ad valorem, Perjanjian ini atau Surat Tawaran hendaklah di setem secara upstamping dengan duti ad valorem untuk membiayai lebihan. Setem duti termasuk mana-mana penalti ditanggung hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada wang terhutang atau berbayar oleh Peminjam dan dijamin oleh Dokumen Sekuriti.

Seksyen 7.3 Prinsipal dan Instrumen Subsidiari 7.3 Surat Tawaran, Perjanjian ini dan Dokumen Sekuriti adalah instrumen-instrumen diguna

pakai di dalam satu transaksi untuk menjamin Keterhutangan. Duti setem ad valorem telah dibayar dari semasa ke semasa ke atas salinan sah Perjanjian ini dan/atau mana-mana tambahan kemudiannya, dan/atau Surat Tawaran dan/atau Dokumen Sekuriti didalam maksud Seksyen 4(3) Akta Setem, 1949. Bagi tujuan Seksyen 4(3) Akta Setem, Perjanjian ini hendaklah dianggap sebagai instrumen utama atau prinsipal dan Surat Tawaran dan/atau Dokumen Sekuriti hendaklah dianggap instrumen tambahan atau subsidiari.

Page 13: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 12

SEKSYEN 8 Seksyen 8.1 Kejadian Kemungkiran 8.1 Peminjam adalah dianggap telah melakukan suatu kemungkiran di bawah Dokumen

Sekuriti, sekiranya Peminjam melakukan atau mengugut melakukan kemungkiran mana-mana wa’d, akujanji, stipulasi, terma, syarat, atau peruntukan yang dinyatakan di bawah Perjanjian Dokumen Sekuriti, apabila berlaku mana-mana atau lebih dari kejadian berikut:

(a) Kegagalan Membayar

Peminjam gagal atau melakukan kemungkiran di dalam pembayaran mana-mana jumlah wang

(i) pada tarikh ia perlu dibayar, sama ada di tuntut dengan rasmi atau tidak; atau (ii) (sekiranya perlu dibayar atas tuntutan) apabila dituntut mengikut

peruntukan Dokumen Sekuriti; atau

(b) Pelanggaran Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Lain Peminjam:

(i) memungkiri mana-mana terma Dokumen Sekuriti atau mana-mana dokumen

diserahkan di bawah kemudahan Pinjaman atau Dokumen Sekuriti; atau (ii) gagal mematuhi mana-mana notis diberi di bawah Dokumen Sekuriti

menghendakinya meremedi mana-mana kemungkiran terma-terma Dokumen Sekuriti; atau

(c) Pelanggaran Representasi Dan Waranti

Mana-mana representasi atau waranti dibuat atau secara tersirat di bawah:-

(i) Seksyen 12 atau mana-mana peruntukan di bawah Perjanjian ini; (ii) mana-mana notis, sijil, surat atau dokumen-dokumen lain diserahkan di bawah

Perjanjin ini,

adalah tidak benar atau mengelirukan (sebagaimana ditetapkan oleh Bank) dalam butiran material pada tarikh ia dibuat atau disifatkan telah dibuat; atau

(d) Keupayaan Peminjam Melaksanakan Terma Di Dalam Dokumen Sekuriti

Mana-mana kejadian telah berlaku, atau situasi wujud (termasuk perubahan pada keadaan kewangan Peminjam), yang akan, pada pendapat Bank, memberi kesan terhadap keupayaan Peminjam melaksanakan obligasi di bawah Dokumen Sekuriti; atau

(e) Kesahihan Dokumen Sekuriti

Kesahihan mana-mana Dokumen Sekuriti dicabar oleh mana-mana pihak; atau

Page 14: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 13

(f) Sekuriti Di dalam Bahaya

Bank berpendapat bahawa mana-mana sekuriti diwujudkan mengikut Dokumen Sekuriti adalah dalam bahaya atau nilai sekuriti diwujudkan mengikut Dokumen Sekuriti adalah tidak mencukupi bagi tujuan Bank membuat penilaian atau penilaian semula; atau

(g) Ketidaksahan

Ianya adalah atau akan menjadi tidak sah bagi Peminjam untuk melaksanakan atau mematuhi mana-mana satu atau lebih obligasi Peminjam di bawah Dokumen Sekuriti; atau

(h) Memberi Kuasa dan Kebenaran

Mana-mana tindakan, syarat, kebenaran atau perkara pada bila-bila masa yang perlu dibuat, dipenuhi atau dilakukan untuk mana-mana tujuan dinyatakan di dalam Seksyen 3.1 (di sini rujuk kepada representasi atas pemberian kuasa dan kebenaran);

(i) tidak diambil, dipenuhi atau dilakukan; atau (ii) tidak lagi berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya tanpa modifikasi;

(i) Kemungkiran Lain-lain Pinjaman

(i) Peminjam; atau

(ii) Mana-mana syarikat yang disifatkan oleh Bank mempunyai hubung kait dengan Peminjam melalui kepentingan ekuiti berkesan dan/atau kawalan pengurusan; atau

(iii) Mana-mana syarikat di mana Peminjam dianggap oleh Bank memegang kawalan

kepentingan dan/atau kawalan pengurusan (samada melalui pegangan syer, atau samada ia oleh sebab syarikat adalah biasa atau di bawah obligasi untuk bertindak menurut arahan Peminjam, kepentingan dan kehendak),

melakukan kemungkiran mana-mana peruntukan mana-mana perjanjian, atau dokumen sekuriti, atau kedua-duanya sekali (mengikut mana-mana berkenaan) berhubung dengan akaun-akaun lain atau kemudahan pinjaman diberi oleh pihak-pihak lain; atau

(j) Kemungkiran Silang

(i) Mana-mana Keterhutangan Peminjam menjadi berbayar atau perlu dibayar secara pra-matang atau menjadi mampu diisytiharkan berbayar atau perlu dibayar secara pra-matang, atas sebab kemungkiran oleh Peminjam di dalam obligasinya berhubung dengan Keterhutangan; atau

(ii) Peminjam gagal membuat apa-apa pembayaran berhubung dengan Keterhutangan

pada tarikh pembayaran perlu dibuat, atau sekiranya perlu dibayar apabila dtuntut; atau

Page 15: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 14

(iii) Apabila sekuriti untuk mana-mana Keterhutangan menjadi berkuatkuasa; atau (k) Prosiding Undang-Undang

Mana-mana prosiding undang-undang, saman atau tindakan dalam apa-apa bentuk (sama ada jenayah atau sibil) adalah dimulakan:

(i) terhadap Peminjam atau berhubung dengan Hartanah oleh mana-mana pihak ketiga;

atau (ii) oleh Peminjam terhadap Bank; atau

(l) Prosiding Pelaksanaan

Distres atau pelaksanaan atau proses lain oleh mahkamah mempunyai bidang kuasa wibawa adalah dikenakan atau dikeluarkan terhadap semua atau mana-mana bahagian hartanah dan distress, pelaksanaan atau proses lain adalah tidak dilepaskan oleh Peminjam dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh ia dikenakan atau dikeluarkan; atau

(m) Insolvensi

Peminjam

(i) menjadi insolven atau diisytiharkan bankerap; atau (ii) adalah tidak dapat membayar hutang-hutang apabila ia menjadi perlu dibayar; atau (iii) berhenti atau menangguh, atau mengugut untuk memberhentikan atau menangguh

pembayaran semua atau bahagian material hutang; atau (iv) memulakan rundingan atau mengambil prosiding atau langkah lain dengan tujuan

rombakan, penjadualan atau menangguh semua atau mana-mana bahagian Keterhutangan; atau

(n) Kebankrapan (i) Mana-mana langkah atau tindakan diambil untuk kebankrapan Peminjam; atau (ii) Petisyen kebankrapan di serahkan kepada Peminjam; atau (iii) Sekiranya prosiding atau tindakan telah diambil terhadap Peminjam, langkah atau

petisyen tidak dilepaskan atau ditangguh dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh langkah petisyen diambil; atau

(o) Penyerahan hak

Peminjam;

(i) membuat penyerahan hak untuk manafaat pemiutang-pemiutang; atau (ii) memasuki susunan untuk komposisi bagi manafaat pemiutang-pemiutang; atau

Page 16: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 15

(iii) membiarkan mana-mana penghakiman terhadapnya menjadi tidak dilunaskan dalam tempoh empat belas (14) hari atau lebih, kecuali rayuan terhadap penghakiman masih belum selesai dan suatu penggantungan perintah diperolehi;

(p) Moratorium atas pembayaran

Peminjam (i) memasuki atau bercadang untuk memasuki; atau (ii) terdapat deklarasi oleh mana-mana mempunyai bidang kuasa berwibawa; suatu moratorium ke atas pembayaran Keterhutangan atau penangguhan pembayaran secara am; atau

(q) Perolehan Wajib

Notis atau cadangan untuk perolehan wajib atas semua atau mana-mana aset Peminjam yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau peruntukan berkanun; atau

(r) Kematian dan Ketidakwarasan

Peminjam mati atau menjadi tidak waras; atau (s) Perubahan Material Tidak Baik

Mana-mana kejadian atau siri peristiwa (sama ada di dalam atau di luar Malaysia) dan sama ada bersifat domestik atau antarabangsa) termasuk mana-mana tindakan keganasan, pengganas, permusuhan atau perang atau endemik atau wabak berlaku pada pendapat Bank:

(i) boleh atau mungkin memberi kesan kepada keupayaan atau kesanggupan Peminjam

mematuhi sepenuhnya dengan semua atau mana-mana obligasi dibawah Dokumen Sekuriti atau menyebabkan mustahil Peminjam boleh melakukannya; atau

(ii) akan menyebabkan tidak digalakkan atau tidak praktikal untuk Bank menyediakan atau terus menyediakan kemudahan Pinjaman atau membenarkan mana-mana penggunaan kemudahan Pinjaman; atau

(iii) boleh atau mungkin memprejudiskan kemudahan Pinjaman atau mana-mana sekuriti atau kedudukan sekuriti Bank; atau

(t) Penggunaan Kemudahan Pinjaman Bukan Untuk Tujuan Dinyatakan

Kemudahan Pinjaman tidak digunakan untuk tujuan sebagaimana dinyatakan atau kemudahan Pinjaman digunakan untuk tujuan menyalahi undang-undang atau tujuan spekulatif; atau

Page 17: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 16

(u) Akaun Peminjam DiTetapkan Semula Atau DiTutup

Sekiranya Akaun Peminjam telah ditetapkan semula atau ditutup oleh Bank akibat daripada: (i) mana-mana garispanduan atau arahan; atau (ii) akaun tidak diselenggarakan dengan memuaskan; atau (iii) akaun telah ditangguh berikutan dengan suatu perintah mahkamah; atau (iv) suatu siasatan oleh Bank mendapati penemuan negatif termasuk tidak jujur,

penipuan atau aktiviti-aktiviti mencurigakan; atau (v) Dokumen Sekuriti Tidak Disempurnakan

Sekiranya mana-mana Dokumen Sekuriti tidak dapat disempurnakan atas apa-apa alasan pun atau sekiranya Dokumen Sekuriti yang perlu didaftarkan, tidak dapat didaftarkan atau adalah tidak sah dari segi undang-undang atas apa-apa sebab sekalipun.

SEKSYEN 9 Seksyen 9.1 Hak Bank Apabila Ada Kemungkiran

(a) Sekiranya mana-mana kejadian yang dinyatakan di dalam Seksyen 8.1 berlaku, (i) Bank adalah berhak untuk menangguh dengan serta merta penggunaan mana-

mana atau semua bahagian kemudahan Pinjaman, atau mengurangkan had atau amaun disediakan di bawah kemudahan Pinjaman, tanpa perlu membuat tuntutan; dan

(ii) Keterhutangan akan dan disifatkan sebagai perlu dibayar dan berbayar dengan serta merta tanpa mengira mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini disebaliknya.

(b) Sekiranya mana-mana kejadian yang dinyatakan di dalam Seksyen 8.1 berlaku, Bank adalah berhak mengambil tindakan (sama ada dengan sendirinya atau melalui ejen atau ejen-ejen) mengikut yang berkenaan terhadap Peminjam termasuk: (i) tindakan untuk menamatkan kemudahan Pinjaman atau untuk menyaman bagi

mendapatkan semula Keterhutangan sama ada sebelum, selepas atau serentak dengan tindakan melaksanakan Dokumen Sekuriti; dan

(ii) memohon mana-mana kemudahan kredit di dalam apa sahaja matawang terpakai terhadap mana-mana akaun Peminjam dengan mana-mana pejabat atau cawangan Bank atau mana-mana ahli kumpulan syarikat Bank, untuk melunaskan Keterhutangan.

Page 18: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 17

(c) Mana-mana bahagian kemudahan Pinjaman yang tidak dikeluarkan atau digunakan sebelum kemungkiran boleh dibatalkan oleh Bank. Sekiranya ada kemungkiran sedemikian, mana-mana bahagian kemudahan Pinjaman yang telah dikeluarkan atau digunakan akan menjadi perlu dibayar dan berbayar dengan serta merta atas tuntutan, tanpa mengira mana-mana peruntukan Perjanjian ini sebaliknya.

Seksyen 9.2 Hasil Diperolehi Dari Tindakan Undang-Undang 9.2 Tertakluk kepada keutamaan berkanun (sekiranya ada), semua amaun diterima oleh Bank

dari mana-mana tindakan diambil atau langkah dibawah mana-mana Dokumen Sekuriti hendaklah diguna pakai oleh Bank:

PERTAMA di dalam membayar mana-mana sewa, cukai, taksiran, yuran,

perbelanjaan pastu perlu dibayar dan berbayar kepada pihak berkuasa berkenaan oleh Peminjam berhubung dengan Hartanah digadai atau diserahhak kepada Bank sebagai jaminan untuk kemudahan Pinjaman;

KEDUA

di dalam melaksanakan mana-mana Dokumen Sekuriti atau pelaksanaan mana-mana duti atau menggunakan kuasa-kuasa yang ada pada bank, membayar mana-mana kos, caj, perbelanjaan dan liability ditanggung oleh Bank dan setiap pihak dilantik oleh Bank dibawah Dokumen Sekuritie;

KETIGA

di dalam membayar kepada Bank semua faedah terakru dan masih belum dibayar berhubung dengan kemudahan Pinjaman;

KEEMPAT

di dalam membayar kepada Bank amaun prinsipal perlu dibayar dan masih belum dibayar di bawah kemudahan Pinjaman;

KELIMA

di dalam membayar kepada Bank semua wang perlu dibayar dan masih belum dibayar di bawah mana-mana atau semua Dokumen Sekuriti;

KEENAM

di dalam membayar kepada Bank semua wang perlu dibayar dan masih belum dibayar;

KETUJUH

mana-mana lebihan akan dibayar kepada pihak-pihak yang berhak ke atas lebihan;

DENGAN SYARAT BAHAWA Bank boleh mengubah susunan pembayaran di atas atau meletakkan amaun tersebut di dalam akaun tangguh tanpa faedah. Perubahan mengikut susunan pembayaran, atau bayaran ke dalam akaun tangguh, tidak akan memberi kesan kepada hak Bank untuk menerima sepenuhnya amaun penuh yang ia berhak terima sekiranya susunan pembayaran di atas dipatuhi, atau mana-mana amaun yang kurang diterima setelah amaun tersebut didapati dari hasil pelupusan sekuriti setakat mana mencukupi untuk membuat pembayaran.

Page 19: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 18

Seksyen 9.3 Kekurangan Dari Hasil Penjualan 9.3 Kedua-dua pihak bersetuju bahawa, tanpa mengira mana-mana peruntukan terkandung di

dalam Perjanjian ini sebaliknya:

(a) sekiranya jumlah sebenar diterima oleh Bank di bawah terma Dokumen Sekuriti dan/atau penjualan aset atau hartanah digadaikan dan/atau diserahhak kepada Bank di bawah Dokumen Sekuriti, setelah semua yuran (termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran peguamcara Bank atas dasar peguamcara dan anakguam), kos, kadar, cukai dan perbelanjaan pasti lain atas aset atau hartanah digadai dan/atau diserahhak kepada Bank di bawah Dokumen Sekuriti, adalah kurang dari amaun yang perlu dibayar kepada Bank di bawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini, Peminjam akan menanggung liabiliti bagi kekurangan jumlah tersebut;

(b) perenggan (b) terpakai sama ada Bank adalah pembeli semua aset atau hartanah digadai dan/atau diserahhak kepada Bank di bawah Dokumen Sekuriti pada masa penjualan;

(c) sehingga pembayaran dibuat untuk jumlah yang kurang, Peminjam akan (tanpa

mengira mana-mana prosiding penutupan yang telah diambil atau dibuat oleh Bank) juga akan membayar faedah (kedua-dua sebelum tuntutan dan juga selepas penghakiman dan tanpa mengira samada hubungan bank atau pelanggan wujud atau telah ditamatkan) di atas kekurangan bersama dengan semua faedah tertunggak diterima dengan sepenuhnya oleh Bank; dan

(d) mana-mana faedah berbayar di bawah Seksyen 9.3 adalah dikira dan dicaj mengikut

Seksyen 4.

SEKSYEN 10 Seksyen 10.1 Persetujuan untuk mengekalkan Polisi Insuran 10.1 Sekiranya Peminjam dikehendaki mengambil, atau dalam kejadian Bank boleh mengambil

polisi bagi pihak Peminjam, dan mengekalkan polisi pajak gadai terma berkurangan, atau mana-mana polisi, menjamin pembayaran balik Keterhutangan, Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dengan Bank untuk:

a) membenarkan kepentingan Bank sebagai penerima ganti rugi diendos di atas

polisi insuran yang diambil; b) membayar premium ke atas polisi insuran berkenaan; and c) menyerahkan resit-resit pembayaran kepada Bank.

Seksyen 10.2 Persetujuan Untuk Mengekalkan Insuran Atas Hartanah 10.2 (i) Peminjam dengan ini bersetuju dengan Bank bahawa apabila dikehendaki oleh

Bank, Peminjam akan:

Page 20: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 19

(a) memastikan bahawa Hartanah adalah diinsuran setakat nilai penuh insuran,

terhadap kehilangan atau kerugian oleh kebakaran, petir, ribut, rusuhan, kekecohan awam, tindakan berniat jahat dan mogok dan risiko lain sebagaimana dikehendaki oleh Bank, dengan syarikat insuran bereputasi dan diluluskan oleh Bank; dan

(b) memastikan kepentingan Bank sebagai penerima gadaian atau penerima serah hak dan penerima kerugian diendos di atas insuran polisi atau polisi-polisi yang telah diambil; dan

(c) deposit dengan Bank sesalinan diakui sah polisi atau polisi-polisi insuran yang

diambil bersama dengan bukti pembayaran premium terkini berbayar di bawah polisi atau polisi-polisi berkenaan.

(iii) Peminjam juga menyatakan persetujuan bahawa Bank boleh tetapi tidak mempunyai

obligasi untuk mengambil insuran ke atas Hartanah menurut Seksyen 10.2(i)(a). Sekiranya Bank melakukan demikian, Peminjam hendaklah membayar premium atas tuntutan oleh Bank. Sekiranya Bank gagal membayar insuran premium, Bank hendaklah membuat pembayaran bagi pihak Peminjam dan pembayaran hendaklah ditambah kepada Keterhutangan kemudahan Pinjaman.

Seksyen 10.3 Persetujuan memberitahu Bank mengenai pertukaran alamat 10.3 Peminjam menyatakan persetujuan dengan Bank untuk memaklumkan kepada Bank

dengan segera sekiranya terdapat mana-mana pertukaran alamat surat-menyurat Peminjam. SEKSYEN 11 11.1 Notis oleh Bank

Notis-notis boleh diberi atau dibuat melalui pos, fasimili, serahan kediri atau cara lain mengikut yang berkenaan dan dibenarkan oleh Bank. Notis-notis dikeluarkan oleh dan bagi pihak Bank (termasuk notis cetakan berkomputer/penyata-penyata yang tidak memerlukan tandatangan) akan dihantar kepada Peminjam di alamat Peminjam, nombor faksimili atau alamat elektronik seperti dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir yang diberitahu oleh Peminjam.

11.2 Serahan Sempurna

Notis-notis adalah disifatkan telah diserahkan kepada Peminjam: (i) melalui pos, dua (2) hari selepas tarikh mengepos, tanpa mengira sama ada Notis-

notis dikembalikan tanpa serahan berjaya dilakukan atau tidak dituntut;

(ii) melalui faksimili, pada hari ianya difaks,

Page 21: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 20

(iii) melalui pos elektronik, pada hari ianya dihantar tertakluk kepada Bank tidak menerima pesanan bahawa Notis-notis secara pos elektronik gagal atau tidak dapat dihantar dari pembekal hos penerima dalam tempoh hari ia dihantar; dan

(iv) melalui serahan kediri, pada masa ianya diserahkan.

BAHAGIAN B 12.0 Representasi, Waranti, Akujanji dan Wa’ad oleh Peminjam 12.1 Peminjam mengakui bahawa Bank telah memberi kemudahan Pinjaman dengan

kebergantungan penuh terhadap representasi, waranti dan akujanji berikut oleh Peminjam: (a) semua matlumat dan dokumen-dokumen diberi kepada Bank untuk permohonan

kemudahan Pinjaman adalah benar, tepat, tidak terusik dan tidak dipalsukan; (b) bahawa kemudahan Pinjaman akan digunakan oleh Peminjam bagi tujuan seperti

yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran dan mengikut undang-undang terpakai; (c) tiada perubahan tidak baik yang material pada keadaan kewangan Peminjam

semenjak tarikh penyata kewangan beraudit disediakan untuk Bank; (d) Peminjam telah membuat pendedahan penuh secara bertulis kepada Bank semua

fakta-fakta berkenaan Peminjam, Dokumen Sekuriti sepertimana Peminjam secara munasabah patut tahu berhubung fakta-fakta berkenaan dan semuanya adalah fakta material bagi tujuan pendedahan kepada Bank untuk pengeluaran kemudahan Pinjaman;

(e) tiada pelanggaran ke atas mana-mana undang-undang yang memberi kesan

material dan tidak baik/memberi kesan kepada nilai Hartanah; (f) tiada pihak ketiga mempunyai mana-mana kepentingan, hakmilik,

tuntutan/manafaat ke atas Hartanah/mana-mana bahagian darinya; (g) Peminjam telah memasuki mana-mana perjanjian/susunan (sama ada

lisan/bertulis) yang mana Peminjam telah bersetuju untuk menggerak, memindah, menyerah hak, menggadai/mewujudkan mana-mana kepentingan sekuriti ke atas Hartanah;

(h) bahawa semua cukai tanah, taksiran dan perbelanjaan pasti lain berhubung

dengan Hartanah telah dibayar dan hendaklah dibayar sepenuhnya; (i) Jika Hartanah dibangunkan, Peminjam telah mendapatkan kepastian dari Penjual

bahawa semua kebenaran penting behubung dengan pembangunan Hartanah telah diperolehi berhubung dengan semua kebenaran diperlukan untuk pembangunan

Page 22: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 21

Hartanah dan kebenaran berkenaan masih berkuatkuasa pada masa pembangunan Hartanah dimulakan dan dalam tempoh pembangunan;

(j) jika geran hakmilik hartanah/geran strata Hartanah masih belum dikeluarkan,

Perjanjian Jual beli untuk pembelian Hartanah membuktikan kepentingan Peminjam di dalam Hartanah adalah sah dan berkuatkuasa;

(k) Peminjam tidak mempunyai pengetahuan mengenai mana-mana kejadian yang

boleh menyebabkan Perjanjian Jualbeli dibatalkan; (l) Peminjam tidak melanggar mana-mana perjanjian, wa’d/stipulasi yang perlu

dilaksanakan di dalam Perjanjian Jual beli; (m) Peminjam tidak akan menggunakan kemudahan Pinjaman untuk mana-mana

pengubahan wang/pembiayaan keganasaan/penipuan/aktiviti jenayah/untuk tujuan dan niat jenayah;

(n) bahawa semua pembayaran kemudahan Pinjaman yang akan dibuat oleh

Peminjam hendaklah berasal dari sumber dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang dan bukan dari mana-mana aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang/tidak sah (termasuk mana-mana aktiviti jenayah)/transaksi penipuan, tertakluk kepada Bank hendaklah berhak mendapatkan Peminjam mengemukakan mana-mana bukti dokumen/matlumat untuk mengesahkan perkara tersebut.

12.2 Peminjam dengan ini berwa’d dan bersetuju bahawa selagi Keterhutangan masih

terhutang kepada Bank, Peminjam hendaklah tidak akan, tanpa mendapat kebenaran terdahulu dari Bank: (a) mewujudkan, menanggung, mengambil alih, menjamin/membenarkan mana-

mana Keterhutangan kecuali kemudahan Pinjaman dan hutang tanpa cagaran ditanggung di dalam perjalanan biasa perniagaan Peminjam;

(b) membuat mana-mana pembayaran terdahulu mana-mana pinjaman/hutang,

sekiranya ada mana-mana wang terhutang di bawah kemudahan Pinjaman yang sudah perlu dibayar dan masih belum dibayar;

12.3 Representasi, waranti, akujanji dan wa’d di atas hendaklah menjadi asas kepada tawaran

Bank untuk menyediakan Pinjaman kepada Peminjam. Sekiranya mana-mana representasi, waranti, akujanji dan wa’d dibuat hendaklah pada bila-bila masa selepas ini didapati tidak benar/tidak tepat/dimungkiri, Bank berhak untuk menangguh penyedian/pengeluaran/penyemakan/penamatan/pembatalan Pinjaman.

12.4 Tambahan kepada syarat terdahulu sebelum pengeluaran sebagaimana dinyatakan di

dalam Surat Tawaran, semua representasi, waranti, akujanji dan wa’d yang dinyatakan di dalam Seksyen 12.0 di sini hendaklah dipatuhi oleh Peminjam pada masa Pinjaman dikeluarkan.

Page 23: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 22

13.0 Pengeluaran Pinjaman & Pembayaran kepada Penjual 13.1 Peminjam dengan ini memberi kuasa tidak boleh batal kepada Bank untuk mengeluarkan

kesemua/sebahagian dari Pinjaman: (a) menurut terma-terma/jadual pembayaran dinyatakan di dalam Perjanjian Jualbeli; (b) menurut terma-terma mana-mana surat akujanji dikeluarkan oleh Bank kepada

Penjual; (c) untuk mana-mana tujuan sebagaimana Pinjaman diluluskan oleh Bank untuk

digunakan oleh Peminjam. 13.2 Pembayaran-pembayaran yang dibenarkan oleh Bank hendaklah disifatkan sebagai

penggunaan oleh Peminjam akan Pinjaman dan Peminjam dengan ini mengaku bahwa ia berhutang dengan Bank setakat pembayaran yang telah dibenarkan.

13.3 Bank hendaklah berhak untuk mengenepikan sebahagian dari Pinjaman untuk membuat

pembayaran sementara pengeluaran/pelepasan sepenuhnya pembayaran tersebut. 13.4 Bank hendaklah pada setiap masa berhak membuat mana-mana pembayaran di bawah

akujanji dikeluarkan kepada Penjual tidak kira sama ada mana-mana Kejadian Kemungkiran telah berlaku atau sama ada Bank telah melaksanakan mana-mana hak atau remedi yang ada pada Bank apabila berlaku Kejadian Kemungkiran.

13.5 Bank hendaklah berhak membuat pembayaran kepada Penjual tanpa siasatan

lanjut/pertanyaan dan tidak perlu prihatin dengan mana-mana isu/tuntuan oleh Peminjam dengan Penjual di bawah Perjanjian Jual beli. Sedemikian, obligasi Peminjam di bawah perjanjian ini hendaklah tidak terkesan/terganggu oleh fakta bahawa Bank telah/adalah mempunyai alasan untuk enggan membuat pembayaran kepada Penjual. Liabiliti Peminjam di bawah Perjanjian ini hendaklah terus berkuatkuasa walaupun Perjanjian Jual beli telah ditamatkan oleh Peminjam dan Penjual.

13.6 Sekiranya Hartanah masih di bawah pembangunan dan Bank dikehendaki

mengeluarkan kemudahan Pinjaman secara berperingkat kepada Penjual, Peminjam hendaklah membayar kepada Bank faedah pada Kadar Faedah atas amaun dikeluarkan secara berperingkat kepada Penjual.

13.7 Sekiranya kemudahan Pinjaman/mana-mana bahagian darinya hendaklah atas apa sebab

sekalipun adalah tidak digunakan setelah tarikh kemudahan Pinjaman luput, Bank boleh atas budibicaranya menarik balik kemudahan Pinjaman tersebut. Dalam keadaan demikian, Peminjam hendaklah membayar balik semua kos-kos, yuran-yuran dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman) ditanggung oleh Bank.

14.0 Sekuriti 14.1 Gadaian: Jika geran hakmilik berasingan kepada Hartanah dikeluarkan, Peminjam

hendaklah menandatangani bagi pihak dan menyerahkan kepada Bank Gadaian atas terma-terma dan syarat-syarat terkandung di dalamnya. Semua kos dan perbelanjaan berhubung dengan penyempurnaan Gadaian hendaklah ditanggung oleh Peminjam.

Page 24: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 23

14.2 Serahan hak

(a) Jika geran hakmilik berasingan Hartanah belum dikeluarkan, Peminjam hendaklah menyerah hak kepada Bank Hartanah dan semua dan keseluruhan manafaat Perjanjian Jual beli, bersama dengan semua hak, hakmilik dan kepentingan di dalamnya, di dalam format dikehendaki oleh Bank.

(b) Peminjam hendaklah menandatangani surat kuasa wakil di dalam format

dikehendaki oleh Bank, melantik Bank/mana-mana pihak diberi kuasa oleh Bank pada masa material sebagai wakil Peminjam.

(c) Setelah pengeluaran geran hakmilik individu/strata Hartanah, Peminjam

hendaklah atas kos dan perbelanjaan, menandatangani dengan serta merta memorandum pindah milik dan menandatangani Gadaian ke atas Hartanah, kegagalannya akan menyebabkan Bank berhak mengambil tindakan, termasuk melaksanakan semua hak-hak diberi di bawah Surat Kuasa Wakil ditandatangani di antara Peminjam, untuk menjaga kepentingan Bank.

(d) Semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penyempurnaan Gadaian hendaklah ditanggung oleh Peminjam.

(e) Sekiranya Gadaian tidak dilaksanakan / disempurnakan atas apa-apa sebab,

Penyerahan Hak hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Gadaian didaftarkan dengan sewajarnya terhadap Hartanah / Keberhutangan kepada Bank dibayar sepenuhnya mengikut yang mana berlaku terlebih dahulu.

14.3 Sekuriti Lain: Peminjam hendaklah menandatangani dan menyerahkan mana-mana

Dokumen Sekuriti sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran untuk menjamin pembayaran semula dan pembayaran Keterhutangan kepada Bank.

14.4 Sekuriti Tambahan: Sekiranya diperlukan oleh Bank, Peminjam akan menyediakan

kemudahan Pinjaman tambahan dan menandatangani dokumen sekuriti untuk sekuriti tambahan dan kos ditanggung Peminjam.

14.5 Sekiranya nilai Hartanah atau mana-mana sekuriti yang disediakan mengalami

penyusutan nilai, Bank hendaklah berhak pada budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam menyediakan sekuriti tambahan.

15.0 Modifikasi dan Kelonggaran 15.1 Bank boleh, pada bila-bila masa tanpa memberi kesan kepada sekuriti yang disediakan

oleh Bank di bawah Perjanjian ini: (a) menentukan, mempelbagai, meminda, menstruktur, mengurang/menambah

kemudahan Pinjaman;

Page 25: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 24

(b) memberi kepada Peminjam dan sekiranya Peminjam adalah lebih dari seorang, kepada mana-mana Peminjam;

(c) memberi kepada Pihak Sekuriti/penjamin lain apa-apa kelonggaran;

(d) berurusan dengan, bertukar, melepaskan, meminda/menahan dari

menyempurnakan/melaksanakan mana-mana sekuriti/jaminan-jaminan lain/hak-hak ia mungkin ada pada waktu sekarang atau dari masa ke semasa /terhadap Peminjam.

16.0 Pindaan terhadap Perjanjian 16.1 Bagi tujuan mematuhi mana-mana perundangan terpakai kepada Bank/perubahan di

dalam undang-undang/mana-mana garis panduan baru dikeluarkan oleh BNM, Bank hendaklah berhak meminda mana-mana terma dan syarat-syarat Perjanjian ini dengan:

(a) mempamerkan terma dan syarat yang dipinda di cawangan-cawangan Bank; (b) memuat turun terma dan syarat laman web Bank.

16.2 Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh menyediakan notis pindaan terma-terma dan

pindaan-pindaan Perjanjian melalui mana-mana satu/lebih dari cara berikut: (a) notis di dalam papan/mana-mana seksyen cawangan Bank; (b) notis di skrin pemapar di terminal elektronik Bank; (c) notis di laman web Bank; (d) notis di dalam penyata akaun bertempoh dihantar kepada Peminjam; (e) notis bertulis di dalam format dikehendaki Bank kepada alamat Peminjam seperti

di dalam rekod Bank; (f) notis melalui mana-mana cara sebagaimana Bank sifatkan sesuai mengikut budi

bicara mutlak.

16.3 Tertakluk kepada Perjanjian, sekiranya Peminjam tidak bersetuju dengan pindaan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Peminjan hendaklah memberitahu Bank secara bertulis mengenai pindaan berkenaan dan menebus hutang kemudahan Pinjaman dengan membayar Keterhutangan dan semua amaun perlu dibayar kepada Bank sepenuhnya.

16.4 Sekiranya Peminjam berterusan mengekalkan kemudahan Pinjaman dalam tempoh 21

hari selepas notis mengenai mana-mana pindaan terhadap terma dan syarat Perjanjian ini oleh Bank, Peminjam hendaklah disifatkan telah menerima pindaan terhadap terma dan syarat Perjanjian ini.

16.5 Mana-mana ciri-ciri khusus sesuatu kemudahan Pinjaman boleh dipinda/ubah/semak

oleh Bank. Pindaan/perubahan/semakan ciri-ciri hendaklah menjadi bekesan pada tarikh pelaksanaan pindaan/perubahan/semakan ciri-ciri mengikut yang berkenaan tersedia di dalam risalah kemudahan Pinjaman seperti diberitahu oleh Bank dan Bank hendaklah berhak untuk menamatkan ciri-ciri khusus pada budi bicara mutlaknya.

Page 26: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 25

17.0 Pendedahan Maklumat 17.1 Peminjam memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedah, pada budi bicara Bank,

semua/mana-mana matlumat dan dokumen berhubung dengan Perjanjian ini, penyelenggaraan Peminjam terhadap kemudahan Pinjama kepada:

(a) waris terdekat/pentadbir/wasi/benifisiari Peminjam yang telah

meninggal/peguamcara bertindak bagi pihak mereka dalam urusan memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah/sesiapa yang telah memohon kepada mahkamah berhubung dengan estet Peminjam yang telah meninggal;

(b) BNM/pihak berkuasa lain bertindak di bawah kuasa diberi di bawah mana-mana

undang-undang terpakai;

(c) pihak yang memberi insuran, broker, adjuster kerugian berikutan mana-mana tuntutan yang akan dibuat oleh Bank di bawah polisi insuran berkaitan dengan kemudahan Pinjaman/Hartanah;

(d) tujuan mana-mana saman/prosiding difailkan terhadap Bank oleh mana-mana

pihak ketiga berkaitan dengan Perjanjian ini/kemudahan Pinjaman;

(e) tujuan mana-mana saman/prosiding difailkan oleh Bank terhadap mana-mana pihak ketiga untuk mendapatkan semula kerugiannya di bawah Perjanjian ini/kemudahan Pinjaman;

(f) pihak polis/lain-lain pihak berkuasa yang menjalankan siasatan, untuk tujuan

siasatan terhadap mana-mana jenayah (termasuk mana-mana pengubahan wang dan aktiviti pembiayaan keganasan) sama ada oleh Peminjam atau sebaliknya;

(g) pihak polis/lain-lain pihak berkuasa yang menjalankan siasatan untuk tujuan

memfailkan laporan berkaitan oleh Bank dan siasatan kemudian dari itu, sekiranya Bank mempunyai pandangan bahawa suatu jenayah telah dilakukan/mencegah/mendapat kembali mana-mana kerugian ditanggung oleh Bank/untuk mencegah jenayah;

(h) mana-mana pihak yang bertujuan mendapatkan Hartanah melalui

lelongan/penjualan/mana-mana pihak yang ingin memperolehi kepentingan Bank, aset-aset dan obligasi-obligasi di bawah Perjanjian ini;

(i) mana-mana pihak di masa hadapan yang boleh menyatakan secara nyata niat

untuk memperolehi mana-mana kepentingan/pegangan syer di dalam Bank/berikutan mana-mana cadangan susunan, komposisi, gabungan, pemerolehan/penstrukturan antara Bank dan pihak tersebut;

(j) penasihat luaran Bank dan Kumpulan AmBank.

Page 27: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 26

17.2 Sekiranya mana-mana prosiding undang-undang dimulakan oleh Bank terhadap Peminjam di bawah Perjanjian ini untuk mendapatkan Keterhutangan, Peminjam memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan butiran, matlumat berkenaan Peminjam dan suratcara kausa berhubung dengan prosiding undang-undang kepada mana-mana agensi lapuran kredit di Malaysia.

18.0 Hak Untuk Menolak Dan Penyatuan 18.1 Sekiranya Peminjam mungkir di dalam pembayaran balik mana-mana bahagian

Keterhutangan, Bank hendaklah berhak membeku baki di dalam akaun deposit Peminjam dengan Bank/Kumpulan AmBank yang bersamaan dengan jumlah Keterhutangan yang pelu dibayar dan memberi notis kepada Peminjam untuk melunaskan pembayaran.

18.2 Sekiranya Peminjam gagal membayar Keterhutangan dalam tempoh yang dinyatakan di

dalam notis, Bank hendaklah berhak menolak bahagian dari baki tersedia ada di dalam akaun deposit Peminjam dengan jumlah amaun perlu dibayar kepada Bank di bawah Perjanjian ini.

18.3 Bagi mengelakkan keraguan, hak Bank untuk menolak boleh dilaksanakan oleh Bank:

(a) terhadap akaun deposit dipegang bersama oleh Peminjam dengan orang lain; (b) dalam situasi Peminjam meninggal, bankerap, insolven, komposisi dengan

pemiutang/mana-mana prosiding undang-undang terhadap Peminjam. 18.4 Bank boleh menyatukan kemudahan Pinjaman ini dengan pinjaman/akaun-akaun

kemudahan Pinjaman Peminjam dengan Bank, pada budi bicara Bank mutlak untuk menyelesaikan semua jumlah wang berbayar kepada Bank di bawah pinjaman/akaun-akaun kemudahan Pinjaman, tanpa notis terdahulu kepada Peminjam.

19.0 Penyelesaian Pertelingkahan 19.1 Semua aduan dari Peminjam terhadap Bank berhubung dengan Perjanjian ini hendaklah

dialamatkan secara bertulis kepada: P.O BOX 12617 GPO Kuala Lumpur, 50784 Kuala Lumpur/Fax Number: 03-21713171/alamat email: [email protected]

19.2 Sekiranya mana-mana aduan oleh Peminjam tidak diselesaikan oleh Bank atau

Peminjam tidak berpuashati dengan keputusan Bank berhubung dengan aduan tersebut, Peminjam boleh merujuk perkara tersebut kepada bahagian aduan BNM iaitu BNMLINK di Pusat Khidmat Nasihat Pelanggan, Tingkat Bawah, Blok D, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Tel: BNMTELELINK di 1-300-88-5465 email:[email protected].

19.3 Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia

dan di dalam melaksanakan Perjanjian ini, Bank adalah berhak memulakan dan mengambil tindakan/prosiding terhadap Peminjam di dalam mana-mana mahkamah di mana-mana negeri di Malaysia sebagaimana disifatkan sesuai oleh Bank.

Page 28: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 27

19.4 Semua suratcara untuk mana-mana prosiding dimulakan mengikut undang-undang Malaysia dan di dalam melaksanakan Perjanjian ini, hendaklah diserahkan secara Kediri/pos biasa kepada alamat Peminjam tersedia ada di dalam rekod Bank.

19.5 Semua suratcara kausa pemula untuk mana-mana prosiding undang-undang yang

dimulakan oleh Peminjam terhadap Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah diserahkan melalui penyampaian serahan Kediri/pos berdaftar A.R ke alamat berdaftar Bank buat masa ini adalah 22nd Floor, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Peminjam bersetuju untuk tidak menyerahkan suratcara kausa pemula ke cawangan-cawangan Bank. Penyampaian sedemikian hendaklah dianggap sebagai penyampaian tidak sah ke atas Bank. Peminjam bersetuju untuk menerima bidang kuasa mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berhubung dengan semua prosiding undang-undang yang difailkan oleh Peminjam terhadap Bank.

20.0 Indemniti & Had Ke atas Liabiliti 20.1 Peminjam hendaklah memastikan Bank adalah sentiasa mendapat indemniti atas dasar

indemniti penuh terhadap semua kehilangan, kerugian, yuran, kos, tuntutan, caj, prosiding, cukai, duti dan perbelanjaan (termasuk kos undang-undang) yang mungkin ditanggung oleh Bank dan perlu ditanggung samada secara lansung atau tidak lansung menurut keadaan-keadaan berikut:

(a) mana-mana kemungkiran/ketidak patuhan Perjanjian ini dengan mana-mana

undang-undang terpakai oleh Peminjam; (b) apabila Bank mematuhi Perjanjian ini/undang-undang terpakai/amalan indusri

perbankan; (c) perbuatan cuai/perkara-perkara tidak dilakukan oleh Peminjam; dan (d) pelaksanaan oleh Bank akan hak-haknya di bawah Perjanjina ini.

20.2 Indemniti dinyatakan di dalam Klausa 20.1 hendaklah berterusan tanpa mengira mana-

mana penamatan Perjanjian ini. 20.3 Bank hendaklah tidak mempunyai liabiliti kepada Peminjam di dalam keadaan-keadaan

berikut: (a) mana-mana kemungkiran/ketidak patuhan Perjanjian ini/mana-mana undang-

undang terpakai oleh Peminjam; (b) perbuatan cuai/perkara-perkara tidak dilakukan oleh Peminjam; (c) mana-mana pemalsuan/tindakan penipuan oleh Peminjam/orang yang digaji,

pekerja, pegawai, penandatangan yang diberi kuasa, rakan kongsi/pengarah (sepertimana terpakai);

(d) apabila Bank mematuhi arahan-arahan/arahan dari BNM/badan-badan berkuasa lain, pihak berkuasa, kerajaan, mahkamah/tribunal/pihak kehakiman berkuasa lain; dan

(e) apabila berlaku mana-mana force majeure.

Page 29: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 28

20.4 Tertakluk kepada mana-mana undang-undang terpakai dan tertakluk kepada perbuatan cuai dan/kemungkiran dalam menjalankan tanggungjawab dibuktikan terhadap Bank, Peminjam bersetuju bahawa liabiliti Bank di bawah Perjanjian ini untuk perbuatan cuai/pelanggaran dalam menjalankan tanggungjawab, hendaklah dihadkan kepada kehilangan secara lansung ditanggung oleh Peminjam.

20.5 Tertakluk sepertimana dibenarkan oleh undang-undang dan tambahan sebagai balasan

penggunaan dan memanafaatkan kemudahan Pinjaman oleh Peminjam, Peminjam bersetuju bahawa Bank hendaklah tidak bertanggungjawab untuk mana-mana jenis kerugian secara tidak lansung/lansung disebabkan oleh Peminjam oleh kecuaian Bank/kemungkiran dalam menjalankan tanggungjawab.

21.10 Terma-Terma Am 21.1 Masa di mana sahaja dinyatakan di dalam Perjanjian ini hendaklah menjadi intipati

kontrak. 21.2 Peminjam dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk menilai Hartanah setiap

tahun/pada masa selang di atas budi bicara Bank tetapkan oleh mana-mana penilai atas pilihan Bank dan kos dan perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Peminjam. Sekiranya penilaian menunjukkan bahawa harga rizab Hartanah adalah lebih rendah dari amaun terhutang di bawah Perjanjian ini, Bank adalah berhak meminta Peminjam menyediakan sekuriti tambahan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis dari Bank agar Peminjam menyediakan sekuriti tambahan untuk kemudahan Pinjaman.

21.3 Semua kos caj dan perbelanjaan ditanggung/diberikan oleh Bank di bawah Perjanjian

ini/ Dokumen Sekuriti, secara nyata/tersirat hendaklah berbayar oleh Peminjam kepada Bank apabila dituntut dan hendaklah mengenakan faedah pada Kadar Faedah Mungkir sekiranya tidak dibayar dalam tempoh tarikh ia perlu dibayar.

21.4 Perjanjian ini adalah mengikat Peminjam dan pengganti hakmilik dan hendaklah

dikuatkuasakan oleh dan berjalan kuat kuasanya untuk manafaat Bank dan pengganti hakmilik dan penerima serah hak.

21.5 Kegagalan/kelewatan oleh Bank di dalam melaksanakan mana-mana hak-hak,

kelayakan, kuasa yang ada/kuasa diberi kepada Bank tidak akan beroperasi sebagai pengecualian selepas itu.

21.6 Mana-mana terma/syarat/stipulasi/peruntukan/wa’d/akujanji/representasi terkandung di

dalam Perjanjian ini yang didapati menyalahi undang-undang, dilarang/tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana tribunal/mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa hendaklah tidak memberi kesan setakat ia menyalahi undang-undang, keterbatalan, larangan/tidak boleh dikuatkuasakan, tanpa membatalkan baki peruntukan lain kemudian ini.

21.7 Bank boleh menyerah hak dan/atau memindah hak dan obligasi di bawah Perjanjian

ini/mana-mana bahagian darinya, atas budi bicara disifatkan sesuai, kepada bakal penerima hak/penerima pindahmilik yang berpotensi. Peminjam tidak boleh menyerah hak mana-mana hak di bawah Perjanjian ini.

Page 30: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 29

21.8 Di dalam mana-mana prosiding undang-undang berhubung dengan Perjanjian ini, surat tuntutan, notis, penyata, peringatan atau sijil iaitu:

(a) ditandatangan oleh pegawai atau peguamcara atau agen-agen lain dilantik oleh

Bank; atau (b) dalam bentuk dokumen cetakan komputer dari Bank yang tidak memerlukan

tandatangan;

hendaklah menjadi muktamad dan mengikat Peminjam sebagai bukti muktamad Keterhutangan di dalam mahkamah atau tribunal, kecuali untuk mana-mana kesalahan nyata.

21.9 Sekiranya Peminjam meminta kemudahan Pinjaman tambahan dari Bank, Peminjam

hendaklah mendapatkan kebenaran dari Pihak Sekuriti untuk kemudahan Pinjaman tambahan. Di dalam keadaan demikian, Bank hendaklah mempunya hak untuk mensetem secara ‘upstamp’ Perjanjian Pinjaman.

21.10 Melainkan dinyatakan dengan secara nyata di dalam Perjanjian ini, pihak-pihak

bersetuju bahawa yuran dan amaun lain yang berbayar disebabkan oleh mana-mana pembekalan perkhidmatan oleh Bank dibawah Perjanjian ini dan Dokumen Sekuriti adalah tidak termasuk didalam CBP sebagaimana boleh terpakai dibawah peruntukan CBP dan CBP tersebut akan ditanggung oleh Peminjam.

21.11 Peminjam bersetuju bahwa Bank hendaklah berhak pada bila-bila masa tanpa notis

terdahulu untuk mendebit akaun deposit Peminjam/akaun kemudahan Pinjaman dengan Bank untuk mana-mana caj, yuran dan perbelanjaan pasti, sekiranya mendebit akaun menyebabkan akaun deposit Peminjam/akaun kemudahan Pinjaman menjadi akaun terlebih keluar, maka faedah tambahan akan dikenakan pada kadar faedah kemungkiran hendaklah berbayar sewajarnya.

_____________________________________________________________________________

(baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

Page 31: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 30

JADUAL PERTAMA

(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini)

SEKSYEN

PERKARA

BUTIRAN

I.

Tarikh Perjanjian ini

II.

Peminjam No. K/P Alamat

Page 32: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 31

BAHAGIAN C

(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini)

SURAT TAWARAN -Seperti dilampirkan-

Page 33: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 32

DALAM MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT Peminjam dan wakil Bank dengan ini melaksanakan Perjanjian ini pada hari, bulan dan tahun yang tertulis di atas DITANDATANGANI oleh ) AmBank (M) Berhad Dan ) oleh wakilnya:- Sebagai wakil untuk dan bagi pihak ) ) di hadapan ) …………………………….. Ditandatangani oleh ) Peminjam ) di hadapan ) …………………………….

Page 34: PERJANJIAN PINJAMAN - Welcome to AmBank Group … BAWAH...semasa ke semasa dibawah Surat Tawaran dan Perjanjian ini. Sekseyn 1.2 Tujuan(-tujuan) Kemudahah Pinjaman 1.2 Peminjam mesti

(HL/Bawah500K/BM/SHL/17052016/V3) 33