perjanjian akaun mastercard prabayar ... - cimb bank malaysia · telefon, transaksi pesanan pos dan...

27
PERJANJIAN AKAUN MASTERCARD PRABAYAR LAZADA CIMB Layak Menerima Perlindungan daripada PIDM Sebagai balasan CIMB BANK BERHAD [13491-P] membuka Akaun MasterCard Prabayar Lazada CIMB dalam nama saya, saya dengan ini bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat berikut. Definisi 1. Dalam Perjanjian ini jika konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:- a) Ungkapan “Akaun” bermaksud Akaun MasterCard Prabayar Lazada CIMB Pemegang Akaun, daripada mana semua pembayaran untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pengeluaran tunai yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad dan semua fi dan caj yang berkenaan akan didebitkan; b) Ungkapan “Pemegang Akaun” bermaksud orang yang untuknya Akaun dibuka dan kepadanya Kad dikeluarkan, jika dimohon oleh Pemegang Akaun dan hendaklah temasuk waris, wakil diri dan pengganti hakmiliknya dan perkataan “anda” hendaklah bermaksud Pemegang Akaun; c) Ungkapan “Akaun Lain Pemegang Akaun” bermaksud akaun perbankan atau akaun lain Pemegang Akaun dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad di samping Akaun dan termasuk akaun bersama Pemegang Akaun dengan pihak ketiga; d) Ungkapan “Nombor Akaun” bermaksud nombor akaun yang diperuntukkan kepada Akaun dan nombor akaun yang diperuntukkan kepada Kad dan dicetak timbul pada Kad; e) Ungkapan “notis terdahulu yang mencukupi” bermaksud tempoh notis selama tiga (3) hari bekerja, yang akan dianggap notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun; f) Ungkapan “Perjanjian ini” bermaksud perjanjian antara Pemegang Akaun dan Bank dan melaluinya Akaun dan Kad, jika dimohon oleh Pemegang Akaun, disediakan kepada Pemegang Akaun oleh Bank berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini serta terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam borang permohonan dalam talian standard Bank yang disediakan melalui CIMB Clicks dan diserahkan dalam talian oleh Pemegang Akaun kepada Bank apabila memohon pembukaan Akaun dan sebarang terma dan syarat lain yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa; g) Ungkapan “ATM” bermaksud mesin juruwang automatik; h) Ungkapan “Bank” bermaksud CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Aras 13, Menara CIMB,Jalan Stesen Sentral 2,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan tempat perniagaan di Aras 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur atau di sebarang alamat lain atau lokasi lain yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan termasuk pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya; i) Ungkapan “mata wang pengebilan” bermaksud mata wang pengebilan dalam Ringgit Malaysia dan termasuk singkatannya “RM”; j) Ungkapan “Kad” bermaksud kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akaun Pemegang Akaun; k) Ungkapan “CIMB Clicks” bermaksud laman web perbankan internet Bank di www.cimbclicks.com; l) Ungkapan "ID Pengguna CIMB Clicks " bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda apabila mendaftar diri buat kali pertama dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka yang hendaklah dimasukkan oleh anda setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks, untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB Bank mengaitkannya dengan CRN dan CIMB Clicks e-PIN anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk membolehkan anda mengakses CIMB Clicks; m) Ungkapan “Kumpulan CIMB” bermaksud CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia; n) Ungkapan “CNP” merujuk kepada transaksi “card-not-present” iaitu pembelian yang dibuat dalam ketiadaan Kad fizikal. Ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi Dalam Talian, transaksi telefon, transaksi pesanan pos dan transaksi dalam talian melalui internet.

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERJANJIAN AKAUN MASTERCARD PRABAYAR LAZADA CIMB

Layak Menerima Perlindungan daripada PIDM

Sebagai balasan CIMB BANK BERHAD [13491-P] membuka Akaun MasterCard Prabayar Lazada CIMB

dalam nama saya, saya dengan ini bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat berikut.

Definisi 1. Dalam Perjanjian ini jika konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang

ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:-

a) Ungkapan “Akaun” bermaksud Akaun MasterCard Prabayar Lazada CIMB Pemegang Akaun,

daripada mana semua pembayaran untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pengeluaran

tunai yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad dan semua fi dan caj yang

berkenaan akan didebitkan;

b) Ungkapan “Pemegang Akaun” bermaksud orang yang untuknya Akaun dibuka dan kepadanya Kad

dikeluarkan, jika dimohon oleh Pemegang Akaun dan hendaklah temasuk waris, wakil diri dan

pengganti hakmiliknya dan perkataan “anda” hendaklah bermaksud Pemegang Akaun;

c) Ungkapan “Akaun Lain Pemegang Akaun” bermaksud akaun perbankan atau akaun lain Pemegang

Akaun dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad di samping Akaun dan termasuk akaun

bersama Pemegang Akaun dengan pihak ketiga;

d) Ungkapan “Nombor Akaun” bermaksud nombor akaun yang diperuntukkan kepada Akaun dan nombor

akaun yang diperuntukkan kepada Kad dan dicetak timbul pada Kad;

e) Ungkapan “notis terdahulu yang mencukupi” bermaksud tempoh notis selama tiga (3) hari bekerja, yang

akan dianggap notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun;

f) Ungkapan “Perjanjian ini” bermaksud perjanjian antara Pemegang Akaun dan Bank dan melaluinya Akaun dan Kad, jika dimohon oleh Pemegang Akaun, disediakan kepada Pemegang Akaun oleh Bank

berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini serta terma-terma dan syarat-syarat yang

terkandung dalam borang permohonan dalam talian standard Bank yang disediakan melalui CIMB

Clicks dan diserahkan dalam talian oleh Pemegang Akaun kepada Bank apabila memohon pembukaan

Akaun dan sebarang terma dan syarat lain yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa;

g) Ungkapan “ATM” bermaksud mesin juruwang automatik;

h) Ungkapan “Bank” bermaksud CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya

di Aras 13, Menara CIMB,Jalan Stesen Sentral 2,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan

tempat perniagaan di Aras 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

atau di sebarang alamat lain atau lokasi lain yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan

termasuk pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya;

i) Ungkapan “mata wang pengebilan” bermaksud mata wang pengebilan dalam Ringgit Malaysia dan

termasuk singkatannya “RM”;

j) Ungkapan “Kad” bermaksud kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akaun Pemegang Akaun;

k) Ungkapan “CIMB Clicks” bermaksud laman web perbankan internet Bank di www.cimbclicks.com;

l) Ungkapan "ID Pengguna CIMB Clicks " bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda apabila mendaftar

diri buat kali pertama dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan

tidak lebih daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka yang hendaklah dimasukkan oleh anda

setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks, untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB

Bank mengaitkannya dengan CRN dan CIMB Clicks e-PIN anda bagi tujuan penentusahan dan

pengesahan untuk membolehkan anda mengakses CIMB Clicks;

m) Ungkapan “Kumpulan CIMB” bermaksud CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat

berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 yang menyediakan

perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat

dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia;

n) Ungkapan “CNP” merujuk kepada transaksi “card-not-present” iaitu pembelian yang dibuat dalam

ketiadaan Kad fizikal. Ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi Dalam Talian, transaksi

telefon, transaksi pesanan pos dan transaksi dalam talian melalui internet.

o) Ungkapan "CRN" bermaksud nombor enam belas digit pada Kad Mesin Juruwang Automatik ("ATM")

atau Kad Kredit yang diperuntukkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhubung dengan Akaun

anda, yang mungkin telah atau akan dibuka oleh anda dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan

yang hendaklah dimasukkan bersama-sama dengan CIMB Clicks e-PIN anda untuk pendaftaran diri

anda buat kali pertama dengan CIMB Clicks.

p) Ungkapan “caj pengendalian” dan “caj tambahan” bermaksud caj pengendalian dan caj tambahan yang

dirujuk di dalam ini;

q) Ungkapan "Kata Laluan Perbankan Internet" bermaksud kata laluan peribadi 8 aksara abjad angka

yang dipilih oleh anda untuk mengakses CIMB Clicks setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks

untuk membolehkan sistem Perbankan Internet Bank mengaitkannya dengan CRN dan ID Pengguna

CIMB Clicks anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan sebelum memberikan anda akses

kepada CIMB Clicks;

r) Ungkapan “MCI” bermaksud MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State

of Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase,

New York, NY 10577-2509, United States of America yang mana Bank adalah salah satu institusi

ahlinya;

s) Ungkapan “peniaga” hendaklah termasuk semua peniaga yang membekalkan barangan dan/atau

perkhidmatan;

t) Ungkapan “PIN” bermaksud nombor pengenalan peribadi Pemegang Akaun;

u) Ungkapan “Fi Kad Gantian” bermaksud fi yang perlu dibayar oleh anda untuk menggantikan Kad

selaras dengan peruntukan Klausa 14.4;

v) Ungkapan "SMS" bermaksud Perkhidmatan Pesanan Ringkas;

w) Ungkapan “Penyata” bermaksud penyata berkala yang menunjukkan antara lainnya jumlah yang dicaj,

didebit atau dikredit kepada Akaun;

x) Ungkapan “Kod Pemberikuasaan Transaksi (Transaction Authorization Code)” (TAC) bermaksud ciri

keselamatan yang dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua bagi transaksi

perbankan dalam talian, di samping ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet

anda. TAC adalah kod unik 6 digit yang perlu dimasukkan bagi transaksi dalam talian tertentu; dan

y) Ungkapan “hari bekerja” bermaksud hari perniagaan (yang bukan hari Sabtu atau Ahad) apabila bank

yang berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah peruntukan Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013, dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.

2. Pembukaan Akaun

2.1. Permohonan untuk membuka Akaun hendaklah dibuat dalam talian melalui CIMB Clicks atau saluran

lain yang ditetapkan yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. Penerimaan dan

penerusan Akaun adalah semata-mata menurut budi bicara Bank. Bank berhak untuk menolak

permohonan anda menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank atau jika rekod Bank menunjukkan

bahawa anda telah disenarai hitam oleh Bank, Bank Negara Malaysia atau MCI atau jika mana-mana

akaun anda dipantau oleh Bank disebabkan aktiviti yang luar biasa, tidak teratur, mencurigakan, menipu

dan/atau tidak dibenarkan atau disyaki disalahgunakan, atau telah disekat, dibatalkan atau ditamatkan

oleh Bank dengan syarat sentiasa bahawa Bank tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan sebab

atau bukti atau alasan kepada anda apabila menolak permohonan anda. Meskipun permohonan terbuka

kepada semua pelanggan individu, Bank berhak menolak apa-apa permohonan dan/atau enggan

membuka Akaun menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank tanpa memberikan sebarang sebab pun

jua, dan keputusan Bank adalah muktamad dan konklusif. Bank berhak menetapkan dan mengubah,

dari semasa ke semasa, jumlah minimum deposit permulaan yang dikehendaki untuk membuka Akaun.

2.2. Anda hendaklah mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka Akaun. Semasa anda memohon

Akaun, menggunakan dan/atau mengendalikan Akaun, anda membuat representasi dan menjamin

bahawa (i) semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada Bank adalah benar, tepat dan lengkap (ii)

anda tidak mempunyai sebarang Akaun MasterCard Prabayar Lazada CIMB dengan Bank (iii) anda

berumur sekurang-kurangnya lapan belas(18) tahun dan (iv) anda mempunyai nombor mudah alih

berdaftar dan alamat pos di Malaysia. Anda bersetuju bahawa berdasarkan pendedahan sedemikian,

anda bertanggungjawab kerana salah nyata atau maklumat yang palsu, tidak benar atau tidak tepat

yang didedahkan oleh anda untuk membuka Akaun dan untuk terus menggunakan dan/atau

mengendalikan Akaun, dan anda hendaklah bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian

yang dialami atau ditanggung oleh Bank berbangkit daripada sebarang kemungkiran atau keingkaran

anda di dalam ini.

2.3. Anda mengakui bahawa Akaun akan dikawal oleh dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat

yang dibentangkan dalam Perjanjian ini, Terma-terma Akses Bank yang mengawal penggunaan CIMB

Clicks dan Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks (“terma-terma dan syarat-syarat”) sebagaimana

yang dipinda, diubah dan/atau disemak semula dari semasa ke semasa oleh Bank dengan memberikan

notis yang mencukupi. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara sebarang terma-

terma dan syarat-syarat, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi yang lain dan akan

dianggap mengikat anda.

2.4. Akaun boleh dibuka dengan permohonan oleh anda bagi pengeluaran Kad seperti yang ditentukan oleh

Bank menurut budi bicara tunggalnya dari semasa ke semasa. Anda hendaklah terlebih dahulu

membayar fi tahunan supaya permohonan anda dapat diproses dengan jaya. Bank tidak akan

memproses sebarang permohonan untuk membuka Akaun dengan pengeluaran Kad jika fi tahunan

tidak dibayar atau diterima oleh Bank. Pembayaran fi tahunan boleh dilakukan dalam talian di CIMB

Clicks melalui (i) Financial Process Exchange (FPX) atau (ii) kad kredit; atau di mana-mana saluran lain

yang ditetapkan yang mungkin dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa.

2.5. Dengan membuka Akaun, anda dengan ini secara nyata mengakui dan bersetuju bahawa:-

i. Bila dan apabila dikehendaki, anda hendaklah memberikan kepada Bank sebarang maklumat

yang diperlukan oleh Bank bagi tujuan kewajipan pelaporan kawal selia atau untuk apa jua

sebab yang dianggap munasabah atau perlu oleh Bank.

ii. Anda dengan ini memberikan kebenaran dan keizinan nyata anda kepada Bank untuk

mendedahkan maklumat yang berkenaan kepada mana-mana pihak ketiga semata-mata bagi

tujuan menentukan kelayakan anda untuk menyertai dan/atau untuk menikmati sebarang

manfaat yang akan diberikan kepada anda di dalam ini atau di bawah sebarang promosi atau

kempen yang mungkin dianjurkan oleh Bank atau oleh Bank bersama-sama dengan pihak

ketiga lain dari semasa ke semasa. Promosi atau kempen tersebut boleh dimaklumkan kepada

anda melalui CIMB Clicks dan/atau saluran lain yang ditetapkan yang boleh dipilih oleh Bank

dari semasa ke semasa. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, jika anda tidak

mahu menyertai promosi atau kempen sedemikian dan tidak lagi membenarkan pendedahan

yang disebut sebelum ini, anda boleh menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut

(yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis kepada

anda): Tingkat 19, MenaraBumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No.

Tel.: 03-6204 7788.

iii. Anda mengakui dan memahami bahawa Akaun bukan akaun yang diberikan faedah dan tidak

akan memperolehi sebarang faedah sama sekali.

iv. Anda mengakui dan memahami bahawa anda tidak boleh menambah atau mengkreditkan

dana ke dalam Akaun melebihi Jumlah Maksimum yang dirujuk dalam Klausa 26.2.

v. Anda telah dimaklumkan bahawa Akaun layak menerima perlindungan daripada Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan telah memuat turun sesalinan risalah PIDM yang boleh

didapati melalui CIMB Clicks.

3. Penghantaran Kad

Jika anda memohon pengeluaran Kad, Kad yang akan dikeluarkan di bawah Akaun akan dihantar ke alamat

pos yang diberikan oleh anda dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas Akaun berjaya dibuka. Kad

akan timbul dengan 20 huruf pertama termasuk ruang nama anda yang dikemukakan semasa permohonan

untuk membuka Akaun. Sila pastikan anda telah menyatakan alamat pos yang betul dalam butir-butir

permohonan anda untuk mengelakkan Kad anda dihantar ke alamat yang salah. Bank tidak akan

bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang terkandung dalam permohonan anda termasuk tetapi tidak

terhad kepada sebarang alamat pos yang salah yang dimasukkan oleh anda dalam permohonan anda yang

menyebabkan Kad dihantar ke alamat pos yang salah. Bank selanjutnya tidak akan bertanggungjawab jika

Bank telah menghantar Kad ke alamat pos yang dinyatakan dalam permohonan anda dan dalam rekod Bank

tetapi atas apa jua sebab yang tidak diketahui atau bukan berpunca daripada Bank, anda tidak menerima

Kad anda.

4. PIN dan Pengaktifan Kad

4.1. Apabila anda menerima Kad, anda hendaklah terlebih dahulu mengaktifkan Kad sebelum anda boleh

menggunakannya untuk membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan di mana-mana

peniaga yang menerima MasterCard atau untuk sebarang pengeluaran wang. Anda akan menerima

PIN sementara yang dihantar ke alamat pos yang diberikan oleh anda semasa proses pembukaan

akaun. Untuk mengaktifkan Kad, anda dikehendaki menelefon Pusat Panggilan CIMB Bank atau

menghantar SMS kepada nombor yang diberikan dalam kiriman kad yang melampirkan Kad anda.

4.2. Setelah menerima PIN sementara, Pemegang Akaun hendaklah menukar PIN sementara di ATM Bank

sendiri, laman web selamat dan/atau saluran selamat lain yang dibenarkan oleh Bank dalam masa

tujuh (7) hari atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.

4.3. Jika Pemegang Akaun terlupa PIN beliau, Bank akan mengeluarkan PIN sementara yang baharu

kepada Pemegang Akaun atas permintaan Pemegang Akaun.

4.4. Jika Kad hilang atau dicuri seperti yang dilaporkan oleh Pemegang Akaun dan Bank bersetuju

mengeluarkan Kad baharu kepada Pemegang Akaun, PIN sementara untuk Kad baharu juga akan

dikeluarkan. Pemegang Akaun tidak boleh menggunakan PIN sedia adanya untuk Kad gantian.

4.5. Pemegang Akaun hendaklah merahsiakan PIN beliau dan tidak boleh mendedahkan PIN beliau

kepada mana-mana orang lain dalam apa jua keadaan. Semasa memilih PIN Pemegang Akaun,

Pemegang Akaun TIDAK BOLEH memilih PIN yang ketara atau mudah diramal, termasuk PIN yang:-

• merupakan tarikh lahirnya;

• jika PIN adalah huruf, merupakan bahagian yang mudah dicam daripada namanya;

• terdiri daripada nombor yang berturut (misalnya 12345); atau • terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111).

4.6 Pemegang Akaun hendaklah memastikan bahawa jumlah transaksi adalah tepat sebelum

menandatangani sebarang baucer atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Pemegang

Akaun di mana-mana terminal “point of sale” elektronik yang memerlukan PIN Pemegang Akaun

dimasukkan. Dengan menandatangani PIN atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Pemegang

Akaun atau sebaliknya menggunakan Kad Pemegang Akaun di mana-mana terminal “point of sale”

elektronik, Pemegang Akaun dianggap menyetujui transaksi dan mengesahkan bahawa jumlahnya

adalah tepat.

4.7 Pemegang Akaun mengesahkan dan bersetuju bahawa PIN akan berfungsi sebagai satu cara untuk

menentusahkan dan mengesahkan identiti Pemegang Akaun kepada Bank bagi tujuan transaksi yang

dirancang di bawah terma-terma dan syarat-syarat ini. Dalam hal ini, Pemegang Akaun membenarkan

Bank menerima, mematuhi dan mengambil tindakan terhadap semua arahan Pemegang Akaun apabila

dikenal pasti melalui PIN Pemegang Akaun dan Bank tidak akan bertanggungjawab apabila mengambil

tindakan terhadap arahan sedemikian dengan niat baik. Arahan sedemikian akan dianggap tak boleh

batal dan mengikat Pemegang Akaun apabila Bank menerimanya meskipun apa-apa kesilapan,

penipuan, pemalsuan, ketidakjelasan atau salah faham tentang arahan sedemikian. Bank berhak

bergantung kepada PIN sebagai bukti konklusif mengenai identiti Pemegang Akaun tetapi jika Bank

mempunyai keraguan atau tidak pasti tentang identiti Pemegang Akaun, Bank masih boleh meminta

sebarang bentuk atau cara pengenalan lain yang dianggapnya wajar menurut budi bicara mutlaknya

pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.

5. Akaun dan kemudahan yang tersedia

5.1. Akaun dibuka untuk digunakan berhubung dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank dari semasa

ke semasa menurut budi bicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada kemudahan berikut dan

kemudahan ini boleh diubah, digantikan atau ditambah atau ditarik balik oleh Bank dari semasa ke

semasa dengan memberikan notis yang wajar kepada anda:-

i. pembayaran untuk sebarang pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, yang mana pembayaran

ini boleh didebit kepada Akaun; dan/atau

ii. Pemindahan Dana termasuk OctoSend yang dirujuk di bawah iaitu pemindahan dana daripada

Akaun kepada Akaun Lain Pemegang Akaun atau kepada akaun pihak ketiga yang dibuka dengan

Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad atau mana-mana pemindahan dana lain daripada Akaun

yang mungkin dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa ; dan/atau

iii. perkhidmatan pembayaran automatik (“Perkhidmatan Autopay”) yang mana semua jumlah yang

kena dan perlu dibayar terhadap bil rasmi berkala Pemegang Akaun daripada peniaga yang

dinyatakan dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay akan dibayar oleh Bank dan

didebit daripada Akaun Pemegang Akaun sebagaimana yang diarahkan oleh Pemegang Akaun

dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay; dan/atau

iv. pengeluaran tunai daripada ATM Bank dan/atau ATM institusi kewangan lain yang memaparkan

nama dan/atau logo MasterCard dengan menggunakan Kad; dan/atau

v. Kiriman Wang (Pemindahan Bertelegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan & Asing

dan Cek Jurubank); dan/atau

vi. Pembayaran Bil; dan/atau

vii. Tambah Nilai Prabayar; dan/atau

viii. kemudahan lain, tertakluk kepada persetujuan bertulis terdahulu oleh Bank.

Kemudahan yang disebut sebelum ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank

yang mengawal kemudahan dan/atau perkhidmatan tersebut.

5.2. OctoSend

5.2.1. Tertakluk kepada Klausa 5.2.2, anda boleh meminta wang dipindahkan daripada Akaun kepada

individu pihak ketiga lain dengan memasukkan semua maklumat berkenaan yang diperlukan

bersama-sama dengan nombor mudah alih penerima pihak ketiga dan alamat e-mel dalam ruang

atau bahagian yang berkenaan di CIMB Clicks. Selepas itu anda akan menerima kod tuntutan

melalui SMS. Anda perlu memaklumkan kod tuntutan ini kepada bakal penerima pihak ketiga

anda yang hendaklah menggunakan kod tuntutan dan nombor mudah alih atau alamat e-mel

yang sama yang dimasukkan oleh anda untuk menerima dana atau wang.

5.2.2. Untuk menerima dana atau wang, bakal penerima pihak ketiga anda hendaklah mempunyai

akaun semasa/akaun semasa-i atau akaun simpanan/akaun simpanan-i sedia ada yang dipegang

dengan Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad. Kod tuntutan hanya sah selama 7 hari sahaja.

Kegagalan penerima pihak ketiga untuk menuntut dana atau wang yang ingin dipindahkan oleh

Pemegang Akaun kepada penerima pihak ketiga dalam tempoh kesahan kod tuntutan akan

menyebabkan dana yang tidak dituntut tersebut dikembalikan kepada Akaun Pemegang Akaun.

5.3. Perkhidmatan Autopay

5.3.1. Apabila Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay, semua

jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada peniaga hendaklah selepas itu dibayar oleh Bank

setelah Bank menerima bil peniaga atau permintaan lain untuk pembayaran. Arahan Pemegang

Akaun sebelum itu, jika ada, kepada:-

i. bank dan/atau institusi kewangan lain untuk membuat pembayaran kepada peniaga; dan/atau

ii. peniaga untuk mencaj jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada akaun Pemegang Akaun

yang dipegang dengan bank dan/atau institusi kewangan lain,

akan, apabila Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay,

dianggap dibatalkan dan Pemegang Akaun hendaklah dengan serta-merta memaklumkan

peniaga dan/atau bank atau institusi kewangan lain mengenai perubahan pada arahan

pembayaran Pemegang Akaun.

5.3.2. Dengan menyediakan Perkhidmatan Autopay, Bank tidak bertanggungjawab untuk:-

i. membuat pembayaran apa-apa caj kepada peniaga tepat pada masanya dan dalam hal ini,

Pemegang Akaun tidak boleh mempertanggungjawabkan Bank atas sebarang kesilapan,

kecuaian, keengganan atau ketinggalan untuk membayar atau kelewatan untuk membayar

semua atau sebarang caj kepada peniaga;

ii. membuat pembayaran sebarang caj yang dibuat dengan niat baik kepada peniaga;

iii. membayar semua atau sebarang caj kepada peniaga jika tidak ada atau tidak cukup dana

dalam Akaun Pemegang Akaun atau jika penggunaan Kad oleh Pemegang Akaun ditamatkan

atau digantung atas sebarang sebab jua atau jika Kad tidak dibaharui atau diganti, mengikut

keadaan, atau jika Bank menurut budi bicara mutlaknya menentukan dengan konklusif bahawa

keadaan menjustifikasi pembayaran tidak dibuat atas apa jua sebab; dan/atau

iv. membayar apa-apa caj kepada peniaga jika Pemegang Akaun pada bila-bila masa

mengarahkan Bank untuk menghentikan sebarang pembayaran atau membatalkan atau

menamatkan Perkhidmatan Autopay.

Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa kekal menanggung tanggungjawab utama

untuk membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus

dan Bank tidak akan pada bila-bila masa mempunyai kewajipan untuk memaklumkan

Pemegang Akaun jika Bank tidak membuat pembayaran semua atau sebarang caj yang

disebut sebelum ini. Jika Bank tidak membayar sebarang caj yang kena dan perlu dibayar

kepada peniaga, Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan pembayaran yang belum

dijelaskan kepada peniaga secara terus. Jika nombor Akaun Pemegang Akaun berubah,

Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga tentang perubahan pada nombor

Akaun Pemegang Akaun. Walau bagaimanapun Bank boleh (tetapi tidak mempunyai

kewajipan) menurut budi bicara mutlaknya menerima sebarang permintaan untuk pembayaran

yang dibil kepada nombor Akaun Pemegang Akaun yang lama dan membuat pembayaran

terhadapnya, tertakluk kepada kredit yang tersedia dalam nombor Akaun yang lama.

5.3.3. Jika dana dalam Akaun Pemegang Akaun tidak mencukupi untuk membayar caj semua peniaga,

Bank boleh:-

i. memilih untuk tidak membayar sebarang caj kepada semua atau mana-mana peniaga dan

dalam keadaan sedemikian Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran

yang belum dijelaskan secara terus dengan peniaga; atau

ii. menurut budi bicara mutlaknya dengan konklusif menentukan turutan keutamaan pembayaran

caj mana-mana peniaga yang dianggap wajar oleh Bank dan dalam keadaan sedemikian

Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran belum dijelaskan secara terus

dengan peniaga relevan yang mana caj mereka masih terhutang oleh Pemegang Akaun.

5.3.4. Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang kerugian, kos,

kerosakan, perbelanjaan atau tuntutan (termasuk perbelanjaan guaman atas dasar

peguamcara dan anakguam dan tanggung rugi penuh) yang mungkin dialami atau ditanggung

oleh Bank akibat penyediaan Perkhidmatan Autopay kepada Pemegang Akaun.

5.3.5. Kewajipan Bank untuk membuat pembayaran kepada peniaga seperti yang diarahkan oleh

Pemegang Akaun akan dengan serta-merta terhenti apabila:-

i. Perkhidmatan Autopay ditamatkan samada oleh Bank atau Pemegang Akaun dengan

memberikan pihak satu notis bertulis tidak kurang daripada satu (1) bulan dan dengan itu

apabila luput tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis penamatan, Perkhidmatan Autopay akan

ditamatkan; atau

ii. penamatan Perjanjian ini dan/atau Akaun.

Meskipun perkara di atas, Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga

yang berkenaan secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan

meminta peniaga tersebut menghentikan pengebilan kepada Bank. Sehingga peniaga

tersebut memaklumkan Bank bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan, Bank berhak

(tetapi tidak mempunyai kewajipan) untuk membuat pembayaran kepada peniaga tersebut

meskipun Perjanjian ini ditamatkan, Akaun ditamatkan atau dibatalkan dan/atau Pemegang

Akaun telah memaklumkan Bank secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah

ditamatkan dan Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab untuk pembayaran yang

dibuat oleh Bank kepada peniaga.

5.3.6. Meskipun apa jua yang terkandung di dalam ini, Bank berhak memberhentikan, menggantung

atau menamatkan Perkhidmatan Autopay pada bila-bila masa dengan memberikan notis

terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun dan tidak membuat pembayaran caj kepada

peniaga. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa terutamanya bertanggungjawab untuk

membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan

sekiranya Bank melaksanakan hak sedemikian, Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti

kepada Pemegang Akaun yang hendaklah menyelesaikan semua pembayaran yang belum

dijelaskan secara terus dengan peniaga.

5.4 Kemudahan berikut tidak boleh didapati oleh para Pemegang Akaun Bukan CIMB / Pelanggan

CIMB tanpa akaun CIMB Clicks, dan yang sama boleh diubah, diganti atau ditambah oleh Bank

dari semasa ke semasa apabila pemberitahuan yang wajar kepada anda:

i. pengeluaran tunai dari ATM Bank dan / atau ATM institusi kewangan lain yang

memaparkan Nama dan / atau logo MasterCard melalui penggunaan Kad;

ii. Pemindahan Dana termasuk OctoSend seperti yang disebut di atas iaitu pemindahan dana

dari Akaun ke Akaun Lain Pemegang Akaun (tidak termasuk akaun tunggal yang lain yang

dinamakan CASA (tidak termasuk akaun CASA bersama) dengan Bank) atau kepada

akaun pihak ketiga yang dikendalikan dengan Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad atau

sebarang pemindahan dana lain dari Akaun sebagai mungkin tidak dibenarkan oleh Bank

dari semasa ke semasa; dan / atau

iii. Pengiriman wang (Pemindahan Telegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan &

Asing dan Pemeriksa Bankir).

6. Kad dengan ciri-ciri “Transaction-Enabled” Tanpa Sentuh

6.1 Pemegang Akaun mengakui bahawa Kad tertentu yang dikeluarkan oleh Bank akan menggabungkan

ciri yang membolehkan Kad digunakan untuk membuat pembayaran untuk barangan dan

perkhidmatan dengan menepuk atau melambaikan Kad di pembaca/terminal tanpa sentuh

(“Transaksi Tanpa Sentuh”). Kad ini dan peranti dan terminal berkaitan mungkin mengandung

logo atau jenama MasterCard “PayPass” atau sebarang logo atau jenama yang boleh ditentukan

oleh Bank atau MasterCard dari semasa ke semasa.

6.2 Transaksi Tanpa Sentuh yang tidak melebihi jumlah yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan

oleh Bank, boleh diproses dan Akaun Pemegang Akaun didebit dengan jumlah Transaksi Tanpa

Sentuh tanpa memerlukan:-

Kad dilalukan pada pembaca jalur pita magnet;

Cip Kad dibaca oleh terminal cip; atau

tandatangan Pemegang Akaun atau kemasukan nombor PIN Pemegang Akaun untuk

membenarkan transaksi.

Dengan menerima Kad yang boleh digunakan untuk Transaksi Tanpa Sentuh dan menggunakannya

untuk melaksanakan Transaksi Tanpa Sentuh atau dalam sebarang cara lain pun jua (termasuk

menggunakannya dalam cara konvensional iaitu Kad dilalukan pada pembaca jalur pita magnet atau

pada pembaca cip atau sebaliknya) Pemegang Akaun berakujanji untuk menggunakan Kad selaras

dengan dan bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam ini.

6.3 Tanpa prejudis terhadap perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun berakujanji untuk

bertanggungjawab bagi semua Transaksi Tanpa Sentuh yang ditanggung menggunakan Kad dan

diposkan kepada Akaun Pemegang Akaun. Semua Transaksi Tanpa Sentuh akan dianggap

dibenarkan dengan sewajarnya oleh Pemegang Akaun kecuali Pemegang Akaun boleh menunjukkan

bukti konklusif yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini Pemegang Akaun mengakui bahawa

Transaksi Tanpa Sentuh tanpa kebenaran boleh dilaksanakan dengan mudah dan menerima risikonya.

7. Transaksi “Card-not-present” (CNP) dan luar Negara

7.1 Transaksi CNP yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh seperti kata laluan dinamik atau sebarang transaksi luar negara menggunakan Kad dan atau Akaun adalah dilarang kecuali Pemegang Kad dengan nyata memilih untuk melaksanakan transaksi sedemikian dan memaklumkan Bank tentangnya dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Bank atau sebarang saluran lain yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.

7.2 Jika Pemegang Akaun memilih untuk melaksanakan transaksi CNP atau luar negara tersebut, Pemegang Akaun berakujanji untuk bertanggungjawab bagi semua transaksi CNP dan luar negara yang diposkan kepada Akaun Pemegang Akaun dan semua transaksi sedemikian akan dianggap dibenarkan dengan sewajarnya oleh Pemegang Akaun kecuali Pemegang Akaun boleh menunjukkan bukti konklusif yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini Pemegang Akaun mengakui bahawa transaksi CNP dan luar negara tanpa kebenaran boleh dilaksanakan dengan mudah dan menerima risikonya.

7.3 Jika Pemegang Akaun memilih untuk melaksanakan transaksi CNP atau luar negara tersebut,

Pemegang Akaun mempunyai pilihan selepas itu untuk menghentikan transaksi sedemikian dengan memaklumkan Bank tentangnya dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Bank atau sebarang saluran lain yang boleh disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.

8. Tandatangan atas Kad

8.1 Jika anda memohon pengeluaran Kad, setelah menerima Kad anda hendaklah DENGAN SERTA-

MERTA menurunkan tandatangan di atas Kad. Tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana

deraf penjualan, rekod transaksi, baucer kredit, dan/atau rekod caj lain dan/atau penggunaan Kad

dan/atau pengakuterimaan slip resit (Dokumen) merupakan bukti yang mengikat dan konklusif tentang (i) kemasukan anda ke dalam Perjanjian ini dengan Bank dan (ii) persetujuan anda untuk mematuhi

semua terma dan syarat Perjanjian ini dan untuk terikat olehnya berhubung dengan penggunaan Kad

dengan syarat sentiasa bahawa penggunaan Kad akan dianggap bukti yang cukup dan konklusif

tentang transaksi yang dilaksanakan di bawah Akaun tidak kira samada anda telah menurunkan

tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana Dokumen.

8.2 Kad tidak boleh dipindahkan dan hendaklah digunakan secara eksklusif oleh anda. Kad tidak boleh

disandarkan atau digadai atau digunakan dalam apa cara jua oleh anda sebagai cagaran untuk

sebarang tujuan apa jua.

8.3 Anda boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank dan

memulangkan kepada Bank, Kad yang telah dipotong separuh merentas strip magnet dan merentas cip

(jika Kad mempunyai mikrocip yang terbenam di dalamnya). Anda adalah dan akan terus

bertanggungjawab terhadap semua transaksi yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad sebelum

Bank menerima notis penamatan bertulis tersebut bersama-sama dengan Kad yang telah dipotong dua.

9. Mendapatkan Nombor “Card Verification Value” (CVV)

Pemegang Akaun yang tidak memohon pengeluaran Kad atau sementara menunggu pengaktifan Kad boleh

mendapatkan Nombor CVV dan tarikh luput Nombor CVV mereka bagi Akaun dalam talian melalui CIMB

Clicks. Nombor CVV diperlukan untuk membuat apa-apa pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau

perkhidmatan dalam talian. Pemegang Akaun perlu menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan

nombor tersebut dan kod pemberikuasaan transaksi (TAC) enam (6) digit akan dihantar melalui SMS kepada

nombor telefon mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank. Apabila Pemegang Akaun menghantar

TAC dengan tepat melalui CIMB Clicks, nombor CVV Akaun dan tarikh luput akan dipaparkan dalam talian

melalui CIMB Clicks.

10. Pra-Pemberikuasaan

Jika Kad digunakan untuk membuat pembayaran bagi transaksi petrol, Bank berhak menahan dan/atau

menggantung pembayaran jumlah sebanyak hingga Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200) daripada Akaun

anda untuk tempoh selama dua (2) hari selepas tarikh transaksi petrol tersebut. Jika Kad digunakan untuk

membayar penginapan di hotel, Bank juga berhak menahan jumlah yang bersamaan dengan jumlah yang

dipegang oleh hotel relevan semasa daftar masuk kepada hotel yang berkenaan bagi tempoh maksimum

selama lapan (8) hari.

11. Kepatuhan dengan undang-undang dan penggunaan bersyarat dan ketersediaan Akaun/ Kad

11.1 Penggunaan Akaun dan/atau Kad juga tertakluk kepada syarat dan peraturan semasa Bank dan

semua terma, syarat dan peraturan lain yang mengawal Akaun Lain Pemegang Akaun termasuk

sebarang peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia. Pemegang Akaun hendaklah pada

semua masa mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa berhubung dengan

penggunaan Akaun dan/atau Kad dan tanpa prejudis terhadap sifat am peruntukan sebelum ini,

Pemegang Akaun hendaklah memastikan Pemegang Akaun mematuhi semua peraturan kawalan

pertukaran Bank Negara Malaysia dan bahawa Pemegang Akaun tidak menggunakan Kad untuk

sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti, tetapi tidak terhad kepada, pertaruhan

haram “dalam talian” (seperti yang ungkapan ini biasanya dikenali).

11.2 Tanpa prejudis terhadap sifat am perkara yang disebut sebelum ini, penggunaan Akaun dan/atau Kad

dan ketersediaannya bergantung kepada:-

i. tiada sebarang undang-undang yang dilanggar berhubung dengannya; dan

ii. Pemegang Akaun membuat representasi dan berakujanji (dan terus membuat representasi

dan berakujanji) kepada Bank bahawa persetujuan Bank untuk memberikan atau

menyediakan atau terus menyediakan Akaun kepada Pemegang Akaun tidak akan melanggar

atau memungkiri sebarang undang-undang atau keperluan kawal selia yang berkuat kuasa

atau sebarang peruntukan atau sekatan lain yang mungkin dikenakan ke atas Bank dari

semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang pihak berkuasa lain yang

mempunyai bidang kuasa terhadap Bank termasuk Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (“Undang-undang dan Peraturan Yang Dikenakan”).

11.3 Undang-undang dan Peraturan Yang Dikenakan terhadap Akaun dan/atau Kad termasuk tetapi tidak

terhad kepada:-

i. semua peruntukan yang berkuat kuasa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (“AMLA”);

ii. semua garis panduan dan arahan Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa yang

dikeluarkan terhadap FSA dan AMLA; dan

iii. semua garis panduan, had peminjaman atau sekatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara

Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan lain dari semasa ke semasa termasuk

yang berkait dengan atau dikenakan terhadap pemberian dan/atau penggunaan Akaun

dan/atau Kad kepada dan/atau oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Bank.

11.4 Pemegang Akaun hendaklah dengan serta merta memaklumkan Bank secara bertulis jika:-

i. Pemegang Akaun kini atau selepas ini melanggar sebarang Undang-undang dan Peraturan

Yang Dikenakan; atau

ii. mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam ini tidak lagi dipenuhi atau didapati

telah dilanggar atau tidak dipenuhi oleh Pemegang Akaun.

Semasa memberikan deklarasi berhubung dengan apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau

sebarang terma dan syarat yang terkandung di dalam ini jika dikehendaki oleh dan menurut terma

yang ditetapkan oleh Bank, Pemegang Akaun akan dianggap membuat representasi dan menjamin

kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya akan terus benar dan tepat dari semua segi selagi

Akaun dan/atau Kad masih disediakan atau sebarang jumlah yang kena dibayar di bawahnya masih

perlu dibayar.

12. Arahan Telekomunikasi

12.1. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) menurut budi bicara tunggalnya menerima arahan

daripada Pemegang Akaun melalui telefon berkaitan dengan Akaun dan/atau Kad, termasuk tetapi

tidak terhad kepada permintaan untuk melakukan perkara berikut:-

i. perubahan alamat pos; atau ii. pelaporan kad hilang; atau iii. penggantian kad yang hilang atau rosak; atau iv. transaksi lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.

12.2. Sebelum menerima arahan melalui telefon, identiti Pemegang Akaun akan terlebih dahulu

ditentusahkan oleh wakil Bank melalui proses keselamatan yang diwujudkan oleh Bank yang mungkin

termasuk butir-butir peribadi Pemegang Akaun.

12.3. Meskipun Klausa 12.1 dan 12.2 di atas, Bank boleh meminta pengesahan bertulis daripada Pemegang

Akaun tentang arahan Pemegang Akaun sebelum melaksanakannya.

12.4. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan

yang walau bagaimanapun jua diakibatkan atau dialami oleh Pemegang Akaun kerana mematuhi atau

tidak mematuhi sebarang atau semua arahan yang dibentangkan dalam Klausa 12.1.

12.5. Pemegang Akaun mengakui dan bersetuju bahawa:-

i. Bank boleh merakamkan semua perbualan telefon antara Pemegang Akaun dan wakil Bank;

dan ii. disebabkan sifat perbualan telefon, Bank tidak akan bertanggungjawab jika pihak ketiga yang

tidak dibenarkan terdengar perbualan sedemikian.

12.6. Pemegang Akaun selanjutnya memberi kuasa kepada Bank untuk bertindak terhadap arahannya yang

diberikan melalui faks atau kaedah telekomunikasi lain dan sebarang permintaan yang dibuat oleh

Pemegang Akaun kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan bagi pembekalan barangan dan/atau

perkhidmatan yang akan dicaj kepada Akaun atau Kad membentuk kuasa untuk Bank mendebit Akaun

yang berkenaan dengan jumlah yang dicaj. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal

bersetuju menanggung rugi Bank atas semua tindakan, tuntutan, kerugian, liabiliti atau gantirugi yang

dialami oleh Bank kerana bersetuju bertindak berdasarkan arahan Pemegang Akaun secara lisan,

melalui faks atau melalui kaedah telekomunikasi.

12.7. Bank dengan tak boleh batal diberi kuasa (tetapi tidak mempunyai kewajipan) untuk menghubungi

dan/atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui mel elektronik, atau melalui telefon atau melalui

SMS di mana teks atau mesej atau maklumat elektronik lain tersebut dihantar ke alamat e-mel atau

nombor telefon mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank atau sebarang alamat e-mel atau

nombor lain yang dianggap sesuai oleh Bank. Maklumat yang dihantar melalui mel elektronik atau

melalui SMS boleh terdiri daripada maklumat yang dianggap wajar oleh Bank dan mungkin merangkum

(tetapi tidak terhad kepada) peringatan yang dihantar mengenai tarikh pembayaran kena dibayar,

pengemaskinian tentang manfaat, program dan promosi dan maklumat kepentingan am lain dan/atau

maklumat yang khusus kepada Pemegang Akaun.

12.8. Pemegang Akaun bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan simpanan selamat

maklumat yang diterima olehnya.

12.9. Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau

kerosakan (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit), kehilangan perniagaan atau keuntungan,

atau kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit

daripada atau disebabkan oleh sebarang:-

i. kerosakan atau kecacatan dalam penghantaran maklumat tidak kira sebabnya;

ii. sebarang maklumat yang dihantar tidak tepat, tidak lengkap, terlewat atau tidak dihantar atau

penghantaran maklumat yang salah kepada mana-mana pihak ketiga;

iii. akses, penggunaan atau pentafsiran yang salah, tidak dibenarkan atau tidak wajar terhadap

maklumat yang dihantar; dan

iv. tuntutan bagi fitnah (libel atau slander) berbangkit daripada penghantaran sebarang maklumat.

13. Penamatan dan/atau Penggantungan Akaun/ Kad

13.1. Kad adalah dan akan, pada semua masa, menjadi harta Bank dan hendaklah diserahkan kepada Bank

dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank atau agennya yang diberi kuasa dengan wajar. Bank

boleh menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan, menurut budi bicara mutlaknya, Kad

dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya sebagaimana

dianggapnya wajar menurut budi bicara mutlaknya dan tidak kira samada sebarang peristiwa

keingkaran telah berlaku atau tidak dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada

Pemegang Akaun. Dengan ini selanjutnya dipersetujui bahawa Bank tidak mempunyai sebarang

kewajipan apa jua untuk mendedahkan sebab di sebalik penamatan atau penggantungan penggunaan

Kad dan/atau Akaun.

13.2. Di samping hak Bank yang terkandung dalam Klausa 13.1 di atas dan Klausa 38, Bank boleh menarik

balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang

ditawarkan terhadapnya dengan serta-merta, tanpa memberikan sebarang sebab, meskipun Bank

mungkin pernah menepikan haknya sebelum itu, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada

satu peristiwa berikut:-

i. jika Pemegang Akaun melakukan atau mengancam untuk melakukan keingkaran atau

kemungkiran sebarang perjanjian, waad, penetapan, terma atau syarat yang terkandung di dalam

ini yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pemegang Akaun;

ii. jika Bank dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melalukan tindakan kebankrapan

dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen kebankrapan telah dikemukakan atau perintah

dibuat bagi sebarang perintah penghukuman dan/atau penerimaan terhadap Pemegang Akaun;

iii. jika Pemegang Akaun memberikan maklumat atau data yang palsu atau tidak tepat kepada Bank;

iv. jika Pemegang Akaun menjadi kurang siuman atau meninggal dunia;

v. jika Bank tidak mengetahui di mana Pemegang Akaun berada selama lebih daripada tiga (3)

bulan;

vi. jika Bank berpendapat bahawa transaksi yang mencurigakan atau luar biasa dijalankan terhadap

Kad dan/atau Akaun dan penggantungan dan/atau penamatan perlu dilakukan secara

munasabah untuk menghalang transaksi penipuan atau tidak dibenarkan;

vii. jika Pemegang Akaun didapati melanggar sebarang undang-undang atau peraturan yang

dikenakan berhubung dengan penggunaan Kad dan/atau Akaun oleh Pemegang Akaun; atau

viii. Jika Bank mengesyaki bahawa Akaun digunakan untuk sebarang tujuan apa jua yang menyalahi

undang-undang; atau

ix. jika Bank berpendapat bahawa Akaun dan/atau Kad digunakan untuk pembelian korporat iaitu

Akaun dan/atau Kad digunakan untuk membeli barangan dan/atau produk untuk tujuan jualan

semula; atau

x. jika Bank dimaklumkan dan diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak

terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia atau mana-mana

pihak berkuasa berkanun atau kerajaan yang lain (“pihak berkuasa yang berkenaan”) untuk

menahan diri daripada melaksanakan sebarang transaksi di bawah Akaun seperti yang disebut di

atas tidak kira samada pihak berkuasa yang berkenaan tersebut mempunyai kuasa undang-

undang atau kuasa sah untuk meminta Bank berbuat demikian.

13.3 Semasa menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana

perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras dengan Perjanjian ini termasuk sebarang tindakan

yang mungkin diambil oleh Bank seperti memulangkan sebarang suratcara yang dideposit untuk

pungutan seperti yang diperuntukkan di dalam ini Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan

dipertanggungjawabkan untuk fitnah dan atau untuk kemungkiran kontrak dan atau untuk sebarang

kerugian kerosakan perbelanjaan kos atau caj apa jua yang mungkin dituntut terhadap Bank oleh

Pemegang Akaun atau oleh mana-mana orang lain atas apa-apa sebab pun jua.

13.4 Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa sekiranya Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam

sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank yang menarik balik, menggantung dan/atau

menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya

selaras dengan Perjanjian ini (“Tindakan”) atau sekiranya Bank sebelum atau selepas Tindakan

memulakan sebarang guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interplider

terhadap mana-mana pihak termasuk Pemegang Akaun untuk sebarang relief atau deklarasi yang sesuai

yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti kerugian kerosakan tuntutan perbelanjaan

caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak

ke pihak) yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh

Bank hendaklah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Pemegang Akaun.

13.5 Semasa bertindak selaras dengan sebarang terma, syarat dan peruntukan di dalam ini Pemegang Akaun

bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian, kerosakan,

perbelanjaan atau kos apa jua yang mungkin dituntut terhadap Bank atas alasan bahawa

Bank tidak dimaklumkan tentang peristiwa relevan yang disebut dalam Klausa 13.2(ii) dan Klausa 13.2(ix)

disebabkan makluman tidak teratur, tidak sah, silap, salah, batal, tidak berkesan atau disebabkan

sebarang alasan lain pun jua.

13.6 Tidak kira tarikh transaksi, Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab untuk penggunaan Kad

dan/atau Akaun meskipun Kad telah dipulangkan.

13.7 Sekiranya Akaun dan/atau Kad ditamatkan samada oleh Pemegang Akaun atau oleh Bank, Bank tidak

akan memulangkan sebarang fi atau mana-mana bahagian daripadanya kepada Pemegang Akaun.

14. Tanggungjawab dan Liabiliti Pemegang Akaun

14.1 Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab untuk

kos yang ditanggung bagi semua barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh mana-mana peniaga

dan semua pendahuluan tunai yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad. Anda

mempunyai kewajipan untuk dengan sedaya upaya melaksanakan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan

langkah mencegah untuk menghalang kehilangan, kecurian atau kegunaan Akaun dan/atau Kad dengan

menipu dan untuk mengelakkan pendedahan ID Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan

Internet, TAC,PIN anda atau sebarang kod lain yang digunakan oleh anda untuk mengakses Akaun

dan/atau Kad (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “kata laluan”) kepada mana-mana orang lain

dan anda hendaklah menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap

sebarang liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya)

berbangkit daripada kemungkiran kewajipan sedemikian oleh anda. Kewajipan untuk menggunakan

sikap berjaga-jaga, ketekunan dan langkah beringat yang sepenuhnya untuk mengelakkan kerugian,

kecurian atau penggunaan Akaun dan/atau Kad dengan menipu dan untuk mengelakkan pendedahan

kata laluan anda kepada mana-mana orang lain termasuk:-

tidak boleh membenarkan orang lain menggunakan Akaun dan/atau Kad

menyemak secara tetap bahawa Kad masih ada dalam simpanan anda

jangan tulis kata laluan di atas Kad atau apa-apa barangan yang biasanya disimpan dengan Kad dan menyimpan rekod kata laluan anda berasingan daripada Kad anda, meskipun jika kata laluan diselindung

jangan tulis kata laluan dalam cara yang boleh difahami oleh orang lain

jangan dedahkan/maklumkan kata laluan kepada orang lain

jangan tinggalkan Kad.

14.2 Anda hendaklah memaklumkan Bank: -

i. dengan serta-merta secara lisan atau bertulis tentang sebarang kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pelanggaran, pendedahan atau kehilangan kata laluan anda;

ii. secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat tahu bahawa Kad hilang, dicuri,

transaksi yang tidak dibenarkan telah berlaku atau kata laluan mungkin telah didedahkan;

iii. dengan serta merta selepas menerima amaran transaksi melalui SMS jika transaksi tidak dibenarkan; dan

iv. dengan serta-merta tentang sebarang perubahan pada nombor hubungan anda.

14.3 Anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab kepada Bank bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh peniaga dan pendahuluan tunai yang dilakukan melalui penggunaan Kad oleh mana-mana orang sebelum Bank menerima makluman bertulis atau lisan oleh anda tentang kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan kata laluan. Untuk mengelakkan keraguan, anda akan bertanggungjawab untuk: - i. transaksi berasaskan PIN yang tidak dibenarkan, jika anda: -

a. bertindak dengan menipu;

b. lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat tahu tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;

c. dengan sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain; atau

d. mencatat PIN pada Kad, atau atas apa jua benda yang disimpan berhampiran dengan Kad

dan yang mungkin hilang atau dicuri dengan Kad.

ii. transaksi yang tidak dibenarkan yang memerlukan penentusahan tandatangan atau penggunaan Kad tanpa sentuhan, jika anda: -

a. bertindak dengan menipu; b. lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat tahu

tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;

c. meninggalkan Kad atau barang yang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh orang lain atau gagal melaksanakan sikap berjaga-jaga yang wajar untuk melindungi Kad di tempat kediaman anda; atau

d. dengan sukarela membenarkan orang lain menggunakan Kad.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan Bank berhubung dengan sebarang perkara

berbangkit daripada klausa ini, anda boleh merujuk pertikaian kepada Skim Ombudsman Kewangan

untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Apabila Kad yang hilang atau dicuri didapatkan balik, anda

bersetuju untuk tidak menggunakan Kad yang telah didapatkan balik tersebut dan hendaklah dengan

serta-merta memotong Kad separuh merentas jalur magnet dan merentas cip (jika Kad mempunyai

mikrocip dibenamkan di dalamnya).

14.4 Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengeluarkan Kad gantian kepada anda selepas Kad hilang

atau dicuri. Jika Bank membuat keputusan untuk mengeluarkan Kad gantian, Kad gantian tersebut

adalah tertakluk kepada Fi Kad Gantian berikut:-

i. RM10.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali pertama;

ii. RM15.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali kedua.

Untuk mengelakkan keraguan, anda hendaklah menanggung Fi Kad Gantian dan cukai (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai perkhidmatan atau GST) berkaitan dengan pengeluaran Kad gantian. Bank berhak untuk tidak menggantikan Kad untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali ketiga. Bank tidak akan mengenakan sebarang Fi Kad Gantian jika penggantian Kad adalah disebabkan Kad atau cip yang terkandung dalam Kad rosak atau cacat atau jika penggantian Kad diperlukan disebabkan peningkatan kad atau sistem oleh Bank.

14.5 Jika Kad gantian dikeluarkan, semua jumlah kredit dalam Akaun akan dipindahkan kepada Akaun

baru dengan nombor yang sama seperti Kad gantian.

14.6 Jika Kad hilang dan/atau dicuri dan/atau PIN didedahkan kepada mana-mana orang, jika diminta

oleh Bank, Pemegang Akaun juga hendaklah memberikan kepada Bank:-

i sesalinan laporan polis; dan/atau ii pengesahan bertulis

yang dibuat oleh Pemegang Akaun mengenai kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan PIN kepada mana-mana orang dalam masa tujuh (7) hari kalendar dari tarikh permintaan oleh Bank.

15. Penggantungan Akaun

15.1. Pemegang Akaun boleh meminta Bank menggantung operasi atau penggunaan Akaun pada bila-bila

masa dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank dan selepas itu menamatkan penggantungan

tersebut dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini,

Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan untuk menggantung

Akaun dan Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab untuk semua transaksi yang dilaksanakan

melalui Akaun.

16. Pembaharuan Kad

16.1. Apabila luput tempoh kesahan Kad, Bank boleh mengeluarkan Kad gantian yang baharu kepada anda

dengan syarat Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya enggan mengeluarkan Kad gantian yang

baharu tanpa memberikan sebarang sebab pun jua.

17. Had Pembelian dan Transaksi

17.1. Had bagi pembelian dan transaksi terhadap Akaun dan/atau Kad adalah jumlah yang tersedia dalam

Akaun atau sebarang had lain yang boleh dikenakan oleh Bank pada bila-bila masa menurut budi

bicara tunggalnya dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun.

17.2. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun akan terus dan hendaklah

bertanggungjawab untuk semua liabilitinya termasuk tetapi tidak terhad kepada semua pembelian dan

transaksi melebihi jumlah kredit dalam Akaun. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara

yang disebut sebelum ini, Bank tidak mempunyai kewajipan dalam apa cara jua untuk memastikan

bahawa jumlah kredit dalam Akaun tidak dilampaui oleh Pemegang Akaun.

17.3. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa

menghubungi anda untuk mengesahkan transaksi yang dijalankan terhadap Kad sebagai langkah

menghalang sebarang kemungkinan yang Akaun digunakan dalam cara yang tidak dibenarkan.

Sekiranya Bank tidak dapat menghubungi anda, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk)

menolak transaksi tanpa liabiliti kepada Bank. Sekiranya Bank membenarkan transaksi dilaksanakan,

anda akan terus bertanggungjawab untuk caj yang dikenakan dan/atau wang yang dikeluarkan.

18. Fi dan Caj

18.1. Pemegang Akaun bersetuju membayar fi dan caj berikut:

i. fi tahunan untuk Akaun;

ii. sebarang cukai perkhidmatan atau impos lain yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak

berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa;

iii. caj pengendalian bagi pengeluaran Kad gantian;

iv. caj bagi penyediaan salinan draf jualan dan sebarang dokumen sokongan lanjut lain atau

perkhidmatan yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa kecuali ditetapkan

sebaliknya oleh Bank;

v. fi dan caj bagi sebarang atau semua transaksi Akaun yang dilaksanakan melalui penggunaan

Akaun/Kad (termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi melalui ATM dan/atau pengeluaran

tunai); dan

vi. sebarang fi dan caj lain yang boleh dikenakan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan

mutlaknya dari semasa ke semasa dengan memberikan notis selama dua puluh satu (21) hari

kalendar kepada Pemegang Akaun sebelum tarikh berkuatkuasanya pelaksanaan.

Jumlah fi dan caj yang perlu dibayar adalah sebarang jumlah yang boleh ditentukan oleh Bank dan

penentuan tersebut adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan atas apa-apa sebab

pun jua. Fi sedemikian boleh didebit kepada Akaun.

Untuk butir-butir penuh fi dan caj yang dikenakan berhubung dengan Kad dan/atau penggunaan Akaun,

sila rujuk kepada jadual struktur fi di laman web CIMB Bank.

19. Rekod Transaksi dan mata wang pengebilan

19.1. Bank berhak memperlakukan:-

i. sebarang draf jualan, rekod transaksi yang disimpan atau direkodkan secara elektronik atau

sebaliknya, baucer kredit dan/atau rekod caj lain yang mempunyai teraan atau cara lain

untuk menghasilkan semula maklumat yang dicetak timbul yang terkandung terhadap Akaun

dan/atau Kad; dan/atau

ii. rekod Bank tentang sebarang transaksi lain yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun

dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilaksanakan melalui

pesanan pos atau melalui telefon atau melalui internet atau melalui sebarang media atau

peranti mekanikal, elektrikal atau elektronik

sebagai bukti transaksi yang dilaksanakan dengan wajar oleh Pemegang Akaun yang akan

didebit kepada Akaun meskipun sebarang dokumen sedemikian mungkin tidak mengandungi

tandatangan Pemegang Akaun atau tandatangan Pemegang Akaun tersebut (jika kelihatan)

berbeza daripada tandatangan Pemegang Akaun. Pemegang Akaun bersetuju bahawa rekod

Bank tentang sebarang transaksi yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad

adalah konklusif dan mengikat terhadap Pemegang Akaun bagi semua tujuan. Meskipun

perkara di atas, jika Bank menerima bukti berdokumen yang memuaskan dan tidak dapat

disangkal bahawa sebarang transaksi yang dilaksanakan terhadap Akaun adalah disebabkan

oleh penipuan yang bukan disebabkan atau disumbang oleh tindakan dan/atau ketinggalan

oleh Pemegang Akaun dan dengan syarat sentiasa bahawa Pemegang Akaun telah benar-

benar mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini, Bank boleh menurut

budi bicara tunggal dan mutlaknya memilih untuk tidak mendebit caj yang

ditanggung berbangkit daripada transaksi memfraud daripada Akaun.

19.2. Semua hutang jika ditanggung dalam mata wang selain daripada mata wang pengebilan hendaklah:-

i. sebelum didebit kepada Akaun, ditukar kepada mata wang pengebilan pada sebarang kadar

pertukaran yang boleh ditentukan secara konklusif oleh MCI pada tarikh kemasukan ke dalam

Akaun; dan

ii. tertakluk kepada caj pentadbiran sebanyak 1% daripada jumlah yang ditransaksi atau sebarang

kadar lain yang boleh ditentukan secara konklusif oleh Bank dari semasa ke semasa dengan

memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda dan caj

tersebut boleh didebit kepada Akaun.

20. Transaksi ATM

20.1. Atas permintaan anda, Bank akan memberikan PIN untuk Kad yang dikeluarkan kepada anda untuk

membolehkan anda melakukan pengeluaran tunai melalui ATM di mana-mana cawangan Bank atau di

ATM mana-mana bank atau institusi lain yang mempunyai perkiraan dengan Bank bagi penggunaan

ATM bank atau institusi tersebut, tertakluk kepada had pengeluaran harian yang dikenakan untuk ATM

tersebut. Anda tidak boleh mendedahkan PIN ini kepada mana-mana orang lain dalam apa jua

keadaan.

20.2. Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas sebarang kerugian, kerosakan,

kecederaan, kesulitan atau perasaan malu yang walau bagaimanapun jua disebabkan atau ditanggung

atau dialami oleh anda termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan apabila transaksi tidak dapat

dilaksanakan atau dilaksanakan dengan salah samada disebabkan oleh kecacatan, kerosakan,

penghentian atau penutupan, gangguan atau kehilangan bekalan kuasa kepada ATM ("Kecacatan

Teknikal") atau sebaliknya atau jika Kad tidak diterima untuk penggunaan atau jika Kad ditahan oleh

ATM disebabkan Kecacatan Teknikal atau atas sebarang alasan atau sebab lain pun jua yang akan

ditentukan semata-mata oleh Bank.

20.3. Waktu operasi, jenis operasi, kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia kepada anda serta

kekerapan dan cara penggunaan Kad untuk melaksanakan transaksi melalui ATM akan ditentukan

oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.

20.4 Merujuk kepada Klausa 5.4 di atas, kemudahan transaksi ATM ini tidak boleh didapati oleh pelanggan

Pemegang Akaun / Pelanggan CIMB tanpa akaun CIMB Clicks.

21. Pengeluaran Tunai

21.1. Anda boleh mendapatkan pengeluaran tunai melalui cara berikut:-

i. menggunakan Kad di mana-mana ATM selaras dengan Klausa 20.1; atau

ii. bagi semua transaksi luar negara melalui ATM dan/atau mana-mana institusi ahli MCI dan

dengan itu kadar pertukaran (jika berkenaan) yang dikenakan untuk pengeluaran tunai tersebut

adalah kadar pertukaran semasa yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya

dari semasa ke semasa. Anda hendaklah bertanggungjawab dengan sepenuhnya untuk

memastikan bahawa transaksi tersebut tidak melanggar undang-undang yang wujud dalam

negara di mana transaksi dilaksanakan.

21.2. Pemegang Akaun boleh meminta Bank memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun. Di samping perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank (tanpa perlu mendapatkan kebenaran terdahulu Pemegang Akaun) untuk mendebit dan memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank untuk melunaskan cek, menyelesaikan sebarang transaksi debit dan/atau secara amnya untuk memasukkan dana ke dalam akaun jika akaun tidak mempunyai dana yang cukup samada disebabkan penamatan kemudahan overdraf atau sebaliknya. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk) memindahkan dana seperti yang

disebut sebelum ini. Dana yang dipindahkan selaras dengan klausa ini akan diperlakukan sebagai

pengeluaran tunai oleh Pemegang Akaun.

21.3. Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab untuk semua pengeluaran tunai atau pemindahan yang

dilaksanakan melalui Akaun.

21.4 Dengan merujuk kepada Fasal 5.4 di atas, kemudahan Pengeluaran Tunai ini tidak boleh didapati

untuk pelanggan Pemegang Akaun / Pelanggan CIMB tanpa akaun CIMB Clicks.

22. Penyata Akaun

22.1. Penyata bulanan untuk Akaun akan disediakan kepada Pemegang Akaun dalam talian di CIMB Clicks

atau sebarang cara lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan dengan ini

dipersetujui bahawa semua penyata sedemikian akan dianggap telah diterima oleh Pemegang Akaun

apabila disediakan dalam talian melalui CIMB Clicks.

22.2. Bank boleh memilih mana-mana hari dalam suatu bulan sebagai tarikh penyata bulanan dan apabila

menerima atau dianggap menerima penyata, Pemegang Akaun dianggap telah menyemak semua

masukan dalam penyata.

22.3. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan berakujanji dengan Bank bahawa Pemegang

Akaun akan memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau

ketidaktepatan tidak kira jenisnya dalam penyata yang disediakan dalam talian dalam masa empat

belas (14) hari kalendar dari tarikh Pemegang Akaun dianggap telah menerima penyata. Jika

Pemegang Akaun tidak memaklumkan Bank secara bertulis atau gagal memaklumkan Bank tentang

sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan apa-apa masukan dalam penyata maka

Pemegang Akaun dianggap telah menerima masukan yang terkandung di dalamnya yang disediakan

sehingga masukan terakhir dalam penyata sebagai tepat dan sebagai bukti muktamad dan konklusif

tentang fakta yang terkandung di dalamnya dan mengikat terhadap Pemegang Akaun dan Pemegang

Akaun selepas itu akan dihalang daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank dengan

mendakwa bahawa penyatanya tersebut mengandungi sebarang kesilapan, percanggahan atau

ketidaktepatan.

22.4. Sekiranya Pemegang Akaun meminta penyata akaun daripada Bank (dalam salinan cetak), Bank boleh

mengenakan caj sebanyak RM5.30 terhadap Pemegang Akaun bagi setiap permintaan dan jumlah

tersebut boleh didebit daripada Akaun Pemegang Akaun. Bank tidak mempunyai kewajipan untuk

memberikan kepada Pemegang Akaun sebarang penyata, atau salinan penyata tersebut atau slip

jualan atau rekod transaksi lain berkaitan dengan transaksi yang berlaku lebih dari dua belas (12)

bulan dari tarikh permintaan Pemegang Akaun.

22.5. Semua pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan menerusi

penggunaan Kad atau menerusi penggunaan nombor CVV Akaun dan semua fi, caj pengendalian, caj

tambahan dan sebarang fi dan caj lain yang dikenakan akan didebit kepada Akaun dan akan

dipaparkan dalam Penyata.

23. Perubahan pada caj

23.1. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan hak Bank yang terkandung dalam Klausa 32, Bank

berhak menurut budi bicara tunggalnya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah

kadar atau cara pengiraan fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan

yang diperuntukkan di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari

kalendar kepada Pemegang Akaun. Pemegang Akaun dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak

menggunakan mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut

berhubung dengan perubahan pada fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang

dikenakan termasuk tarikh berkuatkuasanya sebarang perubahan sedemikian:-

i. dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh

berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

ii. melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank

tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

iii. dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan

tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

iv. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya

perubahan kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau

v. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya

perubahan melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan

meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di

CIMB Clicks.

23.2. Komunikasi yang dibuat oleh Bank di bawah ini akan dianggap telah diterima oleh atau disampaikan

kepada Pemegang Akaun:-

i. pada tarikh penampalan notis di premis Bank, jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan

oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(i) di atas; dan/atau

ii. pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar pilihan Bank jika komunikasi

dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(ii) di atas;

dan/atau

iii. tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Pemegang

Akaun jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan

Klausa 23.1(iii) di atas; dan/atau

iv. tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis kepada Pemegang Akaun melalui

pos biasa atau berdaftar jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras

dengan peruntukan Klausa 23.1(iv) di atas; dan/atau

v. pada tarikh notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik

kepada Pemegang Akaun atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan

di CIMB Clicks selaras dengan peruntukan Klausa 23.1(v) di atas.

Kegagalan Bank untuk memberikan sebarang notis kepada Pemegang Akaun tentang perubahan tidak

akan melepaskan Pemegang Akaun daripada kewajipannya untuk membayar fi tahunan, caj

pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan pada kadar yang diubah atau menurut

kaedah pengiraan yang diubah. Keputusan Bank tentang kadar yang boleh dicaj atau kaedah

pengiraannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan dalam apa jua keadaan.

24. Akaun Tidak Aktif/Dorman

24.1 Akaun tanpa sebarang transaksi kredit dan/atau debit (melainkan transaksi yang dilakukan oleh Bank bagi tujuan mendebit untuk fi dan/atau caj yang perlu dibayar oleh Pemegang Akaun kepada Bank) selama enam (6) bulan atau lebih akan dianggap akaun dorman dan Bank berhak untuk dengan serta-merta menggantung dan menutup Akaun.

24.2 Pemegang Akaun akan dimaklumkan oleh Bank melalui mel elektronik selewat-lewatnya 21 hari bekerja tentang penutupan Akaun disebabkan Akaun dianggap akaun dorman.

24.3 Untuk mengelakkan penutupan Akaun selaras dengan Klausa 24.1, Pemegang Akaun hendaklah melaksanakan sebarang transaksi kredit dan/atau debit terhadap Akaun sebelum Akaun dianggap akaun dorman.

25. Penutupan Akaun

Bank akan menutup Akaun dengan serta-merta atau pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank

selepas menerima permintaan penutupan daripada anda melalui CIMB Clicks atau melalui Pusat Panggilan Bank

atau jika Kad dan/atau Akaun ditarik balik, digantung dan/atau ditamatkan oleh Bank selaras dengan Klausa 13,

24 atau 38 tanpa perlu memberikan sebarang sebab. Berhubung dengan penutupan Akaun sedemikian, Bank

akan membuat perkiraan agar baki dalam Akaun, jika ada, selepas menolak duti setem dan sebarang fi yang

berkenaan dipulangkan kepada Pemegang Akaun. Pemulangan tersebut hendaklah dibuat dalam masa tiga

puluh (30) hari kalendar secara pemindahan dana atau melalui Cek Jurubank atau Draf Bank yang akan dihantar

melalui pos atau melalui sebarang cara lain atau sebarang kaedah pembayaran lain yang ditentukan oleh Bank.

26. Pembayaran dan Kredit ke dalam Akaun

26.1. Kecuali pembayaran yang dibuat melalui cek yang tidak dibenarkan, anda boleh “menambah wang”

dan mengkreditkan wang ke dalam Akaun dalam cara berikut atau sebarang cara lain yang boleh

ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa:-

i. Memasukkan wang tunai menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank;

ii. Pemindahan dana daripada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun melalui internet

menggunakan “CIMB Clicks” jika anda telah diberikan akses kepada CIMB Clicks selaras

dengan Akaun Lain Pemegang Akaun tersebut;

iii. Pemindahan wang antara bank (GIRO) daripada akaun anda yang lain yang dipegang

dengan bank lain; dan/atau

iv. Pemindahan Dalam Talian MEPS FPX.

26.2. Semua pembayaran atau kredit yang dibuat kepada Akaun hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia

dan kredit atau jumlah wang maksimum yang boleh dikreditkan ke dalam Akaun bagi pemegang akaun

CIMB tidak boleh pada bila-bila masa melebihi Ringgit Malaysia Empat Ribu Sembilan Ratus dan

Sembilan Puluh Sembilan (RM 4,999.00) sahaja. Bagi yang bukan pemegang akaun CIMB/pelanggan

CIMB tanpa akaun CIMB Clicks tidak boleh pada bila-bila masa melebihi Ringgit Malaysia Dua Ribu

Sembilan Ratus dan Sembilan Puluh Sembilan (RM 2,999.00) sahaja atau sebarang jumlah lain yang

boleh ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa (“Jumlah Maksimum”), dengan notis terdahulu

yang mencukupi. Pemegang Akaun berakujanji untuk tidak menambah atau mengkreditkan dana

melebihi Jumlah Maksimum ke dalam Akaun. Pembayaran oleh Pemegang Akaun kepada Bank tidak

akan dianggap dibuat sehingga dana yang berkenaan diterima untuk nilai sedemikian oleh Bank.

26.3. Bank berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya menentusahkan sumber dana

pembayaran dan memastikan Bank berpuas hati tentang kepatuhan Undang-undang dan Peraturan

Yang Dikenakan pada masa itu. Dengan syarat Bank berpuas hati dengan penentusahan tersebut,

tanpa prejudis terhadap sebarang hak Bank yang lain di bawah Perjanjian ini, Boleh boleh

mengkreditkan dana tersebut ke dalam Akaun Pemegang Akaun. Sementara menunggu Bank

menentusahkan sumber dana pembayaran:-

i. Bank berhak untuk menggantung penggunaan Akaun/Kad dan/atau menolak sebarang transaksi

yang cuba dilaksanakan terhadap Akaun/Kad oleh Pemegang Akaun selepas pembayaran; dan

ii. sebarang jumlah kredit dalam Akaun akibat pembayaran tersebut tidak akan dikembalikan

kepada Pemegang Akaun.

26.4. Pemegang Akaun tidak boleh menggunakan atau cuba menggunakan Akaun dan/atau Kad untuk

melaksanakan sebarang transaksi kecuali terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun untuk

menjelaskan transaksi yang akan dilaksanakan. Pemegang Akaun hendaklah dalam semua keadaan

menanggung tanggungjawab penuh untuk semua transaksi yang diproses menerusi penggunaan

Akaun dan/atau Kad, samada diproses dengan pengetahuan, keakuran atau kuasa Pemegang Akaun

atau tidak. Bank berhak mendebit Akaun dengan jumlah sebarang transaksi yang dilaksanakan dengan

Akaun dan/atau Kad dan Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk semua transaksi menggunakan

Akaun dan/atau Kad.

26.5 Semua pembayaran atau kredit yang dibuat kepada Akaun oleh Pemegang Akaun Bukan CIMB /

Pelanggan CIMB tanpa akaun CIMB Clicks mestilah dari akaun CASA sendiri mereka iaitu akaun

tunggal CASA mereka yang tidak termasuk akaun bersama CASA, dikendalikan dengan bank lain,

yang dilakukan melalui pembayaran FPX , untuk kali pertama mereka buat.

Penepian

27.1. Penepian hak oleh Bank atau kelonggaran oleh Bank kepada Pemegang Akaun tidak akan beroperasi

untuk menghalang Bank daripada menguatkuasakan sebarang haknya di bawah Perjanjian ini atau

beroperasi sebagai kebenaran terhadap modifikasi Perjanjian ini dalam apa jua segi.

27.2. Hak Bank yang terkandung di dalam ini adalah kumulatif, boleh dilaksanakan seberapa kerap yang

dianggapnya wajar dan adalah di samping haknya di bawah sebarang undang-undang yang berkuat kuasa. Hak Bank yang terkandung di dalam ini tidak boleh diketepikan atau diubah, kecuali melalui

penepian atau perubahan nyata secara bertulis, dan khususnya, sebarang kegagalan untuk

melaksanakan atau sebarang kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak tidak akan beroperasi

sebagai penepian atau perubahan hak tersebut atau sebarang hak lain, sebarang pelaksanaan hak

tersebut dalam cara yang cacat atau secara sebahagian tidak akan menghalang sebarang

pelaksanaan lain atau lanjut terhadap hak tersebut atau sebarang hak lain, dan tiada tindakan atau

jalan tindakan atau rundingan olehnya atau bagi pihaknya akan dalam apa cara jua menghalangnya

daripada melaksanakan sebarang hak sedemikian atau merupakan penggantungan atau sebarang

perubahan terhadap sebarang hak sedemikian.

28. Hak Tolakan dan Hak Debit

28.1 Bank menyimpan hak untuk mengeluarkan makluman selama 7 hari kalendar kepada Pemegang

Akaun untuk menggabungkan, menyatukan Akaun dan sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang

dipegang dengan Bank („Akaun-akaun‟) dan atau menolak dan atau memindahkan sebarang baki

kredit dalam Akaun-akaun untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang liabiliti Pemegang Akaun

kepada Bank, samada liabiliti tersebut kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan,

berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau

penanggung rugi dan atau penyedia cagaran, atau dalam mata wang lain („Keberhutangan‟).

Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan atau

menggantung pembayaran sebarang wang daripada baki kredit dalam Akaun-akaun. Sekiranya

Pemegang Akaun gagal menjelaskan Keberhutangan dengan sepenuhnya dengan Bank apabila luput

makluman selama 7 hari kalendar tersebut, Bank berhak menolak keseluruhan baki kredit daripada

Akaun-akaun atau sehingga jumlah Keberhutangan untuk menyelesaikan Keberhutangan dengan

sebahagiannya atau sepenuhnya (mengikut keadaan).

28.2 Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa hak Bank untuk

menahan atau menggantung pembayaran dan atau tolakan dikenakan terhadap dan boleh

dilaksanakan oleh Bank berkaitan atau berhubung dengan (a) Akaun dan atau mana-mana akaun

bersama lain Pemegang Akaun jika baki kreditnya digunakan untuk menolak keberhutangan yang

ditanggung kepada Bank oleh Pemegang Akaun dan atau oleh Pemegang Akaun dengan mana-mana

orang lain dan samada keberhutangan tersebut yang ditanggung kepada Bank adalah sebenar,

kontingen, utama, sampingan, berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam

dan atau penjamin dan atau penanggung rugi dan atau penyedia cagaran; (b) Bank telah

dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melakukan tindakan kebankrapan dan atau satu notis

kebankrapan dan atau petisyen untuk kebankrapan atau penggulungan telah difailkan terhadap

Pemegang Akaun; (c) Bank telah dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah diisytiharkan sebagai

bankrap; (d) Bank telah dimaklumkan tentang kematian Pemegang Akaun.

28.3 Pemegang Akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit Akaun tanpa

notis terdahulu bagi tujuan membuat pembayaran, pembayaran balik dan atau pembayaran ganti

kepada Bank dan atau membuat pembayaran dan atau pembayaran balik jumlah relevan kepada

pihak ketiga di bawah atau berbangkit daripada yang berikut:

i. fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar berhubung dengan Akaun selaras dengan Perjanjian

ini dan atau walau bagaimanapun jua ditanggung dan atau dicaj oleh Bank berhubung dengan

sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;

ii. cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar

oleh Pemegang Akaun berhubung dengan Akaun dan atau sebarang perkhidmatan atau

kemudahan lain yang disediakan oleh Bank kepada atau untuk manfaat Pemegang Akaun;

iii. kerugian dan atau kerosakan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank

untuk melaksanakan sebarang permintaan dan arahan Pemegang Akaun dan atau untuk

menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Akaun seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian

ini;

iv. jumlah berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan atau jaminan yang diberikan oleh

Pemegang Akaun memihak kepada Bank berhubung dengan penyediaan sebarang perkhidmatan

dan kemudahan oleh Bank kepada Pemegang Akaun selaras dengan Perjanjian ini;

v. pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun disebabkan kesilapan

Bank dan atau disebabkan tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah yang berkenaan

telah dibayar dengan salah oleh pihak ketiga ke dalam Akaun dan atau disebabkan oleh tuntutan

oleh pihak ketiga bahawa dia telah ditipu, difraud atau diperdaya agar membuat pembayaran ke

dalam Akaun dan atau disebabkan oleh sebarang kerosakan atau kepincangan pada operasi dan

atau sistem Bank dan atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;

vi. sebarang suratcara wang selepas itu tidak dilayan atas apa sebab jua dan jika hasil suratcara

wang ini telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun sebelum itu;

vii. pembayaran di bawah Akaun yang diminta dibayar oleh Bank Negara Malaysia dan atau pihak

berkuasa Polis atau mana-mana pihak berkuasa lain selaras dengan sebarang undang-undang

yang dikenakan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;

viii. fi guaman, pembayaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguamcara-anakguam dan tanggung

rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan sebarang:

a. langkah mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan atau

pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;

b. prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan kepada Bank dan jika Bank dinamakan

sebagai garnisi berhubung dengan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun

yang dipegang dengan Bank;

c. prosiding interplider atau sebarang prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank

terhadap Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan

Bank;

d. prosiding injunksi atau sebarang prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap Akaun

dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank, samada Bank

dinamakan sebagai parti atau tidak; dan

e. prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh Pemegang Akaun atau mana-

mana pihak lain melibatkan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang

dipegang dengan Bank dan jika Bank berjaya membela prosiding undang-undang tersebut;

dan

(ix) pembayaran terdahulu yang dibayar kepada Pemegang Akaun dan atau mana-mana pihak ketiga

di bawah sebarang perkiraan yang dimasuki antara Bank dan Pemegang Akaun dan atau di bawah

sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun.

29. Pembatasan Liabiliti dan Tanggung Rugi

29.1 Bank tidak akan bertanggungjawab dan Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank dengan

sepenuhnya dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap semua kerugian, kos dan

perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Pemegang Akaun atau Bank berhubung dengan sebarang

atau semua akaun apa jua atau pelaksanaan apa-apa arahan oleh Bank (meskipun arahan tersebut

mungkin menipu atau tanpa kebenaran) atau jika mana-mana akaun Pemegang Akaun atau mana-

mana bahagian daripadanya dikurangkan atau dibekukan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan

atau rasmi.

29.2 Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa semua dana, wang, sekuriti dan barangan berharga

dan harta lain apa jua kepunyaan Pemegang Akaun dan dideposit dengan Bank di bawah Akaun dan

atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun ('harta') akan secara automatik menjadi cagaran kepada

Bank dan Bank berhak (i) menolak dan atau mendebit sebarang wang yang dirangkum dalam harta bagi

tujuan membuat pembayaran liabiliti yang ditanggung oleh Pemegang Akaun kepada Bank seperti yang

diperuntukkan di bawah peruntukan Klausa 28 di dalam ini (ii) memegang atau menahan harta sehingga

liabiliti Pemegang Akaun kepada Bank yang diperuntukkan di dalam ini telah dijelaskan dengan

sepenuhnya dengan Bank.

29.3 Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank semua kos undang-undang

(termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara dan anakguam), caj dan

perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Bank untuk menguatkuasakan atau cuba

menguatkuasakan Perjanjian ini atau untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan pembayaran semua

atau mana-mana bahagian wang yang terhutang oleh Pemegang Akaun. Pemegang Akaun selanjutnya

berakujanji untuk tidak mempertanggungjawabkan Bank dan untuk menanggung rugi Bank terhadap

sebarang liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya)

yang mungkin ditanggung oleh Bank disebabkan peruntukan di dalam ini atau untuk menguatkuasakan

haknya di bawah ini.

30. Force Majeure

Tanpa prejudis terhadap sebarang peruntukan Perjanjian ini, Pemegang Akaun bersetuju untuk tidak

mempertanggungjawabkan Bank sekiranya Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipannya di bawah

Perjanjian ini secara keseluruhan atau sebahagian, yang berpunca secara langsung atau tidak langsung

daripada kegagalan sebarang peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran,

terputus bekalan elektrik, pertikaian perusahaan, sebarang tindakan di luar kawalan Bank atau disebabkan

sebarang faktor yang bersifat force majeure. Sebarang ketidakupayaan untuk menjelaskan pembayaran yang

kena dibayar oleh Pemegang Akaun kepada Bank disebabkan ketiadaan dana tidak akan dalam apa jua

keadaan dianggap sebagai peristiwa force majeure. Sekiranya Bank tidak dapat memberikan penyata akaun

kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan Perjanjian ini bagi sebarang tempoh masa, liabiliti

Pemegang Akaun untuk caj dan transaksi lain walau bagaimanapun akan diteruskan.

31. Bank tidak bertanggungjawab atas tindakan peniaga dan pihak ketiga lain

31.1. Bank tidak akan bertanggungjawab atas keengganan mana-mana peniaga atau institusi ahli MCI untuk

menerima Akaun dan/atau Kad atau atas sebarang kecacatan atau kekurangan pada barangan atau

perkhidmatan yang dibekalkan kepada Pemegang Akaun oleh mana-mana peniaga. Sebarang aduan

oleh Pemegang Akaun hendaklah diselesaikan secara terus dengan peniaga atau institusi ahli MCI

yang terbabit dan sebarang tuntutan terhadap peniaga atau institusi ahli MCI tidak boleh ditolak („set-

off‟) atau dituntut balas terhadap Bank. Selanjutnya Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab

terhadap jumlah yang ditanggung dan tidak akan menahan pembayaran kepada Bank disebabkan

sebarang aduan sedemikian atau dalam apa jua keadaan. Barangan dan perkhidmatan yang diperolehi

terhadap Akaun dan/atau Kad tidak boleh ditukar atau dipulangkan bagi pemulangan tunai tetapi

baucer kredit akan dikeluarkan oleh peniaga bagi tujuan ini. Setelah menerima sebarang baucer kredit

Bank akan mengkreditkannya ke dalam Akaun Pemegang Akaun. Kecuali baucer kredit yang

dikeluarkan diterima oleh Bank, Pemegang Akaun dianggap bertanggungjawab dan akan terus

bertanggungjawab untuk jumlah yang ditanggung.

31.2. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan atas

sebarang sebab jua bertanggungjawab untuk kerosakan yang dialami atau kerugian yang ditanggung

oleh Pemegang Akaun dalam apa jua keadaan samada keadaan tersebut berkait dengan atau

berbangkit daripada Perjanjian ini atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad kepada jika mana-mana

peniaga, orang atau badan tidak menerima Akaun dan/atau Kad atas sebarang sebab jua, kemudahan

tidak dibaharui, disekat atau dibatalkan, mana-mana ATM menolak Kad, Nombor Akaun disenaraikan

dalam mana-mana senarai pembatalan atau dalam sebarang keadaan jika Bank mempunyai kewajipan

untuk bertindak dengan munasabah untuk melindungi haknya di bawah peruntukan Perjanjian ini.

32. Pindaan

32.1. Bank menyimpan hak untuk mengubah (samada melalui tambahan, pemotongan, modifikasi, pindaan

atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) sebarang terma dan syarat ini pada bila-bila

masa dan dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21)

hari kalendar dan Pindaan akan menjadi berkuat kuasa pada tarikh yang dipilih untuk digunakan oleh

Bank. Menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank, makluman tentang Pindaan boleh dilaksanakan

melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut:-

i. dengan menghantarnya kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau serahan tangan; dan/atau

ii. dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh

berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

iii. melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank tentang

perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

iv. dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh

berkuatkuasanya perubahan; dan/atau

v. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan

melalui pos kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau

vi. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan

melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan meletakkan notis tentang

perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di CIMB Clicks.

32.2. Komunikasi kepada Pemegang Akaun melalui mana-mana satu kaedah komunikasi di atas akan

dianggap telah diterima oleh atau disampaikan kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan

Klausa 23.1 dan jika notis tentang Pindaan dihantar kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau

serahan tangan, pada hari penghantaran.

32.3. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasa yang ditetapkan oleh Bank dan akan dikenakan

terhadap semua jumlah kredit dalam Akaun. Penyimpanan atau penggunaan Akaun dan/atau Kad

selepas tarikh berkuatkuasanya sebarang perubahan terma dan syarat akan dianggap penerimaan

perubahan tersebut tanpa syarat oleh Pemegang Akaun.

32.4. Perjanjian ini (dengan semua perjanjian sampingan yang dari semasa ke semasa dipinda oleh Bank)

mengandungi dan dirancang menjadi kenyataan lengkap tentang semua terma dan perkiraan antara

pihak-pihak di sini berhubung dengan perkara yang diperuntukkan di dalam ini, dan menggantikan

semua perjanjian dan persefahaman terdahulu antara pihak-pihak di sini berhubung dengan sebarang

perkara tersebut.

33. Kebolehasingan

Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat

kuasa dalam apa jua segi di bawah sebarang undang-undang, kesahan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan

selainnya tidak akan dalam apa cara jua terjejas atau dimudaratkan.

34. Pendedahan Maklumat

34.1. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata memberi kuasa kepada Bank bila dan apabila dianggap

wajar oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, tanpa merujuk kepada Pemegang Akaun,

untuk mendedahkan kepada mana-mana agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat

profesionalnya, penyedia cagaran dan penjamin di dalam atau di luar Malaysia dan kepada syarikat di

dalam kumpulan Bank serta syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk

muktamad Bank (secara kolektif "Syarikat-syarikat Kumpulan”) samada Syarikat-syarikat Kumpulan

tersebut bermastautin, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam

atau di luar Malaysia, sebarang maklumat berkaitan dengan Pemegang Akaun, urusan Pemegang

Akaun dan/atau sebarang akaun yang dipegang oleh Pemegang Akaun dengan Bank untuk

memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau

disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka termasuk tetapi

tidak terhad kepada memberi kuasa Bank untuk melakukan perkara berikut:-

i. memberikan, mengemukakan, memberitahu, menerbitkan atau sebaliknya mendedahkan, atau

membuat rekod tentang butir-butir peribadi Pemegang Akaun yang diserahkan kepada Bank

dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan Akaun dan Akaun Lain Pemegang Akaun dan

Nombor Akaun bagi kad baru dibaharui atau diganti dan sebarang maklumat lain berkaitan

dengan penggunaan Akaun atau sebarang transaksi yang dilaksanakan atau akan

dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan sebarang maklumat atau dokumen lain pun jua

berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun (termasuk penyata akaun berkaitan

dengannya) dan sebarang kemudahan kredit yang mungkin dipunyai oleh Pemegang Akaun

dengan Bank kepada:-

a. mana-mana orang yang menjamin atau mungkin menjamin atau sebaliknya menyediakan

cagaran atau mungkin menyediakan cagaran berkaitan dengan penggunaan Akaun;

b. mana-mana syarikat, organisasi, institusi, persatuan, biro kredit, agensi kredit, institusi

kewangan atau entiti lain yang mungkin melakukan semakan kredit terhadap Pemegang

Akaun, Unit Kredit Pusat Bank Negara Malaysia, Biro Maklumat Cek, Sistem Maklumat

Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau sebarang pihak berkuasa atau badan lain yang

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, mana-mana badan atau pihak berkuasa lain

(kerajaan atau sebaliknya) yang dianggap wajar oleh Bank di bawah sebarang undang-

undang, peraturan, garis panduan, keperluan kawal selia atau arahan yang terpakai

(samada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya);

c. mana-mana orang yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik apa-

apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank

(termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pungutan hutang, pekerja dan agennya);

d. mana-mana peniaga, mana-mana pegawai Bank dan mana-mana institusi ahli MCI

dan/atau mana-mana orang atau entiti lain yang mempunyai kepentingan sah dalam

Pemegang Akaun setakat mana berkait dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang

Akaun; dan

e. kepada mana-mana pihak ketiga yang membuat pertanyaan dengan tujuan memasuki

transaksi yang dijangka dengan Bank.

Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan yang terlibat dalam promosi, penjualan,

penyampaian dan pengedaran produk dan perkhidmatan kewangan adalah bagi tujuan

memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan atau Syarikat-

syarikat Kumpulan. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, Bank bersetuju

bahawa (1) pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan bagi tujuan penjualan silang

tidak akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Pemegang Akaun

dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh

diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada Pemegang Akaun): Tingkat 19,

Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: +603-6204

7788.; dan (2) Bank hanya akan mendedahkan maklumat Pemegang Akaun (tidak termasuk

maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun) kepada pihak ketiga bagi

tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, hanya jika Pemegang Akaun dengan nyata

membenarkan pendedahan tersebut.

ii. untuk membuat laporan (termasuk laporan Polis) dan/atau pekeliling dan/atau memasukkan

iklan atau menerbitkan atau memaparkan notis (termasuk sebarang iklan dalam mana-mana

media) yang mengandungi sebarang atau semua butir-butir peribadi Pemegang Akaun, butir-

butir akaunnya berkaitan dengan Akaun (termasuk tetapi tidak terhad kepada akaun dan status

kewangan Pemegang Akaun) yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik

apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank;

iii. untuk menyemak kedudukan kredit pemohon untuk Akaun; dan/atau butir-butir peribadi, urusan

dan kedudukan kredit Pemegang Akaun dengan apa jua syarikat, individu, agensi, institusi

kewangan atau badan lain dan mendapatkan daripadanya sebarang maklumat yang mungkin

dikehendaki oleh Bank, samada melalui komunikasi lisan atau melalui dokumen.

Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau

gantirugi (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit) tidak kira sifatnya atau perasaan malu yang

dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau disebabkan oleh pendedahan sebarang

maklumat atau pentafsiran atau penggunaan maklumat yang didedahkan meskipun jika maklumat tidak

tepat atau salah kecuali jika disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran

yang disengajakan oleh Bank.

34.2. Anda dengan ini bersetuju dan dengan nyata membenarkan dan mempelawa pekerja, kontraktor

bebas, wakil dan/atau agen Bank untuk menghubungi anda dari semasa ke semasa melalui lawatan

peribadi atau komunikasi lisan yang dilakukan melalui apa-apa cara komunikasi termasuk tetapi tidak

terhad kepada panggilan telefon tentang sebarang promosi.

34.3. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini dan berdasarkan alamat pos, alamat e-mel,

nombor telefon dan atau sebarang butir-butir hubungan lain Pemegang Akaun yang sedia ada

disimpan atau direkodkan dengan Bank, Bank dengan ini dengan tak boleh batal dibenarkan ( tetapi

tidak mempunyai kewajipan ) untuk menghubungi dan / atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui

pos dan atau mel elektronik dan atau telefon dan atau perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ) dan atau

perkhidmatan kurier dan atau sebarang kaedah komunikasi lain yang dipilih oleh Bank mengikut budi

bicara tunggalnya. Maklumat atau makluman yang dihantar oleh Bank akan merangkum sebarang

maklumat atau makluman yang dianggap sesuai atau perlu oleh Bank dan boleh termasuk tetapi tidak

terhad kepada sebarang maklumat tentang Akaun dan atau sebarang maklumat berkaitan dengan apa-

apa perkhidmatan, manfaat, promosi, program Bank dan atau mana-mana pihak lain yang diadakan

secara bersama dengan Bank.

35. Dokumen Lanjut

Pemegang Akaun berakujanji untuk menandatangani sebarang dokumen lanjut yang mungkin diminta oleh Bank

dari semasa ke semasa dan Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan bersetuju bahawa menurut

pilihan Bank, sebarang dokumen lanjut tersebut boleh dianggap berkuat kuasa secara retrospektif.

36. Penyampaian

36.1. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal membenarkan penyampaian sebarang notis di

bawah Perjanjian ini atau sebarang proses mahkamah atau penyerahan cek jurubank atau Kad atau

sebarang dokumen atau barangan lain melalui pos biasa atau melalui serahan tangan atau melalui

perkhidmatan kurier ke alamat Pemegang Akaun yang terakhir diketahui dalam rekod Bank dan

penyampaian dan/atau penyerahan tersebut akan dianggap berkesan dua (2) hari kalendar selepas

pengeposan, jika dihantar melalui pos dan pada masa penyerahan, jika diserahkan melalui serahan

tangan atau melalui kurier. Penyampaian proses mahkamah juga boleh dilaksanakan melalui sebarang

cara lain yang dibenarkan oleh undang-undang.

36.2. Pemegang Akaun hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada

pekerjaan atau perniagaan atau alamat (pejabat atau kediaman) atau jika Pemegang Akaun

merancang untuk berada di luar Malaysia selama lebih daripada tiga puluh (30) hari kalendar berturut-

turut.

37. Perakuan Bukti Konklusif

Perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai Bank tentang transaksi yang dijalankan terhadap Akaun; dan/atau

jumlah yang pada masa itu tersedia dalam Akaun adalah bukti konklusif terhadap Pemegang Akaun dalam

sebarang prosiding undang-undang.

38. Pembatalan/Penggantungan disebabkan Keganasan

38.1. Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang hak dan remedi lain Bank atau sifat am sebarang

peruntukan lain dalam Perjanjian, Bank berhak menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk

dengan serta-merta mengisytiharkan bahawa:-

i. Akaun dan/atau penggunaannya akan digantung, dan dengan itu ia akan digantung; dan/atau

ii. Akaun dan/atau penggunaannya akan dibatalkan, dan dengan itu ia akan dibatalkan;

jika sebarang peristiwa atau siri peristiwa samada berkaitan atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad

kepada sebarang tindakan kekerasan, keganasan, permusuhan atau peperangan, darurat, revolusi,

pemberontakan, rampasan atau bencana lain (samada berlaku di dalam atau di luar Malaysia atau

mana-mana tempat lain di mana Bank mungkin menjalankan perniagaan) atau perubahan keadaan lain

telah berlaku yang menurut pendapat Bank (yang mana pendapat tersebut adalah muktamad dan

mengikat terhadap Pemegang Akaun):-

iii. akan atau mungkin menjadikannya tidak wajar atau tidak praktik bagi Bank untuk menyediakan

Akaun dan/atau Kad atau terus menyediakannya atau membenarkan Akaun dan/atau Kad

digunakan atau terus digunakan; atau untuk mematuhi mana-mana obligasinya di bawah

terma dan syarat ini; atau

iv. akan atau mungkin menjejaskan keupayaan atau kesanggupan Pemegang Akaun untuk mematuhi

sebarang kewajipan yang perlu dipatuhi oleh Pemegang Akaun di bawah terma dan syarat ini atau

menjadikan Pemegang Akaun mungkin tidak berupaya atau sanggup berbuat demikian.

39. Pengganti

Perjanjian ini mengikat terhadap waris, wakil diri dan pengganti hakmilik Pemegang Akaun dan terhadap

pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.

40. Penyusunan Semula Bank

Kewajipan dan liabiliti Pemegang Akaun akan terus sah dan mengikat bagi semua tujuan pun jua meskipun

sebarang perubahan melalui penggabungan, penyusunan semula atau sebaliknya yang dilakukan terhadap Bank

atau mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan Bank pada masa itu dan akan tersedia kepada syarikat

yang menjalankan perniagaan tersebut pada masa itu.

41. Masa Menjadi Asas

Masa di mana jua disebut akan menjadi asas Perjanjian.

42. Undang-undang Yang Dikenakan dan Bidang Kuasa

Perjanjian ini akan dianggap satu kontrak yang dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan hendaklah bagi

semua tujuan dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan pihak-pihak di sini

bersetuju berserah kepada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur atau mahkamah

sebarang bidang kuasa kompeten lain yang mana Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya memilih untuk

berserah kepada bidang kuasa tersebut dan seterusnya bersetuju bahawa penyampaian sebarang proses

undang-undang boleh dilaksanakan dalam cara yang dibentangkan di dalam ini. Pemegang Akaun menepikan

sebarang bantahan atas alasan tempat atau forum non-conveniens.

43. Keselamatan Kata Laluan

Anda bertanggungjawab melaksanakan keselamatan dan kawalan yang mencukupi terhadap semua ID

Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, PIN atau sebarang kod lain yang akan anda

gunakan untuk mengakses Akaun dan/atau Kad.

44. Pengecualian Liabiliti

Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian (termasuk sebarang

kerugian faedah, perbelanjaan yang ditanggung, kehilangan kontrak atau keuntungan atau kerugian berbangkit

lain, samada langsung atau tidak langsung) yang walau bagaimanapun jua ditanggung (samada melalui

ketinggalan atau keingkaran lain) berhubung dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang Akaun termasuk tetapi

tidak terhad kepada kerosakan atau kerugian yang ditanggung terhadap sebarang penyata, representasi atau

implikasi berkaitan dengan atau berbangkit daripada tindakan tidak membaharui atau membatalkan Akaun

dan/atau Kad atau sebarang pembatalan, penggantungan atau sekatan terhadap penggunaan Akaun dan/atau

Kad oleh Pemegang Akaun kecuali disebabkan kecuaian melampau oleh Bank.

45. Klausa Privasi

45.1 Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah membaca, memahami

dan bersetuju terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di

www.cimbbank.com.my) dan klausa-klausa di dalam ini, yang berkait dengan pemprosesan maklumat

peribadi Pemegang Akaun. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju

bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap digabungkan melalui rujukan ke dalam Perjanjian ini.

45.2 Sekiranya Pemegang Akaun memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pihak

ketiga, termasuk maklumat berhubung dengan waris dekat dan tanggungan Pemegang Akaun, bagi

tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan Bank atau

sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Pemegang Akaun (a) mengesahkan bahawa

Pemegang Akaun telah mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya berhak memberikan

maklumat ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya selaras dengan Perjanjian ini; (b)

bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah

tepat; (c) bersetuju mengemaskinikan Bank secara bertulis sekiranya terdapat apa-apa perubahan

material pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) menyetujui hak Bank untuk

menamatkan Akaun ini sekiranya kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga

tersebut.

45.3 Jika Pemegang Akaun mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang jenis transaksi rentas

sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butir-butir yang relevan bagi

transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan dengan mereka yang terlibat

dalam transaksi tersebut) mungkin diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana maklumat

tersebut boleh diakses (samada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak

berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipan sah mereka (misalnya pencegahan jenayah).

Dengan mengarahkan Bank dan/atau agen kami agar memasuki sebarang transaksi rentas sempadan

bagi pihak Pemegang Akaun, Pemegang Akaun menyetujui pendedahan di atas bagi pihak Pemegang

Akaun dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut.

45.4 Bank mungkin menggunakan agensi pelaporan/rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan,

misalnya apabila Bank perlu (a) menyemak butir-butir tentang permohonan bagi kemudahan kredit

dan berkaitan kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan

berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio Pemegang Akaun; dan/atau untuk

mendapatkan balik hutang. Pemegang Akaun akan dikaitkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit

kepada mana-mana nama lain yang kini atau pernah digunakan oleh Pemegang Akaun, dan mana-

mana pemohon bersama dan berasingan. Bank juga mungkin berkongsi maklumat tentang Pemegang

Akaun dan bagaimana Pemegang Akaun mengurus akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan

agensi pelaporan/rujukan kredit yang berkenaan.

45.5 Meskipun selepas Pemegang Akaun memberikan apa-apa maklumat kepada Bank, Pemegang Akaun

mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan

sedemikian, Bank mempunyai hak untuk tidak menyediakan atau berhenti menyediakan apa-apa

produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan maklumat tersebut.

45.6 Bagi tujuan Klausa 45 ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua

syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 dan syarikat yang

dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak

termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia,

dan penggunaan perkataan “Bank” hendaklah dibaca sebagai rujukan kepada Kumpulan CIMB.

45.7 Klausa ini adalah tanpa prejudis terhadap sebarang klausa lain dalam Perjanjian ini yang membuat

peruntukan bagi pendedahan maklumat.

46. Tiada Penyerahan Hak

Pemegang Akaun tidak boleh tanpa kebenaran bertulis Bank menyerah hak atau mewujudkan sebarang

kepentingan cagaran terhadap hak, hakmilik, manfaat dan kepentingan Akaun termasuk tetapi tidak terhad

kepada semua wang yang dipegang di dalamnya memihak kepada mana-mana orang kecuali dan melainkan

bahawa ini boleh diserah hak dan atau diwujudkan memihak kepada Bank.

47. Penerbitan Perjanjian ini di CIMB Clicks

47.1 Sesalinan Perjanjian ini diterbitkan di CIMB Clicks (atau mana-mana laman web lain yang boleh

diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memaklumkan Pemegang Akaun). Sekiranya Bank

mengubah atau meminda sebarang terma Perjanjian ini, versi yang dipinda dan dikemaskinikan akan

diletakkan di laman web Bank yang disebut sebelum ini.

47.2 Jika terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma-

terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma-terma dan

syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut

Terma & Syarat MasterCard Prabayar Lazada CIMB 27

sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pemegang Akaun dan dicatat dan diakui oleh Bank dalam

rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi

Akaun, maka versi terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi

yang lain.

47.3 Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang Perjanjian ini, Pemegang Akaun boleh menghubungi

Customer Resolution Unit (“CRU”) Bank di alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks

berikut (atau di sebarang alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks lain) yang boleh diubah

oleh Bank dengan memaklumkan Pemegang Akaun:-

Customer Resolution Department Aras 19, Menara Bumiputera Commerce, No 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: +603-6204 7788 Faks: +603- 26913248 Alamat e-mel: [email protected]