periuk tekanan elektrik midea

10
Periuk Tekanan Elektrik Midea Terima kasih kerana telah membeli Periuk Tekanan Elektrik Midea. Sila baca dan memahami buku panduan ini sebelum menggunakan unit ini. Simpan buku panduan ini untuk rujukan kelak. (Semua gambar hanya untuk rujukan, produk sebenar mungkin berbeza daripada gambar-gambar yang dipaparkan.) Model: MY-12CH501B

Upload: lamdiep

Post on 03-Feb-2017

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Periuk Tekanan Elektrik Midea

Periuk Tekanan ElektrikMidea

Terima kasih kerana telah membeli Periuk Tekanan Elektrik Midea. Sila baca dan

memahami buku panduan ini sebelum menggunakan unit ini. Simpan buku

panduan ini untuk rujukan kelak.

(Semua gambar hanya untuk rujukan, produk sebenar mungkin berbeza daripada

gambar-gambar yang dipaparkan.)

Model:

MY-12CH501B

Page 2: Periuk Tekanan Elektrik Midea

1

Langkah-langkah Perlindungan Penting

1.Sila baca buku panduan ini dengan teliti sebelum menggunakan unit ini.

2.Jangan letakkan unit ini di tempat yang tidak stabil. Dilarang gunakan unit ini di atas surat khabar, kusyen atau benda-benda lain yang mudah menyebabkan lubang pengudaraan di bawah unit ini tersumbat.

3.Jangan sesekali gunakan unit ini di tempat berdekatan dengan air atau api. Jangan gunakan unit ini di tempat yang terdedah secara langsung kepada sinaran matahari atau percikan minyak. Letakkan unit ini di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

4.Jangan rendamkan unit ini, dawai kuasa atau palam kuasa di dalam air atau cecair yang lain.

5.Jika mana-mana alat ganti seperti wayar dan plag sudah rosak atau gagal berfungsi, berhentikan penggunaan unit ini dengan serta merta dan dihantar ke pusat perkhidmatan untuk diperiksa. Pemeriksaan oleh pengguna dengan sendiri adalah dilarang sama sekali.

6.Jangan membuat penukargantian tanpa kebenaran ke atas mana-mana bahagian dalam periuk tekanan kerana ia mungkin mengakibatkan renjatan elektrik, kebakaran atau kecederaan.

7.Sebelum setiap penggunaan, sila periksa pengadang anti-sumbat, injap apungan dan injap ekzos bebas daripada sebarang sekatan; lap permukaan periuk dalaman dan plat pemanas bagi memastikan ia bebas daripada sebarang objek asing; periksa injap ekzos sama ada berada pada kedudukan kedap.

8.Ketika unit ini digunakan, jangan pasangkan kord kuasa di tempat yang mudah terserandung.

9.Elakkan memasak makanan yang mudah mengembang seperti laver (rumpai air) dan oat kisar dengan periuk tekanan kerana ia boleh menyebabkan pengadang anti-sumbat menjadi tersumbat.

10.Makanan kering hendaklah direndam sebelum dimasak.11.Kandungan makanan yang dimasak tidak boleh melebihi tanda

MAX seperti yang ditunjukkan pada periuk dalaman.12.Ketika unit ini berfungsi, jangan sesekali alihkan unit ini dan

dilarang buka penutupnya secara paksa.13.Ketika unit ini berfungsi, jangan dekatkan tangan atau muka

pada injap ekzos atau injap apungan bagi mengelakkan kelecuran.

14.Ketika unit ini berfungsi, jangan sentuh penutup periuk dengan tangan bagi mengelakkan kelecuran.

Page 3: Periuk Tekanan Elektrik Midea

2

Important safeguards

15.Apabila tamatnya proses memasak, jangan buka penutup periuk sehingga anda pasti semua tekanan dalam periuk telah dibebaskan.

16.Ketika penutup periuk dibuka selepas memasak, jangan sentuh periuk dalaman dan bahagian dalam penutup dengan tangan secara langsung bagi mengelakkan kelecuran.

17.Padamkan suis kuasa atau tanggalkan plagnya sebelum membersihkan unit ini.

18.Unit ini dilarang digunakan untuk kegunaan lain yang selain daripada ditetapkan.

19.PERINGATAN: Bagi mengelakkan kebahayaan akibat alat perintang termal diset semula secara tidak sengaja, unit ini tidak boleh dibekalkan aliran elektrik melalui alat pertukaran luaran, contohnya alat pemasa atau bersambungan dengan litar yang kerap dipasang atau dipadamkan mengikut kegunaan.

20.Orang dewasa hendaklah mengawasi kanak-kanak daripada mempermainkan unit ini.

21.Unit ini dilarang dikendali oleh orang-orang (termasuk kanak-kanak ) kurang upaya fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan unit ini oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.

22.Unit ini direka khas untuk kegunaan rumahtangga dan di tempat seumpamanya sepertit: kawasan dapur pekerja di kedai, pejabat dan persekitaran kerja yang lain; rumah ladang; digunakan oleh pelanggan di hotel, motel dan persekitaran inap yang lain; persekitaran inap sarapan.

23.Jika kord kuasa unit ini sudah rosak, ia mesti ditugar ganti dengan kord khas atau yang disediakan oleh pengilang atau ejen perkhidmatannya.

24.Saluran di dalam regulator tekanan yang membenarkan pembebasan wap air hendaklah diperiksa secara berkala bagi memastikan ia tidak tersumbat. Pengguna harus diberi maklumat tentang bagaimana caranya untuk membuka unit ini dengan selamatnya dan menyatakan unit ini tidak boleh dibuka sebelum tekanan di dalamnya telah dibebaskan dengan sepenuhnya.

25.Unit ini hanya untuk kegunaan rumahtanggan, jangan digunakan di luar rumah.

Page 4: Periuk Tekanan Elektrik Midea

3

240V~50/60Hz

30kPa-60kPaMY-12CH501B 50 900W 5L

Spesifikasi

Bekalan Kuasa

Model Kuasa Spek Tekanan bekerjaIsi padu

Langkah-langkah Perlindungan Penting

Peringatan

Persediaan Sebelum Memasak

Huraian Produk

..........(1)

......

... (5)

(5)

(6)

(7)

(7)

........................(4)

.......................

..............

........................

.............

......................

Arahan Penggunaan

Pembersihan Selepas Penggunaan

Penyelesaian Masalah

Kandungan

Page 5: Periuk Tekanan Elektrik Midea

Diwajibkan

Baca arahan penggunaan sebelum menggunakan produk.

Hanya gunakan kord kuasa yang dibekal kan khas untuk unit ini.

Sebelum pasang suis kuasa, pastikan penutup ditutup ketat pada

kedudukan yang ditetapkan.

Jangan masak makanan yang mudah berbuih atau mengembang

seperti laver (rumpai air) dan oat dalam unit ini bagi mengelakkan

gejala tersumbat.

Produk ini dilarang untuk kegunaan lain selain daripada yang

ditetapkan.

Gunakan soket kuasa 240V ~ frekuensi 50/60Hz.

Jangan gunakan kord kuasa yang rosak.

Jangan pasang plag dengan tangan yang basah.

Tanggalkan plag apabila unit ini tidak digunakan.

Produk ini tidak boleh direndam dalam air atau di bawah simbahan

air hujan.

Jangan gunakan periuk dalaman lain yang bukan dibekalkan khas

untuk unit ini.

Jangan letakkan periuk di atas perkakas dapur yang lain untuk

dipanaskan.

Ketika unit ini berfungsi, jangan dekatkan tangan pada bukaan injap

ekzos.

Jangan disentuh apabila unit ini dalam proses memasak.

Dilarang gunakan periuk lain dalam proses pemanasan.

Jangan masukkan objek asing.

Jangan diletakkan di tempat yang dapat dicapai oleh kanak-kanak.

Pengubahsuaian atau pembaikan oleh juruteknik amatur dilarang

sama sekali.

Amaran ketika membuka penutup, jika didapati penutup sukar dibuka,

jangan dibuka secara paksa.

Periksa penutup injap ekzos bagi memastikan ia tidak tersumbat.

Pegang pemegang plag ketika mencabut keluar plag dari soketnya.

Kuantiti bahan masakan di dalam periuk dalaman tidak boleh

melebihi paras MAX.

Pegang pemegang pada badan periuk ketika mengalihkan unit ini.

4

Sebelum penggunaan buat kali pertama, sila keluarkan semua aksesori dari badan periuk dan baca buku panduan pengguna dengan teliti. Tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap arahan penggunaan dan amaran bagi mengelakkan sebarang kerosakan harta benda atau kecederaan manusia.

Dilarang Amaran Peringatan

PERINGATAN

Page 6: Periuk Tekanan Elektrik Midea

Sebelum penggunaan buat kali pertama, sila keluarkan semua aksesori dari badan periuk dan baca buku panduan pengguna dengan teliti. Tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap arahan penggunaan dan amaran bagi mengelakkan sebarang kerosakan harta benda atau kecederaan peribadi.

5

Pegang gagang penutup dengan kukuh dan putar penutup mengikut arah ikut jam hingga terkeluar dari pembatas, lalu diangkat ke atas.

Huraian Produk

Persediaan Untuk Memasak

Buka penutup periuk dengan betul

Pembatas penutup

Periksa sama ada gasket, injap apungan dan pengadang anti-sumbat berkeadaan bersih. Jika terdapat sebarang kotoran, bersihkan dengan serta merta.

Periksa sama ada pengadang anti-sumbat berkeadaan longgar. Jika ya, ketatkannya dengan serta merta. Selepas pemeriksaan, pasangkan komponen gasket pada penutup atas dengan betul.

Keluarkan periuk dalaman, masukkan semua bahan dan air di dalam periuk dalaman.

Jumlah air dan bahan masakan tidak boleh melebihi tanda MAX pada periuk dalaman.

Untuk menanak nasi, kuantiti beras dan air tidak harus melebihi tanda MAX pada periuk dalaman.

Letakkan periuk dalaman di dalam periuk tekanan elektrik

Sebelum itu, lap bahagian luar periuk dalaman dan bahagian dalam periuk luaran bagi memastikan ia bebas daripada sebarang objek asing dan air.

Setelah diletakkan di dalam unit ini, putar periuk dalaman ke kiri dan ke kanan bagi memastikan ia bersentuhan sepenuhnya dengan plat pemanas.

Tutup penutup dengan sebaik-baiknya

Terima kasih kerana membeli Periuk Tekanan Elektrik Media. Periuk

Tekanan Elektrik jenama ini

Mmenerapkan struktur “” (please replace with the correct icon) yang unik untuk mengatasi keselamatan memasak dengan tekanan secara berkesan.

Struktur “plat” pemanasan pula berkesan untuk menangani masalah tekanan dalam periuk tekanan elektrik yang semakin berkurangan.

Page 7: Periuk Tekanan Elektrik Midea

Bahagian arahan ini merangkumi semua fungsi produk. Sila baca

dengan teliti.

6

------------

Arahan Penggunaan

Hidupkan suis kuasa

Memilih tahap fungsi yang dikehendaki

Fungsi Nasi Bubur Nasi Bubur

Cawan penyukat

Kuantiti air Tanda 2

2 cawan 0.5 cawan 0.5 cawan

Tanda 2-3 Tanda 2-3

Menutup penutup pembatasSetelah ditutup dengan penutup

atas, putar penutup ke

kedudukan kunci.

Pastikan ia dikunci pada

tempatnya, jika tidak, periuk

tidak akan berfungsi.

Selaraskan kedudukan injap ekzos dengan betul

Gerakkan injap ekzos ke zon kedap dan

periksa sama ada injap apungan jatuh ke

bawah (injap apungan berkeadaan jatuh

sebelum pemanasan)

Penutup boleh dibuka

Dilarang membuka penutup

Setelah lengkapkan langkah persediaan untuk memasak seperti yang dinyatakan di mukasurat 5.

Berikut merupakan rujukan silang untuk memasak beraneka hidangan

dengan periuk ini.

Pengguna juga boleh melaraskan skala mengikut citarasa peribadi.

Apabila suis dipasang, lampu petunjuk fungsi “pemanasan” akan

bernyala dan periuk tekanan elektrik bersedia untuk berfungsi.

Pengguna juga boleh membuat pelarasan yang bersesuaian terhadap

fungsi yang ditetapkan berdasarkan citarasa dan pengalaman

memasak peribadi.

Apabila tamatnya proses memasak, unit ini akan masuk ke mod kekal panas secara automatik

Page 8: Periuk Tekanan Elektrik Midea

Apabila tombol kembali kepada kedudukan “Masa Tekanan”,

bermaksud proses pemanasan sudah tamat, lampu petunjuk kekal

panas akan bernyala dan unit ini akan masuk ke mod kekal panas.

Tanggalkan plagnya jika hidangan tidak perlu dikekal panas selepas

unit ini masuk ke mod kekal panas.

Makanan berair yang dimasak secara stew mungkin akan kekeringan.

Letakkan sehelai tuala basah di atas penutup bagi mempercepatkan

proses penyejukan sehingga injap apungan jatuh.

Proses penyejukan penutup secara semula jadi atau kekal panas untuk

masa panjang tidak disyorkan kerana ia mungkin menjejaskan rasa dan

kualiti bubur.

Tolak rod tolakan dengan tangan

Pasangkan gasket dengan baikPenutup periuk sukar dapat

ditutup

Injap apungan tidak dapat jatuh ke bawah selepas wap dibebaskan

Press the float valve lightly withchopsticksTekan injap apungan dengan penyepitBuka Penutup apabila tekanan di dalamnya berkurangan

Masalah-masalah Cara-cara penyelesaianPunca-punca yang mungkin

Rod tolakan tersekat oleh injap apungan

Gasket tidak dipasangkan dengan baik

7

Tiada gasketKebocoran dari penutup

Penyelesaian Masalah

Selepas setiap penggunaan, lakukan kerja pembersihan secara terus-

menerus.

Sebelum kerja pembersihan, tanggalkan plag dan hanya menjalankan

kerja pembersihan dan penyelenggaraan setelah unit ini menyejuk

dengan sepenuhnya.

Tanggalkan penutup dan keluarkan periuk dalaman, basuh dengan

bahan pencuci, bilas dengan air dan lap dengan kain lembut.

Gunakan air bersih untuk mencuci penutup, termasuk gasket, injap

ekzos, pengadang anti-sumbat, teras injap ekzos dan injap apungan,

lepas itu dilap hingga bersih dengan kain. Pasangkan semula dengan

betul pada penutup selepas pembersihan.

Lap badan periuk dengan kain. Jangan rendamkan badan periuk

dalam air atau dibasuh di bawah simbahan air.

Masih ada tekanan di dalam periuk

Membuka penutup dengan selamatnya

Pembersihan selepas penggunaan

Penutup periuk sukar dapat

dibuka

Page 9: Periuk Tekanan Elektrik Midea

Plag tidak dipasang dengan baik pada soket.

Gantikan gasket injap apungan dengan yang baru

Lampu tidak bernyala apabila suis kuasa dipasang

Injap apungan tidak dapat naik ke atas

Kebocoran dari injap apungan

8

kebocoran dari penutup

Penutup dibuka lebih awal

Kes-kes luar biasa seperti di atas tidak semestinya

berpunca daripada kegagalan mekanikal. Sila lakukan

pemeriksaan dengan teliti sebelum unit ini dihantarkan

untuk dibaiki.

Sisa makanan terlekat pada gasket

Bersihkan gelang gasket

Gasket sudah haus Gantikan gelang gasket dengan yang baru

Penutup tidak ditutup dengan ketat Tutup Penutup semula dengan baik

Sisa makanan terlekat pada gelang gasket injap apungan

Berishkan gelang gasket injap apungan

Gelang gasket injap apungan sudah haus

Terlalu sedikit bahan dan air di dalam periuk dalaman

Terdapat sedikit kebocoran dari tudung atau injap ekzos

Masukkan bahan dan air seperti yang dicadangkan Hantar ke pusat perkhidmatan untuk diperiksa

Pembebasan wap dari injap ekzos tidak berhenti

Injap ekzos tidak berada pada kedudukan kedap

Pengawal tekanan sudah rosak

Tolak injap ekzos ke kedudukan kedap

Hantar ke pusat perkhidmatanuntuk diselenggara

Periksa soket.

Nasi separuh masak / terlalu keras

Terlalu sedikit air ditambah Tambahkan air yang secukupnya

Penutup ditutup terlalu lama

Pastikan tombol pemasa kembali ke kedudukan padam dan tanpa sebarang tekanan di dalam periuk, baru dibuka penutupnya.

Apabila tamatnya proses memasak, bebaskan wap dan buka penutup dalam masa 5 minit

Nasi terlalu lembut

Terlalu banyak air ditambah Kurangkan kuantiti air

Page 10: Periuk Tekanan Elektrik Midea

Penyataan Khas

Tambahan: Sebarang peningkattarafan dari segi teknikal akan dirangkum dalam buku panduan versi terbaru tanpa memberi sebarang notis. Rupa bentuk dan warna pada produk yang sebenar akan dianggap mutlak jika terdapat sebarang perubahan.