perhubungan awam

Upload: -

Post on 17-Jul-2015

871 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CIK JUWAIRIAH BINTI HASSAN

WAN NASEIRA BINTI WAN HARONPID 10053

PENGENALAN* PR berfungsi untuk memantau proses komunikasi dua-hala antara organisasi dengan publik-publiknya.

* PR juga digunakan sebagai alat untuk menilai dan mengukur tahap kejayaan dan kegagalan sesuatu proses komunikasi. Komunikasi dua-hala bermatlamat untuk mewujudkan persefahaman antara organisasi dengan publik di mana melalui proses komunikasi tersebut pendapat publik dapat dikumpul untuk dijadikan sandaran perencanaan dan perencanaan PR seterusnya.

Proses PR yang strategik memerlukan usaha

pemikiran,perencanaan dan pengorganisasian yang dinamik dan rasional dalam kalangan setiap individu ahli organisasi. Tujuannya ialah setiap individu yang terlibat dalam aktiviti PR

perlu mempunyai pengetahuan dan keterampilan PR, kejujuran, kewibawaan, kesetiaan dan kesungguhan. Dalam PR, aplikasi komunikasi yang terlibat adalah

bersandarkan komunikasi kemanusiaan yang berbentuk persuasif dan informatif.

Komunikasi persuasif merupakan komunikasi yang dilaksanakan tanpa

menggunakan paksaan. Pendekatan adalah bersifat dorongan dan mempunyai ciri-ciri berikut:

Maklumat yang disampaikan adalah berdasarkan keperluan sasaran atau

audiens. Komunikator yang terlibat adalah berkeupayaan untuk membentuk pendapat yang positif terhadap sasaran dan seterusnya berjaya memberi dorongan. Sasaran berjaya didorong untuk terlibat dengan tindakan komunikator. Penglibatan sasaran adalah diikuti dengan perubahan sikap dan tindakan. Perubahan sikap perlu diakhiri dengan penglibatan dan penyertaan.

PENYELIDIKAN DAN PENGURUSAN PERHUBUNGAN AWAM YANG STRATEGIKo Seorang pengamal PR seharusnya peka dengan kepentingan tanggapan publik terhadap organisasi kerana ia penting kepada keutuhan masa depan organisasi. o Dalam PR, penyelidikan adalah satu kaedah untuk mengupul pelbagai maklumat dan data. Berdasarkan maklumat tersebut analisis pengurusan yang seterusnya dapat dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu isu yang menjadi dasar pelaksaan aktiviti PR.

Antara masalah atau kekangan dalam pelaksanaan proses penyelidikan PR ialah:1.

2.

3.

Pengawalseliaan persekitaran sosial PR bukanlah suatu kerja mudah terutama dalam proses penyelidikan. Persekitaran sosial sentiasa sahaja berubah-ubah yang mengakibatkan kesukaran untuk mengawal angkubah penyelidikan. Oleh itu tanpa maklumat penyelidikan yang menyeluruh, pengamal akan menghadapi risiko ketidakjelasan dan ketidaklengkapan maklumat. Tinjauan PR menjelaskan bahawa bidang penyelidikan adalah antara bidang yang banyak dipelajari oleh ahli atau golongan profesional termasuk profesional PR. Terdapat kefahaman yang rendah mengenai penyelidikan PR dalam kalangan majikan dan pengamal PR yang diakibatkan oleh umur hayat PR yang masih muda.

4. Terdapat pendapat yang meletakkan bidang penyelidikan sebagai perkara kedua selepas orientasi kegiatan utama. Akibatnya keutamaan penyelidikan sebagai asas bertindak tidak signifikan dan tidak boleh mendominasi arah tuju pelaksanaan PR. 5. Situasi yang jelas dalam konteks Malaysia, kebanyakan aktiviti PR dilaksanakan hanya dengan melihat kepada arah aliran semasa sesuatu isu yang dirumus tanpa penyelidikan menyeluruh. Bagi mengatasi kekangan terhadap proses penyelidikan tersebut, sewajarnya setiap aktiviti PR yang hendak dilaksanakan terlebih dahulu dilakukan penyelidikan. Penyelidikan tersebut boleh dilakukan serentak dengan pelaksanaan aktiviti PR, iaitu melalui perencanaan PR yang strategik.

Perencanaan strategik (PS) merupakan suatu penentuan tentang situasi di mana organisasi akan berada pada masa akan datang dan bagaimana untuk sampai ke tempat berkenaan. PS menentukan arah organisasi secara proaktif dan mengelak perulangan aktiviti yang biasa yang boleh mengalih atau mengubah arah.

Empat Langkah Perencanaan Strategik Dalam Perhubungan Awam: 1. 2. 3. 4. Definisi masalah Perencanaan dan perancangan Pelaksanaan tindakan Penilaian program

PENDEFINISIAN MASALAH

Setiap masalah perlu didefinisikan serta perlu diberi perhatian khusus mengenai pelbagai bentuk masalah yang wujud dalam sesuatu organisasi. Pada tahap ini PR khasnya dan pihak pengurusan organisasi amnya harus mengenalpasti perkara-perkara yang menjadi penyumbang masalah. PERENCANAAN DAN PERANCANGAN Maklumat yang diperoleh akan diguna oleh organisasi untuk mengadakan suatu keputusan yang meyakinkan terutama untuk membentuk aktiviti, tujuan, tindakan, strategi komunikasi, teknik dan halatuju organisasi. Tahap ini melibatkan perencanaan dan perancangan organisasi dalam kegiatan PR.

PELAKSANAAN

Tahap ketiga melibatkan pelaksanaan program tindakan dan komunikasi . Bagaimanapun organisasi perlu menghubungkan objektif organisasi dengan publik sasaran, jenis atau bentuk kaedah yang perlu diambil perhatian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. PENILAIAN PROGRAM Langkah terakhir ialah penilaian program. Penilaian melibatkan rumusan , kesimpulan yang dibuat untuk mengukur tahap pencapaian program. Pemulihan perlu dilakukan segera selepas penilaian, walaupun program masih lagi dalam proses pelaksanaan.

PENYELIDIKAN DAN PERUBAHAN SIKAP Pengamal PR sewajarnya mengaplikasikan pendekatan berfikir seorang penyelidik. Seseorang penyelidik menganggap bahawa proses penyelidikan sebagai suatu proses yang mudah, iaitu sebagai situasi mengadaptasi minda dan sikap secara akrab terhadap perubahan. Matlamat penyelidikan juga dilihat sebagai suatu usaha untuk membuat sesuatu dengan lebih baik dan positif yang sentiasa merancang keperluan masa depan dan bukannya melihat apa yang telah berlaku semalam. Penyelidikan melibatkan gabungan beberapa aktiviti seperti merancang, merangka polisi, membentuk dan meneruskan program selaras dengan objektif organisasi.

* Keberkesanan PR bermula dengan kesediaan pengamal PR untuk mendengar segala maklum balas daripada publik. Perkara tersebut memerlukan seseorang pengamal PR untuk bersikap terbuka dan berdaya usaha secara sistematis bagi mendapatkan maklum balas daripada publik.

* Maklum balas dianggap sebagai alat atau mekanisme yang cukup penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu proses komunikasi.

* Penyelidikan terhadap kesan tindak balas yang didengar oleh audiens terhadap isu dianggap sebagai elemen penting bagi organisasi untuk memulakan suatu pengurusan aktiviti PR. * Maklum balas daripada audiens kepada komunikator telah dibuat sebelumnya sama ada telah diterima atau difahami akan dianggap sebagai mesej yang jelas dan boleh dijadikan asas tindakan bagi membantu organisasi untuk membuat kerja susulan yang sistematik.