perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia ogos · pdf filepegawai sains gred utama, khas...

21
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS 2015 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 18 OGOS 2015 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.15 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: vanngoc

Post on 18-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS 2015

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI

ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

18 OGOS 2015 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.15 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia dan Salam 1Kimia.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat

Allah s.w.t. kerana dengan izin dan

limpah kurniaNya, dapat kita bersama-

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

4

sama dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu

Pejabat bagi bulan Ogos 2015 pada

pagi yang berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengarah dan warga kerja Bahagian

Kesihatan Alam Sekitar (KAS)

kerana telah mengatur dan

menganjurkan Majlis Perhimpunan

Bulanan kita pada pagi ini dengan baik

sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

5

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[PEGAWAI KEMBALI KE

RAHMATULLAH]

3. Seperti semua sedia maklum, pada 28

Julai yang lepas Jabatan Kimia

Malaysia telah kehilangan seorang

Pegawai Sains yang begitu

berdedikasi iaitu En. Baharin bin Abu

yang telah kembali ke rahmatullah

pada 28 Julai yang lepas. Arwah telah

meninggalkan seorang balu dan 4

orang anak. Semoga roh nya dicucuri

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

6

rahmat dan ditempatkan di kalangan

mereka yang soleh dan beriman.

Al-Fatihah...

[PENEMPATAN & PEMANGKUAN

PEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS &

C52]

4. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada Puan Rosnah binti Awang dan

Puan Hasnah binti Hussin atas

penempatan dari Pegawai Sains Gred

Khas C ke Gred Utama C. Untuk

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

7

makluman, Pn. Rosnah

dipertanggungjawabkan sebagai

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

manakala Pn. Hasnah pula bertindak

sebagai Timbalan Ketua Pengarah

(Operasi).

5. Saya juga ingin mengucapkan syabas

dan tahniah kepada 3 orang pegawai

atas pemangkuan ke Pegawai Sains

Gred Khas C berkuatkuasa pada 16

Ogos lepas iaitu:

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

8

En. Baktiar bin Kassim : sebagai

Pengarah PJK

En. Halmi bin Ahmad : sebagai

Pengarah IKTD

Pn. Zaiton binti Ariffin : sebagai

Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia,

Cawangan Johor. Pn. Zaiton telah

memohon untuk penangguhan ke 7

September 2015.

6. Tahniah jua diucapkan kepada Cik

Rami Gendang atas pemangkuan ke

Pegawai Sains Gred C52 sebagai

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

9

Pengarah Jabatan Kimia Malaysia,

Cawangan Sibu menggantikan

En.Khairul Hadi bin Abd. Raof.

7. Saya amat berharap agar atas

pemangkuan ini, anda semua akan

menggandakan usaha untuk

mengangkat tinggi nama Jabatan

Kimia Malaysia. Tahniah sekali lagi.

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

10

Hadirin sekalian,

[ASCLD/LAB-International Assessment]

8. Untuk makluman, ASCLD/LAB-

International Assessment untuk

migrasi daripada ASCLD/LAB-Legacy

ke ASCLD-LAB-International bagi

Makmal Cawangan Perak, Melaka,

Terengganu, Kuching dan Kota

Kinabalu telah dijalankan mengikut

jadual yang telah ditetapkan pada 19

– 24 April 2015 yang lalu. Seramai 16

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

11

orang Assessor telah hadir bagi tujuan

tersebut.

9. Di sini juga saya ingin merakamkan

ucapan terima kasih kepada pegawai

dan kakitangan Bahagian Forensik Ibu

Pejabat dan lima (5) Makmal

Cawangan yang telah terlibat samada

secara langsung atau tidak langsung

dalam memastikan assessment ini

berjalan dengan lancar.

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

12

10. Dimaklumkan bahawa sebanyak 87

CAR telah diutarakan. Semua CAR

tersebut berjaya diselesaikan pada

masa yang ditetapkan. Saya ingin

mengingatkan pengarah-pengarah

cawangan lain, agar mengambil berat

berkenaan dengan perkara ini di masa

hadapan. Perkara ini adalah serius

dan akan mempengaruhi imej Jabatan

kita.

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

13

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[MESYUARAT KETUA - KETUA

BAHAGIAN / CAWANGAN JABATAN

KIMIA MALAYSIA BIL. 2/2015]

11. Pada 2 hingga 5 Ogos 2015 yang

lepas, Mesyuarat Ketua-ketua

Bahagian/Cawangan Jabatan Kimia

Kimia Malaysia Bil.2/2015 (HOD

Bil.2/2015) telah diadakan di Felda

Residence, Kuala Terengganu.

Seramai 36 orang ahli mesyuarat telah

menyertai mesyuarat ini yang terdiri

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

14

daripada Ketua Pengarah, Pengarah

Bahagian, Pengarah-pengarah

Cawangan dan Ketua-ketua Seksyen

Ibu Pejabat.

12. Mesyuarat HOD kali ini memberi

tumpuan kepada aspek Pencapaian

Setengah Tahun Jabatan (sehingga

Jun 2015), Pencapaian Pelan

Korporat 2010-2015, dan seterusnya

pembentangan Pelan Strategik

Jabatan/Permohonan RMKe-11.

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

15

Selain itu, turut dibincangkan isu-isu

teknikal bagi semua bidang

perkhidmatan (Forensik, Kesihatan

Alam Sekitar, Industri dan Klasifikasi

Tarif Dagangan dan Penyelidikan

Jaminan Kualiti) serta isu-isu

pengurusan dan kewangan.

Hadirin sekalian,

[SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2015]

13. Kita akan menyambut Hari

Kemerdekaan Negara tahun 2015

pada 31 Ogos ini. Sambutan Hari

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

16

Kemerdekaan atau Kebangsaan pada

tahun 2015 lebih menekankan kepada

semangat kejiwaan dan bersatu hati

rakyat Malaysia apabila “Sehati

Sejiwa” dipilih sebagai tema sambutan

Hari Kemerdekaan tahun 2015.

14. Pemilihan tema “Sehati Sejiwa” telah

diumumkan oleh Menteri Komunikasi

dan Multimedia. “Sehati Sejiwa”

mencerminkan roh kesepaduan,

kesefahaman, kekitaan dan

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

17

kemanusiaan seluruh rakyat di negara

ini selain melambangkan semangat

kesepaduan yang dimiliki oleh semua

rakyat tidak kira di mana mereka

berada.

15. Sebagai makluman, mulai tahun 2015

sambutan Hari Kebangsaan dan Hari

Malaysia tidak lagi disebut

berdasarkan ulang tahun, sebaliknya

mengikut tahun.

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

18

16. Saya ingin menyarankan agar semua

warga Kimia untuk mengibarkan

bendera Jalur Gemilang kebanggaan

kita. Sayangilah Malaysia...

Hadirin sekalian,

[HARI KIMIA & ANDA 2015]

17. Hari ini merupakan suatu tarikh

penting bagi Jabatan Kimia. Kita akan

mengadakan Hari Kimia & Anda 2015

atau lebih sinonim sebagai Hari

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

19

Terbuka Kimia. Tema bagi tahun ini

adalah “Discovery @ Kimia Malaysia”.

18. Program Hari Terbuka Kimia 2015 ini

merupakan salah satu inisiatif yang

diambil oleh pihak Jabatan untuk:

Memberi kesedaran kepada orang

ramai mengenai fungsi dan

perkhidmatan Kimia Malaysia

termasuk memperkenalkan bidang-

bidang kerja baru dan teknologi

terkini seperti peralatan saintifik

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

20

makmal yang digunakan dan hasil

inovasi Jabatan;

Mengeratkan hubungan mesra di

antara Kimia Malaysia dengan

pelanggan dan orang ramai; dan

Memberi peluang kepada

pelanggan dan orang ramai

memberi maklumbalas, mendapat

penjelasan dan maklumat

mengenai perkara yang

berkaitrapat dengan perkhidmatan

Kimia.

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS · PDF filePEGAWAI SAINS GRED UTAMA, KHAS & C52] 4. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Rosnah binti Awang dan ... Kemerdekaan

21

19. Berbanggalah menjadi Warga Kimia.

Diharap dengan adanya program

tahunan ini, masyarakat umum akan

lebih mengetahui kepentingan Jabatan

Kimia Malaysia pada negara.

20. Sebelum saya mengakhiri ucapan

pada kali ini, dengan rasa penuh

sukacitanya saya rasmikan “Hari

Kimia & Anda 2015”.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.