percubaan terengganu 2015

6
Percubaan Terengganu 2015 1 “Mengapakah _________ suka mengganggu aku?” kata Irfan kepada Malik dengan marah. A anda C saudari B engkau D saudara 2. “_____________ yakin bahawa satu hari nanti pasti Portugis akan dapat menakluk bumi ini,” kata bendahara Tun Perak kepada beberapa orang pengawal istana. A Saya C Patik B Beta D Hamba Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah 3. Ayah sedang ___ dahan pokok bunga menggunakan parang. A menebas C mengemas B mengerat D memangkas Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4. Puan Sabrina sedang _________ kuih pau yang ditempah oleh pelanggannya. A mengukus C mereneh B merebus D memasak 5. Pisau yang ___________ menyukarkan ibu untuk menghiris bawang itu. A rata C tumpul B tebal D runcing 6. Pada setiap hari, Puan Soh menyediakan makanan yang _________________ dan berkhasiat untuk keluarganya. A elok C molek B lazat D harum 7. Mak Cik Rokiah tidak tahan bau ikan keli yang sangat _____________ itu. A hanyir C busuk B hamis D tengik 8. Tiang yang telah rosak itu perlu ditukar ________ tiang yang baharu dan kukuh. A terhadap C dengan B daripada D dari 9. Oleh sebab hujan lebat, _______perlawanan akhir bola sepak itu terpaksa di tunda. A dan C atau B lalu D maka 10. Tok Kijal akan terus mengusahakan sawahnya ___________ dia masih terdaya. A sejak C sambil B selagi D apabila Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah. 11. Darlina menyimpan wang RM50 di _____Kamus Pelajar. A celah B utara C tepi D sisi 12. Pertandingan bercerita itu _________ diadakan seperti biasa pada setiap tahun. A telah C masih B belum D sedang 13. Sila ________ nama kamu dengan jelas dan terang pada petak yang disediakan. A tuliskan C dituliskan B menulis D menuliskan 14. Cikgu Chew memberi ____________ kepada murid-muridnya tentang cara-cara menulis surat rasmi. A keterangan C diterangkan B penerangan D menerangkan

Upload: cptan

Post on 08-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Percubaan Terengganu 2015

Percubaan Terengganu 2015

1 “Mengapakah _________ suka mengganggu aku?” kata Irfan kepada Malik dengan marah. A anda C saudari B engkau D saudara

2. “_____________ yakin bahawa satu hari nanti pasti Portugis akan dapat menakluk bumi ini,” kata bendahara Tun Perak kepada beberapa orang pengawal istana. A Saya C Patik B Beta D Hamba

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah 3. Ayah sedang ___

dahan pokok bunga menggunakan parang. A menebas C mengemas B mengerat D memangkas

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4. Puan Sabrina sedang

_________ kuih pau yang ditempah oleh pelanggannya. A mengukus C mereneh B merebus D memasak

5. Pisau yang ___________ menyukarkan ibu untuk menghiris bawang itu. A rata C tumpul B tebal D runcing

6. Pada setiap hari, Puan Soh menyediakan makanan yang _________________ dan berkhasiat untuk keluarganya. A elok C molekB lazat D harum

7. Mak Cik Rokiah tidak tahan bau ikan keli yang sangat _____________ itu. A hanyir C busuk B hamis D tengik

8. Tiang yang telah rosak itu perlu ditukar ________ tiang yang baharu dan kukuh. A terhadap C dengan B daripada D dari

9. Oleh sebab hujan lebat, _______perlawanan akhir bola sepak itu terpaksa di tunda. A dan C atau B lalu D maka

10. Tok Kijal akan terus mengusahakan sawahnya ___________ dia masih terdaya. A sejak C sambil B selagi D apabila

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah. 11. Darlina menyimpan

wang RM50 di _____Kamus Pelajar.

A celah B utara C tepi D sisi

12. Pertandingan bercerita itu _________ diadakan seperti biasa pada setiap tahun.

A telah C masih B belum D sedang

13. Sila ________ nama kamu dengan jelas dan terang pada petak yang disediakan. A tuliskan C dituliskan B menulis D menuliskan

14. Cikgu Chew memberi ____________ kepada murid-muridnya tentang cara-cara menulis surat rasmi. A keterangan C diterangkan B penerangan D menerangkan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Atilia dan keluarganya tinggal di ___ sejak dua tahun yang lalu. A rumah panjang C rumah banglo B rumah pangsa D rumah teres

16. Majlis ______________ di kampung itu diadakan secara gotong-royong sahaja. A suku-sakat C ramah-tamah B punah-ranah D kenduri-kendara

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah. 17 Encik Aiman

menggunakan ___________untuk mengukur sudut kayu itu. A kekisi C sesiku B kekuda D tetupai

Soalan18 berdasarkan gambar di bawah. 18 Pihak polis telah

berjaya menemui beberapa ____________ senapang ketika menggeledah rumah perompak itu. A das C biji B laras D keping

19 Abang berjanji untuk melunaskan semua hutang PTPTN yang tertunggak. PIlih perkataan seerti bagi melunaskan. A melangsaikan C menyerahkan

Page 2: Percubaan Terengganu 2015

B menghulurkan D melupakan20 Encik Alif sedang mengecat tembok pagar

rumahnya yang telah pudar. Pilih perkataan berlawan bagi pudar. A gelap C suram B terang D bersinar

Soalan 21 dan 22 Pilih ayat-ayat yang mengunakan perkataan bergaris dengan betul. 21 I Harimau bintang itu bebas dari kurungannya.

II Tali yang mengikat mangsa culik itu telah bebas.

III Sudah 58 tahun negara kita bebas daripada penjajah.

IV Anak Puan Ani yang berumur dua tahun itu sudah bebas bercakap.

A I dan III C III dan IV B II dan III D I dan IV

22 I Pokok durian di kebun itu berbuah lebat pada tahun ini.

II Lalang yang lebat di belakang rumah Mak Cik Leha itu telah dipotong.

III Usahawan kerepek pisang yang lebat wang itu membelanjai pekerja-pekerjanya.

IV Pelakon yang berambut lebat itu telah dipilih sebagai duta bagi produk syampu itu.

A I dan II C III dan IV B II dan III D I dan IV

23 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Siapakah tetamu undangan khas untuk Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah ? A Kami berharap Pengerusi PIBG dapat hadir

pada hari itu. B Pengerusi PIBG tidak dapat meluangkan

masa untuk majlis itu. C Saya akan menghantarkan surat undangan

kepada Pengerusi PIBG. D Pengerusi PIBG yang akan merasmikan

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah pada tahun ini.

24 Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Pertandingan lagu-lagu patriotik itu dijangka akan diadakan dua bulan lagi. A Bilakah pertandingan lagu-lagu patriotik itu

dijangka akan diadakan? B Apakah acara yang diadakan dua bulan lagi ? C Di manakah pertandingan lagu-lagu patriotik

itu diadakan ? D Mengapakah pertandingan lagu-lagu patriotik

itu diadakan dua bulan lagi?

25 Ali menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Lee dalam masa setengah jam sahaja. A Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu

Lee setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Ali.

B Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Ali seperti yang diarahkan oleh Cikgu Lee.

C Dalam masa setengah jam, kerja yang diberikan oleh Cikgu Lee dapat disiapkan oleh Ali.

D Kerja yang diberikan oleh Cikgu Lee telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Ali.

26 Kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Selatan itu telah mengorbankan empat nyawa termasuk kanak-kanak. A Empat nyawa telah terkorban termasuk

kanak-kanak dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Selatan.

B Terdapat kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Selatan yang menyebabkan empat nyawa kanak-kanak terkorban.

C Jalan Selatan terkenal dengan kemalangan ngeri yang mengorbankan banyak nyawa.

D Empat nyawa kanak-kanak telah terkorban di Jalan Selatan akibat kemalangan ngeri yang berlaku.

Soalan 27 dan 28 Pilih ayat yang betul. 27 A Anani membaca buku cerita sementara

menunggu abangnya membeli sate. B Puan Ella tertarik melihat kain songket itu

dan membelinya. C Kami duduk di ruang tamu supaya makan

kerepek ubi masin. D Farah meneliti harga barang-barang di gerai

mereka hingga Ali menyusun kerepek ubi.

28 A Banyak buku-buku tentang kesihatan di rak itu.

B Murid-murid memulangkan buku di perpustakaan di waktu rehat.

C Mei Fong mendapat markah yang paling tinggi sekali dalam kuiz Matematik.

D Pusat sumber sekolah saya dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

29 Perut Kumari ______________ kerana dia tidak bersarapan pagi tadi. A masuk angin C atas angin B ambil angin D makan angin

30 Elina membeli pakaian mengikut kemampuan kewangannya sendiri. Perumpamaan yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah _______. A bagai isi dengan kuku

Page 3: Percubaan Terengganu 2015

B ukur baju di badan sendiri C bagai anjing dengan kucing D air dicincang tidak akan putus

Page 4: Percubaan Terengganu 2015

Soalan 31 – 35 Baca surat di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

34, Jalan Bahagia, Taman Bahagia, 28000, Temerloh, Pahang Darul Makmur. 23 April 2015.

Menemui sahabatku Mei Ling yang berada di Bukit Piatu, Melaka dengan selamatnya. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tercinta. Saya sekeluarga di sini sihat. Saudari,

Surat saudari telah saya terima minggu lalu. Maaf kerana agak lewat membalasnya. Semasa menulis surat ini, saya berada di Johor Bahru kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya.

Sudah lama saya tidak mengutus surat kepada saudari. Hal ini kerana saya terlalu sibuk dengan latihan sukan di sekolah. Tidak lama lagi saya akan menyertai pertandingan bola jaring peringkat daerah. Saya merupakan ketua pasukan bola jaring sekolah.

Pasukan bola jaring sekolah kami telah berlatih selama dua bulan. Kami juga mengadakan pertandingan persahabatan dengan sekolah-sekolah yang berdekatan. Kami berharap untuk menjadi johan daerah pada tahun ini.

Saya rasa ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk saudari. Saya akan menulis tentang perkara-perkara lain pada surat yang akan datang. Akhir kata, sehingga kita bersua lagi di lain lembaran, sambutlah salam manis daripada saya untuk saudari. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu, Nur Farah

31. Di manakah Nur Farah sewaktu menulis surat ini? A Di rumah B Di sekolah C Di rumah neneknya D Di rumah sepupunya

34. Apakah harapan Nur Farah dalam pertandingan tersebut? A Mewakili sekolah B Menjadi johan daerah C Menjadi johan sekolah D Menang dalam perlawanan persahabatan

32. Mengapakah sudah lama Nur Farah tidak menulis surat kepada Mei Ling? A Dia malas B Dia terlalu letih C Dia sibuk berlatih bola jaring D Dia sedang menyertai pertandingan bola jaring

35. Perkataan menyertai dalam petikan bermaksud... A terpilih B bermain C mengiringi D mengambil bahagian

33. Berapa lamakah pasukan Nur Farah berlatih untuk pertandingan tersebut? A Sebulan B Dua Bulan C Dua minggu D Setiap petang

Page 5: Percubaan Terengganu 2015

Soalan 36 – 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2015Anjuran : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd

Tajaan : Akhbar Informasi TerkiniTarikh : 9 Jun 2015 – 10 Jun 2015

Kem kecemerlangan ini menawarkan pakej mata pelajaran berikut: i. Bahasa Malaysia ii. Bahasa Inggeris iii. Bahasa Cina iv. Sains v. Matematik

Kami menyediakan penceramah-penceramah yang pakar dan berwibawa dalam setiap mata pelajaran.

Kem kecemerlangan ini akan diadakan serentak di bandar-bandar utama: i. Kuala Lumpur ii. Ipoh iii. Johor bahru

# Tarikh dan tempat tertakluk kepada pindaan# Yuran RM120.00 akan dikembalikan jika kem kecemerlangan tersebut dibatalkan oleh pihak penganjur.# Yuran tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri.# Makanan disediakan oleh pihak penganjur.# Tarikh tutup penyertaan seminggu sebelum tarikh kem kecemerlangan diadakan.# Bayaran boleh dibuat secara cek atau wang pos kepada:

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Lot 8, Jalan P10/10,Kawasan Perusahaan Bangi,43650, Bangi, Selangor.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 03 89882266 (Hanafi Wahab)

36. Siapakah yang menganjurkan Kem Kecemerlangan UPSR 2015 ini? A Akhbar Informasi Terkini B Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. C Penceramah berpengalaman D Persatuan Ibu Bapa dan Guru

39. Pernyataan di bawah semuanya benar kecuali A Tarikh dan tempat tertakluk kepada pindaan. B Yuran akan dikembalikan jika peserta menarik diri. C Makanan disediakan oleh pihak penganjur. D Bayaran boleh dibuat secara cek atau wang pos.

37. Bilakah tarikh tutup Kem Kecemerlangan UPSR ini? A 1 Jun 2015 B 2 Jun 2015 C 3 Jun 2015 D 4 Jun 2015

40. Rangkai kata pakar dan berwibawa dalam petikan bermaksud A mahir dan berpengaruh B tekun dan amanah C cuai dan tiada pengalaman D baik dan tegas

38. Kem Kecemerlangan UPSR ini akan diadakan di A 5 bandar utama. B 4 bandar utama C 3 bandar utama D 2 bandar utama

Page 6: Percubaan Terengganu 2015