perbandingan pemulihan khas di malaysia dengan luar negara

Upload: logeswari

Post on 06-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Perbandingan Pemulihan Khas Di Malaysia Dengan Luar Negara

TRANSCRIPT

PERBANDINGAN PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA DENGAN LUAR NEGARA

PERBANDINGAN PEMULIHAN KHAS DI MALAYSIA DENGAN LUAR NEGARA

Sejarah Pemulihan Khas Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.

Tarikh Tarikh Penting dalam Perkembangan Pendidikan Khas1948 Di Malaysia pendidikan khas formal bermula dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak kanak buta.

1954 Sekolah Persekutuan Kanak Kanak Pekak ditubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak kanak.

1978 - Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya).

1988 Program untuk kanak kanak Bermasalah Pembelajaran bermula apabila buat kali pertama Kementerian Pendidikan memulakan kelas perinitis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia tertumpu kepada kumpulan kanak kanak buta, pekak dan bermasalah pembelajaran.

Cara Cara Pengajaran Pemulihan di MalaysiaMengenal pasti muridMengenal pasti masalah pembelajaranMengenal pasti punca masalahAktiviti pemulihanPenyediaan bahanPengelolaan kumpulan pemulihan

Proses Pengajaran Pemulihan di Malaysia

Guru biasa dipertanggungjawabkan untuk mengesyorkan murid yang dikhuatiri menghadapi masalah pembelajaran.

Guru besar dan ibu bapa juga berhak mencalonkan murid murid.

Dasar pencalonan :Pencapaian murid dalam matapelajaran asas.Keputusan ujian.Kerja kerja kelas

Masa pencalonan:Selepas penilaian yang pertamaSelepas lapan minggu persekolahan.Pada awal penggal kedua persekolahanBila bila masa yang difikirkan perlu.

Guru pemulihan khas hendaklah mengumpulkan maklumat mengenai murid lambat untuk membantunya memahami murid murid ini.

Maklumat ini boleh didapati melalui rekod rekod di sekolah.

Ujian saringan boleh dibuat dalam bentuk lisan atau amali untuk mata pelajaran asas iaitu Matematik dan Bahasa Melayu.

Tujuan ujian ini adalah untuk memastikan murid yang benar benar layak mengikuti kelas pemulihan.

Diagnosis bertujuan untuk menampakkan secara terperinci masalah masalah akademik yang dialami oleh setiap murid.

Ujian ini akan mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh murid.

Kesalahan ini dianalisis untuk membentuk hipotesis masalah masalah yang dialami oleh murid.

Kerja kerja pengukuhan perlu dibuat setelah berlakunya pembelajaran supaya kemahiran kemahiran yang dipelajari akan kekal dan dapat pula digunakan dalam pemindahan pelajaran.

Pengajaran dijalankan sama ada dengan cara perseorangan atau dengan cara berkumpulan.

Pendekatan perseorangan adalah lebih digalakkan jika dapat dijalankan.

Penilaian bertujuan untuk meneliti pencapaian murid setelah diajar sama ada selepas tiap tiap pengajaran mahupun selepas satu jangka masa.

Jika pencapaian murid lambat selaras dengan murid murid lain dalam kelas biasa, murid lambat boleh dihantar balik ke kelas biasa dan tidak lagi diperlukan untuk berada dalam situasi kelas pemulihan.

Guru khas pemulihan perlu membuat kerja susulan bertujuan untuk memberi sokongan emosi dan akademik kepada yang baru sahaja dihantar ke kelas biasa.

Ia bertujuan untuk membantu murid pemulihan menyesuaikan diri dengan keadaan kelas biasa dalam konteks 3M.

Sejarah Pemulihan Khas di Luar NegaraSeperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di barat, khususnya di Britain dan di Amerika Syarikat tidak begitu mendapat perhatian.

Namun, berbanding di Malaysia, perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan maju.

Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.

Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas.

Kedua dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.

Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas.

Pemulihan Khas di AmerikaAmerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka.

Melalui undang undang ini, kanak kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak kanak normal atau biasa.

Walau bagaimanapun, sekiranya kekurangan upaya kanak kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas khas.

Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.

Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan.

Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Hal ini bagi membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu satu jangka masa tertentu semasa kanak kanak khas ini bersekolah sengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak kanak khas.

Dalam hal ini, konsep kolaboratif dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang di mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru terlibat sama dalam merancang pendidikan murid murid khas.

IDEA merupakan program intervensi awal disediakan untuk lebih 200 000 bayi dan kanak kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira kira 6.5 juta kanak kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka.

Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masing masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka.

Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain.

IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak kanak berperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus.

Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemas dan ibu bapa yang mempunyai kanak kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak anak mereka.

Di samping itu, konsep kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak kanak berkeperluan khas.

Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.

Pemulihan Khas di BritainPada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak Kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.

Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain.

Walaupun cadangan cadangan yang dikemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan cadangan yang dikemukakan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun tahun berikutnya.

Contohnya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak kanak biasa.

Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak kanak berkeperluan khas dengan kanak kanak biasa yang dikenali sebagai integrasi atau inklusif diperluaskan.

Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak kanak biasa.

Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini dan juga dijadikan panduan kepada negara negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.

Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.

Manakala Akta Kanak Kanak 1989 (Childrens Act 1989) memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep kolaboratif iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan.

Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak kanak berkeperluan khas.

Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak kanak berkeperluan khas.

Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.

Kedua dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak Kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan cadangan dalam Laporan Warnock.

Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.

Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak kanak berkeperluan khas di Britain.

Sekian, terima kasih.