perbadanan perpustakaan awam pulau...

22
PPAPP/UPK/06/12 PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG NO. KENYATAAN SEBUTHARGA : PPAPP/UPK/06/12 1. PELAWAAN SEBUTHARGA Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal - pembekal tempatan untuk menawarkan perkara berikut :- SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM BERUKURAN 35 MM X 30.5 M (100 KAKI) BAGI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG 2. PENDAFTARAN Syarikat - syarikat yang ingin membeli sebutharga ini dikehendaki mendaftar melalui e- Perolehan Negeri Pulau Pinang ( ep.penang.gov.my ) Satu salinan sijil Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera yang masih sah tempoh laku semasa membuat tawaran ini hendaklah disertakan semasa mengemukakan sebutharga. 3. DOKUMEN SEBUTHARGA 3.1 Nombor Spesifikasi sebutharga : PPAPP/UPK/06/12 3.2 Hanya sebutharga yang lengkap sahaja akan diproses. Sebutharga yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani akan ditolak secara automatik. 3.3 Dokumen Sebutharga ini mengandungi lampiran - lampiran seperti berikut : i) Lampiran A : Keterangan Mengenai Penyebutharga ii) Lampiran B : Surat Akuan Penyebutharga iii) Lampiran C : Surat Akuan Pembida iv) Lampiran D : Jadual Penentuan – Spesifikasi Teknikal 1

Upload: others

Post on 08-Feb-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG

NO. KENYATAAN SEBUTHARGA : PPAPP/UPK/06/12

1. PELAWAAN SEBUTHARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal - pembekal tempatan untuk menawarkan perkara berikut :-

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM BERUKURAN 35 MM X 30.5 M (100 KAKI) BAGI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG

2. PENDAFTARAN

Syarikat - syarikat yang ingin membeli sebutharga ini dikehendaki mendaftar melalui e-Perolehan Negeri Pulau Pinang ( ep.penang.gov.my )

Satu salinan sijil Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera yang masih sah tempoh laku semasa membuat tawaran ini hendaklah disertakan semasa mengemukakan sebutharga.

3. DOKUMEN SEBUTHARGA

3.1 Nombor Spesifikasi sebutharga : PPAPP/UPK/06/12

3.2 Hanya sebutharga yang lengkap sahaja akan diproses. Sebutharga yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani akan ditolak secara automatik.

3.3 Dokumen Sebutharga ini mengandungi lampiran - lampiran seperti berikut :

i) Lampiran A : Keterangan Mengenai Penyebutharga

ii) Lampiran B : Surat Akuan Penyebutharga

iii) Lampiran C : Surat Akuan Pembida

iv) Lampiran D : Jadual Penentuan – Spesifikasi Teknikal

1

Page 2: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

4. FORMAT CADANGAN DOKUMEN SEBUTHARGA

Dokumen Sebutharga yang ASAL mestilah dihantar bersama-sama lampiran yang berkaitan dan lampiran - lampiran tersebut hendaklah diasingkan dalam DUA Bahagian seperti berikut :

4.1 BAHAGIAN TEKNIKAL

Mengandungi lampiran - lampiran berikut :• Keterangan Mengenai Penyebutharga ( Lampiran A )• Surat Akuan Penyebutharga ( Lampiran B )• Surat Akuan Pembida ( Lampiran C )• Jadual Penentuan – Spesifikasi Teknikal ( Lampiran D )• Jadual Harga (Lampiran E)• Salinan Sijil Pendaftaran Pembekal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia• Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputra• Salinan resit rasmi pembelian dokumen sebutharga melalui Sistem e-Perolehan

Negeri

4.2 BAHAGIAN KEWANGAN

Mengandungi lampiran - lampiran berikut :

• Keterangan Mengenai Penyebutharga ( Lampiran A )• Surat Akuan Penyebutharga ( Lampiran B )• Surat Akuan Pembida ( Lampiran C )• Jadual Penentuan-Spesifikasi Teknikal ( Lampiran D)• Jadual Harga (Lampiran E)• Salinan Sijil Pendaftaran Pembekal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia• Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputra• Salinan resit rasmi pembelian dokumen sebutharga melalui Sistem e-Perolehan

Negeri• Penyata Bank ( 3 bulan terkini )

5. PENYERAHAN CADANGAN SEBUTHARGA

5.1 Dokumen Sebutharga yang ASAL mestilah dihantar bersama-sama lampiran yang berkaitan dan dikehendaki mengemukakan salinan cadangan sebutharga bagi setiap bahagian seperti berikut:

i. BAHAGIAN TEKNIKAL

- Satu ( 1 ) salinan asal dan ditandakan "ASAL ( ORIGINAL )".

- Satu ( 1 ) salinan tambahan dan tandakan " SALINAN ( COPY ) ".

2

Page 3: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

ii BAHAGIAN KEWANGAN

- Satu ( 1 ) salinan asal dan tandakan " ASAL ( ORIGINAL ) "

- Satu ( 1 ) salinan tambahan dan tandakan " SALINAN ( COPY ) ".

5.2 Salinan yang ditandakan " ASAL ( ORIGINAL ) " hendaklah mempunyai tandatangan ringkas ( initial ) penyebutharga pada setiap muka surat. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau keraguan, dokumen yang bertanda " ASAL ( ORIGINAL ) " akan dirujuk dan digunapakai dalam penilaian seterusnya.

5.3 Sebutharga hendaklah dikemukakan di dalam sampul surat berlakri dan ditanda pada bahagian atas sebelah kiri sampul seperti berikut :

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM BERUKURAN 35 MM X 30.5 M (100 KAKI) BAGIPERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG

NO. KENYATAAN SEBUTHARGA : PPAPP / UPK / 06 / 12

5.4 Semua dokumen sebutharga mestilah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang telah ditentukan pada waktu pejabat di alamat seperti berikut tidak lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan:

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau PinangJKR 2118, Jalan Perpustakaan13700 Seberang Jaya

Perai Pulau Pinang

NO.KENYATAAN SEBUTHARGA : PPAPP / UPK / 06 / 2012

5.5 Perbadanan tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang penyertaan sebutharga akibat daripada kesilapan peti yang dimasukkan atau sebutharga yang di hantar melalui pos.

6. TARIKH DAN MASA TUTUP TAWARAN

6.1 Tarikh tutup sebutharga ialah pada 6 September 2012 ( Khamis ) sebelum 12.00 tengah hari.

6.2 Sebutharga yang lambat diterima tidak akan dipertimbangkan.

3

Page 4: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

7. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan tawaran sebutharga ini hendaklah dialamatkan kepada:-

Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi Unit Perolehan Koleksi Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau PinangJKR 2118, Jalan Perpustakaan13700 Seberang Jaya Perai Pulau PinangTel : 04-3971058 ext 127

8. PERINGATAN

8.1 Penyebutharga TIDAK boleh menggunakan nama, alamat dan logo syarikat atau apa-apa tanda pengenalan syarikat pada setiap muka surat dokumen cadangan sebutharga KECUALI pada dokumen-dokumen berikut sahaja :

Lampiran A Lampiran B Lampiran C Surat litup ( covering letter ) dokumen sebutharga

8.2 Penyebutharga hanya perlu mengemukakan SATU set cadangan harga terbaik sahaja tanpa sebarang 'option'.

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA

1. PENDAHULUAN

1.1 Syarikat yang dipelawa menyertai sebutharga ini hendaklah mempunyai Sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih SAH bagi skop kerja untuk sebutharga ini.

1.2 Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Kepada Penyebutharga dan syarat- syarat yang dikembarkan bersama-sama ini.

1.3 Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya semua syarat-syarat ini apabila menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan, membolehkan sebutharga tersebut tidak dapat dipertimbangkan dan terus ditolak.

2. SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di lain-lain tempat dalam pelawaan ini, syarat am yang berikut hendaklah dipakai melainkan setakat mana syarat- syarat am itu boleh ditolak secara tertentu atau diubah oleh Penyebutharga.

4

Page 5: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

2.1 Keadaan mikrofilem yang telah dicuci dan dibuat salinan pendua

Semua mikrofilem yang telah dicuci dan dibuat salinan mestilah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

2.2 Diskaun

Tiap-tiap diskaun termasuk diskaun-diskaun perniagaan, tunai dan bayaran cepat yang diberi atas sesuatu harga, mestilah ditunjukkan.

.

2.3 Setujuterimaan

i. Tender yang rendah sekali atau mana-mana tender tidaklah semestinya disetujuterima.

2.4 Pemeriksaan

I. Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang adalah berhak mengarahkan mikrofilem tersebut diperiksa oleh seorang pegawai yang dilantiknya semasa ianya diserah atau pada bila-bila masa yang lain sebelum/setelah diserah.

II. Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan apabila dikehendaki.

2.5 Perakuan Mematuhi Penentuan

I. Penyebutharga adalah dikehendaki memperakui bahawa mikrofilem yang dicuci dan dibuat salinan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai yang dinyatakan di dalam tawaran ini.

2.6 Penolakan

I. Mikrofilem yang dicuci dan dibuat salinan apabila didapati kualitinya rendah ataupun yang berlainan dari yang dinyatakan di dalam cadangan sebutharga akan ditolak.

II. Apabila diminta, penyebutharga hendaklah menggantikan mikrofilem yang ditolak itu atas risiko dan perbelanjaannya sendiri.

III. Fasal kecil (i) dan (ii) di atas, adalah tanpa menyentuh apa-apa hak terhadap gantirosak kerana melanggar kontrak.

2.7 Pengiklanan

Tiada iklan mengenai setujuterima terhadap mana-mana sebutharga boleh disiarkan di dalam akhbar, majalah atau lain-lain perantaraan iklan tanpa kelulusan terlebih dahulu dari Ahli Jawatankuasa Pemilihan, Hapuskira Dan Sebutharga Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

5

Page 6: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

2.8 Tafsiran

Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah ditafsirkan mengikut dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia, dan penyebutharga bersetuju patuh kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia dalam apa-apa jenis pertikaian atau perselisihan yang timbul mengenai sebutharga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

2.9 Cukai

Melainkan jika ditunjukkan berasingan, harga hendaklah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

3. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

3.1 Dokumen Sebutharga

I. Hanya dokumen asal diterima untuk maksud sebutharga ini. Dokumen tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama, mengandungi ruang yang sama dan serupa dengan borang asal.

II. Borang Jadual Penentuan – Spesifikasi Teknikal (Lampiran D), dan Jadual Harga (Lampiran E) hendaklah ditaip dan ditandatangani di dalam dokumen sebutharga.

III. Hanya sebutharga yang lengkap sahaja akan diproses. Sebutharga yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani akan ditolak secara automatik.

IV. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas dan tarikh hendaklah dicatatkan dengan terang setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. Penggunaan pemadam dakwat adalah tidak dibenarkan.

V. Kesemua penyebutharga yang menghantar dokumen sebutharga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di Lampiran C. Surat Akuan Pembida adalah dokumen WAJIB yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran penyebutharga.

3.2 Spesifikasi

i. Penentuan (spesifikasi) bahan yang dikehendaki adalah sepertimana yangdinyatakan dalam Jadual Penentuan – Spesifikasi Teknikal (Lampiran D) yang dikembarkan bersama-sama ini.

6

Page 7: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

ii. Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana bahan yang timbul akibat daripada perbezaan di antara pentafsiran Perbadanan dengan penyebutharga mengenai spesifikasi bahan yang berkenaan tidak akan dilayan.

3.3 Anggaran Keperluan/Kuantiti

Jumlah rol mikrofilem yang perlu dicuci dan dibuat salinan bagi tujuan sebutharga ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Penentuan – Spesifikasi Teknikal (Lampiran D) yang dikembarkan bersama-sama ini. Perbadanan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa jumlah rol yang disebutkan dalam pelawaan sebutharga ini akan dicuci dan dibuat salinan kesemuanya tetapi penyebutharga yang berjaya mesti sedia memberi perkhidmatan mencuci dan membuat salinan semua pesanan sekiranya pesanan-pesanan melebihi kuantiti-kuantiti yang dianggarkan ini dengan harga dan syarat-syarat yang sama.

3.4 Contoh Bahan

i Penyebutharga dikehendaki mengemukakan contoh butir yang ditawarkan sekiranya diminta oleh Perbadanan. Segala perbelanjaan berhubung dengan penghantaran contoh adalah atas tanggungan penyebutharga sendiri.

ii. Tawaran yang tidak disertai dengan contoh butir (apabila diminta) boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.

3.5 Penghapusan Deposit Sebutharga / Menarik Balik Tawaran

Penyebutharga-Penyebutharga tidak diperlukan untuk mengemukakan depositsebutharga. Walaubagaimanapun, andainya ada Penyebutharga yang menarikbalik tawaran sebelum sebutharga dipertimbangkan atau yang menolak tawaransetelah tawaran dibuat, tindakan untuk menggantung pendaftaran syarikattersebut akan diambil seperti berikut:-

i. Dua (2) tahun bagi kesalahan kali pertama.ii. Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua.iii.Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya.

3.6 Setujuterima Sebutharga

I. Perbadanan adalah berhak menyetuju terima sebutharga tersebut sama ada kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling murah atau sebarang tawaran.

II. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Hapuskira Dan Sebutharga Perbadanan adalah muktamad. Perbadanan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan dari penyebutharga mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.

7

Page 8: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

3.7 Penamatan Persetujuan

i. Dengan memberi notis bertulis kepada penyebutharga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Perbadanan boleh terus menamatkan persetujuan ini.

a. Jika penyebutharga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini;

b. Jika penyebutharga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila penyebutharga itu adalah suatu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurus bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan.

atau

c. Jika Perbadanan mempunyai sebab mempercayai bahawa penyebutharga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan penyebutharga) melakukan perbuatan rasuah. Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Perbadanan untuk mendapatkan balik gantirosak.

3.8 Pertikaian

Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Perbadanan dengan penyebutharga mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Perbadanan dengan Penyebutharga, dirujukkan kepada penimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Perbadanan dan seorang oleh penyebutharga. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini.

3.9 Undang-Undang

Persetujuan ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia.

3.10 Jaminan

i. Sekiranya dalam tempoh pemeriksaan bahan , Perbadanan mendapati bahan-bahan tersebut tidak memuaskan atau rosak bukan disebabkan oleh penyalahgunaan atau kecuaian Perbadanan, penyebutharga hendaklah

8

Page 9: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

mengganti mana-mana bahan dengan memuaskan dalam tempoh sebulan (1) tanpa apa-apa bayaran tambahan.

ii. Sekiranya penyebutharga gagal mengganti bahan-bahan berkenaan dengan memuaskan maka Perbadanan boleh sama ada:

a) Mendapatkan mana-mana pembekal berkelayakan bagi mengganti /membaiki bahan-bahan itu di mana semua kos yang kena bayar bagi tujuan tersebut hendakah ditanggung oleh Penyebutharga;

Atau

b) Memulangkan bahan- bahan berkenaan dan penyebutharga hendaklah membayar denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat dengan pemulangan itu.

c) Sekiranya kelewatan pencucian / penyalinan atau pembaikan mana-mana mikrofilem yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan maka Perbadanan boleh mengenakan denda terhadap penyebutharga sebanyak RM..................( sila nyatakan ) bagi setiap hari kelewatan.

d) Pembekal mestilah bertanggung jawab ke atas keselamatan mikrofilem yang telah diambil sehingga ianya dihantar semula ke Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang selepas kerja-kerja pemuliharaan dilakukan. Setiap mikrofilem yang diambil hanyalah bagi tujuan sebutharga ini sahaja.

3.11 Cara Pesanan

Penyebutharga yang berjaya dikehendaki membekalkan semua mikrofilem yang siap dicuci dan dibuat salinan dalam tempoh dua bulan dari tarikh yang dinyatakan dalam surat setuju terima.

3.12 Tempat Dan Masa Penghantaran

i. Semua mikrofilem yang diambil, dicuci dan dibuat salinan hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Koleksi, Unit Perolehan Koleksi, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) . Pembekal hendaklah menghantar semula mikrofilem ke PPAPP sekiranya ada permintaan dari pengguna/ penyelidik. Penyerahan hendaklah dibuat semasa waktu pejabat iaitu hari Isnin – Jumaat (8.30 pagi -5.30 petang).

ii. Penyebutharga yang berjaya adalah dikehendaki menyempurnakan

pembekalan dan penghantaran semua bahan-bahan berkenaan tidak lewat daripada dua (2) bulan daripada tarikh surat setuju terima.

9

Page 10: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

3.13 Harga

i. Harga bagi tiap-tiap bahan / perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan termasuk kos untuk kerja-kerja memunggah, menggangkut, menyusun serta kos-kos pengangkutan pengambilan dan penghantaran mikrofilem.

ii. Harga yang ditawarkan hendaklah harga tetap.

iii. Penyebutharga yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan.

3.14 Pembayaran

i. Perbadanan akan memulakan pembayaran selepas semua bahan-bahan diterima dengan lengkap , dan dokumen-dokumen berikut diterima oleh Perbadanan:

a. Inbois -b. Nota Hantaran (Delivery Order).

ii. Pembayaran yang dibuat tidak boleh dianggap sebagai perakuan bahawa bahan-bahan itu adalah mengikut kualiti yang dikehendaki. Bayaran oleh Perbadanan tidak melepaskan Penyebutharga atas tanggungjawab yang berkaitan di dalam kontrak ini.

iii. Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).

3.15 Tempoh Sah Laku

i. Semua harga yang ditawarkan hendaklah sah laku (valid) dalam tempoh tidak kurang daripada 120 hari daripada tarikh sebutharga ditutup.

ii. Mana-mana Penyebutharga yang mengemukakan tempoh sah laku kurang daripada masa yang ditetapkan (120 hari) tidak akan dipertimbangkan.

10

Page 11: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

LAMPIRAN A KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

1. Nama Syarikat : …………………………………………….........

2. Alamat Syarikat : …………………………………………….........

3. No. Telefon Dan Fax : ................................................................

4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : .....................................................

5. Jenis Perniagaan : ...................................................................

6. No.PendaftaranKementerian Kewangan : .................................................( Sila sertakan salinan sijil )

7. Tarikh Tamat Pendaftaran : ...................................................

8. Lembaga Pengarah

Nama No.K/P Warganegarai. …………………………… ……………..................... ………………...........

ii. …………………………… ……………..................... ……………………....

iii. …………………………… ……………..................... ………………….......

iv. …………………………… ……………..................... ……………………....

9. Nama Bank Alamat…………………...................... ……………………………............................

…………………...................... ……………………………............................

…………………...................... ……………………………............................

10. Modal yang dibenarkan : ……………………………............................

11. Modal Berbayar : ……………………………............................

12. Kemudahan Overdraf : ……………………………............................

Nama Bank & Nilai : ...................................................................

11

Page 12: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

LAMPIRAN A

13. Komposisi Modal

Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham

BilanganPemegang Jumlah Unit %

a. Bumiputera : …………........ ……………. …………..

b. Bukan Bumiputera : …………........ ……………. …………..

14. Komposisi KakitanganBukan

Bumiputera Bumiputera Jumlah

Eksekutif ………….............. ………………... ......................

Teknikal ………….............. ………………... . .....................

Perkeranian ………….............. ………………... ......................

Buruh/Kakitangan ………….............. ………………... ......................Rendah

15. Pejabat Cawangan Di Malaysia

Sila senaraikan seperti di bawah

Bil Nama Cawangan Negeri Jumlah Kakitangan Teknikal

Sila senaraikan butir-butir kontrak bekalan / servis bagi tempoh 5 tahun lepas sekiranya ada. Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi.

Bil Nama Kontrak Kerajaan / Swasta Nilai ( RM ) Tahun

12

Page 13: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

17. Taraf Syarikat

Bumiputera /Bukan Bumiputera : ............................................( Sila sertakan salinan sijil )

Syarikat Tempatan / Syarikat Luar Negeri : .............................................

Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua penerangan di atas adalah benar.

Tandatangan : .............................................................

Nama : ............................................................

Jawatan : ............................................................

Alamat Emel : ............................................................

Cop Syarikat : ...........................................................

Tarikh : ............................................................

13

Page 14: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

LAMPIRAN B

SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA

PengarahPerbadanan Perpustakaan Awam Pulau PinangJKR 2118, Jalan Perpustakaan13700 Seberang JayaPerai Pulau Pinang

Puan,

Tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang berkembar, Saya yang menurunkan tandatangan di bawah, dengan ini mengambil bahagian dalam SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM BERUKURAN 35 MM X 30.5 M (100 KAKI) BAGI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG dan menawarkan untuk perkhidmatan mencuci dan membuat salinan semua mikrofilem yang dinyatakan di dalam jadual kontrak termasuklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bahagian Arahan dan Syarat-Syarat Sebutharga di dalam dokumen tawaran sebutharga ini.

2. Saya menurunkan tandatangan di bawah ini bersetuju menerima serta mematuhi dan terikat dengan semua syarat-syarat kontrak dan spesifikasinya yang ada di dalam jadual sebutharga dan juga bersetuju di atas harga yang ditawarkan sebagai asas perkiraan bagi pembayaran kepada bahan yang dibekalkan yang mana telah dipesan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

3. Dengan ini juga difahami bahawa Perbadanan berhak menerima atau menolak sebarang sebutharga ini, sama ada harga yang ditawarkan rendah atau tinggi atau sama dengan sebutharga - sebutharga yang lain. Saya juga bersetuju untuk menerima ke semua atau sebahagian dari butir-butir yang di tawarkan dan sedia mengikut kehendak dan pertimbangan Perbadanan. Saya JUGA BERSETUJU BAHAWA HARGA SEBUTHARGA YANG SAYA BERI INI AKAN LAKU (VALID) DAN TIDAK DITARIK BALIK DALAM TEMPOH SATU RATUS DUA PULUH (120) HARI DARI TARIKH TUTUP SEBUTHARGA.

4. Selanjutnya saya bersetuju sekiranya sebutharga saya diterima, saya akan mengikat perjanjian kontrak dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh terima surat tawaran dari Perbadanan.

5. Saya juga mengesahkan, setelah menyemak sendiri iaitu semua dokumen yang digunakan untuk sebutharga ini adalah yang sebenar yang terdapat di dalam Dokumen Sebutharga.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

14

Page 15: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

LAMPIRAN B

Nama Penyebutharga : …………………………………………………………..

Tandatangan Penyebutharga : ………………………………………………….............

Alamat : ……………………………………………………….....

……………………………………………………….....

……………………………………………………….....

……………………………………………………….....

Tarikh : …………………………

Nama Saksi : ……………………………………………………….....

Tandatangan Saksi : …………………………………………………………..

Alamat : …………………………………………………………..

…………………………………………………………..

…………………………………………………………..

Tarikh : ..................................................

15

Page 16: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

LAMPIRAN C SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM BERUKURAN 35 MM X 30.5 M (100 KAKI) BAGI

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG NO. SEBUTHARGA : PPAPP/UPK/06/12

Saya ………………………….................………. nombor K.P. …………………............................ yang mewakili ( Nama Wakil Syarikat)

………………………………………………………………… nombor Pendaftaran ( Nama Syarikat )

……………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu ( MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB )

yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan

untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat Perwakilan kuasa

bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau

memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti di

atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana

individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti

di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya

Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

..…….……………………… (Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan

16

Page 17: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

LAMPIRAN C

SURAT AKUAN PEMBIDABagi

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM BERUKURAN 35 MM X 30.5 M (100 KAKI) BAGI

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG NO. SEBUTHARGA : PPAPP/UPK/06/12

Saya …………………………………. nombor K.P. …………………............................... yang mewakili

………………………………………………………………… nombor Pendaftaran ……………………......

dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak

akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam …………………………......

atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti di

atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat Perwakilan kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti

tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………….………….

atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga * seperti di

atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga * di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-

mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut

harga * seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut

kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang

berhampiran.

Yang Benar,

..…….…………………………(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan

17

Page 18: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

LAMPIRAN DJadual Penentuan _ Spesifikasi Teknikal

(i) MENCUCI MIKROFILEM

Bil. Perkara Keperluan Spesifikasi Minima Sila Beri Spesifikasi Yang Ditawarkana) Bahan

kimiaMenggunakan Bahan Kimia yang berkualiti dan bermutu tinggi serta sesuai digunakan untuk mencuci mikrofilem.

b) Jenis kain Kain lembut (100%) cotton berukuran 12" (T) x 12" (L)/ warna putih.

c) Kotak plastik

Kotak plastik hitam berukuran 3-3/4" (T) x 3-3/4" (L) x 1-5/8" (D)

d) Jenis gelendong

Gelendong plastik. Warna putih berukuran 35mm x 30.5m

e) Jenis pengikat mikrofilem

Kertas pengikat mikrofilem "Tanpa Asid" . Warna Cream. Berukuran: 1-3/8" (H) x 12-1/2" (L) serta ada cetakan " Title & Reel No." di atas kertas pengikat dan benang pengikat "Tanpa Asid".

f) Label kotak Label berukuran 1-1/8" (H) x 3-1/2" (L) untuk bahagian atas kotak dan 3-1/8" (H) x 3-1/2" (L) untuk bahagian hadapan kotak.

g) Silica gel Paket/ 5gm

________________________________ ________________________________Tandatangan Penender Tandatangan Saksi

Nama Penuh:____________________ Nama Penuh :___________________

No. K/P:_________________________ No. K/P:________________________

Cop/Alamat: Cop/Alamat:

No. Telefon : ______________________ No. Telefon : _____________________

Tarikh : _________________________ Tarikh : _________________________

18

Page 19: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

(ii) MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM

Bil. Perkara Keperluan Spesifikasi Minima Sila Beri Spesifikasi Yang Ditawarkana) Saiz filem 35mm X 30.5m (100 kaki) 35mm X 30.5m (100 kaki)

b) Jenis filem Clear Polyester Base - Filem Positif

c) Memproses filem

Menggunakan Bahan Kimia (Developer & Fixer yang bermutu tinggi)

d) Kualiti bahan

Menggunakan filem yang "Archival" dan bermutu sahaja untuk tujuan membuat Salinan Pendua (duplicate). Filem yang telah atau hampir luput tempoh (Expiry-date) tidak dibenarkan sama sekali.

e) Pemeriksaan mutu (QC)

Menggunakan alat baca mikrofilem, Densitometer & Mikroscope

________________________________ ________________________________Tandatangan Penender Tandatangan Saksi

Nama Penuh:____________________ Nama Penuh :___________________

No. K/P:_________________________ No. K/P:________________________

Cop/Alamat: Cop/Alamat:

No. Telefon : ______________________ No. Telefon : _____________________

Tarikh : _________________________ Tarikh : _________________________

19

Page 20: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

LAMPIRAN E

Jadual Harga

(i) KERJA-KERJA MENCUCI MIKROFILEM BERUKURAN 35MM X 30.5M (100 KAKI)

Kerja kerja mencuci mikrofilem berukuran 35mm x 30.5m (100 kaki) termasuk kerja-kerja memunggah, menggangkut, menyusun serta menggantikan kotak, label, kertas pengikat filem tanpa asid yang rosak dan gel silica.

Bil Tajuk Mikrofilem Bulan/Tahun Jumlah Rol Harga Seunit (RM)

Jumlah Harga (RM)

1 DEWAN BUDAYA JAN. 1979 - DIS. 1988 9

2 DEWAN MASYARAKAT SEPT. 1963 - DIS. 1988 20

3 DEWAN BAHASA SEPT. 1957 - DIS.1988 23

4 DEWAN SASTERA JAN. 1971 - DIS. 1988 15

5 BERITA HARIAN/ MINGGUAN

JAN. 1974 -DIS. 2005 506

6 UTUSAN MALAYSIA/ MINGGUAN

AUG. 1964 – DIS. 2005 546

7 THE SUNDAY TIMES JAN. 1958 - DEC. 1991 26

8 THE STRAITS TIMES JAN. 1958 - DEC. 1974 99

9 THE NEW STRAITS TIMES JAN. 1986 - DEC. 2005 396

10 THE STAR JAN. 1985 - DEC. 1997 236

11 THE STAR PENANG EDITION

JAN. 1998 - DEC. 2005 168

12 STRAITS ECHO OCT. 1904 - DEC. 1978 177

13 NATIONAL ECHO JUN.1978 - SEPT.1985 38

14 KWONG WAH YIT POH JAN. 2000 - DEC. 2005 223

Jumlah 2482

________________________________ ________________________________Tandatangan Penender Tandatangan Saksi

Nama Penuh:____________________ Nama Penuh :___________________

No. K/P:_________________________ No. K/P:________________________

Cop/Alamat: Cop/Alamat:

No. Telefon : ______________________ No. Telefon : _____________________

Tarikh : _________________________ Tarikh : _________________________

20

Page 21: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

(ii) KERJA-KERJA MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM BERUKURAN 35 MM X 30.5 M (100 KAKI)

Kerja-kerja membuat salinan pendua mikrofilem yang rosak dan dijangkiti Vinegar Syndrome berukuran 35 mm x 30.5 m (100 kaki) termasuk filem positif atau negatif, memproses filem, mencuci filem selepas diproses, pemeriksaan mutu (QC), kotak plastik hitam, gelendong putih, kertas pengikat filem tanpa asid, label kotak dan menaip judul atau tajuk mikrofilem di atas label dan kos-kos pengangkutan.

Bil Tajuk Mikrofilem Bulan/Tahun Jumlah Rol Harga Seunit (RM)

Jumlah Harga (RM)

1 THE STRAITS TIMES JAN. 1975 - DEC. 1980 43

2 THE NEW STRAITS TIMES JAN. 1981 - DEC. 1985 54

Jumlah Rol 97 Jumlah (RM)

________________________________ ________________________________Tandatangan Penender Tandatangan Saksi

Nama Penuh:____________________ Nama Penuh :___________________

No. K/P:_________________________ No. K/P:________________________

Cop/Alamat: Cop/Alamat:

No. Telefon : ______________________ No. Telefon : _____________________

Tarikh : _________________________ Tarikh_________________________

21

Page 22: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANGep.penang.gov.my/Dokumen_meja/8525/tender_PPAPP.UPK.06.12.Sebutharga Mencuci Dan...SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA

PPAPP/UPK/06/12

(iii) JUMLAH HARGA KESELURUHAN BAGI PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBUAT SALINAN PENDUA MIKROFILEM

Kerja-kerja membuat salinan pendua mikrofilem yang rosak dan dijangkiti Vinegar Syndrome berukuran 35 mm x 30.5 m (100 kaki) termasuk filem positif atau negatif, memproses filem, mencuci filem selepas diproses, pemeriksaan mutu (QC), kotak plastik hitam, gelendong putih, kertas pengikat filem tanpa asid, label kotak dan menaip judul atau tajuk mikrofilem di atas label dan kos-kos pengangkutan.

Bil Tajuk Mikrofilem Jumlah Rol Harga Seunit (RM) Jumlah Harga (RM)1 Jumlah rol mikrofilem untuk

dicuci 2482

2 Jumlah rol untuk dibuat salinan pendua mikrofilem

97

Jumlah Keseluruhan (RM)

PERAKUAN PENYEBUTHARGA

SAYA MENGESAHKAN BAHAWA HARGA YANG DITAWARKAN ADALAH TETAP DAN AKAN LAKU (VALID) SERTA TIDAK AKAN DITARIK BALIK UNTUK TEMPOH SATU RATUS DUA PULUH (120) HARI DARI TARIKH TUTUP TENDER.

__________________________Tandatangan Penyebutharga

Cop Rasmi Nama Dan Jawatan Cop Rasmi Syarikat

Tarikh :

22