peraturan dan syarat majlis konvokesyen ke-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen....

31
PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN 1.1. Majlis Konvokesyen ke-26 Politeknik Kuching Sarawak akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2018 (Rabu dan Khamis) di Dewan Jubli Perak (DJP), Politeknik Kuching Sarawak (PKS). 1.2. Graduan yang terlibat untuk Majlis Konvokesyen adalah seperti berikut: 1.2.1. Sidang Pertama ( Rabu, Sesi Pagi - 8 Ogos 2018 ) 1.2.1.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP) yang telah disahkan lulus dan tamat pengajian pada SESI DISEMBER 2016. 1.2.2. Sidang Kedua ( Rabu, Sesi Petang - 8 Ogos 2018) 1.2.2.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Petrokimi (JKPK) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer (JTMK) yang telah disahkan lulus dan tamat pengajian pada SESI DISEMBER 2016. 1.2.3. Sidang Ketiga ( Khamis, Sesi Pagi - 9 Ogos 2018) 1.2.3.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP) yang telah disahkan lulus dan tamat pengajian pada SESI JUN 2017. 1.2.4. Sidang Keempat (Khamis, Sesi Petang - 9 Ogos 2018) 1.2.4.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Petrokimi (JKPK) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer (JTMK) yang telah disahkan lulus dan tamat pengajian pada SESI JUN 2017. Nota: Graduan yang berkaitan adalah graduan diploma daripada pengajian Sepenuh Masa dan Separa Masa (kursus secara sambilan-(KSS).

Upload: truonghanh

Post on 03-Aug-2019

290 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS

KONVOKESYEN KE-26

1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN

1.1. Majlis Konvokesyen ke-26 Politeknik Kuching Sarawak akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2018

(Rabu dan Khamis) di Dewan Jubli Perak (DJP), Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

1.2. Graduan yang terlibat untuk Majlis Konvokesyen adalah seperti berikut:

1.2.1. Sidang Pertama ( Rabu, Sesi Pagi - 8 Ogos 2018 )

1.2.1.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP) yang telah disahkan lulus dan

tamat pengajian pada SESI DISEMBER 2016.

1.2.2. Sidang Kedua ( Rabu, Sesi Petang - 8 Ogos 2018)

1.2.2.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Petrokimi

(JKPK) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer (JTMK) yang telah

disahkan lulus dan tamat pengajian pada SESI DISEMBER 2016.

1.2.3. Sidang Ketiga ( Khamis, Sesi Pagi - 9 Ogos 2018)

1.2.3.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP) yang telah disahkan lulus dan

tamat pengajian pada SESI JUN 2017.

1.2.4. Sidang Keempat (Khamis, Sesi Petang - 9 Ogos 2018)

1.2.4.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Petrokimi

(JKPK) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer (JTMK) yang telah

disahkan lulus dan tamat pengajian pada SESI JUN 2017.

Nota: Graduan yang berkaitan adalah graduan diploma daripada pengajian Sepenuh Masa

dan Separa Masa (kursus secara sambilan-(KSS).

Page 2: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

2. PENYERTAAN MAJLIS KONVOKESYEN

2.1. Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat secara dalam talian (online)

melalui laman web http://www.poliku.edu.my dengan mengisi borang permohonan sama

ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke

laman web berkenaan. Sekiranya terdapat masalah, sila berhubung terus dengan Urusetia

konvokesyen melalui talian 082-845 596 (samb. 186 atau 182).

2.2. Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen yang lengkap diisi melalui laman web

hendaklah dicetak serta dipos (Pos Ekspres / Pos Laju) bersama-sama Salinan Slip Bayaran

Konvokesyen dan hendaklah sampai kepada Urusetia Konvokesyen sebelum 1 OGOS 2018

(RABU), jam 5.00 petang.

2.3. Berikut adalah alamat bagi tujuan pos:

JK PENGURUSAN GRADUAN & IBU BAPA

Majlis Konvokesyen Ke-26

Politeknik Kuching Sarawak

KM 22, Jalan Matang,

93050 Kuching, SARAWAK.

(u.p. Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

Page 3: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

3. BAYARAN

3.1. Bayaran Konvokesyen :

3.1.1. Hadir Majlis : RM 270.00 (Bayaran termasuk yuran seumur hidup Alumni

sebanyak RM50.00)

3.1.2. Tidak Hadir Majlis : RM 220.00 (Bayaran termasuk yuran seumur hidup

Alumni sebanyak RM50.00)

3.2. Tarikh mula bayaran 30 Jun – 1 Ogos 2018.

3.3. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui mesin Cash Deposit Machine (CDM) BANK

ISLAM sahaja.

3.4. Pembayaran secara Inter-Bank daripada bank selain Bank Islam adalah TIDAK

DITERIMA. Hanya pembayaran melalui mesin CDM Bank Islam sahaja yang diterima.

3.5. Jika di kawasan anda TIADA cawangan BANK ISLAM, anda dinasihatkan membuat

pembayaran yuran dan Asrama di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK

ISLAM cawangan Kuching.

3.6. Berikut adalah tatacara bayaran di Bank Islam (Rujuk panduan bergambar di

Lampiran D):

i. Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT.

ii. Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR

iii. Pilih POLI KUCHING

Bayaran RM270 jika HADIR

Bayaran RM220 jika TIDAK HADIR

iv. Sahkan data dan masukkan wang.

v. Sahkan jumlah wang yang dimasukkan.

vi. Transaksi selesai dan ambil Resit.

3.7. Slip bayaran atau resit CDM atau resit Fund Transfer ASAL akan disimpan oleh

graduan dan dikehendaki menunjukkan slip bayaran semasa hari pendaftaran

konvokesyen/raptai, pengambilan jubah dan pengambilan diploma nanti.

3.8. Graduan dikehendaki membuat Salinan Slip Bayaran (pastikan nama dan no kad

Page 4: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

pengenalan sudah ditulis) kemudian dipos (Pos Ekspres / Pos Laju) kepada urusetia

bersama-sama dengan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen.

3.9. Graduan dinasihatkan untuk mengambil dan menghantar gambar slip bayaran tadi

ke nombor WhatsApp 017-8053901. Ini adalah untuk mempercepatkan pengesahan

awal kehadiran.

4. PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENYERTAAN KONVOKESYEN

4.1. Semua graduan hendaklah mendaftar dan mengesahkan penyertaan konvokesyen

kepada urusetia pada hari dan masa seperti yang ditetapkan dalam Lampiran A.

4.2. Graduan hendaklah mengemukakan Slip Bayaran bersama-sama borang jawapan

penyertaan Konvokesyen yang dicetak semula kepada urusetia sebagai bukti

pembayaran konvokesyen telah dibuat. (Slip bayaran adalah bukti pembayaran dan

tidak akan diambil)

5. RAPTAI / TAKLIMAT KONVOKESYEN / MAJLIS ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN

5.1. Jadual pendaftaran dan raptai konvokesyen sepertimana Lampiran A.

5.2. Graduan diminta membawa Kad Pengenalan, Slip Bayaran Asal dan Salinan Borang

jawapan penyertaan Konvokesyen semasa pendaftaran pada hari raptai. (Slip

bayaran adalah bukti pembayaran dan tidak akan diambil).

5.3. Graduan yang gagal menghadiri majlis raptai, tidak dibenarkan menyertai

majlis konvokesyen.

5.4. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis. (‘Jeans’, selipar

dan T-Shirt tanpa kolar tidak dibenarkan semasa raptai).

5.5. Graduan yang memperolehi Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.50 dan ke

atas layak untuk menerima pingat Anugerah Ketua Jabatan dan wajib menghadiri

Majlis Anugerah Khas Ketua Jabatan.

5.6. Sila rujuk Lampiran A untuk Majlis Anugerah Khas Ketua Jabatan. Kerjasama untuk

mematuhi Perkara 5.4 hendaklah dititikberatkan bagi gambaran menarik untuk majlis

formal dan media.

6. MAJLIS KONVOKESYEN

6.1. Jadual majlis konvokesyen sepertimana Lampiran A.

6.2. Semua graduan hendaklah mendaftarkan diri di tempat yang ditetapkan semasa

raptai.

Page 5: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

6.3. Graduan yang gagal mendaftar diri seperti tarikh dan masa yang ditetapkan, tidak

akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.

6.4. Graduan yang telah mendaftar dikehendaki berbaris mengikut JABATAN MASING-

MASING seperti yang telah dimaklumkan semasa raptai.

6.5. Semasa majlis sedang berlangsung graduan diminta menghormati majlis dengan

tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan.

6.6. Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang persendirian seperti

beg, kamera DSLR, kamera perakam video atau sebagainya ke dalam dewan.

7. IBU BAPA / TETAMU

7.1. Setiap graduan hanya dibenarkan membawa DUA (2) orang

( ibu/bapa/penjaga/tetamu) memasuki dewan ketika majlis konvokesyen

berlangsung.

7.2. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN berada di dalam

dewan konvokesyen.

7.3. Ibu/bapa/tetamu yang tidak memasuki dewan, disediakan tempat khas untuk

mengikuti upacara majlis konvokesyen melalui siaran terus CCTV.

7.4. Ibu/bapa/tetamu TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar graduan ketika

majlis berlangsung.

7.5. Ibu/bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak keluar dari dewan atau

membuat bising di dalam dewan.

7.6. Pakaian ibu/bapa/tetamu hendaklah kemas dan bersesuaian untuk majlis rasmi.

7.7. Graduan diminta memaklumkan peraturan ini kepada ibu/bapa/tetamu.

8. PASS KENDERAAN & TEMPAT LETAK KENDERAAN

8.1. Graduan diberikan sekeping pass kenderaan (berbentuk stiker kenderaan) pada hari

dan masa pendaftaran raptai (7 Ogos 2018). Pass kenderaan yang diberikan hendaklah

dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan semasa Hari Konvokesyen.

8.2. Hanya kenderaan yang mempunyai pass kenderaan sahaja dibenarkan memasuki

kawasan PKS.

8.3. Graduan dan ibu bapa/tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta

yang disediakan oleh PKS.

Page 6: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

8.4. Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh pihak pengawal lalu lintas/JK

Keselamatan, Kecemasan .

9. ETIKA PAKAIAN DAN RUPA DIRI GRADUAN

9.1. Etika Pakaian dan Rupa diri Graduan Lelaki

9.1.1. Graduan dimestikan memakai sama ada :

9.1.1.1. Baju Melayu cekak musang berwarna hitam berbutang lengkap,

bersongkok hitam dan bersampin.

ATAU

9.1.1.2. Berkemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack hitam, bertali

leher dan bersongkok (non muslim digalakkan bersongkok). Graduan

digalakkan memakai kot.

9.1.2. Kasut kulit dan sarung kaki berwarna hitam/gelap yang bersesuaian untuk majlis

rasmi. KASUT SUKAN TIDAK DIBENARKAN.

9.1.3. Graduan hendaklah berambut pendek (tidak mencecah kolar baju serta

tidak menutupi telinga dan dahi) dan kemas.

9.1.4. Rambut berfesyen seperti ‘punk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.

Nota : Sila buat persedian sewajarnya supaya graduan tidak menghadapi kesulitan seperti

ditahan dan sebagainya untuk menyertai majlis pada hari konvokesyen

Page 7: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI GRADUAN LELAKI

Page 8: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

9.2. Etika Pakaian dan Rupa diri Graduan Wanita

9.2.1. Baju kurung, kebaya, kebarung, sari atau pakaian labuh yang sopan dan

bertudung putih bagi yang beragama Islam.

9.2.2. Bagi yang bukan Islam, selain memilih mengenakan pakaian pada 9.2.1, boleh

memakai blaus putih berlengan panjang dan skirt labuh hingga paras buku lali /

seluar slack hitam.

9.2.3. Tudung berwarna putih sahaja dibenarkan dipakai oleh wanita muslim bagi

tujuan penyeragaman warna untuk seri majlis.

9.2.4. Warna dan corak pakaian hendaklah sesuai dengan majlis rasmi.

9.2.5. Kasut atau sandal bertumit. KASUT SUKAN TIDAK DIBENARKAN.

9.2.6. Graduan bukan Islam hendaklah berambut kemas.

9.2.7. Rambut berfesyen seperti ‘punk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.

Nota: Sila buat persedian sewajarnya supaya graduan tidak menghadapi kesulitan seperti

ditahan dan sebagainya untuk menyertai majlis pada hari konvokesyen

Page 9: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN WANITA

(warna dan corak hendaklah sesuai dengan majlis rasmi)

Page 10: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

10. JUBAH KONVOKESYEN

10.1. Pengambilan Jubah

10.1.1. Jadual pengambilan jubah seperti Lampiran B, Jadual 1.

10.1.2. Jubah boleh diambil sebelum majlis raptai dengan mengemukakan Slip

Bayaran Asal Konvokesyen dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan

Graduan.

10.1.3. Urusan pengambilan jubah selain daripada Lampiran B tidak akan dilayan.

10.1.4. Sebarang pengubahsuaian pada jubah tidak dibenarkan.

10.2. Pemulangan Jubah

10.2.1. Jadual pemulangan jubah seperti Lampiran B, Jadual 1.

10.2.2. Jubah perlu dipulangkan selepas majlis konvokesyen tamat.

10.2.3. Pemulangan jubah selepas daripada tarikh 11 Ogos 2018 akan dikenakan

denda RM10 sehari (hari bekerja sahaja)

10.2.4. Pemulangan Jubah akan menjadi bukti untuk graduan membuat

tuntutan diploma.

10.3. Kehilangan atau Kerosakan Jubah

10.3.1. Jadual Kehilangan atau Kerosakan Jubah jubah seperti Lampiran B, Jadual 2.

10.3.2. Graduan tidak dibenarkan meminda/mengubah mana-mana bahagian

jubah yang disewa.

10.3.3. Caj akan dikenakan kepada graduan bagi kos kehilangan/kerosakan pada

jubah dan Diploma tidak akan dikeluarkan kepada graduan sehingga

bayaran tersebut dijelaskan.

Page 11: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

11. PENGAMBILAN DIPLOMA

11.1. Graduan yang HADIR majlis konvokesyen boleh mengambil diploma di Unit

Peperiksaan PKS selepas penghantaran jubah mengikut sidang.

11.2. Graduan yang TIDAK HADIR majlis konvokesyen boleh menuntut diploma mereka di

Unit Peperiksaan PKS selepas daripada tarikh rasmi majlis konvokesyen berlangsung.

Graduan perlu mengemukakan Slip Bayaran Konvokesyen, Slip Pengesahan Kajian

Pengesanan Graduan dengan mengemukakan Borang Tuntutan Sijil/Diploma. Borang

boleh diperolehi daripada pejabat Unit Peperiksaan.

11.3. Graduan yang TIDAK HADIR majlis konvokesyen juga boleh mendapatkan diploma

mereka secara pos dengan memenuhi tatacara berikut:

11.3.1. Memuat turun Borang Tuntut Sijil/Diploma (Tidak Hadir Konvo) melalui

laman web www.poliku.edu.my

11.3.2. Isi Borang Tuntut Sijil/Diploma (Tidak Hadir Konvo) dan disertakan

salinan kad pengenalan dan Slip Bank atau;-

11.3.3. Datang sendiri untuk mengambilnya atau;-

11.3.4. Menghantar wakil untuk menuntutnya dengan memberikan surat kuasa

yang dibawa bersama oleh wakil pihak anda atau;-

11.3.5. Pos borang tersebut yang telah lengkap diisi bersama dokumen

berkaitan dan hantar ke:

Unit Peperiksaan,

Politeknik Kuching Sarawak

KM 22, Jalan Matang

93050, Kuching

SARAWAK.

11.4. Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan oleh Unit Peperiksaan PKS.

11.5. Pengambilan diploma melalui wakil hendaklah disertai surat rasmi yang mencatatkan

nama graduan berserta no. kad pengenalan mewakilkan kepada nama wakil serta no.

kad pengenalan wakil untuk mengambil diploma berkenaan.

Page 12: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

12. GAMBAR KONVOKESYEN

12.1. Gambar konvokesyen diurus oleh Urusetia Konvokesyen di bawah JK Multimedia,

Rakaman dan Siar Raya dengan melantik syarikat fotografi luar.

12.2. Setiap graduan yang hadir akan menerima gambar secara pakej 1 keping size 6R, 1

keping size 8R dan 1 keping gambar 12R.

12.3. Penghantaran secara pos diuruskan oleh syarikat fotografi yang dilantik.

12.4. Perkhidmatan Studio Fotografi juga disediakan semasa majlis. Walaubagaimanapun,

gambar studio tidak termasuk dalam pakej fotografi.

13. PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK KUCHING

13.1. Persatuan ini ditubuhkan bagi membentuk jaringan perhubungan di antara Alumni

Politeknik Kuching bersama Politeknik Kuching Sarawak dari segi pembangunan, kerjaya,

pengalaman dan infrastruktur politeknik.

13.2. Peranan Persatuan Alumni Politeknik Kuching :

Bekerjasama dengan CISEC Politeknik Kuching Sarawak dalam mengesan

perkembangan status dan kerjaya graduan Politeknik Kuching Sarawak.

Membangunkan pangkalan data alumni Politeknik Kuching Sarawak.

Menggembeling kepakaran Alumni Politeknik Kuching Sarawak dalam melahirkan

graduan berkualiti serta berdaya saing dari segi pembelajaran dan kerjaya.

Platform pertemuan di antara graduan Politeknik Kuching Sarawak.

Mempromosikan graduan Politeknik Kuching Sarawak melalui rangkaian hubungan

dengan industri.

Menyalurkan maklumat mengenai graduan Politeknik Kuching Sarawak kepada

agensi luar.

Mewujudkan jalinan bestari di antara Alumni Politeknik Kuching Sarawak dan

Politeknik KPT bagi membantu graduan dalam pemajuan kecemerlangan akademik

dan kerjaya.

Menyediakan berita-berita aktiviti persatuan Alumni.

Page 13: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

13.3. Graduan Politeknik Kuching Sarawak adalah secara automatik menjadi ahli Persatuan

Alumni Politeknik Kuching.

13.4. Bayaran yuran keahlian seumur hidup Alumni sebanyak RM50.00 dikenakan sekali dalam

yuran konvokesyen ini.

13.5. Semua graduan yang telah membayar yuran keahlian wajib mengisi borang Permohonan

Keahlian Persatuan Alumni Politeknik Kuching dan sila bawa bersama borang yang

lengkap diisi semasa majlis konvokesyen nanti.

14. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

14.1. Panduan Kepada Bakal Graduan :

14.1.1. Semua Graduan yang HADIR konvokesyen diwajibkan menjawab

Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah.

14.1.2. Graduan yang TIDAK HADIR konvokesyen perlu menghubungi pegawai

CISEC jabatan masing-masing. Kegagalan menjawab kajian ini akan

mengakibatkan tidak dapat mengambil jubah dan DIPLOMA atau

TANSKRIP anda ditahan.

14.2. Tujuan/matlamat kajian ini

14.2.1. Kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap

program, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda

mengikuti pengajian serta bagaimana anda memasuki dan menghadapi

alam pekerjaan.

14.2.2. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang

membina kepada institusi anda dan juga bagi pihak Kementerian

Pengajian Tinggi. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk

menyumbang kembali kepada institusi anda dan menyatakan rasa terima

kasih anda.

Page 14: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

Proses Kerja Pengisian Kajian :

Jadual Pengisian Kajian kepada yang Hadir Konvokesyen mengikut waktu pengambilan Jubah:

1. Graduan yang akan mengambil Jubah mulai 31 Julai – 3 Ogos 2018 (Selasa – Jumaat), dan

pada 6 Ogos 2018 (Isnin) dikehendaki mengisi kajian di :

Tempat Kajian : Bilik Seminar UIDM (Pendaftaran kajian) & Makmal E-Learning

(bersebelahan DJP)

Masa : Jam 9:00am – 12:00pm

Jam 2:00pm – 4:00pm

2. Graduan yang akan mengambil Jubah pada Hari Raptai (7 Ogos 2018) :

Tempat Kajian : BK10 (Pendaftaran kajian) & MK1, MK2, MK3 (Blok

Pentagon)

Masa : Sebelum raptai

Sebarang masalah untuk sila hubungi :-

Pegawai Pengesanan Graduan

Politeknik Kuching Sarawak

[email protected]

082-845596 ext 113

HP : 0168587660

15. PERINGATAN TAMBAHAN

15.1. Graduan yang masih belum menjelaskan apa-apa hutang dengan PKS atau belum

memulangkan buku perpustakaan atau barang-barang yang lain yang dipinjam dari

mana-mana bahagian di PKS, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan pihak

yang berkenaan dengan segera.

15.2. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan diploma dan transkrip

DITAHAN.

Page 15: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

LAMPIRAN A

JADUAL PENDAFTARAN & MAJLIS KONVOKESYEN KE-26

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Atur cara : Majlis Raptai Konvokesyen

(PKS) Ke-26

Tarikh : 7 Ogos 2018 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi (Masa pendaftaran graduan bermula)

RINGKASAN TENTATIF MAJLIS KONVOKESYEN PKS 2018

TARIKH/ HARI MASA AKTIVITI

7 Ogos 2018 (Selasa)

8.00 am –

4.30 pm

Persiapan AJK

Pendaftaran graduan

Majlis Raptai Konvokesyen PKS

Majlis PKJ PKS

8 Ogos 2018 (Rabu) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 1

Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 2

9 Ogos 2018 (Khamis) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 3

Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 4

TENTATIF PENDAFTARAN DAN MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PKS 2018

MASA

AKTIVITI

8.00 am

Persiapan Tempat dan Peranan Setiap Jawatankuasa Konvokesyen

9.00 am

Pendaftaran Graduan untuk semua sesi

10.30 am

Graduan berkumpul di Dewan Jubli Perak PKS untuk persediaan Majlis Raptai Konvokesyen PKS 2018

11.00 am

Majlis Raptai Konvokesyen PKS 2018 bermula

- Taklimat tatacara perjalanan majlis konvokesyen bermula

Page 16: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

MASA

AKTIVITI

12.30 pm

Perarakan masuk graduan Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan doa

Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian oleh VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan

Penyampaian diploma Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang

Penyampaian cenderamata kepada VIP Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

* Graduan penerima Anugerah Pingat Ketua Jabatan (AKKJ) bersedia untuk Majlis APKJ Konvokesyen PKS Kali Ke 26 pada masa pendaftaran jam 1.30 pm

Page 17: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

MASA

AKTIVITI

2.00 pm

MAJLIS ANUGERAH PINGAT KETUA JABATAN KONVOKESYEN PKS KALI KE-26 TAHUN 2018 Ketibaan Pengarah PKS

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan doa

Ucapan dan amanat Pengarah PKS Penyampaian Anugerah Pingat Ketua Jabatan Konvokesyen PKS Kali ke-

26 2018

Nyanyian Lagu Politeknik Malaysia

Sesi bergambar

Bersurai

Page 18: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 26 [SIDANG PERTAMA / PAGI]

GRADUAN : SESI DISEMBER 2016 bagi:

i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

iii) Jabatan Perdagangan

TARIKH : 8 OGOS 2018 [RABU]

MASA : 7.00 PAGI

MASA

AKTIVITI

7:00 am 8.15 am

Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis

8:30 am

Perarakan masuk graduan

8.40 am 9:00 am

Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP

Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma

Page 19: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

MASA

AKTIVITI

12.30 pm

Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

Page 20: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 26 [SIDANG KEDUA / PETANG]

GRADUAN : SESI DISEMBER 2016 bagi:

i) Jabatan Kejuruteraan Awam

ii) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia

iii) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

TARIKH : 8 OGOS 2018 [RABU]

MASA : 1.00 PETANG

MASA

AKTIVITI

1.15 pm

1.30 pm

Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis

1.50 pm

Perarakan masuk graduan

2.00 pm 2.15 pm

Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP

Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma

Page 21: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

MASA

AKTIVITI

5.00 pm

Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang

Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

Page 22: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 26 [SIDANG KETIGA / PAGI]

GRADUAN : SESI JUN 2017 bagi :

i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

iii) Jabatan Perdagangan

TARIKH : 9 OGOS 2018 [KHAMIS]

MASA : 7.00 PAGI

MASA

AKTIVITI

7:00 am 8.15 am

Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis

8:30 am

Perarakan masuk graduan

8.40 am 9:00 am

Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma

Page 23: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

MASA

AKTIVITI

12.30 pm

Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

Page 24: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 26 [SIDANG KEEMPAT / PETANG]

GRADUAN : SESI JUN 2017 bagi:

i) Jabatan Kejuruteraan Awam

ii) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia

iii) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

TARIKH : 9 OGOS 2018 [KHAMIS]

MASA : 1.00 petang

MASA

AKTIVITI

1.15 pm

1.30 pm

Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis

1.50 pm

Perarakan masuk graduan

2.00 pm 2.15 pm

Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma

Page 25: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

MASA

AKTIVITI

5.00 pm

Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang

Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai

Page 26: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

LAMPIRAN B

JADUAL 1: PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN

POLITEKNIK KUCHING

Perkara Tarikh / Masa Lokasi

Pengambilan /

Agihan

31 Julai – 3 Ogos 2018 ( Selasa – Jumaat )

dan

6 Ogos 2018 ( Isnin )

Jam 9:00am – 12:00pm

Jam 2:00pm – 4:00pm

Cybercafe

Koperasi

Politeknik Kuching

Sarawak Berhad

7 Ogos 2018 ( Selasa )

Selepas selesai raptai Konvokesyen

Cafeteria Politeknik

Kuching Sarawak

Pemulangan

(Pemulangan jubah

yang lewat daripada

tarikh 10 Ogos 2018

akan dikenakan

denda RM10 sehari)

8 – 9 Ogos 2018 ( Rabu – Khamis )

Selesai majlis konvokesyen hingga jam 5:00pm

Cafeteria Politeknik

Kuching Sarawak

10 Ogos 2018 ( Jumaat )

Jam 9:00am – 12:00pm

Jam 2:00pm – 4:00pm

Cybercafe

Koperasi

Politeknik Kuching

Sarawak Berhad

JADUAL 2 : KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN JUBAH KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING

Perkara Kadar Caj (RM)

Kehilangan Jubah 500.00

Kerosakan Jubah Bergantung kepada jenis kerosakan

Page 27: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

LAMPIRAN C

PERATURAN PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN

1. Semasa mengambil Jubah Konvokesyen, graduan mestilah meyertakan salinan

a. Slip Bayaran Asal Kovokesyen.

b. Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.

2. Graduan digalakkan mengambil sendiri Jubah Konvokesyen dan menunjukkan kad

pengenalan diri sebagai bukti.

3. Graduan dikehendaki mengisi maklumat pada borang yang disediakan semasa

melakukan pinjaman. Hanya graduan yang tersenarai dalam Buku Konvokesyen

sahaja yang layak menerima Jubah Konvokesyen.

4. Graduan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerosakan atau

kehilangan Jubah Konvokesyen semasa dalam jagaan mereka. Jika berlaku

kerosakan atau kehilangan, graduan berkenaan akan dikenakan bayaran ganti rugi

sebanyak RM500.00 ( Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja ).

5. Graduan tidak dibenarkan mencuci sendiri Jubah Konvokesyen.

6. Jika perlu, graduan dinasihatkan menggosok/seterika jubah pada suhu yang

rendah.

7. Graduan tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian pada Jubah

Konvokesyen.

8. Diploma tidak akan diserahkan kepada graduan yang gagal untuk memulangkan

Jubah Konvokesyen pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

Page 28: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

LAMPIRAN D

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN & PERATURAN KEPADA BAKAL GRADUAN

PROSES KERJA PENGISIAN KAJIAN UNTUK GRADUAN YANG HADIR KONVOKESYEN

** NOTA PENTING: Sekiranya menghantar wakil, pastikan segala maklumat yang diperlukan untuk kajian dibawa bersama.

GRADUAN (KATEGORI BEKERJA)

Bekerja Sepenuh Masa / Separa Masa Bekerja Kontrak / Bekerja Sementara

Freelance – baiki komputer/alatan elektrik/kenderaan, pereka grafik, dropship, mekanik, tour guide, catering, ejen insurans dll

Membantu perniagaan keluarga – walaupun tidak diberi upah tetapi diberi makan/tempat tinggal

Berniaga sendiri – gerai tepi jalan, pasar malam, online, bertani, menternak, menjual hasil pertanian, nelayan, pemborong dll

Bekerja di luar bidang / kelayakan seperti petrol pam attendant, cashier, cleaner, pengasuh, salesman dll

Bekerja sekurang-kurangnya sejam semasa minggu rujukan untuk mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga (sebagai majikan, pekerja, bekerja sendiri atau pekerja keluarga tanpa gaji).

Bekerja mengikut keperluan, tidak bekerja buat sementara waktu tetapi bergaji dan pasti akan dipanggil bekerja semula

PROSES SELESAI

GRADUAN

(KATEGORI TIDAK BEKERJA)

Tidak bekerja

Lanjut pengajian

Tingkat kemahiran

Tunggu penempatan kerja

Dapatkan cop pengesahan dari urusetia

Kajian Pengesanan Graduan setelah selesai

mengisi kajian

Daftar dahulu di kaunter Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah. Maklumkan

status sama ada bekerja atau belum bekerja

Pergi ke makmal komputer yang akan diberitahu pada hari berkenaan.

Ikut arahan urusetia bertugas

Serahkan SLIP KAJIAN YANG TELAH

DISAHKAN OLEH URUSETIA KAJIAN

PENGESANAN GRADUAN kepada urusetia

Jubah untuk mengambil jubah

Page 29: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

LAMPIRAN E

PANDUAN BERGAMBAR

1. Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT.

2. Masukkan No Kad Pengenalan Graduan.

Hadir Konvokesyen : RM 270.00

Tidak Hadir Konvokesyen : RM 220.00

Page 30: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

3. Pilih POLI KUCHING (Pilih bayaran RM270 Hadir atau RM220 Tidak Hadir)

Page 31: PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-26 1. … · ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke ... pembayaran yuran dan Asrama di

** Pilih setiap satu pilihan mengikut pilihan HADIR atau TIDAK HADIRpastikan anda membuat

pembayaran.

4. Sahkan data dan masukkan wang.

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang.

Transaksi selesai dan ambil Resit. Jika tiada resit dikeluarkan, sila rujuk pihak bank untuk

dapatkan resit transaksi tersebut.