peraturan akademik 130510 - · pdf filediadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik dan...
Post on 19-May-2019
218 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
PERATURAN AKADEMIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
(PENGAJIAN SEPENUH MASA)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Perlis
Disahkan oleh Senat Universiti Malaysia Perlis Pada 23 September 2008
2
Edisi Pertama 2008 (Dikemaskini: 17 Februari 2010)
Diterbitkan oleh:
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 11, Bangunan KWSP Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar, Perlis Tel: 04-979 8044/8264
Faks: 04-979 8099 www.unimap.edu.my
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniMAP 2008
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang dalam apa juga bentuk pun dan dengan apa cara juga sama ada elektronik, fotostat, mekanik, rakaman, visual atau cara lain, mana-mana bahagian artikel / ilustrasi / isi kandungan buku ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) / Pendaftar, Universiti Malaysia Perlis.
3
MUKA SURAT Kandungan 3 Senarai Jadual 6 Senarai Lampiran 7 BAHAGIAN I 8 Takrif BAHAGIAN II 9 Tahun Akademik BAHAGIAN III 10 Pendaftaran Kursus BAHAGIAN IV 11 Sistem Unit
(i) Unit Kursus (ii) Penilaian Unit (iii) Beban Unit Untuk Setiap Semester (iv) Pengecualian Unit, Pemindahan Unit / Kredit dan Pengecualian Semester (v) Unit Kursus Gagal (vi) Kredit Lulus Kursus (vii) Tempoh Minimum / Maksimum Pengajian Pelajar
BAHAGIAN V 14 Sistem Purata Nilai Gred BAHAGIAN VI 15 Peperiksaan
(i) Kehadiran / Dihalang Menduduki Peperiksaan (ii) Skim Penilaian (iii) Peperiksaan Akhir Semester (iv) Peperiksaan Khas
BAHAGIAN VII 17 Status Akademik
(i) Menambahbaik PNGK (ii) Penarafan Tahun Pengajian Pelajar
BAHAGIAN VIII 18 Syarat Penganugerahan Ijazah BAHAGIAN IX 19 Cuti Dengan Kebenaran / Penangguhan Pengajian
KANDUNGAN
4
BAHAGIAN X 19 Pertukaran Program Pengajian BAHAGIAN XI 20 Peruntukan-Peruntukan Am PERATURAN PEPERIKSAAN BAHAGIAN I 31 Permulaan Dan Taksiran Tambahan BAHAGIAN II 31 Penilaian BAHAGIAN III 32 Syarat Menduduki Peperiksaan BAHAGIAN IV 32 Persediaan Menghadapi Peperiksaan BAHAGIAN V 32 Penyeliaan Peperiksaan BAHAGAIAN VI 33 Pengawasan Peperiksaan Akhir Semester BAHAGIAN VII 35 Tatatertib Peperiksaan Akhir Semester BAHAGIAN VIII 37 Penyelewengan Akademik BAHAGIAN IX 37 Hukuman BAHAGIAN X 38 Pengumuman Keputusan Peperiksaan BAHAGIAN XI 38 Rayuan Penyemakan Semula Kursus BAHAGIAN XII 39 Mengulang Semula Kursus BAHAGIAN XIII 40 Kursus Kuratif BAHAGIAN XIV 42 Penganugerahan Ijazah
5
BAHAGIAN XV 43 Majlis Peperiksaan Pusat Pengajian / Pusat / Institut LAMPIRAN A 44 Formula Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) LAMPIRAN B 45 Formula Pengiraan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) LAMPIRAN C 46 Sistem & Simbol Gred LAMPIRAN D 48 Contoh Borang Rayuan Penyemakan Semula Kursus LAMPIRAN E 49 Contoh Transkrip Akademik
6
BIL
JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
1.
Jadual I
Tahun Akademik
9
2.
3.
Jadual II
Jadual III
Jangkamasa Pendaftaran, Tambah-Gugur (Add-Drop) Dan Tarik Diri Kursus Penilaian Unit
11
11
4.
5.
Jadual IV
Jadual V
Jumlah Unit (Minimum dan Maksimum) Untuk Pendaftaran Kursus Mengikut Taraf Akademik / Status Pelajar Hubungan Antara Gred, Mata Nilai dan Status Kursus
12
14
6. Jadual VI
Status Akademik 17
SENARAI JADUAL
7
BIL
LAMPIRAN
TAJUK
MUKA SURAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Lampiran I
Lampiran II
Lampiran III
Lampiran IV
Lampiran V
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Peraturan Kemasukan Pelajar Peraturan Pendaftaran Kursus Dasar Pengecualian Unit Dasar & Kaedah Pemindahan Unit / Kredit Peraturan Tindakan Ke Atas Pelajar Yang Tidak Menghadiri Kuliah Melebihi 20% Formula Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) Formula Pengiraan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Sistem dan Simbol Gred Contoh Borang Rayuan Penyemakan Semula Kursus Contoh Transkrip Akademik
21
22
25
26
29
43
44
45
47
48
SENARAI LAMPIRAN
8
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
PERATURAN AKADEMIK Program Ijazah Sarjana Muda
(Pengajian Sepenuh Masa)
BAHAGIAN I 1. TAKRIF Universiti ialah Universiti Malaysia Perlis. Senat ialah Senat Universiti Malaysia Perlis. Pusat Pengajian ialah mana-mana fakulti, institusi dan pusat pengajian universiti. Dekan ialah ketua Pusat Pengajian / Institut / Pusat / Jabatan yang dilantik oleh Naib Canselor Universiti. Pelajar ialah seseorang yang telah sah didaftarkan secara rasmi untuk mengikuti pengajian di universiti ini. Calon Luar ialah pelajar semester akhir yang mendaftar kursus sahaja yang pernah diikuti sebelumnya. Kursus ialah komponen kurikulum kursus yang mempunyai kod tersendiri. Jawatankuasa Akademik Pusat Pengajian / Institut / Pusat ialah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pusat Pengajian / Institut / Pusat untuk menguruskan perkara-perkara mengenai hal ehwal akademik Pusat Pengajian / Institut / Pusat. Kredit ialah jumlah unit yang telah didaftarkan dan lulus. Untuk pengajian peringkat ijazah, pelajar mesti mengumpulkan jumlah kredit yang ditetapkan. Unit Kira ialah jumlah unit yang diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK. Unit Pengecualian ialah jumlah pengecualian unit yang diluluskan oleh Senat Universiti. Unit Pindah ialah jumlah unit yang dipindahkan dari institusi lain dan diluluskan oleh Senat Universiti. Penganugerahan ialah pengesahan Senat Universiti ke atas pelajar yang telah memenuhi syarat lulus. Rakan Pendamping Siswa (RPS) / Penasihat Akademik ialah staf akademik yang dikenalpasti untuk memberi penasihatan di dalam hal yang berkaitan dengan akademik pelajar.
TAKRIF
9
BAHAGIAN II 2. (1) Tahun Akademik Universiti dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan
Semester II. Setiap semester ini mengandungi 14 minggu pembelajaran.
(2) Di samping dua semester lazim di atas, universiti juga mempunyai satu semester pendek yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik dan dinamakan Semester Khas atau Kursus Kuratif. Kursus Kuratif adalah kursus ulangan dan hanya ditawarkan kepada pelajar yang akan bergraduat (tahun akhir) dan mendapat:
i) Gred C- / D+ / D / D- / F dan DK untuk Kursus Keperluan Universiti ii) Gred D/D- dan F dan DK untuk Kursus Teras dan Elektif Semester ini tidak termasuk dalam tempoh pengiraan pengajian yang ditetapkan pada sesuatu
kursus. 3. Tahun Akademik dibahagikan seperti dalam Jadual I :
Jadual I : Tahun Akademik* (* Tertakluk kepada pindaan)
TAHUN AKADEMIK
Minggu Suaikenal 1 minggu (Dalam Tempoh Cuti Akhir Tahun Akademik) SEMESTER I Pembelajaran 7 minggu Cuti Pertengahan Semester 1 minggu Pembelajaran 7 minggu Ulangkaji 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester 3 minggu JUMLAH 19 minggu Cuti Antara Semester 5 minggu SEMESTER II Pembelajaran 7 minggu Cuti Pertengahan Semester 1 minggu Pembelajaran 7 minggu Ulangkaji 1 minggu Peperiksaan Akhir Semester 3 minggu JUMLAH 19 minggu Cuti Akhir Tahun Akademik 9 minggu JUMLAH 52 minggu
Cuti Akhir Tahun Akademik 9 minggu SEMESTER KHAS (Kursus Kuratif) Pembelajaran 2 minggu Peperiksaan 1 minggu Cuti Akhir Tahun Akademik 6 minggu
10
BAHAGIAN III 4. (1) Semua pelajar termasuk calon luar adalah diwajibkan mendaftar setiap kursus yang diambil tiap-tiap semester. Pendaftaran hanya dilakukan setelah pelajar berbincang dengan Rakan Pendamping Siswa / Penasihat Akademik masing-masing.
(2) Semua pelajar mesti mendaftar kursus dengan kod yang betul. (3) Pendaftaran kursus mesti dibuat sebelum tamat tempoh pendaftaran wajib, iaitu
sebelum semester bermula.
(4) Pelajar boleh mendaftar mana-mana kursus yang berkaitan yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian.
(5) Sebarang permohonan pendaftaran kursus / tarik diri / gugur / tambah kursus di luar
tempoh yang ditetapkan tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh universiti boleh dikenakan denda. Hanya pelajar yang mempunyai alasan yang munasabah sahaja akan dipertimbangkan oleh Dekan Pusat Pengajian.
(6) Semakan Pendaftaran Kursus
(i) Pelajar bertanggungjawab membetulkan sebarang kesilapan yang terdapat
dalam rekod pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan. (ii) Sebarang permohonan untuk pembetulan lewat dalam tempoh yang ditetapkan
tanpa sebab-s