perangkaan perdagangan luar negeri malaysia december 2019

8
EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1300, Selasa, 4 Februari 2020 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI MALAYSIA DISEMBER 2019#

Upload: others

Post on 25-Mar-2022

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1300, Selasa, 4 Februari 2020

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA  

SIARAN AKHBAR

PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI MALAYSIA

DISEMBER 2019#

 

FAKTA PENTING

TAHUNAN

Pada tahun 2019, eksport Malaysia berjumlah RM986.4 bilion dengan penurunan 1.7% berbanding tahun lepas, manakala import bernilai RM849.0 bilion (-3.5%) menghasilkan jumlah perdagangan sebanyak RM1.8 trilion (-2.5%).Penurunan eksport disebabkan oleh pengurangan eksport ke Hong Kong (-RM8.3 bilion),  Jepun (-RM5.1 bilion), Australia (-RM5.1 bilion), Singapura (-RM3.4 bilion) dan Kesatuan Eropah (-RM2.9 bilion).Import merosot terutamanya dari Singapura (-RM13.5 bilion), Taiwan (-RM6.5 bilion), Kesatuan Eropah (-RM5.9 bilion), Thailand (-RM4.5 bilion) dan Switzerland (-RM4.1billion).

SUKU TAHUNAN

Pada suku keempat 2019, eksport mencatat penurunan 3.3% tahun ke tahun  kepada RM257.9 bilion. Eksport semula bernilai RM45.9 bilion berkurangan 10.0% dan menyumbang 17.8% daripada jumlah eksport. Eksport domestik turun 1.8% kepada RM212.0 bilion berbanding tahun sebelumnya. Import juga mencatatkan penurunan sebanyak 4.0% tahun ke tahun  kepada RM221.4 bilion.Berasaskan suku tahun ke suku tahun, eksport naik 4.4% daripada        RM247.0 bilion.Berasaskan suku tahun ke suku tahun, import juga meningkat 3.7% daripada RM213.5 bilion.Berasaskan tahun ke tahun, penurunan eksport disebabkan oleh eksport yang lebih rendah ke Jepun (-RM3.2 bilion), Australia (-RM2.6 bilion), Hong Kong (-RM2.4 bilion), Thailand (-RM2.1 bilion) dan Singapura (-RM1.3 bilion).Berasaskan tahun ke tahun, import lebih rendah terutamanya dari Taiwan (-RM2.6 bilion), Singapura (-RM2.3 bilion), Kesatuan Eropah (-RM2.3 bilion), Arab Saudi (-RM2.0 bilion) dan Thailand (-RM1.5 bilion).

BULANAN

Eksport pada bulan Disember 2019, meningkat 2.7% kepada RM86.4 bilion tahun ke tahun. Eksport semula bernilai RM14.3 bilion yang mencatatkan penurunan 0.3% tahun ke tahun dan menyumbang 16.6% daripada jumlah eksport. Sementara itu, eksport domestik merekodkan peningkatan sebanyak 3.3% atau RM2.3 bilion kepada RM72.1 bilion.Import meningkat sedikit 0.9% tahun ke tahun kepada RM73.8 bilion.Berasaskan bulan ke bulan, eksport meningkat 6.8% daripada RM84.1 bilion. Dalam terma pelarasan musim, eksport juga meningkat 8.5%.Berasaskan bulan ke bulan, import menurun 0.6% atau RM439.3 juta daripada RM74.3 bilion. Dalam terma pelarasan musim, import menurun 1.6%.Berasaskan tahun ke tahun, eksport meningkat disebabkan kenaikan eksport ke China (+RM2.1 bilion), Amerika Syarikat (+RM1.2 bilion),  Indonesia (+RM979.4 juta), Taiwan (+RM721.6 juta) dan Viet Nam (+RM353.3 juta). Walau bagaimanapun, eksport menurun ke Hong Kong (-RM1.2 bilion) dan Jepun (-RM855.5 juta).           Berasaskan tahun ke tahun, import lebih tinggi terutamanya dari Emiriah Arab Bersatu (+RM1.9 bilion), Jepun (+RM857.0 juta) dan China (+RM473.7 juta). Sementara itu, import lebih rendah dari Thailand (-RM719.0 juta),Singapura (-RM392.7 juta) dan Taiwan (-RM392.1 juta).

PERDAGANGAN

Jumlah dagangan bernilai RM160.2 bilion pada Disember 2019, kenaikan sebanyak 1.9% atau RM2.9 bilion. Ia juga mencatatkan kenaikan sebanyak RM5.1 bilion (+3.3%) berbanding November 2019. Lebihan dagangan yang dinilai pada RM12.6 bilion, meningkat RM1.6 bilion (+14.7%) dari tahun lalu. Ia juga mencatatkan peningkatan sebanyak RM6.0 bilion atau 90.3% berbanding bulan sebelumnya.

EKSPORT

Berasaskan tahun ke tahun, eksport meningkat 2.7% kepada RM86.4 bilion. Produk utama yang dikaitkan dengan kenaikan adalah:

Keluaran petroleum bertapis, yang mencakupi 7.1% daripada jumlah eksport, meningkat RM1.6 bilion atau 35.2% kepada RM6.2 bilion berikutan peningkatan volum eksport (+35.3%) walaupun nilai purata seunit berkurangan 0.04%;Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit     (6.7% daripada jumlah eksport), meningkat RM1.0 bilion (+20.9%) kepada RM5.8 bilion. Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini naik RM910.7 juta atau 34.5% berikutan peningkatan dalam volum eksport (+13.1%) dan nilai purata seunit (+18.9%);Kayu dan hasil keluaran kayu (2.3% daripada jumlah eksport) meningkat RM180.9 juta atau 9.8% kepada RM2.0 bilion; danGetah asli (0.3% daripada jumlah eksport) meningkat RM21.9 juta atau 8.1% kepada RM293.7 juta berikutan peningkatan dalam kedua-dua volum eksport (+4.8%) dan nilai purata seunit (+3.1%).

Walau bagaimanapun, produk-produk berikut mencatatkan penurunan:

Barangan elektrik dan elektronik (E&E), yang mencakupi 35.9% daripada jumlah eksport, turun RM1.8 bilion atau 5.4% kepada RM31.0 bilion;Gas asli cecair, yang meliputi 4.1% daripada jumlah eksport merosot sebanyak RM961.6 juta atau 21.3% kepada RM3.6 bilion disebabkan penurunan nilai purata seunit (-24.6%) walaupun volum eksport meningkat 4.5%; danPetroleum mentah, yang merangkumi 2.9% daripada jumlah eksport, turun sebanyak RM799.3 juta atau 24.3% kepada RM2.5 bilion berikutan pengurangan kedua-dua nilai purata seunit (-1.4%) dan volum eksport (-23.2%).

Berasaskan bulan ke bulan, eksport meningkat RM5.5 bilion (+6.8%) daripada RM80.9 bilion. Produk utama yang menyumbang kepada kenaikan adalah:

Barangan E&E naik RM3.5 bilion (+12.5%) daripada RM27.6 bilion;Keluaran petroleum bertapis meningkat RM865.7 juta atau 16.3% daripada RM5.3 bilion berikutan peningkatan kedua-dua volum eksport (+13.9%) dan nilai purata seunit (+2.1%);Minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit meningkat RM416.6 juta atau 7.7% daripada RM5.4 bilion. Eksport minyak sawit naik RM358.9 juta atau 11.2% disebabkan oleh kenaikan nilai purata  seunit (+13.8%) walaupun volum eksport turun 2.2%;Gas asli cecair meningkat RM343.0 juta (+10.7%) daripada RM3.2 bilion berikutan peningkatan dalam kedua-dua volum eksport (+10.3%) dan nilai purata seunit (+0.3%);Petroleum mentah meningkat RM299.7 juta atau 13.7% daripada RM2.2 bilion berikutan pertumbuhan kedua-dua volum eksport (+8.1%) dan nilai purata seunit (+5.2%);Getah asli meningkat sebanyak RM21.2 juta atau 7.8% daripada RM272.5 juta disebabkan peningkatan dalam kedua-dua volum eksport (+6.4%) dan nilai purata seunit (+1.3%); danKayu dan hasil keluaran kayu meningkat RM15.9 juta (+0.8%) daripada RM2.0 bilion.

Eksport ke Negara yang Dituju

Dua destinasi utama eksport Malaysia bagi bulan Disember 2019 adalah China dan Singapura.

Eksport ke China berjumlah RM13.7 bilion, yang mencakupi 15.8% daripada jumlah eksport, meningkat RM2.1 bilion (+17.8%) berbanding setahun yang lalu. Produk utama yang menyebabkan kenaikan adalah:

Alat-alat mengukur, memeriksa, menganalisis dan kawalan; alat ganti yang merangkumi 5.4% daripada jumlah eksport melonjak RM447.9 juta kepada    RM742.9 juta; danMinyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit     (8.0% daripada jumlah eksport), meningkat RM299.5 juta kepada RM1.1 bilion.

Eksport ke Singapura bernilai RM11.6 bilion, yang merangkumi 13.4% daripada jumlah eksport, merosot RM322.2 juta (-2.7%). Produk utama yang menyebabkan penurunan adalah barangan E&E, yang menyumbangkan 40.6% daripada jumlah eksport turun RM1.0 bilion (-17.9%) kepada RM4.7 bilion.

 

Pelarasan Musim bagi Nilai Eksport

Berdasarkan terma pelarasan musim bulan ke bulan, eksport meningkat RM6.5 bilion (+8.5%) kepada RM83.8 bilion.

Eksport, 2015-2019

IMPORT

Berasaskan tahun ke tahun, import meningkat RM665.1 juta atau 0.9% kepada RM73.8 bilion. Peningkatan import terutamanya disumbangkan oleh barangan perantaraan dan barangan penggunaan.

Barangan Perantaraan

Barangan ini yang merangkumi 56.7% daripada jumlah import naik RM2.4 bilion (+6.0%) kepada RM41.8 bilion. Peningkatan ini terutamanya disumbangkan oleh bahan api & pelincir, utama (+RM686.4 juta, +22.8%), bekalan perindustrian, utama (+RM677.0 juta, +28.0%) dan bekalan industri, diproses (+RM600.0 juta, +3.7%). Walau bagaimanapun, bahan api & pelincir, diproses, lain-lain menurun RM546.2 juta (-32.5%).

Barangan Penggunaan

Import barangan penggunaan yang mencakupi 9.2% daripada jumlah import merekodkan peningkatan sebanyak RM212.1 juta (+3.2%) kepadaRM6.8 bilion. Peningkatan ini terutamanya disumbangkan oleh makanan dan minuman, utama, khususnya untuk kegunaan isi rumah (+RM256.3 juta, +31.2%) dan tahan lama (+RM91.2 juta, +10.6%). Walau bagaimanapun, import makanan & minuman, diproses, khusus untuk penggunaan isi rumah menurun RM180.9 juta atau 9.0%.

Barangan Modal

Import barangan modal yang meliputi 11.7% daripada jumlah import, turun RM1.1 bilion (-10.9%) kepada RM8.6 bilion berikutan penurunan kedua-dua barangan modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan)(-RM878.7 juta, -9.9%) dan kelengkapan pengangkutan, perindustrian(-RM175.8 juta, -20.8%).

 

Berasaskan bulan ke bulan, import menurun RM439.3 juta atau 0.6% daripada RM74.3 bilion. Penurunan import mengikut penggunaan akhir disebabkan oleh barangan modal.

Barangan Modal

Import barangan modal menurun RM1.2 bilion (-11.8%) daripada RM9.8 bilion berikutan penurunan kedua-dua barangan modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan) (-RM739.2 juta, -8.5%) dan kelengkapan pengangkutan, perindustrian (-RM418.4 juta, -38.5%).

Barangan Perantaraan

Barangan ini melonjak RM847.8 juta (+2.1%) daripada RM41.0 bilion. Komponen utama yang menyumbang kepada kenaikan adalah bahan api& pelincir, utama (+RM1.9 bilion, +109.4%). Walau bagaimanapun, import barangan dan aksesori barangan modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan) mencatatkan penurunan sebanyak RM1.3 bilion (-9.3%).

Barangan Penggunaan

Import barang penggunaan mencatat peningkatan sebanyak RM63.5 juta(+0.9%) daripada RM6.8 bilion. Peningkatan ini disebabkan oleh makanan dan minuman, utama, khusus untuk kegunaan isi rumah (+RM166.9 juta, +18.3%), barangan separa tahan lama (+RM111.2 juta, +8.8%), dan barangan tahan lama (+RM31.8 juta, +3.5%).

Import mengikut Negara Asal

Dua sumber utama import Malaysia pada Disember 2019 ialah China dan Singapura.

Import dari China yang mencatatkan RM16.0 bilion naik RM473.7 juta (+3.1%) berbanding Disember 2018. Produk-produk utama yang menyumbang kepada peningkatan adalah:

Keluaran petroleum bertapis (6.3% daripada jumlah import), meningkat RM577.7 juta atau 133.3% kepada RM1.0 bilion; danPerabot dan bahagiannya yang meliputi 1.9% daripada jumlah import meningkat RM157.4 juta atau 111.6% kepada RM298.6 juta.

Import dari Singapura bernilai RM7.2 bilion merosot sebanyak RM392.7 juta (-5.2%) berbanding tahun lalu. Produk utama yang menyebabkan penurunan adalah barangan E&E (31.8% daripada jumlah import), menurun RM238.8 juta atau 9.4% kepada RM2.3 bilion.

Pelarasan Musim bagi Nilai Import

Berdasarkan terma pelarasan musim bulan ke bulan, import menurun RM1.1 bilion (-1.6%) kepada RM72.1 bilion.

Import, 2015-2019

 

PASARAN DAGANGAN

Carta berikut menunjukkan rakan dagangan utama Malaysia pada bulan Januari - Disember 2019.

Jumlah dagangan mengikut Negara Utama, Jan – Dis 2019, peratus pembahagian

Eksport dan Import mengikut Negara Utama, Jan – Dis 2019, peratus pembahagian

Carta di bawah menunjukkan perdagangan Malaysia dengan negara-negara ASEAN bagi tempoh Januari – Disember 2019.

Eksport, Jan – Dis 2019, peratus pembahagian

Import, Jan – Dis 2019, peratus pembahagian

#Nota:

1. Data bulan Disember 2019 adalah provisional dan tertakluk kepada pindaan dalam keluaran berikutnya.2. Laporan ini boleh diperolehi daripada laman portal Jabatan Perangkaan Malaysia (https://www.dosm.gov.my) di bawah

ruangan: Siaran Terkini.

Dikeluarkan Oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDINKETUA PERANGKAWAN MALAYSIAJABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

 DrUzir_Mahidin        Dr_Uzir

4 FEBRUARI 2020 

Pegawai dihubungi:

Mohd Yusrizal Ab RazakPegawai Perhubungan AwamBahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan AntarabangsaJabatan Perangkaan MalaysiaTel : +603-8885 7942Faks : +603-8888 9248Emel : yusrizal.razak[at]dosm.gov.my