perancangan strategik - sesi 2017 kategori gred lelaki perempuan jumlah siswazah dg 52 - 1 1 dg 48 7...
Post on 14-Feb-2018
274 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
SMKMEMBAKUT
PERANCANGAN
STRATEGIK
2017-2021
KANDUNGAN
PERANCANGAN STRATEGIK 2017 - 2021
Tajuk
Muka Surat
Kata Alu-Aluan Pengetua SMeKeM
1
Latar Belakang SMeKeM: Visi, Misi, Slogan, Piagam Pelanggan, Motto, Lencana, Falsafah Sekolah, Objektif Sekolah, Nilai-Nilai Sekolah, Lagu Sekolah
2-8
Pengetua-Pengetua Sekolah (1967 2017)
9
YDP PIBG (1988 2017)
9
Staf, KTBM & Pelajar SMeKeM Sesi 2017
10
Pakej Matapelajaran Mengikut Tingkatan & Kelas 2017
11-14
Unit-unit Kokurikulum
15
Pencapaian Sekolah Dalam Peperiksaan Awam PMR,SPM & STPM Mengikut Gred Purata Sekolah & Peratus kelulusan.
16
Jalinan Kasih Tautan Ilmu
17
Prasarana Sekolah: Pelan Lokasi SMK Membakut Kedudukan Blok & Kelas SMeKeM Gambar-gambar
18-22
Perancangan Strategik SMeKeM : Tujuan, Nilai & Cabaran
23-27
Pekeliling-Pekeliling Kurikulum
28-29
Bidang 1 : Pengurusan Kurikulum
Bidang 2 : Pengurusan Kokurikulum
Bidang 3 : Pengurusan Hal Ehwal Murid
Bidang 4 : Pengurusan Tingkatan 6
Bidang 5 : Pengurusan Kewangan
Bidang 6 : Pengurusan Pentadbiran Pejabat
Bidang 7 : Pengurusan Persekitaran & Kemudahan Fizikal / Lestari
Bidang 8 : Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia
Bidang 9: Pengurusan Perhubungan Luar
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Perancangan Strategik SMeKeM 2017- 2021
1
PENGETUA SMK MEMBAKUT
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan hidayahNya telah memberikan kekuatan dan kesepakatan kepada Warga SMeKeM untuk terus menghasilkan Perancangan Pelan Strategik SMeKeM 2017-2021 dengan jayanya.
Sesungguhnya Perancangan Pelan Strategik SMeKeM 2017-2021 adalah panduan
dan hala tuju kepimpinan sekolah dalam aspek pengurusan kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan sahsiah serta keceriaan yang telah dirancang, disusun, dilaksana dan perlu pemantauan, penilaian dan penambahbaikan berteraskan aspek-aspek penilaian dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Warga SMeKeM di atas kesungguhan
dan komitmen yang tinggi bagi menyiapkan Perancangan Pelan Strategik ini. Saya amat mengharapkan agar semua strategi, pelan taktikal dan pelan operasi
dapat dijayakan sepenuhnya untuk merealisasikan visi sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Sekian, terima kasih.
ZARIDA HJ MOHD JUNAIDI Pengetua SMK Membakut
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Perancangan Strategik SMeKeM 2017- 2021
2
SMK Membakut pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1976 oleh En. Khamis
Noyo, En. Yusuf Sulaiman dan beberapa orang penduduk tempatan Membakut. Pada
peringkat awal, sekolah ini tidak mempunyai bangunan tetap dan terpaksa
menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Membakut iaitu pada
sidang petang selepas selesai sahaja sesi sekolah rendah. Berkat usaha pengetua-
pengetua sekolah ini serta kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Sabah, akhirnya
kelulusan telah diperolehi untuk mendirikan sebuah bangunan tetap hasil daripada
pinjaman di bawah Skim Pinjaman Bank Dunia.
Pada tahun 1978 sekolah ini telah berpindah ke tapak yang baru seperti yang
ada sekarang yang mempunyai keluasan lebih kurang 17 hektar dan terdiri daripada
10 buah blok bangunan. Peringkat awal jumlah pelajar adalah kurang dan sekolah
ini menampung pelajar dari sekolah rendah sekitar Membakut. Peningakatan jumlah
pelajar yang pesat menyebabkan pembinaan bangunan tambahan. Malah
persekolahan dua sesi diperkenalkan untuk menampung pelajar yang ramai. SMK
Membakut dibuka secara rasminya pada 29 April 1985 oleh Menteri Pelajaran
ketika itu, Datuk Abdullah Ahmad Badawi.
SMK Membakut semakin berkembang maju dari aspek kemudahan
infrastruktur, tawaran mata pelajaran, sumber manusia dan teknologi, selepas lebih
38 tahun beroperasi. Pada tahun 2003, persekolahan satu sesi bermula Sekolah
Menengah Kebangsaan Membakut II mula beroperasi sepenuhnya. Pelajar dari
kawasan sekitar Kampung Binsuluk, Kampung Brunei dan Kampung Pimping tidak
lagi ditempatkan di sekolah ini. Walau bagaimanapun ibubapa masih menghantar
anak-anak ke sekolah ini kerana kepercayaan ibubapa terhadap keupayaan pihak
sekolah dalam menyajikan pendidikan yang berkualiti. SMK Membakut akan terus
berusaha mengimbangi perkembangan semasa dan keperluan pendidikan masa kini
untuk menjadi sebuah sekolah impian yang cemerlang dan berdaya saing dengan
visi sekolah yang baru Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut merupakan salah sebuah daripada
tiga buah sekolah menengah yang terdapat di
daerah Membakut dan merupakan sekolah
gred A. SMK Membakut terletak di antara
jalan utama Papar Beaufort dan terletak
kira-kira 80 km daripada Bandaraya Kota
Kinabalu.
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Perancangan Strategik SMeKeM 2017- 2021
3
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
SLOGAN SEKOLAH
WE ARE ONE
PIAGAM PELANGGAN
1. Menyampaikan ilmu secara profesional tanpa sebarang diskriminasi. 2. Berusaha dengan penuh iltizam dan sabar dalam membentuk sahsiah pelajar agar
menjadi insan yang seimbang. 3. Memberikan layanan dan perkhidmatan yang adil, cekap dan mesra kepada semua
pihak yang berurusan dengan pihak sekolah. 4. Prihatin terhadap keperluan warga sekolah dan komuniti. 5. Bersedia menerima komen membina daripada semua pihak demi ecemerlangan
sekolah. 6. Menyediakan persekitaran yang kondusif berteraskan amalan 5K.
MOTTO SEKOLAH
PELAJARAN PENYULUH HIDUP
Motto sekolah menunjukkan tentang betapa pentingnya pelajaran bagi sesorang yang dinamakan pelajar. Pelajaran dianggap sebagai penyuluh atau penerang
jalan kehidupan seseorang.
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Perancangan Strategik SMeKeM 2017- 2021
4
LENCANA SEKOLAH
OBJEK DALAM LENCANA
i
Obor
:
Melambangkan semangat yang tidak padam dalam usaha untuk mengejar cita-cita walaupun pelbagai rintangan di hadapan.
ii
Sepohon Pokok
:
Melambangkan kesuburan ilmu dalam kalangan pelajar iaitu setelah mendapat asuhan daripada guru-guru, ilmu tersebut sentiasa berkembang mengikut kebolehan seseorang pelajar itu.
iii
Buku dan Pen
:
Buku dan pen melambangkan melalui pembacaan dan penulisan akan dapat meluaskan lagi ilmu bagi pelajar-pelajar dan juga guru-gurunya.
WARNA DALAM LENCANA
i
:
Melambangkan keberanian, semangat, kegigihan dalam mengejar cita-cita bagi mencapai kejayaan yang hakiki.
ii
:
Melambangkan keagungan dan cita-cita untuk mendaulatkan negara dan semangat cintakan negara.
iii
:
Melambangkan kedamaian iaitu sekolah bagi mewujudkan suasana kedamaian sama ada dalam perhubungan, pembelajaran, pergaulan dan aspek-aspek lain.
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Perancangan Strategik SMeKeM 2017- 2021
5
FALSAFAH SEKOLAH
Dalam melaksanakan tugas-tugas rasmi, kami guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut, akan berpegang teguh kepada falsafah yang berikut :
1. Bahawasanya pelajar-pelajar sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untuk
meningkat dari segi inteleknya. Oleh itu, peluang untuk merebut kepentingan yang ada dibuka sepenuhnya kepada mereka bagi mengembangkan intelek masing-masing.
2. Anggapan tentang pelajar tidak berkebolehan perlu dikikis sama sekali kerana melalui pendidikan prestasi seseorang pelajar itu akan berkembang dan akan mencapai matlamat yang dicita-citakan.
3. Bahawasanya guru-guru sekolah ini sebagai pendidik mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi meninggikan pendidikan di sekolah ini.
4. Bahawasanya usaha dan perjuangan guru-guru sekolah ini adalah satu perjuangan yang ikhlas dan dedikasi serta bersungguh-sungguh berasaskan kepada kerelaan hati bagi membantu pelajar-pelajar mempertingkatkan prestasi pencapaian masing-masing sesuai dengan motto sekolah iaitu Pelajaran Penyuluh Hidup.
OBJEKTIF SEKOLAH
Berusaha dan berikhtiar agar dapat memberi dan menyampaikan pendidikan Bermutu serta berkesan kepada para pelajar. Pihak sekolah sangat berharap agar dapat
mempertingkatkan pencapaian akademik dari semasa ke semasa iaitu dengan : 1. Memperbaiki pencapaian dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM dari segi kuantiti
dan kualitinya iaitu mempertingkatkan peratus kelulusan secara menyeluruh dan menambahkan bilangan pelajar yang mendapat Gred A dalam peperiksaan tersebut.
2. Mengurangkan peratus pelajar-pelajar yang gagal. 3. Berusa