perancangan strategik 2011 pd

13
SMK KELAPA SAWIT PERANCANGAN STRATEGIK (2011 – 2013) BIDANG: TEKNIK & VOKASIONAL – PERDAGANGAN

Upload: nor-zana-ithnin

Post on 27-Jun-2015

600 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perancangan strategik 2011 PD

SMK KELAPA SAWIT

PERANCANGAN STRATEGIK(2011 – 2013)

BIDANG: TEKNIK & VOKASIONAL –

PERDAGANGAN

Page 2: Perancangan strategik 2011 PD

ANALISA PERSEKITARAN (KLAP)MATA PELAJARAN PERDAGANGAN

KEKUATAN KELEMAHAN

1. Sekolah mempunyai bilangan guru yang cukup dan berpengalaman.

2. pasukan bidang Teknik & Vokasional dan panitia serta pengurusan sekolah yang berkaliber dan sentiasa inginkan kecemerlangan dalam akademik.

3. Sebahagian besar pelajar berpotensi dari segi kesungguhan diri dan berminat untuk belajar mata pelajaran Perdagangan.

4. Ramai guru yang bersemangat dan muda untuk melaksanakan segala program yang dirancang.

5. Peruntukan wang dari kerajaan banyak membantu dalm membeli pelbagai keperluan Bantu mengajar bagi peningkatan kualiti P & P.

6. Pencerapan oleh pihak pentadbir sekolah yang dilakukan dapat memberi input baru dalam P & P.

1. Murid-murid tidak menguasai kemahiran belajar dan bermotivasi rendah.

2. Gangguan masa instruksional dikalangan guru dengan pelbagai tugas yang diarahkan oleh Jabatan.

3. Murid tidak dapat memberikan tumpuan semasa P & P dijalankan kerana tidur kepenatan ekoran membuat kerja sampingan terutama pelajar cina.

4. Penguasaan Bahasa Melayu yang lemah di kalangan pelajar bukan melayu menyebabkan mereka tidak dapat memahami kehendak soalan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

5. Pelajar tidak berminat untuk belajar dengan melihat kepada kadar kehadiran yang tidak memberangsangkan. Malah Menganggap datang ke sekolah hanya untuk mendapat sijil berhenti sahaja atau dipaksa untuk ke sekolah.

Page 3: Perancangan strategik 2011 PD

PELUANG ANCAMAN

1. Kerjasama dengan panitia daerah dalam merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Perdagangan.

2. Kerjasama kaunselor sekolah dalam merancang program intensif seperti kelas tambahan semasa cuti dan teknik menjawab soalan diberikan kepada pelajar.

3. Mendapat sokongan PIBG

4. Kursus perkembangan staf di peringkat sekolah dan daerah.

1. Kurang komitmen di kalangan ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi anak-anak mereka.

2. Latar belakang keluarga yang mempunyai sosio-ekonomi yang rendah dan kurang pendidikan menyebabkan ramai murid-murid terlibat dalam kerja sambilan bagi mencari duit poket merka sendiri

3. Peluang kerja sambilan yang banyak memberi peluang kepada mereka untuk bekerja selepas pulang dari sekolah menyebabkan murid kurang memberi tumpuan ketika proses P & P di sekolah.

Page 4: Perancangan strategik 2011 PD

PERANCANGAN STRATEGIK (TAHUN 2011 – 2013)BIDANG : TEKNIK & VOKASIONAL (PERDAGANGAN)

Isu Masalah Matlamat StrategiSasaran Prestasi Indikator

Pencapaian(KPI)TOV

(%)OTI 10

(%)OTI 11

(%)OTI 12

(%)ETR (%)

Kurang menguasai kemahiran mencatat isi-isi penting dan teknik menjawab Perdagangan yang betul.

Murid-murid tidak memahami kehendak soalan yang diberikan semasa peperiksaan.

Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting dan menjawab soalan mengikut skema pemarkahan yang tepat.

Meningkatkan kemahiran murid mencatat isi-isi penting dan menjawab soalan mengikut teknik yang betul.

13.56 50 55 60 % kelulusan dalam SPM

Page 5: Perancangan strategik 2011 PD

PELAN TAKTIKAL TAHUN 2011BIDANG : TEKNIK & VOKASIONAL (PERDAGANGAN)

Isu : Kurang menguasai kemahiran mencatat isi-isi penting dan teknik menjawab Perdagangan yang betul.

Bil. Program Objektif Tanggungjawab TempohKos /

SumberTOV (%)

OTI (%)

ETR (%)

Indikator Pencapaian

(KPI)

1 Mari menghafal bab 1 : Asas kepada Perdagangan

Memberi penekanan asas kepada perdagangan kepada murid

Guru mata pelajaran Perdagangan

Februari hingga

September

Peruntukan panitia

13.56 50 % lulus dalam ujian dan peperiksaan

2 Teknik MenjawabKertas 2

Mendedahkan murid kepada teknik mengenal soalan dan menjawab dengan tepat.

Guru mata pelajaran Perdagangan

Penceramah luar dijemput

April & Ogos

Peruntukan panitia

13.56 45 % lulus dalam ujian dan peperiksaan

3 Bengkel perdagangan bersiri

Murid menghafal fakta dan mengaplikasi dalam jawapan mengikut format yang betul.

Guru mata pelajaran Perdagangan

April,Julai & Ogos

Peruntukan panitia

13.56 50 % lulus dalam ujian dan peperiksaan

Page 6: Perancangan strategik 2011 PD

PELAN OPERASI 2011BIDANG : TEKNIK & VOKASIONAL (PERDAGANGAN)

Isu : Kurang menguasai kemahiran mencatat isi-isi penting dan teknik menjawab Perdagangan yang betul.

Nama Projek: Mari menghafal bab 1 : Asas kepada Perdagangan

Objektif: Memberi penekanan asas kepada perdagangan kepada murid

Tempoh: Februari hingga September

Kumpulan Sasaran : Pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Perdagangan.

Guru Terlibat: Guru mata pelajaran Perdagangan

Proses Kerja: Menyediakan kertas cadanganMesyuaratPelaksanaan aktivitiPenilaian dan maklum balasLaporan Program

Kekangan: Perlu menggunakan sedikit masa 10- 15 minit sebelum memulakan p & p berikutnya.

Pemantauan: Dilakukan dari masa ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan oleh Ketua Panitia dan Ketua Bidang

Penilaian: Keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan SPM

Penambahbaikan: Guru akan memberikan soalan bab tersebut sebulan sekali bagi menilai tahap penguasaan hafalan mereka.

Page 7: Perancangan strategik 2011 PD

PELAN OPERASI 2011BIDANG : TEKNIK & VOKASIONAL (PERDAGANGAN)

Isu : Kurang menguasai kemahiran mencatat isi-isi penting dan teknik menjawab Perdagangan yang betul.

Nama Projek: Teknik Menjawab Kertas 2

Objektif: Mendedahkan murid kepada teknik mengenal soalan dan menjawab dengan tepat

Tempoh: April dan Ogos

Kumpulan Sasaran : Pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Perdagangan.

Guru Terlibat: Guru mata pelajaran Perdagangan

Penceramah luar yang berpengalaman Proses Kerja: Menyediakan kertas cadangan

MesyuaratPelaksanaan aktivitiPenilaian dan maklum balasLaporan Program

Kekangan: Murid-murid tidak menguasai kemahiran belajar dan bermotivasi rendah

Pemantauan: Dilakukan dari masa ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan oleh Ketua Panitia dan Ketua Bidang

Penilaian: Keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan SPM

Penambahbaikan: Guru menyediakan beberapa soalan setiap hari untuk dijawab oleh murid-murid setiap kali sebelum memulakan P&P.

Page 8: Perancangan strategik 2011 PD

PELAN OPERASI 2011BIDANG : TEKNIK & VOKASIONAL (PERDAGANGAN)

Isu : Kurang menguasai kemahiran mencatat isi-isi penting dan teknik menjawab Perdagangan yang betul.

Nama Projek: Bengkel Perdagangan Bersiri

Objektif: Murid menghafal fakta dan mengaplikasi dalam jawapan mengikut format yang betul

Tempoh: April, Julai dan Ogos

Kumpulan Sasaran : Pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Perdagangan.

Guru Terlibat: Guru mata pelajaran Perdagangan

Proses Kerja: Menyediakan kertas cadanganMesyuaratPelaksanaan aktivitiPenilaian dan maklum balasLaporan Program

Kekangan: Kehadiran murid kurang memberangsangkan.

Pemantauan: Dilakukan dari masa ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan oleh Ketua Panitia dan Ketua Bidang

Penilaian: Keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan SPM

Penambahbaikan: Guru menyediakan peta minda dan meminta pelajar melukis semula peta minda tersebut di dalam buku nota. Ini kerana peta minda lebih mudah difahami oleh murid-murid.

Page 9: Perancangan strategik 2011 PD

PELAN TAKTIKAL TAHUN 2011BIDANG : TEKNIK & VOKASIONAL (PERDAGANGAN)

Isu : Kurang menguasai kemahiran mencatat isi-isi penting dan teknik menjawab Perdagangan yang betul.

Bil. Program Objektif Tanggungjawab TempohKos /

SumberTOV (%)

OTI (%)

ETR (%)

Indikator Pencapaian

(KPI)

1 Minggu Perdagangan

Menggalakkan murid mempelajari mata pelajaran Perdagangan.

Guru mata pelajaran Perdagangan

April Peruntukan panitia

Sumbangan PIBG

13.56 50 % lulus dalam ujian dan peperiksaan

Page 10: Perancangan strategik 2011 PD

PELAN OPERASI 2011BIDANG : TEKNIK & VOKASIONAL (PERDAGANGAN)

Isu : Kurang menguasai kemahiran mencatat isi-isi penting dan teknik menjawab Perdagangan yang betul.

Nama Projek: Minggu Perdagangan

Objektif: Menggalakkan murid mempelajari mata pelajaran Perdagangan

Tempoh: April

Kumpulan Sasaran : Pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Perdagangan.

Guru Terlibat: Guru mata pelajaran Perdagangan

Proses Kerja: Menyediakan kertas cadanganMesyuaratPelaksanaan aktivitiPenilaian dan maklum balasLaporan Program

Kekangan: Proses pengurusan program sepanjang minggu Perdagangan tersebut agak rumit dan memerlukan lebih usaha dan kerjasama guru .

Pemantauan: Dilakukan sepanjang minggu Perdagangan oleh Ketua Panitia dan Ketua Bidang

Penilaian: Melalui penglibatan murid sepanjang aktiviti dijalankan oleh Ketua Panitia dan Ketua Bidang.

Penambahbaikan: Semua guru perdagangan perlu mendapatkan kerjasama daripada pihak sekolah dan jemputan luar bagi memeriahkan minggu tersebut.