peranan akhbar sebagai penyebar maklumat

2
Akhbar Sebagai Alat Penyebar Maklumat Yang Berkesan Oleh : Foo Hwee Kheng (U6SB1) Akhbar merupakan salah satu media yang sudah wujud berpuluh-puluh tahun dahulu, iaitu semenjak manusia tahu menulis dan mencipta tulisan. Memang tidak dapat disangkalkan, akhbar masih memainkan peranan yang penting walaupun kita sudah menjejaki abad ke-20 yang berteknologi canggih ini. Akhbar merupakan wadah yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat terkini kepada orang ramai. Sesungguhnya, akhbar berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan dalam pentadbiran negara. Kerajaan dan rakyat dapat berhubung melalui maklumat akhbar. Rakyat dapat mengetahui segala proses yang dijalankan dalam mesyuarat kabinet dan urusan politik kerajaan. Segala corak pemerintahan kerajaan difahami oleh rakyat. Rakyat juga dapat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap program atau perancangan tertentu yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pendapat-pandapat rakyat dapat disuarakan kepada kerajaan melalui akhbar. Dengan ini, kerajaan dapat menguruskan hal-hal pentadbiran dengan lebih cekap melalui pendapat rakyat yang berguna. Sebagai contoh, Menteri Pelajaran telah pada peringkat awalnya mempersetujui cadangan membenarkan pelajar- pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah dengan syarat- syarat tertentu. Berita ini hangat diperkatakan apabila disiarkan melalui akhbar dan mendapat tentangan hebat daripada beberapa pihak. Sebagai bukti ketelusan pemimpin kita, akhirnya cadangan ini ditarik balik setelah respons menunjukkan bahawa majoriti rakyat tidak menyokongnya. Hal ini membuktikan bahawa akhbar merupakan alat penyebar yang baik dalam urusan pentadbiran negara, dan negara kita pula berada dalam keadaan harmoni atas kerjasama rakyat dan kerajaan. Akhbar masih merupakan bahan bacaan utama rakyat kerana fungsinya sebagai pelapor isu semasa walaupun negara kita telah mencapai era penggunaan sains dan teknologi yang tinggi. Mengikut siasatan, akhbar merupakan media yang paling berkesan dan besar pengaruhnya dalam kalangan rakyat berbanding media lain seperti televisyen, radio, dan internet. Hal ini adalah kerana segelintir rakyat akan terlepas berita yang dilaporkan melalui televisyen atau radio. Maka, akhbar harian dianggap alat penyebar yang berkesan. Rakyat juga dapat mengetahui berita yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Berita ini sangat berguna kepada rakyat sebagai iktibar atau pengajaran yang baik. Misalnya, dewasa ini kes ragut beg tangan wanita kerap berlaku. Banyak wanita menjadi mangsa, malah ada yang tergadai nyawa atas kekejaman peragut. Soal ini apabila menjadi berita akhbar dapat mengingatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan langkah-langkah untuk membendung masalah ini dibincangkan bersama. Oleh itu, berita-berita yang disiarkan dalam akhbar merupakan sejarah yang penting kepada rakyat. Di samping itu, akhbar juga penting dalam bidang sukan untuk melaporkan keputusan kemenangan atau kekalahan pemain. Kita dapat mengetahui pemain badminton yang terbaik di negara kita atau

Upload: ganos

Post on 06-Jun-2015

3.537 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kecanggihan teknologi tidak sedikit pun mengesampingkan peranan akhbar sebagai penyalur informasi

TRANSCRIPT

Akhbar Sebagai Alat Penyebar Maklumat Yang BerkesanOleh : Foo Hwee Kheng (U6SB1) Akhbar merupakan salah satu media yang sudah wujud berpuluh-puluh tahun dahulu, iaitu semenjak manusia tahu menulis dan mencipta tulisan. Memang tidak dapat disangkalkan, akhbar masih memainkan peranan yang penting walaupun kita sudah menjejaki abad ke-20 yang berteknologi canggih ini. Akhbar merupakan wadah yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat terkini kepada orang ramai. Sesungguhnya, akhbar berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan dalam pentadbiran negara. Kerajaan dan rakyat dapat berhubung melalui maklumat akhbar. Rakyat dapat mengetahui segala proses yang dijalankan dalam mesyuarat kabinet dan urusan politik kerajaan. Segala corak pemerintahan kerajaan difahami oleh rakyat. Rakyat juga dapat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap program atau perancangan tertentu yang dilaksanakan oleh kerajaan. Pendapat-pandapat rakyat dapat disuarakan kepada kerajaan melalui akhbar. Dengan ini, kerajaan dapat menguruskan hal-hal pentadbiran dengan lebih cekap melalui pendapat rakyat yang berguna. Sebagai contoh, Menteri Pelajaran telah pada peringkat awalnya mempersetujui cadangan membenarkan pelajar-pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah dengan syarat-syarat tertentu. Berita ini hangat diperkatakan apabila disiarkan melalui akhbar dan mendapat tentangan hebat daripada beberapa pihak. Sebagai bukti ketelusan pemimpin kita, akhirnya cadangan ini ditarik balik setelah respons menunjukkan bahawa majoriti rakyat tidak menyokongnya. Hal ini membuktikan bahawa akhbar merupakan alat penyebar yang baik dalam urusan pentadbiran negara, dan negara kita pula berada dalam keadaan harmoni atas kerjasama rakyat dan kerajaan. Akhbar masih merupakan bahan bacaan utama rakyat kerana fungsinya sebagai pelapor isu semasa walaupun negara kita telah mencapai era penggunaan sains dan teknologi yang tinggi. Mengikut siasatan, akhbar merupakan media yang paling berkesan dan besar pengaruhnya dalam kalangan rakyat berbanding media lain seperti televisyen, radio, dan internet. Hal ini adalah kerana segelintir rakyat akan terlepas berita yang dilaporkan melalui televisyen atau radio. Maka, akhbar harian dianggap alat penyebar yang berkesan. Rakyat juga dapat mengetahui berita yang berlaku di sekeliling mereka saban hari. Berita ini sangat berguna kepada rakyat sebagai iktibar atau pengajaran yang baik. Misalnya, dewasa ini kes ragut beg tangan wanita kerap berlaku. Banyak wanita menjadi mangsa, malah ada yang tergadai nyawa atas kekejaman peragut. Soal ini apabila menjadi berita akhbar dapat mengingatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan langkah-langkah untuk membendung masalah ini dibincangkan bersama. Oleh itu, beritaberita yang disiarkan dalam akhbar merupakan sejarah yang penting kepada rakyat. Di samping itu, akhbar juga penting dalam bidang sukan untuk melaporkan keputusan kemenangan atau kekalahan pemain. Kita dapat mengetahui pemain badminton yang terbaik di negara kita atau kebangsaan. Bagi golongan yang meminati sukan, mereka mendapat maklumat masa sesuatu perlawanan diadakan dan keputusan melalui akhbar. Sebagai contohnya, berita Nicol David menjadi juara dalam pertandingan skuasy peringkat antarabangsa. Maka, kita dapat mengenali siapakah Nicol David apabila

disebut-sebut oeh orang lain dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Gambar-gambar aksi pemain yang menarik turut disiarkan melalui akhbar. Dengan itu, kita dapat merasai suasana semasa pertandingan itu dijalankan walaupun tidak dapat hadir ke gelanggang. Kegembiraan kemenangan pemain negara kita turut dikongsi bersama oleh rakyat. Jelaslah di sini bahawa akhbar merupakan alat yang berkesan untuk menyampaikan berita-berita kepada rakyat. Akhirnya, akhbar juga penting dalam membantu menyemarakkan dunia hiburan. Seseorang pelakon atau penyanyi menjadi terkenal melalui akhbar. Akhbar sering melaporkan gosip yang berlaku dalam kalangan pelakon atau penyanyi. Hal ini merupakan hal yang paling menarik dan penting bagi golongan remaja. Mereka ingin mengetahui setiap perkembangan artis pujaan atau idola mereka. Pelbagai berita tentang idola mereka yang disensasikan dalam akhbar menimbulkan keseronokan dalam kalangan pembaca sekali gus mempopularkan artis berkenaan. Selain itu, berita tentang sesuatu album lagu yang akan dipasarkan atau filem yang bakal ditayangkan juga disampaikan melalui akhbar. Maka, orang ramai akan mengetahui berita terkini tersebut melalui akhbar. Secara tidak langsung, akhbar menjadi sumber mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dengan hiburan. Tidak salah jika dikatakan bahawa akhbar juga wadah yang dapat membantu dunia hiburan tempatan dan antarabangsa. Kesimpulannya, akhbar merupakan alat penyebaran yang berkesan walaupun manusia sudah mencapai zaman teknologi yang canggih. Oleh itu, amalan membaca akhbar haruslah disemai sedari kecil lagi kerana pelbagai fungsinya yang terbukti banyak memberikan faedah kepada khalayak pembaca. Sesungguhnya, tidak menghairankan lagi jika Profesor Diraja Ungku Aziz mengatakan bahawa jika sehari tidak membaca akhbar, maka kita akan menjadi bodoh sehari.