peperiksaan percubaan spm 2009 bahasa … · kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian, ... masih...

32
SULIT 1103/1 SULIT 1103/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Masa : 2 ¼ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 BAHASA MELAYU KERTAS 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak. @PKPSM Pahang

Upload: vanhuong

Post on 18-Jun-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SULIT 1103/1

SULIT1103/1 Bahasa MelayuKertas 1Masa :2 ¼ jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INISEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.

@PKPSM Pahang

SULIT 1103/1

Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja berwawasan. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

REMAJABERWAWASAN

2

BERDISIPLIN

MENGHORMATI IBU BAPA DAN

GURU

PATUH KEPADAAJARAN AGAMA

CINTA AKAN ILMU PENGETAHUAN

SULIT 1103/1

Bahagian B

[100 markah]

[Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1. Perbelanjaan keperluan keluarga hari ini didapati semakin meningkat. Hal ini menuntut ibu bapa melakukan dwikerjaya untuk menampung perbelanjaan tersebut.

Berikan pendapat anda.

2. Peningkatan jumlah pemilik kad kredit dalam kalangan masyarakat menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia kini merupakan golongan yang suka berbelanja.

Pada pendapat anda, bagaimana masyarakat Malaysia dapat dididik agar menjadi golongan pengguna yang berhemat.

3. Selaku pengarang sebuah majalah tempatan, anda ditugaskan untuk mengadakan wawancara dengan seorang pegawai Jabatan Perpaduan di tempat anda. Tajuk wawancara tersebut ialah kepentingan integrasi nasional dalam masyarakat berbilang bangsa.

Sediakan teks wawancara tersebut selengkapnya.

4. Anda berminat menyertai satu pertandingan menulis rencana sempena Pameran Pendidikan yang diadakan di tempat anda. Tajuk rencana tersebut ialah Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Antarabangsa.

Sediakan teks rencana tersebut selengkapnya.

5. Anda baru sahaja selesai membaca sebuah novel keluaran sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Sehubungan dengan itu, anda berminat untuk membuat ulasan tentang unsur-unsur menarik yang terdapat dalam novel tersebut.

Tulis ulasan anda.

KERTAS SOALAN TAMAT

3

SULIT 1103/1 (PPcb)

_____________________________________PERATURAN PEMARKAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

BAHASA MELAYU

Kertas 1

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

________________________________________________________Peraturan pemarkahan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1

1103/1BahasaMelayuKertas 1SEPTEMBER20092 ¼ jam

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN JPNP 2009BAHASA MELAYU KERTAS 1GARIS PANDUAN PEMERIKSA

A. CARA PEMERIKSAAN

BAHAGIAN A:

• Pemeriksaan secara holistik berpandukan kriteria penskoran yang ditetapkan

• Isi/ idea – 3 isi/idea penting ( tidak termasuk pendahuluan & penutup) dan mesti berdasarkan tugasan yang diberi.

• Karangan mesti ditulis dalam jumlah kata yang ditetapkan ( antara 200-250 patah kata)

• Karangan yang tidak memenuhi kepanjangan yang ditetapkan tidak boleh dimasukkan pada tahap cemerlang.

• Kesalahan ejaan tidak dipotong markah.

PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBERI KOMEN :

• Bagi peringkat baik – idea sahaja.• Bagi peringkat memuaskan, kurang memuaskan dan

pencapaian minimum - bahasa dan idea sahaja.• Karangan yang tiada kata-kata puitis seperti peribahasa, kata-

kata hikmat, cogan kata dan lain-lain - markah maksimun 25 sahaja.

BAHAGIAN B:

• Isi – bergantung kepada bilangan perkataan dan markah yang ditetapkan ( minimum 3 isi / idea penting)

• Pemeriksaan secara impression berpandukan kriteria ditetapkan.• Jika karangan :

a. Kurang 350 patah kata, periksa seperti biasa.b. Terlalu panjang- periksa seperti biasa sehingga ke akhir

karangan.• Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.• Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan

markah ejaan keseluruhan maksimum 3 markah sahaja• Tiada pemotongan markah ejaan bagi kesalahan berulang.• Markah bersih / muktamad hendaklah ditulis di penjuru atas

sebelah kanan halaman pertama karangan.

2

Contoh :

Bahagian A : 25 markahBahagian B : 63 markah

Jumlah : 88 markah

• Komen diberi sekiranya perlu pada karangan yang diperiksa.

• Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi

_____ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca.

3

B. KRITERIA PENSKORANBahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

4

PERINGKAT KRITERIACemerlang

26-30

(28-30)

(26-27)

• Karangan menepati tema bahan rangsangan• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca

betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik

• Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian20-25

(23-25)

(20-22)

• Karangan menepati tema bahan rangsangan• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca

betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.• Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan

dengan jelas.Memuaskan

15-19

(17-19)

(15-16)

• Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.• Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda

baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum.

• Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.• Idea masih relevan dengan tugasan bahan rangsangan. Huraian idea

masih jelas.Kurang

Memuaskan10-14

(12-14)

(10-11)

• Karangan masih/ kurang menepati tema bahan rangsangan.• Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan-

kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad.

• Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.• Idea kurang relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan

huraiannya kurang jelas Pencapaian Minimum

01-09

(06-09)

(01-05)

• Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.• Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.• Idea tidak menepati tugasan bahan rangsangan

Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran, dan lain-lain.

KRITERIA PERSKORAN : BAHAGIAN B

PERINGKAT BAHASA IDEA PENGOLAHAN

CEMERLANG80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

• Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat

• Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

• Ejaan dan Tanda Baca betul

• Laras Bahasa sesuai dgn tugasan

• Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat

• Penggunaan unsur bahasa bervariasi

• Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dgn jelas dan matang,disertakan dengan contoh yang sesuai

Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

KEPUJIAN66 – 79

(73 – 79)

(66 – 72)

• Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat

• Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

• Ejaan dan Tanda Baca betul

• Laras Bahasa sesuai dengan tugasan

• Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat

• Penggunaan unsur bahasa bervariasi

• Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai

Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

BAIK51 – 65

( 58 – 65)

( 51 – 57)

• Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai

• Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

• Ejaan dan Tanda Baca masih betul

• Penggunaan kosa kata umum

• Laras Bahasa sesuai mengikut tugasan

• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi

• Gaya Bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai

Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai

MEMUASKAN36 – 50

( 43 – 50 )

( 36 – 42 )

• Penggunaan pelbagai jenis kata terhad

• Ayat kurang gramatis

• Ejaan dan Tanda Baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum

• Penggunaan kosa kata umum dan terhad

• Laras Bahasa kurang sesuai

• Wacana masih / kurang lengkap

• Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi

• Gaya Bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai

Pengolahan kurang menarik

5

KURANG MEMUASKAN

21 – 35

( 28 – 35 )

( 21 – 27 )

• Penggunaan kata kurang tepat

• Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.

• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

• Unsur bahasa tidak bervariasi

• Gaya Bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah

• Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang

Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak barkembang dan contoh tidak sesuai

Pengolahan tidak menarik

PENCAPAIAN MINIMUM

01 – 20

( 11 – 20)

( 01 – 10 )

• Keseluruhannya menunjukan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis

• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

• Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik

• Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami

• Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai

Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai

Pengolahan tidak menarik

C. CADANGAN ISI :

BAHAGIAN A:

Soalan Bahan Rangsangan :

Lihat peta minda di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-

ciri remaja berwawasan. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah

perkataan.

Cadangan isi:

i. Cinta akan ilmu pengetahuan

ii. Berdisiplin

iii. Taat kepada ibu bapa

iv. Menghormati ibu bapa dan guru

v. Patuh kepada ajaran agama

BAHAGIAN B:

Soalan 1:

6

Perbelanjaan keperluan keluarga hari ini didapati semakin meningkat. Hal ini menuntut ibu bapa melakukan dwikerjaya untuk menampung perbelanjaan tersebut.

Berikan pendapat anda.

a) Format: tiada

b) Cadangan isi:

Sebab-sebab ibu bapa kini melakukan dwikerjaya:

i. Memperoleh kehidupan yang lebih selesa

ii. Menampung kos sara hidup yang semakin tinggi

iii. Mengimpikan gaya hidup mewah

iv. Hobi / mengisi masa terluang

v. Menambah pendapatan keluarga

Soalan 2

Peningkatan jumlah pemilik kad kredit dalam kalangan masyarakat menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia kini merupakan golongan yang suka berbelanja.

Pada pendapat anda, bagaimana masyarakat Malaysia dapat dididik agar menjadi golongan pengguna yang berhemat.

a) Format: Tiada

b) Cadangan isi:

i. Amalan berjimat cermat seperti menabung, membeli hanya

barang-barang yang perlu sahaja dan membuat

perbandingan harga.

ii. Mewujudkan kedai harga patut

Iii. Peranan ibu bapa

7

vi. Peranan pihak sekolah

vii. Kempen penjimatan oleh pihak kerajaan

viii. Mengelakkan budaya suka berhutang

ix. Membeli barangan secara pukal/borong

Soalan 3

Selaku pengarang sebuah majalah tempatan, anda ditugaskan untuk

mengadakan satu wawancara dengan seorang pegawai Jabatan Perpaduan di

tempat anda.Tajuk wawancara tersebut ialah kepentingan integrasi nasional

dalam masyarakat berbilang bangsa.

Sediakan teks wawancara tersebut selengkapnya.

a) Format: Wawancara

Tajuk : 1 markah

Bentuk dialog : 1 markah

b) Cadangan isi :

i. Menyatukan masyarakat berbilang bangsa

ii. Masyarakat saling memahami, menghormati, dan

menghilangkan rasa syak wasangka antara satu sama lain

iii. Membangunkan ekonomi negara

iv. Mewujudkan masyarakat yang harmoni

v. Dihormati oleh negara lain

vi. Meningkatkan keyakinan pelabur asing

Soalan 4

8

Anda berminat menyertai satu pertandingan menulis rencana sempena Pameran Pendidikan yang diadakan di tempat anda. Tajuk rencana tersebut ialah Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Antarabangsa.

Sediakan teks rencana tersebut selengkapnya.

a) Format : rencana

Tajuk rencana : 1 markah

Nama penulis : 1 markah

b) Cadangan isi:

i. Menambah bilangan IPTA/ IPTS

Ii. Menawarkan kursus–kursus yang relevan dengan

keperluan semasa

Iii. Menawarkan pakej pendidikan dengan kos yang lebih

rendah/ lebih kompetetif

Iv. Menyediakan tenaga pensyarah yang terlatih /

berpengalaman

V. Mendapatkan pengiktirafan daripada organisasi pendidikan

antarabangsa seperti UNESCO

Vi. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Soalan 5

Anda baru sahaja selesai membaca sebuah novel keluaran sebuah syarikat penerbitan yang terkenal. Sehubungan dengan itu, anda berminat untuk membuat ulasan tentang unsur-unsur menarik yang terdapat dalam novel tersebut.

Tuliskan ulasan anda.

a) Format : ulasan

9

Tajuk buku : 1 markah

Nama penulis : 1 markah

Nama pengulas : 1 markah

(Maksimum pemotongan markah format ialah 2 markah)

b) Cadangan unsur-unsur menarik :

i. Tema / persoalan

ii. Sinopsis / ringkasan cerita

iii. Perwatakan

iv. Nilai murni

v. Pengajaran

vi. Penggunaan bahasa

vii. Citra masyarakat

( Calon dikehendaki membincangkan sekurang-kurangnya 3 isi di

atas)

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

10

SULIT 1103/2

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Masa:2 ½ jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

@PKPSM Pahang

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan menghayati sejarah dan langkah-langkah memupuk minat pelajar untuk mempelajari sejarah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini banyak orang memperkatakan kepentingan sejarah dalam pembinaan negara bangsa. Bagi sebuah negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang diukur, malahan pembangunan modal insan dilihat sebagai antara elemen terpenting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah tamadun bangsa. Kepelbagaian ilmu pengetahuan yang dibekalkan kepada remaja tidak cukup untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian bangsa. Dalam diri mereka sendiri perlu disemai rasa cinta, hormat dan bangga akan bangsa dan negara. Pada masa yang sama, integrasi antara kaum perlu ditingkatkan juga.

Dalam konteks semasa, subjek Sejarah diberikan tanggungjawab untuk

membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan yang seimbang. Pada subjek Sejarah jugalah diletakkan harapan supaya generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat patriotisme yang jitu. Malahan, pengajarannya juga dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat bertolak ansur dan bersatu padu dalam kalangan generasi muda. Hal ini demikian kerana kita dapat mengenal sesuatu kaum dengan lebih dekat lagi.

Subjek Sejarah tidak berdiri sendiri. Sejarah merentas pelbagai disiplin ilmu,

seperti Geografi, Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Oleh sebab itu, banyak tokoh ilmuwan Islam, seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan al-Farabi, bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing malahan mendalami ilmu sejarah atau disebut falsafah. Hal ini demikian kerana kesinambungan kedua-dua bidang ilmu mampu membentuk pemikiran yang kritis dan menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih menyeluruh. Kekurangan yang ada pada tamadun sesuatu bangsa dapat diketahui apabila mengimbas sejarah, dan kelemahan itu dapat ditampung apabila wujud kesedaran untuk membela nasib bangsa itu sendiri.

Sejarah tidak pernah mendidik pengkajinya supaya menjadi pengadil atau hakim

terhadap sesuatu peristiwa yang sudah berlaku, sebaliknya sejarah mengajak pengkajinya mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku dan menambahbaikkan setiap tindakan demi masa depan. Sejarah hitam negara yang berlaku pada 13 Mei 1969, mengajar kita tentang kepentingan toleransi dan semangat bersatu padu. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa apabila hubungan antara kaum tidak dipelihara dengan baik, keamanan akan goyah dan negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir. Kesannya turut dirasai dalam bidang ekonomi. Perkembangannya pasti akan terencat. Oleh sebab itulah, pimpinan negara pada masa itu memperkenalkan Rukun Negara sebagai satu wadah untuk merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

2

SULIT 1103/2

Pengetahuan tentang warisan silam negara membolehkan individu mengenal identiti dan membentuk jati diri yang mantap, terutama dalam kalangan generasi muda. Kekuatan jati diri yang mencintai kedamaian ini akan memberikan dorongan untuk menoktahkan persengketaan yang mendatangkan bencana.

Semangat diri yang kental dalam membela nasib bangsa, agama dan negara merupakan maruah diri yang paling bernilai daripada simpanan wang yang berjuta-juta, tetapi digunakan untuk tujuan yang sia-sia. Oleh itu, remaja perlu tabah dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat di samping menjamin agar wawasan negara dan bangsa terus dipertahankan untuk selama-lamanya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Dewan Siswa, Januari 2009)

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) — Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menoktahkan persengketaan. [2 markah]

(ii) Nyatakan kesan-kesan yang akan berlaku jika perpaduan kaum tidak dipelihara dengan baik. [3 markah]

(iii) “Integrasi antara kaum perlu ditingkatkan”. Pada pendapat anda, bagaimanakah sekolah dapat memainkan peranan untuk merealisasikan hasrat tersebut? [4 markah]

3

SULIT 1103/2

Soalan 2(b) — Petikan Prosa Moden

MASAYU : Sudah jauhkah aku berjalan? Aku di mana? Tapi!! (Terpandang Putra dan berlari ke arahnya) Kau! ... kau suamiku! Kenapa kau di sini? Putra, maafkan aku. Aku yang bersalah. Aku terlupa membekalkan kau keris pusaka. Dan kau tersalah jalan.

SRISEGALA : (Memandang Masayu seketika kemudian dengan sombong memandang ke arah lain) Sebutir bintang pernah jatuh dari langit dan aku menyambutnya. Aku juga telah pernah meriba bulan sebelum kutahu buruk wajahnya. Tapi tak pernah pula seorang bidadari datang menyerahkan dirinya ... atau apakah kau ini seorang puteri dari kayangan?

MASAYU : Hentikan segala angan-anganmu. Aku bukan datang untukmu. Aku mencari suamiku.

SRISEGALA : Ohhh! Si pelakon handal ini suamimu?

MASAYU : Bebaskanlah suamiku. Kenapa mesti dia diseksa begini?

SRISEGALA : Masayu! Suamimu orang bijaksana. Aku suka pada orang-orang sepertinya. Biarlah dia di sini bersama kami. Akan besar faedah dan gunanya kepada kami.

MASAYU : Tidak! Kau mengurungnya. Dia tak akan dapat berbuat sesuatu untukmu. Sekali lagi aku meminta atas nama kasihan belasmu... janganlah kami dipisahkan.

(Dipetik daripada drama “Kerusi,” oleh Hatta Azad Khan dalam antologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah perkara yang diminta oleh Masayu? [2 markah]

(ii) Nyatakan pendapat anda tentang ciri-ciri pemerintah yang baik. [3 markah]

(iii) Jelaskan satu latar masyarakat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan drama. [4 markah]

4

SULIT 1103/2

Soalan 2(c) — Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, “Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini.” Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, menyesalkah engkau?” Maka kata Hang Jebat, “Hai Laksamana, sekali-kali tiada aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada tanganmu, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat derhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka ini dan tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh.” Maka sahut Laksamana, “Hai Si Jebat derhaka, tersalah citamu itu! Adapun pekerjaanmu derhaka pada tuanmu itu beberapa dosanya kepada Allah, tiada tertanggung olehmu di dalam akhirat jemah, akan sekarang engkau hendak membunuh orang yang tiada berdosa pula berpuluh-puluh ribu itu; benarkah bicaramu itu?” Maka kata Hang Jebat, “Apakah dayaku? Sekalian itu dengan kehendaknya juga; tiada dengan kuasaku perbuat itu, supaya namaku masyhur pada segala negeri.”

(Dipetik daripada ‘Pertarungan Tuah dengan Jebat’ dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata tersalah citamu. [2 markah]

(ii) Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Hang Jebat bersikap angkuh? [3

markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dilarang menderhaka kepada raja? [3 markah]

5

SULIT 1103/2

Soalan 2(d) — Petikan Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ANAK LAUT

Segar angin lautmengembalikan rindunya pada kolekbagai buih kecil terapung di airmenjaring sedikit rezekidan sisik ikan kulit ketam kepala sotong dan kaki udang yang bersimpati.

Seperti kolek terdampar di pasirmenampakkan urat jalur-jalur tuaanak laut itu sudah dapat menerkalangkahnya hampir tibapada muara Pencipta.

RAHIMIDIN ZAHARI Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berikan maksud menjaring sedikit rezeki dalam sajak. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi oleh para nelayan semasa berada di laut? [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [3 markah]

6

SULIT 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) kawal selia

(ii) kenal pasti

(iii) maklum balas

(iv) bedah siasat

(v) lintas langsung

(vi) susun atur[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Rasuah ialah penyakit sosial yang sukar dihapuskan sepenuhnya. Gejala ini mesti dibendung di semua peringkat dengan mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat. Amalan buruk ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan melumpuhkan ekonomi negara.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pihak penguasa berusaha untuk memberantas masaalah penyeludupan yang kerap berlaku di kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand.

(ii) Azizan mengirim ibunya sepucuk surat setelah dua minggu dia mengikuti khusus di pusat latihan itu.

7

SULIT 1103/2

(iii) Orang ramai tidak sepatutnya terpedaya oleh sekim pelaburan tertentu yang kononnya menjamin keuntungan yang lumayan.

[6 markah](d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau

istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pelumba basikal saling potong-memotong untuk memenangi perlumbaan peringkat kedua dalam kejohanan yang berprestasi itu.

(ii) Beberapa kawasan yang mereka lawati itu tidak mempunyai keselesaan asas yang mencukupi.

(iii) Tikus mengerip beberapa helai baju yang disimpan dalam almari itu hingga koyak dan tidak dapat digunakan lagi.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Disebabkan terlalu mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti diperoleh, barang yang sudah sedia ada dibuang.

(ii) Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan.

(iii) Hanya kerana melakukan kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan orang. [6 markah]

8

SULIT 1103/2

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf

(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii) Julia karya Abu Hassan Morad

(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Watak sampingan turut berperanan penting dalam sesebuah novel. Nyatakan empat contoh yang menunjukkan keprihatinan watak sampingan dalam sebuah novel yang anda kaji.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan dua nilai murni yang ada dalam kedua-dua novel.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

9

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 September 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

PERATURAN PEMARKAHAN

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

P endahuluan [2 markah]Petikan membincangkan manfaat/ faedah menghayati sejarah dalam kalangan pelajar.

2mPetikan membincangkan kepentingan menghayati sejarah. 0m

I si Tersurat [4 - 12 markah]1. Penghayatan sejarah membentuk keperibadian diri pelajar menjadi insan yang

seimbang. 2m2. Generasi muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan akan

mempunyai semangat patriotisme yang jitu. 2m3. Semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda dapat disemai. 2m4. Pemikiran yang kritis dapat dibentuk. 2m5. Penghayatan sejarah menyumbang kepada pembinaan tamadun yang lebih

menyeluruh. 2m6. Pengkajinya dapat mengambil iktibar daripada apa-apa yang berlaku. 2m7. Setiap tindakan dapat ditambahbaikkan demi masa depan. 2m8. Individu dapat mengenal identiti dan membentuk jati diri yang kuat. 2m

I si Tersirat [4 – 12 markah]1. Guru memperbanyak gerak kerja berkumpulan/ kaedah simulasi/ main peranan/

lakonan/ kerja lapangan/ pementasan drama. 2m2. Sekolah menganjurkan lawatan ke tempat-tempat bersejarah. 2m3. Guru mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

sejarah. 2m4. Sekolah menjemput tokoh-tokoh sejarah untuk berkongsi pengalaman/

pengetahuan tentang sejarah negara. 2m5. Sejarah dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan. 2m

Kesimpulan [2 markah]Kesimpulannya, penghayatan sejarah dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan supaya dapat melahirkan rakyat yang cinta akan negara. 2m

2

Soalan 2 : Pemahaman [35 markah]

Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/ lengkap.3. Jika ayat disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu tepat/ betul, berikan

separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja bagi setiap ceraian soalan.

4. Kesalahan bahasa dan ejaan hendaklah ditolak ½ markah daripada setiap ceraian soalan.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata menoktahkan persengketaan. [2m]

• menghentikan/ mengetepikan perbalahan/ permusuhan 2m

(ii) Nyatakan kesan-kesan yang akan berlaku jika perpaduan kaum tidak dipelihara dengan baik. [3m]

• keamanan akan goyah 1m• negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir 1m• perkembangan ekonomi akan terencat 1m

(iii) Integrasi antara kaum perlu ditingkatkan. Pada pendapat anda, bagaimanakah sekolah dapat memainkan peranan untuk merealisasikan hasrat tersebut? [4m] • mewajibkan penyertaan pelajar daripada semua kaum dalam aktiviti

kokurikulum 1m• melaksanakan program integrasi seperti program RIMUP/ Hari Keluarga/

gotong-royong 1m• memastikan bilangan pelajar daripada semua kaum dalam sesebuah kelas 1m• penggunaan bahasa Melayu dalam semua aktiviti di sekolah 1m

3

Soalan 2(b) — Petikan Prosa Moden

(i) Apakah perkara yang diminta oleh Masayu? [2m]

• suaminya dibebaskan/ dilepaskan daripada kurungan 1m• suaminya tidak diseksa 1m• dia dan Putra tidak dipisahkan 1m

(terima mana-mana 2 isi)

(ii) Nyatakan pendapat anda tentang ciri-ciri pemerintah yang baik. [3m]

• memastikan keamanan/ ketenteraman negara 1m• mewujudkan/ memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat 1m• memajukan ekonomi negara 1m• mengambil berat akan kesusahan hidup rakyat 1m

• bersikap adil terhadap semua lapisan masyarakat 1m• tidak terlibat dalam penyelewengan kuasa/ rasuah/ pecah amanah 1m

(terima mana-mana 3 isi)

(iii) Jelaskan satu latar masyarakat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan drama. [4m]

Satu latar masyarakat dalam petikan:• masyarakat yang menggunakan kuasa untuk menindas orang lain 1m

Buktinya, Srisegala bertindak mengurung dan menyeksa Putra 1m

• masyarakat yang sombong/ angkuh dengan kedudukan 1mBuktinya, Srisegala beranggapan dia mampu memperoleh apa-apa yang dikehendakinya 1m

(1 isi dengan 1 contoh/ bukti = 2 markah)

Satu latar masyarakat dalam keseluruhan drama:• masyarakat yang mengagung-agungkan pemimpin secara membuta tuli 1m

Buktinya, Tuta I, Tuta II, Tuta Ill, dan Tuta Utama sentiasa memuji-muji kehebatan Srisegala walaupun zalim dalam pemerintahan 1m

• masyarakat yang berjuang menentang ketidakadilan 1m Buktinya, Putra berjuang bersama-sama Wira I, Wira II, dan Wira Ill untuk menentang kezaliman Srisegala 1m

(1 isi dengan 1 contoh/ bukti = 2 markah)

4

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

(i) Berikan maksud rangkai kata tersalah citamu. [2m]

• kehendak/ kemahuan/ niat Hang Jebat tidak wajar/ patut 2m

(ii) Apakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Hang Jebat bersikap angkuh? [3m]

• tidak menyesal langsung atas perbuatannya 1m• tidak takut akan mati 1m• banyak orang Melaka akan mati di tangannya 1m• mahu berbuat jahat bersungguh-sungguh/ mahu terus bersikap jahat 1m• berharap namanya masyhur atas perbuatan jahat 1m

(terima mana-mana 3 isi)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dilarang menderhaka kepada raja?

[3m]

• raja lambang perpaduan/ kedaulatan negara 1m• agama melarang sikap menderhaka kepada pemerintah 1m• (kepercayaan bahawa) rakyat mungkin ditimpa tulah/ musibah/ raja ada

daulat 1m• salah di sisi undang-undang 1m• bertentangan dengan norma masyarakat 1m

(terima mana-mana 3 isi)

Soalan 2(d) — Petikan Puisi

(i) Berikan maksud menjaring sedikit rezeki dalam sajak. [2m]

• memperoleh/ mendapat hasil tangkapan yang kurang/ minimum/ kecil/ tidak banyak 2m

(ii) Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi oleh para nelayan semasa berada di laut? [4m]

• keadaan cuaca yang tidak menentu / laut bergelora/ ombak besar 1m• pencemaran laut/ tumpahan minyak 1m• gangguan nelayan asing 1m• kerosakan kapal atau peralatan menangkap ikan 1m• ancaman lanun 1m

(terima mana-mana 4 isi)

5

(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [3m]

• ketabahan mencari rezeki 1m• kemiskinan kaum nelayan 1m• kerinduan/ ingatan terhadap pekerjaan sebagai nelayan 1m• keinsafan tentang hakikat kematian 1m• kesyukuran atas rezeki yang diperoleh 1m

(terima mana-mana 3 isi)

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Perhatian bagi Soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca secara

keseluruhan.3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa/ kata ganda, berikan

0 markah.4. Jika perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.5. Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah.6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi

setiap ayat.7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai

satu ayat.8. Jika menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.9. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.10. Tolak ½ markah bagi setiap ayat yang maksudnya tidak begitu jelas.

3(a) Membina ayat [6 markah]

(i) kawal selia : • Tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dan

sebagainya supaya dapat berjalan dengan betul dan lancar selaras dengan aturan, prinsip, dan tujuan yang telah ditetapkan.

(ii) kenal pasti : • Usaha untuk mengetahui serta menentukan/ mengetahui sehingga dapat

menyatakan dengan pasti.

(iii) maklum balas : • Maklumat yang diterima kembali sebagai menjawab pertanyaan (soal

selidik dan sebagainya atau sebagai reaksi sesuatu tindakan).

6

(iv) bedah siasat : • i. Pemeriksaan atau pembedahan yang dilakukan untuk mengetahui punca

kematian, post-mortem.• ii. Analisis, kajian semula, perbincangan dan sebagainya tentang sesuatu

peristiwa yang baru berlaku atau rancangan yang baru dilaksanakan, terutamanya untuk melihat punca kegagalannya.

(v) lintas langsung : • Siaran secara langsung menerusi televisyen atau radio tentang liputan

sesuatu kejohanan atau peristiwa.

(vi) susun atur : • Cara menyusun dan mengatur sesuatu seperti perabot, hiasan dan

sebagainya di dalam ruang mengikut pelan atau cara yang dikehendaki.

3(b) Mencerakinkan ayat [6 markah]

i. Rasuah ialah penyakit sosial. 1m

ii. Rasuah sukar dihapuskan sepenuhnya. 1m

iii. Gejala ini mesti dibendung di semua peringkat. 1m

iv. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap pihak yang terlibat. 1m

v. Amalan buruk ini mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. 1m

vi. Amalan buruk ini melumpuhkan ekonomi negara. 1m

3(c) Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan [6 markah]

(i) penguasa – berkuasa 1mmasaalah – masalah 1m

(ii) mengirim – mengirimi / mengirimkan 1mkhusus – kursus 1m

(iii) terpedaya – terperdaya 1msekim – skim 1m

7

3(d) Membetulkan kesalahan kata atau istilah dan bahasa [6 markah]

(i) saling potong-memotong – saling memotong / potong-memotong 1m berprestasi – berprestij 1m

(ii) mereka lawati – dilawati oleh mereka 1mkeselesaan – kemudahan 1m

(iii) dalam – di dalam 1mdigunakan – dipakai 1m

3(e) Peribahasa [6 markah]

(i) Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. 2m

(ii) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. 2m

(iii) Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 2m

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Perhatian bagi Soalan 41. Jawapan berdasarkan novel yang disenaraikan.2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna.3. Tolak 50% markah daripada yang sepatutnya diperoleh jika dijawab dalam bentuk

jadual/ `point form’ bagi setiap soalan.4. Jika isi jawapan bagi Soalan 4(a) dan 4(b) salah, markah bahasa hanya 1 markah

untuk keseluruhan Soalan 4.

Perhatian bagi 4(a)a. Markah isi 4 markah, bahasa 3 markah.b. 1 markah untuk satu contoh yang sesuai.c. Jika calon hanya menjelaskan beberapa contoh yang melibatkan satu watak

sampingan sahaja; diterima.

Pemarkahan bahasa Baik : 3 markahSederhana : 2 markahLemah : 1 markah

d. Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi.

(a) Watak sampingan turut berperanan penting dalam sesebuah novel.

8

Nyatakan empat contoh yang menunjukkan keprihatinan watak sampingan dalam sebuah novel yang anda kaji. [7m]

Novel Terminal Tiga

Watak sampingan Contoh yang menunjukkan keprihatinan watak Markah

Ruzaini-mengambil berat akan keluarga Rimpa apabila Rimpa melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan 1m

Bang Maily

-menolong Rimpa mendapatkan bantuan kewangan untuk meneruskan pelajarannya-berusaha menghidupkan seni budaya dengan mengadakan pementasan drama/ pertemuan penulis-memberikan dorongan kepada Rimpa dengan mengatakan bahawa dengan bakat yang ada padanya, Rimpa wajar berhijrah dari daerah pedalaman dengan mengikutnya ke Kota Kinabalu

1m

1m

1m

Naspura

-mengambil berat akan perkembangan pelajaran Rimpa di Akademi Seni Kebangsaan-menyediakan makan minum untuk Rimpa semasa Rimpa tinggal bersamanya

1m

1m

Jasmin-pergi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah untuk menjemput Azlina yang balik dari Kota Bharu

1m

Contoh lain yang sesuai diterima.

Novel Seteguh Karang

Watak sampingan Contoh yang menunjukkan keprihatinan watak Markah

Pak Oni

-sanggup berkorban dengan berulang-alik dari tempat kerjanya di Lumut ke rumah anak-anak saudaranya di Ipoh atas rasa tanggungjawabnya kepada mereka yang telah kematian ayah dan ibu

1m

Puan Azah-sanggup memelihara Anita seperti anak kandungnya sendiri

1m

Wan Asri-menasihati Awanis agar menunggang motosikal dengan berhati-hati

1m

Cikgu Rushda -menumpangkan Anita yang lari dari rumah setelah bertengkar dengan Maysarah

1m

Kak Nor-menumpangkan Awanis di rumahnya semasa Awanis menjalani latihan praktikal di Terengganu

1m

Contoh lain yang sesuai diterima.

Perhatian bagi 4(b)

9

a. Beri 1 markah bagi satu nilai murni yang betul. b. Beri 1 markah bagi setiap contoh berdasarkan novel yang dikaji. c. Jika nilai murni betul tetapi contoh tidak menunjukkan persamaan, beri 1 markah

untuk nilai murni sahaja. Maksimum 2 markah sahaja untuk dua nilai murni.d. Pemarkahan bahasa : tolak maksimum 1 markah bagi kesalahan bahasa yang

ketara selepas diberi markah isi.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan dua nilai murni yang ada dalam kedua-dua novel. [8m]

Nilai Murni Novel Terminal Tiga Novel Seteguh Karang

Ketabahan

Rimpa tabah meneruskan pengajian di Akademi Seni Kebangsaan walaupun menghadapi masalah kewangan

Awanis tabah menjalani latihan praktikal walaupun tidak dilayan dengan baik oleh penyelianya

1m 1m 1m

Kasih sayang

Rimpa akan pulang ke Sabah untuk bertemu dengan ibu yang disayanginya apabila ada kesempatan bercuti

Awanis tetap sayang akan Anita walaupun Anita hanyalah adik angkatnya

1m 1m 1m

Keinsafan

Ayah Rimpa akhirnya pulang ke pangkuan keluarga setelah menghilangkan diri selama 10 tahun

Maysarah yang menelan pil tidur secara berlebihan akhirnya sedar akan kesilapan dirinya

1m 1m 1m

Persamaan lain yang sesuai diterima.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

10