penyucian hati melalui tarbiyah jasmaniyah terhadap nafsu secara itqan

1
LANGKAH PENYUCIAN HATI MELALUI TARBIYAH JASMANIYAH TERHADAP NAFSU SECARA ITQAN "Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa itu adalah hati." [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim] Hadis di atas yang membicarakan tentang hati sememangnya sudah biasa kita dengari. Berdasarkan hadis tersebut dapat kita fahami bahawa hati memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. hatilah yang meransang seluruh anggota kita untuk melaksanakan sesuatu. Setiap yang terlintas di hati, itulah yang tubuh kita akan refleksikan. Jika hati kita hidup, maka amat senang bagi kita untuk menerima kebaikan. Namun sebaliknya akan berlaku jika hati kita tidak hidup, maka amat sulit untuk kita menerima kebaikan. Terkadang kita melalui fasa-fasa futur dalam diri bukan? Itulah tandanya hati kita tidak sihat. Di kala ini amat mudahlah untuk syaitan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik ke dalam diri kita. Dan amat senanglah bagi kita untuk terpengaruh dengan hasutan syaitan itu pada saat itu. Untuk itu, kita memerlukan tazkiyatun nafs ini. Kita perlu sentiasa menyucikan jiwa kita ini agar hati kita sentiasa hidup dan sihat. Supaya kita sentiasa dapat melakukan kebaikan. Tazkiyatun nafs ini merupakan misi para rasul. Marilah sama-sama kita perhatikan doa yang Nabi Ibrahim titipkan ini.

Upload: dinar-sarajuddin

Post on 27-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PANDUAN

TRANSCRIPT

Page 1: PENYUCIAN HATI MELALUI TARBIYAH JASMANIYAH TERHADAP NAFSU SECARA ITQAN

LANGKAH PENYUCIAN HATI MELALUI TARBIYAH JASMANIYAH TERHADAP NAFSU SECARA ITQAN

"Nabi SAW telah bersabda: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik

daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, 

dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya 

dan ketahuilah bahawa itu adalah hati."

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Hadis di atas yang membicarakan tentang hati sememangnya sudah biasa kita dengari. Berdasarkan

hadis tersebut dapat kita fahami bahawa hati memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. hatilah

yang meransang seluruh anggota kita untuk melaksanakan sesuatu. Setiap yang terlintas di hati, itulah yang

tubuh kita akan refleksikan.

Jika hati kita hidup, maka amat senang bagi kita untuk menerima kebaikan. Namun sebaliknya akan berlaku

jika hati kita tidak hidup, maka amat sulit untuk kita menerima kebaikan.  

Terkadang kita melalui fasa-fasa futur dalam diri bukan? Itulah tandanya hati kita tidak sihat. Di kala ini amat

mudahlah untuk syaitan membisikkan perkara-perkara yang tidak baik ke dalam diri kita. Dan amat senanglah

bagi kita untuk terpengaruh dengan hasutan syaitan itu pada saat itu. 

Untuk itu, kita memerlukan tazkiyatun nafs ini. Kita perlu sentiasa menyucikan jiwa kita ini agar hati kita

sentiasa hidup dan sihat. Supaya kita sentiasa dapat melakukan kebaikan.

Tazkiyatun nafs ini merupakan misi para rasul. Marilah sama-sama kita perhatikan doa yang Nabi Ibrahim

titipkan ini.