penyepaduan unsur matematik rekreasi · pdf filemata pelajaran kimia, fizik, biologi, ekonomi,...

22
PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH INTAN SHARIZA BT SHAFIE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hacong

Post on 07-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

DI SEKOLAH MENENGAH

INTAN SHARIZA BT SHAFIE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan
Page 3: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan
Page 4: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

DI SEKOLAH MENENGAH

INTAN SHARIZA BT SHAFIE

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

ii

Page 6: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

iii

Buat emak tersayang,

Ketabahan mu memelihara ku amat dikagumi

Pengorbanan yang telah kau curahkan terlalu besar,

mungkin tidak terbalas olehku

Kasih sayang mu memberikan ku semangat untuk meneruskan

perjuangan ini..

Buat abah yang tidak pernah ku lupai,

Terima kasih kerana menyara persekolahan ku

sehingga aku menjejakkan kaki di menara gading ini

Kau tidak pernah mengabaikan tanggung jawabmu

Jasa mu akan tetap ku hargai.

Buat insan yang teristimewa,

Kau tidak pernah jemu memberi kata-kata perangsang

Bantuan yang kau hulurkan terlalu banyak

Kau telah memberikan aku kasih saying dan kegembiraan

Semoga jodoh kita direstui yang maha Esa dan berkekalan selamanya..

Buat semua ahli keluarga tersayang

Kasih sayang kalian sentiasa membakar

semangat ku untuk meneruskan perjuangan ini

Doa kalian memberikan aku kekuatan sehingga berjaya

menerima segulung ijazah

Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak pernah padam

Page 7: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

iv

PENGHARGAAN

Pertama sekali penulis ingin merakamkan penghargaan terima kasih yang

tidak terhingga kepada PM. Dr Mohini Mohamed, selaku penyelia yang telah banyak

memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar disepanjang kajian ini dijalankan.

Penghargaan juga buat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri Johor, Pengetua, Penyelia dan Penolong Penyelia petang, guru-

guru SMK Taman Universiti, Skudai serta Jawatankuasa Projek Sarjana Muda

Fakulti Pendidikan (JKPSMFP).

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak

memberi pertolongan serta cetusan idea kepada saya sepanjang kajian ini dijalankan.

Page 8: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

v

ABSTRAK

Kajian ini memberikan tumpuan kepada penyatuan unsur Matematik rekreasi

dalam pengajaran dan pembelajaran. Sample kajian terdiri daripada 40 orang pelajar

tingkatan dua SMK Taman Universiti, Skudai. Soal selidik diedarkan kepada pelajar

sebelum dan selepas mengikuti aktiviti-aktiviti Matematik rekreasi masing-masing

mempunyai nilai alfa 0.88 dan 0.92. Maklumat yang diperolehi daripada soal selidik

ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 13.0. Hasil dapatan kajian

menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan bagi ketiga-tiga pembolehubah

di dalam konstruk yang mengukur minat pelajar terhadap Matematik. Nilai min bagi

pengaruh Matematik terhadap semangat belajar berkumpulan serta kegunaan

Matematik rekreasi adalah tinggi. Selain itu beberapa pelajar yang di temubual juga

memberikan reaksi yang positif terhadap rekreasi Matematik yang dijalankan.

Semoga kajian ini dapat memberi satu altenatif dalam meningkatkan proses

pengajaran dan pembelajaran Matematik yang lebih bermakna, berkesan dan

menyeronokkan. Di samping itu diharapkan para pelajar dapat menikmati keindahan

Matematik dan mandapat manfaat yang berguna untuk memperkukuhkan kemahiran

Matematik mereka. Beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir penulisan.

Page 9: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

vi

ABSTRACT

This research focuses on application of elements of recreational Mathematics

in learning and teaching. Research sample comprises of 40 Form Two students from

SMK Taman University, Skudai. Questionnaires were distributed to students before

and after the recreational Mathematics activities have alpha value 0.88 and 0.92 are

carried out. The information gathered from the questionnaire was then analyzed

using the SPSS 13.0 software. Result showed that there are mean difference between

pre test and post test. Mean value for Mathematics recreational to construct group

study and Mathematics recreational applied by student also in high level. Other than

that, a number of students who have been interviewed after the recreational

Mathematics activity have given positive feedbacks. I hope that this research would

give us an alternative in improving the process of teaching and learning

Mathematics, by providing a more inspiring, effective and entertaining activities. In

addition, I hope that students could enjoy the beauty of Mathematics while gaining

useful knowledge for their Mathematics skills. A few suggestions are brought up at

the end of the writing.

Page 10: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BABI PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Hipotesisi Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 7

1.9 Takrif Sebutan 7

1.10 Penutup 9

Page 11: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pengertian Matematik 11

2.3 Pengertian Matematik Rekreasi 16

2.3.1 Sejarah Matematik Rekreasi 19

2.3.2 Prinsip-prinsip Kaedah Matematik

Rekreasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 20

2.3.3 Strategi dalam Menggunakan

Permainan Matematik 21

2.3.4 Kebaikan Kaedah Matematik

Rekreasi

2.3.4.1 Kebaikan Kepada Pelajar 22

2.3.4.2 Kebaikan Kepada Guru 23

2.3.5 Contoh Matematik Rekreasi

2.3.5.1 Jenaka Matematik 24

2.3.5.2 Matematik Rajah 24

2.3.5.3 Meneka Rahsia 26

2.3.5.4 Matematik Enaktif 27

2.4 Pembelajaran Secara Berkumpulan 28

2.5 Penutup 31

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka bentuk Kajian 32

3.3 Persampelan 33

3.4 Kajian Rintis 33

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Soal Selidik 34

Page 12: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

ix

3.5.2 Temu bual dan Pemerhatian 386

3.6 Analisis Data

3.6.1 Data Kuantitatif 37

3.6.1.1 Bahagian A 37

3.6.1.2 Bahagian B 37

3.6.2 Data Kualitatif 40

3.7 Prosedur Kajian 41

3.8 Penutup 42

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Data Bahagian A 43

4.3 Analisis Data Bahagian B

4.3.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik Sebelum

dan Selepas Matematik Rekreasi 46

4.3.2 Pengaruh Matematik Rekreasi Untuk

Mewujudkan Semangat Belajar Berkumpulan 48

4.3.3 Kegunaan Matematik Rekreasi Untuk

Pengajaran dan Pembelajaran 52

4.4 Analisis Data Temubual 59

4.5 Penutup 66

BAB 5 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN, CADANGAN

DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Minat Pelajar Terhadap Matematik Sebelum

dan Selepas Matematik Rekreas 67

Page 13: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

x

5.3 Pengaruh Matematik Rekreasi Untuk

Mewujudkan Semangat Belajar Berkumpulan 71

5.4 Kegunaan Matematik Rekreasi Untuk

Pengajaran dan Pembelajaran 73

5.5 Rumusan 74

5.6 Cadangan Kajian 77

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 79

5.8 Penutup 79

RUJUKAN 80

LAMPIRAN 84

Page 14: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skema Wajaran 37

3.2 Item-item Persoalan Kajian 40

3.3 Pembahagian Soal selidik Mengikut Konstruk 41

3.4 Skala Pengukuran Min 42

3.5 Aktiviti Yang Dijalankan Untuk Proses

Mendapatkan Data 44

4.1 Jantina Pelajar 47

4.2 Bangsa Pelajar 47

4.3 Mata Pelajaran Kegemaran 47

4.4 Keputusan Matematik UPSR 48

4.5 Masa Yang Digunakan Untuk Mengulang kaji

Matematik Dalam Sehari 49

4.6 Perbandingan Nilai Min Bagi Persoalan Minat

Pelajar Terhadap Matematik 50

4.7 Pengaruh Matematik Rekreasi Terhadap

Belajar Berkumpulan 52

4.8 Kegunaan Matematik Rekreasi Terhadap

Pengajaran dan Pembelajaran 57

Page 15: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

xii

SENARAI SINGKATAN

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR -Kurikulum Baru Sekolah Rendah

SP - Sisihan Piawai

SPSS - Statistical Package for Social Science

Page 16: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran

Malaysia 85

B Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri

Johor 86

C Surat Fakulti Pendidikan 87

D Pengesahan Pakar Bidang 88

E Soal Selidik Ujian Pra 89

F Soal Selidik Ujian Pos 91

G Transkrip Temubual 94

H Aktiviti Rekreasi 102

I Contoh Hasil Kerja Pelajar 129

Page 17: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah.

Bermula daripada peringkat pra sekolah, kita telah mula mempelajari Matematik

sehinggalah ke tingkatan lima. Bukan setakat itu sahaja, bagi mereka yang

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, cabang-cabang Matematik

yang tertentu terus dipelajari.

Oleh kerana Matematik mempunyai keindahan yang tersendiri, maka

pembuktian yang kukuh, penggunaan simbol yang efisien dan jitu, pertalian antara

struktur-struktur Matematik memberikan skop kepada pelajar untuk menikmati nilai

keindahannya. Oleh itu, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat

menerapkan sifat penghargaan terhadap kuasa, keelokan dan struktur Matematik

yang membantu mereka memperolehi kegembiraan serta kepuasan apabila

mempelajari Matematik.

Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Matematik itu adalah satu mata

pelajaran yang abstrak tetapi guru-guru perlu bijak menggunakan pendekatan yang

sesuai supaya mata pelajaran ini tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan

kepada pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pendekatan yang boleh digunakan untuk

Page 18: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

2

menimbulkan keseronokan dan minat para pelajar dalam proses pembelajaran dan

pengajaran matematik di dalam kelas. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah

mengaplikasikan pengajaran yang tidak formal seperti kaedah permainan dan

menyanyi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai

lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan Matematik. Selain

itu, Matematik mempunyai kaitan yang rapat dalam kehidupan kita seharian. Ini

ditegaskan oleh Spencer dan Brylegaard dalam bukunya “Building Mathematic

Concepts In Elementary School” yang mengakui bahawa nilai Matematik merupakan

proses-proses sosial yang telah dilakukan oleh manusia.

Matematik juga boleh dirujuk sebagai satu kajian sosial yang

membincangkan tentang alat-alat dan tatacara yang berkaitan dengan sistem nombor

serta masalah yang dialami oleh masyarakat yang cuba memahami dan membuat

penyelarasan dengan semua jenis pengalaman yang berkaitan dengan kuantiti.

(Swetz dan Su Tim, 1983)

Masalah yang dihadapi oleh pendidik kebelakangan ini adalah bagaimana

mereka hendak berhadapan dengan pelajar yang kurang berminat terhadap

Matematik. Secara tidak langsung, ini menyebabkan matlamat pendidikan Matematik

KBSM tidak dapat dicapai seperti yang dikehendaki. Sebagai seorang guru,

penghayatan terhadap matlamat pendidikan Matematik adalah penting kerana

Matematik KBSM sebenarnya merupakan sumbangan khusus daripada Matematik

KBSR yang bertujuan:

.....memberikan pendidikan Matematik yang umum kepada semua

tingkatan 1 hingga 5 dan menegaskan penggunaan Matematik dalam

situasi umum, khususnya di dalam konteks kini di Malaysia.

Page 19: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

3

Kurikulum di Malaysia juga memberikan asas Matematik yang

diperlukan untuk pembelajaran mata pelajaran yang lain untuk alam

pekerjaan. (sukatan pelajaran Malaysia KBSM,1988)

Sebagai seorang guru Matematik, mereka seharusnya menafikan tanggapan

buruk masyarakat tentang Matematik seperti mata pelajaran yang membosankan

kerana mempelajari Matematik adalah proses pembelajaran yang menyeronokkan

jika melalui kaedah dan pendekatan yang sesuai dengan aras pemikiran pelajar. Oleh

itu, suatu reformasi pendidikan perlu dilakukan dan digantikan dengan kurikulum

sekolah bestari yang lebih bermakna dan praktikal. Penggunaan Matematik secara

berkesan dalam menyelesaikan masalah harian perlu diterapkan ke dalam kurikulum

supaya pelajar mampu menghadapi cabaran era teknologi maklumat pada masa akan

datang. Pendekatan yang digunakan oleh guru perlu di perbaharui setiap masa agar

selari dengan tahap kebolehan pelajar dan kehendak semasa negara. Guru perlu

memahami kehendak atau minat para pelajarnya supaya proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi pembelajaran yang berkesan. Umumnya pada peringkat

kanak-kanak atau remaja, para pelajar lebih minat untuk bermain daripada belajar,

jadi pendekatan pembelajaran juga perlu di ubah yang mana isi pelajaran dapat di

sampaikan melalui permainan atau berekreasi.

Daripada situasi di atas penyelidik merasa terpanggil untuk mengenal pasti

pandangan pelajar terhadap Matematik serta kesan Matematik rekreasi kepada proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini di jalankan untuk melihat

keberkesanan Matematik rekreasi dalam mengubah tanggapan pelajar terhadap

Matematik dan mengembalikan semangat belajar secara berkumpulan.

1.3 Penyataan Masalah

Matematik merupakan mata pelajaran yang abstrak yang mana pembentukan

sesuatu konsep Matematik tidak akan berjaya melalui kaedah penghafalan sahaja.

Masalah sebegini mungkin tidak akan dihadapi oleh pelajar yang berada pada aras

Page 20: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

4

kebolehan yang tinggi. Namun bagi pelajar yang berada pada aras kebolehan yang

sederhana dan rendah, mereka merasakan bahawa Matematik ini adalah sukar untuk

dikuasai dan membosankan.

Dengan ini, suatu pendekatan yang sesuai perlu digunakan untuk

memaparkan Matematik yang bersifat abstrak kepada bentuk yang konkrit.

Pengajaran yang dilakukan perlu diselitkan dengan aktiviti yang dapat menarik

perhatian serta dapat melibatkan para pelajar untuk berinteraksi di dalam kelas.

Dengan ini, ia dapat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran yang di

sampaikan dan menjana pemikiran pelajar. Seperti falsafah cina yang berbunyi:

Saya dengar dan saya lupa,

Saya lihat dan saya ingat,

Saya buat dan saya faham.

Dengan perkataan lain, pengetahuan Matematik dapat dibina oleh pelajar

melalui proses refleksi pada aktiviti atau refleksi pada tindakan. Untuk memastikan

proses pembelajaran lebih berkesan, guru Matematik perlu mengetahui pelbagai aras

Matematik yang di punyai oleh setiap pelajarnya. ( Nik Azis, 1999)

Penyelidik mendapati salah satu pendekatan atau aktiviti yang dapat

memberikan proses refleksi serta menarik perhatian para pelajar adalah pendedahan

kepada Matematik rekreasi di dalam kelas. Pendedahan ini dapat menimbulkan

perubahan dalam pengkonsepan pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengubah

persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.

Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat mengubah minat para pelajar terhadap

Matematik. Selain itu ia juga dapat memberikan idea kepada para pendidik untuk

menarik minat pelajar dan membuat reformasi pendidikan kearah melahirkan pelajar

yang mempunyai daya saing yang tinggi.

Page 21: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

5

1.4 Objektif Kajian

Memandangkan Matematik adalah mata pelajaran yang amat penting sejak

zaman dahulu sehingga sekarang, dan ramai pelajar kurang atau langsung tidak

meminatinya, ini amatlah merisaukan para pendidik dan ilmuan. Oleh itu kajian

lanjut perlu dijalankan untuk mengubah situasi ini.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:

i) Mengenal pasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.

ii) Meninjau sejauh mana Matematik rekreasi mempengaruhi minat

pelajar terhadap matematik.

iii) Melihat pengaruh Matematik rekreasi dalam mewujudkan belajar

secara berkumpulan.

iv) Melihat kepentingan Matematik rekreasi di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Secara amnya, permasalahan yang dikaji serta objektif-objektifnya adalah

berdasarkan kepada persoalan yang berikut:

i) Sejauh manakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.

ii) Adakah Matematik rekreasi dapat mengubah minat pelajar terhadap mata

pelajaran Matematik.

iii) Bolehkah Matematik rekreasi melahirkan semangat belajar dalam

kumpulan di antara para pelajar.

Page 22: PENYEPADUAN UNSUR MATEMATIK REKREASI · PDF fileMata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan, dan pelbagai lagi mata pelajaran yang di ajar di sekolah berkait rapat dengan

6

iv) Apakah kepentingan Matematik rekreasi kepada proses pengajaran dan

pembelajaran.