penyata rasmi parlimen dewan negara · pertua, mengikut seksyen 2 akta pendidikan 1996 menyatakan...

70
Bil. 2 Rabu 9 Mei 2001 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA

Upload: phamtuyen

Post on 17-Sep-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil. 2 Rabu 9 Mei 2001

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

KANDUNGAN

JAWAPAN.JAWAPAN LISAN BAGI PERT ANY AAN-PERTANY AAN

USUL:

Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong • Y.B. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN OOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2001

(Halaman 1)

(Halaman 15)

DN.09.05.2001

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum, D.P.M.S. (Dilantik}

"

..

Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik}

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi,Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. (Dilantik}

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Dilantik}

Menteri Pendidikan,Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamed, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. (Dilantik}

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Dilantik}

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. (Dilantik}

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, (Dilantik}

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas P.J.N. (Dilantik}

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, (Dilantik}

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Abdullah bin Ayub (Dilantik)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

Da~o· Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun (Dilantik)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Tuan Benedict Bujang Tembak (Sarawak)

Dato' Charern lntachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Dr. Charlie Chau-Lap Chang (Dilantik)

Puan Hajah Che Jam binti Haron (Dilantik)

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Dato' Dr. Chin Fook Weng (Pulau Pinang)

Datuk Christina Tibok Vanhouten (Sabah)

Datuk Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Datuk Ghazi bin Haji Ramli, D.P.M.S., D.I.M.P. (Selangor)

ii DN.09.05.2001

Yang Berharmat Data' Hamzah bin Zainudin (Perak)

Tuan Hassan bin Haji Shukri (Terengganu)

Datuk Hajah Hazizah binti Mahd. Sultan (Melaka)

Tuan Ho Lim Teck (Melaka)

Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Datuk Haji Karim Ghani (Sabah)

Tuan Haji Karim bin Salleh (Perlis)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Kee Ah Kau (Selangar)

Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik)

Data' Lee Pit Chern (Negeri Sembilan)

Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

Datuk Long bin Jidin (Dilantik)

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pg. Haji Ahmad Raffae, (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Dato' Haji Mazlan bin Abu (Johor)

Puan Hajah Melati binti Ali (Pahang)

Puan Melanie Chia Chui Ket (Dilantik)

Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani (Dilantik)

Datuk Nor Azah binti Awin (Dilantik)

Puan Nosimah binti Hashim (Dilantik)

Dato' Poo Yew Choy, D.I.M.P., A.M.P. (Pahang)

Puan Hajah Puizah binti Haji Abu Kassim (Dilantik)

Tuan M. Ratnam (Dilantik)

Tuan M. Saravanan (Dilantik)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Tuan R. Sinniah (Dilantik)

Puan Safinah binti Jusoh (Terengganu)

------------------------ -------- ---

DN.09.05.2001

Yang Berhormat Puan See Too Mee (Johor)

Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Nor (Dilantik)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Kelantan)

To' Puan Wan Seri @ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik)

Tuan Yew Tuan Chiew (Perak)

Tuan Zainal bin R:lmpak (Dilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

iii

iv

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Abdullah Abdul Wahab

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman

Mazidah binti Mohamed Paizah binti Sallehudin

BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali

Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman

Hajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor

Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah lntan binti Haji Bohari

Nurz"ana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib

Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim

Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman

Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub

Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

DN.09.05.2001

DN.09.05.2001

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 9 Mei 2001

Mesyuarat dimulakan pada pukul10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Long bin Jidin minta Menteri Pendidikan menyatakan, memandangkan tahap kepintaran dan kematangan kanak-kanak sekarang adalah lebih cepat, adakah sebarang rancangan untuk mempercepatkan kemasukan ke sekolah daripada umur 7 tahun kepada 6 tahun.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di­Pertua, mengikut Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 menyatakan "sekolah rendah" ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid yang berumur dari enam tahun. Berdasarkan akta tersebut jelas menyatakan seseorang kanak-kanak boleh mula bersekolah mulai umur enam tahun. Sekian.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berkenaan dengan pelajar-pelajar sekolah rendah ini, bagaimanakah kedudukan kenaikan kelas, maksud saya pada tahun 1960-an dahulu kita nampak ada dipanggil 'Kelas Langkah'. Maknanya dari Darjah Satu naik ke Darjah Tiga. Akhir-akhir ini dikatakan ramai di antara pelajar pintar telah diberi peluang untuk melangkau kelas dari Tahun Dua ke Tahun Empat atau bagaimana. Dan apakah prestasi kelas-kelas yang tahap kepintaran dan kematangan kanak-kanak ini dalam kajian kementerian dan apakah ianya akan dilaksanakan secara berterusan. Terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak terima kasih soalan daripada Yang Berhormat. Untuk maklu'man Dewan yang mulia ini, mulai tahun ini kelas atau cara untuk membenarkan murid untuk melompat kelas dari Darjah Tiga ke Darjah Lima telah dihentikan. lni kerana berasaskan kepada kajian yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, pelajar ini walaupun berjaya melangkau ke Darjah Lima tetapi daripada segi UPSR, prestasinya bukan begitu cemerlang. Oleh kerana itu, mulai tahun ini kelas cara ini telah dihentikan.

Datuk Ht\ji Karim Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan pada ketika ini anak-anak kita ramai yang mula pergi ke prasekolah -Taman Didikan Kanak-ltanak (kindergarten) dari umur empat tahun. Jadi, bolehkah kerajaan memberi kelonggaran supaya anak-anak kita yang sudah · berumur lebih daripada lima tahun setengah setelah pergi ke prasekolah - Taman Didikan Kanak-kanak (kindergarten), bolehkah kerajaan memberikan kelonggaran supaya anak­anak kita yang berumur lebih daripada lima tahun setengah dibolehkan terus masuk ke Darjah Satu. Terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, tadi mengikut Akta Pendidikan 1996 memang itu tidak boleh dibuat. Walaupun anak kita atau pelajar kita yang sangat baik, tetapi ada syarat-syarat tertentu untuk had umurnya. Pada dasamya kalau ikut syarat yang telah dltentukan dalam Akta Pendidikan, pelajar ini sekurang-kurangnya berumur enam tahun ke atas barulah boleh mendaftar belajar di Darjah Satu.

Datuk Hajl Karim Ghani: {Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Hon Choon Kim: Buat waktu ini tidak ada hasrat untuk pinda.

2. Datuk Joseph Balan Sellng minta Menteri Kerja Raya menyatakan, bilakah Sarawak akan mempunyai sebuah lebuh raya tersendiri, tanpa melalui negara Brunei Darussalam, memandangkan Sarawak belum lagi ada satu lebuh raya menghubungkan hujung negeri sebelah barat di Daerah Lundu dengan hujung negeri sebelah timur di Daerah Lawas sejak 40 tahun lalu. Apakah pihak kementerian ada perancangan bagi menyiapkan lebuh raya yang canggih dan terbaik.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mempunyai

2 DN.09.05.2001

perancangan jangka masa panjang untuk menyiapkan lebuh raya dari Lundu ke Lawas. Pelaksanaan lebuh raya ini terpaksa dijalankan secara berperingkat kerana kos pembinaan yang tinggi. Pada masa sekarang jalan dari Daerah Lundu ke Daerah Lawas didapati terputus di sempadan Brunei Darussalam. Sekiranya satu jalan terus tanpa melalui negara Brunei Darussalam ingin dibina, kerajaan perlu menanggung kos yang agak tinggi sedangkan faedah yang diperoleh tidak seimbang dengan pelaburannya. Peruntukan Rancangan Malaysia Kelapan yang diluluskan bagi negeri Sarawak sebanyak RM2.2 bilion perlu dioptimumkan dan lebih wajar jika ia dibelanjakan bagi projek-projek yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di samping memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Oleh yang demikian, jalan terus ini telah dianggap sebagai projek keutamaan rendah berbanding dengan projek-projek lain yang lebih penting serta memberi manfaat kepada rakyat. Namun demikian, sebagai tindakan permulaan kerajaan bercadang untuk menjalankan satu kajian kemungkinan bagi mengkaji sama ada projek ini berdaya maju dan jadual yang paling sesuai untuk ia dibina kelak.

3. Tuan Hassan bin Haji Shukri minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri menyatakan, berapakah jumlah kilang yang terpaksa ditutup akibat daripada kegawatan ekonomi semenjak tahun 1997.

Setlausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Datuk Fu Ah Klow]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab kedua-dua soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Hassan bin Haji Shukri pada hari ini dan soalan daripada Yang Berhormat To' Puan Wan Asiah binti Ahmad pada 14 Mei 2001.

Tuan Yang di-Pertua, krisis ekonomi telah melanda rantau ini bermula pada September 1997. lmpak terhadap krisis ini bagaimana pun mula dirasai pada tahun 1998. Berdasarkan perangkaan yang diperoleh untuk tempoh tahun 1998 hingga bulan April 2001, sejumlah 78 buah syarikat pengilang berlesen di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri telah ditutup melibatkan pemberhentian pekerja seramai 20,559 orang. Penutupan operasi kilang-kilang berkenaan disebabkan oleh kehilangan daya saing, pengurangan permintaan dan tindakan memindahkan sebahagian daripada operasi kilang yang tidak kompetitif ke lokasi yang lebih kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun terdapat kilang-kilang yang ditutup, minat pelabur-pelabur asing dan tempatan masih kekal untuk terus melabur di dalam pelbagai projek perkilangan sama ada projek baru atau projek pembesaran. lni adalah disebabkan oleh pelbagai insentif fiskal dar1 bukan fiskal yang ditawarkan oleh kerajaan. Di samping itu, kerajaan sentiasa rr:emberi penekanan kepada pelaburan yang berintensifkan modal dan berteknologi tinggi bagi pengeluaran barangan yang mempunyai nilai tambah dan daya saing yang tinggi di pasaran antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. T. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat menyatakan, bilangan kilang yang telah dipindahkan daripada negara kita kepada negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dan sebab-sebab perpindahan ini.

Datuk Fu Ah Klow: Tuan Yang di-Pertua, mengenai bilangan kilang yang telah dipindahkan, saya tidak ada angka di sini, cuma angka yang saya bagi tadi ialah merangkumi kilang yang telah ditutup dan kilang yang telah dipindahkan ke negara­negara jiran disebabkan kos yang lebih rendah. Saya ingin memberitahu juga, kilang­kilang yang pindah bukan pindah semua operasi daripada Malaysia. Cuma ia pindah sebahagian operasinya yang kurang kompetitif ke lain negara. Misalnya, Kilang Seagate baru-baru ini di Pulau Pinang, yang dipindahkan ialah bahagian yang mempunyai tenaga manusia yang lebih tinggi tetapi bahagian yang mempunyai kandungan teknologi yang lebih tinggi masih kekal di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Ahmad bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada kilang-kilang yang telah ditutup, berapakah kilang milik bumiputera, dan apakaia kilang-kilang tersebut ditutup, apakah nasib usahawan­usahawan yang teiah berusaha memberanikan diri mencebur daiam industri perkilangan, dan apakah rancangan kerajaan selanjutnya untuk membantu usahawan­usahawan yang teiah menghadapi masaiah kegawatan tersebut lantaran pengalaman dan pendedahan yang telah dialami oleh mereka begitu iuas. Terima kasih.

DN.09.05.2001 3

Datuk Fu Ah Kiow: Kilang yang ditutup itu kebanyakan adalah kilang asing, iaitu hampir 50% adalah kepunyaan ekuiti asing dan yang lain hampir separuh ialah kepunyaan ekuiti tempatan. Sebab-sebab penutupan telah disebut tadi iaitu sebab daya saing dan juga kalau operasinya melibatkan penggunaan tenaga manusia yang lebih tinggi maka kita kini menghadapi persaingan yang hebat daripada negara-negara pengeluar di mana kos buruh mereka adalah lebih rendah. Jadi, untuk membantu pengusaha-pengusaha tempatan mengatasi persaingan dan juga meningkatkan persaingan mereka, kita sedang menjalankan banyak program termasuk memberi latihan dan memperbanyakkan usaha menerokai pasaran antarabangsa dan ·juga usaha membawa banyak lagi pelabur asing di mana mereka akan mencari rakan kongsi tempatan untuk mengeluarkan barangan di mana nilai ditambah adalah lebih tinggi.

Kita tidak boleh bergantung kepada bidang-bidang yang mana memerlukan banyak tenaga manusia lagi. ltu bukan lagi kekuatan Malaysia. Jadi, tumpuan pada masa depan ialah kita perlu seperti mana telah dicatatkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan iaitu kita perlu mempertingkatkan produktiviti sebagai satu sumber untuk mempertingkatkan daya saing negara.

4. Dato' Lee Pit Chern [Di bawah P.M.23(2)] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kementerian sedar masalah yang masih belum dapat diatasi di Hospital Daerah Sabak Bernam di mana kekurangan doktor-doktor pakar serta kakitangan hospital yang masih belum dapat diisi hingga ke hari ini. Apakah langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S.G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, dalam perancangan Kementerian Kesihatan, Hospital Daerah Sabak Bernam telah dikenal pasti sebagai hospital daerah tanpa pakar. Perkhidmatan pakar ada disediakan dan perkhidmatannya adalah secara lawatan berkala daripada pakar-pakar daripada Hospital Teluk lntan sebanyak sekali setiap dua bulan dan meliputi bidang obstetric, perubatan, psychiatric dan pediatric.

5. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yussof minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan ke arah melaksanakan undang-undang syariah di Malaysia.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan ke arah melaksanakan undang-undang syariah termasuklah, pertama, membuat kajian serta mengambil contoh pelaksanaan undang-undang syariah daripada negara-negara Islam lain untuk dijadikan perbandingan. Tujuannya adalah bagi memastikan pelaksanaannya menjadi 'mukhasif syariah yang mana dapat memberi keadilan yang sebenar kepada pihak-pihak yang terlibat.

Yang kedua, mengadakan sesi dialog dengan negeri-negeri bagi mencari jalan terbaik ke arah mewujudkan kesalarasan dalam undang-undang syariah. desi ini melibatkan penasihat undang-undang negeri, para mufti, ketua hakim syarie dan juga pegawai-pegawai jabatan agama Islam negeri.

Ketiga, mengadakan bengkel eksklusif, penjelasan Kanun Jenayah Syariah bagi memberi penjelasan serta pemahaman yang mendalam di kalangan pengamal undang-undang Islam mengenai undang-undang jenayah syariah. Terima kasih.

Puan Slti Zailah blntl Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah halangan Kerajaan Malaysia untuk tidak menerima Hukum Hudud untuk dilaksanakan di Malaysia sebagaimana kita tahu alasan masyarakat majmuk tidak boleh kita terima sebab kita tengok dalam sejarah Rasulullah S.A.W. telah menegakkan undang-undang hudud ini dengan keadaan masyarakat yang lebih majmuk daripada masyarakat kita. Dan kita lihat daripada penerimaan hukum yang menolak hukum Islam ini kita melihat bagaimana masalah sosial dan jenayah tidak dapat kita atasi. Jadi, apakah halangan utama yang Kerajaan Malaysia setakat ini masih tidak mahu menerima Hukum Hudud untuk dilaksanakan di Malaysia.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. lnilah persoalan yang selalu PAS memainkan dan ceramah di mana-mana pun. Yang Berhormat kena faham yang kita tak terima itu Hukum Hudud PAS, bukan hudud Islam.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: [Bangun]

4 DN.09.05.2001

Dato' Haji Noh bin Hajl Omar: Bagilah saya jawab. Saya hendak bagi tahu, saya hendak buat perbezaan supaya Yang Berhormat lebih jelas apa yang dikatakan hudud PAS dengan Hukum Hudud Islam ini. Di dalam Enakmen Jenayah Syariah Dua negeri Kelantan, kalau kita lihat dan teliti bahawa pada fasal-fasal tertentu dalam enakmen itu juga bercanggah dengan hukum Islam.

Saya ambil dua contoh sahaja, Yang Berhormat. Pertama, Fasal 56. Fasal 56(1) ini kalau kita tengok dalam Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan mengatakan bahawa enakmen ini hanya terpakai untuk orang Islam sahaja. Orang Islam diberi pilihan sama ada hendak menerima ataupun tidak enakmen ini di dalam 56(2). Sedangkan kalau kita lihat di dalam Harakah terbitan 10 April 1992 yang disalin daripada buku yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam [Sambi/ menunjukkan buku, enakmen dan keratan akhbar] Saya sudah agak Yang Berhormat mesti tanya soalan ini. Saya juga ada enakmen ini, saya tak tahu sama ada Yang Berhormat ada baca atau tidak baca enakmen ini. Saya juga ada keratan Harakah kalau Yang Berhormat hendak saya boleh bagi, mungkin Yang Berhormat tidak simpan, sudah lama keluaran tahun 1992 dan juga yang dipetik daripada buku hijau ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan telah pun disemak oleh Dato' Mufti Negeri Kelantan. Di dalam buku ini mengatakan Hukum Hudud hendaklah terpakai kepada semua orang, bukan hanya untuk orang Islam sahaja. ltu yang pertama.

Yang kedua, Seksyen 68 - syarat-syarat menjadi hakim, "Seseorang yang sedang atau pemah memegang jawatan hakim Mahkamah Tinggi Malaya ataupun Borneo ataupun Mahkamah Agung Malaysia atau sesiapa juga yang mempunyai kelayakan untuk dilantik menjadi hakim mana-mana mahkamah .... " sehingga seterusnya. Hanya saya hendak sentuh di sini bahawa syarat menjadi hakim ini ialah hakim yang pemah menjadi hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Malaya atau sesiapa juga yang setaraf dengannya.

lni membuktikan bahawa selama ini kalau mahkamah sivil Malaysia ini dianggap sekular seperti tuduhan PAS selama ini, maka tentulah PAS juga sekular kerana menerima pakai syarat kelayakan hakim mahkamah sivil yang sama. Dan di dalam syarat menjadi hakim ini ia tidak jelaskan sama ada orang lelaki atau orang bukan Islam.

Kalau kita mengikut strictly terjemahannya, bila dikata seseorang hakim yang pemah berkhidmat di Mahkamah Tinggi, ini bermakna orang perempuan pun boleh, orang bukan Islam pun boleh, sebab hari ini orang bukan Islam pun ada yang menjadi hakim Mahkamah Tinggi dan juga orang perempuan juga ada yang menjadi hakim di Mahkamah Tinggi. Jadi, ini menunjukkan percanggahan ini sahaja kita sudah boleh mempertii<aikan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan.

Kita lihat apa statement Tuan Haji Hadi Awang pada 6 Mac 1990. Dahulu sebelum pilihan raya di Terengganu dia kata hendak buat hukum hudud. Bila dla memerintah dia kala hukum hudud ini 0.001 di dalam hukum Islam dan mengapa dia baru hendak arahkan Exco Negeri Terengganu hendak buat kajian semula Enakmen Jenayah Syariah II, adakah Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan itu tidak boleh diterima pakai oleh Kerajaan Negeri Terengganu? lni menunjukkan bahawa Terengganu juga tidak iktiraf Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Terengganu dan mungkin PAS mengatakan bila syarat menjadi hakim itu mestilah orang Islam dan juga orang lelaki.

Tetapi kalau itu hujahnya, mengapa di dalam seksyen 41 dia ada sebut syarat­syarat untuk menjadi saksi, dia sebut, kita tahu kalau orang Islam tahu. Kalau hendak jadi saksi mesti orang Islam dan juga orang lelaki tetapi di dalam seksyen ini disebut bahawa "Tiap-tiap seorang saksi hendaklal'l terdiri daripada seorang lelaki Islam" -disebut lelaki Islam tetapi hakim tadi tidak disebut sama ada lelaki Islam ataupun tidak.

Begitu juga kalau kita tengok lagi seksyen untuk Pegawai Perubatan untuk menyaksikan apabila sebat dilakukan, disebut Pegawai Perubatan beragama Islam disebut. Jadi, baru dua seksyen sahaja Yang Berhormat, belum banyak seksyen lagi ini, itu pun sudah ada percanggahan.

ltu sebab kita menolak Enakmen Jenayah Syariah II ini kerana ia tidak adil dan bercanggah dengan hukum Islam. Terima kasih.

DN.09.05.2001 5

Dato' Haji Ahmad bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat ialah kadangkala kita lihat keputusan­keputusan yang dibuat di Mahkamah Syariah di challenge, dibawa ke Mahkamah Sivil.

Boleh atau tidak kerajaan mengadakan satu akta, mana-mana keputusan yang dibuat di Mahkamah Syariah tidak boleh lagi dibawa ke Mahkamah Sivil. Terima kasih.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenar nya kalau kita lihat perkembangan Mahkamah Syariah ini, sudah banyak perubahan. Salah satunya ialah perubahan Yang Berhormat nyatakan dahulu. Memang betul, sebelum tahun 1988 memang segala keputusan Mahkamah Syariah ini boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil tetapi oleh kerana keprihatinan kita terhadap perkembangan undang­undang syariah ini, maka kerajaan telah meminda Perlembagaan iaitu pada tahun 1988 dengan meminda seksyen 121(1A) yang telah memisahkan di antara jurisdiction sivil dan juga syariah.

Jadi, apabila pindaan seksyen ini dibuat pada tahun 1988, maka hari ini segala keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah, maka ianya tidak boleh lagi dirayu ataupun dibawa kepada Mahkamah Sivil. Kalau kita tengok perkembangan mahkamah itu sendiri, kalau dulu kita lihat pentadbiran antara agama Islam dengan mahkamah ini sama. Kalau dia seorang kadi dia juga seorang hakim Mahkamah Syariah tetapi kita telah pisahkan. Hari ini kalau kita tengok, kadi hanya sebagai pentadbir pegawai agama sahaja.

Untuk mahkamah ini kita sudah lantik hakim. Hakim ini juga kita beri kursus sekurang-kurangnya mesti ada Diploma in Law daripada UIA, baru layak menjadi hakim. Mahkamah hari ini juga kita lihat kita ada Mahkamah Rendah Syariah, kita ada Mahkamah Tinggi Syariah, dan juga kita ada Mahkamah Rayuan Syariah.

Bidang hukuman juga kita telah tambah. Hari ini, kalau dulu, bidang kuasa Mahkamah Syariah ini begitu rendah tetapi hari ini kita telah tingkatkan di mana Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan juga 6 sebatan rotan.

Kita lihat juga bahawa hari ini kita tubuh pula Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang ditubuhkan pada tahun 1998 untuk kita menyelaraskan sistem kehakiman Mahkamah Syariah di seluruh negara kerana kita tahu bahawa Mahkamah Syariah ini ialah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri kerana ia ada berkaitan dengan bidang kuasa undang-undang.

Jadi, segala perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa kita memang prihatin untuk meninggikan syiar dan juga taraf Mahkamah Syariah itu sendiri. Tarima kasih.

6. Tuan Khoo Lay Hin minta Menteri Penerangan menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai cadangan menubuhkan sebuah Majlis Akhbar Press (Council).

Setiausaha Parlimen Kementerlan Penerangan [Datuk Zainudln bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, perkembangan setakat ini adalah menggalakkan. Para pengarang dan pengendali media dan akhbar yang dulunya bersikap agak dingin dan sepi terhadap cadangan ini, tetapi sekarang ini telah menyedari hakikat betapa pentingnya Majlis Media diwujudkan terutamanya setelah menghadapi saman mega sue daripada pelbagai pihak. Presiden Press Club ataupun Press Club sendiri dan juga National Union of Journalist (NUJ) sendiri telah menunjukkan sikap yang proaktif dalam hal ini.

Sebenamya Kementerian Penerangan tidak terlibat secara langsung dalam penubuhan Majlis ini. Ia timbul dari suatu persidangan para pengarang beberapa tahun yang lalu, yang melahirkan Dasar Komunikasi Negara. Di bawah dasar ini dicadangkan penubuhan Majlis Media Malaysia yang bertujuan untuk memelihara kebebasan berkomunikasi di samping memastikan amalan etika kewartawanan yang sentiasa menjaga kepentingan negara dan awam.

Di samping itu juga, dengan penubuhan media ini kita berharap media akan dapat menjadi pusat pengumpulan maklumat berkaitan dengan kajian komunikasi. Idea ini telah timbul semula sekarang setelah tertangguh berikutan dengan pengenalan Akta Alat Komunikasi dan Multimedia pada tahun 1998. Kesedaran ini timbul mungkin oleh kerana cabaran yang dihadapi oleh media perdana dan media yang diiktiraf dari media

6 DN.09.05.2001

yang tidak bertatasusila yang mengancam media berwibawa yang ingin mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan tidak dapat campur secara langsung dalam hal ini dan telah menyerahkan kepada pihak para pengarang akhbar sendiri untuk menguruskan penubuhan ini tetapi kita telah menyerahkan kepada Malaysian Press Institute atau Pusat Akhbar Malaysia untuk mengambil inisiatif dalam perkara ini dan mereka telah membentuk dua jawatankuasa setakat ini bagi menguruskan penubuhan majlis ini.

Jawatankuasa ini - ada dua jawatankuasa iaitu jawatankuasa yang pertama diketuai oleh Profesor Madya Safar Hashim dari UKM yang bertanggungjawab untuk mendapatkan maklum balas dari para pengarang terhadap idea penubuhan ini. Mereka sedang menjalankan usaha ini.

Jawatankuasa yang kedua diketuai oleh Profesor Madya Murad Merican dari ITM yang membuat kajian sama ada perlu ditukarkan kod etika kewartawanan yang ada sekarang ataupun dikekalkan.

Kedua-dua jawatankuasa ini akan melaporkan hasil kajian mereka kepada jawatankuasa induk yang diketuai oleh seorang wartawan veteran Sirajuddin Rafia dari Utusan Me/ayu. Jawatankuasa ini telah diberitahu oleh MPI supaya memberikan laporan atau hasil penemuannya kepada mereka pada akhir bulan ini.

Dato' Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, kalau MMM ini ditubuhkan, dan industri ini ada kawalan sendiri, atau dengan izin, self-control, adakah kerajaan bercadang hendak memansuhkan undang-undang yang sekarang mengawasi dan mengawal semua kegiatan media. Terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat terlalu awal bagi saya untuk menjawab soalan itu.

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Cadangan menubuhkan Majlis Akbar ini adalah satu cadangan yang baik dan mungkin ia boleh dijadikan satu badan yang dapat memastikan nilai-nilai etika dan profesionalisme kepada warga akhbar.

Soalan saya ialah, bolehkah kerajaan memastikan majlis ini tidak disalahgunakan oleh orang-orang luar untuk tujuan yang tidak menguntungkan kerajaan dan tidak menguntungkan rakyat dan apatah lagi negara kita?

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, say::~ ingin memastikan bahawa apabila majlis ini ditubuhkan pih~'k akhbar 1an pihak penga~<mg mengharapkan mereka tidak menerima ganggu-gugat dati pihak mana pun terutamanya daripada pihak yang di luar dunia kewartawanan itu sendiri.

Apa yang akan berlaku ialah kelak majlis ini akan bertindak sebagai sebuah badan bebas yang akan menerima pengaduan dari semua pihak iaitu pengaduan tentang rasa tidak puas hati, penyiaran yang salah, yang kebanyakannya sekarang pergi kepada mahkamah dan sebagainya dan kita harap dengan penubuhan Majlis Media ini semua masalah yang seharusnya pergi ke mahkamah akan dapat diselesaikan oleh Majlis Media ini.

Saya ingat ia akan merupakan sebuah badan bebas yang mungkin akan diketuai juga oleh seorang bekas hakim dan sebagainya. Prosesnya yang akan berlaku ialah mungkin fungsinya adalah lebih kurang seperti SUHAKAM sendiri. Jadi, kita dapat memberi jaminan bahawa baik kerajaan ataupun pihak di luar kerajaan diharapkan tidak akan mengganggu-gugat pe~alanan Majlis Media ini kelak, bukan sahaja pihak pembangkang tetapi pihak kerajaan sendiri.

7. Dato' Charern lntachat minta Menteri Penerangan menyatakan adakah rancangan Kementerian Penerangan pada tahun 2001 untuk memberi ruang bagi siaran radio dalam bahasa Thai di stesen-stesen radio RTM di Utara Semenanjung bagi manfaat rakyat dari kaum Siam.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana keprihatinan kita terhadap penduduk-penduduk dari keturunan Thai di sebelah Utara, maka Kementerian Penerangan telah memberikan perhatian yang berat dan sedang mengkaji perkara ini dan dijangkakan kita akan dapat membuat satu laporan atau keputusan pada akhir tahun ini.

DN.09.05.2001 7

Puan Sitl Zailah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, kita tahu Kerajaan Malaysia begitu prihatin terhadap rakyat Thai dan cuba mengkaji untuk kelulusan stesen radio.

Jadi, adakah Kerajaan Mal:aysia tidak prihatin kepada rakyat Kelantan, tidak memberi ruang untuk Menteri Besar Kelantan memberi amanat kepada rakyat Kelantan, walaupun kita kata sekejap sahaja. Jadi, adakah tidak memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh parti pembangkang ini untuk menggunakan media kerajaan.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya wakil rakyat berkenaan telah mengikuti perkembangan yang berlaku di RTM sejak dua, tiga bulan ini tentulah wakil yang berkenaan telah menyedari bahawa kita telah menyiarkan banyak juga suara-suara ataupun kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pemimpin­pemimpin PAS sendiri.

Umpamanya yang jelas, kita telah menyiarkan tentang Tok Guru Menteri Besar Kelantan sendiri melawat ke kawasan temakan babi di Negeri Sembilan - kita siarkan! Dan kita juga telah menyiarkan betapa orang-orang bukan Melayu, orang­orang bukan Islam, orang-orang Cina telah mengalu-alukan lawatan itu - telah mengalu-alukan, memberikan sambutan hangat kepada lawatan Nik Aziz ke kawasan itu, kita telah menyiarkan!

Kemudian, kita juga telah menyiarkan, saya suka ulangi, apabila Nik Aziz mengatakan bahawa persetujuan untuk Data Sari Dr. Mahathir mengadakan pertemuan, untuk mengadakan dialog dengan PAS bagi perpaduan orang Melayu ini, kita telah siarkan dan Nik Aziz berkata, "Tuhan telah membuka hati Data Seri Dr. Mahathir untuk mengerjakan suatu ibadar, kita siarkan!

Jadi, tidak tahulah kita hendak siarkan yang lain-lain itu, insya-AIIah, kita ikut pertimbangan. Kalau perlu kita siarkan dan saya juga suka menyatakan bahawa kita juga telah menyiarkan Yang Berhormat Ketua Pemuda PAS mengatakan UMNO pencuri, kita siarkan!

Jadi, banyak kita siarkan. Jadi, itulah. Soalnya, untuk tidak adil kepada orang Kelantan, saya ingat tidak benar. Saya boleh memberikan satu persatu. Kita cuba bersikap adil dan keadilan itu menurut tafsiran kita dan bukan tafsiran PAS. Terima kasih.

Puan Jamllah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbincangan kita dengan media, soalan tambahan saya, tidakkah menampakkan si•:ap diskriminasi pihak kerajaan dalam sebuah negara yang subur dengan demokrasi ini. Terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maldln: Beginilah yang mudahnya. Kebenaran bergantung di mana kita berdiri. Saya ingat lagi Perdana Menteri Ketua Revolusioner Fiji berkata "Kebenaran berada di mana kita berdiri".

Jadi, dalam soal ini saya ingat klta tidak menjalankan diskriminasi. Kita hanya menjalankan tanggungjawab kita untuk memberikan perkara yang benar dan tidak menyiarkan perkara-perkara yang batil. ltu sahaja.

8. Dato' Poo Yew Choy minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan demi memperbaiki dan meningkatkan kemudahan­kemudahan rekreasi dan sukan di negara kita.

Tlmbalan Menterl Bella dan Sukan (Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di­Pertua, Kementerian Belia dan Sukan telah pun membuat perancangan bagi menyediakan lebih banyak lagi kemudahan sukan dan rekreasi untuk menampung program-program yang akan dilaksanakan dan juga untuk memberi kemudahan kepada bukan sahaja golongan belia, malahan kepada semua lapisan masyarakat untuk berkecimpung dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, Kementerian Belia dan Sukan telah merancang untuk membina lebih banyak lagi kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi, antara lain termasuk 66 buah Kompleks Selia dan Sukan daerah yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Rakan Muda di mana 19 buah merupakan projek sambungan Rancangan Malaysia Ketujuh dan 32 buah pusat pertandingan Rakan Sukan yang mana 8 daripadanya merupakan

8 DN.09.05.2001

projek sambungan Rancangan Malaysia Ketujuh serta membina 61 buah gimnasium rakyat baru di seluruh negara dan menaik taraf atau up-grade, dengan izin, 45 buah gimnasium rakyat yang sedia ada.

Penyediaan prasarana yang lebih banyak dan berkualiti ini akan dapat memenuhi keperluan rakyat dan seterusnya membantu kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas dan sihat.

Dato' Haji Ahmad bin Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat, demi untuk meningkatkan mutu sukan dan juga demi kerana golongan yang melibatkan diri dalam sukan adalah terdiri daripada golongan belia, apakah kerajaan boleh membantu persatuan-persatuan sukan di peringkat negeri, maksud saya, at state level, dengan memberi peruntukan dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini bantuan yang dihulurkan oleh Kementerian Selia dan Sukan kepada persatuan-persatuan sukan khususnya di peringkat akar umbi itu adalah menjurus ke arah bantuan untuk penganjuran satu-satu program yang dianjurkan oleh persatuan yang berkenaan dan bukannya berupa grant, dengan izin, ataupun geran pentadbiran seperti mana yang diharap-harapkan oleh setengah-setengah pihak.

Datuk Christina Tibok Vanhouten: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selain daripada memperbaiki dan meningkatkan kemudahan-kemudahan rekreasi dan sukan negara, apakah tindakan-tindakan kerajaan untuk memperbaiki lagi prestasi atlet-atlet Malaysia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa?

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang berkenaan atas keprihatinannya terhadap usaha meningkatkan prestasi atlet-atlet kita khususnya di peringkat antarabangsa. Sesungguhnya setakat ini beberapa usaha telah pun dan tengah berjalan dengan rancak. Antara lain termasuk projek Gemilang 2001 yang kini telah pun memasuki peringkat terakhir.

lni semata-mata untuk menyediakan atlet kita untuk bersaing dan mengambil bahagian dalam Sukan SEA yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 8 September hingga 17 September tahun ini.

9. Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan minta Menteri Pendidikan menyatakan kedudukan pembekal-pembekal makanan bermasak ke sekolah-sekolah berasrama yang ada sekarang dan sekiranya kerajaan bercadang untuk menswastakan !<ontrak bekalan makanan bermasak l<e sekolah berasrama kerajaan seluruh Mala~tsia.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, pembekalan makanan bermasak di asrama sekolah-sekolah dijalankan melalui proses tender terbuka dan kerajaan memang bercadang menswastakan pembekalan makanan ke asrama sekolah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan demi kebajikan pelajar-pelajar. Perkara ini sedang di peringkat perancangan projek rintis yang melibatkan 62 buah sekolah berasrama di Melaka dan di Negeri Sembilan. Jika projek rintis ini berjaya penswastaan ini akan dilaksanakan sepenuhnya. Kerajaan akan menjaga kepentingan pembekal­pembekalan makanan yang ada sekarang melalui dua cara:

(i) melalui penyertaan ekuiti; dan

(ii) sama ada menjadi pengusaha di sekolah atau menjadi vendor bahan makanan mentah.

Terima kasih.

Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan: Soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' ...... .

Datuk Hajah Hazizah binti Mohd. Sultan: Soalan tambahan saya apakah rasionalnya pihak kementerian ingin menswastakan kontrak bekalan makanan bermasak ke sekolah-sekolah berasrama sedangkan saya difahamkan ianya melibatkan peningkatan kos yang tinggi iaitu hampir dua kali ganda daripada harga tawaran yang diberikan kepada kontraktor ya.1g sedia ada. Sekian.

DN.09.05.2001 9

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya itu belum dikenal pasti lagi dari segi kos dan sebagainya tetapi hasrat kerajaan untuk menswastakan pembekalan makanan ialah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, itu tujuan.

Jadi, dari segi kos dan sebagainya kita akan kaji secara lebih mendalam dan oleh kerana itu kita ingin melaksanakan projek rintis untuk melibatkan sebahagian sekolah sahaja, kalau projek rintis itu be~aya dan ini tidak akan mendatangkan beban yang lebih berat kepada ibu bapa, maka kerajaan akan meneruskan projek itu.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya berkenaan dengan pembekal makanan bermasak ke asrama penuh. Kita mengalu-alukan usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan tetapi bolehkah kerajaan membuat pendirian bahawa beribu-ribu usahawan, pembekal makanan bermasak bumiputera akan tergendala sekiranya ada pakej yang besar dan janji kita biasanya dalam perwujudar. vendor-vendor ini tidak dapat dijayakan setakat ini dalam semua pelaksanaan pembangunan usahawan di negara kita.

Jadi, kalau boleh, bolehkah kementerian membuat satu pendekatan yang sama dengan meningkatkan kualiti pembekalan kepada individu pembekal berkenaan secara kecil-kecilan. Jadi, kadang-kadang pelaksanaan dasar kerajaan ini bertentangan dengan matlamat asas pembangunan negara sendiri dalam hal ehwal membangunkan usahawan bumiputera.

Jadi, perkara ini agak panjang kita perbincangkan sebelum ini, bolehkah kerajaan menghentikan pakej secara besar-besaran tetapi mewujudkan usaha yang lebih kepada usahawan pembekal bahan bermasak bumiputera yang sedia ada ini supaya masalah kualiti ini dapat kita pertahankan. Terima kasih.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat yang begitu prihatin tentang kedudukan pembekal-pembekal kecil ini. Memang hasrat kerajaan untuk melaksanakan projek itu bukan dengan tujuan untuk menjejaskan sesiapa, oleh kerana itu kita berhati-hati, Kementerian Pendidikan berhati-hati supaya dapatkan satu pendekatan akan melindungi semua aspek, semua pihak dengan tujuan selepas penswastaan ini pembekalan makanan kepada sekolah-sekolah berasrama adalah mempunyai mutu yang baik dan perkhidmatan yang berkualiti. Sekian berbanyak terima kasih.

10. Dato' Haji Muhammad bin Hajl Abdul Ghani minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menyatakan adakah kajian telah dibuat mengenai jumlah bekas tentera yang telah menyertai skim penempatan di tanah-tanah rancangan sehingga sekarang mengikut peca~1an negeri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasl [Dr. Robia binti Dato' Kosai): Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga tahun 1999 jumlah peneroka bekas anggota keselamatan yang telah ditempatkan di tanah-tanah rancangan FELDA seluruh negara ialah seramai 5,637 orang dan pecahan bilangan mengikut negeri adalah seperti berikut:

Negeri Bil. Orang

Johor 1,565

Kedah 72

Melaka 169

Negeri Sembilan 1,265

Pahang 1,667

Perak 679

Selangor 152

Terengganu 68

Dato' Poo Yew Choy: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selain pihak kerajaan menolong bekas tentera menyertai rancangan-rancangan tanah adakah pihak kerajaan menolong mereka mencari pekerjaan lain?

10 DN.09.05.2001

Dr. Robia blnti Dato' Kosai: Untuk jawapan Yang Berhormat itu di luar tanggungjawab kementerian saya sebab ini adalah ahli-ahli bekas tentera yang menjadi peneroka di FELDA-FELDA sahaja.

11. Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung perbuatan samseng yang dilakukan oleh peke~a-peke~a parti pembangkang khasnya pihak polis contohnya semasa Pilihan Raya Kecil di Lunas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah tegas untuk membendung perlakuan ganas dan perbuatan samseng yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam kejadian semasa Pilihan Raya Kecil di Lunas, pihak polis ada menerima aduan mengenai tindakan agresif penyokong-penyokong parti yang bertanding. Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini pihak kerajaan termasuk polis sering menasihati orang ramai supaya memelihara keamanan dengan menghormati undang-undang dan peraturan sedia ada.

Di samping itu, langkah menasfhati pemimpin-pemimpin parti juga turut dilakukan supaya mereka mengawal keghairahan dan tindak-tanduk penyokong masing-masing. Tindakan di bawah undang-undang yang sedia ada seperti Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Kanun Keseksaan termasuk undang-undang di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan akan dikena terhadap sesiapa sahaja yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

lni dibukti di mana seramai sembilan orang pemimpin dan penyokong parti pembangkang telah ditangkap dan dituduh pada 23 Disember 2000 di Mahkamah Majistret Kulim. Mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 147 kerana merusuh dan Seksyen 342 melakukan kurungan salah terhadap 12 buah bas semasa Pilihan Raya Kecil DUN Lunas yang lalu. Pembicaraan terhadap mereka telah ditunda kepada bulan Jun 2001.

Puan Jaya Partiban minta Menteri Pertanian menyatakan apakah langkah­langkah yang diambil untuk mengurangkan atau menghentikan import sayur-sayuran dari Thailand, Indonesia dan China supaya kaum petani di negara ini tidak mengalami kesulitan akibat harga sayuran yang merosot.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan hanya mengawal import kubis dengan menetapkan kuota import. Apabila pe~anjian AFT A dan WTO berkuat kuasa semua jenis sayur dari ne~ara lain boleh masuk ke pasaran kita dengan bebas. Menetapkan kuc.ta import sertE tindakan menyekat ata!J menghentikan import adalah tidak dibenarkan, oleh itu Kementerian Pertanian sedang berusaha untuk meningkatkan daya saing sektor pertanian dengan mengambillangkah-langkah berikut:

(i) mengenal pasti kualiti dan produk yang perlu diberi tumpuan;

(ii) mengkaji pasaran untuk komoditi-komoditi produk ataupun produk yang dikenal pasti dari segi cita rasa pengguna, ruang pasaran, permintaan dan bekalan, trend harga, sistem pengedaran dan lain-lain;

(iii) meningkatkan produktiviti pengeluaran melalui penggunaan teknologi terkini;

(iv) meningkatkan kualiti hasil komoditi kita supaya mencapai tahap standard antarabangsa; dan

(v) pelaksanaan sistem akreditasi selaras dengan keperluan sistem kualiti yang tersebut.

Terima kasih.

12. Puan Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Dun minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi melucutkan kelayakan mana-mana individu yang terbukti terlibat dalam menganjurkan atau menghasut orang ramai untuk mengadakan demonstrasi jalanan daripada bertanding sebagai caJon dalam pilihan raya.

DN.09.05.2001 11

Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. [Membaca selawa] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat satu undang­undang yang menjuruskan kepada kesalahan menghasut telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Peraturan pindaan ini juga mencadangkan bahawa mana-mana orang yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam sesuatu pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabitan itu dan jika pada tarikh sabitan itu dia telah dipilih dalam sesuatu pilihan raya, maka kerusinya hendaklah dikosongkan mulai tarikh sabitan itu. Terima kasih.

13. Puan Jamilah binti Ibrahim minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) jumlah pelajar yang telah menerima bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut pecahan IPTAIIPTS yang ada; dan

(b) adakah pihak kementerian sedar bahawa pinjaman PTPTN mempunyai unsur riba yang jelas di sisi Islam kerana telah menetapkan 4% kadar tambahan setiap tahun pembayaran balik selama 10 tahun.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, sejak ditubuhkan pada 1 Julai 1997 Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) telah menawarkan kemudahan pinjaman pendidikan kepada 209,585 orang pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM2.3 bilion.

Sehingga ini seramai 188,905 orang pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 20,680 pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) telah menerima pinjaman PTPTN. Kementerian Pendidikan menyedari semenjak kebelakangan ini isu pengenaan kos perkhidmatan 4% oleh PTPTN ke atas pinjaman pendidikan telah mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Perlu dijelaskan kementerian sedang meneliti perkara ini dan ia mengambil sedikit masa memandangkan isu ini melibatkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

14. Datuk Ghazl bin Haji Ramll minta Menteri Pendidikan menyatakan secara terperinci tentang butir-butir lanjut me:ngenai perancangan kerajaan dari semua aspek seperti kewangar;, pentadbiran dan masa depan bagi 'Universiti Penyelidikan' yang bakal diwujudkan serta insentifnya terhadap Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan di negara ini beberapa buah universiti awam yang telah lama beroperasi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia akan dijadikan sebagai universiti penyelidikan. Universiti­universiti ini akan terlibat secara agresif di dalam aktiviti penyelidikan dalam bidang­bidang termaju yang boleh dikomersilkan dan memberi manfaat kepada negara seperti bioteknologi dan alam sekitar.

Bagi mencapai hasrat tersebut universiti-universiti tersebut akan lebih menumpukan kepada program-program pasca unit ijazah, ini bermakna enrolment pelajar di peringkat pasca ijazah akan ditingkatkan iaitu sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan enrolment pelajar. Oleh kerana ia masih di peringkat perancangan, butir-butir terperinci akan diketahui kemudian.

Sekian, berbanyak terima kasih.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita tahu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan lain-lain universiti telah pun dicorporatisekan.

Saya ingin mengetahui daripada Menteri bagaimana pula dengan gaji kakitangan awam yang berkhidmat dalam universiti-universiti berkenaan. Saya tahu kebanyakannya belum lagi diselaraskan mengikut sistem corporatization iaitu masih

12 DN.09.05.2001

kekal dengan tangga gaji yang lama dan saya kira perkara ini telah berlarutan dan kesatuan berkenaan masih lagi menuntut dan perkara ini belum diselesaikan.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri apakah tindakan-tindakan yang telah diambil bagi memastikan gaji l<akitangan dalam universiti-universiti yang berkenaan yang telah dicotporatisekan dinaikkan setaraf dengan pendapatan pekerja­peke~a yang lain.

Terima kasih Yang Berhormat.

Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat. Mengenai isu ini saya kurang pasti sama ada telah diselaraskan, walau bagaimanapun apabila universiti dikorporatkan mereka haruslah mengikut cara-caranya, janji-janjinya yang telah ditetapkan dalam usaha untuk mengcorporatise universiti yang tersebut.

Walau bagaimanapun, saya akan bawa perkara ini kepada universiti-universiti berkenaan supaya dapat perhatian yang selanjutnya.

Sekian berbanyak-banyak terima kasih.

15. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman minta Perdana Menteri menyatakan projek-projek atau syarikat-syarikat yang telah diswastakan tetapi masih belum dijelaskan pembayarannya serta nyatakan jumlah tunggakan dan tarikh penyelesaian tunggakan.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Khamsiyah binti Yeop): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi penswastaan yang melibatkan pihak swasta membayar kepada kerajaan perjanjian penswastaan menetapkan jadual serta terma-terma pembayaran yang perlu dibuat kepada kerajaan, bagi pembayaran yang dibuat secara berperingkat syarikat perlu menyediakan jaminan bank secukupnya bagi melindungi kepentingan kerajaan. Oleh itu masalah kegagalan pembayaran tidak seharusnya berbangkit.

Dato' Abdul Azlz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita memang sedarlah bahawasanya penswastaan ini merupakan satu tindakan kerajaan yang dapat mengurangkan dari segi bebanan kepada pihak kerajaan sendiri dan menguntungkan pengguna-pengguna perkhidmatan yang diswastakan.

Jadi, saya ingin mengetahui apakah untungnya pihak kerajaan menswastakan projek-projek ini dari segi kewangan dan apakah masalah-masalah yang dihadapi terutama sekali penswastaan yang terpaksa diambil balik oleh pihak kerajaan kerana ianya tidak menepati peruntukan-peruntukan dan teriT'a-terma di mana orang ramai yang sepatutnya mendapat perkhidmatan yang baik tetapi kecewa dengan perkhidmatan itu termasuklah apa yang berlaku di negeri Kelantan. Terima kasih.

Puan Hajah Khamsiyah binti Yeop: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz. Kebaikan penswastaan secara umum, dasar penswastaan telah be~aya mencapai objektifnya, mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan, men:ngkat kecekapan dan daya pengeluaran, mempercepat pertumbuhan ekonomi, mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi dan membantu pencapaian matlamat dasar ekonomi negara.

Sebagai contoh dari segi mengurangkan beban kewangan kerajaan dasar ini telah berjaya menjimatkan perbelanjaan pembangunan yang sehingga kini be~umlah RM123.2 bilion dan perbelanjaan pengurusan be~umlah RM7.6 bilion setahun. Jumlah ini perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya projek-projek berkenaan tidak diswastakan.

Di samping itu, kerajaan telah memperolehi hasil sebanyak RM24.1 bilion berikutan pelaksanaan dasar penswastaan. Hasil ini belum lagi mengambil kira cukai korporat dan pelbagai cukai lain yang perlu dibayar oleh agensi yang diswastakan.

Dasar penswastaan juga telah berjaya meningkatkan kecekapan dan produktiviti agensi yang diswastakan. Sebagai contoh hasil Tenaga Nasional Berhad telah meningkat daripada RM3.3 bilion sebelum pengkorporatan kepada RM14.3 bilion pada tahun 2000. Hasil operasi setiap peke~a Penang Port Sendirian Berhad pula telah meningkat daripada RM58,253 sebelum dikorporatkan kepada RM116,998 pada tahun 2000.

'.-

DN.09.05.2001 13

Dalam konteks yang sama penswastaan pembinaan Lebuhraya Utara Selatan menyaksikan projek ini berjaya disiapkan 15 bulan lebih awal dari jadual yang ditetapkan. Menjimatkan perjalanan dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam daripada 15 jam kepada 7 jam pemanduan yang lebih selamat dan selesa serta kos penjagaan kenderaan yang rendah.

Daripada segi pertumbuhan pula, pelaksanaan projek penswastaan seperti lebuh raya telah mewujudkan pusat pertumbuhan baru di sepanjang lebuh raya di samping wujudnya kesan gandaan industri berkaitan seperti industri pembuatan yang berasaskan pembinaan daripada simen dan basi.

Daripada segi pengurangan kakitangan pula, sehingga kini seramai 109,700 kakitangan kerajaan telah berjaya dipindahkan kepada pihak swasta dengan menikmati faedah-faedah yang lebih baik daripada semasa mereka bekerja dengan kerajaan. Di samping itu pelaksanaan dasar ini juga telah membolehkan orang ramai menikmati kemudahan moden lebih awal berbanding jika ianya dilaksanakan oleh kerajaan. lni disebabkan kerajaan mempunyai sumber kewangan yang terhad dan perlu disalurkan kepada projek yang diberi keutamaan seperti kemudahan kesihatan, pertahanan dan pendidikan. Sekian.

Puan Siti Zallah binti Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, sejauh manakah pihak kerajaan dapat memastikan bahawa dasar penswastaan kita ini bebas daripada kronisme dan nepotisme.

Puan Hajah Khamsiyah binti Yeop: lni sangkaan jahat daripada pihak pembangkang. Sebenamya kita menjalankan dasar penswastaan mengikut merit dan tender yang talus kepada semua syarikat yang memohon. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

17. Dato' Haji Ahmad bin Ismail minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah langkah dan tindakan kementerian berikutan kelewatan memproses di antara 30,000 dari 40,000 permohonan untuk pekerja asing yang dilakukan oleh bahagian imigresen dan pendaftaran.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah mengambil tindakan serta merta bagi menyelesaikan masalah kelewatan memproses permohonan pekerja-pekerja asing iaitu dengan mengadakan kerja lebih masa serta meminjam pegawai-pegawai dan kakitangan daripada bahagian lain di dalam Kementerian Dalam Negeri. Berikutan daripada tindakan tersebut, kerja-kerja yang tertunggak telah dapat diselesaikan.

Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat dalam memproses permohonan, kita juga menerima permohonan yang lain. Dia seperti air mengaiir di dalam sungai, lagi kita timba, lagi ia turun dan dalam keadaan yang semacam ini kita yakin bahawa kita memberi khidmat dan kita harap kita dapat selesaikan. S~bagai contoh Tuan Yang di-Pertua, dalam bulan Januari tahun ini, bilangan permohonan ialah 856, bulan Februari 1 ,336, dalam bulan Mac 682 dan dalam bulan April 540. Sebagai kenyataan terhadap keterangan yang telah saya berikan di peringkat awal tadi. Terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya perhatikan negara Malaysia ini amat menarik kepada pekerja-pekerja asing. Yang kita lewat daripada segi memproses 30,000 ke 40,000 ini, adakah ianya mengakibatkan pencerobohan sempadan di mana mereka ini datang dan mengetahui dan lewat dapat ini dan menceroboh mengikuti sempadan Thailand dengan Malaysia, perairan kita di Sabah dan juga antara kita dengan Indonesia. Kalau ianya dicerobohi, berapa ramai sekarang ini yang telah ditangkap, antara mereka ini mengikut negara yang asal. Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, dua perkara ini ya iaitu yang memohon dan yang diproses. Yang menceroboh memang tidak diproses. Yang menceroboh kita tangkap, apabila kita tangkap prosesnya ialah menghantar pulang dan didenda. lni tidak termasuk dalam persoalan.

Kalau kata Yang Berhormat oleh sebab lambat pemprosesan ini maka mereka menceroboh, itu juga tidak benar. Pemprosesan ini di atas permohonan yang dibuat. Semua permohonan yang dibuat hendaklah melalui kementerian seksyen yang kita telah tetapkan dan pemohon atau pengurus kilang, ladang di mana-mana pemohon

14 DN.09.05.2001

yang memohon untuk mendapat tenaga pekerja asing hanya boleh membawa masuk tenaga ini setelah mendapat kelulusan daripada kita. Mana-mana pemohon yang membawa masuk pekerja asing tanpa kelulusan lebih awal ianya tidak akan diberi kebenaran bahkan mereka akan diambil tindakan kerana melanggar peraturan proses permohonan mengambil pekerja asing. Terima kasih.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya bersabit dengan pekerja asing Tuan Yang di-Pertua.

Kita tahu kelembapan ekonomi sedang melanda negara kita dan kita juga tahu jumlah penuntut-penuntut kelulusan sekolah menengah dan juga sebagainya pada tiap-tiap tahun hampir 250,000 tenaga kerja harus disediakan. 50,000 graduan tanpa pekerjaan. Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan bercadang untuk menyekat kemasukan pekerja-pekerja asing ini dan mengutamakan pekerja-pekerja tempatan terlebih dahulu. Oleh kerana kelembapan ekonomi ini akan berlarutan akibat daripada kelemahan ekonomi yang berlaku di negara seperti Amerika dan lain-lain yang mana kita adalah merupakan eksport utama kepada negara yang berkenaan. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, pengambilan pekerja asing ini bukan kerana keadaan kedudukan ekonomi kita tetapi kerana permintaan tenaga kerja oleh pengusaha-pengusaha dalam negara kita ini. Apabila ketidakcukupan tenaga kerja dalam negeri maka barulah kita diberi pertimbangan di atas permohonan untuk mendapat tenaga pekerja asing daripada luar negara. Pada masa sekarang pun peraturannya ialah permohonan untuk mendapat pekerja asing mestilah daripada industri-industri yang mengeluarkan hasilnya untuk eksport. ltu pun kita memberikan kebenaran hanya 60% tenaga pekerja yang diperlukan. 40% mesti diambil daripada tenaga pekerja tempatan.

Kita sentiasa mengawal kehendak dan keperluan rakyat di dalam negara ini. Keutamaan kita tidak bercanggah bahawa pembelaan kita ialah kita mengutamakan rakyat negara ini sebelum memberi keutamaan kepada rakyat negara asing tetapi dalam masalah membekalkan tenaga kerja ini, kita juga memberi keutamaan kepada industri-industri dan ladang-ladang di dal~m negara ini untuk dapat mengeluarkan hasil yang lebih baik, lebih banyak maka tenaga kerja yang mereka perlukan kita usaha bagi mendapatkannya dengan peraturan-peraturan yang ada.

lnsya-Ailah rakyat dan kepentingan negara ini menjadi keutamaan dan jagaan Kerajaan Barisan Nasional.

[Soa,'en No. 18- Y.B. Tuan Haji Karim bin Salieh .'idak hadir]

[Soalan No. 19- Y.B. Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani tidak hadir]

20. Tuan Abdillah bin Abdul Rahim minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah kementerian sedar bahawa masih ada lagi anak-anak yang berada dalam lingkungan umur ke sekolah yang masih tidak pergi ke sekolah sehingga dewasa. Jika ya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi perkara tersebut dan bagaimana mereka yang tercicir ini dapat diajar supaya boleh menulis, membaca dan mengira.

Tlmbalan Menteri Pendidikan [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang sedar masih terdapat kanak-kanak yang tidak mendaftarkan diri di sekolah sejak di peringkat sekolah rendah. Namun demikian bilangannya adalah kecil berdasarkan kadar enrolment di peringkat rendah, iaitu umur 6 tahun hingga 11 tahun yang melebihi 95% sejak dari tahun 1996 hingga 2000. Sebagai contoh pada tahun 2000, kadar enrolment adalah 96.77%. Pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada alam persekolahan. Antaranya memberi kemudahan pendidikan percuma di institusi pendidikan awam dari peringkat rendah hingga menengah. Mengadakan Program Rancangan Makanan Tambahan dan program susu untuk pelajar daripada keluarga miskin untuk menggalakkan mereka ke sekolah.

Skim Pinjaman Buku Teks bagi meringankan beban ibu bapa yang tiada kemampuan. Program pemulihan di sekolah bagi membantu murid-murid yang lemah agar mereka menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Memberi biasiswa

DN.09.05.2001 15

kepada pelajar-pelajar miskin dan mengaturkan asrama bagi murid-murid yang tinggal jauh daripada sekolah.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masa untuk Pertanyaan­pertanyaan bagi Jawab Lisan selesai.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan jawapan bag/ Pertanyaan No. 18, 19 dan 21 hingga 25 adalah dijilid dalam buku yang berasingan]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI·PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan ke atas usul yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka penggal Ketiga Parlimen Yang Kesepuluh".

Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Data' Dr. Chin Fook Weng menyambung ucapan.

11.13 pg.

Dato' Dr Chin Fook Weng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kelmarin saya telah menyentuh tentang kejatuhan harga komoditi, tentang kajian semula konsep fungsi dan masa depan FELDA dan hari ini saya juga ingin menyentuh tentang mengurangkan kos import bahan makanan yang telah dititahkan dalam ucapan Tuanku itu. Sebagai satu cadangan untuk mengatasi masalah mengurangkan kos import bahan makanan ini ada disebut bahawa negara kita harus melaksanakan pertanian mcden dan berskala besar iaitu bermakne kita haruslah mengltaji semula dasar-dasar yang ada sekarang oleh kerana apa yang dilakukan di negara kita kalau dibandingkan dengan negara maju pertanian kita masih tidak dianggap sebagai moden. Apabila ia dilakukan oleh pekebun-pekebun kecil itu, maka mereka menghadapi masalah yang besar daripada segi membeli jentera yang berharga tinggi dengan menggunakan teknik-teknik yang memerlukan banyak perbelanjaan.

Dengan menyusun semula dasar-dasar tentang perkara ini maka kita boleh mengadakan kebun-kebun yang besar, beribu-ribu ekar atau beratus-ratus ekar untuk kita menanam sayur, untuk kita menanam padi, untuk kita menanam lain-lain hasil pertanian yang diperlukan dalam negara kita supaya kita tidak perlu membeli dari negara-negara luar. Kalau kita berbuat demikian, tentulah kita akan mengurangkan kos import bahan-bahan itu untuk kebaikan rakyat kita. Bukan itu sahaja tetapi ini juga membantu mereka untuk mempelbagaikan unsur-unsur tanaman supaya perkara­perkara kemelesetan itu tidak sering kali dialami oleh mereka.

Tiap-tiap kali ada kejatuhan harga pasaran komoditi-komoditi utama kita maka kaum-kaum petani ini telah menghadapi masalah yang besar, sehingga seperti yang diterangkan oleh saya kelmarin. Mereka telah sampai ke tahap kemiskinan. lni adalah satu perkara yang begitu panting bagi kita dan saya sangat mengalu-alukan dalam Titah Ucapan itu tentang perlunya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. lni juga satu masalah yang begitu lama dihadapi di negara kita dan kebelakangan ini apabila harga sayur itu jatuh maka kita melihat dalam surat khabar petani-petani itu terpaksa membuang sayur-sayur itu kerana tidak ada pembeli. Juga hasil pertanian lain kebelakangan ini apabila kita ada kelebihan telur, maka pasaran telur itu sudah jatuh dan juga ayam-ayam itu tidak dapat dijual dengan harga yang berpatutan.

16 DN.09.05.2001

Selalu ini akan melanda rakyat kita dan kalau kita tidak mengambil tindakan untuk mengatasinya, maka ini akan berterusan. Kelmarin kita juga dengar tentang aspek-aspek perpecahan di antara rakyat kita dan kita telah dengar perbandingan di antara Barisan Nasional, Barisan Altematif dan sebagainya. Saya sangat bersetuju bahawa dalam negara ini kita masih ada banyak unsur-unsur yang memecahbelahkan rakyat kita. Oleh kerana itu saya setuju bahawa kita jangan terus mengadakan parti­parti yang mengikut kaum atau yang mengikut agama.

Bagi saya, kaum juga satu faktor yang memecahbelahkan. Agama juga satu faktor yang sama dan kalau kita salahkan kaum, kita juga boleh salahkan agama. Adalah lebih baik kalau kita ikut keadaan semasa sekarang kerana di negara kita, kita lihat ada banyak parti yang berbilang kaum, yang terbuka kepada semua rakyat, hanya ada satu syarat sahaja iaitu mesti rakyat Malaysia yang dewasa, itu sahaja. Siapa rakyat Malaysia yang cukup umur maka mereka harus boleh masuk sebarang parti dan sekarang ada banyak parti sedemikian.

Di dalam Barisan Nasional kita ada Parti Gerakan, kita ada PPP, kita ada SUPP, kita ada SNAP, kita ada SAPP, kita ada LDP dan di Barisan Altematif juga kita ada DAP, kita ada KeADILan, kita ada PRM, semua ini tidak mementingkan kaum, tidak mementingkan agama dan semua ini terbuka bagi rakyat kita dan mereka hanya memperjuangkan perkara-perkara yang akan membawa kemakmuran, akan membawa perpaduan dan akan membawa kita ke satu tahap yang kita harapkan iaitu menjadikan negara kita satu negara aman; makmur dan stabil dan maju dan dibanggakan di arena dunia ini.

Jadi, saya cadangkan dan saya harap, dalam umur hidup saya ini, UMNO akan jadikan United Malaysian National Organisation dan saya juga boleh menjadi member. MCA boleh jadikan Malaysian Citizens Association dan semua orang dalam Dewan ini boleh menjadi member. MIC boleh jadikan Malaysian Inhabitants Congress. Semua penduduk dalam negara kita boleh jadi member dan PAS boleh jadi Parti Anda Suka [Ketawa]. Siapa suka parti itu, siapa masuk jadi member parti itu.

Tuan Yang di-Pertua: Sentiasa suka.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Parti Anda Suka atau You Love Party, atau parti yang anda kasihi, anda masuk menyertai parti itu. Kalau kita buat demikian, maka perjuangan kita sekarang, bukan ditumpukan kepada perkara-perkara yang memecahbelahkan kita tetapi kepada perkara-perkara yang lebih mementingkan perpaduan, mementingkan perjuangan, kemiskinan dan sebagainya.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Rosli meminta laluan.

Tuan Hajl Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih Yang Berhormat Dato' kerana memberi laluan. Tadi Yang Berhormat bercakap seperti hendak buat parti baru di negara kita. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat berkenaan supaya gagasan di negara kita ini, kita dapat menubuhkan parti-parti politik hanya berorientasikan yang tidak berasaskan kepada agama dan juga bangsa. Jadi Gerakan sendiri bergabung yang mana saya rasa Gerakan sendiri bergabung di bawah konsep Barisan Nasional.

Jadi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat apakah kerana kita berjuang kepada bangsa mengikut parti itu ataupun kepada sesuatu agama itu akan memecahbelahkan rakyat. Bukankah tindakan kita sebagai pemimpin akan memecahbelahkan rakyat. Banyak di negara-negara lain yang tidak berorientasikan bangsa dan agama tetapi rakyatnya berperang, berbunuh-bunuhan sampai sekarang ini. Tidakkah Yang Berhormat yakin bahawa semenjak kita merdeka melalui gagasan Perikatan dan Barisan Nasional, penyatuan bangsa, agama dan kefahaman pelbagai kaum dapat kita wujudkan sehingga kita aman damai.

Apakah Yang Berhormat bersetuju mengatakan kepada Dewan yang mulia ini bahawa gagasan yang terbina melalui kebijaksanaan dan keprihatinan kita bersama­sama menghormati antara kaum dan agama, itulah satu daripada faktor yang sebagaimana digagaskan oleh Rukun Negara, sebagaimana menjadi tiang kepada masyarakat dan warga negara Malaysia ini.

Apakah Yang Berhormat bersetuju juga bahawa perpecahan yang berlaku sekarang ini bukan berasaskan kepada nama ataupun nilai-nilai yang ada pada satu-

DN.09.05.2001 17

satu parti politik tetapi adalah Kerana salah laku, tidak patriotik dan kerana mementingkan kepartian semata-mata, tidak berorientasikan untuk membangunkan negara tetapi hanya semata-mata untuk mengejarkan kuasa semasa pilihan raya dan mendapat kuasa apabila kita menghadapi pilihan raya. Sebagai contohnya, di Terengganu umpamanya, Yang Berhormat dapat memberi penjelasan, saya hendak tanya bahawa PAS sebelum ini mengadu domba pelbagai perkara, lebih kurang 113 isu dibangkitkan dalam manifesto, sampai sekarang ini pun tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan PAS. Adakah ini berlaku perpecahan disebabkan semata-mata kerana idealisme perjuangan parti itu sendiri ataupun kerana pemimpin-pemimpin parti politik berkenaan tidak menggunakan tatacara dan norma biasa sebagai pemimpin kerana akhirnya di dalam negara kita, pada pandangan saya, kalau Yang Berhormat boleh komen selepas ini, iaitu gagasan yang kita buat selepas merdeka adalah melalui penyatuan fikir dan penyatuan kerjasama di antara kaum dan agama, kita menghormati di antara satu sama lain dan perpecahan yang berlaku sekarang ini adalah lahir daripada pemimpin-pemimpin yang hanya mengadu domba isu-isu semasa sehingga memberi salah faham, sehingga memberi kefahaman yang tidak menentu kepada sebilangan besar rakyat sehingga percaya bahawa ini adalah semata-mata untuk mendapatkan keyakinan rakyat supaya dalam pilihanraya mengundi mereka sedangkan apabila mereka memerintah, sesungguhnya undang-undang, peraturan, cara, keupayaan, empowerment dan sebagainya malah lebih teruk daripada apa yang kita bina melalui gagasan kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.

Apa komen Yang Berhormat kerana saya nampak Yang Berhormat ini macam lari tajuk. Kalau Yang Berhormat juga bersetuju supaya kalau Gerakan terbaik, maka Gerakan saya mencadangkan perkara ini Yang Berhormat dapat merumuskan parti­parti politik dalam gagasan Barisan Nasional harus tidak lagi berorientasikan kepada kaum dan mungkin juga parti-parti lain tetapi secara nyata dan jelas, saya menghayati Gerakan sebagai sebuah parti yang menghormati gagasan yang terbina dalam Barisan Nasional yang mana kita menghormati antara kaum dan agama tetapi ada juga parti yang namanya tidak berlandaskan kepada agama ataupun tidak berlandaskan kepada bangsa seperti DAP umpamanya tetapi terang-terangan kita tahu, DAP merupakan satu parti chauvinist yang terlahir selepas berpecah dengan PAP, selepas Singapura keluar daripada Malaysia. Jadi bukan ertinya nama semata-mata yang akan mewakili kaum tetapi bagaimanakah tindakan pemimpin-pemimpin berkenaan, gerakan parti berkenaan, apakah ianya dapat kita lakukan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu seperti mana hasrat Yang Berhormat Dato' Dr. tadi. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Rosli. Memang saya tahu bahawa perubahan itu memerlukan banyak masa dan perubahan ini sudah mula. Bagi saya ini adalah satu herapan yang baik pada masa hadapan. Contohnya sekarang dalam parti UMNO sudah ada rakyat Malaysia keturunan Siam. Sudah ada Yang Berhormat kita di Dewan Keturunan Siam tetapi ahli UMNO. Kita ada Orang Asli juga ahli UMNO. Di Sabah, kita ada orang-orang peribumi di sana, Kristian dan sebagainya sudah menjadi ahli UMNO. Pada hari ini MCA juga telah terima orang Hindu. Kalau bapa orang Hindu, emak orang Gina, anak boleh jadi member MCA. Di negeri Pulau Pinang, seorang ahli parti saya, orang Hindu tetapi anaknya pengerusi satu cawangan MCA.

So, ini adalah satu perubahan bagi saya yang baik dan ini akan mencapai kerana kalau kita ada satu lagi pakatan, itu tidak sama dengan kalau kita ada satu parti yang berbilang kaum. Sebagai contoh, kerana saya datang dari Gerakan, saya tahu. Sebagai contoh, apabila kita ada mesyuarat, kita sensitif terhadap keperluan kawan atau saudara-saudara lain dalam parti. Kita sensitif dan kita peka kepada keperluan­keperluan mereka dari segi bahasa, bila kita cakap, kita mesti pastikan semua yang duduk dalam dewan itu boleh faham apa yang kita cakap.

Kita tidak mementingkan satu bahasa sahaja. Kita ada banyak terjemahan, kita sabar sungguhpun kita mengambil masa yang panjang untuk menguruskan sesuatu tetapi kita berbuat demikian demi perpaduan, demi kebaikan negara. Kita juga mengambil kira makanan tiap-tiap kaum itu supaya kita sensitif terhadap keperluan­keperluan mereka. Apabila kita aturkan kita mesti pastikan semua halal, tidak ada makanan yang akan menjejaskan saudara kita dari kaum India, dari kaum Melayu dan sebagainya. lni adalah satu perkara bagi saya yang begitu panting dan apabila kita masuk parti ini, kalau kita ...

Datuk Ghazi bin Haji Ramli: [Bangun]

18 DN.09.05.2001

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Sek'=ljap ya Yang Berhormat. Kalau kita masuk itu, kalau kita sudah tahu bahawa ini adalah apa yang patut kita lakukan, maka kita jadi seorang rakyat Malaysia yang lebih sedar tentang keperluan tiap-tiap orang.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Datuk Ghazi bin Haji Ramll: Terima kasih Dato' kerana member! laluan. Saya bukan hendak panjangkan pendebatan tentang tajuk yang agak amat menarik ini dan saya nampak hujah dan rasional yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk sekali gus nampaknya menarik. Saya ingin mengemukakan dua soalan. Satu, apakah rancangan dalam pemikiran Yang Berhormat Datuk bila buat cadangan tadi dari segi jangka panjangnya. Mengikut forecast ramalan Yang Berhormat Dato' tadi, dalam jangka masa yang mana perkara ini boleh dilaksanakan.

Keduanya, apa pendapat Yang Berhormat Dato' kalau sekiranya tajuk ini dijadikan sebagai bahan untuk dibincangkan di luar Dewan. Jadikan asas perbincangan bertukar fikiran yang mung kin menjadi sebagai satu asas untuk mengikat, mewujudkan lebih kefahaman di antara bangsa yang lain. Hanya melalui proses mengenali dan memahami perjuangan setiap bangsa dan setiap parti yang mewakili bangsa itu, baru boleh kita membuat ramalan ataupun andaian, perancangan yang jauh itu kerana bangsa Malaysia ini pun hanya mempunyai sejarah lebih 40 tahun sahaja. Terima kasih, Yang Berhormat Dato'.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Tsrima kasih Yang Berhormat Datuk Ghazi. Saya belum habis menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Rosli. Biar saya habis itu, baru saya menjawab pendapat Datuk Ghazi. Memang ada banyak rancangan dan saya akan utarakan rancangan-rancangan demikian. Bagi sesuatu parti politik, memang merebut kuasa adalah asas parti itu supaya bila kita diberi kuasa, maka kita boleh melaksanakan program-program demi kebaikan rakyat dan demi kebaikan negara.

ltu adalah hasrat yang murni. Kalau kita tidak merebut kuasa, kita tidak boleh buat apa. Kalau saya bukan mewakili parti saya dalam Dewan ini, maka saya tidak ada peluang untuk memberi pandangan daripada apa segi pun, tidak ada satu peluang macam ini. Kalau saya bukan ada kuasa sebagai seorang Exco, sebagai seorang Menteri, Timbalan Menteri dan sebagainya, maka, saya tidak ada hak melaksanakan program-program yang saya tahu akan membawa kemakmuran, kebaikan kepada negara kita. Saya tidak ada peluang itu. Jadi, saya setuju merebut kuasa menjadi satu hasrat tiap-tiap parti politik, tetapi yang berbeza ialah merebut kuasa untuk rakyat atau merebut kuasa supaya jaga sendiri, itu mung kin ada perbezaan.

Ada ramai kerajaan apabila mereka telah jadi Presiden, semua duit ma.~uk dalam poket sendiri. Kita lihat baru-baru ini, di Filipina, menjadi Presiden selama 31 bulan sahaja, sudah begitu kaya sehingga rakyat tidak boleh tahan lagi dan menjatuhkan orang itu, itu bezanya. Kalau kita merebut kuasa untuk sendiri, itu tidak betul, tetapi kita merebut kuasa untuk melancarkan program-program yang baik dan membawa faedah dan kesan kepada rakyat, apa salahnya? ltu memang satu hasrat parti politik dan kita juga lihat dalam perjuangan sekarang, memang ada banyak unsur­unsur yang memecahbelahkan rakyat kita. Oleh kerana itu, maka untuk sampai ke Wawasan 2020 itu, yang semua lapisan rakyat telah terima hasrat kita mencapai Wawasan 2020, telah banyak kali dibincangkan dan diterima oleh semua lapisan rakyat kita. Jadi, untuk kita menuju kepada Wawasan ini, kita patut mengambil langkah­langkah yang sesuai.

Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Datuk Ghazi bahawa kita harus bukan sahaja membincangkan perkara ini di luar Dewan, tetapi kita harus menubuhkan satu majlis yang dinamakan Majlis Perpaduan Negara, National Unity Council supaya kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah­masalah yang kita hadapi semasa kita terus ke Wawasan 2020 itu.

Kita hendak jadi satu negara yang maju, kita hendak jadi satu contoh yang terbaik, bukan sahaja di rantau ini, tetapi di dunia. Kita kata Malaysia boleh, kita boleh, semua boleh. Jadi, kita harus boleh melakukan kesemua ini. Bagi saya, ini adalah satu cabaran yang besar dan saya sudah lihat bahawa sejak beberapa tahun yang kebelakangan ini, maka kita sudah mula proses-proses itu dan mungkin itu disebabkan sekarang di arena politik di Malaysia ini, kit9 sudah ada lebih ramai parti politik yang berbilang kaum. Kita sudah ada lebih ramai dan kalau semua ini boleh duduk bersama

DN.09.05.2001 19

dan mewujudkan satu parti, maka sudah melebihi semua parti yang ada unsur-unsur tertentu sahaja dan bukan terbuka kepada semua rakyat.

Jadi, harapan saya ialah dalam seumur hidup saya ini, kita akan mencapai hasrat itu dan kita hanya perlu tukaf satu huruf dalam parti sahaja untuk mencapai ini. Adakah tiap-tiap ahli-ahli parti yang saya sebutkan tadi, bersedia dan akan menerima cabaran itu, supaya kita wujudkan. Kalau kita berbuat demikian, kita tidak perlu Barisan lagi. Kita ada Bersatu Nasional, Bersatu Altematif, itu sudah mencukupi.

Tiap-tiap daripada itu akan memperjuangkan perkara-perkara yang panting dalam negara kita. Parti Gerakan Rakyat Malaysia ingin menggerakkan rakyat Malaysia untuk mencapai beberapa kepentingan. Gerakan pembasmian kemiskinan adalah satu daripada cabaran. Gerakan membanteras jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan, itu lagi satu gerakan. Gerakan memupuk perpaduan juga satu gerakan. Gerakan memperjuangkan kedaulatan, gerakan mempertahankan kedaulatan undang-undang dan gerakan menyokong kerajaan supaya kita cepat mencapai Wawasan 2020 itu untuk mewujudkan satu negara yang aman, makmur dan maju di mana semua rakyatnya bertaat setia dan bersatu maju, itu adalah hasrat gerakan itu. Adakah kita boleh mencapai hasrat itu? Adakah parti itu dapat menggerakkan setiap lapisan rakyat kita untuk mencapai itu kerana kami ialah parti Gerakan Rakyat Malaysia, ingin menggerakkan rakyat Malaysia untuk menghadapi cabaran-cabaran itu supaya sampai tahun 2020, kita sudah menjadi satu negara yang begitu maju dan begitu baik di dunia ini.

Saya juga ingin menyentuh Tuan Yang di-Pertua, tentang sistem pendidikan yang berkualiti yang ada dalam Titah Ucapan Tuanku itu. Kelmarin, kita telah mendengar bahawa ada ramai pelajar asing datang ke Malaysia untuk masuk ke IPTA, untuk masuk ke IPTS. Dalam IPTA, kita telah diberi angka 3,890 orang dan di IPTS kita telah diberi angka 5,009 orang pelajar. Semua ini adalah pelajar asing. Bagi saya, ini merupakan satu bllangan yang masih kecil.

Kalau kita bandingkan dengan rakyat kita yang keluar belajar di Australia, keluar belajar di Amerika Syarikat dan keluar belajar di United Kingdom dan negara­negara lain, kalau kita bandingkan pelajar yang datang ke sini, nampaknya tidak begitu ramai. Kalau kita mahu mengadakan satu sistem pendidikan yang berkualiti, itu bermakna kita boleh menarik ramai daripada orang-orang asing ini datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka. lni adalah satu objektif yang baik dan untuk mencapai objektif sedemikian, kita sendiri juga mesti mementingkan rakyat kita. Kita juga mesti memastikan bahawa apabila kita sudah mencapai satu tahap yang ceinerlang, maka kita diberi ganjaran dan insentif yang berpatutan. ltu bagi saya, ialah mewujudkan satu si11tem pendidikan yang berl<ualiti di mana semua unsur it:J diambil kira.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Datuk Ghazi minta laluan.

Datuk Ghazi bin Hajl Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato' Dr. Chin kerana memberi laluan. Saya tertarik dengan hujah mengenai sistem pendidikan yang berkualiti. Saya juga teringat pandangan Yang Berhormat sebelum itu mengenai Parti Gerakan Rakyat dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sebagai contoh yang terlintas dalam fikiran saya sekarang, sistem pendidikan sekarang mewujudkan sekolah rendah kebangsaan (Cina), sekolah rendah kebangsaan (Tamil) umpamanya. Dalam wawasan Yang Berhormat Dato' mengenai parti tadi, bolehkah tidak kita hapuskan sekolah rendah kebangsaan (Cina), sekolah rendah kebangsaan (Tamil), jadi hanya sekolah rendah kebangsaan. Tidak payah lagi sudah ada Cina, ada Tamil. Adakah ini selaras dengan pandangan Yang Berhormat awal tadi ke arah menuju sistem pendidikan yang bermutu tinggi? Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Ghazi. Memang kalau kita mahu perpaduan, memang perkara sedemikian harus diambil kira, tetapi yang menjadi pokok dalam perkara ini, ialah hal bahasa ibunda. lni kita tidak boleh elakkan. Kenapa di Malaysia, bila saya ke luar negeri, orang-orang di luar negeri, biasanya hanya boleh cakap satu bahasa. Tetapi, apabila saya keluar negeri, saya sekurang-kurangnya boleh cakap lima bahasa. Apabila orang ini... .. . {Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua: Bahasa apa itu Dato'? Bahasa apa Dato' boleh bercakap?

20 DN.09.05.2001

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Saya, bahasa Malaysia, bahasa lnggeris, saya boleh bercakap bahasa Jerman, saya boleh bercakap bahasa Tionghua dan saya orang Kantonis saya juga boleh bercakap bahasa itu. Dan apabila saya ke luar negara maka orang itu sangat tertarik dan berkata, kenapa orang Malaysia begitu fasih dalam beberapa bahasa ...

Puan Jaya Partiban: Terima kasih Yang Berhormat. Saya hanya ingin tahu Yang Berhormat sudi belajar bahasa Jerman yang jarang digunakan di negara ini tetapi mengikut perpaduan yang sangat dihasre<tkan oleh Yang Berhormat, kenapa tidak belajar bahasa Tamil yang banyak digunakan di negara ini. Bukankah itu satu tanda perpaduan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Dato' Dr. Chin.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Memang saya boleh hitung {Sambi/ mengira dalam bahasa Tamil]. Saya boleh hitung satu sampai sepuluh. ltu saya sudah belajar [Sambi/ mengira dalam bahasa Tamil]. ltu memang tetapi bahasa Jerman kerana semasa saya belajar dan menjadi mahasiswa di Scotland, saya telah dihantar oleh Kerajaan Malaysia. Saya telah dihantar di bawah biasiswa Kerajaan Malaysia ke Scotland untuk mengambil ljazah Sarjana Muda saya dan kemudian terus kepada ljazah Kedoktoran. Semasa saya belajar kursus Kejuruteraan Kimia, satu daripadanya ialah mesti ada bahasa Jerman. So, daripada mula saya telah belajar bahasa Jerman kerana itu ada satu keperluan untuk lulus kursus itu maka itu adalah satu keperluan. So, saya tidak ada pilihanlah, saya kena belajar tetapi bila saya balik ke negara, saya telah giat mempelajari Bahasa Malaysia kerana pada pendapat saya ini adalah satu bahasa yang begitu panting. Saya telah tumpukan masa saya kepada mengeluarkan, mencipta istilah-istilah dalam bidang saya dan saya telah terjemah buku dan sebagainya ke dalam Bahasa Malaysia. ltu ialah perjuangan saya supaya kita dapat mengeluarkan bahan-bahan yang panting tetapi oleh kerana terlalu banyak perkara yang saya harus uruskan maka saya tidak sempatlah belajar bahasa Tamil tetapi saya sudah belajar hitung, satu sampai sepuluh.

Jadi untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang berkualiti, kita harus membenarkan sesiapa sahaja hendak belajar bahasa ibunda mereka. Mereka harus diberi peluang untuk berbuat demikian. Dan sekarang kenapa kita ada SRJK(T), SRJK(C) dan sebagainya ini adalah kerana semata-mata mereka mahu ada lebih peluang belajar bahasa ibunda. Dan ·kalau dalam sistem sekolah nasional itu peluang­peluang macam ini ada wujud dan masa yang mencukupi diberi kepada semua pihak ini terlibat, sama ada mereka hendak belajar bahasa Siam pun kita boleh benarkan. Apa sahajalah bahasa ibunda mereka, kita menggalakkan. Maka bagi saya ini akan menjadi satu kekuatan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Chin, ada Yang Berhormat Puan Jamilah minta laluan.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat kerana memberikan laluan. Untuk pengetahuan Dato' sendiri memang dalam AI-Quran, Allah sendiri maknanya The creators iaitu Allah mengcreate kita dan membolehkan semua bangsa menguasai bahasa. Jadi bahasa ibunda adalah satu bahasa penghormatan yang diberi oleh Islam. Jadi syabaslah Dato' Ahli Dewan Negara yang boleh menguasai lima bahasa. Jadi untuk pengetahuan kita, sepatutnya kita orang Islam boleh berbahasa Arab lebih baik sebab orang Islam diwajibkan untuk mengerjakan haji. Opportunity nya yang saya hendak beritahu di sini dengan izin, orang-orang Arab yang menjual di tepi-tepi jalan bila kita pergi membuat umrah dan haji nanti dia panggil "Rahmah, Rahmah datang ke kedai saya, Rahmah, Rahmah datang beli di kedai saya". Jadi dia penjual dia boleh tahu cita rasa. ltulah tumpang memberikan pandangan saya Dato' kalau dipersetujui. Terima kasih.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih Yang Berhormat Puan Jamilah. Memang pada masa sekarang rakyat kita semua sekarang telah giat menguasai bahasa kerana negara kita telah menjadi satu tempat pelancongan. Di Pulau Pinang kalau siapa masuk ke sesuatu kedai tentu ada orang penjual dalam kedai itu boleh berbahasa Jepun, boleh berbahasa Jerman, boleh berbahasa Arab dan sebagainya kerana apabila kita boleh berbuat demikian maka penjualan kita akan meningkat kerana apabila pelancong-pelancong ini datang dan kita ada pembawa-pembawa pelancong, yang memandu bas pun boleh cakap sedikit bahasa Thai, sedikit bahasa Jepun dan

DN.09.05.2001 21

sebagainya. Dan apabila orang ini turun daripada bas bila dia bagi tip pun dia bagi lebih kerana itu.

Kalau kita lihat daripada segi itu bagi saya tidak ada apa sekatan. Dan kalau kita menggalakkan di segala tempat maka ini menjadi satu kekuatan kepada negara kita. Kita tahu baru-baru ini Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah melawat negara China. Apabila kita ke negara China kita melawat sesuatu tempat, sekurang-kurangnya di sana ada orang yang menunjuk kita ke tempat itu, tiap­tiap orang iaitu guide boleh cakap beberapa bahasa. Kalau kita mahu bahasa Jerman ada, bahasa Russia ada, bahasa Malaysia ada, bahasa lnggeris ada, semua ada dan itu merupakan satu kekuatan.

Jadi dalam negara kita, kita sudah ada latar belakang, kita sudah ada asas­asas sedemikian dan ini menjadi satu kekayaan kepada negara kita di mana rakyat kita berbilang kaum, berbilang bahasa semua boleh menghadapi cabaran dan semua yang diperlukan dalam dunia. lni ialah satu kekuatan. Dan apabila kita ke luar negara orang sangat bangga bahawa di Malaysia nampaknya ada orang-orang yang begitu fasih, begitu pandai, begitu berkebolehan. Bagi saya ini adalah satu kekuatan.

Dalam sistem pendidikan yang berkualiti itu kita patut memberi tumpuan kepada aspek-aspek ini. Dalam sistem pendidikan yang berkualiti juga kita harap tidak lama lagi kita boleh mengeluarkan seorang yang akan memenangi Hadiah Nobel (Nobel Prize winner) dengan izin. Kalau kita boleh mencapai ke tahap itu kita tidak kira siapa keturunannya selagi dia orang Malaysia, kita sudah rasa begitu bangga.

Kebelakangan ini apabila kita ada satu rakyat yang dapat mengelilingi dunia semua lapisan sudah rasa begitu bangga bahawa kita ada seorang yang boleh berbuat demikian. Bila rakyat kita sampai ke puncak Everest semua rakyat sudah rasa begitu bangga. Kita tidak kira apa keturunan orang yang memijak di puncak Everest itu. Kita tidak kira. Kita anggap dia sebagai orang Malaysia yang membawa satu pencapaian yang begitu cemerlang kepada negara kita. ltu sahaja yang kita tahu. Kita tidak kira lain dan apabila orang itu balik, kita bagi penghormatan kepada dia. Dan semua ini disokong oleh rakyat.

Apabila kita menang Piala Thomas, semua pemain badminton kita telah menjadi wira. Dan bila datang ke tiap-tiap negeri untuk tunjuk piala itu, kita rakyat Malaysia semua lapisan telah keluar dan menyambut mereka. lni adalah satu yang saya harap dalam sistem pendidikan yang berkualiti, kita akan menanam semangat demikian. Semua kita lihat dari satu pandangan yang begitu luas, begitu liberal dan kita tidak hanya pandang daripada segi sempit. ltu tidak harus berlaku kerana itu adalah ~atu pencapaian. Dan kalau !rita ada satu sistem yang katakan kita mahu sistem p9ndidikan yang berkualiti tetapi murid-murid, anak-anak kita yang pandai 1tu tidak. dapat melanjutkan pelajaran mereka, apakah sistem itu patut kita kekalkan ataupun kita patut mengkaji kenapa ada satu sistem yang tidak memberi pengiktirafan yang sepatutnya kepada kualiti, kepada kecemerlangan supaya kita boleh mencapai hasrat kita iaitu tidak lama dari sekarang kita boleh ada seorang yang boleh menang Hadiah Nobel itu. Banyak negara telah memberi pengiktirafan yang besar kepada rakyat mereka kalau mereka mencapai sesuatu.

Dalam dunia yang moden sekarang, ini telah berbeza. Dalam tahun 1940-an, 1930-an, bila pemain-pemain badminton kita menang, mereka tidak diberi apa ganjaran dan insentif tetapi mereka masih berusaha, masih teruskan dengan semangat boleh mencapai sesuatu tetapi dalam dunia yang moden sekarang maka tiap-tiap yang mencapai sesuatu mengharapkan ada ganjaran, insentif dan sebagainya, ada pengiktirafan sekurang-kurangnya.

Oleh yang demikian, maka bila seseorang pelajar itu telah mencapai kecemerlangan tetapi tidak dapat memasuki universiti atau institusi pengajian tinggi maka dia sudah rasa kesal, rasa tidak puas hati dan telah tanya kenapa ada satu sistem di Malaysia yang kita kasihi, kita taat setia dan sebagainya, kenapa ada satu sistem yang tidak memberi peluang yang sepatutnya dinikmati oleh kita. Bagi saya, itu adalah satu kelemahan dalam sistem tidak kira apalah, kalau ada satu sistem yang demikian maka sudah ada satu kelemahan. Bagaimana kita boleh capai sistem pendidikan yang berkualiti kalau ada unsur-unsur sedemikian.

Saya mintalah kalau kita mahu menjadikan negara kita satu negara yang boleh daripada segi sumber manusia boleh memainkan satu peranan yang penting

22 DN.09.05.2001

maka untuk mencapai pendidikan yang berkualiti itu kita harus mengambil perhatian tentang perkara-perkara ini dan keluarkanlah daripada sistem kita unsur-unsur yang tidak menyenangkan hati dan unsur-unsur yang akan menghalang kita mencapai satu sistem pendidikan yang berkualiti yang kita harap-harapkan.

Kita semua sokong bahawa Malaysia menjadi satu rantau di sini di mana jiran­jiran kita datang beramai-ramai, beribu-ribu orang datang ke sini untuk melanjutkan pelajaran mereka. Kita harus menyokong hakikat dan hasrat itu kerana bagi saya ini adalah satu kebaikan dan industri pendidikan adalah satu industri yang begitu luas, yang begitu lumayan. Kalau kita dapat menarik beribu-ribu pelajar ke negara kita, maka ini akan membantu negara kita.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang pelancaran dua rancangan pembangunan yang penting iaitu RRJP3 atau OPP3 dan RMK-8 iaitu dua rancangan yang akan kita bahaskan nanti iaitu dalam beberapa hari yang telah ditentukan untuk kita membahaskan kedua-dua rancangan.

Dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia itu, Tuanku juga ada menyentuh tentang kedua-dua rancangan ini. Bagi saya, kedua-dua rancangan ini adalah panting dan kita harus memberi sokongan dan perhatian kepada kedua-dua ini supaya kita dapat mencapai taraf pembangunan yang telah diharapkan di bawah dua-dua rancangan ini.

Dengan kata-kata demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih di atas peluang ini dan saya menyokong menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Tuanku Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan.

12.03 tgh.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang pertamanya saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang oleh Tuan Yang di-Pertua untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda pada 19 Mac yang lalu di Dewan Rakyat yang dihadiri sama oleh semua Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sebelum saya membicarakan beberapa perkara berkenaan dengan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda, saya sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana telah dilantik sebagai Timbalan Yang di­Pertua pada hari semalam.

Timbalan Yang di-l'ertua: [Menganggukkan kepala]

Tuan Haji Rosll bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, saya juga seperti rakan-rakan yang lain telah membaca dan mendengar keseluruhan daripada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda yang telah merangkumi lebih daripada 30 sudut ataupun 30 aspek tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya hanya berhasrat untuk bercakap tentang perkara yang berkaitan dan Perkara 14 yang menyentuh kepada kesyukuran Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada kejayaan-kejayaan kerajaan dan negara dan keseluruhan berkaitan kesejahteraan rakyat yang mempunyai hubung kait dengan Perkara 29 yang meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi di negara kita yang mana Tuanku telah bertitah supaya kita semua tidak menyalahgunakan masjid dan meletakkan agama di tempat yang suci dan mengeiakkan perpecahan serta dapat membangkitkan semangat perpaduan di kalangan kita supaya orang Melayu dan agama Islam dapat kita satukan demi untuk kepentingan pembangunan di negara kita.

Jadi, dalam hal-hal ini saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda kerana perpaduan telah dititikberatkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang mana ini adalah satu aspek yang telah ditekankan berkali-kali dalam sidang perasmian Dewan, kalau tidak silap saya, tiga tahun berturut-turut yang telah ditekankan berkali-kali betapa pentingnya perpaduan untuk membina negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, di atas kesyukuran ini jugalah, perpaduan adalah merupakan satu asas pembinaan di negara kita yang mana Perlembagaan di negara kita juga berasaskan kepada inspirasi dan harapan pemimpin-pemimpin terdahulu yang melibatkan pelbagai kaum. Jadi, gagasan beberapa parti politik telah dapat

DN.09.05.2001 23

memerdekakan negara kita kerana negara kita bersatu padu dan semua ini adalah berasaskan kepada kesatuan di dalam pembinaan negara kita sehingga kita dapat mewujudkan lebih daripada 43 tahun selepas merdeka, kita sebenarnya telah memulakan satu tamadun baru bangsa Malaysia yang bersatu padu supaya kita dapat membina tamadun kita untuk generasi kita yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, daripada sebelum kita merdeka dan selepas kita merdeka, kita telah melalui beberapa cabaran sama ada besar atau kecil, melalui peruntukan undang-undang yang kita laksanakan, kita dapat hindarkan, dapat matikan unsur-unsur antiperpaduan, anti succeed dan anti untuk meruntuhkan pembinaan negara kita yang telah kita bina begitu lama, walaupun kalau kita kaji dari segi tamadun beberapa bangsa di dunia ini, kita hanya merupakan satu permulaan.

Jadi, sebagai satu permulaan tamadun bangsa, banyak sangat di antara perkara-perkara yang telah kita lalui dan telah kita menerima cabaran-cabaran sehingga kita membina sebuah bangsa setakat ini untuk membangunkan negara kita pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, di awal selepas kita merdeka dan awal 70-an, kita digagaskan dengan satu perkara perpecahan bangsa Cina dan bangsa Melayu kerana jurang perbezaan dari segi kedudukan ekonomi antara kaum dan hanya beberapa hari lagi kita akan bertemu dengan 13 Mei yang akan menjadi satu sejarah hitam di negara kita tetapi natijah daripada sejarah hitam ini, maka lahirlah satu Dasar Ekonomi Baru yang sekira-kiranya telah menjayakan pelbagai perkara untuk membina bangsa dan merapatkan pelbagai kaum di negara kita.

Melalui Dasar Ekonomi Baru juga, kita telah menjayakan kedudukan generasi kita sekarang ini melalui Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 sehingga kita mempunyai satu masyarakat yang tersedia ada pada hari ini. Melalui Dasar Ekonomi Baru juga, kita dapat meningkatkan rangsangan pelbagai sektor termasuk ekonomi yang sekira-kiranya membangunkan bangsa seperti bangsa Melayu yang daif ketika itu dengan tidak menekan kepada bangsa-bangsa lain dan kaum-kaum lain di negara kita sehingga wujud satu perpaduan, sehingga kita dapat lahirkan pada hari.

Satu ketika dahulu, hanya ada beberapa universiti dan terpaksa kita lahirkan beberapa universiti untuk memenuhi tuntutan dasar ini. Tanpa meninggalkan apa-apa kesan negatif kepada pembinaan bangsa ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai akta dan perkara-perkara yang bertentangan dengan antiperpaduan yang telah kita lalui dari masa ke semasa.

Alhamdulillah, kita telah menjadi sebuah negara yang aman damai, sebuah negara yang bersatu-padu, sebuah n.~gara yang sekira-kiranya dikira sebagai awal tamadun pun kita boleh terima sebagai bangsa yang telah memulakan tamadun bangsanya sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba highlightkan, dengan izin, perkara-perkara seperti ini kerana beberapa bangsa utama di negara kita pada hari ini telah menjadi sekira-kiranya berasas dan berorientasikan politik semata-mata sehingga kita telah tidak melihat ketaatan dan kesetiaan kepada negara lagi dan ada rakyat di negara kita yang mewakili parti-parti politik tertentu ataupun secara jelasnya, parti pembangkang di negara kita seperti Keadilan dan PAS, sanggup membocorkan beberapa rahsia negara di peringkat luar negara dan juga ada beberapa pemimpin-pemimpin kita pada hari ini yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pembangkang, tidak lagi menghormati tatacara sistem demokrasi berperlembagaan di negara kita sehingga kita telah ingin merubah budaya yang telah kita bina begitu lama melalui jerit tangis dan keberanian pemimpin-pemimpin terdahulu melalui pengorbanan seluruh lapisan masyarakat suatu ketika dahulu tetapi kita ingin rombak melalui satu keadaan dan tatacara hidup baru seperti tunjuk perasaan secara agresif yang bertentangan dengan budaya masyarakat kita.

Usaha-usaha menidakkan apa juga kebaikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, bukan sahaja di peringkat universiti dan kolej tetapi juga dimulai melalui pendidikan anak-anak daripada tadika sehinggalah melalui gerakan di peringkat pendidikan anak-anak kita.

Kesan daripada ketidakprihatinan kita suatu ketika dahulu, mungkin 10 tahun, mungkin 15 tahun, mungkin 20 tahun kerana kerajaan ketika itu sibuk membangunkan ekonomi negara, kita telah melihat perpaduan yang telah terjalin tetapi kita lupa satu

24 DN.09.05.2001

pupukan semangat yang sekira-kiranya ii:l boleh ditafsirkan sebagai antiperpaduan ataupun kalau dengan lebih tepat, apakah mereka ini setia kepada negara kita.

lni adalah kerana terlampau liberalnya kedudukan kerajaan kita walaupun kita mempunyai beberapa akta untuk diambil tindakan satu ketika, kita tidak mengambil tindakan yang sepatutnya. Kita ada Akta Hasutan tetapi sejauh manakah Kementerian Dalam Negeri telah menjalankan kerja-kerja melaksanakan pelaksanaan Akta Hasutan ini kepada warganegara yang dilihat sekira-kiranya telah melalui satu proses anti­perpaduan di negara kita ataupun telah tidak setia lagi kepada budaya dan cara hidup warganegara sebuah negara seperti Malaysia ini.

Sebanyak manakah kerajaan dan KDN khususnya, telah menggugurkan kewarganegaraan kerana sikap tidak jujur dan tidak prihatin kepada kesetiaan kepada negara. Saya cuba memberi gambaran ini supaya kita dapat membezakan di antara pejuang parti-parti politik mengikut sistem demokrasi berperlembagaan dengan pandangan peribadi masing-masing terhadap pemimpin parti-parti tertentu sehingga dapat menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan negara kita. Kalau ianya melibatkan ketidaksetiaan kepada negara maka adalah wajar kerajaan mengambil tindakan, tidak perlu tunggu sehingga apa yang berlaku setakat ini, sebelum pilihan raya besar pada tahun 1999 banyak sangat tuduhan fitnah dan sebagainya yang telah dilemparkan walaupun tidak benar, tetapi kerajaan dilihat sama ada takut ataupun waswas atau tidak mempunyai keyakinan untuk mengambil tindakan berasaskan kepada undang-undang dan peraturan yang telah ada dalam negara kita.

Jadi, saya menekankan kepada kerajaan sama ada kita ini harus takut kepada ugutan dan hasutan yang luar biasa yang sekira-kiranya boleh kita definisikan boleh menggugat kestabilan negara dan juga boleh menggugat perpaduan rakyat, maka saya menyarankan kepada kerajaan supaya tindakan tegas mesti diambil dengan serta merta tanpa lengah-lengah lagi. Kalau tidak, kesan daripada akumulasi, daripada perkara-perkara yang terbabit, dengan perkara-perkara seperti ini akan menjadi satu daripada kesan yang buruk dan negatif untuk jangka panjang di negara kita.

Saya mencadangkan kepada kerajaan kerana kita yakin bahawa kerajaan yang telah dibina pada hari ini adalah kerajaan rakyat. Maka rakyat secara majoritinya harus diurus dengan baik oleh kerajaan, walaupun ada satu dua pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menggunakan perkara-perkara yang berbentuk anti perpaduan dan juga yang menggunakan perkara-perkara yang membangkitkan semangat meruntuhkan kedaulatan negara kita, maka kita harus berani dan bijaksana menangani perkara-perkara ini berlandaskan kepada beberapa akta serupa juga dengan ISA. ISA ini telah diaktakan suatu ketika dahulu dan sebanyalc manakah kerajaan telah ment1gunakan ISA ini. Baw-taru ini walaupun telah ditekan oleh pelbagai pihak dan kita nampak di Dewan Rakyat beberapa hari yang lalu mempertikaikan masalah ISA. Selagi ianya menjadi undang-undang dan peraturan di negara kita, maka tidak boleh siapa mempertikaikannya di luar daripada Dewan yang mulia ini. Tetapi kita membiarkan ia menjadi satu public opnion sekira-kiranya kalau ianya tidak menjadi satu perkara yang negatif kepada rakyat, maka ianya akan menular dari masa ke semasa dan ianya akan menghakis keyakinan kita kepada peraturan undang-undang yang telah kita sama-sama lulus untuk membina dan menyelamat negara kita.

Saya merasakan ISA tidak dipergunakan dengan sebaiknya oleh pemimpin ataupun oleh polis ataupun oleh Kementerian Dalam Negeri secara khususnya. Saya menyarankan kepada kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri supaya ISA ini diperkukuhkan, kerana walaupun kita melihat beberapa parti pembangkang ataupun beberapa NGO kecil mempertikaikan masalah keadilan. Tetapi sebagaimana kita tahu bahawa keadilan itu berasas kepada kumpulan ataupun di tempat mana kita berdiri. Kerana dalam keadilan sendiri adalah sukar untuk dinilai oleh orang yang berlawan ataupun menentang mana-mana kumpulan. Jadi, konsep keadilan bagi kita adalah dipilih oleh rakyat yang menyokong kepada undang-undang aturan dan peraturan ini, dan saya minta kerajaan lebih tegas bukan sahaja tangkap kepada pemimpin-pemimpin yang telah ada bukti, tetapi juga pemimpin-pemimpin kerajaan. Sebagai contohnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan fatwa umpamanya, apabila Majlis Fatwa yang merupakan kuasa autoriti yang tertinggi yang boleh membicarakan masalah hal ehwal agama Islam yang dihadiri oleh Raja-raja dalam Majlis Raja-raja, maka kadang-kadang dipertikaikan oleh beberapa parti politik term::~suk PAS.

--------------------------------·······--·-·

DN.09.05.2001 25

Kita tahu PAS di Terengganu - sahabat saya ada, Yang Berhormat Safinah pun ada, sebelum pilihan raya Kita bercakap pelbagai perkara, tetapi kita pun membicarakan perkara ini sehingga rakyat termakan bahawa inilah satu daripada altematif yang harus diberi tempat. Kita juga bersyukur kerana ianya mungkin ada kelemahan-kelemahan di peringkat pimpinan parti yang telah memerintah Terengganu sebelum ini. Kita sebagai sebuah ataupun sebagai pemimpin yang demokratis yang menyanjung kepada sistem demokrasi berparlimen apabila ada kemenangan kita bagi. Kalau sebelum ini PAS sentiasa mendabik dada bahawa apabila dia tidak memenangi pilihan raya dia dikhianati oleh sistem ataupun cara yang tidak betul. Tetapi apabila dia menang, ini adalah kehendak rakyat. Jadi, saya harap pemimpin-pemimpin PAS tidak lagi menjadi kumpulan yang double standard, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, tetapi yang panting ialah menjaga amanah yang telah diberikan rakyat kepada pemimpin­pemimpin yang banyak berjanji. Sebagaimana yang kita tahu bahawa setakat ini Terengganu dipertikaikan masalah pengagihan wang ehsan umpamanya.

Wang ehsan ini dahulu memang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat. PAS sebelum ini banyak bercakap bahasa-bahasa terjemahan Arab untuk berselindung di sebalik ucapan-ucapan. Mungkin dari segi PAS disebut perkara seperti 'ijtimak, muktamar, wahdatul-fikr', banyak sangat perkataan-perkataan Arab yang sesuai yang telah ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Malaysia. Jadi, kadang-kadang rakyat kampung terkeliru dengan bahasa-bahasa ini, walaupun bahasa ini kadang-kadang ianya telah ada di dalam bahasa kita. Mungkin kalau kita sebut 'ijtimak' kita sebut perhimpunan. Tetapi akhir-akhir ini ada satu perkataan lnggeris yang menghantui pemimpin-pemimpin PAS khususnya di Terengganu. Yang lain semua hendak Arab, sehingga bila kerajaan memperkenalkan ehsan, iaitu perkataan Arab, ehsaniah dan sebagainya, dia tak hendak, dia hendak dalam bahasa lnggeris, ianya dinamakan 'royalti'. Jadi, yang lain dia hendak Arab, bila sebut duit ini mungkin dia hendak royalti, dia tak hendak ehsan.

Tuan Yang di-Pertua, tuduhan-tuduhan ini boleh mengelirukan rakyat....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada minta laluan.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Boleh tak ada masalah. Sarna sendiri ni.

Puan Safinah blnti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan. Setahu saya sebelum daripada PAS memerintah negeri Terengganu, soal duit imbuhan daripada petroleum itu dikenali sebagai royalti, tidak pun disebut sebagai ehsan selama 18 tahun. ltulah.

Timbalan Yang di-Pertu.:~: Yang Berhormat, sambung.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Royalti, ehsan, pemberian, wang sagu itu tatabahasa. Sebab itulah kadang-kadang kita kena bijaksana. Masalah sekarang ialah saya hendak cerita, setakat ini sepanjang kempen pilihan raya yang ke-10 yang lalu, Tuan Yang di-Pertua, sebagai jawapan kepada Yang Berhormat Safinah, Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah telah dilihat sebagai pengagihan royalti ini membazir dan sebagainya. Saya ada berguni-guni statement dan kenyataan sama ada melalui Harakah ataupun melalui tape ucapan yang telah diucapkan oleh hampir kesemua pemimpin PAS di Terengganu. Malah menidakkan keupayaan Barisan Nasional memerintah Terengganu yang bermula pada tahun 1974 yang kita kena faham bahawa 80% rakyat Terengganu adalah merupakan rakyat daif yang di luar daripada taraf kesihatan biasa dan amat rendah kedudukan keluarga mereka. Melalui royalti, wang ehsan dan sebagainya yang dahulu kita panggil royalti, secara puratanya tidak banyak. Kita hanya menerima 270 juta setahun bermula pada tahun 1982 kalau tidak silap saya. Tetapi apa yang kita laksanakan, kalau Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya boleh baca satu persatu. Apakah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika memerintah daripada wang royalti ataupun wang ehsan yang saya sebutkan tadi. Kalau kita melihat 452 buah masjid berjumlah lebih daripada RM400 juta telah dibina. Yang sekarang dahulu diharamkan oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk penyokong hadir, ini realiti, mungkin orang Melayu, pegawai kerajaan yang tidak berada di persekitaran Terengganu kemungkinan tidak tahu perkara ini berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat pembinaan bangunan-bangunan seperti Wisma Darul-lman yang pemimpin PAS duduk sekarang melebihi RM100 juta pun yang dahulu dikatakan membazir. Saya tak bawa statement yang dikatakan membazir itu pun dibina melalui wang ehsan atau royalti ini dan kompleks kerajaan

26 DN.09.05.2001

yang terbina indah, semua rakyat di seluruh negara yang mengenali Terengganu 20 tahun dahulu dengan sekarang mungkin satu perkara yang berbeza. Kita laksanakan satu persatu, apatah lagi perkara-perkara pendidikan dan pembangunan manusia seperti penubuhan Yayasan Islam yang sekarang ini PAS sudah tadbir. Dahulu Yayasan Islam, Yayasan Terengganu, pelajar-pelajar datang ke IPTAIIPTS secara automatik kita boleh sign bagi RM1 ,000, bukan kerana wang ehsan diagihkan tiap-tiap tahun tetapi pengurusan yayasan itu sekira-kiranya boleh membantu anak-anak bangsa kita untuk belajar. Sekarang ini tidak dapat. Disalahkan kepada tak beri wang ehsan ataupun royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Banyak lagi Kolej Agama Sultan Zainal Abidin umpamanya telah dibelanjakan melebihi RM210 juta dan banyak lagilah seperti Muzium negeri, tempat Tahfiz AI-Quran. Kalau berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan sosial umpamanya, dari segi perbadanan seperti Permodalan Terengganu Berhad. Apatah lagi Amanah Saham Darul lman, semua ini mempunyai ratusan juta ringgit dilaburkan melalui wang ehsan sekira-kiranya ia boleh membantu membangunkan negeri dan rakyat di negeri Terengganu.

Tetapi Tuan Yang di-Pertua, banyak di antara syarikat yang tersenarai di BSKL satu dua, yang ada sekarang ini yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Terengganu semasa pemerintah Barisan Nasional telah ditukar pemilikan, telah pun dijual dan sebagainya kerana tidak mempunyai keupayaan mengurus, sama ada ini satu kenyataan yang benar ataupun tidak tetapi hakikatnya syarikat yang telah terbina begitu baik sehingga telah berada, disenaraikan di BSKL telah dijual. Kita pun tahu kerana ini adalah kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan PAS sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya 'dok kira secara congak-congak' saya, itu cakap Terengganu, Tuan Yang di-Pertua, Johor faham juga. Hampir RM7 bilion telah dilaburkan di dalam pembinaan negeri Terengganu. Kalau hendak kata royalti, royaltilah, kalau hendak kata wang ehsan, wang wang ehsanlah melalui Kerajaan Barisan Nasional dahulu, dan RM7 bilion ini mengikut kaedah pasaran dan aset semasa dan nilaian semasa berkemungkinan - itu terserah kepada penilaian untuk membuat. Tetapi saya menjangkakan ianya melebihi daripada RM20 bilion. ltu bangunan satu ketika 15 tahun dahulu kita bina RM100 juta, berkemungkinan pasaran sekarang RM400 juta. Jadi, sekarang inilah juga pemimpin-pemimpin PAS yang memerintah Terengganu, mungkin kerusi saya lama tak pergi pejabat menteri besar. Saya ingat kerusi yang sama, milik yang sama jugalah diguna dan undang-undang 'thogut, undang-undang yang anti-Islam dan sebagainya, undang-undang itulah yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin PAS Terengganu sekarang ini Tuan Yang di­Pertua.

Gaji, elaun Exco dan pegawai kerajaan saya ingat undang-undan!~ yang sama jugalah semasa pemerintahan Barisan Nasional digur~akan oleh pemimpin-pemimj:.·!n PAS sekarang ini, dan berkemungkinan kereta-kereta Menteri Besar dan Exco yang sama juga digunakan, mungkin sudah tukar kerana sudah sampai edah untuk tukar dan sebagainya. Dan tidak ada perbezaan. Setakat ini tidak ada enakmen-enakmen yang menyerlah melalui janji-janji dalam gagasan sebelum pilihan raya iaitu semasa manifesto dilaksanakan, enakmen-enakmen baru yang boleh membantu rakyat dan sebagainya. Setakat ini ia cuma adopt sahaja undang-undang dan enakmen yang telah sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, yang dikatakan wang ehsan telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Yang Berhormat Tun Daim sendiri pada tahun lepas kalau tidak silap saya telah dibentangkan kepada kita dan telah diserahkan kepada kerajaan PAS sebanyak RM434.8 juta.

Saya hendak minta Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara supaya menyiasat perkara ini kerana setakat ini kita tidak ada satu maklumat kerana ini duit rakyat, sama ada milik kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS atau oleh Kerajaan Barisan Nasional dan sebagainya, ianya harus diaudit sama ada melalui audit dalaman ataupun melalui audit luaran.

Saya minta perkara ini Ketua Pengarah Jabatan ....

Puan Safinah binti Jusoh: [Bangun]

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Saya takut tidak ada masa ini, Yang Berhormat. Hendak tanya, tanyalah tidak ada masalah.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, dia beri laluan.

DN.09.05.2001 27

Puan Safinah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, bukan apa. Saya cuma hendak bertanya berkenaan dengan audit ini. Pembahagian wang royalti untuk awal tahun yang lalu, baru sahaja setahun berlalu. Jadi, sepatutnya mengikut prosedur audit, ia tidak lagi diaudit ataupun dibentangkan kepada mana-mana Dewan sehingga tahun berikut.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Saya bukan hendak suruh kerajaan diaudit tidak mengikut tahun tetapi apabila royalti telah diberi kepada RM434 juta hampir setahun, kita nampak Kerajaan PAS hanya ceramah politik untuk memperalatkan Islam dan kecam UMNO di mana-mana.

Keduanya, hanya belanja, berkemungkinan sebagai tuduhan untuk membuat road show dan memfitnahkan Kerajaan Pusat bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh negara kita. Kita nampak pemimpin PAS, bukan kita hendak sekat tetapi dahulu difitnahkan pemimpin Barisan Nasional melawat luar negara tetapi kita nampak hampir keseluruhan pemimpin PAS telah melawat luar negara. Saya ada banyak gambar dengan saya, dengan stailnya dan cara tersendiri.

Kita tidak salah tetapi double standard. Dahulunya pemimpin kita hendak mencari pelaburan dinamakan pembaziran. Apakah pemimpin PAS sekarang ini melawat luar negara atas isu-isu perdagangan dan pentadbiran tidak boleh disoal balik dan inilah perkara-perkara sebenarnya yang saya hendak menjelaskan di Dewan yang mulia ini, satu double standard yang maha dahsyat. Kalau inilah dinamakan jenayah sebuah bangsa yang bertamadun, maka inilah sebenamya satu jenayah besar. Mungkin undang-undang tidak ada, undang-undang politik sesama kita sahaja.

Saya minta rakyat dan kita akan memastikan rakyat akan mengetahui perkara-perkara ini hanya berselindung daripada perkataan-perkataan enak, daripada janji-janji sehingga ianya merupakan kumpulan yang double standard, malah tidak mempunyai empowerment dan kekuatan diri untuk membangunkan negeri dan kita nampak di Terengganu kain rentang di merata-rata dan buat sticker, billboard mengagungkan dan sebagainya. Malah, gambar Tuan Haji Hadi sendiri, Menteri Besar Terengganu telah melanggar tata-etika raja-raja di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin ini bukan undang-undang tetapi gambar Perdana Menteri dan Menteri-menteri Besar kita di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional hanya sekerat bahu, yang gambar setakat lutut ini biasanya raja-raja tetapi pergilah ke Terengganu atau mungkin ada gambar Menteri Besar dibuat sama standard kedudukannya dengan raja-raja. Saya tidak tahulah sama ada ini ada peraturan ataupun tidak ada peraturan tetapi inilah sikap yang mendewakan tokoh mereka se•hingga sama dengan kedudukan raja-raja.

Saya ingat kalau ada wakil daripada Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya tolong laporkan kepada Majlis Raja-raja bahawa, apakah keadaan gambar Menteri Besar ini sama dengan raja ini, dia rupanya seperti raja dan sebagainya. Saya menghormati kawan-kawan dalam pimpinan PAS tetapi yang pentingnya kita tidak mahu adu-domba ini, cerita-cerita ini kerana kelemahan pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang tidak mempunyal keupayaan. Walaupun PAS memerintah kita tidak soal tetapi yang penting ialah kita jangan letakkan rakyat menjadi mangsa dalam soal kita mempertikai dan mencari pengaruh sama ada UMNO ataupun PAS ini.

ltu sahaja argument saya Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa terlampau panjang berkenaan wang ihsan, Tuan Yang di-Pertua, baru mukadimah ini sebenamya tetapi saya berhasrat untuk berhenti pada pukul12.45. Saya berharap saya ada kesempatan.

Bermula daripada perpaduan, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, tadi saya sudah sebut ISA dan sebagainya. Apakah rakyat Malaysia sekarang bangga menjadi rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, Orang Asli dan sebagainya. Tidak berlaku satu reformasi melalui pendidikan anak bangsa kita kerana kita tahu bahawa tidak ramal daripada segi jati diri, tidak dapat dilaksanakan. Jadi, saya berharap kerajaan dapat menggariskan pendekatan-pendekatan yang bukan sahaja berbentuk kebendaan dan material tetapi berbentuk perkara-perkara yang intangible, dengan izin. Umpamanya bagaimanakah untuk menyerapkan jati diri sebuah bangsa Malaysia kepada rakyat kerana kita tahu bahawa ada bekas tentera umpamanya, mungkin Dato' Mad [Yang Berhormat Dato' Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani] ... Boleh terangkan kepada kita mungkin telah lari daripada sikapnya sebagai seorang tentera. Ramal di antara itu, mungkin presiden dia tidak jagakah apa,

28 DN.09.05.2001

saya tidak tahu tetapi saya rasa Yang Berhormat Dato' Haji Muhammad ini seorang Presiden Persatuan Bekas Tentera yang berkebolehan dan saya sendiri berharap semua bekas tentera, bekas polis, ahli-ahli pencen kita daripada jabatan kerajaan, jadilah kumpulan yang bersyukur, sesungguhnya.

Jadi, banyak perkara yang perlu dilakukan sebagai strategi untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bermaruah dan merdeka tetapi hari ini kita nampak agak longgar. Jadi, saya berharap kerajaan dapat membuat satu gerakan pembaharuan semula. Kalau pada tahun 1970 lebih dahulu, Tun Abdul Razak telah melaksanakan gerakan pembaharuan, renewal operation, dengan izin, ketika itu. Saya hanya lebih kurang Tingkatan Satu atau Tingkatan Dua. Saya masih ingat. Dia naik perahu melancarkan dan di situlah dilancarkan JKK untuk dijadikan sebagai vehicle kepada Kerajaan Pusat untuk membantu membangun, menjaga kedamaian, keselamatan tiap­tiap kampung di seluruh negara kita.

Tetapi Tuan Yang di-Pertua pun tahu, sudah keluar surat khabar beberapa kali bahawa JKK yang diwujudkan di Terengganu dikata haram oleh pemimpin Kerajaan PAS Terengganu. Saya tidak fahamlah, ertinya Kerajaan PAS Terengganu telah mengharamkan Kerajaan Barisan Nasional Pusat. ltulah kalau kaedah cakap kampungnya tetapi sedarlah wahai bangsaku daripada pemimpin-pemimpin PAS, kita kejar untuk memimpin sebuah kerajaan yang kecil, ini tidak akan ke mana-mana. Kita mungkin memberi kepuasan kepada hati kita untuk jangka pendek tetapi percayalah kebenaran akan berdiri daripada segi jangka panjangnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kerajaan menilai semula fungsi JKK ini supaya ianya tidak disalahtafsirkan oleh kerajaan-kerajaan negeri dan ada beberapa jabatan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berkongsi kakitangan. Sebagai contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya tidak berapa tahu di negeri-negeri lain tetapi sebagai contohnya di Terengganu, pegawai kanannya profesional dan seminya mungkin daripada Kerajaan Pusat tetapi perkeranian dan sebagainya mung kin daripada kerajaan negeri. Peruntukan yang besarnya diberikan oleh Kerajaan Pusat tetapi dibelanjakan oleh kerajaan, yang dikatakan inilah belanja daripada Kerajaan PAS dan saya ada kenyataan-kenyataan.

Jalan raya, Federal Highway yang dibina, dibaiki, di up-grade sekarang ini pun didakwa sebagai ini usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan PAS. Saya tidak tahulah Yang Berhormat Puan Safinah tolong nyatakan kepada saya berapa buah jamban ataupun bilik air dalam masjid-masjid di Terengganu sekarang dibina oleh Kerajaan PAS. Saya tidak hendak cakap jalan besar, saya tidak hendak cakap masjid tetapi 432 masjid sekarang ini yang dikata haram oleh pemimpin-pemimpin PAS sekarang ini semua sudah pergi ke masjid-masjid itu.

Saya tidak tahulah dia samak dengan apa, dengan apa saya tidak tahu tetapi kita bersyukur kerana kemenangan Kerajaan PAS, maka rakyat ataupun penyokong­penyokong PAS yang taksub dapat pergi ke masjid. Kalau dahulu dikatakan haram, tak tahu bagaimanakah asal-usul duit yang kita bina 432 buah masjid itu sehingga berebut­rebut, yang tidak pernah pergi ke masjid pun berebut - hendak jadi pengerusi kerana ianya mendukung parti PAS.

Tuan Yang di-Pertua, inilah beberapa perkara yang saya telah lihat akan menggangu-gugat kestabilan dan perpaduan rakyat khususnya di Terengganu yang harus dilihat saksama oleh bukan sahaja pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin PAS. Yang bertanggungjawab sebenamya kita semua, sama ada kita di peringkat pemimpin-pemimpin pusat ataupun di peringkat pemimpin negeri-negeri.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan yang mana jabatan-jabatan kerajaan yang berkongsi pejabat ini, yang berkongsi pekerja ini harus dikenal-pasti supaya ianya tidak timbul masalah, khususnya di Terengganu. Kita berharap kakitangan kerajaan negeri yang bekerja di bawah kakitangan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat seraplah, ambil semua kakitangan ini untuk disatukan, untuk diurus dengan baik kerana kalau tidak, ianya akan merugikan pengendalian dan pentadbiran jabatan berkenaan.

Banyak lagi jabatan kerajaan harus dikaji satu persatu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam supaya ianya tidak akan menjadi batu penghalang untuk menterjemahkan dasar-dasar yang baik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.

DN.09.05.2001 29

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya keadaan keselamatan JKK tadi bersekali dengan Jawatankuasa Rukun Tetangga. Rukun Tetangga yang ada sekarang ini hanya hebat di akhbar-akhbar tetapi ianya tidak dapat diterjemahkan di peringkat kampung dengan baik. Kalau inilah menjadi hasrat kerajaan, harus ada pengisian jati diri dalam program Rukun Tetangga yang dilaksanakan oleh kerajaan di peringkat kampung-kampung.

Kita berharap pemimpin-pemimpin di peringkat kampung sama ada ianya pelbagai agama dan pelbagai kaum dapat bersama-sama kita menjaga kerukunan tetangga kita melalui Program Rukun Tetangga tetapi kita berharap kerajaan dapat merumuskan satu gerak kerja dan inti pati baru supaya unsur-unsur jati diri dalam membudayakan satu bangsa Malaysia yang merdeka dapat kita laksanakan dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga memberi ingatan kepada beberapa pemimpin yang telah berada di atas supaya dapat turun ke bawah kerana isu yang terbesar sekarang bukan lagi pembinaan kebendaan tetapi isu besar sebagaimana ulasan saya berkenaan perpaduan ialah bagaimanakah kita dapat membina semula masyarakat kita sama ada ianya satu persatu merasa bangga, yakin ataupun suka menjadi warganegara.

Saya berharap satu penilaian semula kepada ketaatan dan kesetiaan rakyat kita kepada negara melalui program-program ketatanegaraan ataupun menggunakan mana-mana akta yang sesuai supaya kita dapat mewujudkan kembali satu semangat bangsa Malaysia yang merdeka dapat kita lahirkan semula.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa perkara tadi semoga ianya akan memberi panduan kepada kita, semoga ianya boleh memberi manfaat, sama ada ianya secara jangka pendek ataupun jangka panjang untuk kepentingan rakyat, kepentingan agama, kepentingan bangsa dan kepentingan negara kita.

Dengan kata-kata itu saya turut menyokong, terima kasih. Terima kasih daun kaladi, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Oijemput Yang Berhormat Puan Hajah Melati.

12.44 tgh.

Puan Hajah Melati blntl Ali: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullah Hitaala Wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara hari semalam.

Menjunjung kasih pembuka kata;

Merafak sembah mohon bicara;

Titah Baginda pedoman semua;

Penyuluh jalan warya Malaysia.

Titah Baginda pedoman semua;

Penuh hikmah /agi saksama;

Bersidang kembali Dewan Negara;

Harap diberkati Tuhan yang esa.

Bersidang kembali Dewan Negara;

Menyambung amanah rakyat je/ata;

Bertikam /idah lumrahlah jua;

Jauhilah kita nista mencela.

30

Bertikam lidah lumrah/ah jua;

Demi untuk negara tercinta;

Harapan rakyat jangan dinoda;

Hanya kerana parti berbeza.

Harapan rakyatjangan dinoda;

Hanya kerana parti berbeza;

Harapan rakyat jangan dinoda;

Amanah bangsa jangan disenda.

Andai tercemar kedamaian negara;

Malulah kita tidak terhingga;

Andai tercemar kedamaian negara;

Musuh kan senyum tanda gembira.

Bentuklah perpaduan kukuhkan bangsa;

Tunjukkan Malaysia gagah di dunia;

Bentuk/ah perpaduan kukuhkan bangsa;

Satu cabaran buat semua.

Andai kita sehati sejiwa;

Tiada musuh berani menduga;

Andai kita sehati sejiwa; . Malaysia harmoni rakyat bahagia.

ltulah intisari Titah Baginda,

Mohon dibahas di Dewan yang mulia.

DN.09.05.2001

Tuan Yang di-Pertua, terlet.ih dahuliJ izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita sayangi, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad di atas kecekapan pentadbiran serta kelancaran pengurusan negara khususnya kepada kejayaan beliau di dalam membawa Malaysia keluar daripada krisis ekonomi yang melanda negara kita daripada angkara penyangak mata wang dunia George Soros.

Ucapan tahniah ini turut dikongsi bersama oleh pelbagai negara di dunia ini yang merakamkan perasaan kagum mereka terhadap keupayaan negara di dalam menghadapi krisis ekonomi tersebut. Mereka menyatakan strategi yang diambil oleh Malaysia adalah merupakan satu langkah yang patut dicontohi oleh negara-negara lain di dunia ini.

Tuan Yang di-Pertua, setiap luka pasti berparut, begitulah juga keadaan negara apabila menghadapi krisis ekonomi dunia tersebut. Biarpun ada beberapa sektor yang terjejas akibat daripada kegawatan ekonomi, namun apa yang nyata ialah tindakan negara di dalam menolak pendekatan, penyelesaian yang dicadangkan oleh IMF merupakan satu rahmat besar buat rakyat. Sekiranya tidak sudah tentu kita sudah tidak lagi mampu untuk menentukan hala tuju negara kerana dijajah sekali lagi secara halus melalui IMF tersebut. Syabas sekali diucapkan kepada kepimpinan negara.

Tuan Yang di-Pertua, keupayaan negara bukan sahaja di dalam mentadbirkan negara di dalam menghadapi saingan luar bahkan pada yang sama mampu untuk mentadbirkan ekonomi negara dengan begitu baik sekali, dengan ekonomi negara yang bertambah baik dari hari ke hari, rakyat terbanyaklah yang mendapat keuntungan. Baik dari sudut pembangunan fizikal mahupun dari sudut peningkatan tarat hidup mereka.

DN.09.05.2001 31

Pengagihan yang saksama kekayaan negara turut merupakan satu lagi kunci kekuatan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Dalam konteks ini, izinkan saya untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana telah mengagihkan pemberian wang ihsan kepada rakyat negeri Terengganu dengan begitu bijak sekali. Rekod-rekod telah menunjukkan bahawa peruntukan tersebut telah diagihkan dengan begitu adil sekali tanpa mengira latar belakang parti, golongan yang menerima peruntukan tersebut. Pengagihan adil ini telah membuka mata ramai rakyat Terengganu yang selama ini telah tertipu dengan janji-janji Kerajaan PAS Terengganu yang dikatakan kononnya mampu membela kebajikan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, namun begitu saya begitu kecewa sekali dengan sikap Kerajaan PAS Terengganu yang sanggup mengambil dengan cara begitu hina sekali peruntukan sebanyak RM40 juta yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada tiga institusi pendidikan di negeri Terengganu. Wang yang telah diberikan terus kepada rakyat T erengganu itu telah diarahkan untuk ditunaikan dan diserahkan kepada kerajaan negeri, tindakan ini tidak ubah seperti 'rompakan di siang hari'. Sekiranya undang-undang hudud dilaksanakan di sini, di negeri tersebut nescaya pemimpin mereka akan merupakan orang yang pertama yang dipotong tangannya kerana rompakan tersebut.

Saya berharap Kerajaan PAS Terengganu akan bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan terkutuk mereka itu, cukuplah dengan mereka menzalimi rakyat Terengganu dengan memecat imam-imam dan ketua-ketua kampung, menghalau anak-anak kecil yang tidak berdosa dari tadika mereka, memberi amaran kepada pegawai-pegawai kerajaan yang menganggotai JKKK. Janganlah pula sampai pendidikan anak bangsa ini terabai dan dicemar hanya kerana dendam kesumat PAS terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan untuk menubuhkan satu kementerian khusus untuk menjaga kebajikan dan kepentingan kaum wanita merupakan satu tindakan yang amat tepat sekali dengan waktunya. Kaum wanita yang sudah lama diperjuangkan kebajikannya perlu untuk memperolehi satu platform khusus bagi menyalurkan pandangan serta mengemukakan kaedah penyelesaiannya, tahniah saya ucapkan kepada kerajaan.

Puan Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Puan Hajah Melati binti All: Tuan Yang di-Pertua, saya turut berpendapat bahawa Yang Berhormat Dato' Menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal wanita tersebut merupakan seorang tokoh yang sesuai dan secocok untuk menjawat jawatan tersebut. Saya yakin beliau akan terus diberiken t~okongan dan bantiJan oleh seluruh gerakan yang mamperjuangkan agenda wanita termasuklah pihak pembangkang. Tatkala PAS baru berura-ura untuk membolehkan wanita menjadi calon pilihan raya mereka itu pun setelah didesak dan ditekan oleh pimpinan wanita mereka sendiri, maka Kerajaan Barisan Nasional telah begitu jauh sekali meninggalkan mereka dengan memperuntukkan satu kementerian khas untuk wanita.

Seruan ikhlas saya untuk kaum wanita di negara ini:

Usah diharap padi seberang;

Entah ada, entahkan tidak;

Usah diharap parti pembangkang;

Entahkan anda dipijak-pijak.

Saya turut berharap dengan kewujudan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, kementerian-kementerian lain tidak merasa peranan mereka untuk memperjuangkan agenda sudah tidak lagi diperlukan. Agenda wanita adalah agenda keseluruhan dan ianya perlu ditangani secara keseluruhan.

Sebagai contoh, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi melalui agensi iaitu FELDA, saya berpendapat ia perlu mengkaji semula berhubung dengan hak milik tanah rancangan FELDA. Saya berharap FELDA hendaklah meletakkan dua penama di dalam geran tersebut bagi menjaga kebajikan kedua-dua belah pihak khususnya kepada kaum wanita terutamanya apabila berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti perceraian dan kematian.

32 DN.09.05.2001

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu wanita atau isteri teraniaya dengan bebanan anak-anak selepas penceraian dan kematian, ingin diharapkan kudrat tulang empat kerat untuk menyara anak-anak sudahlah tentu amat membebankan mereka. Apatah lagi jika mereka tidak lagi punya tapak untuk berteduh dan menumpang naslb. Keadaan ini akan diparahkan lagi sekiranya anak-anak mereka ini mengambil jalan mudah untuk keluar daripada kemiskinan ini melalui jalan-jalan tidak bermaruah seperti pengedaran dadah, pelacuran, rompakan dan aktiviti-aktiviti antisosiallain.

Sebagai ibu yang malang tidak ada apa yang mampu mereka lakukan ketika itu selain menadah tangan memohon rahrnat llahi membantu mereka keluar daripada jalan yang buntu ini. Jangan jadikan kaum wanita ini mangsa sistem yang boleh kita perbetulkan bersama. Saya amat berharap agar pihak FELDA dapat mengambil berat kebimbangan saya ini bak kata keramat:

Tegak rumah kerana sendinya;

Runtuh sendi rumah binasa;

Tegak ummah kerana wanitanya;

Runtuh wanita ummah binasa.

Tuan Yang di-Pertua,

Kuala Rompin indah dan permai;

Menggamit /em but pertiwi Pahang;

Kita pemimpin biarlah damai;

Walau berbeza corak perjuangan.

Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin sekali dengan untung nasib rakyat di negara kita khususnya masyarakat di luar bandar. Untuk itu kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyusun program khusus demi menaikkan tarat kehidupan rakyat di negara ini. Contohnya, Program Pembasmian Kemiskinan, Program Usahawan Luar Bandar, Program Pendidikan Prasekolah, Penubuhan Kolej Komuniti, penubuhan dewan orang ramai untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

Tindakan dan program-program sebegini pada pendapat saya perlulah diteruskan dan dipergandakan. Namun begitu, saya berpendapat kerajaan perlu memberikan kelulusan segera kepada mana-mana agensi yang akan membina premis mereka sendiri di seluruh negara untuk menjalankan program-program yang telah dirancangkan teroebut.

Kita tidak mahu melihat tragedi hitam yang berlaku baru-baru ini di Kampung Surah Hujung, Dungun, Terengganu di mana Kerajaan PAS Terengganu dengan angkuh dan bongkaknya sekali lagi telah menghalau anak-anak kecil yang tidak berdosa, keluar daripada premis mereka semata-mata kerana mereka mengatakan bahawa tadika tersebut telah menggunakan premis kerajaan negeri dan oleh itu perlu dikosongkan.

Hati saya begitu sayu sekali apabila mendengar anak-anak itu dihalau sebegitu rupa tanpa ada perasaan belas ihsan kerajaan negeri. Kejadian di Dungun itu bukanlah yang pertama malahan ia telah didahulukan dengan pelbagai premis lain termasuk sebuah premis yang dibakar. Apakah silap anak-anak kecil ini, mereka terlalu mentah untuk mengertikan politik, balas dendam Kerajaan PAS Terengganu. Apakah dosa-dosa anak kecil ini, apakah hanya kerana mereka tidak memijak-mijakkan gambar pemimpin negara dengan penuh rasa kebencian? Tindakan Kerajaan PAS Terengganu itu tidak ubah seperti 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar,' marahkan kekalahan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional, masa depan anak-anak kecil yang tidak berdosa ini cuba mereka rosakkan.

Saya amat tidak faham dengan PAS ini, tatkala mereka melaung-laungkan ungkapan membela rakyat, di dalam nafas yang sama mereka menghancurkan masa depan umat Islam yang tidak berdosa ini. lni samalah seperti kata orang kampung, 'Cakap tidak serupa bikin.' Tindakan terkutuk ini telah mendapat celaan Allah S.W.T. seperti difirman di dalam surah AI-Saff ayat kedua, "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan perkara yang kamu sendiri tidak lakukan, amat besar kemurkaan di sisi Allah apabi/a kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan."

DN.09.05.2001 33

Kerajaan Barisan Nasional tidak sehina Kerajaan PAS, biarlah mereka menggadaikan bangsa namun kita tetap meneruskan tradisi membela rakyat. Untuk memastikan rakyat terus terbela, saya sekali lagi berharap agar setiap agensi pelaksana ini akan diberi kelulusan segera di dalam menyiapkan premis mereka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, dunia ini semakin mengecil terutamanya dengan kecanggihan sistem telekomunikasi serta sistem pengangkutan dunia. Di dalam dunia globalisasi kita menjadi seolah-olah sebahagian dari tubuh badan yang besar, bak kata pepatah "Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya.n Begitu juga dengan kesan ekonomi dunia, kelembapan ekonomi di penghujung peta dunia tetap akan memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Kesan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat kini telah menunjukkan tanda-tanda bahawa ia akan turut menjangkiti Malaysia. Terdapat petanda-petanda bahawa beberapa syarikat besar negara asing terpaksa menutup operasi mereka di negara ini berikutan kemerosotan kesan daripada Amerika Syarikat.

Berikutan dengan itu kesan langsung akan turut dirasakan oleh para pekerja yang mungkin terpaksa diberhentikan secara besar-besaran. Keadaan ini mungkin diparahkan lagi dengan kebanjiran graduan IPTA dan IPTS yang turut menjenguk ke dalam pasaran kerja tempatan. Kesilapan di dalam memantau isu ini mungkin akan mengakibatkan kelebihan pasaran pekarja berbanding dengan penawaran kerja. Oleh itu saya ingin mendapat penjelasan apakah terdapat satu usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia di dalam merancang penawaran tenaga kerja berbanding dengan pasaran kerja yang ada. Saya berharap kadar pengangguran negara akan dapat dipertahankan dan dikurangkan dari masa ke semasa dan pada masa yang tahap pendidikan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan dengan jayanya.

Tuan Yang di-Pertua, kita sering mendengar ungkapan yang diungkap oleh suami kita untuk memenangi hati lelaki ialah dengan melalui perutnya, memastikan ia kenyang dengan makanan yang lazat. Saya rasa ungkapan itu turut relevan jika dilihat dari konteks negara untuk memastikan rakyat negara ini gembira, maka perlulah diyakinkan bahawa keperluan makanan mereka adalah bukan sahaja mencukupi bahkan juga menyelerakan dan berkhasiat sekali.

Dalam konteks ini, saya amat merasa kagum sekali dengan pendekatan yang diambil oleh Kementerian Pertanian melalui Yang Berhormat Dato' Menteri yang baru ini khususnya dalam usaha beliau mengkomersialkan pertanian negara untuk memastikan bekalan makanan :1egara adalah mencukupi dan pada mesa yang sama l<ita dapat menjana ekonomi sektor pertanian ini. Tahniah diuc<lpkan kepada Kementerian Pertanian.

Pendekatan proaktif yang diambil oleh Kementerian Pertanian khususnya dengan melibatkan sama peranan kerajaan negeri dalam memperuntukkan Tanah Pertanian Kekal (TPK) seperti mana yang dilancarkan di Rompin baru-baru ini. Terima kasih Dato' Menteri dan juga penglibatan pihak swasta dalam menyuntik dana untuk menggiatkan lagi daya maju projek pertanian pada pandangan saya telah memberikan harapan dan nafas baru kepada golongan tani di negara ini. Mereka kini merasakan bahawa peranan mereka tidak akan lagi dipandang oleh masyarakat sebagai industri kelas ketiga. Mereka merasakan bahawa industri pertanian ini akan memperolehi imej baru yang akan turut menarik minat ramai golongan untuk memajukan khususnya generasi muda ........

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jam telah pun menunjukkan pukul1.00, boleh kita sambung selepas ini nanti?

Puan Hajah Melati blntl Ali: Okay, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Dengan ini Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

Mesyuarat ditempohkan pada puku/1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semu/a pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuaratj

34 DN.09.05.200 1

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Yang Berhormat Hajah Melati menyambung ucapan.

2.30 ptg.

Puan Hajah Melati binti Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pertanian ini akan turut akan disambut oleh kementerian-kementerian lain dari sudut memberikan prasarana sokongan. Sebagai contohnya rangkaian dari modal teroka, penyelidikan, penanaman, pengeluaran, pembungkusan, penghantaran, pemasaran. lni memerlukan peranan aktif pelbagai pihak termasuk institusi kewangan pusat penyelidikan, rantaian pengangkutan media masa dan lain-lain lagi. Secara spesifik saya rasa masyarakat ingin melihat peranan lebih aktif Kementerian Pendidikan dalam menyediakan tenaga muda yang mahir dalam proses penanaman dan pada masa yang sama hebat dari sudut pengendalian perniagaan.

Kementerian Kerja Raya pula mungkin dapat memungkinkan wujudnya pengangkutan yang murah dan mudah dari tapak penanaman kekal untuk sampai ke tangan pembeli atau pengguna. Kementerian Penerangan mungkin boleh membantu memperhebatkan promosi barangan tersebut. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan mungkin boleh juga membantu mempopularkan beberapa jenis tanaman negara agar ia menjadi sebati dengan imej negara. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri mungkin dapat juga membantu mengkomersialkan hasil pertanian negara di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan kementerian-kementerian terbabit akan terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha murni Kementerian Pertanian ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong Usul Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ratnam.

2.33 ptg.

Tuan M. Ratnam: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, Sultan Salahuddin lbni Abdul Aziz Shah bertarikh 19 Mac 2001. Dalam Titah Ucapan Tuanku, Tuanku telah menyentuh 32 perkara yang panting dan saya ingin membahaskan di atas beberapa perkara yang panting yang disentuh di dalam ucapan itu.

Tuan Yang cii-Pertua, fenom.:ma kemiskinan dan jt1rang pendapatan di antara kaum, d: antara soktl1r dan di antar.'3 bandar dan luar b.1ndar telah menja.1i tc..iuk perbincangan dan isu utama sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah merangka polisi dan dasar khusus untuk menangani isu kemiskinan ini melalui Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970. Dengan adanya dasar dan strategi yang praktikal kadar kemiskinan telah menurun dari 49.3% pada tahun 1970 di Semenanjung Malaysia ke 16.7% pada tahun 1990. Kadar kemiskinan telah menurun ke 7.2% pada tahun 2000 di bawah Dasar Pembangunan Nasional. lni merupakan suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan juga telah mengkaji semula dan meletakkan garis kemiskinan baru iaitu meningkatkan dari RM480 ke RM1 ,200 sejajar dengan peningkatan kos sara hidup. Namun demikian negara kita memerlukan sebuah dasar yang lebih pragmatik untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan kemiskinan di bandar tanpa mengira kaum. Kemiskinan di luar bandar adalah berleluasa di sektor pertanian. Hampir 80% daripada petani sawah padi negara kita adalah terdiri daripada orang tua dan golongan ini secara perbandingan kurang produktif secara tidak mudah menerima inovatif dan pembaharuan. Perkara yang sama juga wujud di FELDA, kebun kecil getah dan kelapa sawit. Golongan muda dan remaja telah berpindah ke bandar untuk mencari kehidupan di sektor perindustrian.

Pembinaan Serta Sektor Perkhidmatan - Kerajaan melalui Kementerian Pertanian harus memperkenalkan pembaharuan di dalam sektor pertanian serta memberikan insentif kepada remaja-remaja supaya mereka memilih untuk bekerja di dalam sektor pertanian. Pekerja di sektor pertanian perlu diberi latihan untuk melibatkan diri di dalam industri pemprosesan hasil pertanian dan ahli keluarga perlu

DN.09.05.2001 35

diberi peluang untuk melibatkan diri di dalam memasarkan barang pertanian. Dengan cara ini pendapatan keluarga yang terlibat di dalam sektor pertanian akan bertambah dan ia akan menjadi satu penarik kepada golongan muda untuk melibatkan diri di dalam sektor pertanian.

Kemiskinan di bandar perlukan satu program yang lebih luas. Kebanyakan keluarga miskin ini tinggal di kampung-kampung pinggiran bandar dan kawasan setinggan. Tahap pendidikan ketua keluarga biasanya rendah dan mereka ini bekerja di sektor pembinaan, perkilangan dan perindustrian, perkhidmatan sebagai kakitangan am dan pemandu kenderaan di mana pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Kos sara hidup di bandar yang tinggi biasanya menjadi penghalang kepada ibu bapa untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Selepas tamat alam persekolahan mereka juga turut melakukan kerja-kerja seperti ibu bapa mereka lakukan sehingga nasib generasi baru ini tidak banyak berbeza dari orang tua mereka. Sarna ada Melayu atau bukan Melayu kumpulan ini tidak tahu jalan untuk memperbaiki diri mereka. Jadi, saya bercadang bahawa kerajaan mewujudkan program latihan sambil belajar khusus kepada belia-belia yang gagal di dalam pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Di antara latihan-latihan yang disyorkan adalah seperti dengan izin motor workshop, painting, welding, plumping, printing, landscaping, wiring dan sebagainya.

Lesen-lesen dan permit untuk menjalankan perniagaan perlu diberikan kepada semua orang yang telah mengikuti dan menamatkan latihan ini tanpa mengira kaum. Kerajaan juga perlu menyediakan bantuan pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang rendah. Dengan cara ini saya percaya pengangguran di kalangan pemuda-pemuda dari kawasan setinggan akan berkurangan, kadar jenayah yang berkaitan dengan kemiskinan di bandar juga akan berkurangan. Kadar kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja sektor perladangan nampaknya tidak ada peningkatan yang memuaskan. Saya ingin mengesyorkan satu strategi untuk kebaikan bersama semua pihak yang berkaitan dengan sektor perladangan ini. Pada masa ini kebanyakan pekerja ladang pulang ke rumah setelah habis kerja harian mereka pada 2.00 petang. Kebanyakan mereka tidak terlibat dengan aktiviti tambahan.

Memandangkan keadaan ini saya mencadangkan bahawa pihak kementerian berkenaan bersama-sama dan pihak tuan punya ladang dan kesatuan sekerja· merangka satu rangka latihan separuh masa dan memberi latihan teknikal dan vokasional di dalam bidang dengan izin fitting, welding, car painting, painting, motor mechanic, wiring, maintenance dan sebagainya. Dengan cara ini pekerja ladang boleh dijadik<.'n sumber manusia yang lebih produktif. S·3kiranya usaha ini berjaya pihak ladang boleh memperkenalkan pemodenan sektor perladangan. Usaha ini akan meningkatkan kecekapan tenaga pekerja, mengurangkan kos serta meningkatkan kualiti sektor perladangan.

Dengan adanya perdagangan tanpa sempadan kita harus memikirkan cara­cara baru untuk terus bersaing di pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan ini tuan punya ladang juga boleh menggunakan tenaga pekerja yang produktif ini untuk menambahkan sumber pendapatan melalui mempelbagaikan aktiviti mereka yang berasaskan industri pertanian khususnya yang melibatkan getah asli, kelapa sawit dan koko. Saya juga mencadangkan supaya program-program seumpama ini harus meliputi bekas pekerja ladang yang sekarang tinggal di kawasan setinggan. Kumpulan ini juga menghadapi masalah pengangguran structural kerana buat masa ini mereka tidak memiliki kemahiran yang sesuai untuk sektor lain. Tarat pendidikan yang rendah di kalangan mereka rata-ratanya mempunyai pendidikan sekolah rendah sahaja, akibatnya kumpulan ini juga menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri sejajar dengan keperluan hidup di tempat baru.

Masalah sosial dan jenayah yang berleluasa di kalangan kaum India hari ini mempunyai perhubungan rapat dengan bekas pekerja-pekerja ladang. Saya amat optimistik dan positif bahawa langkah ini pasti akan meningkatkan lagi pendapatan sektor perladangan dan pendapatan pekerja ladang akan dapat dipertingkatkan lagi. Tambahan pendapatan ini akan dapat digunakan oleh pekerja untuk mendapatkan rumah yang lebih berkualiti, menikmati infrastruktur yang lebih moden, memberikan pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak mereka, menikmati prasarana hidup yang lebih baik dan akhirnya meningkatkan kedudukan sosioekonomi mereka. Latihan teknikal dan vokasional akan pasti mengubah imej sektor pertanian dalam jangka masa

36 DN.09.05.2001

panjang. Sektor pertanian moden di negar&-negara yang maju mempunyai kedudukan yang istimewa di kalangan rakyat mereka.

Usaha dan program yang saya cadangkan mempunyai harapan dan matlamat yang sama. Dengan adanya komitmen daripada pihak -pihak yang terlibat maka saya percaya tujuan ini pasti boleh dicapai serta ia juga akan membantu untuk mencapai objektif-objektif yang digariskan di dalam dasar pertanian negara.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Selia merupakan bakal pemimpin negara, generasi harapan bangsa ini perlu diasuh dan dibimbing supaya mereka akan menjadi pembela agama, bangsa dan negara. Apa yang kita baca dan dengar hari ini amat menakutkan kita. Kegiatan jenayah seperti pembunuhan, merogol, merompak, mengugut, mencederakan, menculik, mencuri dan pecah rumah mengedar dadah dan sebagainya mula meningkat di negara kita.

Pada 24 April 2001 sahaja (satu hari), sebanyak 147 kes telah dilaporkan di sebelas buah pejabat daerah polis negeri Selangor. lni adalah dalam tempoh 24 jam sahaja. Pada tahun 2000, hampir 6,000 kes jenayah telah berlaku di negeri Selangor. Di Kuala Lumpur dan Johor telah melaporkan sebanyak 2,000 kes jenayah masing­masing. 4,000 property crime dan 151 kes pembunuhan telah berlaku di negeri Selangor di sepanjang tahun 2000. Statistik tahun 1999 dan 2000 menunjukkan bahawa belia-belia India merupakan front runners Jadi sekarang saya beri sedikit statistik. Bagi tahun 1999 jumlah pembunuhan adalah 134 yang melibatkan budak India 29, menyamun dengan pistol 28, Iapan India. Menyamun geng tanpa senjata 554, India 250. Menyamun dengan senjata api 146 kes, India 46. Kes cedera bersabit jenayah 1,378 kes - 790 budak India. Manakala pada tahun 2000, inilah senarainya. Pembunuhan berjumlah 151 kes, India 33. Menyamun dengan pistol 24, India 9. Menyamun geng tanpa senjata 633 kes, 336 India. Menyamun dengan senjata api 213 kes, 71 India. Kes cedera bersabitkan jenayah 1 ,433 kes, India 751 .....

Dato' Abdul Aziz Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencelah sedikit. Saya ucapkan tahniah kepada pihak Yang Berhormat kerana mendapat statistik yang begitu terperinci berkenaan dengan jenayah daripada segi berasaskan kepada ethnicity kaum India. Saya hendak bertanya, adakah perkara ini berleluasa sekarang bukannya kerana wujudnya satu masalah struktur yang diakibatkan oleh pembangunan ladang-ladang di mana mereka ini telah pun berhijrah ke bandar dan menduduki kawasan-kawasan setinggan yang saya difahamkan lebih 114,000 tetapi ianya berkemungkinan diakibatkan oleh banyak sangat filem Bollywood yang kini berleluasa. Saya tengok ASTRO pun Tuan Yang di-Pertua, Bollywood juga.

Ada special program d:a dan filem-filem Bollywood ini kebanyakannya menunjukkan bagaimana kadang kala jenayah merupakan satu perkara yang heroic. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok cerita Tamil atau Hindi, kita dapati, mula-mula dia berkelahi kemudian jatuh cinta, model yang sama daripada segi tema. Lepas itu dia berkejar dengan polis, polis naik land rover kemudian dapat tangkap, pukul, masuk penjara atau lepas dan kemudian kahwin. Jadi ini memberikan satu sense of heroism mohon izin kepada watak-watak yang kadang kala bercanggah dengan nilai-nilai budaya kita, nilai-nilai Asia bererti nilai-nilai tamadun India, tamadun Cina, tamadun Melayu dan juga agama kita. Agama Islam, agama Hindu, agama Confucianism dan sebagainya, ia bercanggah. Jadi adakah pihak Yang Berhormat boleh memberikan sedikit pandangan ke arah perkara seperti ini kerana ini amat memusykilkan. Terima kasih.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih Dato'.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Tuan Hassan Shukri minta laluan.

Tuan M. Ratnam: Oh, ada lagi.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Saya ingin mohon penjelasan. Oleh kerana Yang Berhormat menyebut tentang masyarakat dan belia India dan sepanjang pengetahuan saya, orang India ini kuat berpegang kepada agama dan kebanyakan India di Malaysia ini beragama Hindu. Saya ingin tahu, apakah peranan agama Hindu dalam memperbaiki akhlak belia-belia India ini supaya mereka tidak tercebur ke dalam kegiatan-kegiatan yang disebut, tadi iaitu rompak, samun, tembak, bawa pistol, bawa senapang, cinta dan sebagainya seperti yang disebut kemudian kena tangkap. Jadi

DN.09.05.2001 37

saya minta penjelasan kalau boleh dijelaskan tentang peranan agama Hindu dalam membentuk keperibadian, dan sahsiah pemuda-pemuda India di negara kita ini. Terima kasih.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih, saya menjawab soalan.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau boleh jawab, kalau tidak boleh, jangan try ya.

Tuan M. Ratnam: Try, try. Jadi filem-filem Bollywood ini bukan sahaja ada unsur-unsur yang tidak baik. Sekiranya kita tengok filem-filem dari Hollywood dan juga filem-filem China, banyak juga keganasan berlaku di situ. Jadi daripada pandangan saya, filem-filem Bollywood bukanlah satu punca keganasan ataupun lain-lain di kalangan budak-budak India. Saya juga adalah salah seorang Hakim Pelawat Penjara di Sungai Buloh. Saya sudah buat satu lawatan baru-baru ini, lebih kurang satu bulan. Saya juga dapat peluang untuk menemui budak-budak yang ada di situ. Umumya dari 13 tahun hingga ke 21 tahun. Saya tanya dia, mengapa dia ada di sini, apa sebab. Jawapan daripada dia, saya diajak oleh kawan. Ada yang jawab, saya tidak ada kerja lain, mak bapa saya sudah pergi kerja, saya campur budak-budak, inilah akibat dia. Ada juga yang kata, dia diupah oleh orang untuk hantar drugs kepada orang-orang yang tertentu dan sebagainya. Jadi pada pandangan saya, Bollywood itu tidak membawa unsur-unsur keganasan kepada pemuda-pemuda di sini.

Untuk menjawab soalan daripada saudara di sini, mana-mana agama tidak minta ataupun ajar kepada sesiapa pun melakukan keganasan. Kita percaya kepada Tuhan. Bila kita pergi ke kuil, kita sembahyang di situ dan di situ juga ada ucapan­ucapan yang murni, ada juga ucapan-ucapan yang mengatakan ini kita boleh buat. Penghujung minggu kita juga ada baca kitab-kitab Hindu. Jadi dari kuil-kuil kita dapat ajaran yang baik dan pada pandangan saya perlulah Kerajaan Malaysia memberi banyak tempat ibadat, janganlah hadkan tempat-tempat tertentu. Bila ada rancangan perumahan baru, mereka ada satu tempat khas untuk masjid sahaja. 2000 rumah, 10% rumah itu diduduki oleh orang India. 200 rumah, satu rumah lima orang. 1000 orang Hindu di situ tetapi tidak ada tempat kuil. Kalau pergi jalan ke mana-mana, you boleh tengok di bawah pokok, di simpang sini, di sana kuil wujud. Apa sebab ini wujud? Kerajaan patut mengambil kira perkara ini dan menyediakan tapak-tapak untuk bukan sahaja kuil tetapi untuk Kristian, Buddha dan sebagainya.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan. Kerajaan sekarang sudah sedar. Dalam surat khabar hari ini saya dapati bahawa wajib bagi semua pemaju perumahan untuk khaskan tanah seluas 0.5 hektar di tiap-tiap rancangan perumahan. Saya ucap syabas dan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana kerajaan telah buat satu keputusan yang panting seperti ini. ltulah jawapan kepada saudara saya. Saya akan meneruskan uc~1pan Tuan Yang di-Pertua.

Statistik tersebut dengan jelasnya menunjukkan bahawa kes jenayah di kalangan belia kaum India adalah amat serius. Tidak siapa dilahirkan sebagai penjenayah. Sekiranya diberi peluang, semua orang akan suka hidup dalam keadaan bebas daripada jenayah. Masa telah tiba untuk mengkaji selidik mengapa wujudnya keadaan ini. Siapakah seharusnya dipersalahkan, ibu bapa, guru, masyarakat, kerajaan, individu-individu yang terlibat ataupun kita membiarkan bulat-bulat kepada Tuhan dengan alasan, Tuhan adalah kuasa penentu untuk segala-gala yang berlaku di dalam hid up kita. Saya ingin merujuk kepada satu petikan dari 'Holy aural'. Kitab Hindu yang bermaksud; "Sesungguhnya seorang insan ditakdirkan tiada rezeki untuknya namun akan mendapat berkat mengikut daya usahanya." Oleh yang demikian, segala­gala yang buruk itu boleh diubah sekiranya dirancang dengan teliti serta diamalkan dengan berkesan.

Mengikut kajian yang dijalankan baru-baru ini, didapati ramai di antara penjenayah-penjenayah tersebut berminat untuk balik ke pangkuan masyarakat dan membina hidup baru sekiranya diberi peluang dan bimbingan. Sehubungan dengan itu saya mencadangkan bahawa kerajaan melalui kementerian-kementerian dan agensi­agensi kerajaan dapat membuka peluang yang lebih luas kepada pemuda-pemuda seumpama ini dari kaum India.

Saya juga ingin mencadangkan beberapa program spesifik yang dianggap akan membawa kebaikan bersama di antaranya ialah memberi peluang pendidikan di IPT tajaan kerajaan khususnya dalam bidang-bidang yang lebih mencabar dan profesional seperti Kedoktoran, Kejuruteraan, Perakaunan, Sains Komputer dan IT.

38 DN.09.05.2001

Kementerian dan agensi kerajaan yang menawarkan latihan teknik dan vokasional perlu mengembangkan, meluaskan serta membuka peluang kepada belia-belia bukan bumiputera khususnya belia kaum India. Program latihan ini disertai dengan peluang untuk melaksanakan latihan yang diterima seperti memberi tanah, lesen-lesen dan permit pemiagaan dan perdagangan, tempat bemiaga, pinjaman tanpa cagaran daripada agensi kerajaan dengan faedah rendah.

Saya juga mencadangkan bahawa belia-belia kaum India perlu dipertimbangkan untuk projek pentemakan lembu, kambing birl-biri, ikan, udang galah, ketam, 'sokong', bukan sokong, sotong .. [Ketawa] ... Arnab dan sebagainya. Peluang pekerjaan harus ditambahkan kepada belia-belia kaum India di sektor awam, Polis Diraja Malaysia dan tentera.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sektor perladangan nampaknya tidak menikmati peningkatan yang memuaskan. Saya ingin mengesyorkan satu strategi untuk kebaikan bersama dan semua pihak yang berkaitan dengan sektor perladangan ini. Pada masa ini kebanyakan pekerja ladang pulang ke rumah setelah habis kerja harian pukul 2 petang. Kebanyakannya di antara mereka tidak terlibat dengan aktiviti tambahan. Memandangkan keadaan ini, saya cadangkan bahawa pihak kementerian berkenaan bersama-sama dengan tuan punya ladang dan Kesatuan Sekerja, merangka satu rangka latihan separuh masa dan memberi latihan teknikal dan vokasional seperti dalam bidang piping, welding, car painting, motor mechanics, wiring, maintenance dan sebagainya. Dengan cara ini, pekerja ladang boleh dijadikan sumber manusia yang lebih produktif. Sekiranya usaha ini berjaya, pihak ladang boleh menimbangkan pemodenan sektor perladangan. Usaha ini akan meningkatkan kecekapan tenaga pekerja, mengurangkan kos serta meningkatkan kualiti produk sektor perladangan.

Dengan adanya perdagangan tanpa sempadan, kita harus memikirkan cara­cara baru untuk terus bersaing di pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan inl tuan punya ladang juga boleh menggunakan tenaga pekerja yang produktif ini untuk menambahkan sumber pendapatan melalui mempelbagaikan aktiviti mereka yang berasaskan industri pertanian khususnya yang melibatkan getah asli, kelapa sawit dan koko. Saya juga mencadangkan supaya program-program seumpama ini harus meliputi bekas pekerja ladang dan sekarang tinggal di kawasan setinggan.

Kumpulan ini juga menghadapi masalah pengangguran structural kerana buat masa ini, mereka tidak memiliki kemahiran yang sesuai untuk sektor lain. Taraf pendidikan yang rendah di kalangan mereka rata-ratanya mempunyai pendidikan sekolah rendah sal'laja. Akibatnya, kumpulan ini juga menghadapi masalah untuk me:1yesuaikan diri s.ejajar dengan keperluan hid•Jp di tempat baru. Masalah sosial dan jenayah yang berleluasa di kalangan kaum India hari ini mempunyai perhubungan rapat dengan bekas pekerja ladang.

Saya amat optimistik dan positif bahawa langkah ini pasti akan meningkatkan lagi pendapatan sektor perladangan dan pendapatan pekerja ladang akan dapat dipertingkatkan lagi. Tambahan, pendapat ini akan dapat digunakan oleh pekerja ini untuk mendapatkan rumah yang lebih berkualiti, menikmati infrastruktur yang lebih rnoden, memberikan pendidikan yang balk kepada anak-anak mereka, menikmati prasarana hidup yang lebih baik dan akhimya meningkatkan kedudukan sosial ekonomi mereka. Latihan teknikal dan vokasional ini akan pasti mengubah imej sektor pertanian dalam jangka masa panjang. Sektor pertanian moden di negara-negara yang maju, mempunyai kedudukan yang istimewa di kalangan rakyat mereka.

Usaha dan program yang saya cadangkan mempunyai harapan dan matlamat yang sama seperti itu. Dengan adanya komitmen daripada pihak-pihak yang terlibat, maka, saya percaya tujuan ini pasti boleh dicapai serta ia juga akan membantu untuk mencapai objektif-objektif yang digarlskan di dalam dasar pertanian negara.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tragedi perkauman yang telah berlaku di Kampung Medan telah menjadi satu tamparan hebat kepada perpaduan kaum di Malaysia. Walaupun pergaduhan tersebut merupakan salah faham di antara dua kumpulan, namun insiden tersebut memberi isyarat yang jelas bahawa sifat tolak-ansur, hormat-menghormati di antara kaum perlu diperkuatkan lagi khususnya di kalangan generasi muda. Mereka ini tidak tahu akan perjuangan nenek moyang mereka yang telah bertungkus lumus untuk mendapatkan kemerdekaan

DN.09.05.2001 39

negara yang kita cintakan ini. Program-program khas perlu dibentuk untuk memupuk semangat perpaduan dan mencintai di kalangan masyarakat muda hari ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Presiden Malaysian Indian Congress merangkap Menteri Kerja Raya Yang Berhormat, Dato' Seri S. Samy Vellu dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr. Mohd. Khir bin Toyo di atas kesungguhan dan kegigihan mereka menangani masalah tersebut.

Kedua-dua pemimpin tersebut telah melawat kawasan kejadian hampir setiap hari untuk memberi sokongan moral dan bantuan segera yang diperlukan. Sejurus selepas menerima khabar angin kejadian tersebut, Dato' Seri S. Samy Vellu telah berkejar ke ibu pejabat Balai Polis Daerah Petaling untuk membincangkan langkah­langkah untuk mengawal dan menangani keadaan dengan pegawai-pegawai tertinggi polis.

Polis Diraja Malaysia, pasukan tentera dan FRU telah menjalankan tugas dengan cekapnya. Yang Berhormat Dato' Seri S. Samy Vellu telah mendapatkan kelulusan peruntukan khas daripada kerajaan untuk membekalkan keperluan-keperluan asas di kawasan kejadian seperti mendapatkan saluran bekalan air paip, membuat jalan raya baru, lampu jalan dipasang di setiap tiang elektrik di sepanjang jalan utama dan tempat-tempat yang dianggap perlu mendirikan tadika, mendirikan pusat sumber, membuat banci penduduk setinggan untuk mengenal pasti keadaan sosial ekonomi penduduk setempat dan mengarahkan jabatan-jabatan yang terlibat untuk mempercepatkan pembinaan rumah kos rendah serta memastikan setiap keluarga setinggan terbabit menerima sebuah rumah tersebut tanpa mengira kaum.

Penduduk tempatan mengibaratkan Yang Berhormat Dato' Seri S. Samy Vellu sebagai simbol pembangunan keamanan, harapan serta sumber inspirasi serta motivasi. ADUN Selangor untuk kawasan Kelana Jaya telah memuji Yang Berhormat Dato' Seri S. Samy Vellu sebagai Menteri Kerajaan Pusat yang agresif dan produktif. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Menteri Ke~a Raya.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya memuji usaha Kerajaan Barisan Nasional yang telah memulakan rancangan TEKUN. Dengan adanya usaha ini, maka, lebih ramai penduduk miskin akan mendapat manfaatnya. Saya mencadangkan supaya kerajaan memberi peluang kepada kaum bukan bumiputera kerana terdapat ramai keluarga miskin di kalangan ini. Sekiranya kerajaan menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh masyarakat yang kurang mampu ini, maka, saya percaya matlamat kerajaan untuk membasmi kemiskinan akan dicapai sebelum masa yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, rumah merupakan sebahagian daripada keperluan asas manusia. Memandangkan terdapat ramai penduduk berpendapatan rendah di negara kita, maka, adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah mengikut kemampuannya. Kerajaan telah menetapkan harga rumah kos rendah sebanyak RM42,000 di kawasan majlis perbandaran dan RM35,000 di kawasan luar majlis perbandaran. Berdasarkan kepada pandangan ketua-ketua bahagian dan pengerusi­pengerusi cawangan Malaysian Indian Congress, harga rumah kos rendah yang ditetapkan tersebut adalah di luar kemampuan penduduk berpendapatan rendah yang menjadi sasaran kerajaan.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengkaji semu:a harga rumah kos rendah dengan segera dan mengekalkan harga kos rendah yang asal ke-RM25,000 sahaja. Saya sedar bahawa projek perumahan kos rendah tidaklah sesuatu yang lumayan dari segi keuntungan. Namun, atas dasar tanggungjawab sosial, pemaju-pemaju projek perumahan perlu meneruskan pembinaan rumah kos rendah tersebut. Sebahagian kecil keuntungan besar yang boleh diperolehi daripada pembinaan rumah kos sederhana, rumah kos tinggi, rumah banglo, kedai dan kondominium boleh disalurkan untuk membina unit rumah-rumah kos rendah yang secukupnya.

Pengagihan rumah kos rendah perlu dikaji semula untuk memastikan objektif kerajaan dicapai. Sekiranya pengagihan rumah kos rendah menggunakan pendekatan total dan lengkap, di mana setiap kawasan setinggan dapat dipindahkan keseluruhannya. Dengan cara ini, masalah kawasan setinggan dapat dibereskan

40 DN.09.05.2001

sepenuhnya. Cara ini boleh menjamin tidak wujudnya rumah setinggan yang baru di tempat tersebut. Pengagihan rumah kos rendah secara terbuka di mana pembeli rumah terdiri daripada merata tempat atau pelosok negara tidak akan membawa manfaat yang diharapkan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila sebahagian daripada penduduk setinggan dipindahkan ke rumah murah, bila dia pindah ke sana, dia tinggalkan rumah murah itu dan dia sewakan kepada orang lain. Jadi, this will continue, dengan izin. Jadi, apabila kita buat satu-satu rancangan, kita perlu di 'totally' pindah. Jadi, jangan ikut kuota di situlah. lni kuota-kuota, kadang-kadang membawa banyak masalah kepada semua. Kerajaan Negeri dan kementerian perlu mewujudkan dbase record, daftar pembeli rumah murah di peringkat Kerajaan Pusat untuk memastikan pengagihan rumah kos rendah secara adil dan saksama. lni bermakna seorang dapat beli sebuah rumah kos rendah dan bukanlah seperti masa sekarang boleh beli lebih daripada satu di tiap-tiap satu tempat. Ada juga orang yang saya tahu dia ada satu rumah murah di Sungai Buloh, dia ada satu rumah murah di Subang, dia ada satu rumah murah di Subang Jaya kerana kita tidak ada rekod ......... .

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada reportkah?

Tuan M. Ratnam: .... kerana kita ikut itu kuota.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada report kes itu?

Tuan M. Ratnam: Report that cases, I tidak ada di sinilah.

Tuan Yang di-Pertua: You ada report kepada itu ....

Tuan M. Ratnam: Tidak .

Tuan Yang di-Pertua: Apa sebab tidak ada report?

Tuan M. Ratnam: ltu .....

Tuan Yang di-Pertua: Tanggungjawab kerajaan.

Tuan M. Ratnam: lni, daripada pandangan saya, bukanlah kerja saya, minta maaflah.

Tuan Yang di-Pertua: Siapa tanggungajawab?

Tuan M. Ratnam: Kalau saya pergi report, kalau orang itu tahu, besok dia marah sama sayalah. [Ketawa]. lni satu masalah.

Tuan Yang di-Pertua: Tetapi, kerajaan til'ak apalah. Kere~jaan boleh marahlah.

Tuan M. Ratnam: Baiklah, saya ambit ingatan, nasihat. Di masa-masa yang akan datang, bila saya tahu, saya boleh bawa perkara ini kepada Kerajaan Negeri, terima kasih. Saya mencadangkan bahawa kerajaan memberikan subsidi khas sehingga RM15,000 kepada penduduk yang dikenal pasti sebagai golongan termiskin. They cannot afford to buy dan memperuntukkan wang sebanyak RM100 juta untuk tujuan tersebut, kerajaan khaskan satu tabung RM1 00 juta. Daripada tabung itu, kita salurkan kepada orang-orang yang termiskin, yang dikenal pasti oleh kerajaan. Kerajaan juga perlu menyediakan pinjaman perumahan untuk golongan ini. Golongan ini, oleh sebab dia adalah seorang yang miskin, dia tidak dapat beri cagaran atau apa­apa pegangan kepada bank. Dia tidak dapat meminjam wang daripada bank. Jadi, perlulah bagi kerajaan kita pinjamkan kepada dia dan dapatkan balik beransur-ansur pada kadar faedah yang murah ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bagi laluan kepada Yang Berhormat Dato' Dr. Chin.

Dato' Dr. Chin Fook Weng: Terima kasih. Saya hendak tahu setakat ini, sejak saya mendengar ucapan Yang Berhormat Tuan M. Ratnam: itu, semuanya ialah seolah-olah bergantung kepada kerajaan. Kerajaan kena buat ini, buat itu, buat sini, buat sana dan sebagainya. Saya hendak tahu, apakah peranan masyarakat India sendiri dalam perkara mengatasi masalah-masalah kaum India?

Saya hendak bagi satu contoh, di Pulau Pinang, Parti Gerakan telah menganjurkan satu rancangan yang dinamakan Maju Diri. Kami telah tubuhkan satu Yayasan Maju Diri untuk membantu kaum-kaum India yang tidak lulus dalam

DN.09.05.2001 41

peperiksaan dan telah tamat persekolahan. Kami telah menganjurkan mereka untuk menyertai rancangan vokasional. Sayar semua fee mereka dan bagi mereka elaun tiap-tiap bulan untuk menyertai skim ini.

Dari permulaan ada 15 orang mengambil bahagian dalam skim ini iaitu mula sejak bulan Februari tetapi sekarang hanya tinggal10 orang. Sungguhpun semua free, percuma dianjurkan oleh kami tetapi nampaknya tidak begitu berkesan. Mungkin saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Tuan Ratnam itu mungkinkah ini kerana masyarakat sendiri tidak begitu terlibat dalam hal-hal sedemikian. Mungkin kalau masyarakat kaum India sendiri terlibat mungkin kejayaan dalam bantuan-bantuan semacam ini akan terus mencapai kejayaan yang diharapkan. Kalau semua pihak hanya bergantung kepada kerajaan mungkin kerajaan hanya memainkan peranan yang tertentu sahaja.

Dan dalam satu skim lagi yang dianjurkan oleh Sri Murugan Center ini adalah satu pusat yang memberi banyak bantuan kepada pelajar-pelajar kaum India dan mereka aturkan kelas-kelas tuisyen dan sebagainya bagi mereka. Dan apabila pelajar ini mencapai prestasi yang cemerlang kami parti dari Parti Gerakan telah memberi hadiah tiap-tiap orang RM100 sebagai galakan. Tetapi nampaknya masyarakat India itu tidaklah termasuk dan membuat sumbangan semacam ini. So, saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat kalau masyarakat India sendiri mengambil berat tentang hal­hal ini adakah ini boleh mencapai kejayaan yang diharapkan. Kalau kita semata-mata bergantung kepada kerajaan sama ada ini akan membawa faedah yang kita harapkan. Terima kasih.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih kerana menyoalkan saya. lni adalah satu peluang bagi saya untuk memberitahu bukan sahaja kepada Yang Berhormat tetapi kepada Dewan juga apa kita sudah buat untuk jaya diri sendirilah. Seperti tuan-tuan tahu kaum India adalah satu kaum dari sektor pertanian iaitu perladangan. Awal-awal lagi lebih kurang seratus tahun dulu apabila negeri ini dijajah oleh orang British kita telah bawa orang-orang India dari India ke ladang-ladang untuk bekerja. Orang-orang Cina timah dan bandar. Orang Melayu di kampung. Jadi kita juga macam orang Melayu duduk di kampung, orang miskin. Apa dia punya hasil? Dari pertanian tangkap ikan dan sebagainya. Orang India semua bekerja di estet. Berapa dia punya gaji? Pendapatan yang banyak kurang tetapi sekarang apabila kita sudah merdeka banyak ladang telah pun bertukar untuk menjadi bandar, orang-orang India di ladang juga telah berhijrah ke bandar, macam sayalah contoh. Take me as an example, from ladang. Bapa saya mandur. Emak saya cuci rumput di ladang. Potong rumputlah, cuci di bawah pokok sama. [Disampuk]. Jadi saya pada masa itu belajar di sekolah Tamil. Bila bapa saya beli barang balik ke rumah, dia wrapped dengan newspaperkan? Saya angkat newspaper itu. Pada masa itu tidak ada buku latihan. Ada papan hitam. Jadi saya pun angkat paper itu tulis A, 8, C, D dan macam drawinglah. Jadi bila bapa saya tengok saya macam itu dia pun banyak susah hati. Dia cari saudara di bandar hantar saya ke sana. Saya pun pergi sana umur saya sudah lebih daripada murid-murid yang lain.

Saya hendak masuk sekolah kerajaan tidak dapat, Batu Road School. Jadi saya pergi belajar di sekolah swasta pada masa itu, Kishen Dial School. Bila saya pergi saya orang miskin dari ladang, kaki ayam. Cikgu kenakan fine RM0.05 sen tiap­tiap hari. No shoes to school. Macam itulah. Jadi jiran saya selalu bayar RM0.05 sen. Dan juga dia belanja saya waktu rehat. Apa sebab dia budak kaya, budak Cina. Dia malas hendak buat homework. Saya angkat dia punya buku balik buat homework. Jadi oleh sebab bapa saya banyak miskin saya belajar rajin. I've studied under the street light then from one school to another school saya pergi. Dari sekolah Kishen Dial saya pergi ke St. Gabriel. Dari St. Gabriel saya pergi ke Maxwell. ltu sekolah kerajaan. Dari Maxwell saya lawan dengan budak-budak di Sekolah Victoria, Form One. Pasal umur saya masih lagi berlebihan bila saya dapat peluang untuk pergi ke Victoria dia tidak mahu kasi. You are overage by one year. Tetapi apabila saya pergi ke Maxwell, I sit for the exam dengan budak-budak Form One di situ saya punya markah lebih tinggi dan saya dihantar Form Two.

Lepas Form Five bapa saya tidak ada wang lagi. Saya pergi kerja sebagai kerani. Tetapi apabila saya sudah kahwin isteri saya buka satu tadika untuk dapatkan hasil yang lumayan dan berlebihan. Dan pada waktu petang saya pergi tanam bunga. Di negeri Selangor saya adalah seorang yang tanam banyak bunga pada masa itu. CHOGM bandar raya Kuala Lumpur saya supply RM700,000 punya bunga pada masa

42 DN.09.05.2001

itu. [Tepuk] Bunga ros di Sungai Buloh tiap-tiap hari hantar ke hotel. Apa sebab saya buat itu. To help to rich myself supaya saya dapat memberi pelajaran yang cukup untuk anak saya. Anak saya yang eldest doktor. Hari ini specialist di Hospital Ungku Aminah di Johor. Anak yang kedua lelaki kapten. pilot membawa kapal terbang. Anak yang ketiga LLB MBA, London. Semua bapa punya scholarship bukan kerajaan punya scholarship.

Datuk Haji Karim Ghani: [Bangun]

Tuan M. Ratnam: Sorry.

Datuk Haji Karim Ghani: [Ketawa]. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta sedikit penjelasan dari Yang Berhormat. Apakah akan terjadi pada ketika itu kalau Yang Berhormat belajar hanya melalui sekolah Tamil bolehkah Yang Berhormat maju seperti sekarang? Terima kasih.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih. Mungkin boleh mungkin tidak. Pasal apa banyak orang dari sekolah-sekolah Tamil sekarang juga profesor, ada juga doktor, ada juga sasterawan dan sebagainya. lni bukan bererti kalau kita pergi ke sekolah Tamil pelajaran habis.

Datuk Haji Karim Ghani: Yang saya maksudkan kalau di Malaysia ini adakah sekolah Tamil ini sampai ke peringkat doktor, peringkat apa atau Yang Berhormat terpaksa pergi daripada sekolah Tamil ke sekolah kebangsaan atau ke sekolah lnggeris.

Tuan M. Ratnam: Terima kasih. Di negara kita kita ada sekolah Tamil sehingga Da~ah Enam. Selepas itu kita pergi ke Form One di sana ada ajar bahasa Tamil sehingga Form Five di mana you duduk untuk peperiksaan tingkatan lima. Dan selepas itu bila you pergi ke universiti pun ada juga. Jadi kalau ada sekolah Tamil ini bukan bererti kita tidak boleh majulah. So, saya sebagai satu contoh kepada tuan-tuan tadi. 'If there is a will, there is a way,' dalam Bahasa lnggeris dengan izin. Jadi tadi saya sudah diminta apa the Indian community buat untuk meninggikan taraf dia. Saya hendak menjelas.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Boleh minta laluan.

Tuan Ratnam all Muthiah: Encik hendak laluan boleh. [Ketawa]. Bukan parti PASini.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Ohoo, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ingatjuga ya. Bukan parti PAS. Terima I<Rsihlah. Saya cuma hendak tanya sik!·: Yang Berhoi'JTiat. Cerita tentang Yang Berhom1at tadi sejarah Yang Berhormat. Saya amat kagum sekali Tuan Yang di-Pertua, saya lihat daripada anak seorang yang dikatakan susah akhirnya boleh mencapai satu tahap di mana keluarganya telah berjaya. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat adakah ini disebabkan oleh rancangan kerajaan yang langsung tidak memikirkan diskriminasi kaum ataupun semata-mata oleh kerana Yang Berhormat sendiri merasakan tanggungjawab Yang Berhormat dengan bantuan kerajaan barulah dapat kita mencapai satu masyarakat yang be~aya tanpa kira kaum tanpa kira parti, tanpa kira ideologi masing-masing. ltu soalan saya Yang Berhormat.

Tuan M. Ratnam: Saya jawab soalan yang awal itulah. Dari kaum India juga ada banyak rancangan. Dalam MIC, kita sedar satu kaum boleh dinaik tarat hidup dia dengan cara pelajaran sahaja, through education only. Oleh sebab itu, MIC pada mulanya telah membeli Vanto Academy. Dan di akademi itu telah memberi peluang kepada budak-budak India belajar di situ. Apabila ini ditambah kita telah buat satu technical college di Seremban, 'TAFE College' yang bertaraf internasional. Di situ banyak peluang diberi bukan sahaja kepada orang-orang India, budak-budak Cina dan bumiputera juga. Selepas kita buat TAFE College kita sedar kita memerlukan satu universiti. Sekarang MIC telah memperoleh lebih kurang 200 hektar di Kedah dan sedang mendirikan satu universiti sains dan perubatan. lni di segi pelajaranlah.

Kita juga telah mewujudkan MIED (Maju Institute of Educational Development) dengan MIED kita memberi banyak pinjaman kepada budak-budak miskin dari keturunan India, ada juga sedikit budak Melayu dan sedikit budak Cina. Melalui MIED, MIC telah memberi pinjaman lebih kurang RM33 juta. This is 'a self-improvement program'. Untuk menaikkan ekonomi kita juga telah wujudkan MAIKA Holdings di mana orang-orang India diberi peluang melabur wang dari RM100 ke atas. lni satu peluang

DN.09.05.2001 43

kepada dia orang. Kita juga telah wujudkan MIC Unit Trust. Kita minta orang melaburlah. Tetapi seperti tuan-tuan faham orang India banyak yang miskin. 1.5 percent of the equity of the country dengan izin, di tangan dia. Macam mana dia hendak melabur.

Daripada segi perumahan, kita juga telah wujudkan Koperasi Pekerja Jaya dan kita telah mendirikan banyak rumah dari utara ke selatan, di banyak tempat dan menjualkan rumah-rumah itu kepada ahli-ahli koperasi itu dengan harga yang sangat rendah dan dengan keuntungan yang minimum. lnilah apa yang kita sudah buat.

Lagi, kita ada satu ....

Dato' Hamzah bin Zainudin: [Bangun]

Tuan M. Ratnam: One minute. After this for you. [Ketawa] Kita juga ada Kelab Sri Suruthi. lni juga menolong orang-orang yang susah mendapatkan surat beranak, yang tidak dapat kad pengenalan dan kebajikan-kebajikan yang lain. Jadi, sila.

Dato' Harnzah bin Zainudin: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan saya tadi ...

Tuan M. Ratnam: You punya I belum jawab. [Ketawa]

Dato' Harnzah bin Zainudin: Cuma saya hendak tambah sedikit. Semalam, kalau Yang Berhormat ingat, salah seorang daripada kawan-kawan kita, kakak kita ada bercakap semalam bahawa Parti Barisan Nasional hari ini yang menjadi kerajaan telah menggariskan satu sistem di mana parti-parti di dalam Barisan Nasional ini mempunyai konsep perkauman. Beliau mengatakan UMNO dengan cita-cita untuk membela nasib bangsa, agama dan negara. MIC untuk membela kaum India sahaja. MCA untuk membela kaum Cina sahaja.

Semalam ada kawan kita berkata tetapi dengan cara Yang Berhormat menjawab soalan saya tadi menunjukkan bahawa apa yang dikata oleh kakak saya semalam, Yang Berhormat Puan Jamilah bahawa konsep kita dalam Barisan Nasional, MIC untuk memikirkan apa kaum India hendak buat, apa kaum India hendakkan, apakah masalah kaum India supaya Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin mereka dapat duduk bersatu memikirkan mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang ada daripada parti-parti yang ada dalam Barisan Nasional.

Betul atau tidak Yang Berhormat?

Tuan M. Ratnam: Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, di TAFE College, 50% murid-rmrid di sit:J adalah daripada kalangan bu,i<an keturunan India. lni bererti kita bukan sahaja jaga kepentingan orang-orang India tetapi penduduk di negara kita iaitu Melayu, Cina dan lain-lain.

Pinjaman juga kita beri kepada yang bukan India. Jadi, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat pada hari semalam, itu pada pandangan saya adalah tidak benar. UMNO juga ada bantu orang India. MCA juga ada bantu orang India. Di MCA punya kolej di Ulu Klang, banyak budak India dan Melayu juga belajar. Jadi, ini membuktikan bahawa parti-parti daripada Barisan Nasional bukan chauvinistic, bukan jaga kepentingan orang dia sahaja [Tepuk]

Have I answered the question? [Ketawa]

Dato' Harnzah bin Zalnudin: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan M. Ratnam: Saya akan teruskan. Banyak gangguanlah. [Ketawa] Sekiranya ketua keluarga telah melebihi ...

Tuan Yang dl-Pertua: Bukan gangguan, you punya ucapan menarik.

Tuan M. Ratnam: Ya?

Tuan Yang dl-Pertua: You punya ucapan menarik, bukan gangguan.

Seorang Ahli: Jawapan bagus.

Tuan M. Ratnam: Oh, jawapan bagus. Terima kasih. [Ketawa] Orang barulah, takut-takutlah. [Ketawa] Sekiranya ketua keluarga telah melebihi syarat umur, maka salah seorang anaknya boleh diterima sebagai penjamin. Namun, hak rumah

44 DN.09.05.2001

tersebut patutlah didaftarkan di atas nama ketua keluarga tersebut. Sekiranya anak tersebut ingin membeli rumahnya sendiri setelah mempunyai keluarganya sendiri apabila dia berkahwin, maka beliau perlu diberi peluang untuk membeli rumah kos rendah jika beliau mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah wajibkan pemaju perumahan mengadakan tanah rizab 0.5 hektar untuk mendirikan rumah ibadat untuk penganut beragama bukan Islam sekiranya ada 2,500 orang terdiri daripada satu agama tertentu di satu kawasan perumahan baru.

Saya mencadangkan supaya syarat tersebut diubah dengan 100 buah rumah terdiri daripada satu agama tertentu di satu kawasan perumahan. Katakan, secara purata, setiap keluarga mempunyai 5 orang isi rumah, maka akan terdapat 500 orang penganut satu-satu agama di kawasan tersebut. Jumlah ini merupakan satu angka yang besar dan diamanahkan mereka akan berkumpul untuk menunaikan adat istiadat yang berkaitan dengan agama.

Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan yang mulia ini, ada satu kes di Sungai Pelek, daerah Sepang, Selangor di mana sekumpulan penganut Buddha telah menukarkan rumah kediaman sebagai tempat ibadat mereka. Kes-kes seumpama ini mungkin berlaku di tempat-tempat lain.

Saya berpendapat bahawa sekiranya syarat jumlah penduduk dikurangkan, maka pembinaan dan kemunculan tempat ibadat yang tanpa izin dapat dikawal.

Oengan ini, saya sokong Usul Menjunjung Kasih kepada Tuanku, di atas Titah Ucapan Tuanku pada 19 Mac yang lepas. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Abdillah.

3.38 ptg.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Titah Ucapan Diraja yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 19 Mac 2001.

Saya juga menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah ucapan Baginda yang sangat prihatin kepada kemakmuran negara dan juga kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kita hendaklah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dalam keadaan ekonomi m3gara kita, bahkan jU!Ja ekonomi sedunia yang masih lagi tidak rnener.tu, kerajaari telah dapat mengatur lallgkah-langkah d&.n s;rategi untuk meneruskan pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, semuanya ini adalah hasil daripada kepimpinan pemimpin negara kita yang berwibawa dan juga yang berwawasan sambil disokong oleh para pemimpin parti-parti komponen dalam Barisan Nasional. Dengan adanya kerjasama dan perpaduan di antara mereka, maka kita telah dapat mewujudkan kestabilan dalam politik negara dan seterusnya kita dapat membangunkan ekonomi negara dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong, Baginda telah mengingatkan kita semua supaya bersama-sama menjaga keselamatan negara dan juga mengelak daripada perkara-perkara yang boleh merenggangkan perpaduan.

Tuan Yang di-Pertua, peringatan ini adalah panting dan harus dilihat dengan serius oleh semua lapisan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara kita ini. Memang tidak dinafikan bahawa kerajaan telah banyak mengadakan kegiatan untuk memupuk dan mempertingkatkan perpadutm di kalangan rakyat tetapi saya selalu bertanya kepada diri saya sendiri dan mungkin juga dapat saya bawa ke dalam Dewan yang mulia ini untuk kita bersama-sama meninjau sama ada apa yang telah kita buat itu mencukupi ataupun sama ada kita berpuas hati dengan perpaduan yang sudah ada di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, dalam dunia yang sudah tidak ada sempadan ini di mana kita sudah berada dalam arus globalisasi, maklumat telah beredar dari sebuah negara ke sebuah negara dengan pantas. Tiap-tiap perkara yang berlaku di negara

DN.09.05.2001 45

yang lain boleh kita ketahui dalam masa yang singkat dan tentu sekali ianya boleh mempengaruhi rakyat.

Kita telah melihat bagaimana di negara-negara Balkan, bahkan juga di negara jiran kita telah berlakunya pertumpahan darah disebabkan oleh pertelingkahan kaum dan ini telah membuat saya berfikir sama ada apa yang telah kita buat untuk mempertingkatkan perpaduan di negara ini sudah cukup ataupun kita perlu lagi mencari jalan untuk membaikkannya supaya negara kita akan dapat terus berada dalam keadaan makmur dan rakyat akan terus berada dalam keadaan sejahtera. Bukan sahaja untuk masa kita pada masa kini, bahkan juga untuk generasi baru di masa-masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, perpaduan tidak cukup hanya disebut. Perpaduan mestilah kita rasai, mesti kita lihat dan mesti kita amalkan dan kita tidak dapat mengharap hanya Jabatan Perpaduan Negara sahaja mencari jalan bagaimana meningkatkan perpaduan di negara ini. Sepatutnya perpaduan ini dimainkan oleh semua lapisan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Prasarana (infrastructure) untuk menggalak perpaduan harus diadakan dan suasana untuk memupuk perpaduan harus ada dan saya ingin bertanya sama ada situasi seperti begini dapat kita wujudkan di sekolah, di tempat bekerja, di kawasan perumahan dan di mana-mana sahaja rakyat kita berada.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat dan memandang perpaduan dari segi maksud perpaduan sebenamya iaitu perpaduan di mana rakyat kita daripada berbilang kaum dan lapisan rakyat dapat hidup bersama-sama dan tidak ada prasangka di antara satu sama lain dan jikalau ada perkara-perkara yang mungkin sensitif, ianya tidak harus disimpan dalam hati tetapi seharusnya dibawa berbincang dan mesti dibincangkan melalui saluran yang tertentu dan tidak digembar-gembur melalui surat khabar, kerana takut ianya akan menjadi satu perkara yang boleh menyebabkan rusuhan berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, dengan hasrat seperti ini, maka saya berharap cendekiawan kita yang ada di universiti-universiti membuat kajian ataupun membuat penyelidikan, bukan sahaja di satu lapisan masyarakat tetapi kalau dapat di semua lapisan masyarakat daripada semua kaum di negara ini untuk meninjau sejauh mana kita sudah berada dalam satu tahap perpaduan yang kukuh bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, kita di Malaysia berasa bersyukur dan bangga kerana kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan untuk rakyat, dan satu-satunya ialah perumahan untuk rakyat yang berpendapatan n~ndah dan juga untuk rakyat yang diam dalam kawasan setingl1an. Kawc:san setinggar~ nemang tidak dapat dielakkan, ianya memang akan wujud kerana negara kita ini membangun. Di mana-mana kita mempunyai pembangunan, rakyat kita dari luar bandar dan dari negeri-negeri lain pun akan datang berkerumun di tempat di mana pembangunan itu ada dan dengan sendirinya tumbuhlah kawasan setinggan. Jadi, usaha kerajaan untuk menempatkan rakyat kita yang datang dari luar bandar dan juga yang berpendapatan rendah dalam kawasan perumahan yang mempunyai harga berpatutan ataupun affordable home, dengan izin, adalah dialu-alukan.

Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membawa Dewan yang mulia ini meninjau beberapa kawasan perumahan kos rendah. Pada masa ini terdapat rumah-rumah kos rendah yang masih lagi mempunyai dua bilik. Sudahlah dua bilik, terlalu kecil pula. Selalunya rakyat yang berpendapatan rendah diam dalam rumah itu dengan keluarga mereka yang lain ataupun dengan izin, extended family. Dengan keadaan seperti ini dua bilik tentu tidak mencukupi. Dengan adanya keadaan seperti ini, anak-anak mereka susah untuk mencari tempat untuk belajar. Oleh yang demikian, dalam kita cuba mengelakkan satu masalah, kita juga menimbulkan satu masalah yang lain di kawasan perumahan ini iaitu masalah sosial. Cuba kita lihat keadaan di mana terdapat anak-anak yang pergi ke sekolah di waktu pagi tidak mahu balik waktu tengah hari dan petang kerana tidak ada tempat di rumah mereka untuk belajar dan tiada juga tempat dalam kawasan perumahan itu untuk mereka belajar. Oleh yang demikian, mereka Iepak dan mereka balik ke rumah pada waktu tengah malam hanya untuk tidur.

Sehubungan dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan supaya kemudahan awam untuk kegunaan bersama diadakan di kawasan perumahan

46 DN.09.05.2001

kos rendah. Kemudahan ini ialah seperti, dengan izin, common reading rooms dan tempat-tempat untuk mereka bermain olahraga. Dengan cara begini, bukan sahaja anak-anak penghuni rumah kos rendah itu dapat mempunyai kemudahan untuk mereka belajar tetapi mereka juga akan dapat berinteraksi sesama sendiri dan ini adalah satu perkara yang balk jikalau dalam kawasan itu terdapat penghuni-penghuni berbilang kaum kerana dengan sendirinya mereka akan dapat memupukkan lagi perpaduan di kalangan semua kaum.

Saya sedar bahawa kemudahan seperti ini akan memakan belanja yang besar bukan sahaja untuk menyediakan kemudahan asas, bahkan juga untuk maintenance, dengan izin, dan juga untuk mengawal kawasan itu supaya ianya teratur. Walau bagaimanapun, kalau dibanding darl segi kos untuk membesarkan bilik dan menambahkan bilik, saya percaya kos kemudahan untuk common usage ini, dengan izin, mungkin lebih murah darlpada kos membesarkan bilik dan menambahkan bilik. Saya berharap pihak yang berkenaan akan dapat membuat kajian ke atas perkara ini.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, kita juga berasa bangga dengan pendidikan di negara kita Malaysia yang kita cintai ini. Kalau kita meninjau sejarah kemajuan pendidikan di negara kita ini, kita memang berasa terharu apabila kita melihat betapa banyak sudah jumlah sekolah yang dapat kita bina, maktab-maktab dan universiti­universiti yang telah dibina oleh kerajaan semenjak merdeka. Tentu sekali kita akan berasa bangga kerana kemudahan ini saya fikir kalau dibanding dengan negara-negara jiran kita sudah tentu kita melebihi mereka, kecuali jiran kita di selatan Semenanjung Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah banyak bukan sahaja menyediakan sekolah-sekolah untuk pendidikan akademik, bahkan juga menyediakan tempat-tempat latihan untuk memperolehi kemahiran seperti IKM, Giat MARA, skill centre, politeknik dan sebagainya. Walau bagaimanapun saya ingin membawa ke Dewan yang mulia ini untuk kita meninjau bersama-sama kaedah mengajar dan cara ilmu itu disampaikan di peringkat sekolah rendah iaitu dari da~ah satu sehingga da~ah enam. Saya mendapati caranya selalu berubah dan kandungannya pun kadang-kadang terlalu payah untuk kita yang dewasa ini faham. Saya percaya ini adalah disebabkan oleh perubahan yang berlaku dan saya bersetuju perubahan itu mesti dan tetap berlaku, apatah lagi dengan adanya perubahan yang dibawa oleh perubahan dalam pembangunan teknologi, dan tentu sekali kita tidak mahu hidup ke belakang kerana kita mahu hidup ke hadapan sealiran dengan semua arus pembangunan.

Tetapi apa yang saya mahu sarankan ialah supaya kementerian membuat satu kajian dan penyelidikan bagaimana ibu bapa akan dapat ikut sama mengajar anak­anak mereka di rumah terutama sekali dalarn peringkat da~ah sutu hingga da~ah enam. Pada masa ini saya percaya tidak banyak orang yang dapat memberi panduan ataupun bimbingan kepada anak-anak mereka dalam darjah satu hingga darjah enam kerana kaedah pembelajaran anak-anak mereka adalah sangat berlainan. Situasi seperti ini telah menyebabkan kebanyakan daripada ibu bapa yang sudah begitu sibuk dengan peke~aan masing-masing terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas­kelas tuisyen. Memang tidak dinafikan semua ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka maju dan berlumba-lumba untuk mendapat pencapaian yang balk dalam peperiksaan. Oleh yang demiklan mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen dan keadaan seperti ini ini sudah tentu merenggangkan hubungan di antara anak-anak dengan ibu bapa mereka selepas waktu sekolah.

Saya berpendapat pada peringkat awal anak-anak kita pergi sekolah dari darjah satu hingga ke darjah enam, pembelajaran mereka di sekolah dan pergaulan mereka dengan kawan-kawan mereka dan juga guru-guru mereka harus kita supplement, dengan izin, di rumah dengan penglibatan ibu bapa. Jadi, dengan itu saya berharap kaedah mengajar dari darjah satu ke darjah enam itu dipermudahkan supaya ibu bapa juga dapat membimbing anak-anak mereka belajar di rumah dan dengan sendirinya hubungan ini akan dapat menimbulkan satu situasi di mana ibu bapa dan anak-anak itu akan dapat lebih faham-memahami masing-masing dan menimbulkan kemesraan yang berpanjangan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin juga meninjau alam sekitar. Kalau kita mempunyai rumah yang balk dan pendidikan yang balk kita juga perlu hidup dalam alam sekitar yang aman dan sihat dan bebas daripada pencemaran. Negara kita sama juga seperti negara yang sudah membangun yang lain walaupun kita masih dalam peringkat pertengahan sudah mengambil banyak langkah-langkah untuk menentukan

DN.09.05.2001 47

supaya kawalan ke atas alam sekitar kita te~aga. Tetapi usaha kita mempertingkatkan kawalan ke atas alam sekitar kita akan terjejas sekiranya jiran-jiran kita tidak mengambil berat tentang alam sekitar mereka. Pencemaran dari negara-negara mereka sudah tentu mempengaruhi dan menjejaskan keadaan sistem alam sekitar negara kita. Oleh yang demikian, saya berharap di peringkat ASEAN, negara kita akan berusaha memastikan supaya negara jiran akan juga mengawal kebersihan alam sekitar mereka supaya ianya tidak merebak ke negara jiran yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan alam sekitar ini, saya ingin juga bertanya sama ada kerajaan telah membuat persiapan untuk menangani sisa-sisa komputer. Seperti mana yang kita maklum, kita pada masa ini sudah banyak mempunyai komputer dan di masa-masa yang akan datang, jumlah komputer kita akan menjadi semakin bertambah. Persoalannya di manakah kita hendak membuang sisa­sisa dari komputer ini kelak?

Jika kita melihat komponen yang ada dalam komputer, sisa-sisanya adalah terdiri daripada plastik, logam, kaca bahkan juga bahan-bahan toksik seperti mercury, plumbum, cadmium dan saya ingin bertanya apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ini di masa yang akan datang. Saya telah difahamkan di negara Eropah, sebagai contoh, kerajaan-kerajaan mereka sedang menggubal satu undang-undang yang memastikan pembuat-pembuat komputer menjadi bertanggungjawab untuk, dengan izin, recycle sisa-sisa daripada komputer.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin bercakap tentang harga media cetak terutama sekali surat khabar. Surat khabar adalah satu-satunya media yang boleh menghubungkan rakyat seluruh Malaysia, apatah lagi rakyat di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak tetapi terdapat perbezaan dalam harga surat khabar itu. Sebagai contoh, di Semenanjung The New Straits Times harganya RM1, di Kuching harganya RM1.50, di Miri dan di Kota Kinabalu harganya RM1.60. Bagi rakyat biasa perbezaan 50 sen itu adalah besar.

Kita perlu menyebarkan maklumat nasional kepada kawasan-kawasan kita yang lain dan mungkin harga boleh menjadi satu penghalang. Memang tidak dinafikan harga ini terpaksa mahal disebabkan oleh kos pengangkutan tetapi dengan adanya sistem elektronik sekarang saya percaya kos seperti ini dapat dikurangkan melalui penghantaran news ataupun berita secara elektronik dan kemudian dicetakkan dalam media cetak untuk edaran dan pengagihan di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu caranya juga untuk kita memperkuatkan lagi perpaduan di antara rakyat di Sabah, di Sarawak dan juga di Semenanjung.

Tuan Yang di-Pertua, kita selalu bangga apabila kita merr•punyai tet:tm'J asing datang ke negara kita dan sebagai satu bahan ucapan kita dalam promosi pelancongan, kita mengatakan negara kita kaya dengan rakyat yang berbilang kaum, yang mempunyai budaya yang kaya dengan keistimewaan masing-masing dan bahasa masing-masing tetapi saya ingin bertanya sama ada Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini tahu berapa banyakkah kaum-kaum yang ada di negara kita ini dan di manakah tempat mereka duduk dan tinggal dan apakah bahasa yang mereka gunakan dan bagaimanakah corak budaya mereka. Saya pasti kebanyakan daripada mereka tidak tahu.

Jadi, saya ingin mencadangkan kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kalau dapat membuat kajian dan merakam banyak lagi bahasa-bahasa dialek bagi kaum-kaum kita terutama sekali di Sabah dan Sarawak, untuk dirakam dan kemudian diperkenalkan kepada rakyat melalui RTM supaya ianya akan dapat menghubungkan kita lebih rapat lagi dan seharusnya kita akan lebih faham dengan apa yang kita ceritakan kepada orang luar iaitu negara kita bukan sahaja mempunyai berbilang kaum, bahkan berbilang budaya dan cara hidup dan bahasa.

[fimbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia telah berbelanja begitu banyak untuk membina jalan raya yang indah-indah, besar, panjang dan rakyat juga mempunyai rezeki yang murah untuk dapat membeli kereta yang baik-baik dan kerajaan juga telah menggubalkan undang-undang di mana sesiapa sahaja yang tidak menghormati undang-undang jalan raya dan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akan diberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan masing-masing tetapi dukacita Tuan Yang

48 DN.09.05.2001

di-Pertua, semakin banyak langkah-langkah yang kita buat, semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku.

Yang paling kita sedih ialah kemalangan yang melibatkan Iori, yang melibatkan bas di mana penumpang-penumpang yang tidak berdosa telah menjadi mangsa kemalangan jalan raya itu. Saya tidak perlu memberi contoh-contoh kerana tiap-tiap kali kita membaca surat khabar kita akan terbaca kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas dan Iori di mana selalunya penumpang yang menemui ajal manakala, pemandunya selamat.

Jadi, soalan yang ingin saya tanya di sini, di manakah letak kesilapannya. Adakah kesilapan itu daripada segi kemudahan yang kita beri untuk jalan raya ataupun undang-undang yang ada ataupun pendidikan yang tidak kita beri kepada mereka yang harus bertanggungjawab itu. Jadi, di sini saya berpendapat adalah baik tiap-tiap pemandu bas dan Iori, apabila mereka menduduki peperiksaan untuk mendapat lesen memandu, mereka harus juga lulus peperiksaan tatatertib jalan raya, disiplin jalan raya dan tanggungjawab mereka sebagai pemandu Iori dan bas.

Kita juga harus meyakinkan mereka bahawa apabila mereka tidak menghormati undang-undang jalan raya mereka bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri tetapi juga membahayakan nyawa orang lain dan bayangkanlah apabila mereka membunuh seorang ayah dalam kemalangan jalan raya betapa menderitanya isteri dan anak yang bergantung nafkah kepada si ayah ini. Memang jelas bahawa kecuaian pemandu yang tidak mempunyai timbang rasa boleh membunuh pengguna jalan raya yang lain dan menyusahkan keluarga mereka.

Kelmarin Yang Berhormat Puan Jamilah ada mengatakan, betapa susahnya keluarga yang berada di rumah apabila si suami ditangkap di bawah ISA. Saya rasa penderitaan kaum keluarga di rumah mungkin lebih teruk lagi apabila orang yang tukang beri mereka makan mati di tengah jalan disebabkan oleh kecuaian pemandu­pemandu bas dan Iori.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan bagi mereka yang sudah ada lesen mereka patut dipanggil batik untuk diberi kursus induksi tentang tatatertib jalan raya dan bagi mereka yang didapati bersalah melanggar undang-undang jalan raya tetapi belum sempat membunuh pengguna jalan raya yang lain, kita harus rehabilitate, dengan izin, ataupun memulih mereka ini supaya sedar dengan tanggungjawab mereka masing-masing.

Jadi, kita harus melihat masalah ini secara proaktlf. Saya rasa hukuman tidnklah sebaik seperti preventive measures yang harus kita buat.

Oatuk Long btn Jidin: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan.

Oatuk Long bin Jidln: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana saya diberi laluan oleh Yang Berhormat. Saya tertarik tentang perbahasan Yang Berhormat berkaitan dengan kemalangan jalan raya. Rata-rata bukan sahaja Yang Berhormat dan ramal pihak apabila ber1aku kemalangan jalan raya mereka akan mengatakan bahawa kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu ataupun yang membawa kenderaan.

Saya ingin mendapat komen ataupun penjelasan daripada Yang Berhormat, kalau kita tengok secara realiti di sesuatu kawasan kemalangan biasanya tempat itu ada ber1aku kemalangan, terus ber1aku kemalangan. Adakah apabila manusia ini memandu sampai tempat itu dia terus lalai, cuba Yang Berhormat perhatikan di mana­mana jalan raya ada JKR bubuh tanda, dia kata '1ni kawasan kematangan" dan biasanya di kawasan itu memang terus menerus ber1aku kemalangan.

Jadi, realitinya adakah benar apabila sampai ke kawasan itu manusia ini akan lalai menyebabkan ber1aku kemalangan di tempat itu, satu. Yang kedua, pada sesi yang lepas saya tidak berapa ingat, saya ada menyatakan kemalangan jalan raya kadangkala berlakunya disebabkan oleh kecuaian, itu sudah pasti, manakala menentukan had laju kenderaan yang telah ditetapkan, yang ditulis 60 km/j atau 90 km/j saya rasa perlu dikaji semula.

Kalau 90 km/j bawa Mercedes, kemungkinan dia mengantuk, ada orang bawa Mercedes mungkin 120 km/j baru lebih stable untuk dirinya. Kalau memandu Mercedes

DN.09.05.2001 49

90 km/j, Kancil potong sebab dia bawa 120 km/j. [Ketawa] Jadi, saya pemah mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini seharusnya kerajaan mengkaji untuk menentukan had laju sesuatu tempat itu haruslah bergantung kepada c.c ataupun kapasiti kenderaan seperti bawa Iori ataupun bas, paling laju 70 km/j, paling slow kawasan tertentu 60km/j. Kalau Kancil paling laju sepatutnya 60 km/j sahaja, tidak bolehlah 120 km/j. Kalau Mercedes bolehlah 120, [Ketawa] Apakah pendapat Yang Berhormat tentang apa yang saya nyatakan tadi? Sekian, terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada laluan kedua ya.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Hendak menambah.

Timbalan Yang di-Pertua: Hendak menambah. Jemput.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Mencelah dan menambah. Saya rasa kalau sekiranya pandangan Yang Berhormat tadi mungkin kita banyak menggunakan papan tanda, nampak kereta Mercedes 100, kereta Kancil- [Ketawa] Jadi susah.

Jadi, saya ingin mencadangkan satu lagi cadangan berkenaan dengan perkara ini kita limitkan daripada segi maksimum, tahap maksimum kelajuan itu dalam kereta itu sendiri kerana Tuan Yang di-Pertua, saya memang bersetuju dengan sahabat saya. Saya selalu pergi ke Temerloh, ke Kuantan dari Kuala Lumpur, memang ada kereta-kereta Kancil ini 'menciput' cakap orang Temerloh... [Ketawa] .. .'Menciput' cabut lari. 'Menciput' ini Tuan Yang di-Pertua, dia laju sangat, dia mencelah-celah terus ke depan, kita pun tidak sedar.

Jadi, kereta macam kereta Kancil sepatutnya - saya minta maaf kepada Si Kancil [Ketawa] ... Sepatutnya maksimum daripada segi kelajuannya kita tentukan tahap dia tidak lebih daripada 80 misalan dikatakan, 80 atau 70 kerana kereta yang kecil ini .......

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak laku Kancil nanti kalau 70 ....

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: .... tidak, sebenamya dia hendak menuju dari 'A' kepada 'B' tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok ini tidak ada lagi survey, saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua, kalau ada dibuat satu kajian berapa banyak kereta Kancil yang menemui accident kerana apabila bertembung sahaja dengan kereta-kereta lain, dia mesti hancur punya.

Jadi, saya mintalah terutamanya Kancil kerana saiz kapasitinya tidak berapa be:;ar dan ringan, berat tidak berapa berat, hendak comer pun takut clia meltmting­len~ing, jadi, mengehadkan daripada segi maksimumnya tidak lebih darijlada 7L1 atau 80 kilometer sejam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput ....

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tlmbalan Yang di-Pertua: ... Yang Berhormat Abdillah.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pandangan walaupun dalam bentuk soalan .. [Ketawa] .. daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Datuk Long bin Jidin dan Dato' Abdul Aziz.

Sebenamya apa yang ingin saya kemukakan di sini ialah pemandu-pemandu bas dan Iori sebab kemalangan jalan raya yang melibatkan bas dan Iori adalah paling dahsyat. Bayangkan jikalau ada yang menjadi mangsa bukannya seorang dua sahaja tetapi melibatkan sampai lebih daripada lima orang. lnilah maksud dan tujuan saya membawa perkara ini di Dewan yang mulia ini.

Walau bagaimanapun, pertanyaan Datuk Long bin Jidin tadi ialah mengapa kemalangan kerap berlaku di tempat yang sama walaupun terdapat tanda amaran di situ. Saya berpendapat ianya perlukan kajian daripada pihak-pihak yang tertentu kerana kalau saya hendak menjawab dan memberi pandangan saya secara spontan, saya rasa tidak adil. Baik ianya diselidik dengan secara mendalam supaya dapat menyelesaikan masalah yang sebenarnya. Begitu juga dengan pandangan daripada Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz yang mana perlu kita buat kajian bukan sahaja dari segi fizikal kereta itu bahkan juga dari segi sosial seperti keinginan dan lingkungan umur pemandu dan sebagainya.

50 DN.09.05.2001

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan ucapan saya tentang kelambatan ataupun kelewatan penghantaran surat melalui pos. Sebenamya perkara ini sudah lama ada dalam hati saya, saya simpan sahaja. Hendak bawa ke dalam Dewan ini, sudah beberapa kali, tetapi saya fikir, ah! Perkara kecil. Pernah dua, tiga tahun dahulu Setiausaha Dewan Negara mengirim bil-bil untuk dibincangkan di Parlimen ini tetapi lewat sampai. Selepas balik dari mesyuarat Dewan ini baru bertemu, baru melihat parcel itu sampai di pejabat saya. Pemah juga saya menghantar surat melalui Pos Laju dari Kuching sampai ke Miri, kalau saya pakai kereta, bawa kereta barangkali dalam 12 jam saya boleh sampai ke Miri membawa surat itu tetapi melalui Pos Laju. Lebih satu minggu baru surat itu sampai.

Baru-baru ini saya terbaca dalam surat khabar ada orang menulis pasal surat di Kuala Lumpur pun tidak sampai, sampai tiga bulan. Jadi, sebenamya Tuan Yang di­Pertua, saya berasa hairan kenapa, satu daripada sebab kita mengadakan privatization ini dahulu ialah untuk menjadi efisien dan cekap tetapi setelah di privatized banyak juga badan-badan yang di privatized itu tidak cekap. Sebagai contohnya ialah perkhidmatan Pos. Perkara ini bukannya perkara remote, dengan izin ataupun isolated cases Tuan Yang di-Pertua, perkara ini berlaku selalu.

Jadi, kita hendak mintalah badan-badan yang berkenaan buat tinjauan di mana letaknya kelemahan sehingga surat yang begitu panting datang kepada si penerima dalam satu tempoh yang begitu panjang sehingga surat itu sudah menjadi tidak berguna lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga bimbang melihat banyaknya berlaku keadaan kecurian meragut, mungkin di sini saya tidak tahulah. Kalau di Sarawak banyak juga kes meragut beg tangan berlaku di mana pencuri pakai motosikal apabila melihat wanita bawa beg terus meragut beg itu dari tangan mereka. Perkara ini bukannya berlaku satu dua kali sahaja tetapi banyak kali dan ada juga pencuri yang tukang potong kita punya poket dengan pisau yang tajam. Habis hilang duit dan beg dia ambil.

Jadi, persoalan saya di sini, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak yang berkuasa. Memang benarlah mereka selalu memberi nasihat dalam radio mengatakan berjaga-jagalah apabila pergi bank, wanita-wanita jagalah, kepitkan beg itu dengan baik-baik tetapi walaupun kita mengambil tindakan seperti ini kecurian meragut masih juga berlaku dan banyak telah dilaporkan dalam berita kehilangan duit dalam beg yang berjumlah kadang-kadang daripada RM200 sehingga RM8,000. Ada juga yang hilang pasport, ada juga yang hilang I.C. macam-macam lagi yang menyebabkan kesulitan kepada mangsa.

Jadi, saya m'31ihat daripada tindak-tanduk, cara pencuri ini mereka ini adalah teratur (organized). M£>reka mengintip, melihat di mana mangsa mereka pergi sebelum meragut dan jikalau mereka boleh begitu we// organized dan teratur kenapa pula polis kita tidak dapat teratur dan organized, menggunakan baju preman, bergaul dengan mereka mungkin dan tangkap mereka.

Jadi saya memang memuji pihak polis dengan kerja-kerja yang telah mereka buat, menangkap perkara-perkara yang besar-besar, tetapi perkara kecil-kecil ini tidak boleh juga diringan-ringankan kerana dari kecil akan menjadi besar, macam api kalau kecil lebih balk kita kawal semasa dia kecil, jangan tunggu api itu menjadi besar. Jadi saya berharap pihak yang berkenaan akan dapat mengkaji cara-cara yang leblh berkesan untuk menangani masalah ini kerana di akhir-akhir ini jenayah ini kerap berlaku mungkin juga disebabkan oleh keadaan ekonomi kitakah ataupun cara pemuda-pemuda kita bergaulkah kerana banyak di sana sini tumbuh macam cendawan selepas hujan tempat-tempat karaoke, tempat disko, di mana banyak muda mudi kita berada. Mungkin tempat seperti ini merupakan satu dorongan untuk mereka mencari wang lebih. Jadi saya berharap pihak tertentu akan dapat meninjau dan mencari jalan bagaimana jenayah ini dapat ditangani.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada apa-apa perkara lagi yang hendak saya ucapkan, yang hendak saya bahaskan kerana kalau ada pun saya tidak mahu membawanya ke sini kerana facts saya, dengan izin, tidak mencukupi, dengan itu maka saya menyudahi perbahasan sekali lagi dengan menyokong Titah Ucapan Diraja yang telah dibentangkan pada 19 Mac 2001. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Safinah.

DN.09.05.2001 51

Puan Safinah binti Jusoh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim [Membaca sepotong ayat berbahasa Arab] dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan ucapan Menjunjung Kasih ke atas Duli Tuanku dengan memetik firman Allah S.W.T dalam surah Sabat ayat 15- 16 yang berbunyi [Membaca sepotong ayat AI Quran] yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kaum Sabat ada tanda kekuasaan Tuhan di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun yang sebelah kanan dan sebelah kiri. Kepada mereka dikatakan, makanlah oleh mu dari rezeki yang dianugerahkan Tuhanmu dan bersyukur/ah kamu kepadaNya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhan mu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami gantikan kedua kebun yang ditumbuhi pohon-pohon yang pahit, yang berbuah pahit, pohon athal dan sedikit daripada pohon sidr. "

Tuan Yang di-Pertua, prestasi ekonomi negara sehinggalah tahun 1996 adalah begitu tinggi dan stabil. Semua berbangga dengan keadaan ini sehinggalah kedapatan pihak yang semakin ghairah untuk mengejar pembangunan projek-projek mega dan mewah, menyebabkan mereka lupa akan asas sebenar kemajuan dan pembangunan tersebut, tanpa memastikan terlebih dahulu permasalahan dan kebarangkalian-kebarangkalian mendatang jangkauan ekonomi masa hadapan dan seterusnya mungkin terlupa untuk memikirkan pelan-pelan contingency, prinsip priority dalam pembangunan dan pembuatan keputusan. Konsep-konsep kos melepas yang terpaksa ditanggung oleh rakyat seandainya kekayaan negara digunakan untuk projek­projek yang kurang bermakna dan kurang bermanfaat untuk rakyat teramai sebagai mendukung salah satu prinsip dalam pemerintahan demokrasi.

Kesannya dapat kita lihat betapa menjelang tahun 1997 ekonomi negara bergoncang, sumber rezeki rakyat jelata terurai. Beberapa projek kecil, sederhana dan besar terbengkalai. Ketika itu masing-masing menuding jari mencari kesilapan dan kelemahan lantas bila tidak berdaya menanggungnya maka penyangak mata wang dipersalahkan. Dalam perkara ini bukan setakat itu sahaja bertebaranlah juga pandangan yang mengatakan bahawa ini adalah agenda Zionis Yahudi kerana George Soros itu Yahudi, sedangkan tidak berapa lama sebelum itu Perdana Menteri jugalah yang mencadangkan kepada rakyat Malaysia untuk mengambil sikap berbaik-baik dengan kaum Yahudi dalam insiden pasukan kriket Israel yang datang ke Malaysia sebelum itu. Rakyat yang tidak senang hati dengan peristiwa itu dikenakan tindakan yang tidak sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini pula kemerosotan ekonomi yang berlaku di Amerika telah memberi kesan yang cukup ketara dan membimbangkan terhadap prestasi ekonomi dunia keseiuruhannya. Malaysia yang baru melepasi tempoh kritikal ekonomir.ya selepas kegaw~tan ekcnomi yang melanda r•egara pada tahun 1.197 itu kini sekali lagi terhimpit. Apa yang berlaku di Amerika itu jelas memberi impak membimbangkan ke atas pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertarna tahun 2001.

Lebih ketara bahang kemerosotan ini sudah semakin dirasai oleh beberapa sektor utama negara terutamanya sektor pengeluaran khususnya di bidang elektronik. Peluang peke~aan dalam sektor dibekukan kembali di kebanyakan firma-firma perkilangan. Bukan setakat itu sahaja bahkan terdapat juga peke~a-peke~a yang terpaksa diberhentikan oleh majikan menerusi cara dan pendekatan yang pelbagai. Kini menyebabkan sumber nafkah mereka sebelum ini terhenti dan mahu tidak mahu ianya akan meninggalkan kesan negatif terhadap pembangunan sosioekonomi negara baik daripada sudut pendapatan per kapita, usaha-usaha mengurangkan kemiskinan, permasalahan sosial dan seumpamanya.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan, keseluruhan pekerja pengeluaran termasuk di sektor elektronik adalah 1.046 juta orang sehingga November tahun 2000 manakala jumlah gaji dan bayaran berkaitan untuk tempoh tahun itu be~umlah RM15.7 bilion. Kebanyakan mereka ini pula merupakan belia-belia tempatan. Namun dek kerana kelembapan Amerika ia telah menjejaskan sektor elektronik dan semi-conductor sehingga menyebabkan kejatuhan 60% pada suku pertama tahun 2001. Jadi, ini menampakkan kepada kita betapa pergantungan sektor ini terhadap pasaran di Amerika Syarikat yang begitu tersangat kuat.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan situasi tersebut menampakkan kepada kita bahawa ini adalah suatu bukti betapa landasan dan asas ekonomi negara tidaklah

52 DN.09.05.2001

sekukuh dan semantap yang digambarkan sehingga kita boleh mendabik dada berbangga. Saya tidak mengatakan bahawa kita tidak perlu bersyukur dengan apa yang ada tetapi kita perlu mengatur, merancang dan menjana segala sumber yang terhad ini dengan bijaksana, dengan penuh keinsafan dan rasa perhambaan ukbudiah kita kepada Allah S.W .T di samping kita terus berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang ingin saya tekankan di sini ialah soal kebenaran, perancangan dan tindakan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada seorang minta laluan.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di­Pertua, saya hendak bertanya sedikit dengan Yang Berhormat apabila Yang Berhormat mengatakan ekonomi kita ini jatuh disebabkan kita banyak menaruh harapan kepada orang luar yang membawa masuk investment ke dalam negara kita. Akhirnya apabila ekonomi kita hari ini jatuh disebabkan mereka lari daripada negara, itu pendapat saya bila saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat juga berkata bahawa ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak merancang secara yang terbaik. Apakah Yang Berhormat pernah memikirkan cara mana untuk kerajaan merancang dengan lebih baik supaya Yang Berhormat tidak payah menimbulkan lagi seolah-olah kerajaan hari ini langsung tidak dapat memikirkan tahap ekonomi yang mungkin lebih baik daripada yang pernah kita capai sebelum ini.

Saya mahu kalau boleh kalau Yang Berhormat kata bahawa kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Barisan Nasional, langsung tidak tahu bagaimana merancang seharusnya Yang Berhormatjuga dalam Dewan hari ini membuat cadangan bagaimana caranya. Sebagai satu contoh, sektor perladangan, kalau hendak katakan kelapa sawit, kita adalah salah satu negara yang besar, salah satu negara yang besar pengeluar minyak kelapa sawit. Kalau kita hendak katakan dari segi bahan elektronik, barang-barang elektronik, kita juga merupakan salah satu negara yang besar yang mengeluarkan bahan-bahan elektronik. Kalau kita hendak mengatakan dari segi sektor petroleum, kita juga memainkan peranan yang begitu besar sehinggakan Petronas hari ini melabur bukan hanya dalam negara kita tetapi juga beberapa negara di luar negara kita. Bukankah nampak bahawa kerajaan hari ini dapat merancang kalau pun ianya terhimpit dalam negara sekurang-kurangnya kita boleh membawa Petronas untuk melabur di luar negara sekurang-kurangnya dapat membawa kembali keuntungan daripada luar negara ke dalam negara. lni menunjukkan bahawa pemimpin kita hari ini tahu, prihatin, merancang bagaimana untuk kita mencapai satu tahap ekonomi yang baik. Jadi kalau Yang Berhormat kata semua tidak betul kerajaan buat, bagaimana cadangan Yang Berhormat untuk sekura~g-kurangnya nampak seolah-olah ekonomi ini dapat bertahan dengan cadangan Yang Berhormat, silakan Yan~~ Berhormat

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, hendak tambah sedikit. Jadi Yang Berhormat, semalam semasa saya mencadangkan Usul Junjung Kasih kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, saya ada menyatakan, kerajaan Barisan Nasional salah sebuah kerajaan di muka bumi ini yang menjemput sepenuh ikhlas parti-parti pembangkang untuk menyertai, memberi buah fikiran, merancang. MAPEN2 ini kalau Yang Berhormat tengok, 12 orang ahli UMNO, MCA, MIC dan pelbagai parti lagi tetapi tidak nampak parti PAS, KeADILan, DAP, semua boikot, tidak mahu menyertai. Saya menyertai bagi pihak UMNO dan kita mohon jasa baik daripada PAS, daripada parti pembangkang untuk memberikan buah fikiran kerana ini sebenamya Tuan Yang di-Pertua adalah menjadi asas kepada perancangan OPP3 dan RMK-8. Tetapi kalau sekiranya tidak menyertai bagaimana sekarang ini boleh bercerita, ah kita tidak merancang dengan baik. Bank Dunia mengatakan kita merancang dengan baik sejak wujudnya Malaysia. IMF pada satu ketika melambung-lambung memberikan penghargaan yang baik, Allah sahaja yang mengetahui tetapi kita dalam masa yang sama mestilah akur ke atas tahap pemikiran kita.

Jadi saya amat bersetujulah dengan Yang Berhormat sahabat saya kalau sekiranya benar-benar parti PAS, mana-mana parti sekalipun, setelah dijemput untuk menghadiri, menyertai dengan penuh ikhlas pucuk pimpinan Barisan Nasional, Dr. Mahathir panggil semua, tidak ada yang datang. Jadi saya amat terkilan, cara mana lagi yang boleh kita jemput untuk kita boleh bermuzakarah dalam hal-hal perancangan bagi bangsa, agama dan tanah air, itu yang saya hendak tanya.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Safinah.

DN.09.05.2001

Puan Hajah Puizah Haji Abu Kassim: Sambung sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa cukup dahulu.

53

Puan Safinah binti Jusoh: Apa yang diberitahu kepada saya berhubung dengan MAPEN iaitu penubuhan MAPEN ini. Pemah wakil daripada PAS ini dijemput tetapi apa-apa pandangan yang telah diberikan oleh wakil daripada PAS tidak dimasukkan di dalam keputusan MAPEN itu dan itulah di antaranya yang menjadikan wakil daripada PAS itu tidak lagi hadir bersama-sama dalam mesyuarat MAPEN itu.

Dato Abdul Aziz bin Abdul Rahman: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Puan Safinah binti Jusoh: Jadi sebenarnya ini dari pengalaman yang pertama kerana apa pandangan yang diberi dalam MAPEN1 itu tidak diterima maka apabila ada jemputan untuk MAPEN2 membuatkan PAS membuat satu keputusan untuk tidak bersama-sama dalam mesyuarat bersama dengan parti-parti untuk melaksanakan, menjanakan strategi ekonomi negara pada ketika itu. Jadi saya teruskan ucapan saya.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Yang Berhormat, boleh saya tambah sedikit Yang Berhormat? Bila Yang Berhormat kata dalam MAPEN1, ada pandangan parti PAS yang tidak diterima. Saya mintalah Yang Berhormat, kan kita ada dua Dewan, Dewan Rakyat ada, Dewan Negara ada dan dalam perbincangan MAPEN itu cuba kita fikirkan kadang kala apa yang kita sampaikan mungkin tidak dapat diterima dalam amalan kita yang bekerjasama, amalan kita untuk kepentingan rakyat keseluruhannya tetapi kalau pandangan hanya segelintir untuk memikirkan hanya kepentingan parti PAS, mungkin tidak diterima. Jadi sebab itu saya hendak tanya, apakah pandangan yang dikemukakan dalam MAPEN1 itu atas kepentingan satu kumpulan sahaja atau kepentingan keseluruhan rakyat. Kalau bagi keseluruhan rakyat, saya tidak nampak selama ini Barisan Nasional langsung tidak menerima pandangan seorang rakyat yang memikirkan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Sebab itu saya minta Yang Berhormat supaya kalau hendak katakan tidak terima, pandangan macam mana yang tidak diterima, saya minta Yang Berhormat.

Puan Safinah binti Jusoh: Jadi wakil daripada PAS, apabila masuk mesyuarat, bukanlah dia membawa usul semata-mata untuk PAS tetapi dia akan membawa usul yang berkait dengan seluruh rakyat dan kerana tidak diterima itulah maka dalam MAPEN2 itu menjadi satu perkara serik bagi PAS untuk bersama-sama. Tuan Yang di-Pertua ....

Dato' Haji Azmi bin Khalid: [Bangun]

Timbalan Yang ,11-Pertua: Yang Berhormat Safinah, ada yang minta laluan lagi. Dijemput.

Dato' Hajl Azmi bin Khalid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak, dalam laporan MAPEN2 ini juga ada banyak idea-idea yang bertentangan dengan kehendak majoriti tetapi disebut MAPEN2 menerima semua pandangan dan bukan semua dilaksanakan, yang praktikal dilaksanakan. Jadi dalam MAPEN2 ini banyak bercanggah pendapat bukan satu kumpulan sahaja, banyak kumpulan tetapi oleh kerana banyak kumpulan, kerajaan hanya mengambil kira semua perkara yang membawa manfaat kepada semua pihak dan kalaulah ada pihak yang merasakan diri dia, pendapat dia itu tidak diterima, itu tidak benar. Dapat diterima dan disusunkan, dimasukkan dalam laporan, cuma sama ada dapat dilaksanakan atau tidak, itu perkara yang ditimbangkan di lain masa. Jadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa pendapat PAS itu tidak diterima, saya tidak dapat menerima pendapat berkenaan oleh kerana yang kita difahamkan bahawa PAS bersama DAP dahulu tidak pernah mahu menyertai MAPEN.

Tlmbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Safinah.

Puan Safinah binti Jusoh: Saya kira itu sebagai satu makluman. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada ekonomi baru yang kemudiannya bertukar kepada Dasar Pembangunan Negara yang telah berlangsung selama lebih kurang 30 tahun. Walau bagaimanapun objektif untuk membawa kaum bumiputera ke dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara untuk sama-sama menikmati dan memiliki k­ekonomi, kekayaan negara atas dasar keadilan dan kesaksamaan masih belum mampu direalisasikan. Masih terdapat jurang perbezaan yang besar di antara apa yang

54 DN.09.05.2001

direncanakan di atas kertas dengan apa yang dilaksanakan dan yang benar-benar terhasil.

Sehingga tahun 1995 pendapatan purata bulanan isi rumah kaum bumiputera ialah RM1 ,600. lni 45% lebih rendah berbanding pendapatan kaum Cina iaitu RM2,895, 36% lebih rendah berbanding kaum India iaitu RM2, 153 dan 7% lebih renda daripada pendapatan bukan warganegara. Bermakna pendapatan kaum bumiputera masih tercorot berbanding kaum-kaum lain.

Selain daripada itu, sehingga tahun yang sama juga, insiden kemiskinan bagi isi rumah penduduk luar bandar ialah 15.3% daripada bilangan isi rumah. lni adalah empat kali ganda daripada insiden kemiskinan di bandar iaitu 3.7% dan hampir dua kali ganda kadar kemiskinan nasional, 6%. Oleh itu, kerana majoriti penduduk luar bandar adalah kaum bumiputera, maka kaum bumiputeralah yang majoritinya dibelenggu kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, demikian jugalah yang berlaku di sudut guna tenaga, di mana guna tenaga kaum bumiputera agak tertumpu di sektor berpendapatan dan produktiviti rendah seperti pertanian ....... ..

Dato' Haji Azmi bin Khalid: Boleh .....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada minta laluan.

Dato' Haji Azmi bin Khalid: 11/.inta laluan sikit, ya. Terima kasih Yang Berhormat. Memang statistik ataupun perangkaan, kalau dilihat di sudut yang berlainan akan dapat gambaran yang berlainan. Cuma saya ingin minta pemerhatian Yang Berhormat, bahawa kemiskinan berbeza antara satu kaum dengan satu kaum yang lain dalam negara kita, kita tahu daripada dahulu. Cuma, di luar bandar, dalam tahun 70-an, masyarakat luar bandar sahaja yang miskin, 70% tetapi, kalau dalam 70-an boleh diturunkan kepada 15% dalam tahun 1995 di luar bandar, bermakna satu penurunan yang amat besar berbanding dengan mana-mana sektor pun.

Berbanding dengan negara-negara lain yang sedang membangun ataupun dimerdekakan selepas Perang Dunia Kedua, ini merupakan satu prestasi yang cukup tinggi. Jadi, dari sudut yang saya sebut tadi, kejayaan kita memang dikagumi, amat berjaya berbanding dengan prestasi negara-negara lain. Jadi, saya minta Yang Berhormat, juga melihat dari sudut kaca mata yang lain. Jangan hanya dari sudut apa Yang Berhormat sebut tadi supaya gambaran yang lebih menyeluruh dapat kita beri kepada masyarakat. Kalau tidak, kita akan menceritakan cerita-cerita yang tidak benar kepada masyarakat. Memang peperangan klta dalam mengatasi kemiskinan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan mahupun HancangaP Malaysia Kesembilan, kalau perlu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat.

Puan Saflnah binti Jusoh: Terima kasih. ltu tadi, saya membuat perbandingan di antara kaum di Malaysia ini dan saya rasa saya tidak izinkan lagi kepada apa-apa laluan.

Demikian jugalah yang berlaku di sudut guna tenaga di mana guna tenaga kaum bumiputera banyak tertumpu di sektor berpendapatan dan produktiviti rendah seperti pertanian, perkhidmatan termasuk perkhidmatan kerajaan dan jual borong, jual runcit, perhotelan dan restoran. Walau bagaimanapun, guna tenaga kaum bumiputera dalam sektor perkilangan telah meningkat daripada 17.5% pada tahun 1990 kepada 25% pada tahun 1995. Namun, ianya hanyalah sebagai pekerja pengeluaran, production operator dengan izin, iaitu kira-kira 27.5%, yang mana merupakan tahap pendapatan yang paling rendah. Semua ini menunjukkan kepada kita bahawa guna tenaga kaum bumiputera masih bertumpu kepada guna tenaga berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, pembukaan peluang pelajaran kepada kaum bumiputera telah meramaikan profesional bumiputera. Walaupun begitu, secara mutlaknya, bilangan profesional bumiputera telah bertambah tetapi nisbah mereka berbanding dengan kaum bukan bumiputera masih rendah. Dalam tahun 1995, daripada 8,844 orang akauntan bertauliah, hanya 16% sahaja adalah bumiputera. Daripada 1,334 orang arkitek, hanya 27.6% adalah bumiputera dan daripada 9,608 orang doktor perubatan, hanya 33.4% adalah bumiputera dan daripada jumlah 5,976 orang peguam, hanya 29% adalah bumiputera. lni belu'll lagi melambangkan nisbah penduduk keseluruhan bumiputera .........

DN.09.05.2001

Datuk Haji Karim Ghani: [Berdehem]

Timbalan Yang di-Pertua:' Yang Berhormat, ada minta laluan.

Puan Safinah binti Jusoh: Saya tidak izin sudah. [Ketawa]

Datuk Haji Karim Ghani: Tidak izin? Tidak apalah. [Ketawa]

55

Puan Safinah binti Jusoh: Jadi, berdasarkan kepada beberapa perkara yang saya utarakan itu tadi, jelas menggambarkan kepada kita betapa tahap pencapaian bumiputera dalam pelbagai bidang masih di tahap yang perlu diperbaiki .......... [Disampuk]

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya merayu, mohon izin.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada rayuan, Yang Berhormat.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Merayu, mohon izin.

Puan Safinah bintl Jusoh: Fakta ....

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Dia begini, pasal fakta ini... ..

Puan Safinah binti Jusoh: Ya.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya agak terkeliru sedikit dengan fakta. Saya tidak tahu daripada mana dapatnya fakta yang disebut oleh Yang Berhormat itu? lni kerana, kalau diperhatikan daripada segi kejuruteraan dan sebagainya tadi, bercanggah sedikit dengan apa yang saya ingat. Jadi, saya hendak tahu, di mana fakta itu didapati dan yang kedua Tuan Yang di­Pertua, sebab inilah Kerajaan Barisan Nasional berjuang terus dan mohon kerjasama daripada parti PAS atau parti lawan membantu kita untuk memenuhi hasrat supaya keciciran tidak wujud. lni yang kerja kita buat.

Jadi, kalau sekiranya parti PAS sendiri tidak bersetuju, kerana kalau dia tidak bersetuju dengan cara yang kita buat hendak meningkatkan pencapaian bumiputera dalam bidang-bidang yang disebut tadi, susahlah kita hendak buat. Jadi, saya minta sangatlah parti PAS yang berteraskan kepada bumiputera, Islam kebanyakannya membantu kerajaan bagi mendapat dan mencapai cita-cita yang sepenuhnya. Terima kasih.

Dato' Hamzah bin Zainuddin: Saya hendak tambah; [Ketawa]. Saya bersetuju dengan saudara saya ini, Data' Abdul Aziz dan pencapaian ahli profesional tadi, apakah guru agama kita par.d&ng sebag.'li ahli piufefional atau tidal~? Saya minta nantilah Yang Berhormat jawab. Cuba beri perangkaan, apakah guru-guru agama juga penambahannya lebih? Apakah ada perbandingan parti PAS pernah buat, guru-guru agama dibandingkan dengan guru-gvru agama bangsa Cina, bangsa India. Bagaimana peratusan yang ada ataupun perbandingan daripada sebelum merdeka sehingga selepas merdeka, sehingga hari ini, apakah mereka lebih ramal hari ini yang lebih mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada apa yang ada, supaya perbandingan ini dapat kita membandingkan juga, kalau kita katakan guru agama ini sudah cukup. Saya minta kalau boleh parti PAS juga memainkan peranan supaya bertegas, bersama­sama dengan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang ada hari ini untuk menentukan bahawa untuk membangunkan negara ini, kita juga memerlukan ahli-ahli profesional dalam bidang engineering, dalam bidang teknikal, dalam bidang yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi.

Jangan hanya memikirkan kerana ada pemimpin-pemimpin parti pembangkang, yang banyak menekankan supaya kita bertakwa. Bukan saya tidak bersetuju, oleh kerana saya juga seorang yang beragama Islam, saya juga bersetuju dengan itu tetapi kepentingan untuk keseluruhan masyarakat, untuk membangunkan negara, kita harus memikirkan secara yang seimbang. Kita perlukan orang-orang yang profesional datam bidang-bidang yang kita perlukan dan juga guru agama yang ada. Jadi, itulah saya minta kalau boleh Yang Berhormat, fakta-fakta yang hendak diketengahkan ini, biarlah fakta-fakta yang memikirkan dari segi keseimbangan keseluruhan bagi masyarakat yang ada dalam negara hari ini, bukan hanya memikirkan tentang masalah yang tidak tercapai, angka-angka yang mungkin tidak tercapai.

56 DN.09.05.2001

Saya pun tidak tahu, kalau betul ada fakta-fakta yang menunjukkan di hadapan kita hari ini, tidak ada langsung pencapaian, tidak ada langsung penambahan peratusan daripada segi mereka yang mflmpu, mereka yang be~aya, barulah saya dapat bersama-sama dengan Yang Berhormat. Pada hari ini, saya tidak ada, sebab itu, saya minta Yang Berhormat jelaskan.

Dato' Hajl Azmi bin Khalid: Hendak sambung sedikit boleh tidak? Sambung sedikit Yang Berhormat. Sedikit sahaja. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Senator Dato' Aziz dengan Yang Berhormat Dato' Hamzah dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa statistik menunjukkan bahawa bumiputera masih terkebelakang dalam beberapa banyak bidang juga. Oleh kerana itu kita mahu meneruskan dasar ekonomi baru dan kita memperjuangkan hak keistimewaan bumiputera. Tetapi malangnya tuntutan Suqiu dapat disokong oleh PAS dan KeADILan dan Suqiu menentang.

Antara perkara-perkara yang ditentang ialah hak keistimewaan yang diberikan kepada bumiputera. Walhal kerajaan Barisan Nasional mahu meneruskan pe~uangan berkenaan tetapi parti PAS umpamanya yang sudah pun bersetuju untuk disingkirkan dasar ini. Terima kasih.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: [Bangun]

Tuan M. Ratnam: [Bangun]

Datuk Hajl Karim Ghani: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa beri peluang Yang Berhormat Puan Safinah menjawab dahulu kemudian boleh ....

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Tidak apa dia kata.

Tlmbalan Yang 01-Pertua: Dia beri laluan. Okay.

Tuan Hassan bin Hajl Shukrl: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian begini sahaja. Saya ingat apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Puan Safinah hanya menerangkan kedudukan yang sebenar berdasarkan kepada fakta-fakta yang ada. Saya rasa sepatutnya kita ambil perhatian berat. ltulah fakta yang sebenar. Kalau ada silap sikit-sikit pun satu dua paratus kita maafkanlah dulu. Tetapi sepatutnya semua orang yang bertanggungjawab untuk membangunkan negara ini mengambil perhatian terhadap fakta-fakta yang telah dikemukakan.

Adalah tidak menjadi satu kesalahan kepada beliau untuk menyebutkan fakta­fakta ini. Semo~1a ianya menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada semua orang termasuklah PAS. Saya rasa tidak benar kalau PAS tidak pernah memberikan apa-apa sumbangan dalam pembangunan negara ini. Cuma kerana ia tidak ada Menteri, jadi tidak nampaklah sumbangan macam Yang Berhormat Menteri Luar Bandar bagi cek RM500,000. Misalnya, tetapi saya rasa dari segi menanamkan semangat pe~uangan untuk membangunkan negara ini kita mempunyai rasa tanggungjawab yang sepenuhnya.

Saya ingin menyatakan bahawa kalau sekiranya negara ini diserang dan tidak ada orang yang hendak ke depan kami bersedia ke depan. Kalau musuh luar serang kita bersedia ke depan, insya-AIIah. Kita tidak akan gostan kerana orang Islam tidak pernah undur ke belakang untuk berhadapan dengan musuh-musuh mereka.

lni saya beri tahu dengan terus terang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Di mana-mana dalam dunia ini kalau ada orang kata gerakan Islam ganas, pelampau dan sebagainya, kita melihat orang Islam paling sabar dalam dunia. Tidak ada yang lebih sa bar daripada musuh.

Tuan M. Ratnam: [Bangun]

Tlmbalan Yang Di-Pertua: Yang Berhormat ada minta laluan.

Tuan Hassan bin Hajl Shukrl: Minta laluan kepada yang telah mendapat laluan ya, silakan.

Tuan M. Ratnam: Tadi dalam ucapan Yang Berhormat dia kata dia tidak ada mengundur apabila nampak musuh. Siapa musuh di dalam Dewan ini? Saya hendak tahu siapa musuh? ltu sahaja.

DN.09.05.2001 57

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Dalam Dewan ini tidak ada musuh. Saya tidak ada musuh di sini. Saya hendak sebutkan kalau musuh datang dari luar hendak membinasakan rakyat Malaysia ini sama ada yang beragama Islam atau tidak beragama Islam, kalau tidak ada orang hendak pertahankan silalah beritahu kepada kami PAS, insya-AIIah kami akan tunggu di mana-mana sahaja di Malaysia ini, insya­AIIah. Kerana tadi ada Yang Berhormat menceritakan tentang pantai-pantai di Malaysia terdedah kepada ancaman-ancaman musuh. Yang Berhormat daripada Sarawak telah berucap panjang.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita boleh pertimbangkan teguran-teguran. Teguran itu pun bukan banyak sangat sekadar menerangkan kedudukan orang Melayu ataupun bumiputera, kedudukan ekonomi orang India, kedudukan ekonomi rakyat daripada golongan Siam yang menjadi warganegara Malaysia , itu sahaja. Jadi tidak usahlah semua orang kerana sedikit teguran kita tidak melihat secara terbuka. Kemudian alasan-alasan yang disimpangkan begitu jauh, sebenarnya tadi beliau tidak ada apa-apa tetapi kerana banyak sangat.

Dato' Haji Azmi bin Khalid: [Bangun]

Dato' Hamzah bin Zainudin: [Bangun]

Datuk Haji Karim Ghani: {Bangun]

Datuk Hajah Dayang Mahani binti Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae: [Bangun]

Dato' Haji Azmi bin Khalid: Saya minta laluan kepada Yang Berhormat.

Timbalan Yang Di-Pertua: Saya rasa ramai sangat bangun, seorang sahaja boleh beri laluan.

Dato' Hamzah bin Zainudin: Saya seorang sahaja kerana nanti ....

Timbalan Yang Di-Pertua: Kita minta wanitalah.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Minta laluan kepada orang yang memberikan laluan. [Ketawa]. Terima kasih.

Datuk Haji Karim Ghani: Saya rasa tidak minta laluan, semua orang diberikan laluan, saya tidak. Tetapi walau macam manapun saya berilah kepada wan ita.

Datuk Hajah Dayang Mahani bintl Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae: Tuan Yang di-Pertua, terlma kasih dan terima kasih ke;::ada Yan'~ Berhormat yang memberi laluan. Saya sebenamya bingung sedikit setelah mendengar begitu banyak ucapan yang dihujah dan juga yang dibalas. Saya cuma keliru orang daripada Sabah ini orang jauh. Kadang-kadang kita tahu masalah di Kuala Lumpur ini melalui akhbar-akhbar sahaja. Tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Puan Safinah yang telah membutirkan secara terperinci tentang pencapaian yang begitu lemah oleh bumiputera. Mengapa dan kenapa? Setelah mengetahui pencapaian bumiputera begitu lemah dalam semua bidang, kenapa PAS menyokong Suqiu punya permintaan untuk menafikan Dasar Ekonomi Baru. Terima kasih.

Timbalan Yang Di-Pertua: Datuk, minta Yang Berhormat Safinahlah. Berbalik kepada pangkal.

Dato' Haji Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan, last, last ya.

Timbalan Yang Di-Pertua: Ya, jemput.

Dato' Hajl Azmi bin Khalld: Terima kasih banyak-banyak. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat PAS dua orang tentang melihat fakta tadi. Cuma saya ingin hendak bawa satu cerita Wak Warso. Wak Warso ini ada lembu. Lembu dia tidak mahu makan rumput kalau rumput itu bukan rumput hijau. Maka Wak Warso musim kering dia tidak ada jerami yang hijau. Maka dia kata jerami semua kering tidak hijau lagi tetapi perlu lembu itu makan.

Maka untuk hendak cari jalan supaya lembu ini makan, dia bagi lembu pakai cermin mata hijau. Maka lembu pakai cermin mata hijau, dia tengok rumput jerami kuning pun dia jadi hijau, dia makan. Bermaknanya saya minta maaf, Yang Berhormat, Yang Berhormat melihat fakta seperti lembu Wak Warso tadilah. [Ketawa]. Wak Warso

58 DN.09.05.2001

melihat segala-galanya. Walaupun fakta tetapi 'disenggengkan' supaya semuanya nampak negatif kerajaan tidak buat itu dan ini.

Jadi inilah saya minta daripada pihak sebelah sana untuk melihat bahawa segala yang dibuat itu adalah untuk kebaikan semua. Memang tidak semua dapat tercapai dalam masa yang singkat walaupun 40 tahun tetapi pembinaan negara memerlukan lebih panjang daripada itu maka kita memerlukan masa yang panjang untuk meneruskan perjuangan. Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang Di-Pertua: Jemput, ya jemput.

Tuan Hassan bin Haji Shukri: Kalau lembu boleh dibagi cermin mata dia makan rumput yang kering itu lembu yang cukup baguslah. Rumput kering pun dia makan semata-mata kerana kita bagi cermin mata hijau. Maka yang kering itu dianggap hijau, saya ingat pagi tadi ada sahabat saya minta supaya orang-orang India diberi peluang temak lembu. Jadi kalau lembu ..... [Disampuk] nanti Yang Berhormat ya, bagi lembu itu cermin mata hijau maka akan banyaklah lembu-lembu di negara kita kerana tidak lagi memerlukan padang ragut lembu yang mempunyai rumput-rumput yang hijau. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa cukuplah setakat itu saya bagi peluang kepada ..... .

Timbalan Yang Di-Pertua: Cukup Yang Berhormat.

Puan Safinah binti Jusoh: Saya terima kasihlah di atas segala pandangan dan juga soalan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi. Cuma yang disebut oleh Yang Berhormat Dato' Hamzah iaitu berhubung dengan tarat profesional, memang biasanyalah kalau kita menyebut profesional, kita akan memandangkan jawatan­jawatan antara yang saya kemukakan itu, manakala guru agama ini bagi kita, bukan kata kita tidak menganggap itu sebagai satu profesion tetapi kita lebih melihat bahawa agama ini adalah tanggungjawab ke atas diri sendiri. Tanggungjawab ketua rumah kepada anak buah mereka sendlri.

Jadi, kita tidak menampakkan ia menjadi satu perkara yang sepatutnya sangatlah dibimbangkan kerana masing-masing dalam soal agama ini boleh mengingatkan di antara satu sama lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk saya membuat sedikit ulasan berhubung dengan apa yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Puan Hajah Melati pada sesi tengah hari tadi iaitu sedikit yang berhubung dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Yang pertamanya, berkaitan dengan premis Taska, yang dikatakan menghalau anak-anak Taska KEMAS daripada premis berkenaan.

Jadi, konteks NeJeri Terer.gg;mu, saya nam!Jak kita haruslah memahami bahawa suasana di Terengganu berubah, kerajaan berubah - Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Apabila berlaku perubahan ini, maka ada benda-benda yang berubah. Antaranya ialah kerana sejak dari dahulu lagi, sesetengah kelas KEMAS ini ditumpangkan di balai-balai raya ataupun di dewan-dewan sivik yang mana balai raya dan dewan sivik ini statusnya ialah milik Kerajaan Negeri Terengganu.

Buat setahun yang lepas, sebenamya Kerajaan Negeri Terengganu di atas dasar pentadbiran yang telus, telah pun membuat perundingan dengan pihak Ketua Pengarah KEMAS iaitu membenarkan selama setahun itu kelas-kelas KEMAS ini beroperasi di balai-balai raya dan sepatutnya kita selaku orang yang menggunakan tempat milik seseorang itu, sepatutnya KEMAS membuat satu lagi permohonan kepada pihak kerajaan untuk penggunaan tahun ini ataupun sepatutnya kerana kita sudah beri satu geran atau kelonggaran untuk guna bangunan-bangunan itu dalam masa setahun yang lalu sepatutnya KEMAS mencari altematif untuk menempatkan kelas-kelas mereka ini pada tahun yang berikutnya.

Berhubung dengan kes kebakaran, perkara ini telah pun disiarkan di dalam akhbar bahawa punca kebakaran itu adalah daripada short circuit dan tidak ada laporan yang dibuat dan apabila kami tanya kepada pihak polis, tidak ada laporan yang berhubung dengan kes tersebut.

Yang ketiganya adalah berhubung dengan duit ihsan yang diberikan kepada institusi-institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu seperti TATI, KUSZA dan juga sekolah-sekolah menengah agama. Jadi, kita mestilah memahami bahawa institusi ini adalah di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan cek itu dihantar dengan nama Pengarah institusi berkenaan dan ekoran daripada itu, pihak Setiausaha

DN.09.05.2001 59

Kerajaan Negeri telah pun melalui surat menanyakan kepada pihak Kerajaan Pusat, apakah bentuk, daripada manakah sumber kewangan itu, sama ada daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan ataupun ihsan dan diminta jawapan dalam masa dua minggu tetapi tidak dijawab dalam masa dua minggu itu, langsung Kerajaan Negeri memasukkannya ke dalam Kumpula·.l Wang Yang Disatukan.

Sebenamya peruntukan untuk KUSZA, untuk TATI dan sebagainya telah pun diagih-agihkan dalam Budget 2001 dan kita tahulah prosedur pentadbiran sekiranya institusi-institusi pendidikan ini perlu kepada peruntukan-peruntukan tambahan, ia bolehlah dipohon di dalam persidangan-persidangan Dewan Undangan yang seterusnya.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: [Bangun]

Puan Safinah binti Jusoh: Jadi, saya rasa setakat itulah apa yang saya hendak sentuh. Yang sebenarnya tidaklah kita apabila membentangkan fakta-fakta ini, mahu menafikan kejayaan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tetapi ini adalah sebagai satu peringatan kepada kita supaya kita dengan baik lagi kita dapat menjanakan (generate) satu pembangunan yang boleh memberikan kebaikan kepada semua rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, ada yang minta laluan.

Puan Safinah binti Jusoh: Jadi, saya rasa saya sudah hendak berhenti. [Disampuk] Ya, saya tidak beri laluan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput ahli-ahli yang hendak berucap.

Puan See Too Mee: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat.

5.01 ptg.

Puan See Too Mee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan apa yang telah te~adi selama ini, hingga baru-baru ini sejak kemerdekaan Malaysia, saya percaya perpaduan rakyat dan kestabilan politik dan ekonomi negara adalah faktor yang panting sekali menjelang kemajuan sesuatu negara.

Kejayaan sebuah negara lazimnya diukur pada prestasi ekonomi serta kemakmuran dan tarat hidup rakyatnya. Ia juga menjurus kepada prestasi perhuhungan politik antarabangsa sekalipun masih d;kategorikan sebagai negara membang~:n, Malaysia mampu mencetuskan impak yang cukup ke~ara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Komanwel.

Selain daripada itu, Malaysia menyertai banyak misi Bangsa-Bangsa Bersatu menyelia gencatan senjata di negara-negara yang dilanda sengketa dan perang saudara serta membantu kelicinan pe~alanan pilihan raya di negara-negara yang sedang mencapai kemerdekaan.

Konsep kerjasama politik dalam negara kita ini pernah dijoloki sesetengah pengamat politik Barat sebagai 'marriage of convenience', dengan izin, iaitu persatuan yang semata-mata diasaskan kepada keinginan untuk melindungi kepentingan sendiri. Jolokan yang bersifat cemuhan itu mungkin ada kebenarannya kerana dalam negara yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Kepentingan sesuatu kaum mungkin bercanggah dengan kaum lain sehingga dapat menimbulkan pergeseran dan sengketa. Walau bagaimanapun, apa yang lebih pentingnya ialah hakikat bahawa berbeza dengan masyarakat berbilang kaum di negara-negara Barat. Rakyat Malaysia tahu membezakan sejauh mana kepentingan golongan mereka dapat dipertahankan tanpa menjejaskan kepentingan kaum lain.

Konsep yang diamalkan selama ini ialah menghormati hak orang lain dan mahu berkongsi untuk kemajuan bersama. Sifat inilah yang dinilai tinggi oleh rakyat bumiputera dan bukan bumiputera dan telah meyakinkan mereka bahawa hak mereka sebagai warganegara Malaysia te~amin. Selama kejayaan ini dapat dikekalkan dan terus dimajukan, persatuan di kalangan rakyatnya akan terus bertambah teguh.

60 DN.09.05.2001

Kemerdekaan tidak bererti bahawa isu-isu seperti bahasa, pelajaran dan kebudayaan telah diselesaikan. Apa yang dicapai pada 31 Ogos 1957 iaitu kemerdekaan politik dari British, sedangkan aspek-aspek lain dari kehidupan rakyat belum terurus lagi oleh kerajaan. Memang betul bahasa Malaysia diterima sebagai bahasa kebangsaan dan dasar mengutamakan hak istimewa orang Melayu diakui. Tetapi apa yang menjadi isu-isu yang dipersengketakan pada ketika itu ialah pelaksanaan peruntukan-peruntukan ini yang terkandung dalam perlembagaan. Adakah misalnya pengiktirafan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bererti bahasa-bahasa kaum lain dipinggirkan? Tentunya tidak. Sebaliknya segala ujian dan cabaran itu dapat diatasi kerana pemimpin-pemimpin negara setelah itu menyedari bahawa masa depan negara terletak pada keharmonian hidup kaum-kaum di negara ini.

Adakah seperti mana dalam kenyataan Menteri Pendidikan yang menyetujui dengan pandangan bekas Perdana Menteri dan juga Menteri Kanan Singapura sekarang iaitu Encik Lee Kuan Yew bahawa sistem pendidikan sekarang tidak begitu berkesan memupuk perpaduan kaum. Pandangan Encik Lee Kuan Yew tersebut juga mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin politik, tokoh sejarah dan pendidik dalam negara ini. Akan tetapi sepanjang masa ini hampir segala pandangan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Singapura ini memang tidak diterima dan ditolak sama sekali oleh pihak pemimpin politik atau tokoh sejarah di negara kita. Biasanya pandangan atau kenyataan Encik Lee Kuan Yew dianggap fanatik, tetapi bersesuaian dengan keadaan serta keperluan dalam negara kita ini. Selain daripada itu, perbandingan di antara negara kita dan Singapura dalam hal ini tidak menunjukkan bahawa keadaan lebih baik di Singapura yang mengutamakan kegunaan bahasa lnggeris sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikannya.

Tuan Yang di-Pertua, isu perpaduan hanya berpunca dan bergantung kepada bentuk atau sistem pendidikan yang hanya mengamalkan satu aliran sahaja adalah berkesan dalam mengukuhkan perpaduan rakyat tidak mempunyai asas yang kukuh. Sekiranya perkara ini benar, apakah akan terjadi dalam negara jiran yang lain yang mengamalkan satu bahasa serta sistem pendidikan yang tulen hanya dilanda dengan rusuhan kaum dan sikap tidak mahu berunding dalam mencari perpaduan. Tidak dinafikan bahasa merupakan perantaraan yang terpenting bagi manusia dan akan menjadi sebagai alat yang berkesan dalam meningkatkan persefahaman antara kaum. Walau bagaimanapun, tindakan yang tergesa-gesa atau paksaan terhadap sesuatu tidak akan mendatangkan implikasi yang positif tetapi sebaliknya.

Perasaan ketidakpuasan hati dan kebencian tentunya tidak akan mendatangkan sebarang kesan dan faedah untuk mencapai perpaduan ral;yat sama sekali. Sebenarnya perpaduan nasional atau 'national unity', dengan izin, buk~mlah satu slogan kosong. Piagam harus diisi dengan amalan dasar program yang konkrit meliputi bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya. Pendekatan dan cara yang digunakan oleh kerajaan harus diselaraskan dan disesuaikan berdasarkan perbezaan fakta sejarah, budaya, tradisi dan nilai hidup rakyat pelbagai kaum. Setiap dasar tidak seharusnya disempitkan hanya khusus untuk satu kaum sahaja atau satu kelompok etnik sahaja. Dalam proses pembangunan nasional kita harus mencari titik persamaan antara kelompok-kelompok etnik.

Tuan Yang di-Pertua, di sebalik ini ialah faktor yang amat penting iaitu faktor ekonomi. Malaysia beruntung kerana dari sejak kemerdekaan rakyat menikmati tahap hidup yang tinggi. Dari sejak kemerdekaan, kerajaan telah melancarkan program pembangunan rakyat luar bandar. lnfrastruktur untuk mempertingkatkan hidup rakyat desa dibangunkan di merata pelosok negara. Satu dasar dilancar khusus ditujukan untuk meningkatkan kehidupan rakyat luar bandar dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Hasil dan kesan dari dasar ini membatasi dan mengurangi punca-punca pergeseran dan ketegangan sosial.

Peningkatan taraf ekonomi dan juga pendidikan rakyat sejak kemerdekaan ini ialah menunjukkan kesan yang amat positif. Usaha dan kejayaan kerajaan dalam merapatkan jurang perbezaan ekonomi di antara rakyat berbilang kaum, semua rakyat dapat menikmati peluang dan hasil pembangunan negara yang telah dicapai selama ini. T araf pendidikan rakyat yang tinggi juga dapat menyedari rakyat tentang nilai yang murni dan pentingnya perpaduan antara kaum. Sebelum kemerdekaan, rakyat jelata telah hidup dalam satu keadaan aman damai, saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Segala amalan hidup, kebudayaan dan adat resam serta perbezaan

DN.09.05.2001 61

agama telah diterima dan sikap berkompromi dan bertolak ansur sama ada di antara pemimpin politik, kerajaan ataupun mana-mana pihak dalam negara ini tidak perriah menindas atau cuba mengehadkan perkembangan kebudayaan, cara hidup, keagamaan dan sebagainya bagi kaum tertentu. Sebaliknya, segala masalah yang timbul telah dapat diselesaikan antara pelbagai pihak atau pemimpin yang berkenaan di atas meja rundingan.

Berdasarkan kepada pengalaman yang ada, cara kepimpinan dan politik yang diamalkan oleh pemimpin negara kita ini terbuktilah berkesan dalam menyatupadukan rakyat jelata dan mengukuhkan perpaduan rakyat. lni merupakan unsur terpenting dalam menjayakan segala impian kita bersama demi menjadikan Malaysia satu negara yang maju menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan Parti Barisan Nasional. Boleh dikata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang telah mencapai tahap perpaduan yang begitu mengagumkan walaupun termasuk negara-negara jiran kita yang maju seperti Singapura.

Negara kita mempunyai jauh lebih banyak jenis keturunan dan etnik yang berbeza dengan amalan hidup, agama, kebudayaan bahasa masing-masing. Adalah amat sukar sekali untuk negara lain dalam dunia ini mewujudkan satu keadaan aman damai dan harmoni dalam negara berbilang kaum seperti di Malaysia.

lni adalah hasil daripada pakatan dan kerjasama politik yang paling berjaya dan dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia. Faktor utama yang mendorong pelabur asing ke negara ini ialah kestabilan politik ...

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan See, Dato' Aziz minta laluan.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat Senator See. Saya ingin bertanya komitmen Yang Berhormat terhadap falsafah perjuangan Barisan Nasional begitu kental sekali. Baguslah ini tetapi tahu atau tidak Yang Berhormat ada orang lain hendak cuba membuat "barisan" juga. Dia panggil rata-rata Barisan Alternatif. Jadi, adakah itu sama dengan Barisan Nasional atau tidak daripada segi cara pendekatan?

Dalam pilihan raya, kita menggunakan satu simbol. Barisan Nasional bila ada pilihan raya kita menggunakan dacing, walhal mereka Barisan Altematif, dengan izin, so-called barisan tetapi dipanggil "altematif' menggunakan simbol masing~masing. Adakah ini percubaan ur.tuk menye.-upai kita dan kalau ia percubaar., adakah ianya akan berjaya atau tidak?

Puan See Too Mee: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Aziz. Saya rasa itu memang pandangan parti pembangkang - ingin mengambil tempat Barisan Nasional. Mungkin itu untuk matlamat mereka sendiri. Kalau kerajaan sekarang, kalau Barisan Nasional boleh membuatkan negara kita berjaya pada tahap ini, boleh memberikan rakyat kita hidup aman damai dan harmoni, saya rasa tidak ada sebabnya pihak Barisan Alternatif hendak mengambil alih ataupun hendak replaced atau menguasai kerajaan pada setakat ini. Terima kas!h.

See.

Tuan Hassan bin Hajl Sukrl: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang minta laluan, Yang Berhormat Puan

Tuan Hassan bin Haji Sukri: Boleh minta laluan?

Tlmbalan Yang di-Pertua: Ya, jemput.

Tuan Hassan bin Haji Sukri: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Puan See dan juga Dato' Aziz sekali kalau ada masa. Kenapa Barisan Nasional ini dia bimbang sangat. Barisan Altematif ini menggunakan simbol yang pelbagai, apa yang Barisan Nasional rasa bimbang. Saya memang beri senang lagilah kepada Barisan Nasional, hendak pukul, pukullah fasal simbol tidak sama, itu sahajalah tetapi dalam amalan Demokrasi Berparlimen, saya rasa kalah menang ini kita tidak usah bimbang sangatlah. Katalah besok bertukar.

62 DN.09.05.2001

Sebenamya dahulu tidak ada orang berfikir bahawa Terengganu boleh dijatuhkan ataupun boleh jatuh ke tangan PAS. Kalau hendak kira daripada segi wang ringgit, sumber kewangan negeri Terengganu waktu dapat wang royalti, Terengganu selama lebih kurang 23 tahun telah dapat wang royalti ini sebanyak lebih kurang RM7 bilion. RM7 bilion bukan sedikit.

Jadi, kalau kerana rakyat Malaysia ini hendak pilih sesuatu parti atau sesuatu kerajaan kerana dia banyak duit, Terengganu tentu selama-lamanya akan dikuasai oleh Barisan Nasional. Saya suka beritahu, jangan bimbang sangatlah fasal simbol-simbol macam-macam, itu terserah kepada kami, pandai-pandai kamilah.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa minta Dato' Azizlah.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, ya kerana ia juga ditujukan kepada saya. [Ketawa] Saya rasa bukan itu maksud saya. Maksud saya, ada percubaan hendak meniru cara kita, cara Barisan Nasional tetapi dipanggil Barisan Altematif, perkataan "barisan" itu sahaja tetapi kita Barisan Nasional kita tidur sebantal tetapi mimpi sama, walhal daripada segi Barisan Altematif, dia bantal sama tetapi mimpinya jauh berbeza. Orang ini, ini cara dia, orang itu, itu cara dia. Jadi, itu perbezaannya.

Berkenaan dengan Terengganu, Tuan Yang di-Pertua,. seperti Yang Berhormat maklum, pemah dahulu dikuasai oleh PAS satu ketika. Jadi, bertukar-tukar. lni adat parti politik lah turun naiknya tetapi kerana sebab di Terengganu juga tercetusnya apa yang disebut Amanat Haji Hadi yang menular ke seluruh tanah air sekarang ini, itu pun satu punca yang boleh merosakkan daripada segi fabric society, dengan izin, kita. Jadi, ini sebabnya, berkemungkinan besarlah. lni kita kena buat penganalisaan. Sebab itulah kita katakan kita sepatutnya daripada segi ideologi, ideologi; agama, agama. ltu yang dipertekankan oleh kita.

Jadi, kerana ini ideologi perjuangan kadangkala mungkin tidak sama daripada segi pendekatan. Jadi, itu yang saya rasa soal naik, turun, siapa menang, siapa kalah, itu adalah terserah kepada rakyat jelata kerana kita ini adalah maklum di dalam sistem demokrasi di mana pemilihan di buat di peringkat pilihan raya.

Datuk Haji Karim Ghani: Minta sedikit penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan See, saya rasa beri Datuk Karim sedikit, kalau tidak dia merajuk. [Ketawa]

Datuk Haji Karim Ghani: Tahulah kadang-kadang orang tua ini, kami ini nombor satu merajuk, nombor dua. degil, nombor tiga kadang-kadang emotional. Jadi, oleh yang demikian, sc.,ya minta sedikit penjelasan.

Barisan Nasional ini berdaftar, original. Yang tak terdaftar hendak cuba ikut dengan Barisan Nasional ini apa dia? Adakah dia ciplak, adakah dia yang selalu dimarahkan jangan beli yang tidak original. Kalau ada original dibandingkan sama bukan original, lebih baiklah terus sahaja kepada original. Adakah Yang Berhormat setuju pandangan ini?

Puan See Too Mee: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Karim. Saya memang bersetuju kalau yang satu yang original itu mungkin perbuatannya, kualitinya memang baik sedikit. Kalau yang tiruan itu memang kualitinya tidak begitu baik. Jadi, kalau dibandingkan kedua-duanya, kalau satu yang kualiti baik dengan satu kualiti yang cuma meniru dan tidak menjamin kualiti itu, kalau kepada Yang Berhormat yang mana satu Yang Berhormat akan pilih. Jadi, saya rasa Yang Berhormat pun tahulah jawapan dia, tidak payahlah saya beri jawapan yang terus.

Selanjutnya Yang Berhormat Dato' Aziz, saya rasa kalau Barisan Nasional apa yang Barisan Nasional telah buat itu bolehlah kita memastikan membawa kestabilan, kehidupan negara ini, saya rasa yang jangan bimbang itu memang bukan Barisan Nasional, yang kena bimbang itu memang Barisan Altematif.. [Ketawa] .... Pasal kita yang original ini. Terima kasih.

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff: Minta laluan.

Timbalan Yang di·Pertua: Ada laluan, nampak laluan sahaja ini.

Puan Sitl Zailah binti Mohd. Yusoff: [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di­Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

--------------------------

DN.09.05.2001 63

Jadi, berbincang soal original dengan tidak original ini dalam masalah bimbang dengan tidak bimbang, jadi hendak tanya Yang Berhormat apa pandangan Yang Berhormat, kalau Barisan Nasional tidak bimbang kepada Barisan Alternatif ataupun PAS kenapa sekat royalti dan kenapa, masa PAS menang di Kelantan disekat geran peruntukan, dilewat-lewatkan bayar dan dikatakan PAS hanya mampu mentadbir tiga bulan sahaja, Alhamdulillah, setakat ini sudah 10 tahun.

Jadi, apa pandangan Ya'lg Berhormat apakah penyekatan ekonomi ini berpunca daripada rasa bimbang Kerajaan Barisan Nasional terhadap perkembangan Barisan Alternatif dan kepada perkembangan PAS yang ada di Malaysia sekarang ini?

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Puan See Too Mee.

Puan See Too Mee: Ya, terima kasih Yang Berhormat Puan Siti Zailah. Saya rasa soal ini saya bukan di tempat untuk menjawab soalan [Ketawa] Yang Berhormat saya menyerahkannya kepada Menteri yang berkenaan untuk menjawab soalan Yang Berhormat. Saya rasa cukuplah itu ya. Di mana saya tadi? [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, faktor utama yang - tadi saya berhenti di mana? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak apa, .... .

Puan See Too Mee: Faktor utama yang .... .

Timbalan Yang di-Pertua: .... ulang-ulang sedikit pun tidak apa.

Puan See Too Mee: Yang mendorong pelabur asing ke negara ini ialah kestabilan politik. Persoalan yang timbul ialah daripada manakah punca-punca kestabilan politik yang telah kita nikmati sejak sekian lama ini. Kestabilan politik tidak akan datang bergolek di depan r.nata kita, kestabilan politik juga bukan boleh diwujudkan dengan silap mata atau hukan berlalu secara ajaib.

Faktor kestabilan politik telah menjuruskan pertumbuhan ekonomi negara yang melonjak tahun demi tahun dan kini dapat dilihat daripada kemakmuran dan kebahagiaan yang dinikmati oleh sebahagian besar rakyat negara ini tetapi kekukuhan ekonomi Malaysia yang dirasai sekarang bukan merupakan satu keajaiban ekonomi.

Baru-baru ini peristiwa yang menyedihkan ialah berlakunya pergaduhan di beberapa penempatan di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya yang menunjukkan terdapat golongan yang lebih cenderung mencetuskan isu perkauman. Apakah kesannya kepada negara kita seandainya ia berterusan dan tidak diselesaikan dengan segera, negara akan terus dilanda konflik yang tidak berkesudahan. Sifat kemanusiaan yang selama ini alpelihara pupus dalam sekelip ma~a.

Apa yang terjadi ini seharusnya menjadi pengajaran dan contoh kepada kita bahawa pergaduhan antara kaum merupakan peristiwa yang cukup berbahaya bagi sesebuah negara tanpa mengira apa-apa sistem pemerintahnya. Selain daripada itu, terdapat pihak yang cuba meneruskan usaha untuk memecahbelahkan perpaduan kaum dengan menggunakan pelbagai cara seperti menyebarkan khabar angin dan melalui tindakan demonstrasi.

Keduanya, cara yang merupakan sesuatu yang amat mengganggu ketenteraman hidup rakyat. Tidak dapat dinafikan tindakan sedemikian telah sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dan mengakibatkan ketidakstabilan politik pada suatu ketika ........

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ....

Puan See Too Mee: ... walau bagaimanapun, tindakan sedemikian tidak merupakan budaya atau cara rakyat negara ini dalam menyelesaikan masalah selama ini dan sememangnya tidak ditolak secara tegas oleh setiap rakyat Malaysia yang mencintai kepada keamanan dan kesejahteraan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan See Too Mee banyak lagikah? Kalau begitu, kita sambung hari esok?

Puan See Too Mee: [Menganggukkan kepala]

64 DN.09.05.2001

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kerana masa telah cukup, dengan ini saya tangguhkan perbahasan Dewan ini pada hari esok jam 10.00 pagi.

Dewan ditangguhkan pada puku/ 5.30 petang.