penyata rasmi parlimen dewan negara · boleh didakwa di bawah akta dadah merbahaya 1952, manakala...

83
Bil. 10 Selasa 18 Mei 1999 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA

Upload: others

Post on 19-Sep-2019

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

Bil. 10 Selasa 18 Mei 1999

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KELIMA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

USUL-USUL:

- Jawatankuasa Pemilih - Perlantikan Ahli-ahli

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh -Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 1999

(Ruangan 1)

(Ruangan 14)

(Ruangan 15)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang Berhonnat Tlian Yang di-Pertua, Tan Sri Dato'.Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

"

"

"

"

"

"

"

"

" .

"

"

"

"

"

"

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah bin Gaddam (Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ibrahim bin Ali, D.M.S.M. (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany (Dilantik)

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, A.M.P. (Perlis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Dato' Charem Intachat, D.S.D.K., A.M.N., B.C.K. (Dilantik)

Dato' Chet Singh s/o Karam Singh (Pulau Pinang)

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Tuan Chin Kon Tow @Chin Kong Too, A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka)

Datuk Christina Lorline Tibok@Christine Vanhouten (Sabah)

Puan Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Dato' Ghazi@Hasbullah bin Haji Ramli, D.l.M.P. (Selangor)

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain (Dilantik)

Datuk Haji Hashim bin Safin@Shafin, D.M.S.M. (Dilantik)

Puan Rajah Hunaizah binti Mohd. Noor (Kelantan)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

ii DN.18.5.1999

Yang Berh<;>rmat · Puan Jamilah binti Ibrahim (Kelantan)

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Tuan Jang Chow Thye @ Yio Chow Thye (Dilantik)

Tuan Janggu Anak Banyang, P.B.K. (Sarawak)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Puan Kamilia binti Ibrahim (Dilantik)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik)

Dato' P. Krishnan all Permual (Dilantik)

Dato' Lee Pit Chem (Negeri Sembilan)

Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

Tuan Long bin Jidin (Dilantik)

Tuan N. Marimuthu all Nadeson, A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Dato' Dr. T. Marimuthu (Dilantik)

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Dilantik)

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin, D.S.A.P. (Dilantik)

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, A.M.P., P.P.N., P.J.K. (Perak)

Datuk Norjan binti Khan Bahadar (Dilantik)

Tuan S. Parasuraman all Sanasamy @ Sinnasamy (Kedah)

Puan Hajah Ramlah binti Ahas (Melaka)

Puan Hajah Ramlah binti Kassim (Pahang)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Datuk Haji Sairin bin Kamo (Sabah)

Tuan Haji Salleh@Hassan bin Ali, P.J.K. (Terengganu)

Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Noor (Dilantik)

Puan Tan Ah Eng (Johor)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999

Yang Berlionnat Tuan Tan Ek Huat (Perak)

"

"

"

Dato' V.K.K. Teagarajan, D.P.M.S., A.M.N. (Dilantik)

Tuan Tee Thiong Hock, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Selangor)

Dato' Ting Check Sii, D.l.M.P. (Dilantik)

To' Puan Wan Seri@ Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik)

Dato' Dr. Yeow Seng Huat (Pahang)

Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik)

Datuk Zainudin bin Maidin (Dilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

iv

Setiausaha Dewan Negara

Ketua Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha

Pegawai Penerbitan

DEW AN NEGARA

PEGA W AI-PEGAW AI KANAN

Abdullah bin Abdul Wahab

Zamani bin Haji Sulaiman

Haji Mustakin bin Salamat

Nor Hayatee binti Abdullah

DN.18.5.1999

Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah

CAW ANGAN DOKUMENTASI

Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan

Pelapor Perbahasan Parlimen Rajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N.

Rajah Supiah binti Dewak

Pembaca Pruf

Bentara Mesyuarat

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusop

Mohamed bin Osman

Norishah binti Mohd. Thani

Shamsina binti Janor

Ramlah binti Mohd. Yusuff

Nora'ini binti Hetam

Miskiah binti Hassan

Rosnani binti Ahmad

Abu Bakar bin Hasan

CAW ANGAN BENT ARA

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali

Mejar (B) Zakaria bin Salleh

Mejar (B) Kamarudin bin Abdullah, A.M.N., Psc TUDM

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Selasa, 18 Mei 1999

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAW AB LISAN

1

1. Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman [Di bawah S.0.23(2)] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah basil siasatan polis mengenai pita rakaman yang mengandungi hasutan membunuh Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad:-

( a) siapakah yang bertanggungjawab menghasut, merakam dan mengedarkan pita rakaman tersebut; dan

(b) apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini siasatan mendapati individu serta pihak yang terlibat merancang, merakam dan mengedarkan pita rakaman tersebut belum dikenal pasti. Siasatan juga mendapati pita rakaman dijumpai melalui satu sampul surat yang dialamatkan ke sebuah sekolah di Kelantan pada bulan November 1998. Berdasarkan siasatan pita rakaman yang sama telah diterima oleh seorang ketua jajahan di Kelantan menerusi pos laju pada bulan Oktober 1998. Kes ini sedang disiasat oleh pihak polis mengikut seksyen 4( 1 )( c) Akta Hasutan 1948 dan beberapa rakaman percakapan daripada mereka yang disyaki telah dibuat. Sehingga kini siasatan rapi dalam usaha untuk mengenal pasti individu dan suara dalam pita rakaman tersebut melalui pengecaman suara tennasuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam semua aspek pembikinan dan pengedaran pita rakaman tersebut masih diteruskan oleh pihak polis.

2. Tuan Abdillah bin Abdul Rahim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada pihak polis boleh mengambil tindakan ke atas orang yang ketagih menghidu gam dan minum ubat batuk sama dengan tindakan yang diambil ke atas penagih dadah.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, ubat batuk yang mengandungi kordin dijadualkan di bawah Akta Racun 1952. Tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang didapati memiliki ubat batuk yang mengandungi kordin tanpa lesen yang sah atau kebenaran yang sah di bawah seksyen 9(1) Akta Racun 1952. Jabatan Kimia mengesahkan bahawa ubat batuk yang mengandungi lebih 2.5% kordin boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen 9 akta tersebut.

Mengenai menghidu gam pula, orang-orang yang ketagih menghidu gam tidak boleh diambil tindakan kerana ketika ini tidak ada akta yang boleh dikenakan terhadap mereka. Ini adalah kerana bahan-bahan kimia dalam gam tidak disenaraikan di bawah Akta Racun 1952 atau Dadah Merbahaya 1952. Namun demikian, Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji dengan rapi supaya sesuatu tindakan boleh diambil mengikut undang­undang mengenai orang-orang yang menghidu gam tersebut.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Tuan Yang di-Pertua, tidakkah ada usaha untuk mengehadkan penjualan gam seperti sesiapa yang membeli gam mesti mengeluarkan

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

2 DN.18.5.1999

surat untuk penggunaannya, kerana penagih menghidu gam adalah banyak di kalangan kaum bumiputera. Tindak-tanduk dan kesan bagi mereka yang menghidu gam ini adalah sama dengan kesan penagih-penagih dadah.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tu.all Yang di-Pertua, sebagaimana saya telah nyatakan ini adalah satu fenomena agak baru berbanding dengan perkara­perkara yang lain yang disifatkan sebagai racun ataupun dadah. Tetapi kerajaan sedang memikir untuk menggubal dan mengubahsuai undang-undang supaya menghidu gam ini juga dapat dikawal.

Tuan S. Parasuraman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, apakah tindakan yang diambil ke atas orang-orang yang jual ubat batuk kepada penagih?

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Sebagaimana yang saya menyatakan tadi kalau ubat batuk ini mengandungi 2.5% lebih kordin maka ianya boleh disifatkan sebagai dadah dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Tetapi kalau di bawah itu maka boleh diambil di bawah Akta Racun 1952.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah tidak boleh diusahakan untuk menukar jenis ubat yang mengandungi kordin yang bahaya kepada satu alternatifubat yang lain?

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, memang kordin boleh menyembuhkan batuk dengan mudah, tetapi saya yakin bahawa dalam pasaran ada ubat-ubat lain juga yang boleh mengubati batuk tetapi namun demikian soalan Yang Berhormat itu saya akan ambil perhatian.

3. Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah persatuan-persatuan belia yang tidak aktif di setiap negeri sepanjang tahun 1997 hingga sekarang dan apakah langkah-langkah pemulihan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan serta peratus kejayaan dalam proses pemulihan di setiap negeri.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil]: Tuan Yang di-Pertua, sehingga 1997 terdapat 7,960 pertubuhan belia yang berdaftar dengan keahlian seramai 2 juta. Daripada jumlah tersebut hanya 39.2% sahaja yang aktif menjalankan kegiatan dengan melibatkan 415,956 ahli dan 36.9% kurang aktif iaitu hanya melaksanakan satu atau dua program setahun. Sebanyak 23.9 pertubuhan tidak aktif iaitu tidak menjalankan aktiviti langsung. Dengan demikian hanya 76% sahaja belia yang aktif dan berfungsi.

Sehubungan itu, satu program yang dinamakan pemantapan pertubuhan­pertubuhan belia diperkenalkan. lanya bertujuan untuk mengatasi kelesuan dan ketidakaktifan pertubuhan belia serta memperkukuhkan ke arah menjadi satu institusi belia yang mantap clan sebagai tempat yang menarik kepada golongan belia di semua peringkat.

Kementerian telah menyusun beberapa pendekatan dan melaksanakan beberapa pelan tindakan seperti kempen menambah keahlian, menggerakkan aktiviti-aktiviti pertubuhan belia mengikut minat dan sektor, mewujudkan sistem perkongsian bijak (smart partnership) antara kerajaan dan NGO, meningkatkan profesionalisme kerja belia, meningkatkan pengiktirafan atau insentif kepada pertubuhan dan menyediakan peruntukan bantuan pentadbiran dan bantuan pelaksanaan program-program belia.

Sehingga kini nampaknya ada penambahan ke arah pemulihan pertubuhan­pertubuhan belia yang tidak aktif.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya amat sedih kerana mendengar mengikut statistik yang di bawa oleh kementerian yang mengatakan bahawasanya hanya 76% sahaja pertubuhan belia yang aktif, bererti lebih kurang 70%.

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 3

Jadi, kita · mengetahui bahawa belia ini memainkan peranan yang amat penting terutama sekali bagi menentukan masa depan negara. Saya hendak tahu daripada pihak kementerian berapa peruntukan yang disediakan bagi menentukan supaya semangat belia dipulih untuk menaruh kepercayaan kepada pentadbiran dan pemimpin negara. Kerana kita dapati banyak sangat hasutan. Kalau kita tengok profail mereka yang membuat demonstrasi ini saya rasa separuh daripadanya golongan belia. Jadi, apakah tindakan kerajaan bagi menentukan belia-belia ini dirangkumkan dalam satu kumpulan yang boleh mempunyai ketahanan diri untuk percaya kepada kepimpinan, percaya kepada kedaulatan dan tidak menghasut atau membuat demonstrasi dan sebagainya.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi secara bertulis angka yang tepat tentang perbelanjaan kerajaan. Saya ingin maklumkan di sini bahawa hanya segelintir sahaja belia yang terlibat di dalam aktiviti Yang Berhormat sebutkan tadi. Malah lebih 96% daripada mereka menyumbang bakti dan tenaga kepada kemajuan negara. Saya percaya bahawa segelintir kecil ini yang mengikut aktiviti-aktiviti negatif dan memberi nama yang kurang baik kepada kerajaan, mereka ini tidak mewamakan atau memberi imej dan keadaan yang sebenarnya tentang belia di negara kita ini. Sekali lagi saya ingin menyatakan di sini bahawa belia negara kita memberi sumbangan yang paling positif kepada kemajuan negara ini.

Tuan N. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bukan sahaja persatuan-persatuan belia dan sukan, ahli-ahli sukan negara kita telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka mengenai peruntukan atau layanan kepada mereka, di akhbar tempatan pun keluar berita. Apakah tindakan atau langkah-langkah Kementerian Belia dan Sukan untuk mengatasi masalah ini?

Dato' Hajah Shabrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan itu agak kurang jelas kepada saya. Walau bagaimanapun, saya menyatakan di sini bahawa .....

Tuan Yang di-Pertua: Cuba ulang sekali lagi.

Tuan N. Marimuthu: Ahli-ahli sukan negara kita telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka mengenai pendapatan atau peruntukan layanan terhadap mereka kepada akhbar tempatan - keluar berita ini. Apakah tindakan atau langkah Kementerian Belia dan Sukan untuk. mengatasi masalah ini.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba jawab soaian Ahli Yang Berhormat setepatnya. Sebenamya semangat kesukanan di negara ini berpaksi di atas kesukarelawan dan untuk semangat patriotisme negara dan untuk menyumbang kepada kemajuan di bidang sukan. Jadi, saya tidak faham apa Ahli Yang Berhormat menyatakan bahawa rasa tidak puas hati dan lain-lain tentang layanan yang diberi oleh kerajaan tentang pendapatan dan lain-lain. Terdapat banyak ahli sukan di negara-negara lain kerana mereka mempercayai tentang semangat kesukanan mereka mahu meningkat dan menaikkan nama negara, maka mereka memberi sumbangan mereka kepada negara.

Saya percaya bahawa semangat ini tidak luntur lagi di negara kita dan saya percaya bahawa pihak media, kalau tidak salah saya soalan Ahli Yang Berhormat itu telah pun memberi pendedahan yang sewajarnya kepada mereka.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah pelan-pelan tindakan atau pelan perancangan dirancang mengikut hasrat dan cita rasa belia semasa?

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tuan Yang di-Pertua, semua program dan pelan yang diatur oleh pihak kementerian kita mengambil kira cita rasa belia dan remaja. Tetapi kita mengambil iktibar dan bimbingan daripada kaum yang bukan remaja,

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

4 DN.18.5.1999

malah ibu bapa mereka oleh kerana kementerian berpendapat bahawa unsur bimbingan itu paling mustahak di dalam kita mengaturkan pelan atau program untuk remaja dan belia.

4. Datuk Haji Sairin bin Karno minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan berapa ramaikah ibu' tunggal di negeri ini mengikut pecahan negeri dan apakah kerajaan berhasrat untuk memberikan elaun khas kepada mereka.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' G. Palanivel]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan ini bersekali dengan tiga pertanyaan mengenai isu yang sama yang dibangkitkan oleh tiga orang Ahli Yang Berhormat, iaitu Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan pada 19 Mei 1999, Yang Berhormat Puan Rajah Mastika Junaidah binti Rusin dan Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim pada 20 Mei 1999.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sedang menyediakan profail ibu tunggal mengikut setiap negeri di Malaysia. Penyediaan profail ini adalah berpandukan kepada Banci Penduduk Malaysia 1991 yang menunjukkan bilangan wanita menjadi ketua isi rumah berjumlah 653,500 orang. Sehingga kini terdapat 15 persatuan ibu tunggal di Malaysia yang akan menaung ibu-ibu tunggal di setiap negeri.

Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita telah meyusun satu program untuk membantu ibu tunggal yang dinamakan Program Ibu Tunggal Wajar yang mengandungi empat panel, iaitu panel sokongan kelompok dan pembimbing, panel sokongan guaman, panel sokongan ekonomi dan panel sokongan pendidikan. Aktiviti dan kursus yang diadakan melalui keempat panel ini adalah bagi membantu ibu tunggal menyelesaikan masalah mereka sama ada dari segi ekonomi, guaman, motivasi dan pendidikan anak-anak ibu tunggal bagi memberi manfaat kepada ibu-ibu tunggal dalam konteks mewujudkan keluarga penyayang.

Kementerian juga menyalurkan pelbagai bantuan melalui Jawatankuasa Perunding Hal Ehwal Wanita di setiap negeri untuk menyelaraskan program-program untuk ibu tunggal seperti yang disebutkan dan penubuhan persatuan ibu tunggal pelbagai kaum. Pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, institusi pengajian tinggi awam seperti Universiti Putra Malaysia, Jabatan Pertanian, Taman Teknologi Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti PERTIWI, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia dan Persatuan Pertubuhan-petubuhan Wanita Dalam Perniagaan telah memainkan peranan penting bagi membantu dan merupakan pendukung untuk memastikan prestasi keempat­empat ini sentiasa bergerak aktif.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan belum lagi bercadang untuk memberikan elaun khas kepada ibu-ibu tunggal. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan. Apakah definisi ibu tunggal yang sebenarnya? Baru-baru ini, kerajaan menjawab definisi ibu tunggal ini termasuk isteri yang suaminya lumpuh dan mengapakah ibu tunggal ini yang saya difahamkan, Kelantan yang terlalu ramai, terdapat 10,000 ibu tunggal di Kelantan clan mengapa terjadi di Kelantan tidak di Pahang dan di Kedah atau di tempat lain.

Dato' G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, definisi ibu tunggal ialah di mana isteri menjadi ketua rumah - single parents. Dan di Kelantan, saya tidak ada apa-apa sebab untuk diberitahu kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Ada dalam akhbar hari ini.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 5

Dato' G. Palanivel: Ya, ada dalam akhbar hari ini tetapi saya belum membuat kajian atau kementerian pun belum buat kajian. Mengapa di Kelantan terdapat banyak ibu tunggal. Terima kasih.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang oi-Pertua, soalan tambahan saya ialah menyedari bahawa program pihak kementerian baik yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat tadi, tetapi saya kecewa sedikit, hujung kata tidak beri bantuan kewangan, tidak mengapalah, tidak beri tetapi apakah bentuk bantuan lain kepada ibu tunggal ini. Bentuk dari segi emosi, sosial dan sebagainya. Sebab, ibu tunggal ini ada terdapat kekosongan, jadi, itu satu, kita kena isi ini. Adakah kita match dengan bapa tunggal, remaja tunggal atau lelaki tunggal supaya dapat digugurkan perkataan 'tunggal' itu supaya melahirkan generasi lain yang bukan tunggal. Terima kasih.

Dato' G. Palanivel: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, masalah-masalah ibu tunggal ialah pelbagai dimensi. Sebab itu pendekatan yang diberikan oleh kementerian pun pelbagai dimensi. Saya suka memberi sedikit penjelasan mengenai soalan Yang Berhormat. Panel Sokongan Perkelompok dan Pembimbing, panel ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr Wan Halim bin Othman dan dianggotai oleh pengerusi-pengerusi Persatuan Ibu Tunggal serta pertubuhan bukan kerajaan lain seperti Pertiwi.

Panel ini mengendalikan program latihan bagi membina motivasi, keyakinan dan harga diri agar ibu tunggal lebih yakin dan positif menghadapi cabaran hidup dan kita juga melalui panel ini membentuk satu networking di antara ibu-ibu tunggal di seluruh negara. Panel Sokongan Guaman yang diketuai oleh Puan Zaiton bin Dato' Othman, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia memberi latihan dan kaunseling kepada ibu tunggal untuk memberi mereka kemahiran untuk menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan mahkamah dan undang-undang dan mereka diberikan latihan untuk menjadi para legal caunseling. Panel Sokongan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Datuk Nor Azah Awain, pengerusi Persekutuan Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan menganjurkan banyak kursus yang berkenaan dengan perniagaan dan masalah-masalah ekonomi seperti itu juga Penal Sokongan Pendidikan yang diketuai oleh Profesor Dr. Jariah Masud dari Universiti Putra Malaysia bertujuan untuk membimbing serta membantu anak-anak ibu tunggal lebih berjaya dalam hidup mereka menerusi program peningkatan ketrampilan, psiko-sosial.

Guru-guru di sekolah juga diberi latihan untuk menjadi mentor kepada anak-anak ibu tunggal. Kita harap dan kita jangka program ini akan membantu ibu tunggal dan keluarga niereka meringankan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Dan untuk menjawab soalan yang berkait dengan bantuan kewangan, kita ada banyak jenis bantuan yang kita berikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan HAW A untuk persatuan­persatuan yang memberi latihan kepada ibu tunggal. Dan kalau ada masalah di peringkat akar umbi yang dihadapi oleh individu-individu, mereka boleh membangkitkan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di peringkat daerah dan jabatan akan cuma memberi bantuan kewangan.

Selain daripada ini, Amanah Ikhtiar Malaysia juga ada program untuk memberi bantuan kewangan kepada ibu-ibu tunggal. Terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengajukan soalan tambahan, saya ingin merayu sekali lagi kerana dahulu saya ada kompelin. Tempat duduk saya ini ada kebocoran sedikit-basah. Jadi, saya hendak minta tukar tempatlah. Kalau tidak diperbaiki di atas ini, alihkan saya ke tempat lain kerana saya ini basah sebelah kanan.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah mandi di rumah.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Basah sebelah, kalau hendak mandi kena basah semua, ini basah sebelah sahaja. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

6 DN.18.5.1999

Saya amat terkefut sekali diberitahu tahun 1991, 653,500, adakah statistik ini benar, ini 1991 dan sekarang ini 1999, saya tidak tahu mengapa kementerian kita ini slow sedikit untuk mengumpulkan statistik. Perkara ini penting. Soalan saya, seramai 653,500 ibu tunggal ini yang banyak i:nenanya semuanya lelaki belaka, tidak tahu mengapa? Wanita tidak menanya persoalan ini. Saya hendak tahu kebanyakan mereka ini mungkin tunggal kerana penceraian dan apabila berlaku penceraian dan kalau mengikut hukum Islam, kita dapati ada nafkah kita bayar dan sebagainya - maintenance dan mengikut undang-undang sivil pun terpaksa dituntut pembayaran maintenance. Jadi, saya hendak tahu daripada kajian kementerian berapa ramaikah kaum lelaki yang tidak membayar maintenance dari segi Islam dan bukan Islam kepada mereka yang menjadi tunggal ini akibat penceraian.

Dan saya perhatikan juga Tuan Yang di-Pertua, ini mungkin pejabat agama boleh menjawab. Proses untuk menjadi tunggal ini, kadangkala tersangkut-sangkut menerusi proses perundangan. Saya perhatikan dalam surat khabar, kadang-kadang bertahun-tahun baru mendapat penceraian yang sah dan muktamad dan mungkin mendapat bantuan nafkah selepas itu.

Jadi, soalan kepada kementerian ini saya hendak tahu berapa ramaikah mengikut statistik yang tidak menerima bantuan dan nafkah daripada suami?

Dato' G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, mengenai statistik 653,500 orang ibu tunggal, statistik ini seperti yang saya sebut dalam jawapan tadi adalah berpandukan kepada bancian penduduk Malaysia tahun 1991. Kementerian tidak uruskan satu banci negara. Ini dibuat oleh jabatan dan kementerian lain dan kita mengikut statistik yang diberi oleh bancian yang diadakan pada tahun 1991 tetapi mengenai statistik ibu tunggal, selalunya statusnya berubah, hari ini dia seorang ibu tunggal barangkali dalam masa tiga bulan dia sudah berkahwin dan dia bukan lagi ibu tunggal dan statistik ini selalu berubah­ubah. Sebab itu kita tidak boleh memberi satu jawapan yang tepat mengenai keadaan sekarang dan mengenai mereka yang tidak bayar apa yang ditentukan oleh mahkamah syariah atau mahkamah sivil. Saya tidak ada statistik pada masa sekarang dan saya harap, saya boleh dapatkan statistik ini di masa hadapan dan memberi jawapan ini bila perlu kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

5. Datuk William Lau Kung Hui minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan jawatan Pegawai Undang-undang dan Timbalan Pendakwa Raya yang bertugas di Jabatan Peguam Negara dan dipinjamkan ke negeri-negeri di Malaysia adalah diklasifikasikan sebagai 'Profesional' di dalam skim perkhidmatan mereka, mengapakah mereka tidak dikiimiakan taraf 'Profesional' seperti Doktor Perubatan, Doktor Gigi dan lain-lain. Mengapa terdapat perbezaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ibrahim bin Ali]: Tuan Yang di-Pertua, dalam menentukan sama ada sesuatu perkhidmatan tergolong sebagai perkhidmatan profesional dalam perkhidmatan kerajaan, kriteria yang diambil kira oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ialah kelayakan akademik, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, kecemerlangan, etika dan pengkhususan anggota-anggota perkhidmatan itu. Namun begitu bukan semua perkhidmatan profesional diberi taraf profesional.

Jabatan Perkhidmatan Awam juga menetapkan kriteria bahawa hanya perkhidmatan profesional yang semua anggotanya disyaratkan mendaftar terlebih dahulu dengan sesuatu badan profesional sebelum boleh dilantik ke dalam perkhidmatan itu layak diiktiraf profesional. Umpamanya perkhidmatan perubatan dan perkhidmatan pergigian diberi pengiktirafan sedemikian kerana setiap pegawai perubatan iaitu doktor perubatan dan pegawai pergigian iaitu doktor pergigian masing-masing dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dengan Majlis Perubatan Malaysia dan Majlis Pergigian Malaysia sebelum perlantikan mereka ke dalam perkhidmatan kerajaan. Perkhidmatan kehakirnan dan perundangan juga tergolong dalam kategori perkhidmatan profesional tetapi memandangkan skim perkhidmatan ini tidak mengenakan keperluan pendaftaran dengan

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 7

Bar Malaysia iaitu baclan profesional bagi profesion unclang-undang sebagai satu syarat perlantikan, maka pegawai unclang-unclang termasuk Timbalan Pendakwa Raya yang bertugas di Jabatan Peguam Negara clan yang dipinjam ke negeri-negeri tidak diberi status profesional. ·

Perlu dimaklumkan bahawa seseorang pegawai unclang-unclang apabila ditugaskan ke dalam mana-mana perkhidmatan unclang-unclang seperti di Jabatan Peguam Negara, Pejabat Pemegang Harta clan Biro Bantuan Guaman boleh menjalankan semua fungsi yang dijalankan oleh seseorang peguam bela clan peguam cara. Cuma setiap client yang boleh diwakilinya ditetapkan oleh unclang-unclang. Kehendak bahawa seorang pegawai unclang-unclang perlu diterima masuk sebagai peguam bela clan peguam cara clan menjadi anggota Bar Malaysia sebelum boleh menjalankan fungsi seorang peguam bela clan peguam cara dikecualikan sendiri oleh Akta Profesion Unclang-unclang 1976, demi memudahkan pengamalan unclang-undang oleh pegawai unclang-unclang itu bagi pihak kerajaan. Walaupun diberi kelonggaran sedemikian, tidak kurang banyaknya pegawai unclang-unclang yang menjadi anggota Bar Malaysia sebelum mereka menganggotai perkhidmatan kehakiman clan perunclangan. Malah sebilangan besar pegawai unclang­unclang yang dikecualikan daripada menjalani tempoh latihan di bawah Akta Profesion Unclang-unclang 1976 juga sudah diterima rnasuk sebagai peguam bela clan peguam cara.

Namun begitu, memanclangkan Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai kriteria tertentu dalam membuat pengiktirafan taraf prof esional clan berdasarkan kriteria itu Skim Perkhidmatan Kehakiman clan Perunclangan tidak melayakkan anggota-anggotanya menikrnati taraf profesional, walaupun pada hakikatnya mereka memang bertaraf profesional, maka langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil untuk mengkaji semula status profesional anggota-anggota perkhidmatan itu. Terima kasih.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan soalan tambahan yang agak sedikit lari. Kebetulan menteri peguam kita ada di sini. Bagi pihak Ahli Dewan Negara memang kita telah mengucapkan tahniah seorang senator yang berwibawa seperti Datuk Haji Ibrahim. Cuma saya hendak minta izin untuk menanyakan kerana panclangan . rarnai mutakhir ini berkenaan profesionalisme kepeguaman, seolah-olah dilihat terutama sekali dalam Majlis Peguam ini yang memang pun terkanun ataupun di bawah akta kita. Seolah-olah menjadi pengawal kepada akta-akta yang diluluskan oleh kerajaan.

Jadi, kita nampak di dada-dada akhbar clan media seolah-olah Majlis Peguam ini telah terkeluar sedikit daripada peraturan-peraturan biasa. Saya hendak tahu dengan kerajaan apakah benar dakwaan bahawa Majlis Peguam ini sekarang seclang mengawal pegawai-pegawai kerajaan dalam biclang kepeguaman ini? Jadi saya pohon pandangan kerajaan dalam hal ini.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini memang tidak ada kena mengena dengan soalan asal. Tetapi oleh kerana Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan berminat dengan soalan ini, bolehlah saya memberi sedikit penjelasan.

Memang kita menyedari bahawa Majlis Peguam sekarang ini mengeluarkan pelbagai kenyataan clan kita sedar bahawa Majlis Peguam ini diwujud untuk mereka memberi khidmat clan menjaga kepentingan para peguam. Mereka tidak ditubuhkan untuk mengajar kerajaan bagaimana hendak mentadbir negara. Urusan pentadbiran negara ialah dibuat oleh pihak kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi setiap lima tahun sekali, tetapi malangnya, ada segelintir peguam-peguam yang telah pada panclangan saya merosakkan profesion perunclangan mereka sendiri dengan membuat pelbagai kenyataan yang boleh mengelirukan orang rarnai.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

8 DN.18.5.1999

Saya telah mengadakan perjumpaan dengan Majlis Peguam pada tarikh 19 April baru-baru ini dan telah pun memberikan nasihat yang panjang lebar kepada Majlis Peguam, terutamanya kepada pemimpin-pemimpin mereka supaya mereka menjadikan Majlis Peguam dan menentukan para peguam benar-benar menunjukkan sifat profesionalisme mereka sebagai seorang peguam. Mereka telah memberi pengakuan iaitu mereka akan cuba sedaya upaya dan mengakui apabila saya membangkitkan, apa yang mereka sibukkan ialah urusan mengenai pentadbiran negara dengan pelbagai kenyataan. Manakala banyak rungutan di kalangan clients atau pelanggan-pelanggan terhadap khidmat peguam-peguam, malah hari ini saya lihat dalam akhbar The Star ada Persatuan Pengguna di negeri Johor membuat aduan terhadap peguam-peguam yang dikatakan bertindak bertentangan dengan etika yang dikenakan kepada mereka tidak menjalankan tugas sebagaimana yang sepatutnya sehingga ada penipuan yang dilakukan oleh sesetengah peguam. Jadi sepatutnya ini yang dilakukan oleh Majlis Peguam, bukan timbulnya hendak mengajar, hendak menyoal sistem kehakiman, hendak menyoal kedudukan pejabat peguam negara, ataupun mengkritik pucuk pimpinan negara dan mengajar untuk buat itu dan ini yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan peranan dan tugas mereka.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, saya percaya tidak semua peguam­peguam macam itu. Majoriti peguam, the silent peguam yang memang kita tahu mempunyai profesionalisme masing-masing, cuma tinggal lagi ada segelintir mereka yang mungkin mereka tidak berminat sebenarnya untuk menjadi seorang peguam yang profesional tetapi lebih berminat untuk mendapat publisiti murah ataupun mencari nama sebagai seorang pemimpin NGO, tidak berkhidmat untuk kepentingan masyarakat. Lebih­lebih lagi untuk masyarakat dan negara. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Soalan tambahan, saya tidak hendak menyentuh berkenaan dengan Majlis Peguam sebab saya ahli Majlis Peguam, Member of the Bar Council, dengan izin.

Oleh itu kalau saya tanyakan dari segi Majlis Peguam tidaklah adil jikalau Timbalan Menteri menjawabnya dan terkeluar daripada soalan yang ada ini. Saya hendak tanya berkenaan dengan classification, dengan izin, ataupun definisi seorang yang mendapat ijazah profesional. Di Malaysia ini kita ikut Barat, Ir - Engineer, Mr - sudah dapat perubatan misalnya, dia dapat Mr. Sergeant, peguam bela, peguam cara. Ini semua mengikut Barat, adakah pihak kerajaan memikirkan untuk memastikan perkataan sebelum profesional mereka itu kita ambil alih Malaysia pula. Kita tukarkan ia, Keris Gading Sarikah, apakah, permulaannya itu mengikut profesion masing-masing. Ini kita ikut Mr. Ir, kadang-kadang tidak faham, akauntan. Apabila anak lepas sahaja pengajian kewangan di luar negara. Anak buat apa sekarang, anak saya akauntan tetapi akauntan ini lain. Yang belajar kewangan ini lain, jadi pihak kerajaan memikirkan sekarang. Dengan adanya Datuk Haji Ibrahim saya rasa perkara ini dapat diselesaikan dengan serta-merta. [Tepuk]

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: [Ketawa] Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil baik pandangan Yang Berhormat Senator Dato' Haji Mohd. Zuki bersabit dengan soal takrif profesional iaitu menggunakan di pangkal nama seperti Ir., Dr. ataupun sebagainya. Bukan setakat itu Yang Berhormat dan Dato' Haji Mohd. Zuki lupa dari segi agama pun ada profesionalismenya. Macam di negeri Kelantan, ia dipanggil 'Tok Guru'. 'Tok Guru' kalau dalam bidang agama, kalau Ir. begitu.

Jadi banyak orang keliru, jadi sebab itulah kita telah menentukan bahawa apabila hendak menentukan taraf profesional itu pihak kerajaan memberi perhatian yang begitu teliti sekali tetapi walau bagaimanapun, sebagaimana jawapan saya daripada awal langkah­langkah yang sewajarnya akan diambil untuk mengkaji semula status profesional yang disebutkan tadi termasuklah gelaran-gelaran supaya tidak disalahgunakan termasuk juga dalam bidang agama saya katakan tadi. Sekian, terima kasih.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 9

6. Tuan Tee Thiong Hock minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan langkah-langkah yang diambil, termasuk insentif-insentif untuk menjadikan negara kita sebagai suatu pusat untuk "meeting, seminar dan congress" antarabangsa.

Setiausaba Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Mohd. Noh bin Rajah]: Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan pelancongan berasaskan mesyuarat, insentif, conference dan pameran, atau dengan izin, MICE Tourism iaitu meeting, incentive, conference and exhibition, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) mengenal pasti acara-acara MICE yang berpotensi dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta meningkatkan usaha-usaha penawaran iaitu bidding, dengan izin.

(ii) menyediakan directory MICE tahunan, dokumen penawaran dan brochure untuk tujuan penawaran, promosi dan pemasaran melalui pejabat-pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di luar negara;

(iii) menyelaras lawatan suaikenal bagi wakil-wakil penganjur dari luar negara untuk meninjau tempat dan kemudahan yang akan digunakan;

(iv) membantu penganjur mendapatkan sebut harga yang sesuai bagi pakej-pakej penerbangan, pengangkutan domestik, penginapan makanan dan lawatan-lawatan yang diatur oleh agensi pengembaraan dan pelancongan tempatan; dan

(v) membantu penganjur mengaturkan program-program majlis keraian seperti persembahan kebudayaan dan lawatan sebelum dan selepas persidangan.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Soalan tambahan saya, apakah tarikan utama negara untuk menarik pelancong-pelancong dan langkah-langkah untuk promosi, tarikan­tarikan utama ini.

Dato' Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, untuk mendapatkan pelancong berminat datang ke sini, Malaysia menonjolkan beberapa fakta iaitu kita membuat promosi ke atas dua belas destinasi di seluruh negara dengan keadaan tempat­tempat yang dipilih itu seperti kebudayaan, ecotourism, membeli-belah, laut, makanan, nature, hill resort dan berbagai-bagai lagi.

Jadi, kita tidak mengambil satu tarikan sahaja. Kita membuat beberapa tarikan berasaskan kepada dua belas destinasi yang kita rniliki ini. Umpamanya Sabah dan Sarawak. Sabah - kita tekankah kepada Gunung Kinabalu dan daerah-daerah di persekitaran. Bagi Sarawak kita tekankan kepada kebudayaan negeri Sarawak, kecantikan alam semulajadi, Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan tempat membeli-belah, Langkawi, pantainya yang indah, Pulau Pinang sebagai tempat menjamu selera, Melaka sebagai bandar bersejarah, Pahang kerana hill resortnya dan juga pantai-pantai yang berada di negeri itu dan berbagai-bagai lagi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah kerjasama di antara kementerian dengan institusi-institusi pengajian tinggi ataupun pusat-pusat penyelidikan yang menyelidik tentang penggunaan IT bagi membangunkan lagi pusat meeting, seminar dan congress yang menggunakan IT di negara ini.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

10 DN.18.5.1999

Dato' Mohd. Nob bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, untuk menggalakkan program MICE, sebenamya kementerian yang menjadi tonggaknya ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan sudah tentunyalah kementerian ini mempunyai hubungan yang baik dengan institusi-institusi pengajian tinggi. Tetapi untuk pengetabuan Ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menubuhkan sebuah Pusat Tempahan Konvensyen Dan Pemeran iaitu Malaysian Convention and Exhibition Booking Centre yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di MA TRADE.

Dengan adanya pusat ini maka semua maklumat yang berkaitan dengannya boleh didapati melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan tetapi adalah diharapkan bahawa dengan adanya pusat ini nanti segala yang bersangkut paut dengan MICE akan teratur, lebih centralize lagi.

6. Dato' P. Krishnan minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan kenapakah syarikat bas Intrakota dan juga syarikat bas-bas mini di Lembah Klang tidak memberikan diskaun kepada pelajar-pelajar sekolah sebagaimana lazimnya dahulu. Syarikat-syarikat bas dahulu, bagi meringankan beban ibu bapa yang anaknya bersekolah, sebagai "sumbangan bakti kepada masyarakat" dan ini telah banyak menyumbang kepada prestasi syarikat terbabit.

Timbalan Menteri Pembangunan Usabawan [Dato' Idris bin Jusoh]: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya syarikat bas lntrakota Consolidated Bhd. (ICB) ada memberi diskaun kepada pelajar-pelajar sekolah melalui kad pelajar yang dijual dengan harga 50 sen bagi satu perjalanan. Kadar tambang biasa bas Intrakota ialah 90 sen bagi satu perjalanan. Ini bermakna potongan 40 sen bagi satu perjalanan kepada pelajar-pelajar.

Selain dari itu, Intrakota juga memberi diskaun kepada golongan cacat anggota dan orang buta sebanyak 50% bagi kadar tambang menggunakan kad tambang. Kad tambang yang disediakan bemilai RM18.00 dijual dengan kadar RM9 untuk 20 perjalanan. Orang ramai juga boleh menggunakan kad tambang bemilai RM18 yang dijual dengan harga RMl 7 untuk 20 perjalanan. Apabila kad tambang ini telah habis digunakan dan setiap kali dipulangkan kepada Intrakota, penumpang boleh membeli kad tambang yang baru hanya dengan harga RM16 untuk 20 kali perjalanan.

Perkhidmatan bas mini Lembah Klang seperti di Shah Alam juga ada memberi tambang yang rendah kepada pelajar-pelajar yang beruniform iaitu tanibang sebanyak 60 sen daripada kadar 70 sen yang telah ditetapkan.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah bersabit dengan perkara kenaikan tambang bas henti-henti dan bas ekspress yang telah diminta oleh Persatuan Pengusaha Bas yang telah ditolak oleh kementerian. Apakah kementerian bercadang untuk memberi subsidi kepada syarikat tersebut bagi memastikan mereka menjalankan perkhidmatan dan mengadakan bas-bas yang canggih untuk kegunaan awam.

Yang Kedua, Tuan Yang di-Pertua, sama ada kementerian sedar, pengusaha­pengusaha bas oleh kerana penolakan yang telah dibuat oleb kementerian, pengusaha bas telah menghantar notis untuk bertindak melancarkan mogok yang telah dicadangkan oleh mereka.

Dato' Idris bin Jusob: Kerajaan telah membuat ketetapan untuk tidak menaikkan tambang bas berhenti-henti baru-baru ini, kerana kita dapati sebilangan besar penumpang-penumpang bas ialah mereka yang berpendapatan rendah dan juga kenaikan tambang bas baru-baru ini akan memberi sumbangan terhadap inflasi negara. Waiau bagaimanapun kerajaan sedang berbincang dengan mereka, bagaimana cara untuk kerajaan boleh memberi pertolongan kepada mereka dari segi mengurangkan cukai dan sebagainya.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 11

Kita dalam proses perbincangan dengan mereka agar perkhidmatan bas di negara kita ini tidak akan mendapati masalah. Kita juga telah diberitahu bahawa ada notis mogok yang telah dikeluarkan oleh mereka tetapi nampaknya mereka telah menarik balik notis itu kerana kita sentiasa berhubung dengan mereka dan kita mendengar masalah-masalah yang mereka hadapi dan masih berbincang dengan mereka dan mungkin kerajaan sedang memikirkan masa kini untuk menimbang semula permohonan mereka mengikut kadar­kadar yang dirasakan munasabah.

8. Puan Karimah binti Mohd. Noor minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan: ·

(a) apakah dengan masalah kemelesetan ekonomi, jerebu, wabak coxsackie, wabak JE yang menimpa negara boleh menjejaskan kehadiran pelancong dan pelabur ke negara kita dan telah melumpuhkan industri pelancongan negara; dan

(b) apakah tindakan dan langkah-langkah kementerian untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a), kegawatan ekonomi, wabak penyakit seperti Coxsackie, JE adalah di antara faktor-faktor yang boleh menjejaskan ketibaan pelancong ke Malaysia. Contohnya, ketibaan pelancong ke Malaysia merosot sebanyak 10.6% dari 6.2 juta orang pelancong dalam tahun 1997 kepada 5.5 juta orang pelancong pada tahun 1998. Kejatuhan ketibaan pelancong di Malaysia secara langsung menjejaskan pendapatan industri pelancongan negara dari RMI0,509.8 juta pada tahun 1997 kepada RM9,334.2 juta pada tahun 1998 iaitu kemerosotan sebanyak 11.2%.

ialah: Bagi (b), di antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini

(i) menggalakkan pelancongan ke dalam negara dengan memanjangkan tempoh lawatan mereka melalui pakej-pakej yang lebih menarik;

(ii) memberi penekanan kepada pasaran strategik yang kurang menerima kesan daripada krisis ekonomi seperti Australia, India, China, Eropah, Amerika Syarikat serta negara-negara Timur Tengah;

(iii) menggalakkan agensi-agensi kerajaan serta institusi-institusi swasta yang menganggotai badan-badan atau pertubuhan­pertubuhan berkenaan untuk mengadakan mesyuarat ataupun konvensyennya di Malaysia;

(iv) melaksanakan kempen promosi yang agresif bagi menggalakkan pelancongan domestik. Peningkatan pelancongan domestik dapat membantu mengukuhkan industri pelancongan negara; dan

(v) menggalakkan program membawa media asing untuk membuat laporan tentang Malaysia dengan fokus untuk membetulkan imej negara dan akhirnya satu kempen pengiklanan pengurusan krisis juga dijalankan di dalam media massa antarabangsa seperti di akhbar Financial Times untuk memperbaiki imej Malaysia di mata dunia. Sekian.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah benar bahawa pakej-pakej yang dibuat daripada luar negara sebagai

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

12 DN.18.5.1999

contoh daripada 0

Amerika ke Malaysia ini masih di takuk yang lama, maksud saya masih pada pertukaran RM2.50 clan menyebabkan pakej ini tidak berubah, yang sepatutnya telah berubah lebih murah daripada sebelumnya. Terima kasih.

Dato' Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertiia, walaupun di mana pakej itu dibentuk, kita yakin bahawa akhirnya mereka perlu l;>ekerjasama dengan syarikat-syarikat pelancongan di negara kita dan kita menggalakkan mereka untuk menawarkan pakej-pakej yang kompetitif, dengan izin, value for money. Saya tidak mengetahui mengenai berapa pertukaran itu, tetapi kita yakin dalam dunia perniagaan kalau mereka mementingkan kepada perniagaan yang berkembang, mereka mestilah responsive kepada keadaan semasa. Terima kasih.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya sebenarnya hendak dikemukakan kepada soalan No. 6, tetapi memanclangkan kementerian yang sama, saya ajukan soalan tambahan ini. Saya nampak ramai pelancong daripada negeri Arab melawat dan mengunjungi Malaysia. Soalan saya, apakah pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian clan Pelancongan menyediakan tenaga pembantu, tenaga pemandu yang boleh menguasai bahasa Arab serta menyediakan suatu persembahan yang mereka minati mengikut budaya clan cita rasa mereka? Terima kasih.

Dato' Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan Ahli Yang Berhormat ini boleh saya menjawab dengan satu perkataan iaitu 'ya'. Waiau bagaimanapun, saya ingin elaborate sedikit. Tuan Yang di-Pertua, kita dapat melihat dengan panclangan mata kasar bahawa pelancong-pelancong daripada Timur Tengah hari ini semakin bertambah datang ke sini. Ini adalah basil daripada promosi kita yang bertubi­tubi di merata-rata negeri Timur Terigah. Kita mengikuti exhibition, kita bawa ajen-ajen kita ke sana, kita bawa penulis-penulis akhbar mereka datang ke sini. Oleh itu didapati bahawa peningkatan pelancong-pelancong daripada Timur Tengah memang bertambah dan menggalakkan.

Memang kita mempunyai sedikit masalah menyediakan kakitangan yang dapat melayan pelancong-pelancong berbahasa Arab ini kerana kita dapati terlalu kurang rakyat kita yang boleh bertutur dalam bahasa Arab menawarkan diri bekerja dalam industri pelancongan. Umpamanya mereka yang bekerja di hotel, mereka yang berasaskan kepada pendidikan Arab tidak berapa berminat untuk hendak bekerja di hotel. Begitu juga dengan pemandu-pemandu pelancong, kita menggalakkan supaya setiap pemandu pelancong mestilah boleh bertutur lebih daripada satu bahasa.

Malangnya bahasa Arab itu tidak menjadi bahasa yang mereka ketahui. Saya amat mengalu-alukan kalau ramai rakyat kita yang boleh berbahasa Arab muncul dan melibatkan diri dalam industri pelancongan. Daripada tinjauan rambang, kita dapati bahawa mereka yang saya katakan ini, golongan yang tahu berbahasa Arab memanclang seolah-olah industri pelancongan ini ada negatifnya. Prasangka terhadap industri pelancongan atau bekerja di hotel itu, pada panclangan di antara mereka tidak berapa sihat.

Jadi, ini pun masalah negara juga kerana persepsi yang salah ini. Mungkin Ahli Yang Berhormat dari Kelantan boleh juga membantu negeri Kelantan sendiri kalaupun tidak Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan sendiri untuk menerangkan kepada orang ramai bahawa industri pelancongan ini adalah satu industri yang sihat tetapi kalau ada perbuatan~perbuatan yang tidak sihat, itu bukan industri itu yang silap, itu adalah masalah individu. Di negeri Kelantan pun ada perkara-perkara yang tidak sihat berlaku di hotel­hotel.

Beberapa tahun dulu kita pun dapat mendengar cerita hebat yang berlaku di hotel Kelantan yang mana yang terlibat itu pwi boleh juga dikatakan orang-orang yang bukan berpendidikan sekular. Jadi kita harap perkara ini sama-sama kita atasi clan potensi untuk mempertingkatkan bilangan pelancong daripada negara Timur Tengah memang baik,

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 13

tambah-tainbah kalau kita dapat menarik hati mereka lebih rapat lagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

9. Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah jumlah kilang yang telah ditutup sepanjang enam bulan yang lepas dan nyatakan bilangan pekerja-pekerja kilang yang telah dib~rhentikan kerjanya.

Timbalan Menteri Somber Manusia [Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, jumlah kilang yang ditutup sepanjang enam bulan yang lepas seperti mana diminta oleh Ahli Yang Berhormat ialah sebanyak 117 buah dan bilangan pekerja kilang yang telah diberhentikan kerja ialah seramai 6, 192 orang.

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, adakah semua yang diberhentikan kerja ini dapat pampasan mereka?

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, mengikut angka yang didapati untuk tahun 1998, untuk tahun ini belum lagi kita dapat angkanya, angka tahun 1998 menunjukkan bahawa 97% daripada pekerja yang diberhentikan kerja mendapat pampasan ataupun faedah penamatan.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, bolehkah saya tahu 117 kilang yang ditutup ini apakah peratusannya daripada jumlah kilang-kilang yang ada dan sebab-sebab kilang-kilang ini ditutup dan apakah implikasinya kepada pekerja-pekerja bumiputera khususnya? Terima kasih.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, sebab-sebab kilang ini ditutup adalah kebanyakannya daripada kegawatan ekonomi yang berlaku iaitu satu fenomena yang dikatakan global yang mana kebanyakan kilang-kilang yang ditutup adalah kilang-kilang yang mengeluarkan barangan yang dieksport dan boleh dikatakan 30% daripada kilang-kilang ini adalah kilang-kilang yang mengeluarkan bahan elektronik.

Mengenai dengan peratusan daripada jumlah kilang-kilang yang ditutup, saya tidak ada angka pada hari ini dan implikasi kepada pekerja-pekerja bumiputera adalah boleh dikatakan significant kerana pekerja-pekerja di kilang elektronik yang saya kata tadi kebanyakannya pekerja bumiputera dan juga bukannya elektronik, kebanyakannya pekerja-pekerja bumiputera yang datang dari bandar. Kalau diambil perhitungan bahawa kebanyakan kilang yang ditutup adalah di Pulau Pinang dan di Selangor yang hinterland ataupun kawasan tadahan pekerjanya adalah negeri-negeri yang kebanyakannya diduduki oleh bumiputera maka ianya adalah significant.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pekerja-pekerja yang saya sebut tadi adalah pekerja-pekerja yang didaftarkan di Jabatan Tenaga Rakyat, masih lagi ada, yang berhenti, yang tidak berdaftar dan ini kemungkinan mereka telah pun mendapat kerja semula.

10. Puan Kamilia binti Ibrahim [di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah pihak kementerian dapat memantau dan mengesan komoditi yang dilambakkan di pasaran negara buat masa ini. Apakah dasar­dasar antilambakan yang berkesan yang dapat menyekat kegiatan tersebut yang mana akan meninggalkan kesan kepada industri tempatan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria): Tuan Yang di-Pertua, Akta Duti Timbal Balas dan Antilambakan 1993 dan Peraturan Duti Timbal Balas dan Antilambakan 1994 membolehkan kerajaan mengambil tindakan Antilambakan terhadap pengeksport asing yang menjual barangan mereka di Malaysia dengan harga jualan yang lebih murah berbanding dengan harga jualan di pasaran domestik mereka sendiri sehingga menyebabkan kemudaratan ke atas industri tempatan. Aktiviti ini dikenali sebagai lambakan. Pihak kementerian akan bertindak ke atas permohonan bertulis atau petisyen

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

14 DN.18.5.1999

yang dikemukak.in oleh industri tempatan yang mengeluarkan keluaran serupa mengikut peraturan dan perundangan yang ada. Sekiranya penyiasatan yang dijalankan oleh kementerian ini membuktikan bahawa pengeksport asing yang dituduh benar-benar melakukan lambakan, mereka yang terbabit akan dikenakan Duti Antilambakan yang berkuat kuasa selama lima tahun. Di sepanjang tempoh masa penyiasatan dilakukan dan pengutipan duti lambakan dikuatkuasakan, pihak kementerian dengan bantuan pihak kastam akan memantau import barangan yang terbabit. Semenjak tahun 1996 sebanyak tiga barangan telah diambil tindakan Duti Antilambakan iaitu alas lantai PVC (PVC floor covering), kertas suasalin (self-copy paper) dan corrugating medium paper.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah pun selesai.

[Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan jawapan bagi pertanyaan No.11hingga41 adalah dijilid dalam buku berasingan]

USUL-USVL

JAWATANKUASA PEMILIB - PERLANTIKAN AHLI-AHLI

11.08 pagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ibrahim bin Ali]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan:

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 70(1) Majlis Dewan Negara memutuskan iaitu ahli-ahli yang berikut hendaklah dilantik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Kelima, Parlimen Kesembilan:

(i) Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman;

(ii) Yang Berhormat Senator Dato' V.K.K. Teagarajan;

(iii) Yang Berhormat Senator Datuk William Lau Kung Hui; dan

(iv) Yang Berhormat Senator Puan Kamilia binti Ibrahim.

Timbalan Menteri Somber Manusia [Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu usul atas nama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri:

Bahawa mengikut peruntukan peraturan Mesyuarat 70(1) Majlis Dewan Negara memutuskan iaitu ahli-ahli yang berikut hendaklah dilantik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Penggal Kelima, Parlimen Kesembilan.

(i) Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman;

(ii) Yang Berhormat Dato' V.K.K. Teagarajan;

(iii) Yang Berhormat Datuk William Lau Kung Hui; dan

(iv) Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim.

dikemukakan kepada Majlis untuk diputuskan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999

KAJIANSEPARUHPENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH

15

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa Dewan ini,

menyedari pertumbuhan ekonomi dan pencapaian matlamat sosioekonomi secara keseluruhan adalah membanggakan dalam tempoh tiga tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketujuh walaupun prestasi ekonomi kurang memuaskan pada tahun 1998 berikutan krisis kewangan serantau;

mengambil maklum dan merestui usaha Kerajaan meneruskan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional bagi mencapai pembangunan seimbang berasaskan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama, selaras dengan matlamat yang terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua;

melulus dan mengesahkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang bertujuan untuk melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi mencapai hasrat dan matlamat Dasar Pembangunan Nasional seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil. 8 Tahun 1999;

Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal ini, Dewan yang mulia ini menyeru semua rakyat Malaysia berusaha lebih gigih dan penuh keazaman ke arah matlamat membina satu bangsa yang adil, bersatu padu, maju, berdaya saing serta mempunyai tahap keWuman yang tinggi selaras dengan cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. [17Mei1999]

Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat, Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani.

11.01 pagi ·

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh.

Saya merupakan ahli baru dalam Dewan ini, yang demikian saya mengambil banyak masa untuk mendengar dan mempelajari bagaimana perbahasan dijalankan, sudah pasti dalam masa yang singkat, saya telah kaya dengan idea-idea baru mengenai politik dan masalah kenegaraan. Saya bersyukur kerana keadaan ekonomi telah pulih dan pertumbuhannya amat memberangsangkan yang demikian, usaha-usaha pembangunan akan dapat diteruskan dalam keadaan yang selesa, keadaan rakyat di kampung turut merasa gembira dengan keadaan yang berlaku sekarang ini dan berharap usaha-usaha pemulihan akan berterusan.

Merujuk kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai Kajian Separuh Penggal ini antara lain beliau telah menggariskan enam cabaran yang harus ditangani demi menegakkan keutuhan negara. Tidak sahaja dalam bidang ekonomi khususnya dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, matlamat akhir pembangunan negara untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

16 DN.18.5.1999

Walauptin pada hakikatnya taraf hidup rakyat di kampung telah meningkat ke satu tahap yang boleh dianggap baik, jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu tetapi imbangan antara penduduk di bandar dengan kehidupan di kampung perlu diambil kira. Tidaklah begitu bermaklla segala kemajuan yang dikecapi di bandar-bandar besar sedangkan di kampung-kampung masih ada yang menderita dan berada digaris kemiskinan. Oleh kerana saya dilantik oleh kerajaan negeri Perlis menjadi Ahli Dewan Negara adalah menjadi kewajipan saya untuk menyuarakan masalah-masalah di peringkat negeri untuk mendapat perhatian yang sewajar dari kerajaan pusat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan persoalan, saranan dan cadangan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat yang berjauhan dari ibu negara. Sebelum saya menyentuh tentang masalah mempertingkatkan kualiti hidup, saya ingin memperkatakan tentang masalah perpaduan rakyat. Saya amat bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Puan Kamilia bahawa perpaduan rakyat maha penting. Pembangunan yang kita capai yang amat membanggakan akan terjejas sekiranya perpaduan tergugat oleh anasir-anasir yang setiap masa mencari peluang untuk mengadu-dombakan keamanan dan kesejahteraan yang telah kita basil dari ketegasan dan kepekaan pihak kerajaan mengatasi segala ketegangan yang timbul.

Sebagai termaklum negara kita menjadi contoh untuk diikuti dalam menangani masalah-masalah penduduk berbilang keturunan. Kita rakyat Malaysia dalam menikmati keamanan dan kemakmuran basil dari kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita, kita hams bersyukur. Saya ingin memperkatakan tentang kewujudan dan peranan yang dimainkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat antara lain telah merencana program dan aktiviti dalam menyatukan rakyat bermula di peringkat akar umbi.

Menubuhkan Sektor Rukun Tetangga di peringkat akar umbi merupakan suatu gagasan yang tepat pada hemat saya, jika program-programnya dilaksanakan secara serius. Prestasi Rukun Tetangga perlu dikaji semula supaya matlamat asal penubuhannya tidak terjejas. Sepanjang pemerhatian saya nampaknya seolah-olah sebagai satu badan kebajikan, kita harus meyakinkan rakyat bahawa sektor tersebut hams digunakan bagi mendekati hati penduduk berbilang kaum dalam mencapai suasana yang mesra, sating faham- memahami dan tidak dalam keadaan pura-pura. Hakikat ini agak mudah diperkatakan tetapi berat untuk melaksanakannya.

Tuan Yang di-Pertua, komponen sebuah Sektor Rukun Tetangga boleh dibahagikan seperti berikut:

(i) Ahli-ahli Rukun Tetangga iaitu orang dewasa;

(ii) Jiran Wanita - kanak-kanak, kakak-kakak, ibu-ibu dan nenek­nenek;

(iii) Jiran Muda iaitu remaja dan belia;

(iv) Tunas Muda iaitu anak-anak peringkat sekolah rendah termasuk kanak-kanak tadika; dan

(v) Jiran Usia Emas iaitu warga tua.

Komponen-komponen tersebut merupakan kelompok masyarakat yang mendiami sebuah taman atau kampung. Penubuhan sebuah Sektor Rukun Tetangga diambil kira supaya tiap sektor terdiri daripada pelbagai keturunan. Malangnya, apa yang saya tahu, bahawa keturunan Melayu sahaja yang melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Keturunan lain tidak begitu memberi perhatian dengan alasan sibuk dan tidak ada masa untuk datang bennesyuarat dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Ini hams diperbetulkan bagi meyakinkan keturunan bukan Melayu bahawa kita rakyat Malaysia mesti bersama dalam semua bidang dalam aktiviti harian kita.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 17

Saya dapati penubuhan Sektor Rukun Tetangga tidak menyeluruh. Sektor ini hanya diwujudkan di taman-taman yang penduduk berbilang kaum sahaja. Cara penubuhan harus dikaji semula, saya berpendapat taman atau kampung yang terdiri suatu kaum sahaja patut ditubuhkan. Rasionalnya, penduduk sebuah taman yang terdiri daripada satu kaum sahaja ada rnasalah tentang perpaduan. Perbezaan fahaman politik, agarna juga boleh mencetus pergeseran sesarna sendiri.

Menyentuh tentang aktiviti Tunas Muda yang berada di kelas tadika, Rukun Tetangga hams mernainkan peranan, menyernai semangat patriotik yang sepatutnya dipupuk dari peringkat awal lagi. Menyentuh tentang kelas tadika pelbagai agensi mengendalikannya, KEMAS, jabatan agarna, kilang-kilang dan juga pihak swasta. Saya menyarankan supaya kurikulum disemak semula untuk diseragamkan, paling penting supaya anak-anak kecil ini di didik ke arah melahirkan generasi yang setia kepada negara, dapat melahirkan rasa harmonis, kasih sayang dan semangat toleransi di peringkat awal lagi.

Sehubungan dengan ini, juga saya ingin menyarankan supaya Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menubuhkan pusat komuniti yang bersepadu. Maksud saya, dengan adanya pusat komuniti semua komponen sebuah sektor Rukun Tetangga boleh berinteraksi antara satu sarna lain. Suka saya menyebutkan bahawa aktiviti sektor ini dijalankan secara sukarela. Ahli Jawatankuasa perlu ditimbangkan untuk mendapat sedikit imbuhan supaya selaras dengan Ahli-ahli Jawatankuasa Kernajuan Kampung (JKKK) yang berada di persekitaran yang sarna telah diberi sedikit imbuhan. Bagi merancang aktiviti sektor ini pertukaran lawatan antara negeri perlu diberi perhatian khusus dari rnasa ke semasa. Ahli-ahli jawatankuasa didedahkan dengan kursus-kursus, seminar-seminar, konvensyen dan sebagainya supaya rnatlamat yang maha penting ini untuk menyatupadukan rakyat tercapai dan terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini juga saya akan menyentuh tentang isu warga tua, mungkin saya salah seorang warga tertua di dalam Dewan ini, saya sentiasa ingat untuk memperjuangkan nasib warga tua kerana saya rasa warga tua sahaja yang bercakap tentang warga tua, walaupun semua akan tua akhimya.

Sebagai termaklum, warga tua kian hari kian bertambah, yang akhirnya akan menjadi perrnasalahan negara, basil dari usaha kerajaan dengan memberi perkhidrnatan kesihatan yang baik dan makan minum yang rnakmur menyebabkan sebilangan besar penduduk Malaysia lanjut umur.

Tuan Yang di-Pertua, warga tua boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga kategori iaitu, dengan izin, 'young old, middle old dan old old'. Di antara tiga kategori ini, 'young old' paling rarnai, mereka terdiri daripada pesara-pesara kerajaan dan swasta, orang-orang karnpung juga rnasih tegap dalam kategori ini. Saya rasa kerajaan harus mengambil langkah bagi mengelak supaya tenaga kepakaran, kernahiran dan pengalaman mereka tidak menjadi basi.

Saya syorkan supaya mereka diberi suntikan semangat untuk terus berkhidrnat kepada badan-badan kebajikan (voluntary welfare organisation), dengan izin, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Malaysia sebagai badan induk kepada pelbagai pertubuhan sukarela harus mernainkan peranan secara serius dalam usaha mencapai keberkesanan dalam menangani kumpulan sasar rnasing-rnasing.

Saya menyampaikan ucapan terirna kasih kepada kerajaan kerana memberi grant tahunan untuk membolehkan badan-badan tersebut bergerak. Memandang kepada besarnya peranan yang harus diambil oleh badan-badan tersebut, peruntukan yang mencukupi harus disalurkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh rurnah-rurnah warga tua di negara kita. Saya dapati Rumah Seri Kenangan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan berada

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

18 DN.18.5.1999

dalam keadaan baik dan selesa. Rumah warga tua yang dikendali oleh NGO iaitu seperti Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia perlu diberi perhatian khusus. Kadar bantuan RM70 seorang bagi warga tua yang tinggal di rumah-rumah warga tua amat tidak mencukupi, dengan keadaan harga barang yang melambung tinggi sekarang.

Oleh kerana ekonomi kita masih dalam peringkat pemulihan, saya syorkan supaya peruntukan tersebut dinaikkan kepada RMIOO seorang. Ada baiknya juga jika pihak kementerian mendapat kerjasama dari kilang-kilang perusahaan supaya memberi kerja­kerja ringan kepada penghuni-penghuni rumah sejahtera di seluruh Malaysia supaya hidup mereka lebih ceria lagi.

Se perkara lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dalam menjawab soalan-soalan tempoh hari telah menyebut tentang Program Khidmat Jagaan kepada penghuni-penghuni daif di kampung-kampung. Saya rasa program kemanusiaan ini perlu di perluaskan ke seluruh pelosok negara terutama kepada negeri-negeri yang kurang maju.

Saya sendiri bersama isteri mengambil bahagian menjaga sepuluh orang warga tua yang tinggal seorang diri di gubuk-gubuk buruk di kampung-kampung. Setiap kali saya melawat mereka, mereka masih boleh mengorak senyum kepada saya sebagai rasa terima kasih mereka kepada saya. Kerja-kerja ini dijalankan secara sukarela.

Saya ingin mengulangi apa yang telah saya sebut dalam ucapan sulung saya yang pendek tempoh hari, bahawa pihak kerajaan harus menghargai warga tua atas jasa-jasa dan sumbangan mereka sama ada besar atau kecil terhadap negara dengan mengadakan pusat­pusat harian warga tua di setiap daerah supaya pusat tersebut hendaklah dilengkapi dengan alat-alat riadah, bahan-bahan bacaan ringan di samping kemudahan-kemudahan yang lain, yang boleh mengisi masa lapang mereka.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang sedang saya perkatakan ini ialah bertujuan meningkatkan kualiti hidup warga tua sebagai cabaran yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan ucapan yang ingin saya tumpukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan khususnya majlis perbandaran di seluruh negara. Majlis perbandaran merupakan agensi kerajaan yang penting, yang mempunyai kaitan yang rapat dengan cabaran untuk mempertingkatkan kualiti hidup rakyat.

Saya bercadang untuk menyentuh aspek kemudahan-kemudahan sosial untuk dinikmati oleh rakyat. Beberapa tahun lalu, saya berkesempatan melancong ke Australia. Rombongan kami dibawa melawat ke pekan-pekan kecil di luar bandar raya. Pekan-pekan kecil yang saya lawati itu sarna saiznya seperti Arau, Tanjong Malim, Kuala Perlis dan sebagainya. Begitu rapi sekali diberi kemudahan-kemudahan untuk penduduk­penduduknya, setiap pekan kecil itu dibina sebuah perpustakaan mini, muzium mini, taman rekreasi mini, sebuah tasik buatan mini.

Saya memastikan bahawa kemudahan itu sama ada digunakan oleh penduduk, dengan menjenguk ke dalamnya saya dapati beberapa orang warga tua sedang membaca. Saya kira majlis perbandaran kita harus mencontohi perancangan yang amat baik dan rapi ini. Kalaulah kita berazam untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat, rakyat harus diberi peningkatan, tidak sahaja dari segi jasmani tetapi peningkatan terhadap mental juga harus diberi.

Kemudahan-kemudahan tersebut dengan sendirinya akan meluaskan dari segi bidang pemikiran, to widen the mental horizon, dengan izin. Yang demikian dengan sendirinya meningkatkan ketamadunan rakyat kita. Kalau saya tidak silap, penduduk

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 19

Malaysia inembaca dua buah buku setahun, ini amat menyedihkan, sedang kita rata-rata merasa negara kita negara maju.

Saya ingin sebut tentang pendidikan khususnya bagi negeri Perlis. Sebagai seorang Ahli Dewan yang dilantik bagi mewakili negeri Perlis, saya merakamkan setinggi­tinggi terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan yang telah memberi kemudahan pendidikan yang amat membanggakan karni.

Negeri Perlis yang kecil daripada jajahan Kubang Pasu, Kedah mempunyai 20 sekolah menengah, 65 sekolah rendah dan dalam lawatan yang singkat oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan baru-baru ini, beliau telah mengumumkan kementerian akan mendirikan sebuah maktab matrikulasi. Universiti Putra Malaysia juga telah membuka cawangan di Perlis iaitu Kolej Indera Kayangan, dua buah sekolah dijadikan sekolah bestari. Sebenarnya pendidikan di negeri Perlis merupakan sebuah industri iaitu industri pendidikan. Walaupun Perlis tidak ketinggalan mengadakan kilang-kilang perusahaan untuk menampung belia, beliawanis dengan pelbagai pekerjaan, paling penting pada hemat saya Perlis berjaya mengeksport belia-belia yang telah mendapat pendidikan menengah untuk mendapat pekerjaan di bandar-bandar besar di Malaysia.

Perlis juga tidak ketinggalan mempunyai institusi pendidikan seperti Institut Kemahiran MARA, lnstitut Teknologi MARA, Maktab Rendah Sains MARA. Sesungguhnya dengan adanya kemudahan-kemudahan yang saya paparkan itu secara tidak langsung merangsangkan aktiviti ekonomi negeri Perlis. Waiau bagaimanapun, kemudahan-kemudahan pendidikan perlu dipertingkatkan lagi. Sebagai perbandingan, saya pemah berkhidmat di Hawai Amerika 30 tahun dahulu sebagai guru bahasa Malaysia kepada sukarelawan Amerika, zaman Kennedy dahulu. Saya telah diberi peluang untuk melawat sebuah sekolah menengah di Pulau Hawai iaitu di luar bandar Honolulu.

Saya amat terkejut apabila melihat sekolah itu lengkap dengan gimnasium, dengan kolam renang dan setiap bilik darjah dilengkapkan dengan sebuah televisyen dan film projector. Menyentuh tentang pencapaian pelajar, saya suka menarik perhatian supaya kementerian mengkaji dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi kelemahan mata pelajaran bahasa lnggeris, bahasa ilmu, tidak hams kita abaikan. Kelemahan dalam mata pelajaran ini amat ketara sekali. Kekurangan guru-guru bahasa Inggeris yang mahir juga amat ketara sekali yang pada hemat saya sebagai punca yang menyebabkan kelemahan.

Saya berharap pihak kementerian mengambil langkah tegas untuk mengatasi masalah ini, agar pelajar-pelajar bumiputera tidak ketinggalan.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuaratj

Sehubungan ini juga, saya ingin menyentuh tentang peranan perpustakaan. Di negeri Perlis, Perlis memiliki sebuah perpustakaan awam yang agak baik. Beberapa perpustakaan daerah telah siap dibina dan ada yang sedang dirancang pembinaannya. Saya difahamkan bahawa perpustakaan desa diadakan di kampung-kampung. Saya berharap kerajaan hams memberi peruntukan yang secukupnya untuk dibina di setiap kampung sebagai memenuhi cita-cita besar untuk mengubah kualiti hidup rakyat.

Oleh kerana negeri Perlis kecil, perhubungan agak baik, adalah amat munasabah bagi Kerajaan Pusat menjadikan Perlis dalam beberapa hal sebagai model untuk dicontohi oleh daerah lain.

Akhir sekali saya suka menyatakan bahawa sungguhpun negeri Perlis kecil, tetapi anak watannya bercita-cita tinggi, Azhar Mansor umpamanya sedang mengelilingi dunia dengan pelayaran secara solo dan telah melampaui separuh perjalanan. Mari kita sama­sama berdoa agar beliau sampai balik ke Langkawi dalam masa beberapa minggu lagi.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

20 DN.18.5.1999

Dengan ini saya menyokong penuh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan'Hajah Ramlah binti Kassim.

11.32 pagi

Puan Hajah Ramlah binti Kassim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahas Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri pada 11 Mei 1999 yang baru lalu.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Malaysia kerana telah berjaya membuat kajian serta dapat memaparkan kajian tersebut dengan terperinci serta perancangan-perancangan yang menarik dan seterusnya dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini, untuk dibincang dan dibahas sebagai mendapatkan intipati sebelum dilulus dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan syabas kepada rakan-rakan saya Ahli­ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, kerana saya dapati dari semenjak Usul ini dibentangkan sehingga hari ini hampir-hampir semua Ahli Yang Berhormat telah bangun mengambil peluang ini berucap dan memberi pandangan dan hujah-hujah kepada kerajaan sebagai panduan untuk pelaksanaan. Saya dapati hujah-hujah yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah amat bemas dan menarik serta boleh diterima pakai untuk pertimbangan pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang sama-sama kita maklum di dalam negara kita sedang berusaha untuk melaksanakan perancangan pembangunan, kita tiba-tiba dikejutkan dengan masalah kegawatan ekonomi yang amat meruncing dan mencemaskan sehingga seluruh rakyat turut sama terheret ke dalam permasalahan yang telah dirancang rapi oleh perompak mata wang antarabangsa. Namun saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan negara kita Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang telah dapat berhadapan dengan masalah ini dengan tenang dan sabar.

Menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri walaupun pertumbuhan kadar dalam negara kasar hanya pada purata 3% berbanding sasaran sebenar sebanyak 8% setahun, namun kita melihat di satu sudut yang lebih positif bila mana akibat daripada krisis ekonomi, kajian menunjukkan kedudukan imbangan pembayaran yang meningkat dengan ketara berbanding dengan matlamat asal rancangan apabila negara mengambil langkah mempertingkatkan eksport barangan sebanyak 28.9% pada tahun 1998.

Kita juga melihat kesan positif dari kegawatan ekonomi yang cuba diasak oleh musuh-musuh negara apabila tindakan bijak dan drastik yang diperkenalkan oleh kerajaan telah sedikit sebanyak menampakkan kejayaan, bila mana hasil kajian mendapati imbangan perdagangan mencatat rekod tertinggi dalam sejarah negara dengan lebihan sebanyak RM58.4 bilion dalam tahun 1998 dan berterusan sehingga bulan Mac 1999.

Di sini marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana suatu perkara yang ditakdirkan berlaku biasanya ada hikmah yang tersembunyi dan kita mesti berusaha mengatasi dengan bersandar dan berharap kepada pertolonganNya jua.

Enam cabaran utama beserta sebelas teras pembangunan utama yang telah dibentangkan di dalam Kajian Separuh Penggal amat rasional dan praktikal untuk

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 21

dilaksanakan. Contohnya, di dalam teras pembangunan yang pertama, program penswastaan yang dilancarkan sejak tahun 1983 telah menjimatkan perbelanjaan modal sebanyak RM129 bilion. Penekanan terhadap peningkatan access kepada pendidikan bagi membaiki tahap pendidikan dan kemahiran tenaga kerja di dalam teras pembangunan yang kedua juga amat bemas dan berhubung kait.

Tuan Yang di-Pertua, di sini ingin saya mencadangkan agar di dalam usaha kerajaan melaksanakan program penswastaan terutama di bidang pendidikan agar dapat mengambil kira golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

Saya menerima keluhan daripada rakyat di kampung-kampung agar dapat dikaji semula kaedah penjualan borang kemasukan ke universiti oleh UPU. Beberapa tahun kebelakangan ini, borang-borang kemasukan ke universiti dijual sebelum peperiksaan diumumkan. Ini menyebabkan kesemua calon-calon yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di IPT terpaksa membeli borang-borang berkenaan di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Keadaan ini mendatangkan masalah bila mana pelajar-pelajar yang tinggal di pedalaman terpaksa berebut-rebut datang ke bandar bagi mendapatkan borang berkenaan. Adakalanya borang-borang habis dijual terpaksa balik ke rumah semula dan datang kembali pada keesokan harinya.

Situasi ini telah mengakibatkan perbelanjaan tambang pergi balik, lebih malang lagi sekiranya setelah keputusan diumumkan didapati pelajar kurang bemasib baik dan tidak melayakkan mereka ke IPT, sudahlah borang telah dibeli, hendak dijual kepada rakan-rakan semuanya sudah dibeli. Nilai wang sebanyak RMlO bagi kita yang berpendapatan tetap mungkin kecil tetapi bagi mereka sebagai penoreh getah, pesawah padi mahupun nelayan adalah besar dan tersia begitu sahaja.

Sekiranya pelajar tidak turut sama membeli borang berkenaan, seandainya keputusan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke IPT, maka sudah pasti terlepas peluang bagi sesi berkenaan. Jadi, saya berharap kepada pihak kerajaan agar dapat mengkaji semula kaedah penjualan borang UPU ini agar ianya tidak membebankan golongan berpendapatan rendah.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi permasalahan di atas, ingin saya menyarankan dua perkara, iaitu agar borang-borang UPU ini dijual selepas keputusan peperiksaan diumumkan, dengan memberi tempoh masa yang mencukupi untuk mengisi dan penghantaran balik borang ke UPU, memudahkan pelajar mendapatkan borang-borang dengan membeli bukan hanya di BSN tetapi juga di Pejabat Pos.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh pula berkenaan tambahan peruntukan terutama kepada Tabung Pendidikan Tinggi Negara daripada RM605 juta kepada RMl.5 bilion, ianya amat dialu-alukan dan sangat-sangat membantu pelajar-pelajar yang berpotensi serta cemerlang untuk meneruskan pengajian ke IPT.

Bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan, pelajar-pelajar ini berhadapan dengan masalah wang pendaftaran yang terlalu tinggi kerana setiap pelajar yang ditawarkan ke IPT terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk yuran pendaftaran yang perlu dimasukkan ke akaun IPT terbabit, di samping itu terpaksa menyediakan keperluan-keperluan lain yang juga memerlukan perbelanjaan yang besar. Keadaan ini amat membebankan pelajar dan penjaga yang berpendapatan rendah.

Saya menyarankan agar kemudahan pinjaman dapat diberi lebih awal kepada pelajar. Saya juga ingin mencadangkan agar bebanan wang pendaftaran diringankan dengan memberi tempoh pembayaran sehingga pinjaman diluluskan kepada pelajar­pelajar.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan teras pembangunan iaitu meningkatkan kualiti hidup, kita terpaksa berhadapan dengan cabaran yang paling hebat

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

22 DN.18.5.1999

iaitu menumpubn perhatian kepada pembangunan sosial. Di celah-celah kemajuan pesat yang kita kecapi bersama kini, kita sedang berhadapan dengan masalah keruntuhan moral yang sangat meruncing di kalangan remaja. Masalah dadah masih belum dapat diatasi bahkan di sekitar ibu kota terdapat lebih kurang 5,000 .orang penagih berdaftar dan dianggarkan bilangan yang tidak berdaftar berjumlah kira-kira dua kali ganda. Perangkaan ini adalah berdasarkan kepada kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, di dalam Utusan Malaysia pada 12 Mei 1999, yang baru lalu. Bagi penagih dan bekas penagih di luar pusat serenti biasa menyumbang antara 40% - 50% indeks jenayah di Kuala Lumpur. Masalah dadah nampaknya macam tidak ada jalan penyelesaian walaupun peruntukan telah diberi dan pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan.

Di sini, saya memohon kepada pihak kerajaan agar dapat menambah bilangan polis bahagian narkotik untuk mengawasi bahagian ini kerana saya dapati masih ada kekurangan pegawai polis terutama di luar bandar kerana di luar bandar juga ramai didapati penyakit sosial ini. Kita tidak dapat lari dari memikirkan cara dan perancangan untuk menyelamatkan generasi akan datang agar kita tidak terus dicengkam dengan masalah dan tidak ada jalan penyelesaian ini.

Di sini, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia yang baru-baru ini telah mengumumkan cadangan untuk membina 14 buah sekolah agama di masa akan datang. Ianya adalah satu langkah bijak yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi memantapkan pendidikan agama kepada golongan remaja. Kita sama-sama menyakini bahawa pendidikan agama yang sempuma sahajalah yang akan dapat mengawal seseorang sama ada remaja atau orang dewasa daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan suruhan Allah s.w.t. Kita tidak mahu membiarkan krisis sosial di negara kita menjadi bertambah kronik seperti di sesetengah negara Barat yang mana pelajar sekolah sanggup membunuh rakan dan guru mereka.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu­padu dan hidup harmoni di dalam sebuah negara yang aman damai amat perlu bagi memastikan setiap rakyat Malaysia merasa bertanggungjawab menjaga hak-hak asasi setiap individu. Langkah-langkah kerajaan bagi memastikan setiap individu menghormati inidvidu yang lain melalui kempen-kempen di media massa sangat dialu-alukan. Kita tidak mahu menanamkan rasa tidak puas hati di antara kaum yang akan mencetuskan konflik etnik seperti mana yang berlaku di sesetengah negara. Usaha-usaha kerajaan untuk terus mengekalkan perpaduan kaum dan meningkatkan daya tahan diri dengan mempunyai nilai-nilai ketrampilan yang kukuh serta disiplin diri yang tinggi dan akhlak mulia adalah satu usaha yang menjadi impian bersama dan memerlukan penglibatan semua pihak. Sebarang rasa tidak puas hati yang timbul di kalangan rakyat jelata perlu diperjelaskan dengan terperinci oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, justeru itu saya juga menyokong Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 11 Mei 1999. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang Di-Pertua: Yang Berhormat Puan Karimah binti Mohd. Noor.

11.43 pagi

Puan Karimah binti Mohd. Noor: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin, untuk turut serta dalam membahas dan menyokong Kajian Separuh Penggal yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada hari Selasa, 11 Mei 1999.

Tuan Yang di-Pertua, menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di Dewan Negara telah memberi gambaran

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 Z3

jelas bahawa kedudukan ekonomi kita terjejas teruk disebabkan kegawatan ekonomi sejak. Julai 1997. Rancangan dan harapan untuk mencapai matlamat RM7 tahun 2000 terpaksa diubahsuai kepada yang lebih realistik atas perkembangan semasa dengan mengambil kira waktu sukar dan mmam disebabkan ekonomi meleset.yang melanda kita dan serantau yang telah memberi kesan buruk ke atas sektor kewangan, pertumbuhan ekonorni serta taraf hidup rakyat. Namun begitu kita bersyukur mempunyai kerajaan dan pimpinan yang prihatin dan cekap serta bijak mengambil tindakan segera lagi pragmatik dalam memperbaiki haluan perkembangan ekonorni kepada landasan yang betul untuk pemulihan. Sehingga kini jelas terbukti keberkesananya dan telah diakui oleh dunia sebagai tepat dan mampu menghalang pengucupan ekonorni walaupun pada mulanya mendapat kritikan antarabangsa.

Pada tahun 1999, pertumbuhan ekonorni telah meningkat kepada 1 % dan sudah pun membayangkan bahawa tahun 2000 akan meningkatkan kepada 5% iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa dalam kemelesetan ekonomi yang lalu, sektor swasta telah terjejas teruk sehingga menyebabkan sektor awam atau kerajaan berperanan meningkatkan dan menambahkan perbelanjaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonorni. Kita yakin dengan dorongan dan sokongan kerajaan dalam membaiki asas-asas ekonomi dan dasar kewangan dan belanjawan kita yakin bahawa peranan swasta akan kembali menjadi penting.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya kita perlu belajar daripada kesilapan yang lalu terutama di waktu kegawatan ekonorni melanda kita di pertengahan 1997 agar ianya tidak berulang lagi. Sewajarnya kita mesti berhati-hati dalam mengurus rancangan pengurusan ekonomi di samping memantapkan lagi kedudukan kewangan negara.

Bagi menjamin perjalanan ekonomi lebih cergas dan mantap saya mencadangkan agar kerajaan memikirkan semula kaedah atau dapat merumus semula pendekatan lama pelaksanaan program selaras dengan pengalaman yang pernah dialarni di masa yang lalu agar perjalanan ekonorni lebih cergas dan mantap serta dapat dijalankan tanpa halangan untuk masa hadapan yang gernilang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan syabas kepada pimpinan negara di atas tindakan bijak dan tepat dalam gerakan pemulihan ekonorni di samping berusaha membenteras gejala sosial dan rusuhan yang dilakukan oleh sebahagian kecil rakyat yang tidak bertanggungjawab, dengan bermatlamat untuk meruntuhkan kerajaan, mencetuskan perasaan benci kepada pemimpin, memfitnah dan cuba mencetuskan perbalahan bagi melenyapkan perpaduan rakyat negara ini yang telah terjalin sejak sekian lama dan telah menjadi budaya amalan kita sejak zaman berzaman.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai negeri Kelantan. Yang pertama, mengenai masalah bekalan air di Kelantan. Penswastaan air di Kelantan telah mengakibatkan timbul banyak masalah kepada rakyat Kelantan, yang mana Kerajaan Kelantan telah menyerahkan bekalan air kepada sebuah Syarikat Kelantan Water Sdn. Bhd. Dengan penyerahan ini menjadikan bahawa pengguna khususnya rakyat Kelantan menghadapi suatu tarifkenaikan harga air.

Yang keduanya, penggunaan meter air yang canggih yang telah banyak memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tersebut yang mana apabila paip dibuka, airnya tiada tetapi meter airnya pantas bergerak. Penyelenggaraan baik-pulih loji-loji dan juga peralatan serta saluran air tidak dilaksanakan malah digunakan yang lama iaitu yang usang juga.

Tuan Yang di-Pertua, atas masalah ini saya sebagai rakyat Kelantan amat berterima kasih kepada kerajaan Persesekutuan kerana keprihatinannya telah meluluskan RM600 juta bagi menyelesaikan masalah air di negeri Kelantan. Untuk ini saya mohon

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

24 DN.18.5.1999

bertanya bilakah ·kerajaan Persekutuan akan beri sebanyak RM600 juta itu? Atau apakah sudah diberikan dan apakah syarat-syarat yang telah ditentukan oleh kerajaan Persekutuan dan apakah kerajaan pasti bahawa ianya akan menyebelahi kepentingan bersama iaitu negeri lebih-lebih lagi kerajaan Persekutuan. Saya amat menyokong bahawa RM600 juta adalah wajar diluluskan kepada negeri Kelantan. Tetapi saya mencadangkan supaya ianya diawasi dan diselia oleh Jabatan Perdana Menteri supaya projek bekalan air di Kelantan benar-benar tercapai dan sampai ke matlamat yang sebenar serta siap dalam masa yang ditentukan.

Tuan Yang di-Pertua, masalah yang kedua iaitu mengenai Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan. JPP Kelantan diwujudkan di negeri Kelantan setelah Kelantan kalah kepada Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990. Maka oleh kerana itu Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan diwujudkan yang mempunyai tujuan di antaranya untuk mengurus dan menjalankan projek pembangunan negeri di bawah peruntukan pembangunan persekutuan. Saya mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah melantik Tirnbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iatu Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ibrahim bin Ali sebagai Tirnbalan Menteri yang mana JPPNK di bawah bidang pengawasannya sekarang. Tahniah dan sebagai orang yang telah diamanahkan oleh kerajaan saya berharap Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim bin Ali dapat memberi perhatian yang khusus kepada matlamat dan fungsi sebenar JPPNK diwujudkan di negeri Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini kita dapati bahawa pelaksanaan projek­projek kecil di bawah JPP telah mendatangkan rasa tidak puas hati kepada sebahagian besar kontraktor-kontraktor di Kelantan dan saya ingin bertanya siapakah yang sebenarnya memberi kelulusan kepada projek-projek kecil ini? Begitu juga dengan peruntukan projek pembangunan negeri melalui JPP dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dan saya mohon senarai projek Rancangan Malaysia Ketujuh yang telah dilaksanakan dibentangkan dan mohon diperjelaskan kepada kita senarai projek Rancangan Malaysia Ketujuh yang belum diselesaikan di negeri Kelantan.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, mengenai projek RM500,000 dan RMI00,000 yang tidak ada tender ....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.Datuk Haji Hashim bangun.

Datuk Haji Hashim bin Safin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat tadi ada menyebut JPP tentang fungsi sebenar JPP, boleh tak saya dapat penjelasan apakah fungsi sebenar JPP dan di masa yang sama apakah Yang Berhormat bersetuju di samping fungsi yang temyata di atas kertas peranan JPP untuk memastikan fungsinya tercapai? Pohon penjelasan Yang Berhormat.

Puan Karimah binti Mohd. Noor: Sebagairnana yang telah saya katakan tadi bahawa di antara fungsi yang telah kita sebutkan tadi bahawa segala peruntukan yang disalurkan kepada negeri Kelantan daripada kerajaan Persekutuan hendaklah dijalankan oleh JPP dengan mengambil kira wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang ada di negeri Kelantan dan juga pemirnpin-pemirnpin Barisan Nasional di bahagian-bahagian yang ada di negeri Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyambung iaitu mengenai projek RM500,000 dan RMI00,000 yang mana tidak ditender. Persoalannya saya juga mohon penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri kelulusan projek ini diberi kepada kontraktor-kontraktor yang mana? Dan saya mohon maaf yang mana saya terpaksa mengajukan soalan ini kerana saya difahamkan bahawa perkara ini telah dilakukan oleh pegawai-pegawai berkenaan dan telah diberikan kepada mereka yang ada hubungan dengan mereka dan tidak diagihkan dengan adil dan saksama. Apa yang paling malangnya

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 25

ialah projek-projek ini telah diluluskan kepada kontraktor yang kebetulannya menyokong pembangkang di Kelantan. Maksudnya yang menyokong kerajaan negeri pembangkang persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, struktur pegawai JPP Kelantan disusun bermula dengan pengarah hingga ke jawatan sokongan dan juga kontrak, sehingga kepada jawatan-jawatan sokongan di bawahnya yang terdiri daripada Ketua Penyelia Pembangunan Mukim dan juga Penyelia Pembangunan Mukim. Penyelia Pembangunan Mukim ianya berfungsi sebagai ketua kampung, manakala Ketua Penyelia Pembangunan Mukim berfungsi sebagai penghulu atau penggawa di istilahkan di negeri Kelantan. Ertinya kita di Kelantan kita ada Ketua kampung kerajaan negeri, kita juga ada ketua kampung kerajaan Persekutuan. Di Kelantan juga kita ada penghulu kerajaan negeri maka kita juga ada penghulu kerajaan Persekutuan.

Jadi saya mohon mencadangkan oleh kerana kita mewujudkan mereka ini untuk sebagai penjawat jawatan yang telah saya sebutkan tadi, maka saya mohon mencadangkan supaya apa juga yang memerlukan sokongan dan pengesahan yang melibatkan subsidi atau bentuk pemberian kerajaan Persekutuan menerusi agensi-agensi kerajaan Persekutuan seperti pinjaman buku teks, subsidi baja padi, bantuan PPRT, Jabatan Pertanian, RISDA, KEMAS dan sebagainya hendaklah disahkan dan hanya disahkan oleh Penyelia Pembangunan Mukim atau Ketua Penyelia Pembangunan Mukim atau dipanggil nama KPPM, PPM, JPP Kelantan sahaja.

Saya hendak sentuh mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kita sedar bahawa bantuan ini diperolehi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, ada yang daripada kerajaan Negeri dan juga daripada Persekutuan. Untuk daripada kerajaan Persekutuan saya mencadangkan supaya Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyalurkan peruntukan ini melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

Saya rasa lcita cuba asingkan antara peruntukan negeri dan Persekutuan kerana kita sedar bahawa hari ini di negeri Kelantan yang mana banyak di kalangan orang-orang tua dan juga orang-orang miskin di Kelantan yang tidak menyebelahi Kerajaan Negeri Kelantan telah dijadikan golongan yang kedua dan ada di antaranya yang begitu sulit untuk mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat kepada mereka.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat panjang lagikah?

Puan Karimah binti Mohd. Noor: Tidak, sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai program ekonomi dan sosial telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu membina pembangunan ekonomi khususnya kepada wanita dan ibu tunggal. Namun begitu masalah masih ada, kemiskinan masih wujud, ibu tunggal bertambah dengan tanggungan juga bertambah dan ianya tidak akan selesai selagi ianya bemama dunia dan selagi kita hidup di dunia ini maka kita berkewajipan untuk sama-sama membantu menyelesaikannya.

Dalam hal ini saya hendak sentuh mengenai Amanah Ikhtiar. Arnanah Ikhtiar telah memainkan peranan yang penting dan telah berjaya membantu pembangunan ekonomi keluarga miskin khususnya kaum wanita di kampung-kampung dan di desa-desa. Amanah Ikhtiar telah melaksanakan program bantuan pinjaman begitu telus dan dilaksanakan dengan baik dan sampai kepada sasaran sebenar tanpa mengira fahaman ideologi kepartian, semua dapat mana-mana yang layak.

Saya mohon mencadangkan supaya syarat-syarat yang dikenakan sekarang dipermudahkan oleh AIM, misalnya:-

• kumpulan sahabat 10, saya cadangkan kepada kumpulan sahabat 5 orang. Setiap sahabat yang tidak mampu bayar, jangan

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

26 DN.18.5.1999

dibebankan kepada sahabat-sahabat lain untuk menggantikan bayarannya;

• dapatkan kaedah yang lain, mereka yang sulcar hendak dapat sahabat jadikan suaminya, ibu atau saudaranya · dijadikan penjamin dan diberi kefahaman yang jelas bagi kedua-dua belah pihak;

• bantu mereka dan beri bimbingan sehingga berjaya.

Kejayaan Amanah Ikhtiar dalam membantu pendapatan dan peningkatan ekonorni kepada rakyat miskin amat berjaya. Saya cadangkan supaya kerajaan kaji semula peruntukan yang telah diluluskan dan ditambah supaya Amanah Ikhtiar mampu berperanan melaksanakan program pinjaman pembiayaan yang menyeluruh kepada golongan­golongan yang memerlulcan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit sahaja mengenai peranan Majlis Peguam, bahawa kita tidak senang hati dengan kenyataan-kenyataan Majlis Peguam terutamanya presiden. Jadi, saya mohon bertanya, apakah pandangan kerajaan mengenai peranan sebenar Majlis Peguam yang mana kenyataan terbaru, yang telah mempersoalkan tentang pejabat Peguam Negara. Apa erti semuanya ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul yang telah dibentangkan. Terirna kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum saya rninta Kementerian Kewangan menjawab, saya beri Yang Berhormat Dato' Mohd. Zuki, 15 rninit sahaja.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, rninta izin kalau boleh pihak kerajaan menjawab selepas makan tengah hari ataupun Tuan Yang di­Pertua hendak teruskan selepas ini. Ucapan saya, rninta maaf, 3 jam pun boleh, 2 jam pun boleh, Yz jam pun boleh sebab saya, rninta maaf, Tuan Yang di-Pertua sebab saya orang kemudian. Orang kemudian ini, kadang-kadang bernasib baik.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Wong See Wah berapa lama masa yang diperlukan?

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya tengok manayang ....

Timbalan Yang di-Pertua: Sekurang-kurangnya beri Kementerian Kewangan menjawab sebelum makan tengah hari.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya patuh, saya akan cuba mengambil masa Yz jam.

Timbalan Yang di-Pertua: Satujam?

Dato' Wong See Wah: Lebih kurang setengahjam.

Timbalan Yang di-Pertua: Setengahjam. Okay sampai pukul 12.30 sahaja.

Dato' Haji Mohd. Zuld bin Kamaluddin: Terirna kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ini ibarat Pak Pandir, hendak ke hulu nanti, sudah tidak dapat makan kerbau gemulc, hendak ke hilir nanti, sudah kerbau kurus pulak. Kalau siapa tahu cerita Pak Pandir, dia tahu cerita itu, tapi saya harap saya tidak menujah air sampai ke hulu untuk dapat makan kerbau yang gemulc.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan hujah saya berkenaan dengan Kajian Separuh Penggal Racangan Malaysia Ketujuh, saya harap sangat bahawa tiap-tiap hujah, soalan, pertanyaan, percakapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berucap termasulc saya yang akhir ini akan dapat dijawab oleh pihak kerajaan sepenuhnya, yang

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 27

mana patUt dijawab clan yang mana tidak patut itu tidak payahlah tetapi soalan saya sebelum ini dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sampai sekarang ini pun tidak berjawab lagi.

Soalannya iaitu mengapakah pihak kerajaan tidak mengambil berat sedikit berkenaan dengan kedudukan Dewan kita ini.. Satu daripaclanya, tadi Yang Berhormat Dato' Aziz baru bercerita kepada kita bahawa sebelah bahunya sudah basah, kalau sebelah kiri pun basah, kanan pun basah, semua basah, mandi junub namanya. Jadi, Tuan Yang di­Pertua, itu satu pada soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara.

Saya bangkitkan bilik di bawah, bilik Tugas-tugas Khas itu. Saya hendak sebut semula sebab kemungkinan pihak kerajaan clan penulis-penulis ini lupa. Mengapa pejabat Tugas-tugas Khas itu terbiar begitu sahaja, adakah ahli-ahli lain telah pergi ke bawah clan menengok. Barangkali tentu sudah pergi sebab bilik itu dekat dengan bilik sembahyang.

Nombor dua, mana ada komputer yang kita minta. Dulu minta sekali ada komputer, lepas itu dua hari, hilang terus di lobi Dewan Negara. Mana dia photostat machine dan fax machine? Saya hendak faks berkenaan dengan ucapan ini, saya kena pergi ke bilik Yang Berhormat Tun, untuk meminjam faks dia, pinjam dia punya fotostat. Kalau ada di lobi Dewan Negara bolehlah kita fotostat sebab ucapan-ucapan ini hendak difotostatkan, tengok ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua, bertulis sahaja, tidak ada peluang hendak faks, fotostatkah, hendak taip jauh sekalilah.

Jadi, oleh itu kalau kita datang ke sini, berucap berbuih-buih mulut tidak ada juga dijawab oleh kerajaan, tidak ada guna kita berucap. Kita hendak menaikkan taraf Dewan Negara ini. Insya Allah kalau ada masa, semasa Perbekalan Tambahan, saya akan berucap berkenaan dengan Dewan Negara clan Dewan Rakyat berbanding dengan Dewan-dewan di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan ataupun fokusnya Kajian Rancangan Malaysia Ketujuh ini adalah untuk hendak memulihkan ekonomi. Itu dia punya fokus yang nombor satu, Kajian Rancangan Malaysia Ketujuh. Kalau dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya boleh baca, "The focus of the Mid-Term Review will to expedite the process of economic recovery and set inmotion a steady and continuous rate of economic growth". Ini yang penting sekali. Adakah kita sudah sampai ke situ.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. kerana pemulihan ekonomi negara sudah pun menampakkan kesan dengan banyak petanda-petanda positif seperti kenaikan harga saham, pembelian rumah, hartanah dan lebihan perdagangan. Saya tidak hendak teruskan ini sebab panjang, ini semua mengulaskan balik semula bagaimana yang dikatakan saham naik, bagaimana yang dikatakan hartanah clan harta naik, dari mana lebihan perdagangan kita naik. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, dari segi pemulihan ekonomi telah pun nampak sekarang ini.

Jadi, rakyat pun berasa syukur dan mengharapkan Kerajaan Barisan Nasional dapat mengatasi kegawatan ekonomi ini sepenuhnya dalam masa dua tahun lagi insya­Allah. Dan dengan aclanya Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi, saya tidak segan silu lagi yang bahawa pemulihan ekonomi kita akan tercapai dalam masa yang singkat lagi insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini saya hendak pergi kepada point sahaja. Kalau ucapan ini saya bukannya hendak kata dusta, Tuan Yang di-Pertua, tengok ucapan [sambil membelek kertas ucapan} Jadi mengambil masa selama tiga jam.

Tuan Yang di-Pertua, satu, saya hendak bertanya berkenaan dengan, permainan video clan komputer yang sekarang ini menjadi-jadi, yang sekarang ini cukup laris khususnya di kalangan anak-anak kita termasukjuga bapanya. Yang memainkan computer games, electronic games ini sampai 7-8 jam satu malam termasuk bapanya juga sampai 2-3

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

28 DN.18.5.1999

jam dan permainan - computer games ini adalah yang kedua selain daripada menengok televisyen.

Di Amerika Syarikat perbelanjaan untulc computer games ini berjumlah 5.5 bilion pada tahun 1998. Dengan adanya computer games ini, anak-anak kita sangat taasub, terpegun dengan apa yang ditengoknya di dalam komputer itu. Mengapa saya membawa isu ini. Saya bawa isu ini kerana saya takut perkara ini sudah pun datang ke negara kita ini. Manfaat untulc menengok computer games ini ataupun video games ini telah pun sampai ke Malaysia. Baik, ada yang berkata baguslah, kalau sudah sampai ke Malaysia ini bolehlah, maknanya kita bersama-sama menengok computer games yang berjenis, dengan izin, violence. Dengan penuh keganasan dan ini menimbulkan masalah di Amerika sekarang ini dan sebelum ia menimbulkan masalah di negara kita ini, pihak kerajaan mesti mengambil tindakan awal. Satu daripada masalahnya ialah apabila telah begitu taasud dengan electronic games dengan izin, e-games ini dia tidak ada percampuran dengan kawan-kawan di luar lagi dan apabila menengok komputer games yang bercorak keganasan termasuk Dome, Quail semua ini, dia sangat taasub apabila dia sangat-sangat taasub, saya ini bukan psikologis, dia punya adrenalin glands ataupun pundi adrenalin, ia keluar biasanya apabila kita takut hendak mati, apabila kita dikejar harimau, adrenalin itu keluar, kekuatan kita bertambah dan kalaulah dinding setinggi enam kaki pun, kita boleh lompat punya. Sebabnya, minyak pundi itu keluar dan dengan menengok computer games atau video games ini, kadangkala dia punya minyak pundi ini juga keluar, sangat-sangat taasub. Apa yang telah jadi di Colorado baru-baru ini, berapa yang telah mati? Sebab ditembak oleh murid sekolah.

Perkara ini akan berlaku negara kita jikalau kita tidak mengambil tindakan. Saya tidak mahu panjangkan fasal ini, fasal terlalu seronok kalau saya bercerita fasal video games ini dan statistik semuanya ada Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya tidak mahu sebutkan kalau Tuan Yang di-Pertua ada masa, cuba baca The Times banyak menceritakan berkenaan dengan video games di dalamnya.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, baru-baru ini heboh berkenaan dengan Bukit Antarabangsa - tanah runtuh. Mengapa ini berlaku lagi di tanah air kita ini? Mengapa pihak kerajaan, pihak DBKL tidak cermat dengan meluluskan bangunan-bangunan yang tinggi di tanah air kita khususnya dengan izin, Lembah Klang ini di mana guruh, air hujan turun setiap petang, di sebelah Klang Valley, dengan izin. Jadi, tanah air kita adalah tanah air yang selalu mendapat hujan dan mengapa DBKL meluluskan bangunan-bangunan yang tinggi di atas bukit dengan tidak ada penjagaan yang baik? Mengapa? Mengapa perkara ini berlaku?

Datuk Dr. Ibrahim bin Saad: {Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat

Datuk Dr. Ibrahim bin Saad: Penjelasan. Bukan DBKL sebenarnya, itu Ampang. Terima kasih.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, ia termasuk Ampang dan di bandar Kuala Lumpur ini. Jadi DBKL pun sama terlibat tidak boleh hendak elak. Tuan Yang di-Pertua, yang khususnya di bandar raya terlalu banyak bangunan tinggi, kita tanah luas, sampai sebelah Pahang boleh pergi, Negeri Sembilan, Johor mengapa hendak buat rumah semua ditumpukan di satu tempat sahaja.

Jadi, saya persalahkan kepada pihak berkuasa yang meluluskan, penjagaan tidak ada. Kalau bangunan itu sudah didirikan tinggi-tinggi adalah penjagaan, adalah embankment dengan izin, tiap-tiap bulan, tiap-tiap minggu tengok sebab hujan sekarang ini tidak menentu. Saya bukan hendak mencadangkan atau untulc mendoakan supaya banyak lagi bangunan akan runtuh tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau kerajaan tidak ambit berat hal ini, saya rasa dalam masa sebulan lagi ada lagi tanah yang runtuh dan bangunan akan

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 29

terjun bersama-sama seperti Highlands Tower dahulu yang sampai sekarang ini tidak selesai lagi masalah Highland Tower ini. Saya bersimpati benar dengan keluarga-keluarga yang hilang anak dan ~lang orang-orang yang dikasihi. Jadi, perkara ini akan berlaku lagi.

Lagi satu, cukai pintu yang dikutip oleh DBKL juga. Minta maaflah Datuk. Cukai kutip, service charge dengan izin, kena bayar, apa yang DBKL buat dengan duit yang kita bayar service charge itu. Dan bukan itu sahaja service charge tiap-tiap tahun naik. Bagaimana ia punya nilaiannya. Macam mana hendak menilai tiap-tiap appartment itu dengan izin, tiap-tiap bangunan itu, bagaimana liendak menilainya dan siapa yang menilainya untuk dikenakan cukai pintu.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara berkenaan dengan kutubkhanah. Saya ini ambil point-point sahaja sebab masa sudah suntuk sangat. Kita hendak mengadakan bangsa Malaysia yang berilmu, rakyat yang pandai, murid-murid semua pandai tetapi di Malaysia ini di Kuala Lumpur khususnya berapa banyak kita ada perpustakaan dan kutubkhanah? Dato' Ghazi telah pun menyentuh pasal perpustakaan di Dewan ini. Saya hendak bertanya pula berapa banyak perpustakaan yang kita ada di bandar Kuala Lumpur ini sahaja. Saya tidak nafikan bahawa kita ada Perpustakaan Negara di Jalan Tun Abdul Razak, baik dan cantik. Tetapi hendak pergi ke perpustakaan itu bukan senang. Jalan Tun Razak itu bukan main sesak dengan lalu lintas. Kalau hendak cuba sekarang ini, kita tengok.

Tuan Yang di-Pertua, mengapa kita tidak memikirkan untuk mewujudkan perpustakaan ini di pejabat-pejabat, agensi-agensi kerajaan di Kuala Lumpur ini. Janganlah Pengerusinya mengadakan bilik dia bukan main besar, perpustakaan tidak ada. Mengapa kita tidak adakan perpustakaan di pejabat-pejabat, agensi-agensi kerajaan di Kuala Lumpur dan bukakan perpustakaan, kutubkhanah ini kepada orang awam. Mengapa kita tidak buka kutubkhanah di kedai-kedai, dekat-dekat bandar di mana orang awam dapat senang pergi. Mengapa tidak ada begitu. Di Bangsar adakah kutubkhanah di sana? Di Kotaraya Kuala Lumpur, adakah kutubkhanah? Tidak ada.

Di Perth, Australia pergi sahaja ke kota itu, boleh pergi kutubkhanah dengan berjalan. Turun sahaja bas terus pergi kutubkhanah. Jadi untuk kita mengadakan, memberi peluang kepada rakyat supaya selalu membaca, supaya dapat ilmu selalu. Cyberjaya kita ada, kita boleh adakan komputer di kutubkhanah sekali. Jadi, saya harap pihak kerajaan akan mengkaji untuk mengadakan kutubkhanah ataupun perpustakaan di kota-kota, di bandar-bandar bukan sahaja di sekolah-sekolah. Di sekolah pun, banyak sekolah yang tidak ada perpustakaan. Dato' Krishnan boleh beritahu, sekolah-sekolah Tamil ada kutubkhanah? Langsung tidak ada, dia kata. Ha, itu saya tidak mahu beri contoh. Contohnya banyak Tuan Yang di-Pertua. Di mana tempat-tempat yang tidak ada kutubkhanah?

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya oh, banyak masa lagi boleh [Ketawa] Saya hendak bawa berkenaan dengan penapisan filern, ini satu. Mana saya punya perangkaan tadi telah hilang. Pasal banyak sangat perkara hendak ucap, perangkaan kita telah hilang. Bagaimana dengan kedudukan penapisan filem sekarang ini. Adakah ia berjalan lagi atau adakah kita patut mewujudkan Lembaga Penapisan Filem ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya ada statistik di sini, kalau kerajaan tidak ada, saya ada. Berkenaan dengan penapisan filem ini perangkaan permohonan penapisan filem mengikut tahun. Pada tahun 1997 - 11, 797 pita cakera laser telah pun dibawa untuk kelulusannya; tahun 1998 - 14,548; kemudian siaran televisyen pula pada tahun 1997 - 13,096; tahun 1998 - 12,810, maknanya ia menurun dari segi filem-filem yang ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem. Yang saya hendak bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan kedudukan filem-filem yang ditapis ini, baiklah, yang tidak ditapis, belum tahu lagi, yang masuk secara haram, belum tahu lagi dan bilangan kes yang dibawa ke mahkamah, tahun 1998 -

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

30 DN.18.5.1999

556 kes yang melanggar syarat penapisan filem. Rampasan pita video, CD dan VCD -190,483 kes danjumlah denda hanya RM2,031 sahaja.

Jadi, saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan dengan adanya Internet, dengan adanya CD, VCD, dahulu kalau video itu, bawa dalam beg besar juga kalau kita pergi ke luar negeri tetapi sekarang dengan CD ini diletakkan dalam [menunjukkan poket baju] sudah tidak nampak. Jadi berapa banyak CD ini dibawa ke dalam negeri dengan tidak diketahui oleh kerajaan yang sepatutnya diharamkan, satu.

Yang keduanya, dengan adanya Internet ini apakah · kesannya lagi Lembaga Penapis Filem ini? Ini saya hendak tanya. Adakah baik kita teruskan dengan penapisan filem ini atau kita tukar cara lain pula. Kerajaan kena bertindak dengan segera sebab banyak sangat filem-filem lucah yang saya dengar, saya tidak tengok. Yang saya dengar ada ditayangkan di tempat-tempat sesuai supaya pihak polis dan pihak berkuasa tidak tahu di mana. Kalau tahu pun terlalu banyak, sudah susah untuk menguatkuasakan.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi berkenaan dengan KLIA. Saya hendak menepati janji Tuan Yang di-Pertua, tepat dan tetap pada masa yang saya patut berhenti. KLIA ini sebenamya, alhamdulillah, kita ada satu airport yang besar yang boleh kita banggakan. Tetapi kebelakangan ini saya selalu juga pergi ke airport, kadang-kadang hantar kawan, kadang-kadang kawan balik dari luar negara dan menceritakan apa yang berlaku di KUA sekarang ini iaitu penumpang-penumpang nampaknya berkurangan, satu.

Yang kedua, kedai-kedai makan berkurangan sangat di situ. Ini bangsa asing yang bertanya kepada saya, dengan izin, "You have very few and little shop for eating", dia kata. Sambil bertanya, "/know you have lot here, here, very small and so many people there", dengan izin, dia cakap dengan saya, tidak apalah dia kata.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada satu restoran khas di level empat, kadang­kadang pelawat-pelawat tidak nampak restoran itu. Ada satu kali saya pun pergi cari restoran, tidak dapat tetapi sebenamya ada satu restoran yang besar di satu level.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya pun tidak tahu ada restoran yang besar itu. Jadi, inilah dianya, Tuan Yang di-Pertua tidak tahu, saya pun tidak tahu. Kalau begitu, kalau Tuan Yang di-Pertua tidak tahu, saya tidak tahu, yang pelancong lagi tidak tahu. [Ketawa] Jadi restoran-restoran besar ini biarlah di tempat yang orang selalu lalu, janganlah diletakkan di atas, tingkat empat dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu yang penting sekali banyak sahabat saya yang pergi ke luar negara bersungut bahawa apabila dia balik pukul 11.00 ke atas, kena menunggu teksi sampai satu jam setengah. Baru-baru ini kawan saya balik dari Bangkok, turun di KUA. Hendak balik kena tunggu dua jam, teksi tidak ada. Limousine ini apabila pukul 11.00 ia sudah tidak ada. Jadi hendak pakai limousine ini tambangnya memanglah selepas pukul 12.00 itu, barangkali dia hendak tunggu sampai 12.00 ke atas barulah dia bergerak supaya dapat tambang yang lebih sedikit dan teksi-teksi biasa apabila pergi ke KUA, balik kosong, tidak boleh ambil penumpang. Mengapa kita tidak tukarkan cara ini, teksi-teksi yang menghantar orang ramai, pelancong-pelancong, orang yang hendak ke luar negara apabila sampai di KUA, boleh ambil passenger. Kita tukarkan syaratnya, memang saya tahu limousine tentu ada kontrak dan tentu ada syaratnya. Tetapi untuk kebaikan negara, bolehkah kita ubah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebenamya hendak bercakap selepas ini berkenaan dengan mewujudkan 'global central bank' di mana Malaysia boleh menjadi ahli, saya rasa satu daripada caranya untuk mengatasi tekanan liquidity atau kewangan kita pada masa ini ialah untuk kita mewujudkan satu 'global central bank'. Jadi kalau saya hendak bercakap hal ini terlalu panjang sebab-sebab mengapa saya rasa kita patut mewujudkan 'global central bank' untuk menahan dan mengatasi masalah-masalah kewangan dunia termasuk Malaysia, termasuk spekulator-spekulator wang yang ada sekarang ini. Kalau

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 31

saya memberi cadangan saya, akan mengambil masa sekurang-kurangnya hampir satu jam berkenaan dengan mewujudkan ini. Jadi, saya harap kerajaan boleh memikirkan untuk mewujudkan 'gobal central bank' ini di mana kita tidak lagi bergantung sangat kepada USDollar. Kewangan dunia sekarang ini US Dolar, Pound Sterling, Euro dan Yen dan pihak Western Europe, dengan izin, telah pun mewujudkan sistem yang serupa dengan 'global central bank' ini dan saya harap kerajaan akan memikirkan dan akan memberikan jawapan, baik dan buruknya kita mengadakan 'global central bank' ini pada jawapan yang diberikan nanti, kalau boleh, kalau tidak boleh, esok. Kalau tidak saya akan bangkitkan dalam ucapan Perbelanjaan Tambahan nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana beri saya peluang berucap sedikit, walaupun ucapan saya ini panjang yang sebenarnya inilah kalau kita katakan ahli Dewan Negara tidak dapat berucap, tidak cukup masa. Yang sebenar­benamya tidak cukup masa. Ramai Ahli Dewan Negara, sahabat-sahabat saya hendak bercakap lebih panjang lagi. Semalam saya menjadi Tuan Yang di-Pertua, sekejap, saya kena tahan Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar, sahabat saya, dia hendak berucap lagi. Saya kata tidak ada masa lagi. Jadi, inilah disebabkan Ahli-ahli Dewan Negara ini semuanya pandai berucap, semuanya mempunyai point-point yang bemas untuk diberikan kepada kerajaan tetapi hanya satu sahaja kita harap kerajaan akan dapat menjawab dengan tepat. Terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Kewangan menjawab.

12.28 tgh.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Wong See Wah]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan teguran mengena1 isu-isu di bawah Kementerian Kewangan semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyampaikan jawapan-jawapan dan penjelasan ke atas isu-isu dan permasalahan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi isu-isu dan permasalahan yang tidak sempat dijawab pada hari ini saya ingin memaklumkan bahawa kesemuanya telah diambil perhatian dan tindakan sewajamya akan diambil di mana perlu.

Tuan Yang di-Pertua, sebagairnana yang kita sedia maklum ekonomi negara kita telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan secara beransur-ansur. Krisis keyakinan yang dialami akibat daripada krisis kewangan dan ekonomi serantau telah mula reda. Hakikat ini dapat kita lihat melalui beberapa petunjuk utama ekonomi negara. Seperti mana Ahli­ahli Yang Berhormat sedia maklum, petunjuk-petunjuk ekonomi itu telah pun dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II, semasa ucapan menggulung mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh pada 29 April 1999 di Dewan Rakyat dan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semasa pembentangan usul yang sama pada 11 Mei 1999 di Dewan yang mulia ini. Dengan itu saya tidak bercadang untuk mengulangi perangkaan-perangkaan penting yang berkaitan.

Namun demikian, saya ingin menekankan bahawa pemulihan ekonomi kini semakin jelas boleh dilihat, umpamanya jika kita melihat petunjuk bagi sentimen pelaburan di pasaran saham khususnya semasa Yang Berhormat Menteri Kewangan II menyampaikan ucapan menggulung pada 29 April 1999, beliau mengatakan bahawa indeks komposit Bursa Saham Kuala Lumpur berada pada paras 661.63 mata pada 28 April 1999 tetapi pada 17 Mei 1999 indeks komposit telah mencapai ke paras 762.86 mata iaitu kenaikan sebanyak lebih 100 mata dalam tempoh tiga bulan.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

32 DN.18.5.1999

Selain diiripada itu indeks pengeluaran bagi bulan Mac 1999 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 5.3% iaitu daripada 140.5 mata kepada 148 mata berbanding bulan Februari 1999. Kenaikan indeks bagi bulan Mac 1999 adalah berikutan sumbangan yang menggalakkan daripada tiga sektor iaitu sektor perkilangan yang meningkat sebanyak 3%, sektor perlombongan 7% dan sektor tenaga elektrik 17. 7% berbanding bulan sebelumnya.

Pemulihan ekonorni negara juga telah mendapat pengiktirafan Bank Dunia apabila Presidennya telah melahirkan rasa kagumnya ke atas pencapaian pemulihan ekonorni negara Malaysia semasa beliau berada di Langkawi baru-baru ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan APEC. Saya berharap agar perkembangan positif di dalam petunjuk-petunjuk ekonorni ini dan keyakinan pelabur luar terhadap negara kita akan terus meningkat bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh.

Tuan Yang di-Pertua, semasa membahaskan usul ini, Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan masalah peruntukan, pemantauan dan urusan kewangan, projek pembangunan, isu kewangan dan perbankan, Tabung Industri Kecil dan Sederbana, saham amanah, isu kontrak dan proses vendor dan sebagainya.

Yang Berhormat Senator Puan Jaya Partiban dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin telah membangkitkan mengenai pelaksanaan projek pembangunan dan masalah pengurusan dan kewangan yang berkaitan dengannya. Mengenai pengagihan peruntukan kewangan daripada Kementerian Kewangan kepada agensi pelaksana yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek, ingin saya menjelaskan bahawa dakwaan ini berpunca daripada kekeliruan terhadap sistem pentadbiran kewangan yang diamalkan oleh kerajaan dan juga fakta yang kurang tepat. Dalam hal ini ingin saya tekankan bahawa masalah kelewatan pelaksanaan sesuatu projek berpunca daripada beberapa sebab dan di pelbagai peringkat pelaksanaan.

Bagi mengatasi masalah ini kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonorni Negara, kementerian dan jabatan yang berkaitan sentiasa meneliti setiap masalah yang timbul dan mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut. Kerajaan sedar bahawa perkara ini penting diatasi supaya segala matlamat yang dirancang dalam Rancangan Pembangunan Negara dapat dicapai. Dengan itu Kementerian Kewangan telah membuat pemantauan ke atas kementerian dan agensi kerajaan bagi memastikan peruntukan yang diberi dibelanjakan.

Untuk tujuan ini, kementerian-kementerian telah dirninta untuk mengemukakan laporan prestasi · perbelanjaan pembangunan secara bulanan kepada Kementerian Kewangan. Dari segi pengagihan peruntukan kepada kementerian dan jabatan pula, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan waran am pada 30 Disember 1998 yang memberi kuasa kepada semua pegawai pengawal untuk membuat perbelanjaan. Sebingga penghujung bulan April 1999 perbelanjaan sebenar bagi peruntukan pembangunan yang telah dibelanjakan oleh semua kementerian dan jabatan berjumlah RM2.445 bilion ataupun 13.5% daripada sejumlah peruntukan sebanyak RM18.053 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Kamilia binti Ibrahim telah membangkitkan tentang perlunya ada, dengan izin, good governance di sektor bank bagi mempertahankan sistem perbankan. Beliau berpandangan bahawa salah guna kuasa dalam pemberian pinjaman yang melebihi had telah menyebabkan bank-bank mengalarni pinjaman tidak berbayar dan dengan izin, non-performing loan yang besar. Dalam hal ini, ingin saya jelaskan bahawa garis panduan bagi memastikan institusi-institusi perbankan mengamalkan, dengan izin, good governance di sektor perbankan telah sedia wujud di negara ini. Garis panduan yang dimaksudkan adalah dengan izin, Guidelines on Dduty and Responsibilities of Director and Appointment of Chief Executive yang dikeluarkan pada 1 November 1985, dan dengan izin, Guidelines on the Code of Conduct of the Directors, Officers and Employees in the Banking Industry, yang dikeluarkan pada 31 Oktober 1988 oleh Bank Negara Malaysia.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 33

Selain daripada garis panduan tersebut Bank Negara Malaysia telah juga mengeluarkan, dengan izin, Guidelines on Minimum Audit Standard for International Auditors of Financial Institutions pada 27 Januari 1997 yang memberi penekanan ke atas peranan, tugas-tugas dan tanggungjawab juruaudit dalaman dan bagi memastikan sistem kawalan dalaman yang efektif di dalam institusi perbankan. Bagi memastikan amalan, dengan izin, good governance sentiasa dipatuhi, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan langkah terbaru yang menetapkan kedudukan kedua pegawai eksekutif dan pengarah industri perbankan akan disemak setiap dua tahun.

Berhubung dengan isu salah guna kuasa pula, buat masa ini Bank Negara Malaysia tidak mempunyai maklumat mengenai salahguna kuasa dalam pemberian pinjaman lebih daripada had yang menyebankan bank-bank mengalami NPL yang besar. Waiau bagaimanapun, bagi memastikan syarikat-syarikat tidak memperolehi pinjaman yang berlebihan, beberapa langkah sedang diambil oleh kerajaan di mana Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan pengkalan data komprehensif yang mempunyai maklumat berhubung jumlah pendedahan seseorang pelanggan kepada sistem perbankan secara agregate bagi memudahkan pemantauan oleh Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaludin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ya silakan.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya berkenaan dengan penyelewengan bank-bank yang memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat seperti kata Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, Bank Negara tidak tahu ada penyelewengan ataupun tidak. Saya hendak tahu, adakah Bank Negara tidak tahu penyelewengan yang baru ataupun penyelewengan yang kita tahu melalui surat khabar ataupun Bank Negara tidak tahu langsung ada penyelewengan dari segi memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat.

Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, maksud saya adalah penyelewengan untuk memberi pinjaman kepada pelanggannya yang menyebabkan NPL yang besar, bukanlah secara yang dimaksudkan iaitu penyelewengan secara biasa, itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, dengan cara ini adalah diharapkan amaun pinjaman seseorang pelanggan kepada institusi perbankan secara keseluruhannya dapat diketahui dan boleh membantu institusi perbankan dan dalam melaksanakan penilaian kredit. Langkah ini adalah selaras dengan salah satu teras pembangunan utama Kajian Separuh Penggal ini iaitu untuk memperkukuhkan sektor kewangan.

Yang Berhormat Datuk Zainudin Maidin dan Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim telah membangkitkan isu mengenai bank-bank yang menyalahgunakan lesen dan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam bidang sekuriti dan ini merupakan penyelewengan daripada syarat asal lesen diberikan kepada bank sehingga menimbulkan masalah NPL.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bank-bank perdagangan dan bank saudagar telah diberikan, dengan izin, exempt dealers status di bawah Akta Industri Sekuriti (AIS) 1983 yang memberi kebenaran kepada bank perdagangan dan bank saudagar untuk menjalankan urus niaga sekuriti tanpa dilesenkan di bawah AIS. Oleh yang demikian, isu penyelewengan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tidak timbul.

Berhubung dengan isu NPL, kenaikan di dalam paras pinjaman yang tidak berbayar sebahagiannya adalah disebabkan masalah mudah tunai yang dihadapi oleh peminjam berikutan dengan kegawatan ekonomi dan krisis kewangan yang melanda negara. Di samping itu terdapat juga pengurusan kredit yang agak lemah oleh sesetengah

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

34 DN.18.5.1999

institusi perbankiln. Sehubungan ini Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa satu garis panduan pengurusan risiko kredit akan dikeluarkan kepada institusi perbankan bagi mempertingkatkan pengurusan risiko kredit di kalangan institusi perbankan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia sentiasa memantau kedudukan dan operasi yang dijalankan oleh institusi perbankan bagi memastikan mereka menjalankan operasi dengan berhemat. Di samping itu, Akta Bank dan lnstitusi-institusi Kewangan (ABIK) memperuntukkan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan ke atas institusi perbankan yang didapati menjalankan operasi yang boleh menggugatkan kepentingan pendeposit, pemiutang dan orang awam. Kuasa ini termasuklah penarikan balik lesen dan melarang institusi perbankan daripada memberi pinjaman baru.

Puan Kamilia binti Ibrahim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh berijalan.

Dato' Wong See Wah: Biar saya habiskan ini, cepat. Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim telah mencadangkan supaya sistem pinjaman untuk mereka yang membeli rumah dikaji semula.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan salah satu daripada langkah yang diambil ialah Bank Negara telah pun mewujudkan satu sistem pemantauan. Saya ingin meminta penjelasan dalam membuat pemantauan, apakah persediaan-persediaan tambahan yang telah dibuat oleh Bank Negara kerana pada mula krisis ekonomi dahulu ada terdapatnya kakitangan Bank Negara telah dikurangkan.

Saya ingin juga mendapat penjelasan bagaimanakah mekanisme pemantauan akan dilaksanakan oleh Bank Negara dalam usaha-usaha untuk mengurangkan jika tidak menghapuskan kegiatan-kegiatan yang menimbulkan banyak masalah dalam sistem kewangan negara. Terima kasih.

Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, sebelum sesuatu garis panduan itu dikeluarkan, biasanya perjumpaan-perjumpaan diadakan di antara Bank Negara Malaysia dengan institusi ataupun wakil-wakil daripada institusi-institusi perbankan. Biasanya garis panduan itu adalah ditinjau sama ada dipraktik ataupun tidak, boleh dijalankan ataupun tidak dan sama ada berkesan ataupun tidak. Semua isu adalah dibincangkan sebelum dilaksanakan supaya masa yang cukup diberikan kepada semua institusi perbankan supaya mereka adalah bersiap sedia untuk menerima sesuatu perubahan ataupun garis panduan itu.

Berbalik kepada isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim yang telah mencadangkan supaya sistem pinjaman untuk mereka yang membeli rumah dikaji semula. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bagi pembeli rumah yang berpendapatan rendah, mereka bolehlah meminjam di bawah skim pinjaman pembiayaan rumah kos rendah berjumlah RMl00,000 ke bawah di mana Bank Negara Malaysia telah menetapkan kadar pinjaman maksimum sebanyak 9% setahun atau 1.75% di atas kadar pinjaman asas, yang mana lebih rendah.

lnstitusi perbankan juga bebas menetapkan tempoh pembayaran semula pinjaman yang lebih longgar berdasarkan kepada penilaian mereka ke atas keupayaan kewangan pinjaman berkenaan untuk membayar balik pinjaman tersebut. Sekiranya peminjam mengalami kesulitan membayar balik pinjaman, mereka seharusnya berbincang dengan institusi perbankan agar menjadualkan semula pinjaman mereka mengikut keupayaan masing-masing.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 35

Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS). Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi menyatakan bahawa masih terdapat syarikat-syarikat yang mengalami masalah untulc memohon pinjaman daripada Tabung IK.S dan bank-bank agak keberatan untulc meluluskan pinjaman kepada mereka kerana mereka mempunyai NPL.

Untulc makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat-syarikat IK.S yang mempunyai masalah NPL boleh memohon pinjaman di bawah Tabung Pemulihan Industri Kecil dan Sederhana (TPIK.S). Di bawah tabung ini peminjam boleh menggunakan 30% daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membayar balik pinjaman dan menjadualkan semula hutang tidak berbayar.

Mengenai saranan supaya Tabung IK.S digunakan untulc membantu usahawan berdikari. Ingin saya menjelaskan bahawa tabung yang disediakan adalah bertujuan untulc membantu syarikat-syarikat IK.S agar berdaya maju dan boleh berdikari di dalam aktiviti perdagangan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Yang Berhormat Puan Jamilah binti Ibrahim pula mencadangkan supaya kerajaan memastikan golongan wanita diberi peluang untulc mendapatkan pinjaman IKS. Untulc makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya menggalakkan kaum wanita untulc menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan dan tidak pernah membezakan di antara golongan lelaki dan wanita untulc mendapatkan pinjaman.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Ghazi bin Haji Ramli menyarankan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak menggalakkan ahli-ahlinya melabur dalam, dengan izin, Unit Trust tetapi sebaliknya menggunakan wang mereka untulc membeli perumahan kos rendah.

Untulc makluman Ahli Yang Berhormat, skim pelaburan simpanan ahli KWSP bertujuan untulc memberi peluang kepada ahli melaburkan sendiri sebahagian daripada simpanan mereka melalui institusi pengurusan dana yang diluluskan. Di bawah skim ini ahli-ahli KWSP yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM55,000 dalam akaun satu iaitu akaun persaraan dan belum mencapai umur 55 tahun boleh mengeluarkan tidak kurang daripada RMl,000 dan tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi jumlah RM50,000 dalam akaun satu. Memandangkan KWSP telah mengadakan skim pengeluaran untulc membeli dan membina rumah termasuk rumah kos rendah, maka kerajaan merasakan skim-skim yang sedia ada untulc tujuan berkenaan sudah mencukupi dan tidak perlu dipinda.

Yang Berhormat Senator Mastika Junaidah menyarankan agar pengurusan Danaharta Nasional Berhad ataupun Danaharta dan Syarikat Danamodal Berhad ataupun Danamodal diuruskan dengan baik-baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat terhadap kedua-dua syarikat berkenaan. Sememangnya menjadi matlamat kerajaan untulc melihat kejayaan pengurusan Danaharta dan Danamodal dalam peranannya untuk memulihkan ekonomi negara. Untulc maklumat Ahli Yang Berhormat Danaharta dan Danamodal mengamalkan pendekatan yang berasaskan prinsip pasaran dan menggunakan amalan terbaik antarabangsa di dalam operasi mereka. Operasi Danaharta dan Danamodal juga adalah telus dan akaun mereka diterbitkan setiap pertengahan tahun.

Dasar pembelian dan pengurusan aset Danaharta juga diterbitkan dan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Di samping itu bagi memastikan Danamodal dan Danaharta diuruskan dengan baik, Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat ini berperanan memastikan operasi mereka adalah berasaskan pengiraan pasaran dan tidak memihak kepada mana-mana syarikat. Dengan pendekatan ini operasi kedua-dua syarikat ini boleh dinilai dan pencapaiannya boleh dimantau oleh pihak umum.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

36 DN.18.5.1999

Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai status Bank Bwniputra Bhd. ataupun BBMB yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhonnat Senator Mastika Junaiclah. Beliau ingin menclapatkan penjelasan mengenai status BBMB yang diwujudkan hasil dari konvension ekonomi bumiputera. Bagi panclangan beliau aclalah amat malang bagi masyarakat bwniputera jika BBMB sudah tidak wujud lagi. Untuk maklumat Ahli Yang Berhonnat selaras dengan resolusi Kongres Ekonomi Bwniputera Pertama Tahun 1965 kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan masyarakat bwniputera untuk menclapatkan pembiayaan pada kadar faedah yang rendah clan mempertingkatkan penyertaan bwniputera clalam pembangunan ekonomi negara. Bagi mencapai matlamat ini kerajaan telah mewujudkan beberapa polisi menyeluruh untuk kepentingan bumiputera clan ianya tidaklah terhad hanya kepacla penubuhan Bank Bwniputra sahaja.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan beberapa garis panduan pemberian pinjaman clan tabung khas bagi memenuhi keperluan pembiayaan masyarakat bumiputera. Antaranya ialah Garis Panduan Pemberian Pinjaman Kepada Sektor Keutamaan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia yang menghendakkan setiap Bank Perclagangan clan syarikat kewangan menyalurkan sebanyak 30% daripacla jumlah pinjaman mereka kepacla masyarakat bwniputera. Garis panduan ini menetapkan saranan sebanyak RM95.7 bilion yang perlu dicapai oleh Bank-bank Perclagangan clan syarikat-syarikat kewangan bagi tempoh pemantauan mulai 1 April 1998 clan berakhir pacla 31 Mac 2000. Penalti akan dikenakan ke atas Bank Perclagangan atau syarikat kewangan yang gagal untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan baginya.

Bank Negara Malaysia juga melalui Garis Panduan Pemberian Pinjaman Kepacla Industri Kecil clan Sederhana menghendaki agar sejumlah pinjaman diberikan kepacla IKS oleh setiap bank perclagangan clan syarikat kewangan di mana 50% perlu diperuntukkan kepacla para pengusaha bumiputera. Jumlah pinjaman yang ditetapkan untuk IKS bagi tempoh pematuhan dua tahun yang bermula pacla 31 Mac 1998 aclalah sebanyak RMI.5 bilion bagi bank perclagangan clan RM224.8 juta bagi syarikat kewangan secara keseluruhannya. Daripacla jumlah tersebut 50% perlu disalurkan kepacla para pengusaha bwniputera, iaitu RM525 juta bagi Bank Perclagangan clan RMI 12.4 juta bagi syarikat kewangan.

Selain daripacla itu sebuah tabung khas iaitu Tabung Usahawan Baru dengan peruntukan sebanyak RMI.25 bilion telah diwujudkan bagi membolehkan masyarakat bwniputera menclapatkan pembiayaan pacla kadar faedah yang lebih rendah dari kadar pasaran. Sehubungan itu walupun tanpa kewujudkan Bank Bumiputra Malaysia Bhd. keperluan pembiayaan untuk masyakat bumiputera seperti yang disebutkan tadi akan terus dipenuhi, tambahan pula bank yang akan ditubuhkan iaitu Bumiputra Commerce Bank Bhd. (BCBB) aclalah juga tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia.

Berbalik kepada status Bank Bumiputra Malaysia Bhd. pula, bank ini masih lagi wujud seperti sedia acla sehingga proses penggabungannya selesai dilaksanakan. Aclalah dijangka penggabungan ini akan clapat disempurnakan sebelum akhir tahun ini. Setakat ini pemegang saham kedua-dua institusi -kewangan tersebut telah menanclatangani perjanjian pertukaran saham. Oleh yang demikian BBMB akan wujud sehingga penggabungan operasi kedua-dua institusi perbankan tersebut selesai dilaksanakan.

Mengenai tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian Bank Bumiputra Malaysia Bhd. perkara ini akan diselidik clan tindakan sewajamya akan diambil jika terbukit acla pihak yang bersalah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Ghazi mencaclangkan supaya kuota jualan saham Amanah Saham Waw!san (ASW) kepada bumiputera yang mampu dinaikkan daripacla had RM50,000 unit kepada RM200,000 unit. Untuk

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 37

maklumari. Ahli Yang berhormat buat masa ini Permodalan Nasional Bhd. (PNB) tidak bercadang untuk menambahkan had maksimum pelaburan skim ASW 2020 melebih 50,000 unit kepada bumiputera yang berkemampuan. Penambahan had maksimum adalah bertentangan dalani surat ikatan Amanah ASW 2020 dan akan mewujudkan perbezaan had maksimum pelaburan antara bumiputera dan bukan bumiputera. Waiau bagaimanapun PNB sedang merancang untuk memperkenalkan skim-skim baru pada masa akan datang yang akan membolehkan kaum bumiputera yang berkemampuan menyertai sebagai altematifkepada skim ASN, ASB dan ASW 2020.

Tuan Yang di-Pertua Senator Dato' Haji Sairin menyaran supaya dikaji cara agar urusan proses tender dan bayaran yang berkaitan dengannya dapat dipercepatkan. Berhubung dengan perkara ini kerajaan amat menyedari bahawa kelewatan proses tender boleh melewatkan pelaksanaan projek yang seterusnya boleh menggugatkan pencapaian matlamat-matlamat yang telah ditetapkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh ini. Dengan itu Kementerian Kewangan kini sedang mengkaji cara-cara supaya proses tender dapat dipercepatkan lagi. Antara langkah yang sedang dipertimbangkan adalah seperti berikut:

(i) supaya surat setuju diterima dan surat niat tidak perlu lagi dirujuk kepada Kementerian Kewangan untuk persetujuan berbanding dengan amalan sekarang yang mensyaratkan surat setuju terima dan surat niat bagi perolehan yang nilainya melebihi RM 15 juta perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan;

(ii) penilaian tender hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh dokumen tawaran tender dikemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian. Amalan sekarang tidak menetapkan tempoh masa tertentu bagi menyiapkan penilaian ini dan biasanya mengambil masa melebihi 30 hari; dan

(iii) ajensi kerajaan dikehendaki menjadualkan tarikh lembaga perolehannya bersidang bagi sepanjang tahun. Amalan sekarang tidak menetapkan lembaga perolehan agensi untuk bersidang dalam tempoh tertentu dan pada kebiasaannya mesyuarat diadakan melebihi tempoh sebulan sekali. Sebelum ini Kementerian Kewangan juga telah menurunkan lebih kuasa kepada semua agensi kerajaan bagi mempercepat perolehan masing-masing melalui surat Pekeliling Perbendaharaan bil. 2 tahun 1999. Lembaga perolehan agensi kerajaan ...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' jawapan berapa panjang lagi.

Dato' Wong See Wah: 10 minit.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya tempohkan sambung selepas makan tengah hari. Ahli Yang Berhormat Dewan ini ditempohkan sehingga pukul 2.30 petang hari ini ..

Dewan ditempohkan pada puku/ 1. 00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semu/a pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuaratj

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, ada lagi yang hendak bercakap, tiada lagi. Timbalan Menteri sudah jawab, siapa Menteri tadi yang menjawab. Kementerian Kewangan.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

38 DN.18.5.1999

2.30 ptg.

Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk saya menyambung penggulungan ini. Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Perolehan Agensi Kerajaan kini diberi kuasa rintuk mempertimbangkan dan menyetujui terima perolehan kerja sehingga RM30 juta, sebelum ini hadnya ialah RM15 juta. Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan pula hadnya telah dinaikkan daripada RM7 juta kepada RM15 juta. Lembaga Perolehan bagi Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan juga diberi kuasa untuk mempertimbangkan dan menyetuju terima peroleban kerja bekalan dan perkhidmatan sehingga RM30 juta berbanding RM15 juta sebelum ini. Bagi Lembaga Perolehan Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berbad dan Petronas mereka diberi kuasa mempertimbangkan dan menyetuju terima perolehan kerja bekalan dan perkhidmatan sehingga RM50 juta berbanding dengan RM15 juta sebelum ini.

Di samping itu tidak boleh dinafikan bahawa kelewatan pelaksanaan projek bukanlah hanya disebab oleh proses tender yang memakan masa. Kerajaan juga mendapati pihak kontraktor juga kerap menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek. Bagi mengatasi masalah ini pihak kontraktor diwajibkan untuk melaksanakan kerja dalam tempoh 14 hari dari tarikh milik tapak diserahkan. Sekiranya kontraktor tersebut gagal berbuat demikian, tawaran projek kepadanya boleh dibatalkan dan ianya akan dikenakan tindakan termasuk dikehendaki membayar segala kerugian yang ditanggung oleh kerajaan.

Mengena1 masalah kelewatan bayaran kepada kontraktor pula, ianya bukan menjadi isu kerana Kementerian Kewangan telah pun mengeluarkan arahan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1, tahun 1999 yang mengarahkan semua agensi kerajaan membuat pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah tuntutan bayaran kemajuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan lengkap diterima. Baki sebanyak 50% lagi hendaklah dibayar selepas penyelarasan dan pengesahan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh tuntutan diterima.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Sairin, juga membangkitkan mengenai kontraktor berwibawa. Dalam hal ini, ingin saya menjelaskan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa bagi pelaksanaan projek di bawah Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa, kontraktor berwibawa yang telah dilantik sebagai kontraktor utama atau induk telah diberi tanggungjawab mengagihkan kerja-kerja yang mana perlu kepada syarikat-syarikat kontraktor bumiputera yang berkelayakan. Kontraktor berwibawa juga diarah supaya menyenaraikan nama subkontraktor yang dilantik untuk seritakan dan pengesahan pihak kerajaan. Ini adalah selari dengan matlamat pewujudan Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang menggariskan beberapa tanggungjawab kepada kontraktor dan syarikat yang terpilih.

Bagi projek yang dilaksanakan secara konsep payung agensi pelaksana ataupun agensi kerajaan yang terlibat akan sentiasa memantau pelaksanaannya secara teliti. Sebelum subkontraktor dilantik oleh kontraktor berwibawa senarai nama subkontraktor ini akan disemak dan disahkan oleh agensi pelaksana terbabit di mana senarai nama ini juga telah mengambil kira cadangan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin tempatan, pejabat-pejabat daerah dan pejabat pegawai kemajuan negeri. Kerajaan merasakan pelaksanaan konsep payung adalah satu wadah yang arnat berkesan untuk membantu meningkatkan bilangan usahawan dan kontraktor bumiputera. Adalah menjadi harapan kerajaan agar kontraktor-kontraktor bumiputera tempatan mengambil kesempatan melalui konsep payung ini bagi membina sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman daripada pelaksanaan sesuatu projek kerajaan supaya mereka boleh bersaing di pasaran terbuka.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan membangkitkan mengenai masalah pengagihan kontraktor kepada kontraktor bumiputera dalam bidang pembangunan petrol chemical, minyak dan gas yang tidak sampai pun 5%.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 39

Untulc maiduman Yang Berhormat, Petronas telah menggunakan pendekatan hersepadu sejajar dengan perakuan rangka pelan penyertaan bumiputera dalam industri petroleum yang merangkumi antara lain pelesenan dan pendaftaraan, pelawaan tender dan penawaran kontrak.

Program latihan dan Malasianisasi dan program pembangunan usahawan untulc mencapai matlamat penyertaan bumiputera sekurang-kurangnya 30%. Petronas sentiasa mematuhi dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam pengagihan kontrak kepada bumiputera. Setakat ini Petronas telah pun menganugerahkan kontrak kepada bumiputera melebihi daripada 30% sepertimana yang disyaratkan. Misalnya, daripada I 0,973 kontrak yang ditawarkan di antara tahun 1985 hingga 1998 sebanyak 5,577 kontrak atau 51% telah dianuegerahkan kepada kontraktor bumiputera yang bemilai sebanyak RM 18 bilion atau 24% daripada jumlah nilai kontrak bagi tempoh berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman membangkitkan mengenai CLOB dan syarikat di BSKL yang telah dibelrukan. Sehubungan dengan ini, ingin saya memaklumkan bahawa penyelesaian isu saham Central Limit Order Book System (CLOB) yang dibekukan sejak September 1998 adalah merupakan tanggungjawab kerajaan Singapura, Bursa Saham Singapura (SES) dan pelabur-pelabur CLOB sendiri. Dengan itu kerajaan Malaysia tidak terlibat dalam urusan tersebut tetapi berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera. Di samping itu sebarang cadangan penyelesaian perlu mengambil kira kepentingan semua pihak sama ada pelabur dalam negeri mahupun pelaburan luar negeri serta kestabilan pasaran saham Malaysia. Dalam hal ini pihak BSKL akan memberi kerjasama yang sewajamya.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya berkenaan dengan CLOB ini, sungguhpun kita tidak bertanggungjawab dari segi pengwujudan CLOB ini, selepas perpisahan Malaysia dahulu tidak hendak mengikut apa yang kita buat, saya hendak bertanya nilai saham CLOB ini terlalu banyak iaitu lebih kurang RMIO bilion, jadi kalaulah satu hari nanti penerapan saham-saham yang berharga RMlO bilion ini dimasukkan kepada CDS kita nanti satu hari, sebab saham-saham ini adalah saham-saham yang dibeli atas nama syarika-syarikat yang ada disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Jadi, kalaulah RMIO bilion ini masuk sekali ranap, saya rasa ranap BSKL ini, adakah tujuan kerajaan apabila menyelesaikan ini, pembelian itu di'staggered', dengan izin, jadi tidaklah memberi kesan sangat kepada kenaikan dan penurunan saham kita di BSKL.

Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin kerana telah memberi pandangan yang baik dan mernang pihak kerajaan percaya BSKL sebagai satu pihak dalam swasta mempunyai kebijaksanaan untulc memastikan supaya perkara-perkara seperti ini, yang tidak diingini tidak berlaku dan saya percaya pihak yang berkenaan itu akan mengambil kira semua bidang dan akibatnya sebelum mereka membuat apa-apa keputusan dan begitu juga ini adalah berdasarkan kepada semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti pihak Malaysia.

Berkaitan dengan syarikat-syarikat BSKL yang telah dibekukan, setakat 26 April 1999 terdapat 25 buah syarikat awam tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur telah digantung daripada dagangan bagi tempoh melebihi enam bulan. Keputusan untulc menggantung dagangan saham syarikat tersebut adalah untuk memastikan pasaran saham yang teratur dan perlindungan yang sewajamya diberikan kepada pelabur-pelabur daripada membeli saham syarikat-syarikat yang bermasalah dan mempunyai masa depan yang tidak menentu.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

40 DN.18.5.1999

Sebagai · tindakan penyelesaian, syarikat yang terlibat diminta melaksanakan rancangan pengstrukturan semula bagi memulihkan kedudukan kewangan mereka. BS.KL akan memantau dengan teliti keadaan syarikat-syarikat tersebut untuk menentukan pelaksanaan penstrukturari semula dijalankan dengan secepat mungkin. Sebaik sahaja rancangan penstrukturan selesai, syarikat tersebut dikehendaki membuat pengumuman mengenai secara terperinci kepada orang ramai dan mereka boleh memohon kepada BS.KL agar penggantungan dagangan ditarik batik untuk membolehkan saham syarikat didagangkan semula di BS.KL.

Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman telah juga membangkitkan mengenai denda yang hams dikenakan kepada syarikat-syarikat yang melanggar syarat-syarat BS.KL, beliau menyarankan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan juga harus disenaraihitamkan.

Sehubungan dengan ini, ingin saya memaklumkan bahawa tindakan susulan untuk melaksanakan perakuan-perakuan dalam laporan pentadbiran korporat yang telah diumumkan pada 25 Mac 1999 sedang diambil oleh Jawatankuasa Pelaksanaan yang dipengerusikan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Usaha-usaha untuk mempertingkatkan peranan dan tanggungjawab lembaga pengarah dan Jawatankuasa Audit syarikat adalah merupakan perakuan penting dalam laporan tersebut. Syarat-syarat penyenaraian BS.KL yang sedia ada akan diperjelaskan lagi untuk mengambil kira perakuan tersebut dan perkara ini sedang dikaji oleh Jawatankuasa Pelaksanaan. BS.KL sentiasa mengambil tindakan yang tegas dengan mengenakan hukuman ataupun denda yang berat ke atas syarikat yang melanggar peraturan-peraturan BS.KL.

Yang Berhormat Tuan Tan Ek Huat telah menanyakan ....

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya minta maafYang Berhormat Dato'. Saya minta izin kepada Tuan Yang di-Pertua, dari masa ke semasa bolehkah pihak Ahli Dewan bangkit bertanya untuk minta penerangan sebab ada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh kerajaan itu tidak begitu jelas dan tidak memberi penjelasan yang tepat dan kami masih ragu-ragu lagi kedudukan soalan-soalan dan perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan ini.

Oleh itu, satu darinya sekarang ini saya hendak minta penjelasan, dari segi 25 syarikat yang tergantung, dengan izin, suspended tadi, sudah lebih daripada enam bulan. Jadi jawapan kerajaan mengatakan bahawa syarikat-syarikat ini dalam penyusunan semula, dalam keadaan untuk hendak membetulkan dan nanti satu masa nanti akan diberitahu kepada orang ramai bahawa syarikat ini sudah boleh berjalan balik semula. Jadi, masalah yang timbul kepada rakyat ialah kepada orang-orang yang membeli saham ini iaitu penggantungan ini telah terlalu lama. Jadi dari masa ke semasa tidak ada penerangan diberi, tidak ada transparency, sekarang ini kita hendakkan ada ketelusan, apa juga kita buat hendak ada ketelusan.

Jadi, 25 syarikat yang digantung ini mesti memberi perkhabaran kepada orang ramai bahawa syarikat misalannya Repco macam ini, syarikat misalannya Tanco macam ini keadaannya dan pada sekarang ini ia setakat ini dan masalahnya ini, jadi tidak tertunggu-tunggu. Jadi, sekarang ini kita tidak tahu apa yang berlaku, enam bulan lebih, setahun atau dua tahun, sepuluh tahun baru selesai masalah ini ataupun saham syarikat ini diturunkan kepada sepuluh sen, lima sen pun kita hendak tahu apa yang berlaku, jadi sekarang tidak tahu. Kalau ada pun ini, kita baca sedikit-sedikitlah tetapi sepenuhnya kita tidak tahu.

Jadi, adakah kerajaan memikirkan untuk memberi penerangan selanjutnya dari masa ke semasa berkenaan dengan saham-saham yang terlibat ini termasuk yang kerajaan katakan tadi 25 syarikat tergantung tadi. Terima kasih.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 41

Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil perhatian pandangan Ahli Yang Berhormat dan kita akan mengkaji semula cadangan Ahli Yang Berhormat itu.

Mengenai Yang Berhormat Senator Tan Ek: Huat yang telah menanyakan sarna ada kerajaan akan mengkaji semula kadar pertukaran rnata wang asing US$ I bersarnaan dengan RM3.8 memandangkan simpanan kita telah mencapai RMI 14.4 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, sejak Malaysia mengenalkan kawalan pertukaran tertentu dan menetapkan kadar pertukaran Ringgit berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat, rizab antarabangsa negara telah meningkat kepada RM108.7 bilion pada akhir bulan April 1999. Objektif penetapan kadar pertukaran ialah mewujudkan keadaan yang stabil bagi menguruskan aktiviti ekonorni benar, oleh itu pihak kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah kadar pertukaran dengan lebih kerap memandangkan masih wujud ketidakstabilan dalam pasaran kewangan dan pertukaran mata wang asing antarabangsa.

Malaysia akan terns mengekalkan regim kadar pertukaran tetap sehingga wujudnya keadaan normal di pasaran kewangan dan pertukaran rnata wang asing antarabangsa serta mengukuhkan sistem kewangan global untuk menjarnin keadaan yang lebih baik. Justeru itu, kadar pertukaran tetap tidak akan diubahsuaikan selagi paras tersebut adalah selaras dengan asas ekonorni negara jangka panjang.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu sedikit berkenaan dengan pegging ini atau kita bersandar kepada duit Amerika RM3.8 ini US$ I tadi, kita tidak akan ganjakkan, kawalan rnata wang itu ditentukan begitu juga, itu baguslah, ini adalah satu perkara yang baik tetapi yang saya hendak tanya pihak kerajaan, rnasa Mesyuarat APEC di Langkawi baru-baru ini, mengatakan Amerika tetap dengan pendiriannya bahawa dengan speculator ini menguntungkan, dia tidak hendak bergerak, maknanya dari segi circulation duit ringgit ini, memasukkan duit ke dalam negara-negara yang tertentu ini adalah menguntungkan Amerika, bagaimana dia boleh menguntungkan Amerika dan merugikan kita. Saya hendak minta penjelasan dari kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Men'stable'kan ekonorni!

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Ya, dia kata menguntungkan dari segi men'speculate' duit ini, apa yang dibuat oleh Soros itu adalah menguntungkan Amerika, dia tidak hendak berganjak, dia tidak hendak bekerjasarna dengan Malaysia selain daripada apa-apa yang dia kata dia bersetuju tadi. Jadi, saya hendak minta kerajaan memberi penjelasan sedikit.

Dato' Wong See Wah: Tuan Yang di-Pertua, pendirian Amerika Syarikat itu adalah memang terbuka, bebas dari pasaran dunia iaitu mereka percaya kepada 'free enterprise' dengan izin, dan mereka tidak percaya kepada campur tangan ataupun kawalan yang ketat dan setakat ini kami percaya mereka bersetuju dengan pendirian kita iaitu perdagangan mata wang antarabangsa ini perlu mempunyai ketelusan yang mana disclosure itu perlu dilepaskan dari masa ke semasa supaya dapatlah dimaklumkan kepada semua pihak-pihak yang terlibat untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan lebih luas. Ini boleh membantu negara-negara dalam membuat keputusan ataupun persiapan untuk menghadapi masalah-masalah seperti yang telah kita temui pada tahun 1997 itu. Jadi dengan itu saya percaya Amerika Syarikat walaupun saya nampak tidak bersetuju dengan kita tetapi sebenarnya mereka separuh bersetuju iaitu mereka percaya perlu diadakan satu institusi kewangan architectural ataupun perlu diadakan satu international financial architectural untuk mengawal, memberi maklurnat ataupun memberi

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

42 DN.18.5.1999

ketelusan supaya membolehkan pedagang-pedagang atau pihak·pihak yang tertentu menerima maklumat yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendapat satu cadangan daripada Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman· mencaclangkan pengaruh US Dollar dikurangkan clan kerajaan disaran untulc menggunakan Euro Dollar.

Tuan Yang di-Pertua, syarikat-syarikat atau pedagang individu merupakan mereka yang layak untulc menentukan sendiri pilihan mata wang mereka untulc tujuan penjelasan perdagangan dalam bentulc yang akan mengurangkan kos operasi mereka, bergantung juga kepada pengurusan harta clan tanggungan mereka. Campur tangan kerajaan dalam menentulcan pilihan mata wang hanya akan menyebabkan ketidakpadanan di antara harta rizab clan tanggungan luar negeri pedagang. Jilca perdagangan dijelaskan dalam bentulc mata wang selain daripada dollar Amerika Syarikat, ini akan meningkatkan risiko dalam pengurusan rizab kerana kebanyakan tanggungan luar negara Malaysia adalah dalam Dollar Amerika Syarikat. Tambahan lagi mata wang Euro merupakan mata wang yang belum dicuba kerana tiada pencapaian masa lalu yang boleh dijadikan pertimbangan di dalam membuat keputusan pelaburan clan menilai prestasi.

Sejak diperkenalkan pada bulan Januari 1999, mata wang Euro telah mengalami kemerosotan nilai kira-kira 10% berbanding dengan Dollar Amerika Syarikat clan ini juga merupakan satu strategi kita sama ada kita hendak gunakan US Dollars, Euro Dollar, Deutsche Mark ataupun Yen clan sebagainya merupakan satu rahsia pihak yang berkenaan oleh kerana kita tidak mahu apa yang terdapat di dalam basket itu dibongkarkan clan memang menyusahkan pasaran mata wang.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin segala isu - sebenarnya saya terdapat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang hendak bertanya.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin minta penjelasan dari segi pendirian kerajaan sendiri berkenaan dengan cara­cara untulc mengurangkan dominasi Dollar ini dengan kita berusaha, mengambil inisiatif dari kumpulan negara-negara Asia, mewujudkan mata wang Asia di Asia. Adakah mata wang itu disandarkan kepada Yen, Yuan atau Renminbi, tidak kiralah, tetapi adakah pihak kerajaan merancang ke arah usaha-usaha untulc mewujudkan satu lagi mata wang Asia untulc ianya merupakan tripolar - Dollar, Euro clan Asia?

Dato' Wong See Wah: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya hendak masuk ke topik ini. Mengenai mewujudkan mata wang Asia dengan menggunakan Yen, Renminbi atau Yuan atau sebagainya, sebenarnya pembentukan satu mata wang Asia adalah matlamat jangka panjang yang dibuat untulc mengukuhkan kerjasama serantau Asia.

Pada Siclang Kemuncak Ketua-ketua Negara ASEAN pada bulan Disember 1998, ketua-ketua negara telah bersetuju untulc mengkaji isu-isu berkaitan dengan pembentulcan mata wang Asia. Namun demilcian, pengalaman yang diperolehi dari pembentulcan clan pelancaran mata wang Euro, memperlihatkan bahawa persiapan untulc mendapatkan integrasi ekonomi clan kewangan yang kukuh memakan masa yang panjang. Perkara ini perlu diambil kira sebagai satu panduan kepada negara-negara Asia. Dalam usaha mengadakan satu mata wang Asia, kajian mengenai pembentulcan Euro adalah perlu sebagai satu panduan mengenai prasyarat yang perlu wujud untulc mencapai matlamat pembentulcan mata wang tersebut. Analisa ke atas kejayaan, masalah dan kemantapan Euro sejak pelancarannya harus juga dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datulc Christine Vanhouten telah juga membangkitkan sama ada kerajaan sedar ada rokok-rokok dijual di tepi-tepi jalan clan kaki lima di bandar-bandar di Sabah oleh pendatang haram iaitu dengan cop, 'Duty Not Paid'. Kerajaan memang sedia maklum akan perkara tersebut, tindakan telah pun diambil,

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 43

tangkapan· telah pun dibuat dan rokok-rokok dirampas. Mereka yang tidak mempunyai apa-apa dokumen perjalanan telah diserahkan kepada pihak Imigresen untuk dihantar balik ke negeri masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Siti Hawa, sukacita saya maklumkan iaitu Kerajaan Persekutuan akan membuat perbincangan lanjut dengan Kerajaan Negeri Kelantan tentang syarat-syarat dan terma-terma pemberian wang bagi bekalan air di Kelantan. Begitu juga tentang pengagihan kontrak sama ada saksama ataupun tidak. Perolehan melebihi RMl00,000 hendaklah diuruskan secara tender terbuka. Ini akan dibuat secara telus dan saksama. Pengecualian daripada tender terbuka hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dengan justifikasi yang kukuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya isu utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan Kementerian Kewangan semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh telah pun saya perjelaskan dengan sewajarnya. Untuk mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama. Mahujawab sekarang ataupun ada giliran masing-masing - Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perusahaan Utama, tetapi oleh sebab menteri, kita beri keutarnaan.

3.00 ptg.

Menteri Perusahaan Utama [Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kalau menteri datang mesti ambil keutarnaan dulu [Ketawa], Timbalan Menteri boleh tunggu sekejaplah.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu suka saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan serta memberi pandangan terhadap perkara-perkara yang terletak di bawah bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Perusahaan Utama sepanjang perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Hashim bin Safin meminta supaya dinaikkan harga getah yang dibeli oleh kerajaan dari pekebun kecil sukacitalah saya memaklumkan mengenai kedudukan harga getah setelah kerajaan memulakan program pembeliannya. Saya ingin menyatakan bahawa dari masa ke semasa harga belian yang ditetapkan itu akan dikaji berpandukan beberapa faktor tertentu. Semasa kerajaan sebelum memulakan bila saya mengumumkan kerajaan akan masuk dalam pasaran untuk membeli getah terus dari pekebun kecil harga SMR 20 antarabangsa f.o.b telah naik dari 192 sen sehingga 202 sen dia tak tahu mengapa di pasaran antarabangsa dia tak cakap RM2.02 sen, dia kata 202 sen. Ini saya sudah sebutkan. Dan semasa kerajaan memerlukan pembeliaan sehingga seminggu lepas harga antarabangsa f.o.b, SMR 20 ialah di paras 210 sen sekilogram di mana harga pembelian kerajaan ialah 0.70 sen sekilogram getah sekerap pada 50% kandungan getah kering. Buat masa ini harga di peringkat antarabangsa telah meningkat sedikit kepada 220.5 sen sekilogram. Ini menunjukkan satu pergerakan positif dan akan diberi perhatian dalam pembelian kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Haji Hashim juga telah membangkitkan isu mengenai penyelarasan di antara kementerian saya dengan Kementerian Pertanian mengenai tanaman gantian bagi tembakau. Di sini sukacita saya memaklumkan bahawa usaha-usaha penyusunan semula industri tembakau akan terus dijalankan bagi menjadikan industri tembakau negara ini kompetitif berbanding dengan

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

44 DN.18.5.1999

tembakau keluaran negara-negara lain. Sebenarnya Yang Berhormat sebagai Pengerusi Lembaga Tembakau Negara adalah secara langsung terlibat dengan usaha-usaha ini, tak payah tanya saya. {Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak telah menyentuh di mana RRIM itu Rubber Research Institute Malaysia telah berjaya menghasilkan peralatan dan teknologi terkini seperti mesin menoreh getah dan memohon supaya diberi penekanan mengenai aspek latihan terhadap penggunaannya. Selain itu beliau memohon kementerian menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk kembali sebagai negara pengeluar getah asli dunia. RRIM dan sekarang LGM itu Lembaga Getah Malaysia telah memenuhi beberapa teknologi baru iaitu klon sistem tanaman, pengurusan agronomi dan kaedah menoreh baru.

Klon baru yang terkini telah ditemui ialah klon latex balak atau dengan izin, latex timber clone {LTC). Siri RRIM 2000 ia berupaya menghasilkan latex dan kayu getah yang tinggi berbanding dengan klon control RRIM 600. Dan saya cadang kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan Negara pergi melihat klon-klon siri 2000 RRIM di stesen percubaan RRIM di Sungai Buloh tengoklah, kalau tak lihat tak boleh percaya punya. [Ketawa] Sekarang klon itu ada pokok yang ditanam 12 tahun dia sudah jadi macam 22 inci besar. Pergi tengok cantik sekali ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri kena beri minuman kepada dia orang.

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Makanan pun boleh [Ketawa]. Selain dari basil yang tinggi klon ini mempunyai daya tahan dari serangan penyakit, serangan angin pun, angin macam mana bertiup pun tak jatuh punya. Dari segi teknologi pengurusan agronomi pula teknologi ini telah dapat memendekkan tempoh kerajaan pokok dari 7 tahun ke 4Yz tahun. Dulu kita kena tunggu 7 tahun sekarang telah dipendekkan 4Yz tahun .....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Sarawak kata dia hendak buat. ..

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Mana Sarawak, saya tak nampak.

Tuan Yang di-Pertua: .... .lebih pendek sedikit masanya.

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Sarawak jauh, dia tak ada getah, apa dia tanya {Ketawa] Maaf, sila.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri sebab saya rasa kita di Dewan Negara ini sentiasa menerima jemputan, jadi kalau ada jemputan seumpama ini kita memang menerima dengan hati terbuka. Pun begitu untuk makluman Yang Berhormat, saya dari Sabah, getah memang banyak di sana. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Oh, dari Sabah, saya ingat dari Sarawak. Maaf silap saya.

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Oh, ini salah Tuan Yang di-Pertua, bukan sayalah [Ketawa} Mana saya tahu dari Sarawak atau Sabah, ini semua sama-sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari segi kaedah menoreh pula RRIM atau LGM telah menemui sistem torehan berfrekuensi rendah atau low intensity tapping system {LITS) di mana LITS ini dijalankan dengan torehan sekali dalam 4 atau 6 hari tak payah pergi torch tiap-tiap hari. Dan dengan menggunakan PRIMFLOW atau REACTORRIM ialah alat untuk menstimulusasikan pengeluaran latex dari pokok itu. Bagi membolehkan teknologi ini diterima pakai oleh pekebun LGM telah mempergiatkan aktiviti pengembangan melalui dan bekerjasama dengan agensi-agensi seperti RISDA, FELDA, FELCRA Bhd. Dan ladang swasta. LGM juga mempunyai program pengembangannya secara terus kepada keperluan kumpulan sasar menerusi projek pembangunan terselia dengan izin, Monitor Development Project atau MDP.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 45

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak berhasrat untuk kembali menjadi pengeluar getah asli nombor satu di dunia. ltulah kita sudah 100 tahun jadi nombor satu dan 6 tahun kebelakangan itu sudah kita jatuh sehingga pengeluar ketiga terbesar di dunia. Sebaliknya yang lebih penting · ialah untuk memastikan industri getah negara terus berdaya ma ju dan pada masa hadapan kita harap kita boleh mengeluarkan sejuta tan atau dari sejuta hektar yang ditanam dengan getah. Sekarang masih adalah 1.6 hektar ditanam dengan getah dan pengeluarannya sudah jatuh sehingga di paras 900,000 tan. Tetapi dengan meningkatkan produktiviti, dengan klon baru, cara agronomi baru, cara tanaman, cara torehan kita haraplah pada masa akang datang kita boleh mengekalkan dengan penanaman sejuta hektar getah dan pengeluaran dengan sejuta tan.

Usaha-usaha sedang diambil supaya industri getah negara terus maju dan berdaya saing menerusi peningkatan seperti kualiti di sektor huluan, penemuan klon, sistem tanaman, sistem pengurusan agronomi dan sistem torehan baru telah dapat mempertingkatkan produktiviti. Selain dari itu teknologi tersebut juga dapat mengatasi masalah kos yang tinggi di sektor pengeluaran. Minta maaf saya baru ada rawatan mata itu tak berapa terang. [Ketawa].

Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak juga telah membangkitkan isu mengenai cadangan oleh Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama supaya sektor peladangan memperkenalkan gaji bulanan di antara RMISOO - RM2000 kepada pekerja ladang. Saya tidak cakap gaji bulanan, saya cakap pendapatan bulanan. Ini lain dari gaji, gaji bulanan ialah tetap, dia kerja atau tidak kerja, dia dapat gaji bulanan. Tetapi kita harap dengan meningkatkan produktiviti dari pekerja-pekerja di ladang getah dengan menggunakan apa yang saya kata tadi ialah sistem torehan berfrekuensi rendah dengan menggunakan alat-alat seperti RRIMFLOW dan REACTORRIM.

Kita tahu, kita boleh meningkatkan produktiviti pekerja dari seorang pekerja menjaga 300 pokok, dia boleh meningkatkan produktiviti sehingga seorang pekerja boleh menjaga sehingga 1200 pokok. Tetapi untuk bekerja dari pukul 4.00 pagi sehingga 4.00 petang, bukan dengan bekerja pada masa yang sama seperti sekarang. Untuk pekerja di ladang sawit, kita harap tuan tanah atau tuan ladang boleh membeli alat-alat dengan mechanization dan dengan menggunakan alat-alat dan jentera-jentera mereka boleh meningkatkan produktiviti pekerja ini sehingga dengan meningkatknya produktiviti ini tentulah mereka boleh meningkatkan pendapatan. Sebab itu saya sudah minta banyak kali di mana NUPW, dengan izin, National Union of Plantation Workers, union yang jaga pekerja-pekerja di ladang-ladang supaya berbincang dengan Malaysian Agricultural Producers Association (MAPA) ialah tuan punya ladang untuk mengenakan kerja-kerja yang patut diberi kepada pekerja-pekerja di ladang.

Dahulu macam mana kita bekerja, itu orang toreh, dia toreh sahaja, tidak boleh jaga hendak 'matikan' rambut-rambut - rambutkah rumput? .... {Ketawa] Mematikan rumput-rumput yang ada di kawasan dan jaga kebersihan kawasan. Kerja itu hanya di situ sahaja di mana sentiasa tidak meningkatkan produktiviti pekerja itu. Kalau ia dahulu boleh tidur setengah masa dan kerja setengab masa dia boleh dapat RM300, 30 tahun yang lalu -RM300 adalah besar. Sekarang RM300 sebulan tidak cukup makan, Tuan Yang di-Pertua. Tetapi kalau dia bekerja serupa apa yang dia kerja 30 tahun yang lalu tentulah ia tidak boleh dapat RMISOO sebulan sekarang. So, kita dengan prinsip meningkatkan produktiviti dan harap dengan itu dia boleh meningkatkan pendapatannya sebagai pekerja di ladang­ladang.

Tuan Yang di-Pertua: Ada tuan ladang hendak cakap.

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Ada ladang, dia pekerja di ladang. Dia bukan tuan ladang .... [Ketawa]. Betul ya, Yang Berhormat Marimuthu.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

46 DN.18.5.1999

Tuan N. Marimutbu: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri kawan

baik saya, kenal selama 25 tahun, dia tahu pekerja-pekerja ladang tidak cukup gaji tetapi saya mahu tanya menteri satu soalan sahaja. Menteri setujukah kita minta gaji bulanan, setuju atau sokongkah, itu sahaja.

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Dalam perbahasan Usul, ada soalankah atau penjelasan Tuan Yang di-Pertua? Kalau penjelasan boleh, soalan tidak boleh. [Ketawa].

Tuan N. Marimuthu: Penjelasan.

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Okay, terima kasih. Penjelasan, jangan minta pendirian saya sebagai menteri. Tetapi saya jelas, kalau kita mahukan gaji bulanan, berapa gaji kita boleh berikan sebagai pekerja di dalam ladang. Pekerja di ladang bukan serupa pekerja dalam kilang. Kilang dia ada supervisor, dia boleh nampak, ada kerja, tidak ada kerja, kemudian boleh mengambil tindakan disiplin kepadanya tetapi bila pekerja masuk ladang, susah hendak nampak dia ada kerja atau tidak, belakang pokok dia buat apa, saya tidak tahu ... [Ketawa}. Depan pokok kita boleh nampak dia, belakang pokok you tahulah. So, dengan itu macam mana menteri boleh buat pendirian sokong atau tidak sokong gaji bulanan. Ini bergantung kepada perbincangan antara NUPW dan MAP A. Saya ahli politik, you tidak boleh memerangkap saya ... [Ketawaj. Ini MIC selalu mahu sokong atau tidak mahu sokong saya.

Dengan itu saya harap kita memahami prinsip sebagai - saya tahu ini sudah dijadikan isu hangat untuk dibahaskan di kalangan pekerja-pekerja ladang tetapi orang yang memimpin pekerja di ladang, harap dia tahu apa yang dipohon. Jikalau dia mohon sebulan gaji, kalau orang hanya beri RM300 - RMSOO apa yang boleh makan dengan gaji itu sebab susah nanti [seorang Yang Berhormat berdiri] duduk, saya belum habis .. [Ketawa). Jikalau kita tidak boleh mengemukakan ataupun supervised apa yang mereka boleh kerjakan, macam mana kita tahu produktiviti akan ditingkatkan atau kita minta gaji yang tinggi dengan produktiviti yang rendah.

Dengan itu perusahaan getah tidak boleh hidup di Malaysia. Kita sudah jadikan ia high cost producer dan tidak boleh bersaing dengan negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia.

Tuan N. Marimuthu: Tuan Yang di-Pertua, lagi saya minta penjelasan. Bukan NUPW, National Land Finance Cooperative Society (NLFCS) telah pun setuju dengan Estet Sungai Buluh dan lain-lain estet setuju memberi gaji bulanan dan juga dia setuju semua estet cooperative itu telah pun ada rancangan perumahan sendiri dan juga telah dimulakan projek sekarang oleh tuan punya estet. Pandangan saya terhadap salah seorang menteri, Menteri Sumber Manusia dan juga Yang Berhormat menteri sendiri, sebagai ahli politik, simpatilah dengan pekerja-pekerja estet.

Janganlah dipandang ringan penjelasan. Jawab saja, simpati yang macam mana boleh selesai perkara-perkara ini. Sudah 100 tahun bekerja di estet. Itu sahaja saya minta penjelasan. Janganlah penjelasan dipandang ringan, senang jawab. Pekerja-pekerja estet bukan profesional, dia pekerja-pekerja estet. Kalau dia profesional, dia tahu, apakah Yang Berhormat menteri sendiri beri penjelasan itu, apakah makna dia tahu, tetapi dia minta bukan gaji bulanan RMlOOO. Pekerja-pekerja estet minta gaji bulanan tetap, kalau RM400, tetap RM400 bukan RM15000. Sekian, saya minta penjelasan.

Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik: Betul saya jelas, bukan saya buat pendirian. Saya bertanggungjawab ialah harap dengan prinsip meningkatkan produktiviti pekerja dengan harapan mereka akan meningkatkan pendapatan mereka dan masa sekarang Tuan Yang di-Pertua, pekerja-pekerja di ladang, bekerja dengan jujur sebagai penuai atau harvester, mereka boleh dapat RMIOOO - RMISOO sebulan. Ini lebih baik dari engineer yang sekarang bekerja pun tidak dapat.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 47

!ill bukan saya tidak ada hati hendak jaga tetapi kita sebenamya - saya tahu ini adalah, saya tadi sudah jelas perbahasan yang hangat tetapi kalau NLFCS [Disampuk} you tahu NLFCS, saya tidak tahulah .. [Ketawa}. Kalau dia sudah masuk dalam 16 ladang bekerja dengan gaji bulanan, kita dalam Kabinet sudah setuju sehingga dengan itu, kita tengok macam mana mereka akan berjaya atau tidak berjaya. Kalau National Land Finance Cooperative Society tidak berjaya, kita mahu ikut dia matikah? Kita tidak cakap yes atau no, tengok dulu. Kalau dia berjaya barangkali kita minta semua ladang ikut apa yang dipraktikkan oleh ladang National Land Finance, you cannot ask question when you are not asking to ask, don't get excited, ini politik dalam Barisan Nasional. Saya pun tidak mahu hendak jelaskan lagi.

Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman membangkitkan mengenai isu pembalakan di Lojing Kelantan dan meminta bagaimana dan siapakah yang terlibat di dalam kegiatan tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya memaklumkan setakat ini hanya dua lesen pembalakan masih berkuasa di atas tanah kerajaan dan melibatkan kawasan yang setiap satunya seluas 182 hektar dan 284 hektar. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pengusahahasilan di kedua-kedua kawasan berkenaan telah pun selesai dijalankan. Bagi kawasan hutan simpanan kekal dan tanah milik, tiada sebarang lesen dan kegiatan pembalakan dijalankan di kawasan berkenaan pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap penjelasan-penjelasan yang telah saya berikan tadi telah menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Mana-mana cadangan dan pandangan oleh Ahli­ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya jawab, sukacitalah saya memaklumkan bahawa Kementerian Perusahaan Utama telah mengambil maklum dan akan memberi perhatian sepenuh terhadapnya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan.

3.21ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Dr. Ibrahim bin Saad): Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang hendak saya berikan ini pendek sahaja, oleh kerana saya dapati hanya tiga orang Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan hal-hal berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Waiau bagaimanapun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang begitu prihatin ke atas perkara-perkara yang berbangkit dengan bidang tugas Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua: Barangkali pembesar suara tidak berapa kuat?

Datuk Dr. Ibrahim bin Saad: Kementerian ini menghargai pandangan dan teguran yang diberikan semasa sesi perbahasan dalam Dewan yang mulia ini. Semua perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara akan diberikan perhatian sepenuhnya dan akan disusuli dengan tindakan yang sewajamya. Sehubungan dengan itu dipohon izin daripada Tuan Yang di-Pertua, untuk membolehkan saya memberikan sedikit penjelasan secara ringkas dalam masa yang terhad berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan yang bersangkut-paut dengan Kementerian Pengangkutan.

Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Kamo menyatakan bahawa lori jenis 22 roda merupakan ancama;n kepada pengguna-pengguna jalan raya di kawasan pedalaman seperti Penampang.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Sairin, mengenai ancaman lori tersebut di jalan raya di kawasan pedalaman, pengusaha lori berat boleh diminta menggunakan jalan altematif yang ada di

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

48 DN.18.5.1999

mana ianya wujud. Waiau bagaimanapun, di mana tidak ada jalan altematif, kerajaan

boleh mengkaji kemungkinan dikenakan kawalan dari segi waktu perjalanan dan juga meningkatkan penguatkuasaan perundangan di jalan raya untuk mengawasi perjalanan lori­lori berat tersebut supaya mereka tidak menjadi ancaman kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Untuk makluman Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini serta Ahli Yang Berhormat Dewan Negara dari Sarawak, Yang Berhormat Janggu Anak Banyang, MAS -penerbangan Malaysia,

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebenarnya perkara ini telah terlalu lama berlalu dan berpuluh-puluh jiwa yang telah melayang, telah mati akibat kemalangan disebabkan oleh lori yang mempunyai 22 roda ini dan kita ada pilihan, Jalan Keningau-Kimanis memang sedia ada untuk dilalui oleh lori-lori berkenaan tetapi oleh kerana penguatkuasaan tidak dikuatkuasakan atau tidak ada sebarang syarat dikenakan apabila mereka menggunakan jalan raya tersebut, dari Tambunan-Penampang maka lori-lori yang mempunyai angkatan yang berat dan roda yang banyak ini akhirnya tidak akan menggunakan Jalan Kimanis-Keningau, sebab tidak ada penguatkuasaan yang dikenakan ke atas mereka. Jadi, kalau boleh kita cadangkan supaya bentuk tol kepada lori­lori yang melalui jalan ini yang membawa masalah besar kepada para pengguna sebab kita kadang-kadang, maaf sahaja, bila sudah berlaku sebagai contoh kemalangan mengakibatkan berpuluh-puluh jiwa nyawa melayang, baru kita kelam-kabut, bendak buat itu dan ini.

Jadi, saya mohon supaya jalan yang melibatkan lori ini, beri arahan supaya Jalan Keningau-Kimanis itu digunakan seperti sebelumnya, sebab pernah dibuat dan saya tidak tahu selepas itu mereka gunakan sewenang-wenangnya. Terima kasih.

Datuk Dr. Ibrahim bin Saad: Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil perhatian tentang bal ini secara peribadi.

Sistem Penerbangan MAS menyediakan tujuh penerbangan setiap minggu atas sektor Kuala Lumpur - Sibu. Penerbangan ke Kuala Lumpur - Sibu sejak petang Jumaat telah diberhentikan oleh sebab faktor muatan yang semakin kurang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat lagi, faktor muatan atas penerbangan-penerbangan Kuala Lumpur-Sibu bagi bulan April 1995 ialah banya lebih kurang 58% sabaja. Waiau bagaimanapun, MAS sentiasa mengawasi kedudukan permintaan trafik dan sekiranya perlu penerbangan­penerbangan tambahan akan disediakan.

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin yang membangkitkan pada tengah hari tadi tentang tempat makanan yang kurang di KLIA. Sebenarnya seperti yang dikatakan oleh Timbalan Yang di-Pertua tadi terdapat banyakjuga tempat makan di KLIA. Di paras 4 ada dikatakan "Flying Gourmet" ala food court yang agak besar. Di paras 2 ada "Food Garden" konsep food court juga untuk staf dan juga pengguna­pengguna KLIA. Di paras 3 dan 5 ada fast food seperti McDonalds dan sebagainya, dan ada juga kedai-kedai makanan yang tarafnya agak tinggi di 'main terminal bulding' juga di bangunan 'satelite'. Waiau bagaimanapun, mungkin seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato' tadi, sign tidak cukup, kita akan mengambil perhatian tentang perkara itu.

Dato' Mohd. Zuki juga membangkitkan berkenaan dengan teksi yang digunakan yang tidak mengikut peraturan selepas pukul 11.00 malam Kementerian Pengangkutan akan menyiasat dan akan mengambil langkah-langkah yang tertentu dan sewajarnya untuk menggelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 49

Berkenaan dengan cadangan supaya teksi daripada penumpang yang datang dari Kuala Lumpur ke KUA dan dari KUA hendak balik ke Kuala Lumpur dibenarkan untuk mengambil penumpang-penumpang, buat ketika ini, syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, teksi yang. datang dari Kuala Lumpur tidak dibenarkan untuk mengambil penumpang di KUA. Itu syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, kementerian akan bangkitkan perkara ini dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Timbalan Menterinya pun ada di sini, kalau perkara-perkara yang seperti ini boleh dipertimbangkan.

Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Dewan Negara yang telah membangkitkan perkara-perkara dan saya bagi pihak Kementerian Pengangkutan akan mengambil perhatian dan mengambil tindakan di mana yang perlu atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Kerja Raya.

3.31 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Railey bin Haji Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara mengenai bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh. Saya akan menjawab ataupun memberikan penjelasan kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhonnat.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Maidin dan Yang Berhormat Dato' Dr. Yeow Seng Huat, ingin saya memaklumkan bahawa masalah kelewatan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur ini bukanlah disebabkan oleh masalah ekonomi atau politik ataupun sebab kebanyakan penduduk Pantai Timur terdiri daripada orang Melayu. Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, bahawa terdapat dua sebab yang menyebabkan projek ini belum dapat dimulakan hingga sekarang.

Satu sebabnya ialah, pihak syarikat konsesi belum dapat mengemukakan bukti mengenai kemampuan kewangan bagi melaksanakan Fasa 1 projek ini sebagaimana yang telah disyaratkan dalam 'pre-condition', dengan izin, perjanjian yang telah ditandatangani. Syarat tersebut perlu dipenuhi bagi membolehkan perjanjian berkenaan dikuatkuasakan. Sebagai makluman, Fasa I mengandungi tiga seksyen iaitu:

(i) Seksyen IA dari Karak ke Lanchang;

(ii) Seksyen 1B dari Lanchang ke Temerloh; dan

(iii) Seksyen 2H dari Bukit Payong ke Chendering.

Sebab kedua, kerajaan baru-baru ini telah memutuskan supaya semua projek lebuh raya yang belum mula walaupun perjanjian konsesi telah ditandatangani, adalah dikehendaki mendapatkan pandangan orang ramai atau 'perception study' telah dibuat, khususnya bakal pengguna akan keperluan lebuh raya tersebut dan kesanggupan bakal pengguna membayar kadar tol yang akan dikenakan. Setelah mendapat maklum balas ini kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan projek berkenaan. Perkara ini dalam tindakan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembinaan Pusat Latihan Rekrut TLDM ataupun Pularek yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Maidin dan Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim, adalah dimaklumkan bahawa nama-nama kontraktor yang terlibat dengan pembinaan Pularek adalah seperti berikut ........ .

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

50

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang minta laluan.

Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Sila.

DN.18.5.1999

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya amat terkejut apabila mendengar sekali lagi cerita daripada pihak kerajaan berkenaan dengan Lebuh Raya Pantai Timur ini yang banyak sangat masalah. Kalau sekiranya, 'pre­condition' ataupun prasyarat kepada konsesi ialah keupayaan untuk mendapatkan kewangan mestilah ditunjukkan dan kalau ianya tidak berjaya menunjukkan, kenapa tidak batalkan sahaja. Saya hairan, kenapa pula konsesi yang diberi kepada kumpulan-kumpulan ini diteruskan, sungguhpun tidak ditunjukkan bahawa mereka mempunyai kapasiti untuk mempunyai kewangan yang cukup bagi hendak menjayakan projek ini. Kalau tidak, sampai bila ia boleh menunjukkan keupayaannya untuk hendak membangunkan projek ini. Kita mesti ada masanya, kalau enam bulan ia tidak boleh memberikan kepercayaan kepada kerajaan yang ianya mempunyai kapasiti untuk hendak menjalankan kerja, sepatutnya sudah dibatalkan sahaja dan diberikan kepada konsesi yang lain. Jadi, saya tidak faham, kenapa lama sangat.

Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Saya rasa senang faham. Perkara ini kerajaan telah memutuskan semenjak akhir-akhir ini bahawa setiap syarikat yang diberikan konsesi untuk mengendalikan jalan-jalan swasta kerana akibat daripada kegawatan ekonomi yang lepas kerajaan telah berhati-hati dalam memberikan jaminan kepada pembinaan-pembinaan jalan swasta seperti ini.

Satu daripada tindakan yang telah diambil oleh kerajaan ialah untuk memastikan bahawa jalan tersebut benar-benar perlu dan diterima oleh rakyat atas kesanggupan membayar tol. !tu sebabnya perlu diadakan 'perception study' daripada rakyat yang akan menunjukkan berapa ramai yang mahu, berapa ramai yang tidak mahu. Perkara ini sekarang di bawah kendalian EPU.

Kedua, soal mampu atau tidak mampu syarikat yang telah diberikan konsesi ini di mana perjanjian telah pun ditandatangani ialah mereka insist atau minta meneruskan projek ini bahawa mereka mampu. Jadi kerajaan memberi waktu sehingga mereka mampu mendapatkan kewangan yang cukup, selain daripada jaminan kerajaan dan selain daripada pinjaman-pinjaman daripada bank-bank swasta yang membolehkan mereka meneruskan projek ini. Kerajaan berhati-hati supaya kerajaan tidak akan terlibat dalam menanggung projek yang besar, apabila gagal kerajaan terpaksa mengambil alih projek ini yang berbilion-bilion ringgit kerana projek ini setakat ini, sudah lama berterusan, hampir empat tahun tidak menjadi, ongkosnya pun makin meningkat, hampir RM4 bilion.

Jadi, oleh kerana itu kerajaan memastikan supaya sebarang syarikat yang mengendalikan projek ini adalah syarikat yang benar-benar mampu. Kalau satu hari nanti ia tidak mampu, ia akan menjelaskan dan kita akan tukar kepada syarikat yang lain. Batalkan perjanjian, boleh dibuat tetapi ia kata, ia mampu, kita berikan waktu lagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, minta maaf, kalau sebenarnya sampai empat tahun, ini menunjukkan memang sebenarnya syarikat ini tidak mampu. Ia mesti ada waktunya, sudah berapa tahun, sekarang ini saya tengok orang Pantai Timur memang mendesakkan jalan ini. Kalau sebenamya Timbalan Menteri mengatakan sampai empat tahun masih lagi tidak mampu, sampai bila kita hendak beri? Itu maksud saya tanya tadi, masalah persepsi pengguna itu secondary. Itu perkara baru, perkara lama ini sudah empat tahun.

Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tidak tahu keadaan sekeliling projek ini daripada mulanya kerana pada mulanya memang ada

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 51

tiga syarikat yang ingin bekerjasama mengendalikan projek ini. Apabila yang dua lagi tidak sanggup, yang satu masih sanggup, jadi perundingan berterusan, sedangkan perjanjian baru ditandatangani dalam bulan September tahun lepas selepas beberapa lama berunding. Jadi, kebetulan apabila ekonomi merosot dan banyak masalah yang ditanggung oleh kerajaan, kerajaan telah mengambil sikap baru untuk memastikan supaya beban tidak terlalu besar dan memberikan syarat-syarat yang saya sebutkan tadi. Jadi maknanya, apa Yang Berhormat cadangkan tadi memang boleh diambil kira. Kalau pada peringkat perundingan masa depan, syarikat ini benar-benar tidak sanggup, kita boleh tukar kepada syarikat yang lain, batalkan perjanjian atas persetujuan bersama. Itu Yang Berhormat, saya rasa telah menjawab soalan yang telah dibangkitkan. Ya, Dato' Haji Mohd. Zuki.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Sayapun ingin meminta penjelasan, sebab soalan jalan Pantai Timur ini sudah dibangkitkan dalam soalan di Dewan yang mulia ini dan sudah dijawab oleh kerajaan. Sekarang ini jawab lagi sekali.

Penjelasan saya ialah kita tidak tahu syarikat yang terlibat semuanya tiga buah. Satu ialah, MNC - 52%; yang keduanya United Engineers; yang ketiganya MTD, tiga syarikat yang terlibat. Apabila saya bercakap, ia mesti mengganggu. [Gangguan a/at pembesar suara] {Ketawa] sebabnya apa yang saya cakapkan semuanya ini benar.

Tuan Yang di-Pertua, jadi masalah timbul. Saya telah tanya dalam Dewan yang mulia ini, saya kata beritahu penduduk-penduduk di sekitar jalan itu bahawa ongkos untuk membina jalan ini sekian banyak. Tol yang akan dikenakan sekian banyak, barulah betul mereka mendapat persepsi itu clan penerimaan terus. Sekarang ini hendak cari persepsi rakyat tetapi kerajaan tidak beritahu lagi, kerajaan kena buat kajian dahulu bahawa belanjanya sekian banyak, jalan ini orang yang hendak buatnya ada masalah. Sudah empat tahun, sebabnya mereka sama-sama mereka pun tidak dapat berkompromi. Kalau dia buat syarat untuk buat jalan ini mesti ada ongkos yang sekian banyak, seperti mana yang dikata oleh Timbalan Menteri tadi. Syarat dalam perjanjian itu kena ada duit banyak; kalau tidak, tidak boleh jalan. Dia tidak ada duit, tidak payah jalanlah. Sementara itu, pergi jumpa kerajaan, timbang rasalah, kami hendak panjangkan sedikitlah, panjangkan sedikit lagi, lama-lama orang Pantai Timur macam Dato' Abdul Aziz dan saya tidak boleh gunakan jalan itu esok, barulah siap.

Jadi, persepsi sekarang ini ialah orang tidak tahu berapa, tidak ada perception langsung. Jadi kerajaan kena beritahu rakyat, pembinaan jalan ini sekian banyak, tolnya sekian banyak, masalah kita sekarang ini, inilah sebab masalahnya. MTD, United Engineers ini saham sudah naik sedikit. Jadi dari segi MNC ini masalab sama-sama mereka pun tidak selesai, kalau saya hendak beri cerita lagi, saya boleh ceritakan sekarang ini dalam Dewan yang mulia ini.

Saya tahu apa yang terjadi sebab saya ada buat satu research. Sebab kami hendak sangat jalan ke Pantai Timur ini. Sebab itu satu research dibuat, bukan sahaja baru ini saya tanya soalan ini, sudah dua tahun lalu sudah tanya soalan ini. Terima kasih.

Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Sebenarnya yang telah dikatakan oleh Dato' Abdul Aziz dan Dato' Haji Mohd. Zuki memang saya fabamlah perasaan orang Pantai Timur tetapi usaha kerajaan memang bukan mengelakkan jalan tidak dibuat tetapi mengambil jalan yang lebih selamat supaya tanggungjawab kerajaan tidak begitu berat. Jadi pada masa depan kalau syarikat ini memang tidak sanggup mengendalikan selepas beberapa syarat dikenakan seperti saya katakan tadi condition ini boleh di'revoke' dan diberikan kepada orang lain ataupun macam mana cara sekali pun. Jadi, supaya tidak memanjangkan perkara ini saya ambil perhatianlah bagi pihak kerajaan apa yang disebutkan oleh Dato' Haji Mohd. Zuki dan Dato Abdul Aziz tadi. Saya memahami perasaan orang Pantai Timur. Terima kasih.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

52 DN.18.5.1999

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Pusat Latihan Rekrut TLDM (Pularek) yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhonnat Datuk Zainudin Maidin dan Yang Berhonnat Puan Kamalia Ibrahim. Adalah dimaklumkan bahawa nama-nama kontraktor yang terlibat dengan pembinaan Pularek adalah seperti berikut:

(i) KPB Construction Sdn. Bhd. - mengendalikan kerja-kerja tanah dan infrastruktur berjumlah kos kontrak RM5,585,000;

(ii) H&I Niaga Sdn. Bhd. - mengendalikan kerja-kerja bangunan dan kediaman berharga RM33,599,000;

(iii) Ecovest Sdn. Bhd. - mengendalikan pembinaan jeti berharga RM25,245,000;

(iv) Marimas Sdn. Bhd. - mengendalikan bangunan, ketenteraan dan juga sokongan dengan harga RM25,471,000;

(v) Seri Yakin Sdn. Bhd. - membina bangunan pentadbiran, latihan danjuga sokongan berharga RM31,000,000.

Pembinaan projek Pusat Latihan Rekrut TLDM (Pularek) ini telah bermula pada Disember 1994. Projek ini dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya dengan satu pasukan teknikal yang menjalankan kerja-kerja pengawasan pembinaan di tapak. Projek perumahan ini telah diserahkan kepada pelanggan iaitu TLDM pada bulan Jun 1998 dan telah pun didiami oleh TLDM yang berpindah dari Woodlands ke Pularek. Segala kecacatan sedang dibaiki oleh kontraktor. Tempoh tanggungan kecacatan akan berakhir pada bulan Julai 1999 ini.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan persoalan mengenai bahan-bahan binaan untuk pembinaan sekolah yang telah dikemukakan oleh Senator Janggu Anak Banyang, sukacita saya maklumkan bahawa bahan-bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan sekolah adalah seperti yang telah ditetapkan dalam mereka bentuk dan penentuan kontrak bagi sesuatu projek. Bahan-bahan binaan yang telah ditetapkan ialah menepati piawaian yang diguna pakai di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pennintaan Senator Long bin Jidin yang meminta Kementerian Kerja Raya mengkaji mengenai pembinaan lebuh raya di sebelah Pantai Timur Semenanjung, untuk makluman Yang Berhonnat, Kementerian Kerja Raya sentiasa peka terhadap keperluan rangkaian jalan raya dan sentiasa menjalankan kajian bagi memastikan perjaianan dapat ditampung. Pennintaan sesuatu lebuh raya baru adalah mengikut keperluan atau pennintaan perjalanan di koridor yang akan dilaluinya. Terdapat perbezaan tahap pennintaan antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Pennintaan perjalanan dan bilangan kenderaan berdaftar adalah amat tinggi di Pantai Barat berbanding dengan Pantai Timur. Faktor ini telah menyebabkan rangkaian jalan raya yang berbeza antara dua wilayah tersebut.

Walau bagaimanapun keperluan jalan raya di Pantai Timur tidak pemah diabaikan. Banyak projek jalan raya utama telah dilaksanakan. Di antaranya ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Jeli-Grik, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, Lebuhraya Jerangau-Jabor dan Lebuhraya Kuantan-Segamat. Pada masa ini kerajaan sedang melaksanakan jalan dari Simpang Pulai, Perak ke Gua Musang, Kelantan dan seterusnya Kuala Berang, Terengganu. Di samping itu kerajaan akan meliiksanakan Lebuhraya Pantai Timur dari Karak ke Kuantan dan Kuala Terengganu di bawah konsep penswastaan yang telah saya sebutkan tadi. Maklumat tentang perkembangan rangkaian jalan raya sentiasa disebar oleh Kementerian Kerja Raya secara tidak langsung melalui kenyataan akhbar dan juga pameran pada hari-hari terbuka dan hari pelancaran.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhonnat yang telah mengambil kesempatan membahaskan

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 53

perkara-perkara yang bersabitan dengan tugas-tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. Sebarang perkara-perkara yang telah disebutkan dan tidak dijawab pada hari ini akan diambil perhatian. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddiil: Tuan Yang di-Pertua, sebelum Timbalan Menteri mengundurkan diri, saya ingin tanya berkenaan Pularek sedikit sebab dia terlalu cepat. Jadi, saya hendak berdiri pun tidak sempat. Timbalan Menteri memang bagus cara dia memberi jawapan dan terang tetapi Pularek ini saya ada sedikit masalah dan saya hendak tanya. Masalah Pularek ini sebenarnya telah memalukan negara kita.

Saya hendak tanya, kalau kita hendak buat rumah, kita adakan kontraktor, saya hendak duduk di rumah itu, saya mesti tahu apa yang berlaku dalam rumah itu dan saya mesti ikut jadual pada mulanya. Jadi di sini, Kementerian Pertahanan dan JKR, adakah satu jawatankuasa wujud semasa pembinaan ini pada Disember 1964 untuk memastikan bahawa bangunan yang dibuat itu untuk TLDM berjalan dengan baik dan tidak ada masalah. Tidakkah ada satu koordinasi antara Kementerian Pertabanan dan Kementerian Kerja Raya untuk membuat satu projek yang begitu besar. Jikalau pihak Kementerian Pertahanan menunggu hendak menerima bangunan siap sahaja, saya rasa tidak betul, kedua-dua kementerian itu mesti beri kerjasama daripada asalnya dan jikalau ada benda­benda yang tidak betul, ada lubang, pendirian rumah ini tidak betul, tiangnya tidak baik, pihak Kementerian Pertabanan mesti beritahu JKR dan JKR mesti beritahu kepada kontraktor. Maknanya selaras daripada mulanya, janganlah rumah sudah siap, pahat berbunyi.

Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, penyelarasan di antara Kementerian Pertabanan dengan Kementerian Kerja Raya, berterusan at ministerial level berhubung dengan projek ini dan kontraktor-kontraktor yang dilantik .....

Tuan Yang di-Pertua: Apa makna 'ministerial level'?

Datuk Railey bin Haji Jaffrey: Maknanya di antara kementerian berhubung kait dengan pelaksanaan projek ini. Jadi, ia bukan satu jawatankuasa tetapi perhubungan di antara JKR dan Kementerian Pertahanan dan kontraktor-kontraktor yang dilantik melalui tender terbuka adalah kontraktor-kontraktor berwibawa bumiputera yang melaksanakan projek ini.

Di samping itu juga perlu diberi makluman di sini bahawa projek ini merupakan projek yang dibuat dalam masa yang agak singkat dan lagi pun pihak kakitangan TLDM daripada Woodlands hendakkan projek ini cepat supaya mereka dapat masuk sedangkan projek ini pada tarikb siapnya belum begitu sempurna tetapi dibenarkan masuk oleh kerana tempoh mereka tinggalkan Woodlands sudah habis, jadi masuk. Di samping itu, barulah terdapat kerosakan-kerosakan seperti keretakan, bumbung roboh dan sebagainya.

Walaupun JKR telah buat dengan terbaik dan bila terdapat kecacatan kepada projek-projek yang besar seperti ini, memang kita pun rasa tidak sedap dan walau bagaimanapun usaha-usaha telah dijalankan sekarang ini untuk pembaikan dibuat dalam tempoh kecacatan itu iaitu selama satu tahun daripada tarikh penyerahan bangunan ini. Kita berharap semua kecacatan yang telah disebutkan yang telah menjadi hebahan begitu luas dapat diperbaiki dalam masa yang telah ditetapkan supaya pihak rekrut TLDM dapat menggunakan kompleks ini dengan sempurnanya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

3.50 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan teguran, cadangan dan pandangan yang membina semasa membahaskan

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

54 DN.18.5.1999

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh mengenai perkara-perkara yang ada hubung kait dengan bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. lzinkan saya memberikan jawapan ke atas beberapa perkara dan isu penting yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Chet Singh memberi pandangan agar pembangunan industri berasaskan sumber perlu digalakkan, terutarnanya di negeri yang kaya dengan sumber asli. Dalam hal ini, beliau mencadangkan supaya MITI dan MIDA mengambil inisiatifyang sesuai dengan kerjasama kerajaan negeri dan mewujudkan 'one-stop-agency', dengan izin bagi pembangunan industri berasaskan sumber dan juga pengwujudan kelompok industri yang berkaitan dengan sumber.

Tuan Yang di-Pertua, MITI dan MIDA telah pun mengambil inisiatif sewajamya dalam usaha untuk membangunkan industri berasaskan sumber di Malaysia. Beberapa siri mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) telah diadakan di antara Mm dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam usaha untuk membangunkan industri termasuklah memajukan lagi industri berasaskan sumber di peringkat negeri. JBI adalah jawatankuasa penyelarasan yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar/K.etua Menteri di negeri masing-masing. Keahlian JBI adalah terdiri daripada wakil­wakil dari agensi-agensi pusat di peringkat Persekutuan dan agensi-agensi utama di peringkat negeri.

Penubuhan JBI ini adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dan ianya telah dilaksanakan sejak tahun 1990 bagi membincang serta menyelaraskan dasar-dasar pembangunan perindustrian di peringkat negeri.

Konsep 'one-stop-agency' bagi pembangunan perindustrian termasuklah pembangunan industri berasaskan sumber di peringkat negeri sememangnya telah wujud di mana Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri di semua negeri telah pun berperanan sebagai agensi-agensi utama pelaksana.

Melalui beberapa siri mesyuarat JBI yang telah diadakan, sesetengah kerajaan negeri telah pun mengenal pasti bidang-bidang industri berasaskan sumber tertentu di negeri masing-masing untuk dibangunkan.

Pembangunan perindustrian berasaskan kelompok merupakan salah satu daripada hala cara strategik yang telah digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP2}. Sebanyak sembilan kelompok industri berasaskan sumber telah dikenal pasti di bawah IMP2 iaitu:

(i) industri berasaskan kayu;

(ii) industri berasaskan getah;

(iii) industri berasaskan makanan minyak kelapa sawit;

(iv) industri berasaskan bukan makanan minyak sawit;

(v) industri berasaskan koko;

(vi) industri berasaskan ikan dan produk ikan;

(vii) industri berasaskan temakan dan produk temakan;

(viii) industri berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran; dan

(ix) industri berasaskan florikultur

Selaras dengan strategi ini jawatankuasa kerja yang dikenali sebagai Kumpulan Kerja Kelompok Awam-Swasta (CWG) telah diwujudkan bagi setiap kelompok industri

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 55

ini. cwd bagi setiap kelompok industri ini mengambil tindakan sewajarnya mengikut pelan-pelan tindakan yang telah digariskan oleh IMP2 dan seterusnya akan mencadangkan langkah-langkah strategik yang perlu dijalankan kepada Majlis Penyelarasan Perindustrian (ICC) untuk diputuskan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri mengkaji kelemahan MA TRADE menjalankan fungsi membantu usahawan tempatan memasarkan barangan keluaran mereka di luar negeri. Ini disebabkan terdapat produk-produk baru yang tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, MITI sentiasa mengkaji dari masa ke semasa setiap kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh MA TRADE bagi memastikan fungsi yang ditetapkan dapat dicapai dan memberi manfaat kepada usahawan tempatan.

Dalam memperkenalkan produk baru di sesuatu pasaran, setiap usahawan itu sewajarnya menjalankan kajian bagi memahami sepenuhnya kehendak pasaran tersebut seperti:

(i) permintaan di pasaran;

(ii) harga semasa;

(iii) harga produk pesaing;

(iv) kehendak atau cita rasa pengguna;

(v) standard yang perlu dipatuhi;

(vi) peraturan import negara tersebut; dan

(vii) saluran pengedaran.

Setelah itu, mereka juga perlu melawat untuk meninjau sendiri pasaran tersebut serta mengadakan perbincangan dengan pengimport yang mungkin berminat untuk membeli produk yang ditawarkan.

Bagi tujuan tersebut mereka adalah digalakkan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan serta kemudahan yang diberikan oleh MA TRADE iaitu:

(i) rombongan galakan perdagangan ke luar negara;

(ii) penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dalam pameran perdagangan antarabangsa di dalam dan di luar negara;

(iii) menganjurkan pameran perdagangan peringkat antarabangsa di Malaysia;

(iv) seminar, bengkel dan khidmat nasihat mengenai eksport;

(v) pusat sumber maklumat perdagangan untuk rujukan para pengeksport;

(vi) kajian pasaran bagi beberapa barangan terpilih di pasaran-pasaran tertentu; dan

(vii) pengumpulan dan penyebaran maklumat serta peluang-peluang perdagangan.

Sungguhpun demikian, ini masih tidak menjamin bahawa produk baru yang diperkenalkan itu akan diterima dan dibeli oleh pengimport kerana persetujuan untuk membeli atau tidak, terletak pada mereka.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

56 DN.18.5.1999

Waiau bagaimanapun, usahawan-usahawan tempatan yang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh MA TRADE, ada sebahagiannya yang telah berjaya menjual barangan mereka ke luar negeri. Sebagai contohnya, usahawan­usahawan yang menyertai rombongan-rombongan galakan perdagangan dan pameran­pameran perdagangan antarabangsa yang dianjurkan dalam tahun 1998, telah berjaya menjual barangan mereka seperti berikut:

Rombongan Pameran Galakan Perdagangan

Perdagangan Antarabangsa

(i) Jualan terus RM 1.62 iuta RM 7.84 iuta

(ii) Jualan berootensi RM89.97 iuta RM107.35 iuta

Sehingga akhir April 1999 jualan berpotensi semasa rombongan galakan perdagangan sebanyak RM89.97 juta tersebut telah menghasilkanjualan sebenar berjumlah RM12.516 juta.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Abdillah bin Abdul Rahim meminta kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur bagi pembangunan industri IK.S. Untuk makluman sememangnya memberi keutamaan kepada pembangunan industri IK.S dan telah pun membangunkan tapak perindustrian IK.S di Sarawak, Kuala Lumpur, Melaka, Kedah dan Johor. Di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, sejumlah lapan kawasan khusus untuk tapak industri IK.S telah dikenal pasti untuk dibangunkan iaitu:

(i) Tanjung Gelang;

(ii) Lembah Naning;

(iii) Marang;

(iv) Jabur;

(v) Tangkak;

(vi) Tanjung Langsat;

(vii) Sungai Gapi; dan

(viii) lembah Bemam.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Antara tapak perindustrian IK.S yang telah dibangunkan adalah seperti berikut:

LO KASI KELUASAN UNIT BELi/ (HEKTAR) DISEWAKAN

Mukim Batu Kuala Lumpur 22.5 243 (62%)

Muara Tabuan Sarawak 3.1 11 (57%)

Masiid Tanah Melaka 23.0 12 (13%)

Sun~ai Petani Kedah 35.6 28 (30%)

Bandar Seri Alam Johor 41.6 61 (33%)

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 57

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Ramlah binti Ahas meminta kerajaan meningkatkan pembangunan perindustrian di luar bandar untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar serta mengelakkan penghijrahan ke bandar.

Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk meningkatkan pembangunan perindustrian di kawasan-kawasan luar bandar telah pun giat dijalankan oleh kerajaan. Sebagai contoh melalui Akta Galakan Pelaburan 1968 telah pun menyediakan insentif khusus bagi syarikat-syarikat perkilangan yang beroperasi di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai development area dengan izin, serta menggunakan sejumlah guna tenaga yang diperlukan di kawasan-kawasan berkenaan. Di sampmg itu kerajaan juga berusaha untuk membangunkan kawasan-kawasan kurang maju seperti di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia serta negeri-negeri di Sabah dan Sarawak. Untuk tujuan tersebut, satu pakej insentif galakan cukai telah pun diperkenalkan untuk menarik pelabur-pelabur melabur di kawasan berkenaan.

Bagi cadangan Tuan Janggu anak Banyang meminta agar Mm memberi tumpuan di dalam membangunkan industri terutamanya "wood-based industry" di Sarawak, untuk makluman, usaha yang berterusan telah pun dilakukan dalam membangunkan industri ...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bagi laluan kepada Yang Berhormat Datuk Hashim Safin.

Datuk Haji Hashim bin Safin: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua, sedikit kalau boleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen beri penjelasan lanjut mengenai pakej galakan pelaburan bagi kawasan Pantai Timur, kalau boleh. Apakah pakej yang ada itu untuk galakan pelaburan di kawasan Pantai Timur khususnya Kelantanlah termasuk Pahang.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, pakej ini banyak sekali, Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak detail saya tidak dapat memberikan secara detail tetapi ini termasuk dari segi modal, taxs allowances dan sebagainya, saya boleh memberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Dato' Hashim Safin oleh kerana pakej ini banyak sekali. Pakej ini dengan tujuan untuk memberikan galakan yang lebih kepada pelabur-pelabur yang hendak melabur di Pantai Timur.

Usaha yang berterusan telah pun dilakukan dalam membangunkan industri berasaskan sumber khususnya sektor industri berasaskan kayu di negeri Sabah dan Sarawak. Melalui pelaksanaan pakej insentif untuk membangunkan industri di kawasan Koridor Timur termasuk negeri Sarawak, sektor industri berasaskan kayu juga merupakan salah satu aktiviti yang digalakkan dan ianya layak untuk mendapatkan insentif ini.

Pelan Induk Perindustrian Kedua telah menggariskan beberapa teras strategik bagi membangunkan kelompok industri berasaskan kayu di negeri Sabah dan Sarawak. Ini termasuklah program memperbaiki prasarana asas, pengurusan sumber kayu dan pembangunan aktiviti kelompok.

Melalui pembangunan industri berasaskan kelompok ini, tumpuan diberikan kepada usaha memperkukuhkan lagi rantaian industri dengan memajukan lagi aktiviti industri hiliran berdasarkan kepada bekalan kayu-kayan sedia ada di kedua-dua negeri berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Dr. Yeow Seng Huat mencadangkan supaya pengeluaran negara ditumpukan kepada orientasi pengeluaran barangan siap untuk eksport. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 1980-an strategi pembangunan perindustrian negara telah pun berubah dari mengeluarkan barangan pengganti import ataupun imports substitution, dengan izin, kepada barangan berorientasikan pasaran eksport. Strategi ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan barangan buatan Malaysia di pasaran global. Penubuhan MA TRADE

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

58 DN.18.5.1999

merupakan usaha ke arah meningkatkan lagi eksport barangan Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Agensi ini bertanggungjawab mempromosikan barangan buatan Malaysia serta membantu sektor-sektor industri dalam menerokai pasaran baru serta memperluaskan lagi pasaran sedia ada. Ini juga selaras dengan salah satu daripada halacara strategik yang disarankan oleh Pelan Induk Perindustrian Kedua iaitu mengubah daripada industri berasaskan operasi pengeluaran kepada industri yang berorientasikan pasaran global.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Ghazi Haji Ramli meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan perbezaan antara e­commerce dengan e-economy, dan apakah hubungkait di antara tujuh aplikasi pertama di dalam agenda NITA (Agenda Teknologi Maklumat Negara) dengan lima aplikasi utama negara.

Tuan Yang di-Pertua, e-ekonomi menumpukan perhatian kepada penggunaan IT dan media elektronik untuk menggalakkan pertumbuhan di sektor-sektor ekonomi seperti perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. e-perdagangan pula tertumpu kepada penggunaan IT dalam bidang perdagangan seperti pemasaran, penjualan, pembelian dan perolehan.

Tujuh aplikasi NITA merupakan projek MSC yang khusus bagi mencapai matlamat menjadikan Koridor Multimedia sebagai jentera pertumbuhan ekonomi negara baru. Aplikasi tersebut dirangkumi di bawah bidang tugas kumpulan kerja e-ekonomi, e­perkhidmatan awam dan e-pembelajaran.

Yang Berhormat Dato' Ghazai Haji Ramlijuga meminta diperjelaskan bagaimana e-commerce akan diimplimentasikan dan apakah hubungkait e-economi di dalam para 43, 44 dan 45 teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan Kajian Semula Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di dalam agenda pembangunan negara.

Tuan Yang di-Pertua, inisiatif membangunkan e-perdagangan adalah tanggungjawab yang dikongsi bersama kerajaan dengan sektor swasta. Kerajaan berusaha memastikan wujudnya persekitaran yang sesuai untuk menggalakkan e-perdagangan. Antara usahanya termasuklah:

(i) penyediaan kemudahan dan infrastruktur asas untuk menggalakkan penggunaan e-perdagangan;

(ii) penggubalan dan pindaan beberapa undang-undang cyber untuk menyokong usaha-usaha e-perdagangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak swasta;

(iii) penyediaan insentif dalam bentuk pelepasan cukai dan bantuan kewangan untuk pemerolehan kemahiran, teknologi dan alat-alat e-perdagangan;

(iv) penyediaan khidmat nasihat dan sokongan kepada mereka yang ingin menyertai e-perdagangan; dan

(v) penganjuran taklimat, seminar dan kursus kepada komuniti perdagangan dan perindustrian untuk menyedarkan mereka mengenai e-perdagangan.

Dengan adanya persekitaran yang sesuai, pihak swasta adalah diharap mengambil peranan utama membangun dan menggunakan e-perdagangan dalam urusan niaga mereka. Teks ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan Kajian Semula Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di dalam agenda pembangunan negara ada hubungkait secara langsung dengan e-ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan daya

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 59

saing di kalangan masyarakat perdagangan dan perindustrian Malaysia terutamanya di dalam arena perdagangan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan Yang Berhormat Dato' Ghazi Haji Ramli agar diadakan satu taklimat awalan untuk semua Afili Dewan Negara berkenaan dengan pelan induk di dalam e-commerce dan e~economy sebelurn pelan induk tersebut dibincangkan di dalam mesyuarat akan datang, kerajaan akan mengambil maklurn tentang cadangan tersebut dan akan cuba mengadakan taklimat untuk semua Ahli Dewan Negara berkenaan e-perdagangan dan e-ekonomi pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja penjelasan yang ingin saya berikan kepada beberapa isu penting yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas teguran dan pandangan yang tidak sempat dijawab buat kali ini dan perkara tersebut akan diambil perhatian sewajamya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Pertanian menjawab.

4.10 ptg.

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan yang mulia ini, beberapa orang Ahli Yang Berhormat Dewan Negara telah menyentuh pelbagai perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pertanian Malaysia. Mereka ialah Yang Berhormat Senator Dato' Chet Singh, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Sairin bin Kamo, Yang Berhormat Senator Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, Yang Berhormat Selantor Janggu Anak Banyang, Yang Berhormat Senator Long bin Jidin, Yang Berhormat Senator Hajah Mastika Junaidah binti Husin, Yang Berhormat Senator Zainal bin Rampak, Yang Berhormat Senator Haji Abu Bakar bin Ismail dan Yang Berhormat Senator Dato' V. K.K Teagarajan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Sairin bin Kamo, Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) di antara lain akan memberi tumpuan kepada penyelidikan penggunaan surnber-surnber yang akan mewujudkan produk-produk dan industri baru yang akan mempergiat dan mempertingkatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada masa yang akan datang. Surnber-sumber genetik, bahan-bahan perhutanan dan marin akan digunakan untuk membangunkan produk-produk dan industri bioteknologi, speciality natural chemicals dan ubat-ubatan.

Agensi-agensi penyelidikan seperti MARDI dan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan akan memperluaskan skop penyelidikan masing-masing dalam bidang-bidang berkaitan. MARDI sendiri misalnya bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk kegunaan petani-petani dan menyalurkannya melalui mekanisme di jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian Malaysia.

Semua jabatan-jabatan yang terlibat seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Perikanan akan memainkan peranan masing-masing secara lebih proaktif sebagaimana yang digariskan di dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang sama juga, Kementerian Pertanian Malaysia sedia maklurn mengenai penanaman buah-buahan di luar bandar yang tidak terancang. Dengan itu, Kementerian Pertanian melalui Jabatan Pertanian telah mewujudkan projek pembangunan dusun nukleus sejak mula Rancangan Malaysia Ketujuh lagi.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

60 DN.18.5.1999

Projek dusun nukleus adalah projek berkelompok yang menggabungkan dusun­dusun pekebun kecil menjadi satu entiti pengeluaran yang komersial dan berdaya maju dengan pewujudan infrastruktur ladang yang lengkap, dengan klon yang bermutu tinggi dan sistem pemasaran jualan terus. Terdapat 903 lokasi jualan terus yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian di seluruh negara pada masa ini.

Jabatan Pertanian juga, telah mewujudkan beberapa pusat pemprosesan produk buah-buahan di kawasan-kawasan buah-buahan yang dikendalikan oleh petani-petani sendiri, di pusat pemprosesan produk roselle di Kelantan dan Terengganu serta pusat pemprosesan produk nanas di Johor. Di samping itu, beberapa pusat pemprosesan produk buah-buahan sedang dirancang di negeri-negeri yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Senator Long bin Jidin dan Yang Berhormat Senator Hajah Mastika Junaidah binti Husin yang turut menyentuh mengenai DPN3. Seperti Yang Berhormat sedia maklum DPN3 memberi tumpuan kepada pengeluaran bahan makanan untuk memenuhi keperluan negara. Di dalam melaksanakan strategi ini beberapa langkah dan tindakan akan diambil untuk memastikan supaya alam sekitar tidak terjejas dan tercemar di samping menjamin bahan makanan yang dihasilkan adalah selamat, berkhasiat dan bermutu tinggi. Amalan-amalan pertanian yang mesra alam seperti penggunaan teknologi kaedah Pengurusan Makhluk Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management atau IPM).

Dalam IPM, kaedah-kaedah pengawalan perosak tanpa mengguna racun diamalkan. Kaedah-kaedah ini termasuk kawalan biologikal, penggunaan perangkap lampu, perangkap warna bergam, amalan kultural seperti penanaman bergilir-gilir dan pemangkasan pokok. Penyemburan racun perosak hanya dilakukan apabila serangan perosak telah mencapai tabap merbahaya. Petani-petani juga diberi latihan dan pendedahan mengenai penggunaan racun dan kimia pertanian secara selamat dan mesra alam.

Dalam penggunaan baja, Jabatan Pertanian menggalakkan petani menggunakan baja organik seperti kompos yang diproses daripada sisa tanaman ( seperti jerami padi, tandan kelapa sawit, batang jagung dan kulit kopi). Sementara itu dalam DPN3 juga langkah-langkah telah diambil untuk merancang pengeluaran dan memperbaiki sistem pemasaran bersepadu supaya tidak berlaku pengeluaran berlebihan dan menjejas harga hasil pertanian.

Yang Berhormat Senator Zainal bin Rampak telah menyentuh mengenai import bahan makanan. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, tidak semua bahan makanan yang disebut boleh dikeluarkan dalam negara secara ekonomik. Namun demikian, langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan import bahan-bahan makanan terutamanya hasil-hasil temakan, perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin yang boleh dikeluarkan di negara ini. Kerajaan menyediakan beberapa insentif untuk menggalakkan pihak swasta terlibat di dalam pengeluaran bahan-bahan tersebut secara besar-besaran. Ini termasuk insentif-insentif di bawah Aleta Galakan Pelaburan 1986, Aleta Cukai Pendapatan 1957 dan kemudahan kredit seperti Tabung Untuk Makanan (3F). Baru­baru ini kerajaan juga telah memberi insentif tambahan seperti pengecualian cukai berkumpulan untuk menggalakkan temakan integrasi di bawah tanaman perladangan dan tanaman jagung.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang sama, semasa penggubalan DPN3, kajian telah dibuat kc atas dasar dan amalan-amalan pertanian yang dilaksanakan oleh beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jepun, negara­negara Eropah, Taiwan dan Korea Selatan. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, saiz ladang di Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan beberapa negara Eropah juga kecil dan pihak kerajaan memberi subsidi yang tinggi untuk meningkatkan pendapatan petani-petani mereka. Sementara itu di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat saiz-saiz ladang

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 61

mereka adalah lebih besar sama seperti ladang-ladang kelapa sawit dan getab di Malaysia. Untuk membangun dan meningkatkan produktiviti serta keberkesanan sektor pertanian, DPN3 telah merangka dasar dan strategi untuk membangunkan kedua-dua sektor pekebun kecil dan ladang supaya sektor pertanian malaysia akan lebih berdaya saing di peringkat global di samping meningkatkan pendapatan petani-petani yang terlibat.

Langkah-langkah juga diambil supaya kerajaan negeri menyediakan tanah yang sesuai untuk pengeluaran pertanian. Semenjak setahun yang lalu kerajaan-kerajaan negen telah memperuntukkan tanah tambahan di bawah program meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan. Dengan pemodenan sektor pertanian dan pelaksanaan sistem pengeluaran secara besaran-besaran dan teknologi jimat buruh, penggunaan buruh pertanian dijangka akan berkurangan. Namun demikian, langkah-langkah telah diambil untuk mendedah dan melatih belia-belia di negara ini untuk menceburi dan mengurus perusahaan pertanian moden berintensif pengetabuan dan teknologi.

Berbubung dengan persoalan khusus seperti dibangkitkan oleb Yang Berbormat Senator Janggu Anak Banyang sukacita dijelaskan bahawa kerajaan negeri Sarawak telah pun dan sedang menjalankan usaha untuk membangunkan segala potensi keluasan tanah yang ada di negeri tersebut. Usaba ini merupakan usaha menyeluruh yang melibatkan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Di antara caranya ialah:

(i) membangunkan tanah adat (NCL) melalui usaha sama dengan pelabur yang berpotensi dan pemilik-pemilik tanah berkenaan;

(ii) kerajaan negeri bersedia untuk memperuntukkan tanah secara sewa jangka pendek kepada mana-mana pelabur yang jitu dan betul-betul berminat untuk mengusahakan tanaman bagi pengeluaran bahan manakan. Dalam konteks ini saya suka memaklumkan bahawa kerajaan negeri Sarawak telah mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk diriiajukan bagi penanaman padi secara besar-besaran oleb pelabur­pelabur yang berminat.

Berbubung dengan saranan Yang Berbormat Senator Tuan Zainal bin Rampak mengenai pemantapan pemasaran, sukalah dinyatakan bahawa DPN3 juga telah menggaris dasar dan strategi bagi meningkatkan kecekapan pemasaran termasuk langkah-langkab untuk menggalakkan petani-petani terlibat di dalam pemasaran basil pertanian mereka. Ini termasuklah tindakan jabatan dan agensi terlibat mewujudkan struktur mekanisme pemasaran secara langsung seperti pasar tani, pasar ikan bergerak dan sebagainya supaya petani-petani dapat melibatkan diri secara langsung dalam pemasaran basil pertanian mereka dan menjamin barga berpatutan kepada petani dan pengguna.

Mengenai barga komoditi pertanian khususnya di Sarawak seperti dibangkitkan oleb Yang Berbormat Senator Tuan Janggu anak Banyang saya ingin menjelaskan babawa seperti di mana-mana juga di seluruh negara ia tertakluk kepada turun naik barga pasaran semasa, faktor-faktor prasarana pemasaran dan kualiti komoditi berkenaan. Pada masa ini walaupun barga getah adalah rendah tetapi barga komoditi seperti lada adalah memberangsangkan. Kementerian Pertanian Malaysia melalui agensi-agensi seperti Jemaah Pemasaran Lada Hitam akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kepelbagaian produk komoditi seperti Jada. Kita telah berjaya mengbasilkan Jada hitam bermutu tinggi.

Untuk makluman Yang Berbormat Datuk Haji Sairin bin Karno, industri temakan ikan dan udang telah berkembang dengan pesat di negara ini. Pada tahun 1997, aktiviti temakan ikan telah mengbasilkan kira-kira 108,000 tan metrik bernilai RM610 juta. Bagi negeri Sabah aktiviti ikan dan udang telah melibatkan kira-kira 6,000 orang pentemak. Pada tabun 1997 aktiviti akuakultur di negeri Sabah telah mengbasilkan kira-kira 10,300

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

62 DN.18.5.1999

tan metrik bemilai RM147 juta. Industri ini mempunyai potensi yang luas di negeri ini dan memandangkan terdapatnya banyak kawasan-kawasan yang sesuai untuk dimajukan dengan aktiviti temakan ikan dan udang.

Industri temakan udang laut juga telah berkembang dengan pesat di negeri Sabah. Pada masa ini terdapat 56 orang pengusaha yang menjalankan aktiviti temakan dalam kolam yang melibatkan kawasan seluas 2,871 hektar. Pada tahun 1997, aktiviti temakan udang laut telah menghasilkan sebanyak 2,900 tan metrik bernilai RM73 juta. Terdapat sejumlah 24 pusat penetasan benih udang di negeri ini di mana 19 buah pusat terdapat di Tawau dan lima di Kota Kinabalu.

Kerajaan amat menggalakkan industri temakan udang laut memandangkan perusahaan ini amat berdaya maju dan dapat mewujudkan aktiviti ekonomi yang lumayan kepada para pengusaha. Di bawah Rancangan malaysia Ketujuh, Jabatan Perikanan Sabah sedang dan akan terus melaksanakan beberapa program yang secara khususnya menekankan peningkatan teknologi temakan dan galakan pembangunan oleh pihak swasta. Buat masa ini aktiviti penyelidikan perikanan ditumpukan di Pusat Penyelidikan Likas. Keputusan telah dibuat oleh Jabatan Perikanan untuk menempatkan sebuah makmal diagnostik dan kesihatan ikan dan udang di Tawau.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ikan air tawar adalah salah satu komoditi perikanan penting di negara ini. Pengeluaran ikan air tawar daripada aktiviti temakan adalah sebanyak kira-kira 32,000 tan metrik. Pengeluaran ikan air tawar boleh ditingkatkan untuk memenuhi permintaan rakyat tempatan dan mengurangkan jumlah ikan yang diimport setiap tahun. Peningkatan ini dapat dicapai dengan menggalakkan aktiviti temakan ikan air tawar dan memulihara sumber ikan air tawar dalam perairan umum. Kementerian Pertanian Malaysia telah menetapkan di bawah DPN3 sehingga tahun 2010 aktiviti temakan atau akuakultur air tawar diunjurkan dapat menghasilkan kira-kira 200,000 tan metrik. Sasaran ini akan dapat dicapai dengan meningkatkan produktiviti kolam dan sangkar temakan sedia ada, mentemak ikan air tawar dalam sumber perairan sedia ada dan menggalakkan pihak swasta melabur dalam industri akuakultur air tawar secara besar-besaran.

Seperti mana kita sedia maklum, ikan air tawar kurang digemari oleh majoriti penduduk negara ini kerana mereka telah biasa dengan ikan laut. Walaupun begitu, Kementerian Pertanian Malaysia telah dan terus berusaha untuk menggalakkan pengguna di negara ini menerima ikan air tawar sebagai salah satu sumber protin yang penting dalam diet mereka. Antara usaha yang sedang dilaksanakan adalah meningkatkan promosi makan ikan air tawar dan mempelbagaikan bentuk-bentuk produk pasaran daripada ikan air tawar. Antara spesis ikan yang digalakkan untuk ditemak ialah ikan tilapia merah, keli dan patin.

Mengenai isu penswastaan Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LK.IM) seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Senator Tuan Zainal bin Rampak dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail sukacita dimaklumkan .....

Datuk Haji Sairin bin Karno: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta laluan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Sairin.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya dalam perbahasan itu saya telah mengemukakan supaya kerajaan melalui Kementerian Pertanian dapat menyarankan kepada pihak Kementerian Pendidikan agar pembekalan ikan-ikan laut yang sudah menjadi kebiasaan dibekalkan ke sekolah-sekolah asrama penuh atau di asrama-asrama diberi peluang kali ini, ia boleh disesuaikan dengan tempat-tempat di mana kawasan pedalaman terdapat ikan air tawar yang banyak seperti Yang Berhormat telah sebutkan tadi, boleh atau tidak disarankan supaya ianya boleh menjadi pengganti kepada

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 63

ikan-ikan "taut yang sudah menjadi kebiasaan dimakan oleh anak-anak kita di asrama­asrama penuh. Terima kasih.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Sairin, insya-Allah, secara perlahan-lahan kita akan cuba kerana yang menjadi masalahnya ikan air tawar ini lekas busuk, kalau hendak dibandingkan dengan ikan laut. Tetapi walau bagaimanapun, kita akan terus usahakan sebagaimana yang Ahli Yang Berhormat berikan pandangan tadi, satu pandangan yang baik dan ini salah satu cara untuk kita memperbanyakkan penggunaan ikan air tawar terutama di asrama-asrama yang ada di seluruh negara.

Mengenai isu penswastaan LKIM seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Senator Tuan Zainal bin Rampak dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kerajaan sudah pun menangguhkan cadangan penswastaan tersebut dengan tujuan untuk membolehkan satu kajian yang lebih mendalam .....

Datuk Haji Hashim bin Safin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, seorang lagi Senator minta laluan.

Datuk Haji Hashim bin Safin: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sedikit kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai ikan air tawar dan tadi ada kenyataan Yang Berhormat bahawa ikan air tawar ini masih tidak digemari secara menyeluruh oleb masyarakat dan satu kempen perlu dibuat dan saya masih ingat satu ketika dahulu sekitar tabun pertengahan 80-an, FAMA giat berkempen di antara saluran yang efektif untuk kita berkempen ialah saluran kanak-kanak biasakan mereka memakan ataupun mencuba sesuatu termasuklah kempen ikan air tawar di sekolah-sekolah.

Tetapi saya rasa akbir-akhir ini, saya tidak atau kurang nampak FAMA menjalankan kempen di sekolah-sekolah mengenai penggunaan ikan air tawar, apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Hashim bin Safin, memang sehingga kini FAMA meneruskan kempen sebagaimana yang Datuk katakan itu di sekolah-sekolah tetapi oleh kerana kegawatan ini memang slow sedikit, budget telah dikurangkan dan insya­Allah, keadaan ekonomi kita makin baik dan kita akan teruskan lagi kempen pada masa yang akan datang.

Saya sambungkan lagi iaitu satu kajian yang lebih mendalam dibuat dengan mengambil kira masa depan para nelayan di negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Kamo dan Yang Berhormat Tuan Janggu anak Banyang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Kementerian Pertanian Malaysia adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab ke atas pembersihan sungai-sungai. Kerja-kerja yang dijalankan oleh JPS termasuklah kerja membuang sampah dan menebas semak-samun serta pengorekan mendapan sungai.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, sebanyak RM7 juta telah disediakan bagi melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan pembersihan sungai-sungai di Sabah dan Sarawak. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bagi memastikan sungai-sungai di negara ini tidak tercemar. JPS sentiasa berusaha ke arah itu dan sekiranya terdapat pencemaran sungai akibat dari aktiviti pembalakan dan pembuangan sisa toksik maka pihak Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar akan dimaklumkan untuk mengambil tindakan seterusnya.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Long bin Jidin, pentemakan lembu secara integrasi dalam ladang-ladang kelapa sawit dan getab telah dijalankan secara

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

64 DN.18.5.1999

sistematik melalui program yang dipanggil 'Target Area Concentration (TAC)' sejak tahun 1991. Luas kawasan ladang-ladang yang sesuai untulc pentemakan lembu secara integrasi ialah seluas 234,308 hektar. Setakat ini, kawasan TAC yang telah dipelihara dengan ternakan lembu pedaging "ialah sebanyak 45,196 hektar dengan bilangan temakan 71,680 ekor. Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan akan menambah kawasan TAC yang ada sekarang daripada 12 kawasan kepada 15 kawasan sebelum akhir tahun 1999. Kerajaan berusaha mengembangkan lagi perusahaan temakan lembu daging melalui program TAC mengikut perancangan yang telah disusun.

Kajian penanaman pokok sentang di Ladang Padang Hijau, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dimulakan pada penghujung tahun 1996. Tujuan kajian ini adalah untulc memberi teduhan kepada ternakan yang meragut di atas pastura terbuka bagi meningkatkan prestasi pengeluaran makanan. Di samping itu, kajian ini juga memberi kesempatan bagi kerajaan menilai tumbesaran pokok ini dari segi penghasilan balak yang bermutu. Kajian lanjut mengintegrasikan lembu di bawah pokok Acasia di kawasan seluas 1.6 hektar juga telah dijalankan di ladang yang sama. Hasil kajian setakat ini menunjukkan temakan dapat meragut pastura dengan lebih lama jika mendapat kesan teduhan daripada pokok-pokok yang ditanam. Hasil kajian ini akan digunakan sebagai input semasa pelaksanaan projek ini oleh pihak pentemak.

Mengenai permintaan daripada Yang Berhormat Senator Dato' Haji Sairin bin Karno agar kelengkapan dan kemudahan diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Sabah untulc membendung dan mencegah kemunculan penyakit JE, saya ingin menjelaskan bahawa penyakit JE merupakan penyakit endemik atau wujud secara semula jadi di kawasan Asia Timur termasuk Malaysia hingga ke Benua India. Kawalan penyakit JE adalah melalui tindakan semburan kabus bagi mengawal pembiakan nyamuk culex serta pemberian vaksinasi kepada kumpulan yang berisiko tinggi terutamanya yang terlibat dalam ternakan babi dan mereka yang tinggal berhampiran kawasan ternakan babi. Sehubungan dengan ini, Kementerian Kesihatan telah bertindak untulc membekalkan ubatan kimia dan vaksinasi yang berkenaan kepada semua negeri termasuk Sabah bagi mencegah penyakit JE.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkit, menyentuh dan memberi cadangan serta nasihat kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Pertanian Malaysia. Kepada soalan-soalan dan perkara-perkara yang tidak dapat dijawab pada hari ini, insya-Allah, Kementerian Pertanian akan terus memberi perhatian dan akan mengambil tindakan seterusnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjawab.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato' S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untulc mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh terutamanya kepada Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin, Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak, Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman kerana telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semasa perbahasan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin menyarankan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memantau Indeks Harga Pengguna dengan lebih terancang dan sistematik. Saya percaya apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin ialah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untulc mengawal kenaikan Indeks Harga Pengguna atau kadar inflasi hendaklah terancang dan sistematik. Jika demikian,

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 65

suka saya· maklumkan bahawa Kementerian Perclagangan Dalam Negeri clan Hal Ehwal Pengguna mengawal secara pentadbiran harga 11 barang-barang keperluan asas clan strategik seperti gula, tepung gamdum, simen dan petrol untuk memastikan harga barang­barang tersebut berada pacla paras yang berpatutan bagi melindungi kepentingan pengguna dan menentukan bekalan mencukupi dengan mengambil kira kepentingan pengeluar. Kenaikan harga barang-barang ini amnya memerlukan kelulusan Jemaah Menteri. Kawalan harga barang-barang asas clan strategik ini clapat mengurangkan kesan kenaikan harga barang-barang ini serta barang-barang lain yang menggunakan barang-barang tersebut sebagai bahan.

Kementerian Perclagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna membuat pemantauan mingguan ke atas harga 233 barang-barang keperluan harian pengguna di setiap ibu negeri untuk dilaporkan kepacla jemaah menteri. Harga-harga ini diawasi agar kenaikan harga yang mendadak, jika berlaku, dapat disiasat sebab-sebabnya dan diambil tindakan penyelesaian di mana boleh. Bagi menentukan bekalan dan harga 21 jenis barang-barang kawalan sepanjang masa clan 25 jenis barang-barang pacla musim perayaan mencukupi dan stabil kepada paras yang berpatutan. Pegawai-pegawai penguatkuasa kementerian telah meningkatkan pengawasan melalui pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan clan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga-peniaga yang melakukan apa jua bentuk penyelewengan seperti aktiviti penyorokan dan menaikkan harga barang-barang dengan sewenang-wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga berusaha mengawal kenaikan kadar inflasi dengan menjalankan program dan aktiviti pendidikan pengguna. Program dan aktiviti ini dilaksanakan sendiri oleh kementerian dan juga dengan kerjasama Majlis-majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah, persatuan-persatuan pengguna, institusi-institusi pengajian tinggi dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) yang lain.

Sehubungan dengan ini, Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin menyarankan Majlis-majlis Hal Pengguna dan persatuan-persatuan pengguna negeri di seluruh negara supaya bergerak dengan lebih aktif untuk menentukan kadar inflasi di negara ini tidak menjangkau kepacla angka yang membimbangkan serta merunsingkan rakyat.

Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin menyuarakan pandangan bahawa ada Majlis Hal Ehwal Pengguna yang dipengerusikan oleh Ahli-ahli Exco Negeri tidak bermesyuarat kerana ahli-ahli terlalu sibuk dengan tugas-tugas lain hingga menyebabkan peranan MHEP tidak aktif dan gerakan penggunaan seolah-olah tidak berfungsi. Dalam hal ini suka saya menyatakan bahawa sehingga kini kementerian memang sentiasa mengawasi semua kemajuan aktiviti yang dirancang clan dijalankan oleh MHEP dan PPN. Malah semua program dan aktiviti MHEP dilaporkan di dalam Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK) yang bermesyuarat dua kali setahun.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, program dan aktiviti pendidikan pengguna yang dijalankan oleh MHEP dan PPN termasuklah menganjurkan ceramah, seminar, forum, bengkel dan pameran. Pendidikan yang disampaikan meliputi perlunya pengguna mengawal tabiat belanja berhemah, membeli barangan · buatan Malaysia, membeli barangan altematif yang harganya berpatutan, bijak merancang perbelanjaan harian dan sebagainya. Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh MHEP dan PPN telah dapat meningkatkan kesedaran pengguna mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna dan menggunakan MHEP serta PPN sebagai saluran-saluran jika mereka menghadapi masalah kepenggunaan. Peranan yang dirnainkan oleh MHEP telah banyak membantu kerajaan dalam menyampaikan mesej kepacla rakyat termasuk semasa menghadapi kegawatan ekonomi. Waiau bagaimanapun, kementerian ini bersetuju dengan

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

66 DN.18.5.1999

pandangan Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah bahawa masih banyak lagi ruang aktiviti MHEP dan PPN yang boleh dipertingkatkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat min~ laluan.

Datuk Haji Hashim bin Satin: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua mengenai Majlis Hal Ehwal Pengguna. Saya satu ketika merasai majlis ini amat aktif tetapi akhir­akhir ini difahamkan kurang aktif kerana masalah peruntukan. Apakah benar kerana masalah peruntukan yang terhad ataupun kerana sebab-sebab lain?

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap Majlis Hal Ehwal Pengguna telah pun diberi peruntukan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengikuti projek-projek yang akan dijalankan. Jadi sehingga sekarang tiada masalah mengenai peruntukan tetapi mereka perlu mengadakan aktiviti dan peruntukan hanya akan diberi atas cadangan aktiviti yang akan dijalankan. Kementerian ini akan berusaha sedaya upaya untuk memberi birnbingan, galakan dan bantuan dalam meningkatkan aktiviti-aktiviti MHEP-MHEP dan PPM.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu barangan tiruan yang dibangkitkan terutama ubat-ubatan kementerian ini dan Kementerian Kesihatan sentiasa bersedia menerima apa-apa laporan sedemikian daripada mana-mana pihak agar tindakan tegas dapat diambil ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Di samping itu melalui program-program dan aktiviti-aktiviti pendidikan yang dijalankan oleh kementerian sendiri . atau dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Pengguna dan PPM, institusi-institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Makluman dan ingatan agar berwaspada terhadap barang-barang tiruan terutama ubat-ubatan tiruan sering juga ditekankan dan ini termasuklah mempamerkan barang-barang tiruan yang telah dikesan di beberapa program dan aktiviti tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak membangkitkan kemungkinan wujudnya sindiket yang digaji oleh para peniaga yang akan segera memaklumkan kepada para peniaga agar menukarkan tanda harga dengan harga yang lebih munasbah atau bersesuaian apabila pegawai-pegawai penguat kuasa kementerian datang membuat pemeriksaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini kementerian sentiasa mengalu-alukan maklumat atau aduan sebegini agar tindakan bersesuaian dapat diambil. Kementerian secara berterusan bersungguh-sungguh berusaha menyemaikan tanggungjawab sosial di kalangan peniaga. Walau bagairnanapun kejayaannya memerlukan kerjasama semua pihak. Kementerian ini bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tuan Zainal bin Rampak bahawa kalau kita dapat menyedarkan dan mencelikkan pengguna tentang kuasa yang ada pada tanan mereka, pengawalan harga barang akan dapat dilaksanakan oleh semua pihal\ dengan lebih berkesan. Kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab ini memang diliputi dan menjadi objektif utama program dan aktiviti pendidikan pengguna yang dijalankan oleh pelbagai pihak.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tersebut pegawai penguat kuasa satu ketika dahulu, kalau tidak silap ingatan saya semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor menjadi menteri di kementerian ini di mana antara masalah yang dihadapi ialah pegawai penguat kuasa yang tidak mencukupi, kemudian dalam masa yang sama daerah Keningau sebuah daerah di bahagian pendalaman yang telah lama dijanjikan dengan penempatan seorang atau dua orang pegawai penguat kuasa seingatan saya sudah empat tahun daripada sekarang pun belum ada seorang pun pegawai penguat kuasa yang ditempatkan di situ, apakah kerana masalah pegawai penguatkuasa sehingga hari ini tidak cukup atau barangkali dengan izin, a matter of time.

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab dengan tepat mengenai janji saya tidak dapat menjawab apakah kedudukannya. Tetapi pada keseluruhannya kita telah bercadang untuk menambah jumlah pegawai penguat kuasa yang

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 67

sedia arui dan juga membuka cawangan-cawanan baru untuk mempertingkatkan penguatkuasaan. Dengan pegawai-pegawai penguat kuasa yang sedia ada ini di kementerian kita puas hati bahawa penguatkuasaan berjalan dengan baik.

Saya sebagai untuk memberi satu gambarim bagi tempoh 1 Januari tahun ini hingga 15 Mei itu sebanyak 2,340 tempat pemiagaan telah diambil tindakan kes dan barang-barang dirampas dan nilai barangan yang dirampas adalah RM3.9 juta. Kes-kes yang telah dikenakan kompaun dan diselesai adalah sebanyak 1,948 dan kes selesai dan nilai denda adalah sebanyak 71. Ini sebagai gambaran dan walau bagaimanapun kita akan menambahkan cawangan-cawangan penguat kuasa. Kita baru-baru ini telah menyerapkan pegawai penguat kuasa daripada Bernas dan ini telah menambah pegawai-pegawai maka pandangan Ahli Yang Berhormat mengenai tambahan di tempat yang disebutkan akan diambil perhatian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Karno dulu.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Ya, saya ingin mengucapkan tahniah dan sememangnya kita berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cuma maksud kita kalau ada pegawai-pegawai penguat kuasa ditempatkan di daerah itu tidak akan berlaku penyelewengan harga. Bila ada pegawai penguat kuasa datang ke situ baru kelam kabut simpan bubuh harga-harga yang sebenarnya tidak relevan dengan keadaan barang itu. Apa yang kita minta di situ kalaupun untuk sementara waktu sebab saya difahamkan dia dua minggu sekali daripada Kota Kinabalu turun ke Keningau. Kalau boleh untuk sementara setiap minggu supaya pengguna-pengguna ini tidak terus menjadi mangsa. Terim kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajah Mastika.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di­Pertua, saya tadi tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat mengenai bilangan pegawai sama ada mencukupi atau tidak mencukpi dan saya juga ingin membangkitkan satu isu yang ini cuma sebahagian daripada isu kepenggunaan kerana isu kepenggunaan ini adalah isu yang luas. Mengenai makanan ataupun penyediaan bekalan makanan kepada rakyat bukan sahaja murah tetapi berkualiti. Dalam soal ini saya melihatkan bahawa di negara kita, kita kurang memberi perhatian kepada keluaran sayur­sayuran rnisalnya sama ada sayur-sayuran itu beracun ataupun tidak sebab penggunaan racun ini dalam sayur-sayuran dia ada masa yang ditentukan seminggu sebelum harvest kalau saya tak silap kita tidak boleh menggunakan racun tetapi di negara kita penggunaan racun ini tidak siapa yang membuat enforcement. Kita tidak tahu sayur-sayuran yang ada di market itu bila tarikh akhir penggunaan racun.

Begitu juga dengan ubat-ubatan di mana ada setengah ubat yang ada dalam negara kita walaupun mungkin telah dapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan atau mungkin tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan mempunyai kandungan bahan kimia yang merbahaya dan juga ada pemah kita bincang di sini ikan yang diletakkan chemical formaldehyde, maknanya letak pada mayat supaya tidak reput letakkan kepada ikan tetapi isu ini tidak ada siapa yang memberi perhatian. Saya rasa dalam kementerian ini juga harus memberi perhatian bukan sahaja mendapat harga makanan keperluan harian yang rendah tetapi kualiti makanan yang berkualiti untuk rakyat baru kita dapat melahirkan rakyat yang sihat dan menunjukkan bahawa kehidupan rakyat negara kita, pentadbiran negara kita itu menunjukkan satu tahap yang tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, mengenai mengadakan pegawai penguatkuasa supaya mengelakkan penyelewengan oleh peniaga dan juga memberi satu keadaan di mana peniaga tidak melakukan kesalahan-kesalahan. Saya bersetuju dengan

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

68 DN.18.5.1999

pandangan itu daD. oleh kerana itu kita ada beratusan pegawai penguatkuasa dan kita akan bercadang menambahkan pegawai penguat kuasa pada masa akan datang.

Mengenai soalan Ahli Yang Berhormat Puan Mastika Junaidah, saya fikir Yang Berhormat terlewat sedikit kerana bekalan makanan yang patut ditambah adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian yang baru menjawab. Mengenai racun yang digunakan dalam bahan-bahan sayuran dan juga bahan-bahan makanan itu, kita ada badan di bawah Kementerian Pertanian, Pesticide Board, yang menjalankan kajian mengenai peratusan racun yang boleh dibenarkan dan sebagainya. Jadi, sebenarnya perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, saya memang faham bahawa di bawah kementerian ada satu jawatankuasa menentukan penggunaan, menasihatkan penggunaan tetapi ada juga kita dapati, malah ramai yang tidak mengikut nasihat kerana dia lebih mementingkan kepada pulangan kepada pelaburan yang dibuat untuk tanaman sayur-sayuran. Satu ketika negara kita pemah dikecam oleh Singapura kerana kita menggunakan racun yang berlebihan sehingga keluaran pertanian kita ditolak oleh negara Singapura, satu ketika. Ini isu yang besar, waktu itu saya ada di luar negeri dan ini pun diperhatikan oleh pihak luar intitute, dengan izin, dalam kita melihat isu-isu ini.

Saya ingin tanya kepada Dato' jika sekiranya sayur-sayuran dan makanan yang ada di pasaran, yang tercemar dan tidak mengikuti peraturan ini, adakah ia masih lagi di bawah Kementerian Pertanian ataupun di bawah kementerian Dato', misalnya daripada Thailand kita masukkan longan yang selalu menimbulkan masalah kesihatan, terima kasih.

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Kementerian Kesihatan mengenai kualiti. Pada awalnya saya cuma memberi penjelasan mengenai barang-barang yang ditolak oleh negara jiran dan sebagainya. Ini memanglah, negara-negara yang fikir mereka telah membangun, kalau mereka punya taraf, taraf yang ditetapkan paling tinggi, umpamanya pisang daripada negara kita, yang hari-hari kita makan tidak ada masalah, tetapi kalau kita eksport ke negara Jepun, ditolak, pasal ia fikir tidak boleh diterima dari segi pandangan.

Jadi, ini memang berlaku, begitu juga dengan sayur-sayuran yang kita telah keluarkan tetapi pada pengetahuan saya, Kementerian Pertanian menjalankan ujian sebelum barang-barang kita di eksport dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu kenaikan harga ayam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak, suka saya nyatakan bahawa satu daripada faktor kenaikan ialah kenaikan kos temakan kerana harga makanan temakan ayam terutamanya jagung telah meningkat. Jagung, hampir keseluruhannya diimport dari Amerika Syarikat.

Apabila negara mengalami penguncupan, nilai Ringgit mulai bulan Julai 1997, kos import makanan ayam telah turut meningkat dan kerajaan tidak dapat menolak permohonan pihak industri untuk menaikkan harga runcit ayam di pasaran. Langkah menghasilkan jagung tempatan sebagai usaha bagi mengekal harga ayam sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Zainal Rampak sememangnya telah dikaji dan sedang dalam perancangan dan tindakan Kementerian Pertanian.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi laluan kepada saya. Tadi saya dengar Yang Berhormat ada menyebut berkenaan dengan sebahagian besar daripada jagung yang menjadi bahan makanan untuk temakan ayam ini dinnport. Saya rasa agak kecewa kerana negara kita mempunyai keluasan tanah yang mencukupi dan ramai rakyat menanam jagung. Bagaimanakah jagung ini tidak boleh ditanam di tempat kita dan sekali

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 69

gus mengiirangkan pengaliran wang keluar dan boleh menambahkan pendapatan rakyat di luar bandar?

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya jawab tadi, kalau Ahli Yang Berhormat tanya ini, terpaksalah dijawab tetapi Kementerian Pertanian yang sepatutnya jawab mengenai bahan-bahan .ini. Waiau bagaimanapun, saya baru jawab perkara ini dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bahawa perkara ini sedang dalam perancangan dan tindakan Kementerian Pertanian. Bukan sahaja jagung, banyak barang-barang makanan masih diimport dan perlu dikaji dan dipertingkatkan pengeluaran dalaman. Ini saya bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai harga ayam saya sudah jawab. Kenaikan harga ayam yang berlaku pada akhir-akhir ini bukanlah disebabkan oleh faktor import makanan ayam, ianya disebabkan oleh permintaan ayam yang telah bertambah lebih daripada 30% akibat wabak JE. Wabak ini telah mengubah permintaan daripada khinzir daripada daging ayam. Keadaan ini menyebabkan permintaan melebihi penawaran.

Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah membenarkan pengimportan sebanyak 1.97 juta ekor anak ayam dari Thailand. Kerajaan juga telah membenarkan pengimportan sebanyak 68,000 ekor ayam hidup daripada negara China. Melalui langkah­langkah tersebut, isu kenaikan harga ayam telah dapat diatasi mulai akhir bulan April atau awal bulan ini.

Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz Abu! Rahman pula telah mencadangkan supaya ditingkatkan corporate governance untuk menarik keyakinan pelabur-pelabur melalui Akta Syarikat, Akta Perindustrian Sekuriti, Suruhanjaya Sekuriti dan peraturan­peraturan penyenaraian di BSKL; mendenda syarikat-syarikat yang gaga! mengemukakan laporan tahunan bagi setiap enam bulan; menyenaraihitam dan menyiarkan di akhbar Lembaga Pengarah yang gaga! mengemukakan laporan tahunan setiap enam bulan serta menetapkan supaya Jawatankuasa Audit syarikat mestilah dianggotai oleh sekurang­kurangnya seorang akauntan bertauliah.

Berhubung dengan soalan ini, pengurusan yang baik, telus dan berpandukan kepada tahap pengendalian korporat atau corporate governance yang tinggi sememangnya menjadi unsur yang penting dalam menambah dan memelihara kepercayaan pelabur­pelabur sama ada tempatan atau asing di dalam sektor korporat negara kita, justeru mewujudkan suasana pelaburan yang sihat.

Dalam hubungan ini, beberapa usaha telah pun diambil oleh kerajaan dan swasta untuk mempertingkatkan lagi tahap pengendalian korporat di negara kita. Kementerian ini akan mengkaji peruntukan di dalam Akta Syarikat 1965 dan mencadangkan beberapa pindaan yang wajar untuk tujuan menambahkan tanggungjawab pengarah-pengarah dan eksekutif-eksekutif kanan sesebuah syarikat dalam menguruskan syarikat untuk kepentingan ahli-ahlinya dan syarikat pada keseluruhannya. Di samping itu pindaan­pindaan yang memastikan ketelusan dan transaksi-transaksi yang melibatkan pengarah­pengarah dan eksekutif kanan syarikat akan juga diperketatkan.

Di samping itu, Pejabat Pendaftar Syarikat kementerian ini akan menguatkuasakan kehendak-kehendak Akta Syarikat dengan lebih ketat untuk memastikan semua syarikat mematuhi kehendak akta berhubung dengan akaun dan laporan tahunan dipatuhi oleh semua. Cadangan mengenai kehendak mengadakan sekurang-kurangnya seorang akauntan bertauliah dalam jawatankuasa audit sebuah syarikat akan dikaji dan dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh dan memberi

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

70 DN.18.5.1999

panclangan serta · cadangan ke atas perkara-perkara di bawah biclang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri clan Hal Ehwal Pengguna. Bagi perkara-perkara yang secara tidak sengaja tidak diberikan jawapan yang sewajarnya di Dewan yang mulai ini, sukacita saya maklumkan bahawa ·perkara-perkara yang berkaitan itu akan diambil perhatian oleh kementerian ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Pendidikan menjawab.

4.59 ptg.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Dr. Fong than Onn]: Tuan Yang di­Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh clan telah membangkitkan pelbagai perkara.

Pembangunan Premis Pendidikan -

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Haji Sairin bin Karno telah membangkitkan isu kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan sekolah. Untuk makluman, bagi syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak tetapi tidak dapat menyiapkan pembinaan sekolah seperti yang ditetapkan akan diberi amaran, didenda 1 % daripada harga kontrak atau ditamatkan kontrak. Syarikat-syarikat itu akan disenaraihitamkan.

Berhubung kualiti bahan binaan yang digunakan untuk pembinaan rumah guru clan sekolah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Janggu anak Banyang, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya sentiasa memastikan kualiti bahan binaan yang digunakan memenuhi spesifikasi seperti yang ditetapkan oleh pihak SIRIM.

Yang Berhormat Puan Jamilah binti Haji Ibrahim telah mencaclangkan supaya sekolah agama didirikan di setiap daerah. Pada masa ini terdapat 55 buah sekolah menengah agama kerajaan di seluruh negara dan Kementerian Pendidikan telah merancang untuk membina bilangan sekolah menengah kebangsaan agama di seluruh negara mengikut keperluan bagi memenuhi permintaan pelajar clan ibu bapa. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, sebanyak 14 buah sekolah baru akan dibina clan akan disediakan tempat bagi 9,000 orang pelajar.

Kemudahan Prasarana Pendidikan di Luar Bandar -

Yang Berhormat Datuk Christina Vanhouten dan Yang Berhormat Tuan Janggu Anak Banyang telah membangkitkan isu pembinaan clan penyelenggaraan sekolah clan rumah guru khususnya di negeri Sabah clan Sarawak. Setiap tahun Kementerian Pendidikan telah memberi peruntukan untuk membaiki sekolah-sekolah yang uzur mengikut keutamaan clan kemampuan kerajaan. Selain daripada itu dalam setiap Rancangan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah mendapat kelulusan bagi membina bangunan tambahan ataupun menggantikan bangunan yang sedia ada di sekolah-sekolah yang uzur dan usang di seluruh negara. Adalah dijangkakan 450 buah sekolah clan rumah guru di seluruh negeri Sarawak akan diperbaiki menjelang akhir tahun ini.

Yang Berhormat Dato' V.K.K. Teagarajan dan Yang Berhormat Puan Jaya Partiban clan Yang Berhormat Tuan N. Marimuthu telah menyarankan agar Kementerian Pendidikan mengambil alih sekolah-sekolah Tamil di kawasan ladang supaya dapat disalurkan kemudahan prasarana seperti sekolah-sekolah lain. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil alih sebuah sekolah bantuan memandangkan status tapak sekolah dan bangunan tersebut adalah milik persendirian, persatuan atau laclang clan bukannya milik kerajaan. Sekiranya pihak pemilik tanah secara sukarela menyerahkan tapak sekolah tersebut kepada kerajaan maka bantuan penuh seperti yang diberikan kepada sekolah-sekolah kerajaan boleh disalurkan.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 71

Yang Berhormat Datuk Haji Sairin bin Kamo telah membangkitkan isu bekalan ikan di asrama-asrama sekolah di kawasan pedalaman Sabah. Kementerian Pendidikan memang telah menyediakan senarai menu sebagai bantuan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan asrama bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bermutu tinggi.

Pendidikan Tinggi -

Kementerian Pendidikan menyambut baik saranan Yang Berhormat Dato' Dr. Yeow Seng Huat supaya peruntukan bagi penyelidikan ditambah. Perkara ini memang diberi keutamaan dan pada masa ini segala peruntukan penyelidikan dibiayai oleh program Intensification of Research Priority Areas (IRPA).

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada yang minta laluan.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya bangkitkan ialah mengenai menu. Menu yang telah sedia ada memang cUkup bagus dan saya rasa tidak ada apa-apa yang perlu diubahsuai. Cuma apa yang kita hendak cadangkan, kalau di kawasan pedalaman yang jauhnya daripada laut atau daripada Kota Kinabalu 500 kilometer dan bila kita angkat ikan dari laut terpaksa melalui perjalanan yang kadang-kadang berhari-hari memakan masa selama dua hari sehingga ikan itu tidak boleh digunakan. Apakah Kementerian Pendidikan membolehkan agar ikan air tawar ini dibekalkan kepada asrama-asrama ini sebagai gantian ataupun pilihan bagi menggantikan ikan laut. ltu yang saya maksudkan.

Datuk Dr. Fong Chan Ono: Ya, terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan akan mengambil kira cadangan Ahli Yang Berhormat itu.

Intensification of Research Priority Areas, dengan izin, dan diselaraskan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Hasil penyelidikan tersebut dimanfaatkan oleh semua pihak dan yang berkepentingan termasuk universiti.

Mengenai penswastaan lnstitutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pemah bercadang untuk menswastakan IPTA sebaliknya apa yang dilaksanakan ialah pengkorporatan IPTA bagi membolehkan pihak universiti menjana pendapatan yang bersesuaian dengan urusan dan hala tuju akademiknya. Sehingga kini pihak keriljaan masih lagi memberi pembiayaan sehingga 90% kos pengendalian sesebuah universiti. ·

Berhubung isu kajian kualiti pengajian di IPTA yang dijalankan oleh Asiaweek yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tuan Zainal Rampak, Kementerian Pendidikan mendapati data kajian oleh majalah tersebut mengenai kedudukan universiti-universiti di Asia tidak menyeluruh. Kajian tersebut tidak menilai kualiti pensyarah, kualiti program, proses pengajian dan pembelajaran yang sediakan oleh pihak universiti. Sekiranya ia lebih menjurus kepada faktor kewangan bilangan kajian yang diterbitkan, tangga gaji pensyarah dan akses kepada kemudahan Internet. Sehubungan itu dia tidak mencerminkan kualiti program yang ditawarkan di universiti.

Pembiayaan Dan Pinjaman Pendidikan -

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat PuanJamilah binti Ibrahim menyarankan supaya pinjaman pendidikan diberikan kepada pelajar sebelum mereka mendaftar masuk ke universiti pendidikan tinggi amatlah dialu-alukan.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: [Pembesar suara tidak berapa jelas] Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan universiti-universiti, hierarchy universiti di Asia seperti yang dibuat oleh Asiaweek. Jadi saya hendak tahu, saya perhatikan berasaskan kepada kajian itu dari

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

72 DN.18.5.1999

segi mata kasar kebanyakan institut-institut teknologi di India dan di Taiwan memang top. Jadi adakah pihak kerajaan, kalau sekiranya kita ingin untuk hendak meningkatkan lagi atau mencanggihkan lagi pengajian teknologi negara kita ini, adakah kita berhajat untuk membuatkan satu smart partnership juga ataupun twin programme dengan institusi­institusi yang saya sebutkan tadi. Pasal saya tengok yang kelima, keenam, belakang itu semuanya daripada India dan ini terbukti Tuan Yang di-Pertua, di mana kita dapati di Amerika pun ambil mereka yang berkelulusan daripada India. Hari itu saya sebutkan Dato' Seri S. Samy Vellu patut mengusahakan daripada India tetapi sekarang ini Kementerian Pendidikan saya hendak tahu apakah pandangan dan bolehkah kita buat sedemikian rupa?

Datuk Dr. Fong Chan Ono: Tuan Yang di-Pertua, itu adalah satu cadangan yang amat bijak, Kementerian Pendidikan akan mencadangkan bahawa mereka bekerjasama dengan lebih dekat dengan pihak swasta dan institusi-institusi luar negara yang mempunyai pengkhususan teknologi supaya melalui jalan itu kita boleh dengan senangnya menaikkan imej kita dengan lebih cepat.

Tuan Yang di-Pertua, saya sedar pelajar-pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan menghadapi kesukaran apabila pinjaman pendidikan atau biasiswa lewat disampaikan. Pada masa ini pihak MARA telah memperkenalkan skim pendahuluan pinjaman belajar bagi kemasukan pelajar baru sesi Mei dan Jun. Melalui skim ini pelajar­pelajar yang layak boleb memohon pinjaman sebanyak RMl,000 untuk digunakan sebagai persediaan ke IPTA, Institusi Kemahiran Tinggi MARA atau kolej swasta yang diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi telah meminta Kementerian Pendidikan mengkaji pelaksanaan pinjaman Tabung Pendidikan Negara bagi pelajar-pelajar di peringkat sijil dan diploma. Sukacitanya saya memaklumkan mulai tahun ini kerajaan melalui pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara telah menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar di peringkat diploma. Semenjak ditubuhkan, tabung tersebut telah memberi pinjaman pendidikan kepada 31,108 orang pelajar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM626.6 juta.

Untuk makluman Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim, jumlah peruntukan bagi biasiswa Kementerian Pendidikan untuk ijazah lanjutan pada tahun 1998 ialah sebanyak RM19 juta dan bagi tahun 1999 dianggarkan sebanyak RMlO juta. Pada tahun 1998, jumlah besar yang ditawarkan melanjutkan pelajaran di bawah Kementerian Pendidikan ke peringkat ijazah lanjutan ialah seramai 265 orang dan pada tahun 1999 dianggarkan seramai 286 orang.

Latiban Perguruan -

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Tan Ek Huat, penutupan maktab perguruan adalah berdasarkan perancangan jangka panjang Kementerian Pendidikan untuk menyediakan latihan perguruan yang berkualiti untuk bakal guru. Maktab perguruan yang ditutup merupakan maktab-maktab yang kecil dan tidak lagi dapat menyediakan kelengkapan latihan yang terkini. Namun begitu, penutupan maktab-maktab itu tidak akan menjejaskan pengeluaran guru kerana maktab perguruan yang sedia ada akan ditingkatkan kapasiti sehingga 600 orang pelatih.

Mengenai latihan guru bagi mata pelajaran Kadazandusun di Maktab Perguruan Gaya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Christine Vanhouten, pada masa ini keperluan guru bagi mata pelajaran ini di Sabah adalah mencukupi. Jabatan Pendidikan Sabah dengan kerjasama Pusat Perkembangan Kurikulum dari semasa ke semasa menganjurkan kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi mendedahkan guru kepada sukatan pelajaran serta meningkatkan pengetahuan dan kualiti pengajaran di kalangan guru-guru mata pelajaran ini.

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 73

Pendemokratikan Pendidikan -

Kerajaan menyambut baik caclangan Yang Berhormat Puan Rajah Jamilah binti Ibrahim agar Dasar Pendidikan Seumur Ridup dan Pendidikan Untuk Semua diteruskan termasuk kepada warga tua. Saranan ini adalah bersesuaian dengan Dasar Pendemokratikan Pendidikan yang telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang paling tinggi adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Antara program yang telah dilaksanakan ialah mewujudkan Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Francais clan kemasukan ke institusi pengajian tinggi melalui saluran kedua yang terbuka bagi mereka yang telah bekerja.

Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim mencaclangkan untuk menghapuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan clan menyelaraskan sistem persekolahan untuk semua kaum. Saya ingin menjelaskan bahawa sekolah jenis kebangsaan dikekalkan berdasarkan persefahaman antara kaum yang wujud semenjak kemerdekaan negara. Walaupun SJK(C) clan SJK(T) menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, sekolah-sekolah itu wajib menggunakan kurikulum kebangsaan clan Bahasa Kebangsaan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

lsu Kurikulum Persekolahan -

laluan.

Saranan Yang Berhormat Puan Rajah Jamilah binti Ibrahim ....... .

Puan Kamilia binti Ibrahim: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang minta

Datuk Dr. Fong Chan Ono: Tidak cukup masa, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sekejap, sekejap.

Datuk Dr. Fong Chan Ono: Okay.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya berterima kasih kepada jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi saya masih lagi hendak bertanya. Adakah pihak kementerian boleh memikirkan mengenai penghapusan sekolah-sekolah mengikut kaum, memandangkan kita akan berhadapan dengan globalisasi dan juga liberalisasi yang dalam millennium akan datang tentunya pasti akan kita lalui.

Jadi, tidakkah kementerian mahu sedikit pun memikirkan tentang apa yang perlu dilihat dalam masa beberapa tahun akan datang? Terima kasih.

Datuk Dr. Fong Chan Ono: Tuan Yang di-Pertua, isu itu merupakan satu persefahaman yang digubal sebelum kita merdeka, jadi di sini saya rasa tidak payahlah kita bincangkan isu itu.

Saranan Yang Berhormat Puan Rajah Jamilah binti Ibrahim ....... .

Puan Hajah Jamilah binti Ibrahim: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi Yang Berhormat berdiri di hadapan ini.

Datuk Dr. Fong Chan Ono: ..... agar mata pelajaran Reka Cipta telah menekankan aspek amali sebenamya telah dilaksanakan. Mata pelajaran Reka Cipta merangkumi hanya 20% teori clan sebaliknya praktikal. Penilaian mata pelajaran ini adalah berasaskan projek yang dihasilkan oleh pelajar iaitu satu projek inovatif diikuti dengan dokumentasi.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

74 DN.18.5.1999

Yang 13erhormat Puan Kamilia binti Ibrahim telah mencaclangkan untuk memansuhkan 'universal value', dengan izin, dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. Sebenarnya, nilai-nilai universal telah dimasukkan dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Caclangan Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim agar diwujudkan mata pelajaran 'hygiene' di sekolah-sekolah, sebenarnya telah pun dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani clan Kesihatan. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bukan sahaja melibatkan aktiviti di paclang tetapi juga pembelajaran clan pengajaran mengenai kesihatan yang diajar di dalam kelas iaitu melibatkan dua waktu seminggu.

Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin telah mencadangkan mata pelajaran Pendidikan clan Unclang-unclang Kekeluargaan diajar di sekolah-sekolah. Untuk makluman, mata pelajaran Pendidikan clan Unclang-unclang Kekeluargaan telah pun diajar di sekolah termasuk di peringkat rendah clan menengah di dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Jasmani clan Kesihatan, Sejarah, Ekonomi Asas clan Geografi.

Caclangan Dato' V.K.K. Teagarajan untuk menerapkan nilai-nilai murni terhadap kesedaran keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral di sekolah rendah clan menengah sebenarnya telah dilaksanakan terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani clan Kesihatan. Berhubung dengan pengajaran agama lain di sekolah-sekolah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato' V.K.K. Teagarajan, mengikut Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran agama lain boleh diadakan di sekolah­sekolah bantuan kerajaan tetapi tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja yang dapat saya jelaskan mengenai perkara-perkara yang menyentuh Kementerian Pendidikan yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Perkara yang tidak sempat saya jelaskan, Kementerian Pendidikan akan mengambil perhatian. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Penerangan. Ada 10 minit, tidak apa boleh sambung esok pula, ya. Kalau tidak habis hari ini boleh sambung esok.

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Ya, TuanYang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Cepat, 10 minit.

5.19 ptg.

Timbalan Menteri Penerangan [Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed]: Kurang daripada itu, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin telah membangkitkan beberapa isu. Mengenai permintaan Yang Berhormat supaya pegawai penerangan luar menjalankan peranan untuk menjelaskan kepada masyarakat terutamanya di luar bandar tentang maklumat yang tepat mengenai kerajaan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai ini memang pun menjalankan peranan ini melalui beberapa aktiviti komunikasi bersemuka seperti melalui ceramah sivik.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 75

Mengenai maklumat yang disampaikan di antaranya ialah basil dari input jabatan­jabatan kerajaan dan juga dari pemantauan maklumat melalui Internet oleh Cawpgan Gerak Saraf jabatan itu.

Mengenai penubuhan unit khas yang terlibat secara langsung dengan komputer di Kementerian Penerangan untuk memperjelaskan maklumat negatif yang tersebar dalam Internet yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat juga, sukacita saya memaklumkan bahawa Kementerian Penerangan telah pun menubuhkan pasukan khas iaitu dengan izin, Internet Response Group untuk memantau penyebaran maklumat melalui Internet bagi mereka yang berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian Penerangan dan seterusnya tindakan-tindakan susulan diambil untuk menjelaskan kesahihan maklumat-maklumat negatif melalui pelbagai aktiviti komunikasi bersemuka dan rancangan-rancangan media elektronik ....

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Tuan Yang di-Pertua, ...

Tuan Yang di-Pertua: Ada laluan nampaknya.

Tuan Haji Abu Dakar bin Haji Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat ada menyentuh berkenaan dengan peranan pegawai-pegawai penerangan luar dan peranan kementerian itu sendiri. Saya rasa belum puas hati dengan penjelasan itu sebab saya hendak dapat maklumat sama ada kementerian sedar, pegawai-pegawai penerangan luar di negeri-negeri ini juga terlibat di dalam politik. Mereka menggunakan kedudukan di dalam Jabatan Penerangan untuk meneruskan agenda politik mereka bukan hendak memberi penjelasan kepada rakyat, ini masalahnya. '

Yang keduanya sama ada pihak kementerian sendiri bercadang hendak balik semula kepada zaman dahulu di mana Jabatan Penerangan ini mengambil fungsi untuk memberi maklumat, adakan tayangan lepas itu pergi ke kampung-kampung, kalau berlaku, ada penyakit dan sebagainya, mereka memberi maklumat kepada orang ramai. Ini lebih berkesan lagi daripada sekarang ini. Kalau kita hantar pamphlet, buku, kadang-kadang bukan orang hendak baca. Tetapi kalau kita pergi hebah macam orang maklum kata ada sale dan sebagainya orang dengar, orang buat kerja dia boleh dengar, ini lebih berkesan.

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Kementerian sedar seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat bahawa memang terdapat sebahagian pegawai penerangan khas yang mempunyai agenda mereka tersendiri di dalam politik. Untuk makluman Yang Berhormat · kita telah pun mengambil beberapa tindakan, antaranya memberhentikan mereka apabila tamat tempoh kontraknya dengan kerajaan bagi mereka yang telah menyimpang daripada tugas yang asal. Dalam pada itu kita memantau semua gerak geri pegawai penerangan khas agar mereka harus berfungsi sebagaimana sepatutnya menyampaikan maklumat sebagai penyambung lidah kerajaan kepada rakyat.

Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin membangkitkan soal keberkesanan peranan kementerian ini di dalam menyampaikan maklumat yang terlibat dari segi politik dan pembangunan, saya sudahjawab.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai penyampai maklumat rasmi kerajaan Kementerian Penerangan sentiasa berusaha memperbaiki kaedah penyampaian maklumat melalui media elektronik, komunikasi bersemuka dan 'Bemama' supaya ianya sampai kepada kumpulan sasaran. Pada pandangan Kementerian Penerangan, diukur dari segi keamanan dan kestabilan politik negara yang membolehkan pembangunan selama ini dengan sendirinya membuktikan bahawa Kementerian Penerangan telah berjaya dalam usaha menyampaikan maklumat secara gerak saraf dan tanpa disedari menyerapkan kefahaman mengenainya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Haji Hashim bin Safm meminta supaya pegawai penerangan memberi maklumat yang tepat mengenai penyakit JE di

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

76 DN.18.5.1999

kawasan-kawasaii luar bandar khususnya kepada orang-orang Islam. Untuk makluman Dewilll yang mulia ini tindakan ini mema:n.g sedang dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah dibuat melalui ceramah sivik, temuramah termasuk persembahan pentarama di seluruh negara terutama di kawasan yang dilanda wabak. Maklumat mengenai JE ini juga dihebahkan dalam kempen kebersihan. Maklumat-maklumat yang disalurkan adalah input daripada Kementerian Kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Kementerian Penerangan. Jika ada mana-mana isu yang telah disentuh dan tidak dijawab pada hari ini, kementerian akan meneliti dan memberikan perhatian yang sewajamya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

5.25 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Mohd. Noh bin Rajah]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Maidin mengenai pengendalian Hotel Seri Malaysia, ingin dijelaskan bahawa Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui syarikat rangkaian Hotel Seri Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh 16 buah Hotel Sri Malaysia yang beroperasi di negara ini berada di tahap kualiti yang baik di sepanjang masa, cekap, selamat, selesa, meyakinkan dan kompetitif dalam memenuhi cita rasa pelancong terutamanya pelancong domestik. Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh kerajaan melalui sistem dan program francais dan sistem pengkelasan hotel yang mempunyai piawaian yang seragam dengan hotel-hotel lain yang bertaraf bintang di seluruh negara.

Yang Berhormat Datuk Zainudin juga menyentuh tentang promosi pelancongan di mana ada dinyatakan bahawa Singapura lebih terkenal berbanding dengan Malaysia. Sehubungan dengan ini, ingin saya nyatakan bahawa Malaysia juga telah dikenali di mata dunia hasil daripada usaha promosi dan pemasaran pelancongan yang agresif yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini. Di samping itu, usaha-usaha pemulihan ekonorni yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam laporan-laporan yang dibuat oleh media asing terhadap negara ini menyebabkan Malaysia lebih disebut-sebut dari Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, di antara usaha promosi pemasaran pelancongan yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah mengadakan pengiklanan di media massa dan media elektronik, pembangunan, papan tanda pelancongan, pengedaran brochure secara meluas, mengadakan pameran fame tour, pengedaran maklumat melalui IT dan sebagainya. Usaha-usaha ini disokong dengan berbagai kempen, program dan acara-acara seperti membeli-belah, pakej-pakej lawatan berdiskaun, home stay programme, tahun melawat negeri-negeri dan sebagainya di samping mempermudahkan aksesibiliti ke negara ini dan di dalam negara dengan memperlengkapkan kemudahan-kemudahan asas.

Semua usaha ini telah mewujudkan keadaan dan statistik di mana Singapura menjadi pasaran utama kedatangan pelancong ke negara ini dengan jumlah melebihi 3 juta orang atau melebihi 50% daripada jumlah kedatangan pelancong ke negara ini setahun. Sejak lima tahun lalu jumlah tersebut juga merupakan hampir 50% daripada jumlah kedatangan pelancong asing setahun ke Singapura.

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · boleh didakwa di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952, manakala kordin yang tidak melebihi 2.5% tindakan boleh diambil di bawah Akta Racun 1952 seksyen

DN.18.5.1999 77

Untuk makluman Yang Berhormat juga, usaha-usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke negara ini adalah dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama semua pihak sama ada pihak kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan mahupuri individu. Usaha-usaha yang dilaksanakan secara bersama tersebut termasuklah menjaga kebersihan persekitaran melalui galakan kempen dan gotong-royong serta menyelenggara kemudahan-kemudahan di sepanjang masa. Selain daripada itu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sedang berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang berbudayakan atau dengan izin, think tourism, melalui kempen kesedaran awam yang di antaranya termasuklah mengadakan kursus atau latihan kepada pekerja barisan hadapan atau front liners, dengan izin, yang terlibat secara langsung atau tidak dalam industri pelancongan.

Pada tahun lepas, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah mengadakan sebanyak 150 kursus frontliners di bawah program Host Malaysia yang telah dihadiri oleh seramai 2,426 peserta. Selain daripada itu sebanyak 34 kursus frontliners kepada pelajar sekolah telah diadakan clan dihadiri oleh sejumlah 3,400 peserta pada tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang .....

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa barangkali sudah cukup, sambung esok.

Dato' Mohd. Noh bin Rajah: Terima kasih.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya pun sambung esok? [Ketawa] Mula dengan penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Esoklah.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Esoklah? Terima kasih. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Majlis ditangguhkan hingga esok, jam 10.00 pagi.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.