penyata pengerusi - lion.com.my · pdf filelembaran logam, acuan suntikan ... muzik dan papan...

Download PENYATA PENGERUSI - lion.com.my · PDF filelembaran logam, acuan suntikan ... muzik dan papan PCBA yang ... mereka yang tidak ternilai di sepanjang tahun, dan juga kepada semua warga

If you can't read please download the document

Upload: danganh

Post on 07-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 33

    PENYATA PENGERUSI

    Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan ini membentangkan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit Lion Diversified Holdings Berhad (LDHB atau Syarikat) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2016.

    PRESTASI KEWANGAN

    Tahun kewangan dalam kajian merupakan satu lagi tempoh yang sukar bagi Kumpulan apabila ekonomi global kekal tidak menentu. Di dalam negara pula, keadaan pasaran yang sememangnya sukar diburukkan lagi oleh kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia berbanding mata wang asing utama, kenaikan kos domestik dan harga komoditi yang tidak menentu, termasuk harga minyak mentah dan keluli.

    Lebihan pengeluaran keluli di peringkat dunia kekal menjadi isu paling utama menjejaskan prestasi Kumpulan yang berdepan dengan kegiatan lambakan oleh kilang-kilang keluli asing ke dalam negara kerana ketiadaan langkah-langkah efektif dilaksanakan Kerajaan untuk melindungi industri keluli tempatan. Keadaan ini telah menyebabkan jualan direct reduced iron kita kepada pengeluar keluli rata tempatan terjejas teruk kerana mereka berdepan dengan persaingan sengit dan tekanan harga daripada lebihan bekalan keluli rata di pasaran domestik.

    Sementara itu, Bahagian Perkhidmatan Pengilangan Kontrak (CMS) dan Bahagian Hartanah terus memberi sumbangan positif kepada keputusan Kumpulan.

    Secara keseluruhan, Kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak 43% lebih rendah berjumlah RM694 juta berbanding RM1.2 bilion pada tahun kewangan yang lalu. Kumpulan melaporkan kerugian bersih lebih tinggi sebanyak RM840 juta bagi tahun kewangan ini berbanding RM438 juta pada tahun kewangan sebelumnya selepas mengambil kira kerugian rosot nilai bayaran belum terima sebanyak RM392 juta dan kerugian rosot nilai loji dan peralatan RM364 juta yang timbul daripada kegiatan operasi keluli.

    PERKEMBANGAN KORPORAT

    Peristiwa penting dan berikutannya adalah seperti berikut:

    Pada13Jun2016,LDHTradingSdnBhd,sebuahanak syarikat milik penuh, telah memuktamadkan pelupusan sebidang tanah pertanian pegangan bebas di Mukim Tanjong Duabelas, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor berukuran 63.4 hektar kepada KLC Agro Sdn Bhd untuk pertimbangan tunai sebanyak RM36.5 juta.

    Pada24Ogos2016,Syarikattelahmengumumkanbahawa ia telah mencetuskan kriteria yang ditetapkan perenggan 8.04 dan mengikut Nota Amalan 17 (PN17) di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Selaras dengan keperluan penyenaraian PN17, Syarikat dikehendaki menyerahkan sebuah pelan regularisasi dalam tempoh 12 bulan kepada Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Securities.

    Syarikat sedang meneliti untuk merumuskan sebuah pelan bertujuan menyelaraskan kedudukan kewangannya dan pengumuman berkaitan akan dibuat dalam masa terdekat.

    Pada 4Oktober 2016, CPB Enterprise Sdn Bhd,anak syarikat milik penuh Syarikat telah memeterai perjanjian jual beli dengan Sritama Jetty Sdn Bhd (Pembeli) bagi penjualan sebidang tanah pegangan pajakan di Mukim Cheng , Daerah Melaka Tengah, Melaka berukuran 4.013 hektar bersama-sama dengan sebuah bangunan 2 tingkat dan sebuah bangunan 1 tingkat yang didirikan di atasnya (Hartanah) untuk pertimbangan tunai sebanyak RM30.5 juta; dan

    Likom Caseworks Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Syarikat akan menyewa Hartanah itu daripada Pembeli.

    KAJIAN OPERASI

    Kumpulan pada dasarnya terbabit dalam aktiviti berikut:- Pembuatan dan penjualan direct reduced iron dan

    produk berkaitan keluli yang lain (Keluli);- Perkhidmatan kontrak pembuatan elektronik dan

    mekanikal (CMS);- Pembangunan dan pengurusan hartanah (Hartanah)

    dan- Pegangan pelaburan, perdagangan dan lain-lain

    (Lain-lain).

    (Tahun KewanganBerakhir 30 Jun)

    PerolehanKeuntungan/(Kerugian) Mengikut Segmen

    2016RM Juta

    2015RM Juta

    2016RM Juta

    2015RM Juta

    Keluli 278 949 (98) 53

    CMS 178 148 21 10

    Hartanah 238 111 20 22

    Lain-lain * 1 16 (6)

    694 1,209 (41) 79

    * Keuntungan lebih tinggi pada tahun 2016 adalah disebabkan oleh pendapatan daripada pelupusan tanah pegangan bebas berjumlah RM19.8 juta.

  • 34

    Bahagian Keluli

    Operasi keluli Kumpulan terletak di Banting,Malaysiadikendalikan oleh Lion DRI Sdn Bhd (Lion DRI) yang terbabit dalam pembuatan direct reduced iron (DRI), bahan caj ferus berkualiti tinggi dan pengganti kepada sekerap yang digunakan dalam proses pembuatan keluli. Lion DRI adalah salah satu daripada dua pengeluar DRI di negara ini dan kebanyakan produknya digunakan dalam operasi pengeluaran Megasteel Sdn Bhd (Megasteel). Megasteel, adalah sebuah syarikat sekutu yang terbabit dalam kegiatan hiliran pembuatan keluli iaitu pembuatan gegelung gelekan panas (HRC) dan gegelung gelekan sejuk, dan merupakan salah satu daripada dua pengeluar HRC di Malaysia, untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

    Tahun ini kekal menjadi satu lagi tempoh yang sukar bagi industri keluli dengan Megasteel terus mengalami kerugian akibat kegiatan lambakan produk keluli secara berleluasa oleh pengeluar-pengeluar keluli asing dan kilang terpaksa beroperasi secara bersela mengikut keadaan pasaran. Pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada bulan Januari 2016 bahawa Kerajaan telah menamatkan penyiasatan bagi Petisyen Perlindungan ke atas HRC yang diimport menjejaskan lagi operasi Megasteel sehingga mengakibatkan berlakunya pemberhentian kakitangan dan penutupan sementara operasinya.

    Lion DRI juga turut terjejas kerana ia membekalkan DRI panas kepada Megasteel sebagai bahan mentah untuk pengeluaranHRC.Olehitu,operasilojiDRIjugaditutupsementara.

    Bagi tahun kewangan yang dikaji, perolehan Bahagian Keluli merosot teruk kepada RM278 juta daripada RM949 juta pada tahun sebelumnya dan mengalami kerugian segmen sebanyak RM98 juta berbanding keuntungan segmen sebanyak RM53 juta setahun yang lalu.

    Bahagian CMS

    Bahagian CMS kita beroperasi sebagai pusat sehenti bersepadu pengilang perkakasan asal yang menyediakan perkhidmatan pembuatan elektronik dan mekanikal secara kontrak yang mengkhusus dalam pembuatan teraan lembaran logam, acuan suntikan plastik, pemasangan pencetak papan litar (PCBA) dan pembuatan kekotak siap bina (turnkey box built manufacturing). Bidang tumpuan ialah IT dan komponen berkaitan elektronik, enclosure bagi sistem penyimpanan data cakera dan pita, konsol ceper paparan cecair kristal bagi pusat data, alat muzik dan papan PCBA yang digunakan dalam peralatan pengendali ujian untuk industri semi-konduktor, barangan dan peralatan rumah termasuk pendiri TV, ketuhar gelombang mikro, enclosure penggera keselamatan rumah dan komponen untuk sistem washlet. Kemudahan pengeluaran kita terletak di Melaka, Malaysia dan di Juarez, Mexico manakala sebuah pejabat di Amerika Syarikat menyediakan perkhidmatan sokongan pelanggan.

    Bagi tahun kewangan yang dikaji, Bahagian CMS mencatat prestasi yang membanggakan dengan perolehan dan keuntungan operasi lebih tinggi, masing-masing sebanyak RM178 juta dan RM21 juta berbanding perolehan RM148 juta dan keuntungan operasi RM10 juta pada tahun sebelumnya.

    Dalam melangkaui tahun kewangan ini, persekitaran ekonomi mikro dunia untuk perkhidmatan pengilangan elektronik akan terus mencabar apabila pertumbuhan ekonomi sejagat kekal sederhana berikutan keadaan sedia ada tidak menentu dan persaingan yang sengit. Meskipun begitu, Bahagian CMS kita akan terus mengawasi perubahan arah aliran atau trend yang berlaku secara pantas dan akan menumpukan kepada kawalan kos serta menjalin hubungan erat dengan para pelanggan untuk memastikan Bahagian ini kekal menguntungkan dalam persekitaran yang mencabar. Bahagian Hartanah

    D Venice Residence merupakan projek pembangunan bercampur utama yang dimajukan oleh Kumpulan di atas empat bidang tanah yang terletak bersebelahan dengan jumlah keluasan 20.1 hektar di Bandar Changshu dalam Wilayah Jiangsu di China. Kelonggaran dasar kewangan dan percukaian yang dilakukan oleh Kerajaan China untuk merangsang permintaan pasaran terhadap sektor hartanah yang berkuat kuasa pada setengah pertama tahun 2016, telah melonjakkan jualan projek hartanah kita. Dalam tahun kewangan ini, kita berjaya menjual kesemua pegangan 420 unit kediaman yang dilancarkan sejak dua tahun kewangan yang lalu. Selain itu, 248 buah apartmen kediaman bertingkat tinggi dalam projek pembangunan Fasa4yangdilancarkanpadabulanOktober2015,turutmencatatkan jualan yang menggalakkan dengan kadar penerimaan pelanggan sekitar 78%.

    Bagi tahun kewangan dalam kajian, Bahagian ini menyaksikan perolehannya melonjak 114% kepada RM238 juta. Walau bagaimanapun, keuntungan segmen adalah lebih rendah iaitu RM20 juta berbanding RM22 juta pada tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh margin keuntungan yang lebih rendah dan kos promosi yang lebih tinggi.

    Walaupun dasar-dasar yang mentadbir pasaran hartanah dilonggarkan, sebahagian besar penduduk dalam persekitaran projek berkenaan sudahpun menjadi pelanggan kita.Oleh itu, strategi untukmenarik lebihramai pembeli serta pembeli baharu dan mengekalkan kadar penerimaan bagi projek kita adalah sangat penting. Pemantauan secara berkala terhadap penyelarasan dasar makro dan tindakan kerajaan di kawasan projek-projek lain yang menjadi saingan sekitar kita adalah penting untuk membolehkan Bahagian Hartanah memberikan tindak balas sewajarnya dan mengekalkan prestasinya pada tahun-tahun yang mendatang.

  • 35

    PROSPEK

    Persekitaran operasi Bahagian Keluli Kumpulan dijangka kekal sukar dan mencabar pada tahun kewangan yang akan datang. Sejauh mana operasi pengeluaran keluli kita dapat beroperasi semula amat bergantung kepada permintaan pasaran dan harga produk keluli.

    Bahagian CMS dan Hartanah kita dijangka mengekalkan prestasi yang memuaskan pada tahun akan datang.

    LEMBAGA PENGARAH

    LembagaPengarahme