penutup mte

2
5.0 PENUTUP Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras bagi peringkat rendah dan menengah. Kementerian Pendidikan Malasia (1998), telah menyatakan bahawa matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Namun begitu, bagi murid bermasalah pembelajaran, matematik merupakan satu subjek yang susah. Dalam usaha untuk membantu murid-murid tersebut, guru-guru mesti berusaha mengkaji dan mengenalpasti strategi dan teknik-teknik yang sesuai digunakan dalam kelas pemulihan seperti penggunaan teknologi. Hal ini kerana, Blair (1956) mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat. Guru pemulihan mesti sentiasa peka dengan respons dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid pemulihan. Setiap respons dan tingkah laku murid mesti dilihat sebagai satu ruang untuk mengkaji murid-murid bagi memperbaharui dan meningkatkan lagi prestasi pengajaran, sekaligus, mengurangkan jumlah murid yang buta nombor. Secara keseluruhannya, guru mestilah memikirkan cara bagi memastikan murid-murid yang kurang bernasib baik ini

Upload: ruqaiyah-hani-firuz-dalili

Post on 25-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penutup Assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Penutup MTE

5.0 PENUTUP

Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras bagi

peringkat rendah dan menengah. Kementerian Pendidikan Malasia (1998),

telah menyatakan bahawa matlamat pendidikan Matematik adalah untuk

memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis,

kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu

pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan

seharian dengan berkesan. Namun begitu, bagi murid bermasalah

pembelajaran, matematik merupakan satu subjek yang susah.

Dalam usaha untuk membantu murid-murid tersebut, guru-guru mesti

berusaha mengkaji dan mengenalpasti strategi dan teknik-teknik yang sesuai

digunakan dalam kelas pemulihan seperti penggunaan teknologi. Hal ini

kerana, Blair (1956) mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah satu

bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan

pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai

bagi murid-murid lambat. Guru pemulihan mesti sentiasa peka dengan

respons dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid pemulihan.

Setiap respons dan tingkah laku murid mesti dilihat sebagai satu ruang untuk

mengkaji murid-murid bagi memperbaharui dan meningkatkan lagi prestasi

pengajaran, sekaligus, mengurangkan jumlah murid yang buta nombor.

Secara keseluruhannya, guru mestilah memikirkan cara bagi

memastikan murid-murid yang kurang bernasib baik ini supaya tidak terus

ketinggalan, lantas, meningkatkan jumlah rakyat yang celik huruf dan nombor.

Harus diingat bahawa Program Pendidikan Pemulihan ini bukan sahaja

memberi faedah kepada murid-murid, malahan, kepada guru-guru pemulihan

kerana program ini melatih guru pemulihan menjadi lebih kreatif, berinovasi

dan sentiasa berfikiran terbuka dalam melaksanakan proses Pengajaran dan

Pembelajaran bagi membantu murid-murid memahami matematik.