penterjemahan pragmatik dalam konsep masa arab-melayu ... papers/jssh vol. 10 (2) sep....

12
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 10(2): 153-164 (2002) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevan MUHAMMAD FAUZI BIN JUMINGAN Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Teori relevan, pragmatik, penterjemahan Arab-Melayu, konsep Masa ABSTRAK Masa itu emas. Masa itu seperti pedang. Begitulah konsep masa diungkapkan dalam budaya Melayu dan Arab bagi melambangkan pentingnya konsep masa itu. Dalam konsep masa ini, bangsa Melayu sering dikonotasikan negatif. Sering kedengaran ungkapan Janji Melayu yang melambangkan bangsa Melayu tidak begitu menitikberatkan kepentingan masa. Adakah perkara ini benar? Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik, khususnya Teori Relevan (TR). Dengan menggunakan faktor-faktor bukan linguistik (ekstralinguistik) seperti faktor konteks, latar situasi, dan niat pengujar, TR dijangka mampu menghuraikan permasalahan ini secara tuntas. Dengan menggunakan data kata pinjaman Arab yang sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu, khususnya melalui penterjemahan dan adaptasi, konsep masa Arab-Melayu ini akan cuba dibincangkan. ABSTRACT Time is gold. Time is like a sword. Both these proverbs are used in Malay and Arabic culture for showing the significance of time. Unfortunately, the concept of time in Malay culture has been presented negatively. The Malay race is regarded as a ethnic group that not take care about the importance of punctuality. Is it true? This article will try to explain that problem by using a pragmatic analysis especially through Relevance Theory (TR). Based on the TR concept that engaged factors such as context, co-text, and intended meaning, TR is capable of solving the problem of this misconception in Malay culture. In this articles there are some data that are used to discuss some foreign lexical items that were assimilated in Malay vocabulary. Actually, the chosen lexical items were adapted and translated into the Malay language. PENGENALAN Masa itu emas. Masa itu kehidupan. Begitulah beberapa ungkapan orang Melayu tentang peri pentingnya masa dalam kehidupan mereka. Malah dalam bahasa Arab juga terdapat madah pujangga yang mengungkapkan masa dalam kehidupan mereka. Antaranya seperti Waktu itu seperti pedang; kalau tidak digunakan, pedang itu akan memenggal kepala kita. Malah dalam Islam pun, kepentingan masa terakam dalam satu surah khas yang menceritakan kepentingan masa, iaitu surah al-'Asr. Keprihatinan tentang masa ini sebenarnya melambangkan pemikiran masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. Dengan kata ini, ungkapan konsep masa sebenarnya melambangkan gaya pemikiran dan bahasa sesuatu bangsa (Reha Mustafa 1999). Sebenarnya, ada banyak kajian dan tulisan yang membincangkan konsep masa khususnya kajian ilmiah yang dibuat oleh pengkaji tempatan seperti Asmah Hj Omar (1994), Reha Mustafa (1999) dan Nor Hashimah Jalaluddin (2001). Kajian mereka dibuat dari perspektif ilmu linguistik dengan cabang utamanya seperti nahu, sosiolinguistik, semantik, dan pragmatik. Bagaimanapun belum ada kajian yang dibuat dalam konteks penterjemahan. Dalam disiplin terjemahan, konsep masa diungkap dengan cara

Upload: dangcong

Post on 07-Jul-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 10(2): 153-164 (2002) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu:Satu Analisis Teori Relevan

MUHAMMAD FAUZI BIN JUMINGANJabatan Bahasa Asing

Fakulti Bahasa Moden & KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Teori relevan, pragmatik, penterjemahan Arab-Melayu, konsep Masa

ABSTRAK

Masa itu emas. Masa itu seperti pedang. Begitulah konsep masa diungkapkan dalam budayaMelayu dan Arab bagi melambangkan pentingnya konsep masa itu. Dalam konsep masa ini,bangsa Melayu sering dikonotasikan negatif. Sering kedengaran ungkapan Janji Melayu yangmelambangkan bangsa Melayu tidak begitu menitikberatkan kepentingan masa. Adakah perkaraini benar? Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatanpragmatik, khususnya Teori Relevan (TR). Dengan menggunakan faktor-faktor bukan linguistik(ekstralinguistik) seperti faktor konteks, latar situasi, dan niat pengujar, TR dijangka mampumenghuraikan permasalahan ini secara tuntas. Dengan menggunakan data kata pinjaman Arabyang sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu, khususnya melalui penterjemahan dan adaptasi,konsep masa Arab-Melayu ini akan cuba dibincangkan.

ABSTRACTTime is gold. Time is like a sword. Both these proverbs are used in Malay and Arabic culture forshowing the significance of time. Unfortunately, the concept of time in Malay culture has beenpresented negatively. The Malay race is regarded as a ethnic group that not take care about theimportance of punctuality. Is it true? This article will try to explain that problem by using apragmatic analysis especially through Relevance Theory (TR). Based on the TR concept thatengaged factors such as context, co-text, and intended meaning, TR is capable of solving theproblem of this misconception in Malay culture. In this articles there are some data that are usedto discuss some foreign lexical items that were assimilated in Malay vocabulary. Actually, thechosen lexical items were adapted and translated into the Malay language.

PENGENALANMasa itu emas. Masa itu kehidupan. Begitulahbeberapa ungkapan orang Melayu tentang peripentingnya masa dalam kehidupan mereka.Malah dalam bahasa Arab juga terdapat madahpujangga yang mengungkapkan masa dalamkehidupan mereka. Antaranya seperti Waktu ituseperti pedang; kalau tidak digunakan, pedang ituakan memenggal kepala kita. Malah dalam Islampun, kepentingan masa terakam dalam satu surahkhas yang menceritakan kepentingan masa, iaitusurah al-'Asr. Keprihatinan tentang masa inisebenarnya melambangkan pemikiran masyarakatyang menuturkan bahasa tersebut. Dengan kata

ini, ungkapan konsep masa sebenarnyamelambangkan gaya pemikiran dan bahasasesuatu bangsa (Reha Mustafa 1999).

Sebenarnya, ada banyak kajian dan tulisanyang membincangkan konsep masa khususnyakajian ilmiah yang dibuat oleh pengkaji tempatanseperti Asmah Hj Omar (1994), Reha Mustafa(1999) dan Nor Hashimah Jalaluddin (2001).Kajian mereka dibuat dari perspektif ilmulinguistik dengan cabang utamanya seperti nahu,sosiolinguistik, semantik, dan pragmatik.Bagaimanapun belum ada kajian yang dibuatdalam konteks penterjemahan. Dalam disiplinterjemahan, konsep masa diungkap dengan cara

Page 2: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Muhammad Fauzi bin Jumingan

yang agak berbeza sedikit kerana penterjemahanmelibatkan dua bahasa dan budaya yang berbeza.Oleh itu, makalah ini mencuba untuk menganalisiskonsep masa ini dengan beracukan satu teoriterjemahan moden, iaitu teori relevan (TR).

PERNYATAAN MASALAH

Sesuatu kajian yang benar-benar ilmiah mestilahdilakukan dengan berdasarkan satu kerangkakerja atau teori yang mapan. Tanpa kerangkakerja ini, kajian itu bersifat awang-awangan. Olehkerana aspek masa melibatkan bahasa danpemikiran sesuatu bahasa dan bangsa makabaiknya kajian itu dianalisis dari sudut kerangkateoritis (Nor Hashimah Jalaluddin 2001).Misalnya ungkapan berikut :

Kes 1Ahmad : Bila engkau nak beraya di rumah aku,

Salim?Salim : Lepas Maghrib nanti.

Dalam kes 1 di atas, perkataan Maghrib yangberasal daripada bahasa Arab adalah waktu yangbermula selepas gelincir matahari di kaki langitdan tamat apabila warna merah di ufuk barathilang kesemuanya. Atau dengan kata lain, waktuMaghrib tamat apabila masuk waktu Isyak.Manakala dalam budaya Melayu, ungkapan selepasMaghrib itu mungkin selepas waktu Isyak. Sudanmenjadi kelaziman orang Melayu, sering'terlewat' dalam mengotakan janji waktunyahingga tercipta ungkapan Janji Melayu (NorHashimah Jalaluddin, 48). Memandangkanperbezaan makna masa dalam kedua-dua bahasa,budaya, dan pemikiran itu tadi berbeza makaTR cuba menganalisis interpretasi dan maksudsebenar ungkapan tersebut dan cara terbaikuntuk menterjemahkannya. Lazimnya interpretasiujaran itu akan dianalisis menurut perspektifilmu pragmatik melalui TR. Menurut TR,ungkapan itu mengandungi beberapa andaian.Antaranya seperti :a. waktu itu betul-betul selepas sembahyang

Maghrib, iaitu sebelum waktu Isyak.b. waktu itu mungkin selepas Isyak.c. waktu itu mungkin selepas Maghrib, tetapi

hari yang berikutnya.

Kalau konteks menentukan bahawa Salimini jenis orang yang menepati janji makaungkapan Salim akan menghasilkan kesan

konteks, iaitu Salim akan datang tepat padawaktunya, betul-betul selepas Maghrib dan bukanselepas Isyak. Dan kalau sebaliknya maka andaianb) dan c) akan menjadi makna pada semantiknyasahaja, iaitu makna sebenar Maghrib itu tetapijuga berdasarkan konteks ia diujarkan. BegitulahTR menganalisis sesuatu ujaran secara deduksibagi menghasilkan inferens (kesimpulan).Justeru, satu interpretasi tepat dapat dihasilkan.

Oleh itu kajian ini cuba mengkaji masalahseperti:1. Mencari maksud sebenar sesuatu ujaran yang

mengandungi konsep masa dari perspektifbahasa, budaya, dan pemikiran orang Melayudengan beracukan pendekatan TR.Gabungan ilmu semantik dan pragmatikpenting dalam mencari makna sesuatuujaran. Kebergantungan terhadap ilmusemantik sahaja tidak memadai.

2. Menterjemah konsep masa yang dipinjamdaripada bahasa Arab dengan menggunakanpendekatan terjemahan langsung (directtranslation) seperti yang dicadangkan olehTR. Pendekatan terjemahan langsungdianggap lebih selamat kerana konsep inimengekalkan kesemua aspek teks sumberseperti konteks, kesan konteks dan stilistik.Tambahan pula, kejujuran dan kesamaanterhampir dapat dikekalkan dalampendekatan ini. Oleh itu, ketepatan dalamterjemahan dapat dihasilkan melaluipendekatan terjemahan langsung.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah:1. Melihat konsep masa dari perspektif bahasa,

budaya, dan pemikiran orang Arab.2. Meninjau penggunaan konsep masa dalam

pemikiran dan budaya orang Melayu,3. Mencadangkan pendekatan terjemahan

langsung dalam menterjemahkan konsepmasa yang dipinjam daripada bahasa danbudaya asing khususnya bahasa Arab.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan kata masa yangdipinjam daripada bahasa Arab dan konsep masaini telah diterima pakai oleh orang Melayu.Kebanyakan kata pinjaman itu melibatkan istilahmasa dalam agama Islam. Antara yang akandianalisis adalah seperti istilah al-Fajr (Fajar),al-Subh (Subuh) dan al-Sahr (sahur).

154 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No. 2 2002

Page 3: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevan

KERANGKA KERJA

Kerangka kerja atau metodologi yang akandigunakan adalah bersifat kajian kepustakaan(arm chair research). TR akan digunakan dalamkajian ini kerana TR menekankan aspekkerelevanan sesuatu ujaran. Pendengar (dalamkonteks terjemahan dipanggil pembaca kedua)diberi kebebasan untuk berfikir dalammentafsirkan sesuatu ujaran yang didengar atauditerjemahkan. Hal ini bersesuaian dengan carabaru berkomunikasi yang menyatakan bahawamanusia ialah insan istimewa yang mampuberfikir dalam mentafsirkan sesuatu ujaranberdasarkan persekitaran kognitif dan konteksyangada (Sperber dan Wilson 1995). Kemudian,TR akan diterapkan dalam beberapa katapinjaman masa bagi dianalisis maksud sebenarnyadalam sesuatu ujaran orang Melayu selainmenterjemahkan data pinjaman masa itu secaralangsung.

DEFINISI KONSEP

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah kosailmu yang perlu dijelaskan terutamanya konsepdan pengertian TR. Antaranya adalah sepertiberikut:

Konsep Masa

Menurut Kamus Dewan (1992), masa bermaksudwaktu dan ketika. Waktu itu mungkin sekejap,agak lama, lama atau tertentu sahaja. Perkataanmasa berasal daripada bahasa Sanskrit yangbermaksud bulan. Manakala perkataan waktupula berasal daripada bahasa Arab, iaitu waqt(Reha Mustafa 1999). Sebenarnya sukar bagikita untuk mendefinisikan makna masa keranaia bersifat relatif dan subjektif. Masa ialah suatukontinum yang bukan ruang dan berlakurentetan masa dari masa lepas, masa kini, danmasa depan. Oleh itu, masa tidak dapatdiputarkan balik putarannya. Kontinum masaboleh dilihat daripada rentetan masa sepertisaat, minit, hari, minggu, bulan, tahun, dekad,kurun, dan alaf. Nama-nama rentetan masa tadiadalah ciptaan manusia yang berkaitan dengankehidupan mereka (Reha Mustafa, 16-17). Secararingkasnya, masa bermaksud urutan peristiwaatau tempoh berlakunya peristiwa-peristiwatersebut.

Teori Relevan

Sesungguhnya TR lebih menekankan bentukkomunikasi yang dapat difahami oleh penuturdan pendengar. Dalam hal ini, penutur (dalamterjemahan dipanggil penulis teks sumber)seharusnya menjamin apa yang dibualkan benar-benar relevan dan mudah difahami memahamkanpendengar (dalam terjemahan dipanggilpembaca kedua). Perbualan itu mesti mencapaikerelevanan yang optimal (Nor Hashimah 1992).Apabila sesuatu ujaran itu disampaikan makamenjadi tanggungjawab si penutur memahamkanpendengar (Nor Hashimah Jalaludin, 33). Bagipendengar pula, dia mencuba memperoleh kesankonteks yang mencukupi dan kesan itu mestilahmudah diperoleh. Tujuannya adalah untukmenggalakkan usaha memproses maklumat yangtidak diperlukan. Hal ini seterusnya menghasilkandefinisi TR yang sebenarnya, iaitu:1) Dengan andaian segala perkara seimbang,

semakin banyak kesan konteks maka ujaranitu semakin relevan.

2) Dengan andaian segala perkara seimbang,semakin sedikit usaha memproses maklumatmaka ujaran itu semakin relevan.

Inferens

Menurut TR, komunikasi bukan setakatmengekod, memindah, dan menyahkodmaklumat tetapi memerlukan proses inferensiaitu proses membuat kesimpulan dan rumusanterhadap sesuatu maklumat yang ada (Gutt1998). Misalnya contoh berikut :Kes 2Ani : Lama lagi ke si Karim tu?Tijah : Dia sekarang sedang berurusan dengan

Ali.

Dalam perbualan di atas, Tijah tidakmenjawab secara langsung pertanyaan Ani. Tijahhanya memberitahu bahawa Karim sedang ber-urusan dengan Ali. Katakanlah si Ali itu seorangyang mudah berurusan dengannya makadapatlah disimpulkan bahawa Karim tidak akanlama bersama dengannya. Daripada konteks yangdibekalkan, kita perlu membuat inferensterhadap sesuatu komunikasi seperti kes di atas.Dengan kata lain, menurut TR, makna ujaranmengikut konteks yang ada. Jadi untukmemastikan kejayaan sesuatu komunikasi, konsepmembuat kesimpulan iaitu inferens perlulahdibuat (Gutt, 42).

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 10 No. 2 2002 155

Page 4: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Muhammad Fauzi bin Jumingan

Konteks

Dalam TR, konteks ialah binaan pemikiran yangbersifat psikologi dan kognitif (Gutt 1998). lamerupakan segugus andaian pendengar ataupembaca kedua/pembaca sasaran (dalam disiplinterjemahan) terhadap alam dunia danpersekitarannya (Sperber dan Wilson 1986).Menurut takrifan ini, konteks meliputi hampirkesemua fenomena dan peristiwa yang dapatditanggap oleh pemikiran manusia. Konteks jugabukan setakat terdapat pada persekitaran fizikalyang boleh dilihat dan dirasa tetapi juga meliputiujaran dan ayat terdahulu (untuk maklumatdalam teks), andaian masa depan, hipotesissaintifik, kepercayaan agama, memori silam,budaya sejagat, dan persepsi manusia terhadapsikap dan mentaliti si penutur sesuatu komunikasi(Gutt, 43). Konteks boleh dibentuk dandikembangkan. Pembentukan konteks bolehmempengaruhi pemahaman sesuatu maklumat.Misalnya manusia tidak mudah mengingati alatdan jenis permainan jika disuruh apatah lagijika yang ditanya itu ialah warna alat permainanyang pertama sekali dibeli semasa hari jadi. Olehitu, usaha mengingat maklumat dan keupayaanminda kita memproses maklumat mempunyaikaitan yang rapat. Kesemua itu terangkum dalamkonsep dan pengertian konteks.

Konteks yang bersesuaian dapatdikembangkan jika maklumat baru ditambah.Setiap maklumat baru yang ditambah maka iamemerlukan konteks yang berbeza (NorHashimahjalaluddin 1992). Pembinaan konteksadalah bahagian terpenting dalam interpretasiujaran. Dalam interpretasi ujaran, pendengarakan menetapkan konteks yang sesuai bagimenghasilkan kesan konteks. Kesan konteks ialahandaian awal pendengar tentang ujaran yangdidengarnya. Dalam perbualan misalnya,pendengar akan menggabungkan ataumemperkuat atau menggugurkan konteks yangdikemukakan oleh penutur bagi menghasilkankesan konteks. Misalnya contoh berikut:

Kes 3 (gabungan maklumat baru dan lama)

Zaiton bangun daripada tidur dengan andaiankonteks seperti berikut:1. Kalan azan subuh kedengaran, dia akan

bangun untuk solat subuh.(Kemudian dia bangun dan kedengaran :(konteks sedia ada / lama)

2. Azan subuh sedang berkumandang (konteksbaru)

Inferens (Rumusan atau kesimpulan):3. Zaiton akan sembahyang subuh (gabungan

konteks lama dan konteks baru)

Kes 4 (menguatkan konteks baru dan lama)

Zaiton bangun daripada tidur kerana terdengarbunyi suara di menara masjid. Lantas Zaitonmembuat andaian iaitu:1. Azan subuh sedang bergema (andaian awal/

konteks lama).

Tetapi apabila Zaiton membuka matanyadan diamat-amati suara itu, rupa-rupanya iamerupakan:2. Bacaan al-Quran yang dibaca oleh pak bilal

di masjid (konteks sebenar— denganmenggugurkan andaian awal).

Begitulah cara sesuatu konteks dibentuk bagimenghasilkan kesan konteks yang sebenarnya.Dengan kata lain, konteks amat memainkanperanan yang cukup penting dalammenginterpretasi makna sebenar sesuatu ujaran.

Kerelevanan Optimal

Menurut Sperber dan Wilson (1986 dan 1995),faktor utama kejayaan sesuatu komunikasi adalahdengan mencapai kerelevanan optimal sama adadi pihak penutur mahupun pendengar .Kerelevanan optimal pendengar dicapai apabila1) pendengar dapat memahami niat dan maksudsebenar penutur tanpa memerlukan usahamemproses yang berlebihan dan tidaksepatutnya, 2) makna yang diniatkan olehpenutur dapat ditangkap oleh pendengarsetimpal dengan usahanya memproses maklumattersebut. Makna atau 'faedah' yang dihasilkanoleh pendengar kerana usaha tadi adalah bersifatpsikologi, iaitu berdasarkan kualiti dan kuantitipengetahuan seseorang. Oleh itu, menurut TR,apabila seseorang ingin berkomunikasi, merekamestilah memastikan bahawa ujarannyamencapai kerelevanan yang optimal (Gutt, 43).Hal ini penting kerana interpretasi yang tepatterhadap sesuatu ujaran dapat dicapai olehpendengar. Justeru, penutur mestilahmembekalkan maklumat dan konteks yangsecukupnya sebelum berkomunikasi. Misalnyaapabila seorang mahasiswa universiti (penutur)yang berbual dengan seorang nelayan(pendengar) maka perbualan mereka mestilahberkisar tentang hal ehwal kehidupan nelayan

156 Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No. 2 2002

Page 5: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevan

seperti cerita tentang laut, ikan, pukat, dansampan. Kalau diubah topik kepada hal ehwaldunia akademik di universiti maka nelayan itutidak akan mendapat maklumat yang cukuptentang perkara yang dibincangkan. Lantaranitu perbualan mahasiswa tadi tidak mencapaikerelevanan yang optimal. Dengan kata lain,penutur mestilah memandu perbualannya agarkomunikasinya dapat difahami oleh pendengardengan mudah serta berjalan lancar. Dengankata lain yang lebih mudah, kerelevanan yangoptimal bermaksud setiap ujaran itu mempunyaikesan konteks yang maksimum yang dapatdirumuskan dalam masa sesingkat mungkin (NorHashimah Jalaluddin, 33).

Penggunaan Bahasa Secara Interpretif danDeskriptif

Dalam TR, terdapat duajenis penggunaan bahasasecara kognitif, iaitu penggunaan interpretif dandeskriptif. Penggunaan bahasa secara deskriptifbermaksud sesuatu ujaran komunikasi itudianggap betul dalam sebarang duniakemungkinan. Manakala penggunaan secarainterpretif pula bermaksud sesuatu ujaran yangdigunakan untuk menyatakan dan menjelaskanapa yang orang kata dan lafazkan. Misalnyaujaran berikut (contoh berikut diadaptasidaripada contoh Gutt: 44):

Kes 6a)Aminah : Ahmad dan isteri pertamanya telah

bercerai.b)Aminah : Talib pernah memberitahu saya,

Ahmad dan isteri pertamanya telahbercerai.

Kedua-dua contoh ujaran di atas mempunyaiujaran yang sama, iaitu Ahmad dan isteripertamanya telah bercerai. Dalam ayat pertama (a),Aminah menganggap bahawa kenyataannyatentang penceraian Ahmad dan isteri pertamanyaadalah benar. Dengan itu, kenyataan dan ujaranAminah itu dianggap deskriptif. Bagaimanapundalam ayat kedua 9b), Aminah tidak menyatakandan mendakwa bahawa Ahmad dan isterinyatelah bercerai. Aminah hanya melaporkandakwaan Talib yang berbunyi Ahmad dan isteripertamanya telah bercerai Dengan kata lain,Aminah hanya menyatakan semula secara penuh(memetik kata-kata) apa yang pernah dinyatakanoleh Talib. Oleh yang demikian, ujaran Aminahitu dianggap sebagai bersifat interpretif. Dalam

ayat kedua (b), ujaran Aminah tidak dianggapsalah sekiranya Ahmad dan isterinya tidakbercerai. Tetapi Aminah akan dianggap bersalahsekiranya Talib tidak pernah berbuat kenyataantentang penceraian Ahmad dan isterinya; seolah-olah Aminah menipu. Dalam ilmu komunikasi,aktiviti terjemahan dianggap sebagai aktivitikebahasaan secara interpretif.

Kesamaan Interpretif dan Kejujuran dalamPenterjemahan

Faktor penting dalam pengunaan bahasa secarainterpretif ialah hubungan antara kesamaaninterpretif (interpretive resemblance) ujaran asaldengan pernyataan tentang ujaran itu (dalamdisiplin terjemahan ialah kesamaan interpretifteks sumber dan teks sasaran). Kedua-dua ujaranitu (yang asal dan yang diujarkan semula olehorang lain) berkongsi makna dan maklumateksplikatur (tersirat) dan implikatur (tersurat).Perkara ini membayangkan bahawa kesamaaninterpretif mempunyai tahap perbezaan (degree).Jika kedua-dua ujaran tadi mempunyai kesamaaninterpretif yang lebih rapat, berkemungkinanmaklumat tersurat dan tersiratnya sama. Petikankata-kata secara penuh (direct quotation) dalamkes 6 (b) di atas menunjukkan kesamaaninterpretif (persamaan makna dan maklumat)yang paling tinggi dan rapat dengan ujaan asal.Petikan kata secara penuh tadi pastinya dapatditafsirkan dan diinterpretasi dalam konteks yangsama dengan konteks ujaran asal (Gutt, 44-45).

Sebaliknya ujaran yang bersifat huraian,ringkasan, tafsiran, agakan dan andaian dianggapmempunyai kesamaan interpretif yang berbeza(kurang sedikit) dengan ujaran asal berbandingujaran yang bersifat petikan kata-kata secarapenuh tadi. Misalnya jika seorang pelajar ditanyaoleh kawannya (yang tidak hadir ke kuliah)tentang kandungan dan isi kuliah yangdisampaikan oleh pensyarahnya, mungkin pelajaritu mempunyai beberapa pilihan untukmenjawab pertanyaan tersebut. Antaranya, diaakan menjawab seperti berikut:1. Dia akan memberitahu secara terperinci isi

kuliah tersebut hingga mungkin mencapaikesamaan interpretif yang tinggi dengan isikuliah asal yang disampaikan olehpensyarahnya.

2. Dia juga mungkin hanya melaporkan danmemberitahu sebahagian kecil isi kuliahsecara terperinci; yang baki mungkindiringkaskan.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No. 2 2002 157

Page 6: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Muhammad Fauzi bin Jumingan

3. Dia mungkin hanya memberikan isi-isi utamakuliah tersebut secara ringkas sahaja.

Untuk mencapai kesamaan interpretif,pelajar itu perlu menyampaikan jawapan (1)kerana dia perlu jujur (faithfulness) dengan ujaranasal (dalam konteks ini ialah kuliah pensyarahnya).Hal ini kerana pelajar itu akan mencapaikerelevanan optimal semasa menjawab pertanyaankawannya yang tidak hadir ke kuliah. Dengankata lain, ujaran kita mestilah sejujur dansehampir mungkin dengan ujaran asal. Dalampenterjemahan yang tergolong dalam kelompokpenggunaan bahasa secara interpretif makakonsep inilah yang sepatutnya ditonjolkan. Halini bersesuaian dengan pendapat Wilson danSperber (1988 : 137):

... The speaker guarantees that her utterance is a faithfulenough representation of the original; that is, resembles itclosely enough in relevant respect...

Bagaimanapun, TR yang menekankankonsep kerelevanan ujaran dan konteks makapelajar itu masih boleh memberikan jawapan(2) atau (3) berdasarkan konteks dan kehendakkawannya yang tidak hadir ke kuliah tadi.

Penterjemahan Sebagai Penggunaan Bahasa SecaraInterpretif

Menurut TR, penterjemahan tergolong dalamkonsep penggunaan bahasa secara interpretif(Gutt, 46). Penterjemahan sebenarnya bermaksudmenyatakan semula apa yang orang kata atautulis tetapi dalam bahasa yang lain.Penterjemahan sering dibandingkan dengankonsep memetik dan melaporkan sesuatu ucapandan dialog dalam sesuatu bahasa yang sama(intra linguistic use). Cuma yang membezakankedua-dua jenis penggunaan bahasa ini ialahterjemahan melibatkan bahasa orang lainsedangkan petikan dan laporan hanya melibatkanteks dalam bahasa asal sahaja dan tidakmelibatkan bahasa orang lain. Oleh sebabpenterjemahan tergolong dalam penggunaanbahasa secara interpretif maka ia terpaksamengamalkan konsep kejujuran (faithfulness)dalam menyampaikan warta mesejnya. Dengankata lain, penterjemahan mestilah sedayamungkin untuk setia dan jujur dengan tekssumber (Wilson dan Sperber 1998: 137).

Tipotogi (Jenis) Teks Sebagai Pedoman MencariKerelevanan

Sebagaimana segala fenomena kehidupan yangberlaku di dunia ini maka komunikasi manusiajuga mempunyai bentuk istilah-istilah tertentuberdasarkan jenis komunikasi yang diujarkan.Misalnya terdapat istilah atau laras bahasa yangberbeza dalam cerita rakyat, novel, cerita kartun,buku ilmiah, dan abstrak kajian ilmiah. Menurutteori komunikasi moden, bentuk dan tipologiteks tadi dapat membentuk niat penutur (dalamteks disebut penulis dan dalam terjemahandipanggil penterjemah) menghasilkan karyanya.Khalayak (pembaca atau pendengar) dapatmenjangkakan idea dan mesej yang ingindisampaikan berdasarkan tipologi teks tersebut.Misalnyajika penutur menyatakan ujaran dalambentuk laporan maka dia dapat mengagakrespons dan reaksi khalayaknya berbanding kalaudia menghasilkan ujaran berbentuk ceritakomedi. Dalam TR, jenis dan tipologi tekssebegini akan memandu khalayak mencapaikerelevanan optimal dalam komunikasi mereka.Misalnya kalau komunikasi yang dipersembahkanitu berbentuk novel maka yang terbayang dikepala pembaca ialah konsep plot cerita, watakutama (protagonis), watak jahat (antagonis), dannilai moral yang ingin disampaikan. Oleh itupembaca tidak akan mempersoalkan ketepatandan kerasionalan kejadian peristiwa dalam noveldan tarikh-tarikh penting kerana teks itu bukanberbentuk teks sejarawi (Gutt). Justeru, kosmemproses untuk memahamkan teks juga tidakbanyak. Dan jika teks itu relevan dengankehendak khalayak maka interpretasi sebenarteks yang dihasilkan oleh penulis itu dapatdisingkap. Kesimpulannya tipologi teks akanmembantu khalayak mendapatkan kerelevananoptimal dalam menginterpretasi sesuatu ujarankomunikasi sama ada komunikasi lisan sepertiperbualan ataupun komunikasi bukan lisanseperti novel dan cerpen.

Penterjemahan Langsung

Dalam TR, penterjemahan langsung (directtranslation) dianggap sebagai petikan kata-katasecara langsung (direct quotation). Oleh itu, aktivitipenterjemahan dikategorikan sebagai penggunaanbahasa secara interpretif. Petikan kata-kata secaralangsung bermaksud satu contoh ujarankomunikasi yang dilafazkan atau ditulis bagimenyatakan kesamaan terhampir dengan

158 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 10 No. 2 2002

Page 7: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Penterjemahan Pragmarik dalam Konsep Masa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevan

keaslian maksud teks asal (Sperber dan Wilson,227). Antara keistimewaan petikan langsungadalah kesamaan dan ketepatannya dengan tekssumber (untuk penterjemahan) bukan setakatpada apa yang dimaksudkan (makna) tetapimerangkumi juga cara bagaimana (stilistik) maksuditu dipersembahkan. Dalam penterjemahanlangsung, segala ciri linguistik teks sumber akandikekalkan. Dengan itu, khalayak terjemahanmampu menstruktur semula makna teks sumberberdasarkan makna yang diniatkan oleh penulisasal. Hal ini kerana teks sumber mempunyaiandaian kontekstual tersendiri yang perludikekalkan. Jadi biarlah konteks sumber itu jugadikekalkan dalam penterjemahan (Gutt 1991 :162). Misalnya contoh berikut:

Kes 7John eats like a pig. (John makan seperti babi).

Dalam ayat yang mengandungi bahasafiguratif di atas, konsep penterjemahan langsungharus dibuat. Sebenarnya, penulis asal inginmenyampaikan maksudnya kepada khalayak asal,iaitu orang Inggeris mengikut konteks asal tekssumber itu. Penulis asal mungkin tidakmenjangka karyanya akan diterjemahkan. Dalambudaya Inggeris, ada beberapa andaian tentangmaksud makan seperti babi (Gutt, 167). Antaraandaian yang ingin dimaksudkan adalah seperti:1) John makan terlalu banyak seperti seekor

babi makan.2) John makan gelojoh seperti seekor babi.3) John makan terlalu bising seperti seekor

babi hutan.4) John makan terlalu kotor dan jijik seperti

babi sedang makan.

Andaian-andaian di ataslah yang ditujukankhas oleh penulis teks sumber kepada khalayakasalnya, iaitu orang Inggeris. Terpulanglahkepada mereka untuk mentafsirkan interpretasisebenar ujaran itu berdasarkan konteks masing-masing. Yang pasti perbuatan makan seperti babiitu adalah perbuatan yang tidak senonoh dantidak sopan. Itulah kesan sebenar teks asal. Olehitu, sebagai penterjemah kita terpaksamengekalkan andaian-andaian dan kesan konteksasal tersebut kerana memang itulah kesankonteks yang ingin disampaikan oleh penulisasal. Maka kita tidak boleh menterjemahkanbahasa figuratif itu sebagai makan seperti tikus(dalam budaya Melayu) kerana tikus hanya

melambangkan sifat pengecut dan penakut. Jikaadaptasi ini buat maka kesan konteks asal akanhilang. Jadi untuk mencari kerelevanan optimaldalam komunikasi maka konsep terjemahanlangsung harus digunakan. Hal ini lebih selamatbagi penterjemah sekiranya mereka memandaiuntuk mentafsirkan makna sebenar takut terjebakkalau salah tafsir. Kalau salah tafsir maka salahlahterjemahan itu. Dengan kata lain, terjemahanlangsung adalah langkah paling selamat untukmengelakkan salah tafsir (Gutt, 165-167).

PEMAPARAN DATA

Seperti yang disebut dalam batasan kajian,terdapat beberapa kata masa bahasa Melayu yangdipinjam daripada bahasa Arab. Kata pinjamanini telah sebati dan diterima pakai oleh orangMelayu sejak sekian lama. Antara kata masatersebut ialah :

al-Fajr (Fajar)

Dalam bahasa Arab, al-fajr bermaksud tamatnyawaktu malam kerana munculnya cahaya Subuh(al-Nahw, Khalil 1991 : 370). Manakala dalampengertian syariah Islam (hukum fekah) al-fajrbermaksud satu waktu tatkala terpancar cahayadari celah kegelapan malam kemudian cahayatersebut tersebar di ufuk timur. Cahaya inidinamakan fajar Sadiq (Reha Mustafa, 86). FajarSadiq akan muncul dahulu sebelum masuknyawaktu sembahyang subuh. Waktu fajar dianggapsebagai salah satu waktu yang paling diberkatikerana ibadat pada waktu ini akan disaksikanoleh para Malaikat dan mendapat pahala yangbesar daripada Allah Ta'ala. Menurut tradisiilmu Islam, waktu fajar ialah waktu yang palingsesuai untuk mengulang kaji pelajaran keranaketenangan dan keheningan waktu fajar itu.Inilah makna sebenar Fajar dalam bahasa Arabdan agama Islam.

Orang Melayu sudah menerima pakaiperkataan Fajar ini. Cuma apabila konsep masaini digunakan dalam bahasa dan budaya Melayumaka ia telah diasimilasikan menurut budayatempatan. Misalnya contoh berikut:

Kes 8Jali : Bila engkau nak pergi menoreh?Samad: Sebelum fajar menyingsing.

Dalam kes 8 di atas, apakah yangdimaksudkan oleh ungkapan Sebelum Fajarmenyingsing? Menurut TR, ungkapan itu

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 10 No. 2 2002 159

Page 8: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Muhammad Fauzi bin Jumingan

Ilmu komunikasi kognitif

Ilmu pragmatik

Teori relevan

(Ciri-ciri)

Gabungan semantik dan pragmatik

Penggunaan bahasa secara interpretif

Penterjemahan langsung

Tipologi teks sebagai pedoman mencari kerelevanan

Kerelevanan optimal

Kesamaan interpretif dan kejujuran dalam penterjemahan

Rajah 1: Cm dan gagasan kemunculan teori relevan

mempunyai beberapa andaian. Antaranyaseperti:a. Betul-betul sebelum waktu Subuh.b. Sebelum terbit Fajar Sadiq.c. Sebelum ayam berkokok.d. Awal pagi, iaitu dinihari (selepas tengah

malam).

Dalam hal ini, konteks akan menentukaninterpretasi sebenar waktu yang dimaksudkanoleh Samad. Kalau Samad lazimnya pergi kekebun untuk menoreh getah sebelum ayamberkokok maka Jali akan memahami waktusebenar Samad keluar dengan mudah tanpa kosniemproses maklumat yang tinggi. Dalam halinijuga, jawapan Samad dianggap telah mencapaikerelevanan optimal dengan syarat Jali telahdibekalkan maklumat yang secukupnya.Maksudnya, Jali tahu benar tentang waktu kerjaSamad (mungkin mereka berdua kawan rapat).Kalau konteks menentukan Jali selalu pergi kekerja pada waktu begitu maka Samad akanmembuat inferens (rumusan) seperti dalamandaian c) tadi. Penentuan konteks pentingkerana ruang lingkup dan tempoh masa dalambudaya orang Melayu terlalu luas, sukar

ditentukan waktunya secara tepat. Justeru sikapbeginilah yang menghasilkan pepatah JanjiMelayu. Bagaimanapun, TR dapat menyingkapmakna sebenar ujaran di atas denganberdasarkan konteks ayat.

Dan mungkin juga maksud Samad waktu ituawal pagi (andaian-d). Hal ini kerana pokokgetah akan mengeluarkan hasilnya denganbanyak pada dinihari. Kemudian si penorehakan berehat untuk solat subuh sebelummenyambung semula kerja untuk mengumpulgetah yang telah ditoreh. Jawapan tepat waktuyang dinyatakan oleh Samad itu adalahberdasarkan konteks, iaitu rutin kerja Samadyang sebenarnya. Apa pun dalam budaya Melayu,makna implisit sebelum fajar menyingsing ialahwaktu terlalu awal dan lazimnya sebelum waktusubuh. Ciri implisit dalam ujaran di atas agakmudah difahami kerana orang Malayu fahambenar akan maksud sebelum fajar menyingsing.Oleh itu, usaha memproses maklumat ini rendahdi samping konsep konteks yang dapat mencariinterpretasi sebenar ujaran tersebut. Jika usahamemproses maklumat rendah dan kesan konteksyang banyak maka ujaran itu akan lebih relevan(Nor Hashimah 2001).

160 Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No. 2 2002

Page 9: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Penteijemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevan

Untuk menterjemahkan perkataan al-fajrmaka pendekatan TR, iaitu penterjemahanlangsung harus digunakan. Penterjemahlangsung akan menghasilkan kesamaan dankonteks yang paling hampir dengan teks sumber(Gutt 1991). Oleh itu, kalau teks sumberberbunyi Zahabtu ila al-hadiqah Fajran makaterjemahan langsungnya ialah Say a pergi ke kebunpada waktu Fajar. Perkataan fajar di sini tidakboleh diterjemahkan pagi ataupun Subuh keranakedua-dua perkataan ini mempunyai pengertianyang berbeza dalam bahasa Arab. Begitu jugamakna dari segi bahasa tadi (terbitnya Fajar Sadiq)diberikan maka ini pun tidak dibenarkan.Lagipun istilah Fajar sudah sebati dan diterimapakai oleh orang Melayu sejak sekian lama.

al-Subh (Subuh)

Dalam bahasa Arab al-Subh bermaksud awalpermulaan hari siang (al-Nahw, Khalil 1991 :281). Manakala dalam syariat Islam, Subuhbererti waktu solat Subuh yang bermula apabilaterbit Fajar Sadiq (Reha Mustafa, 87). Terdapatperbezaan antara waktu Subuh dan waktu Fajar.Waktu fajar merupakan waktu merupakan waktupemisah antara malam dengan siang atau antarasuasana gelap dengan terang. Manakala waktuSubuh disandarkan pada solat Subuh itu sendiri,iaitu waktu yang terbit selepas waktu fajar (RehaMustafa, 87). Dengan kata lain, waktu Fajar danwaktu Subuh pasti tidak akan tertembung selama-lamanya.

Dalam bahasa dan budaya Melayu,pengertian dan penggunaan istilah Subuh itumasih sama seperti dalam makna asalnya dalambahasa Arab. Bagaimanapun oleh kerana orangMelayu terkenal kerana 'Janji Melayunya' makapersepsi penggunaan waktu Subuh agak berbezasedikit. TR akan mencuba menganalisis masalahini. Misalnya lihat ujaran berikut:

Kes 9Syed : Bila engkau nak pergi pasar?Jamal : Lepas Subuh nanti.

Dalam contoh untuk kes 9 di atas, TRmembuat beberapa set andaian tentang maksudmasa dalam ujaran itu. Antaranya seperti:a. Betul-betul selepas solat subuh, iaitu selepas

sarapan pagi.b. Selepas mentari pagi naik segalah, iaitu pada

waktu duha.

c. Mungkin juga sebelum masuk waktu Zohor,iaitu sebelum matahari condong sedikit kearah barat dan menghasilkan bayang-bayangsebarang objek di bumi.

Oleh sebab, penggunaan konsep waktudalam budaya Melayu tidak tetap maka agaksukar menentukan masa sebenar waktu yangdinyatakan oleh Jamal itu. Tetapi bagi TR ujaranmasih boleh difahami dengan berdasarkankonteks. Kalau Jamal ini jenis orang yangmenepati janji dan masa (punctuality) makaandaian a) akan menjadi interpretasi sebenarujaran. Lantaran itu, Syed akan membuatkesimpulan (inferens) bahawa Jamal akan pergike pasar betul-betul selepas waktu subuh, lebihkurang pukul 7 - 8 pagi. Sebaliknya juga jikaJamal dikenali di kalangan rakannya sebagaijarang menepati masa maka andaian c) mungkinmenjadi interpretasi tepat bagi ujaran Jamal tadi.

Selain itu, konteks masa dan waktu pasar itudibuka juga menentukan waktu sebenarpemergian Jamal ke pasar. Kalau pasar itudibuka pada pukul 8 pagi maka andaian a)relevan untuk menjadi interpretasi sebenarujaran Jamal. Dan jika pasar itu dibuka pukul10 pagi (kebanyakan pasar raya dibuka padawaktu ini) maka andaian b) merupakan maksudsebenar ujaran Jamal. Dengan kata lain, dalamTR penutur mestilah membekalkan maklumatyang secukupnya kepada pendengar. Penuturmestilah memandu perbualan tersebut agarkerelevanan optimal dapat dicapai. Konteksatau set andaian tadi perlu ada agar kesankonteks dapat dihasilkan. Menurut TR kalausemakin banyak konteks dibekalkan maka kesankonteks mudah difahami tanpa usaha memprosesmaklumat yang tinggi. Dan jika usaha dan kosprosesnya rendah sedangkan kesan konteksnyatinggi maka ujaran itu lebih relevan (NorHashimah Jalaludin, 51).

Selain itu, terdapat satu ungkapan dalamperibahasa Melayu iaitu, Subuh gajah. Dalamilmu semantik, bahasa figuratif itu akanditafsirkan secara eksplisit, iaitu setakat maknaleksikal dan logiknya sahaja ; subuh - waktuselepas terbit Fajar Sadiq dan gajah - spesiesbinatang mamalia darat yang terbesar. Itu sahajayang dapat ditafsirkan oleh ilmu semantik.Tetapi dalam ilmu pragmatik dengan tunjangnyakonsep TR maka peribahasa itu harus dianalisismengikut konteks. Lazimnya orang Melayu akanfaham bahawa peribahasa itu masih melibatkan

Pertanika J. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 10 No. 2 2002 161

Page 10: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Muhammad Fauzi bin Jumingan

waktu dan solat subuh. Makna implisit peribahasaini ialah sembahyang Subuh di luar waktusebenarnya dan lazimnya pada waktu duha.Dengan kata lain, Svbuh gajah itu ialah mengqadasolat Subuh kerana terlewat bangun tidur dengantidak sengaja. Dan qada' itu perlu ditunaikansebaik sahaja kita terbangun daripada tidur.Untuk tujuan analisis, lihat perbualan berikut.

Kes 10Fauzi: Engkau Subuh gajah ke, Jalil?Jalil : Apa boleh buat, dah terlewat bangun.

Dalam kes 10 di atas, Jalil masih memahamimaksud si Fauzi kerana dia tahu tentang maknaimplisit peribahasa itu. Lebih-lebih lagi kontekssi Jalil yang sememangnya terlewat bangun tidur.Maka Jalil faham benar apa yang dimaksudkanoleh Fauzi. Menurut TR ujaran peribahasa Fauzimencapai kerelevanan optimal kerana ia pekakonteks. Penutur sengaja bertanya dalamungkapan sebegitu mungkin kerana memperli(ironi) ataupun cakap berlapik kerana menjagahati kawan. Yang pasti makna implisit peribahasaitu masih boleh difahami. Selain itu, kesankonteks yang dihasilkan juga tinggi keranapendengar memang berada dalam situasi terlewatbangun. Pendengar tidak sukar memahamiujaran itu kerana pertanyaan Fauzi memangdalam konteks yang sepatutnya. Dengan katalain, konteks yang dibekalkan pada pendengarsememangnya cukup. Cukup dalam erti katabahawa peribahasa itu memang difahami olehorang Melayu khususnya golongan muda. Jaditidak ada masalah bagi pendengar menginterpretasimaksud sebenar ujaran itu.

Dalam konteks terjemahan, TR mengamalkankonsep kejujuran dan kesamaan interpretif.Maksudnya bagaimana teks sumber dinyatakandan ditafsirkan maka teks terjemahan pun begitujuga. Oleh itu, untuk mencapai kesamaaninterpretif maka konsep kejujuran mestilahdiamalkan. Kejujuran dalam pengertian TRialah segala bentuk dan ciri teks sumber mestidikekalkan (Gutt, 11). Antara ciri yang perludikekalkan adalah seperti ciri linguistik (semantikdan sintaksis), statistik (gaya pengolahan),konteks, dan kesan konteks. Oleh itu,penterjemahan ungkapan masa dan waktu inipun harus menggunakan pendekatan terjemahanlangsung. Misalnya perkataan sabahun yangbermaksud permulaan siang atau waktu subuh

maka makna itu perlu dinyatakan. Dalamkonteks ini, terjemahan makan pagi kurang sesuaidigunakan kerana ruang lingkup dankontimumnya terlalu luas. Begitu juga ungkapanSabah al-khayr (selamat pagi) yang merupakankata sapaan yang diucapkan sewaktu bertemusesiapa sahaja pada waktu pagi. Bentuk sapaanbegini merupakan satu penghormatan kepadaorang yang disapa. Dalam budaya Arab, katasapaan ini boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja,tidak kira orang Islam ataupun bukan Islam.Hal ini berbeza dengan ungkapanassalamualaikum yang dikhususkan untuk orangIslam. Padanan yang tepat untuk masa sabah al-khayr ialah selamat pagi dan Salam Sejahtera.Manakala ungkapan assalamualaikum tidak bolehditerjemahkan menjadi Salam Sejahtera keranakonsep penterjemahan langsung mestilah bersifatinterpretif dan petikan penuh (direct quotation).

Al-Sahr (Sahur)Dalam kamus Arab, al-sahr bermaksud fasaterakhir waktu malam, iaitu waktu malam yangakan tamat sebaik sahaja terbit Fajar Sadiq (al-Nahw, Khalil 1991 : 233). Dalam syariat Islamwaktu sahur ini ialah bahagian terakhir malam,iaitu terletak 1/3 terakhir setiap malam (RehaMustafa, 100). Waktu ini sangat elok untukqiyamullayl (bangun malam) dan solat tahajjud(sembahyang tengah malam). Pada waktu ini,amal ibadat kita mudah diterima oleh AllahTa'ala.

Dalam budaya Melayu, waktu sahur seringdikaitkan dengan makan sahur semasa bulanRamadan. Sebenarnya, sahur itu tergolong dalamkategori masa dan waktu. Makan sahur itubermaksud menjamah makanan atau meneguksegelas dua air pada waktu terakhir setiap malamRamadan (dalam budaya Melayu, selepas jam 12tengah malam dianggap pagi), iaitu sebelumterbit Fajar Sadiq. Orang Islam tidak bolehmakan dan minum apabila Fajar Sadiq telahterbit. Dengan kata lain, apabila masuk waktusubuh maka orang Islam dilarang makan danminum. Begitulah pengertian sebenar Sahurdalam bahasa Arab dan syariat Islam. Cumadalam budaya Melayu ada sedikit asimilasipengertian itu tetapi masih lagi ada kena-mengena dengan makna sebenar sahur itu.Justeru bagaimana TR menganalisis konsep sahurini dalam pengertian budaya Melayu akan terlihatdalam contoh berikut:

162 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 10 No. 2 2002

Page 11: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevan

Kes 11Ibu : Bila engkau nak habiskan kari ayam ni

Mat?Mamat : Waktu sahur nanti emak?

Waktu sahur dalam pengertian orang Melayuada kalanya bermula selepas jam 12 tengahmalam, sedangkan waktu sebenarnya ialah padadetik-detik terakhir sebelum menjelang fajar.Sering kedapatan orang muda yang malasbangun dan masak pada awal pagi akan bersahurpada tengah malam, iaitu sekitar jaml2 tengahmalam hingga 3 pagi. Jadi waktu sahur orangMelayu cukup lama, lebih kurang 4-5 jam. Olehitu, ujaran waktu sahur itu mengandungibeberapa andaian. Antaranya seperti :a. Waktu 1/3 terakhir setiap malam, iaitu

sekitar 1 jam sebelum masuk waktu Subuh.Waktu ini adalah paling afdal untukbersahur.

b. Waktu imsak, iaitu waktu kritikal untukbersahur. Umat Islam tidak digalakkanbersahur pada waktu ini kerana takut terlajakmakan.

c. Waktu tengah malam, iaitu awal pagi bagipengertian orang Melayu. Bersahur padawaktu begini kurang mendapat fadilat sahur.

Dalam kes 11, kalau lazimnya keluargaMamat akan bersahur pada waktu a) maka si ibuakan memahami ujaran Mamat itu. Dalam halini, jawapan Mamat akan dikira mencapaikerelevanan optimal jika si ibu dibekalkankonteks yang mencukupi, iaitu si ibu tahu waktusahur keluarganya sendiri. Ujaran Mamat dikirapeka konteks kerana Mamat tahu bila ibunyaakan bangun memasak dan bersahur. Si ibupula akan mudah memproses ujaran Mamatkerana maklumat dan konteks yang dibekalkanmencukupi. Dalam TR, jika konteks yangdibekalkan cukup maka kesan konteks tinggi.Justeru, ujaran itu dikira bermanifestasi (jelas)dan relevan (Gutt 1991). Begitujuga jika waktusahur keluarga Mamat seperti pada andaian b)maka ujaran Mamat tetap relevan buat si ibukerana si ibu dibekalkan konteks yangsecukupnya, iaitu dalam erti kata si ibu memangtahu waktu sahurnya keluarganya. Tetapi oranglain seperti jiran atau kawan Mamat mungkinsukar memahami waktu sebenar keluarganyabersahur kerana tidak dibekalkan konteks yangsecukupnya. Maksudnya kawan Mamat tidak tahuwaktu sahur keluarga Mamat. Begitulah TR

menganalisis ujaran waktu orang Melayu yangsedia dimaklumi bahawa konsep waktu orangMelayu terlalu 'luas' dan sukar ditentukandengan tepat.

Dalam konteks terjemahan, TR mengamalkankonsep kejujuran dan kesamaan konteks - tekssumber (seperti yang dijelaskan sebelum ini).Untuk itu, penterjemah harus tahu akan kontekssebenar sesuatu ayat itu diujarkan dalam tekssumber. Kalau teks sumber menyatakan maknawaktu dan masa seperti perkataan sahur makanyatakan maksud masa, iaitu 1/3 terakhir setiapmalam. Jika teks sumber menyatakan perbuatanmakan pada waktu sahur maka nyatakan maknasetiap malam. Dan jika sahur itu bermaksudperbuatan makan pada 1/3 terakhir malamsebelum subuh tetapi bukan dalam konteks bulanRamadan maka nyatakan makna tersebut.Dengan kata lain, konteks asas teks sumber harusdikekalkan dalam penterjemahan langsung.Pengekalan konteks asal amat ditekankan dalamTR kerana penterjemahan diklasifikasikansebagai penggunaan bahasa secara interpretif.Dalam penggunaan bahasa secara interpretif ini,terdapat konsep kesamaaan interpretif (interpretiveresemblance) yang menjadi ciri utamapenterjemahan TR (Gutt 1991).

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, konsep masa dalampemikiran bahasa dan budaya Melayu terlaluluas. Terlalu luas maksud bahawa ketepatan masaorang Melayu tidak menentu. Mereka jarangberpegang pada ketepatan masa mereka hinggatercipta ungkapan Janji Melayu. Hal ini berbezadengan orang Jepun yang terlalu berpegangpada ketepatan masa mereka hingga kebanyakanmajlis dan aktiviti harian mereka ditentukandengan konsep masa seperti minit dan jam.Lazimnya kita terdengar mesyuarat orang Jepunbermula pada pukul 8.15 pagi dan tamat padajam 10.15 pagi berbanding orang Melayu yangsuka menggunkan konsep jam sahaja sepertipukul 8 pagi, 10 pagi dan 12 pagi.

Bagaimanapun ketidaktentuan masa dalambudaya Melayu ini dapat diselesaikan denganpendekatan TR yang mampu menginterpretasimasa dan waktu sebenar dalam komunikasi danujaran orang Melayu {Rajah 2). Denganberbekalkan konteks, kesan konteks dan usahamemproses maka TR berjaya mencari maknasebenar ujaran orang Melayu.

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 10 No. 2 2002 163

Page 12: Penterjemahan Pragmatik dalam Konsep Masa Arab-Melayu ... PAPERS/JSSH Vol. 10 (2) Sep. 2002...Justeru, makalah ini cuba merungkai permasalahan konsep masa melalui pendekatan pragmatik,

Muhammad Fauzi bin Jumingan

TR

(melalui PL)

PL (Kebaikan)

rMemudahkan Penterjemahan Mengekalkan Makna Asal

iMakna Tepat

Menghasilkan Set Andaian Menguji Minda

Rajah 2: Kebaikan TR dalam penterjemahan konsep masa Arab-Melayu

Selain itu, konsep TR juga dapat diterapkandalam penterjemahan melalui pendekatanlangsungnya. Penterjemahan langsung sesuaidigunakan dalam menterjemahkan konsep masaArab-Melayu meskipun konsep penggunaan masadalam budaya dan bahasa Melayu agak rumitkerana sifatnya yang luas dan tidak menentu. TRlebih menekankan konteks asal yang terdapatdalam teks sumber kerana itulah sememangnyayang diniatkan oleh penulis asal. Melalui TR,kesamaan interpretif dan kesan konteks yangsama dengan teks dapat dikekalkan dalam teksterjemahan.

RUJUKAN

AL-NAHW, AL-KHALIL. 1991. al-Mu'jam al- Arabiya, al-

Muyassar. Tunis. Larousse.

ASMAH Hj. OMAR. 1994. Bahasa dan Pemikiran. KualaLumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

GUTT, E.A. 1991. Translation and Relevance. Cognitionand Context Oxford: Basil Blackwell.

GUTT, E A. 1998. Pragmatic Aspects of Translation:Some Relevance-Theory Observations. DalamThe Pragmatics of Translation. Toronto:Mitilingual Matters Ltd.

NOR HASHIMAH JALALUDDIN. 1992. Semantik dan

Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.

NOR HASHIMAH JALALUDDIN. 2001. Masa dan

Masyarakat Melayu dalam Dewan Bahasa. KualaLumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

REHA MUSTAFA. 1999. Konsep masa dalam al-Quran:Satu kajian dalam Juzu' Amma. Tesis MA.Universiti Malaya.

SPERBER dan WILSON. 1986 /1995 . Relevance:Communication and Cognition. Oxford:Blackwell.

(Diterima: 22 Ogps 2002)

164 PertanikaJ. Soc. ScL & Hum. Vol. 10 No. 2 2002