pentaksiran berasaskan sekolah

46
Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Upload: lam

Post on 05-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Apakah PBS?. Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah. LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai, kriteria, panduan dan peraturan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Sektor Penilaian dan PeperiksaanJabatan Pelajaran Negeri Kedah

Page 2: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Apakah PBS?Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor

oleh sekolah.LPM menyediakan instrumen merangkumi piawai,

kriteria, panduan dan peraturanBertujuan membolehkan calon mengukur tahap

penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan

Membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri (assessment for learning)

Page 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSDirancang di peringkat sekolah merujuk kepada

perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

Page 4: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSDitadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha

mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

Page 5: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSDiskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses

pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

Page 6: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSDilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada

perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

Page 7: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSKerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan

konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Page 8: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSDimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan tiap-

tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti

Page 9: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSKesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran

itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Page 10: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSKebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor

pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

Page 11: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Konsep PBSPelaporan positif - skor yang dilaporkan menunjukkan

tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa

Page 12: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Komponen PBSProjek

Calon melaksanakan tugasan di sekolahLPM membekalkan panduanLPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelarasPemarkahan dan pelaporan oleh sekolahMarkah dihantar kepada LPMSekolah mengeluarkan sijil

Page 13: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Komponen PBSKerja Kursus / PEKA

Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran

LPM membekalkan panduanLPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelarasPemarkahan dan pelaporan oleh sekolahMarkah dihantar kepada LPMSekolah mengeluarkan sijil

Page 14: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Komponen PBSUjian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)

Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

LPM membekalkan panduanLPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelarasPemarkahan dan pelaporan oleh sekolahMarkah dihantar kepada LPMSekolah mengeluarkan sijil

Page 15: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Komponen PBSPentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran

LPM membekalkan panduanLPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelarasPemarkahan dan pelaporan oleh sekolahSekolah mengeluarkan sijil

Page 16: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Komponen PBSModul

Calon ditaksir kompetensinya mengikut spesifikasiLPM membekalkan modul pentaksiran sebagai panduanLPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelarasPemarkahan dan pelaporan oleh sekolahMarkah dihantar kepada LPMSekolah / LPM mengeluarkan sijil

Page 17: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Dasar Pelaksanaan PBSPelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan

kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 67, 68 dan 69

Sekolah memastikan infrastruktur dan kelengkapi fizikal ada sebelum menawarkan mata pelajaran yang ada komponen PBS

Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri 2 tahun sebelum

Sekolah bertanggungjawab memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan evidens yang autentik

Page 18: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Dasar Pelaksanaan PBSSekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens

calon termasuk evidens produk calon yang berpindahSekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor

calon termasuk penghantaran skor ke LPMSemua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada

komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang

Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir. Sekolah boleh memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan

Page 19: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Dasar Pelaksanaan PBSCalon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang

menawarkan mata pelajaran yang diambil. Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru

Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut

Page 20: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Ciri-ciri PBSKeserasian dengan kehendak kurikulum

Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam P&P

Berpusatkan calon Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria

dan tidak relatif kepada calon lainLuwes

Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah – ditaksir bila calon bersedia

Berpaksikan pembinaan insan Menanam aspek nilai murni

Page 21: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Ciri-ciri PBSTelus dan terbuka

Calon berpeluang mengetahui apa ditaksir, bila ditaksir, bagaimana dan di mana pentaksiran dibuat

Kebolehlaksanaan dan sistematik Format mengambilkira aspek pentadbiran pentaksiran boleh

dilaksanakan dengan sistematikKepelbagaian instrumen

Untuk memberi cakupan yang luas dan evidens yang banyak untuk menggambarkan pencapaian sebenar calon

Formatif dan berterusan Calon diberi peluang untuk meningkatkan pencapaian dan

memperbaiki skor

Page 22: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Ciri-ciri PBSMempunyai skor

Skor mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi jika dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan

Pelaporan positif Skor dilaporkan untuk menggalakkan calon memperbaiki

tahap penguasaan dari semasa ke semasaPenyelarasan dan pemantauan berterusan

Untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur

Page 23: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Perancangan PentaksiranPerancangan

Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik.

PenataranPenataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka

dan Dasar program PBS kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS.

Page 24: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Perancangan PentaksiranPelaksanaan Pentaksiran

Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam buku Format Pentaksiran

PenyelarasanPenyelarasan ialah satu proses untuk memastikan

pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

Page 25: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Perancangan PentaksiranPemantauan

Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

PengesananPengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi

pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaikiaprogram itu.

Page 26: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Perancangan PentaksiranLaporan

Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan.

Page 27: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentadbiran PBSJK Peringkat KebangsaanJK Peringkat NegeriJK Peringkat DaerahJK Peringkat Sekolah

Page 28: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

JK Peringkat KebangsaanPenasihat: Pengarah PeperiksaanPengerusi: Timb Pengarah Pep (Operasi)Naib Pengerusi: Ketua Sektor SPPMALNSetiausaha: KPP SPPMALNAJK: Semua pegawai mata pelajaran

Semua pegawai pembinaKetua Pentaksir Kebangsaan

Page 29: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

JK Peringkat NegeriPenasihat: Pengarah Pelajaran NegeriPengerusi: Timbalan Pengarah PelajaranNegeriNaib Pengerusi 1: Ketua Sektor Pengurusan AkademikNaib Pengerusi 2: Ketua Sektor Penilaian & PeperiksaanSetiausaha 1: KPP Penilaian & PeperiksaanSetiausaha 2: KPP Pengurusan AkademikAhli Jawatankuasa : Ketua Jemaah Nazir Negeri

Ketua Sektor Pendidikan Islam Pen Pengarah Penilaian dan Peperiksaan Pen Pengarah Sains & Matematik Pen Pengarah Teknik & Vokasional Pen Pengarah Sains Sosial & Kemanusiaan

Pen Pengarah Bahasa Semua Pegawai Pelajaran Daerah Ketua Pentaksir Kebangsaan

Ketua Pentaksir Negeri

Page 30: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

JK Peringkat DaerahPengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah Setiausaha: Pen PPD (Akademik)AJK: Pen PPD (T & V)

Pen PPD (Bahasa)Pen PPD (Sains & Matematik)Pen PPD (Pend Islam & Moral)Pen PPD (Sains Sosial & kemanusiaan)Pen PPD (Peperiksaan)Semua PengetuaKetua Pentaksir NegeriKetua Pentaksir KawasanPentaksir KawasanKetua Pentaksir Sekolah

Page 31: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

JK Peringkat SekolahPengerusi: Pengetua / Guru BesarNaib Pengerusi: Pen Kanan AkademikSetiausaha S/U PeperiksaanP Setiausaha Pen S/U PeperiksaanAJK Guru Kanan

Guru CemerlangKetua PanitiaKetua Pentaksir Sekolah

Page 32: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugas dan Tanggungjawab SekolahSebelum pentaksiran

Menerima surat siaran PBS daripada JPNMenerima dokumen PBS daripada JPNMenubuhkan JK PBS sekolahMelantik Ketua Pentaksir Sekolah setiap mata pelajaranMemperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksirMenyediakan jadual pelaksanaan PBS Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan yang mencukupiMenamakan pentaksir di kalangan guru mata pelajaran yang akan

melaksanakan PBS – berperanan menguruskan segala urusan berkaitan pentaksiran

Memberi taklimat kepada calonMemastikan setiap murid ada fail PBS

Page 33: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugas dan Tanggungjawab SekolahSemasa pentaksiran

Pentaksiran dijalankan semasa P&PPenyelarasan dalamanPemantauan dalamanPentaksir merekod skor dalam BSIPentaksir menyimpan evidens dengan selamatPentaksir memaklumkan skor kepada calon dan calon

tandatangan di BSIPentaksir memindahkan skor dengan betul dari BSI ke

Borang Markah Induk berdasarkan format pentaksiran mata pelajaran

Page 34: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugas dan Tanggungjawab SekolahSelepas pentaksiran

Borang Skor Individu dan Borang Markah Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar dan disimpan di sekolah

S/U peperiksaan memastikan pentaksir memasukkan markah ke dalam aplikasi LPM

S/U peperiksaan dan pentaksir menyemak markah yang dimasukkan dalam aplikasi LPM

S/U peperiksaan menyerah cetakan Senarai Keseluruhan Markah calon untuk disahkan oleh Pengetua / Guru Besar

Mengeluarkan sijil / penyataan pencapaian PBS calon

Page 35: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan PBSPetugas Pentaksiran

Ketua Pentaksir KebangsaanKetua Pentaksir NegeriKetua Pentaksir KawasanPentaksir KawasasanKetua Pentaksir Sekolah

Page 36: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan PBSKetua Pentaksir Kebangsaan

Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia Guru terlatihOpsyen yang berkaitan dengan mata pelajaranDisahkan dalam jawatanBerpengalaman

Page 37: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan PBSKetua Pentaksir Negeri

Dilantik oleh Jabatan Pelajaran NegeriGuru terlatihOpsyen yang berkaitan dengan mata pelajaranDisahkan dalam jawatanBerpengalaman dalam mata pelajaran berkaitan

Page 38: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan PBSKetua Pentaksir Kawasan / Pentaksir Kawasan

Dilantik oleh Jabatan Pelajaran NegeriGuru terlatihOpsyen berkaitan mata pelajaranBerpengalamanDisahkan dalam jawatan

Page 39: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan PBSKetua Pentaksir Sekolah

Dilantik oleh Pengetua / Guru BesarGuru terlatihOpsyen mata pelajaran berkaitanJika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti

berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun

Dilantik dalam jawatan

Page 40: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugas Pentaksir SekolahSebelum pentaksiran

Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah

Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon

Page 41: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugas Pentaksir SekolahSemasa Pentaksiran

Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasiMentaksir calonMengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain

yang berkaitan.Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan

dalam urusan penyelarasan

Page 42: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugas Pentaksir SekolahSelepas Pentaksiran

Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh PN/PKw

Menyerahkan skor kepada SUPMenyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6

bulan selepas keputusan diumumkanMenyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKwMemastikan borang penskoran individu yang berpindah

sekolah dihantar ke sekolah baruMenyediakan sijil PBS bagi setiap calonMenyelesaikan kes-kes khas

Page 43: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kes-Kes Khas

Page 44: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Isu-IsuGuru GSTT – boleh membuat pentaksiran dengan syarat dilatihPentaksir mendakwa ada sekolah yang menghantar markah

yang tidak diselaraskan ke LPMPentaksir minta sekolah dapatkan surat akuan ibu bapa bagi

anak yang tidak melaksanakan KKPelajar yang tidak hadir pastikan diberi surat peringatan 3 kali

– menjaga kepentingan sekolahGuru keluar bertugas – pohon izin drp Pengetua / Guru Besar

kerana penting bagi pelaksanaan PBSKerjasama pihak sekolah dalam menerima lawatan pentaksir

boleh diperbaikiTerlalu ramai guru dari sesebuah sekolah dilantik sebagai

pentaksir kawasan / negeri

Page 45: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PenutupSekolah diberi kuasa menentukan gred pentaksiran calon

KUASA + TANGGUNGJAWABBerjaya atau gagal bergantung kepada integriti, sikap dan

komitmen pelaksanaMemberi kesan kepada kehidupan generasi akan datang

Page 46: Pentaksiran Berasaskan Sekolah