pentadbiran undang-undang islam di malaysia

11
DISEDIAKAN OLEH : 1. NOOR SYUHADA BT MOHD NOOR ( D1210213) 2. NOR AZNIDA BT RAZMAN ( D1210256) 3. NOOR KAMARIAH BT MOHAMAD ( D1210458)

Upload: ustzm0den

Post on 27-Jun-2015

377 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

DISEDIAKAN OLEH : 1. NOOR SYUHADA BT MOHD NOOR

( D1210213)2. NOR AZNIDA BT RAZMAN

( D1210256)3. NOOR KAMARIAH BT MOHAMAD

( D1210458)

Page 2: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

Profesion Syariah apabila disebut maka tidak dapat tidak mestilah ianya berhubung kait dengan hakim, peguam dan isu-isu yang berkaitan dengan etika kehakiman dimana ianya merupakan tanggungjawab yang sangat berat dan ianya akan disoal oleh Allah s.w.t di akhirat kelak

((Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili suatu kes dengan keilmuannya, maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili sesuatu kes tanpa ilmu ( dalam kes tersebut ) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim yang jahil dan mengadili suatu kes dengan kejahilannya, maka dia juga masuk neraka.))

Riwayat tarmizi

Page 3: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

Umum :Individu yang mengadili pesalah dan yang menentukan seseorang tertuduh itu bersalah atau tidak.

Menurut istilah undang-undang :Orang yang mempunyai kepakaran dalam mengadili sesuatu pesalah atau kes.

Page 4: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

1) Cukup umur / baligh, berakal dan merdeka.2) Islam.3) Adil.4) Ijtihad 5) Lelaki.6) Kesempurnaan pancaindera

# Syarat-syarat lain : Para ulama feqah berkata, seseorang hakim

sepatutnya seorang yang kuat, bukan keras atau kasar, lemah-lembut, bukan daif ( tegas ), tidak tamak oleh mereka yang kuat pada kebatilannya, tidak berputus asa orang yang lemah dari keadilannya, mempunyai kebijaksanaan, berhati-hati atau berjaga-jaga, tidak pelupa, tidak mudah tertipu, jujur, warak melihat dan jauh dari sifat tamak hingga beberapa syarat lagi yang mereka katakan.

Page 5: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

Perkara 121 ( 1A ) Perlembagaan Persekutuan dan Jadual Kesembilan,

senarai 2.

Page 6: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, perlantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau

…lihat sebelah

Page 7: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

sambungan...

hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

Page 8: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Menjalankan pentadbiran agama Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam.

Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam

Menyelamatkan umat Islam daripada

perpecahan dan keruntuhan rumahtangga.

Page 9: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.

Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.

Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai.

Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.

Page 10: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar.

Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat.

Bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan.

Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa

Menerapkan nilai-nilai islam agar orang islam mengamalkan sistem dan cara hidup islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Page 11: pentadbiran undang-undang islam di malaysia

Demi menjaga kemaslahatan antara kaum dan agama, kerajaan Malaysia melalui Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan mahkamah khas ( Mahkamah Syariah ) untuk urusan orang islam dari segi institusi kekeluargaan dan hubungan sosial. Dibawah peruntukan mahkamah khas ini, ia diberi kuasa melaksanakan hukum islam berkuat kuasa terhadap orang islam sahaja. Walaupun begitu hakim Mahkamah Syariah masih lagi memainkan peranan yang penting dalam institusi kerajaan kerana beliau berada dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Peranannya tidak terbatas kepada hukum-hukum institusi kekeluargaan sahaja tetapi masih lagi meluas sehingga mampu mencakup dalam hal ehwal negara, kerajaan dan rakyat. Hakim juga berperanan menjaga hubungan sosial dan perkembangan tingkahlaku semasa umat islam di negaranya khususnya