penolong penguasa kastam w27

8
Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 Adakah anda calon Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 pada 5 Ogos 2014 ini? Jika anda tidak pasti, anda boleh semak di laman web SPA melalui link di bawah: Klik di sini untuk buat semakan online Penolong Penguasa Kastam Gred W27 Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 untuk sesi peperiksaan 5 OGOS 2014 ini adalah jawatan yang mempunyai capaian besar di seluruh negara. Jawatan ini adalah di bawah Kastam Diraja Malaysia yang mempunyai unit gerakan di seluruh negara Syarat Lantikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ] Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ] Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ] Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan seperti di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. Deskripsi Tugas Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.

Upload: idea-bisnes-internet

Post on 21-May-2015

1.105 views

Category:

Career


3 download

DESCRIPTION

Jawatan Penolong Penguasa Kastam untuk sesi peperiksaan 5 OGOS 2014 ini adalah jawatan yang mempunyai capaian besar di seluruh negara. Jawatan ini adalah di bawah Kastam Diraja Malaysia yang mempunyai unit gerakan di seluruh negara

TRANSCRIPT

Page 1: Penolong Penguasa Kastam W27

Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 Adakah anda calon Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 pada 5 Ogos 2014 ini? Jika anda tidak pasti, anda boleh semak di laman web SPA melalui link di bawah:

Klik di sini untuk buat semakan online Penolong Penguasa Kastam Gred W27

Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27 untuk sesi peperiksaan 5 OGOS 2014 ini

adalah jawatan yang mempunyai capaian besar di seluruh negara. Jawatan ini adalah di

bawah Kastam Diraja Malaysia yang mempunyai unit gerakan di seluruh negara

Syarat Lantikan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]

Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]

Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang

diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan seperti di atas; atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas

Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga

agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.

Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga

barang-barang bagi tujuan pungutan duti.

Page 2: Penolong Penguasa Kastam W27

Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses

permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.

Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan

dalam stor-stor pencegah.

Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai

jualan dipatuhi.

Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad

lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas

penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Jika anda adalah calon untuk Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27,

anda mungkin akan memerlukan panduan sebagai rujukan untuk menjawab

peperiksaan tersebut. Saya mengesyorkan anda untuk dapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27. Panduan ini akan mula dijual mulai 31 Julai hingga 3 Ogos 2014, jika anda berminat untuk dapatkan panduan ini, anda boleh daftar melalui link di bawah.

Klik di sini untuk daftar Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

PS: Panduan ini hanya akan dijual selama 4 hari sahaja, daftar nama anda sekarang

supaya anda tidak terlepas untuk dapatkan panduan ini. Anda hanya perlu isi nama dan

emel sahaja.

Sumber : http://kerjayahunt.blogspot.com/2014/07/jawatan-penolong-penguasa-kastam-

w27.html

Page 3: Penolong Penguasa Kastam W27

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Seksyen A)

Penerangan Format

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang

mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit

untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan.

Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti

yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza

dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi

formatnya;

Tempoh: 40 minit

Jumlah Soalan: 50 soalan

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan

seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas

yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan

persekitaran. Itu adalah satu kriteria sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini,

bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang

melibatkan isu-isu nasional.

Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa

bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam

bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan

dalam seksyen A ini.

Antara skop pengkhususan (PENTING) soalan dalam bahagian ini ialah:

Soalan KHUSUS berkaitan jawatan (PENTING!)

Untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam, seharusnya ada soalan berkaitan

jawatan dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)

Juga bidang-bidang perlaksanaan khas Kastam

Ianya khusus untuk menguji kepekaan pemohon terhadap kementerian/jabatan

terlibat. Buat persediaan khusus tertumpu pada pecahan in

Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat

Page 4: Penolong Penguasa Kastam W27

Dapatkan lebih banyak info dalam Seksyen A dengan mendapatkan

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Klik di sini)

Sambungan ke Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

Sumber: http://kerjayahunt.blogspot.com/2014/07/format-soalan-peperiksaan-online.html

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Seksyen B)

Penerangan Format Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini untuk sesi 5 Ogos 2014 adalah;

Tempoh: 45 minit

Jumlah Soalan: 40 soalan

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik,

interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus

SPM. Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam seksyen

B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

Penyelesaian Masalah

Menginterpretasi Data

Soalan Matematik

Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Seperti pada huraian sekyen A, kita akan pergi kepada analisis yang lebih mendalam

tentang bentuk soalan untuk setiap pecahan di atas dan setiap pecahan akan disertakan

contoh dan tips bagaimana untuk anda melakukan persediaan.

Ianya tidaklah sesusah yang disangka bahkan bagi kami, bahagian ini adalah satu

bahagian yang paling menyeronokkan. Untuk sesi bemula 2009 sehingga Februari

2014, anda tidak dibenarkan membawa kalkulator semasa peperiksaan ini, jadi

kemahiran pengiraan cepat dan congak anda amat diperlukan di sini.

Page 5: Penolong Penguasa Kastam W27

Tetapi untuk peperiksaan Online, tiada pengawas mengawasi anda. Siapkan kalkulator

di sebelah anda... tiada masalah!

Dapatkan lebih banyak infot dengan mendapatkan

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Klik di sini)

Sambungan ke (Seksyen C) Ujian Psikometrik

Sumber: http://kerjayahunt.blogspot.com/2014/07/format-soalan-peperiksaan-online_28.html

Format Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Seksyen C)

Penerangan Format

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa

60 minit, sebanyak 200 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang

menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling

mudah bagi anda pada 5 Ogos ini.

Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada

seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini

formatnya;

Tempoh: 60 minit

Jumlah Soalan: 200 soalan

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon

iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi,

integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen

Sahsiah dan Minat.

Dapatkan lebih banyak info mengenai Seksyen C dengan mendapatkan

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 (Klik di sini)

Page 6: Penolong Penguasa Kastam W27

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Soalan-soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 dipecahkan kepada 3

seksyen

1. Seksyen A Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

2. Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah

3. Seksyen C Ujian Psikometrik

Soalan yang diberikan di sini adalah contoh sahaja dan bukan soalan ramalan. Soalan

yang diberikan adalah sebagai persediaan sahaja untuk calon Peperiksaan Penolong

Penguasa Kastam W27.

Seksyen A: Contoh Soalan & Jawapan 1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sebuah badan kerajaan yang diletakkan di

bawah;

A. Jabatan Perdana Menteri

B. Kementerian Kewangan

C. Kementerian Dalam Negeri

D. Perbendaharaan Negara

2. Sebuah Akademi yang dinamakan ____________ ditubuhkan berfungsi sebagai institusi latihan yang melatih wargakerja KDRM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Ianya di peraku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai ‘training arm’ di rantau Asia Pasifik A. KDRMForce B. AKMAL C. BAKISKA D. ForceMY

Seksyen B: Contoh Soalan & Jawapan 1. Untuk menyaksikan suatu pertunjukkan sarkas di ibu negara, jumlah bayaran yang

perlu dibayar bagi 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM 160, manakala

bayaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM 15. Jumlah bayaran bagi seorang dewasa

dan seorang kanak-kanak ialah

Page 7: Penolong Penguasa Kastam W27

A 30

B 45

C 35

D 50

2. Pecutan sebiji bola yang dilepaskan daripada keadaan rehat ialah 9.8 ms-1 sesaat.

Pertambahan laju batu itu, dalam ms-1 selepas 2.1 saat dilepaskan ialah

A 20.58

B 26.46

C 21.32

D 27.9

Seksyen C: Contoh Soalan & Jawapan 1. Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju

B. Tidak setuju

2. Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat

fahami.

A. Ya

B. Tidak

Dapatkan lebih banyak contoh dan jawapan Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa

Kastam W27 dengan mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa

Kastam W27 (Klik di sini)

Sumber: http://kerjayahunt.blogspot.com/2014/07/contoh-soalan-peperiksaan-

penolong.html

Page 8: Penolong Penguasa Kastam W27

Ebook Preview Pakej Rujukan Penolong Penguasa Kastam W27

Sila muat turun ebook ini di sini http://kerjayahunt.blogspot.com/2014/07/ebook-preview-pakej-

rujukan-penolong-penguasa-kastam-w27.html