penjelasan dan penerangan marhalah takrif

4
8/8/2019 Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif http://slidepdf.com/reader/full/penjelasan-dan-penerangan-marhalah-takrif 1/4 1 PENJELASANA DAN PENERANGAN MARHALAH TAKRIF Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com) Untuk Usrah Siswazah Muda ABIM (SisMA) Kita menyambung perbincangan kita kepada tajuk seterusnya selepas membincangkan pendahuluan atau pembukaan tajuk Jalan Dakwah. Kembali kita mengingatkan semula, bahawasanya, di dalam menelusuri jalan dakwah yang menjadi pilihan hidup kita bersama, terdapat tiga peringkat yang wajib berjalan seiringan. Tahap pertama adalah pengenalan (Tarif), kedua tahap pembentukan (Takwin) serta ketiga tahap perlaksanaan (Tanfiz). Hal ini harus dikongsikan dengan sebaik mungkin. Ia mempunyai ciri-ciri serta nilainya yang tersendiri pada setiap tahap atau marhalah dan seharusnya menjadi rujukan untuk persiapan generasi kini dan akan datang.  PENGENALAN DAKWAH (TARIF)  Peringkat pertama ini merupakan peringkat yang amat penting dalam melalui jalan dakwah yang sebenar. Ianya akan mempengaruhi tahap-tahap yang seterusnya. Ini bermakna, rosak bermakna rosaklah pada marhalah atau tahap yang kedua dan ketiga. Usaha-usaha yang dilakukan dalam marhalah satu ini seharusnya sahih, benar dan sejahtera.  KEMURNIAN DAKWAH  Usaha dakwah adalah amat perlu dilaksanakan dalam suasana dan keadaan yang sangat murni dan baik. Kemurniaan itu bermaksud, segala usaha dakwah ini seharusnya bersih dari sebarang campur-aduk pandangan atau matlamat perjuangannya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak, baik penentang agama Islam itu sendiri bahkan yang lebih dikhuatiri adalah musuh-musuh yang datang dari dalam selimut sendiri. Pada hari ini, perjuangan serta usaha dakwah ini telah dicampur-adukkan dengan pandangan politik, kesamarataan yang disitilahkan juga sebagai adil, keadilan yang berlatarbelakangkan rujukan kitab hak asasi manusia dan pelbagai lagi kerosakan perjuangan dakwah yang akhirnya menyesatkan serta melahirkan para dai yang menyimpang dan berjalan luar dari jalan dakwah sebenar. Ini lebih membimbangkan apabila usaha dakwah ini disaingi oleh bentuk-bentuk pemikiran yang merosakkan yang dijana oleh musuh-musuh Islam sehinggakan mereka tidak lagi meletakkan Islam sebagai cara hidup. Kemurnian sebenar dalam urusan dakwah ini perlu kembali menjadikan Al- Quran sebagai dustur atau rujukan utama yang mana ia juga merupakan mukjizat dari Allah s.w.t. dengan janji-Nya bahawa ia akan terpelihara sehingga ke hari kiamat. Al-Quran perlu kembali menjadi keutamaan dalam diri setiap pendakwah dan dituruti dengan amalan dan tinggalan dalam

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 10-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif

8/8/2019 Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif

http://slidepdf.com/reader/full/penjelasan-dan-penerangan-marhalah-takrif 1/4

1

PENJELASANA DAN PENERANGAN MARHALAH TAKRIF 

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Untuk Usrah Siswazah Muda ABIM (SisMA)

Kita menyambung perbincangan kita kepada tajuk seterusnya selepas membincangkan

pendahuluan atau pembukaan tajuk Jalan Dakwah. Kembali kita mengingatkan semula,

bahawasanya, di dalam menelusuri jalan dakwah yang menjadi pilihan hidup kita bersama, terdapat

tiga peringkat yang wajib berjalan seiringan. Tahap pertama adalah pengenalan (Tarif), kedua tahap

pembentukan (Takwin) serta ketiga tahap perlaksanaan (Tanfiz). Hal ini harus dikongsikan dengan

sebaik mungkin. Ia mempunyai ciri-ciri serta nilainya yang tersendiri pada setiap tahap atau

marhalah dan seharusnya menjadi rujukan untuk persiapan generasi kini dan akan datang.

 

PENGENALAN DAKWAH (TARIF)  

Peringkat pertama ini merupakan peringkat yang amat penting dalam melalui jalan dakwah

yang sebenar. Ianya akan mempengaruhi tahap-tahap yang seterusnya. Ini bermakna, rosak

bermakna rosaklah pada marhalah atau tahap yang kedua dan ketiga. Usaha-usaha yang dilakukan

dalam marhalah satu ini seharusnya sahih, benar dan sejahtera.

 

KEMURNIAN DAKWAH  

Usaha dakwah adalah amat perlu dilaksanakan dalam suasana dan keadaan yang sangat

murni dan baik. Kemurniaan itu bermaksud, segala usaha dakwah ini seharusnya bersih dari

sebarang campur-aduk pandangan atau matlamat perjuangannya. Pelbagai usaha telah dilakukan

oleh pelbagai pihak, baik penentang agama Islam itu sendiri bahkan yang lebih dikhuatiri adalah

musuh-musuh yang datang dari dalam selimut sendiri. Pada hari ini, perjuangan serta usaha dakwah

ini telah dicampur-adukkan dengan pandangan politik, kesamarataan yang disitilahkan juga sebagai

adil, keadilan yang berlatarbelakangkan rujukan kitab hak asasi manusia dan pelbagai lagi kerosakan

perjuangan dakwah yang akhirnya menyesatkan serta melahirkan para dai yang menyimpang dan

berjalan luar dari jalan dakwah sebenar.

Ini lebih membimbangkan apabila usaha dakwah ini disaingi oleh bentuk-bentuk pemikiran

yang merosakkan yang dijana oleh musuh-musuh Islam sehinggakan mereka tidak lagi meletakkan

Islam sebagai cara hidup. Kemurnian sebenar dalam urusan dakwah ini perlu kembali menjadikan Al-

Quran sebagai dustur atau rujukan utama yang mana ia juga merupakan mukjizat dari Allah s.w.t.

dengan janji-Nya bahawa ia akan terpelihara sehingga ke hari kiamat. Al-Quran perlu kembali

menjadi keutamaan dalam diri setiap pendakwah dan dituruti dengan amalan dan tinggalan dalam

Page 2: Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif

8/8/2019 Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif

http://slidepdf.com/reader/full/penjelasan-dan-penerangan-marhalah-takrif 2/4

sunnah Rasulullah s.a.w. Kita mesti kembali kepada kefahaman yang benar sebagaimana kefahaman

para salafussoleh di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Ar-Rasyidin r.a.

Kefahaman ini turut telah diberikan pesanan oleh Imam Hassan Al-Banna. Antara

pesanannya yang utama adalah pendakwah bukan datangnya dari golongan qadhi atau

penghukum. Ini kerana pandangan seseorang pendakwah diisi dan dipenuhi dengan perasaan kasih

sayang sehinggakan mereka yang melakukan maksiat atau kesalahan adalah orang yang penting

untuk diselamatkan dan diberikan peringatan. Oleh yang demikian, dengan apa yang berlaku pada

hari ini, dengan pelbagai gejala dan kerosakan, maka sebagai pendakwah, tugas kita pasti bertambah

dan memerlukan lebih banyak pengorbanan serta menyebarkan lebih luas makna kasih dan sayang.

Mereka wajib difahamkan bahawa dengan cara hidup Islam sebenar dan bukan tugas kita untuk

mewujudkan dinding serta tabir kebencian serta rasa takut mereka terhadap pendakwah itu sendiri

melalui kekerasan mahupun tindakan yang mempersendakan mereka. 

DAKWAH SEMPURNA DAN MENYEMPURNAKAN  

Tugasan kita adalah untuk menyampaikan dakwah agama yang telah sempurna. Usaha

dakwah yang sempurna ini telah didahului oleh Rasulullah s.a.w. Contoh yang wajib diteladani tetapi

malangnya sudah suram dan tidak diikuti. Apa yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul s.a.w. adalah

gambaran Islam sebagai satu cara hidup yang aman, selamat dan penuh dengan kesejahteraan.

Permulaan perjalanan dakwah Baginda s.a.w. penuh dengan pelbagai ranjau yang dilalui dengan

tabah dan sabar. Begitulah tulusnya Baginda s.a.w. bahkan berdoa, Wahai Tuhanku, berilah hidayahkepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

 

Hidup manusia merupakan satu lambang kesatuan yang sempurna lagi menyempurnakan.

Islam pula datang untuk menyempurnakan cara hidup mereka. Islam merupakan pelengkap dalam

kehidupan serta ia juga perlukan kelengkapan yang Allah s.w.t. seperti fahaman-fahaman ideologi

yang pelbagai yang diciptakan oleh manusia sendiri. Oleh demikian, berlakulah tugas sebenar

sebagai seorang Muslim dan ia perlu diterjemahkan dengan selengkapnya tanpa sebarang

pemecahan dan penyelewengan. Dasar utama dalam dakwah Islam yang sempurna lagi

menyempurnakan dicatatkan oleh Al-Imam Hassan Al-Banna di dalam Rukun Fiqh yang beliau

menyatakan;

Islam itu satu nizam, satu sistem hidup yang lengkap, syumul dan merangkumi setiap realiti

kehidupan. Jadi Islam itu adalah daulah dan tanahair atau pemerintahan dan ummah. Ia adalah

Page 3: Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif

8/8/2019 Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif

http://slidepdf.com/reader/full/penjelasan-dan-penerangan-marhalah-takrif 3/4

akhlak dan kekuatan serta rahmah dan keadilan, ia adalah kebudayaan dan undang-undang atau

ilmu dan kehakiman. Ia adalah harta benda atau usaha dan kebudayaan, Ia adalah jihad dan dakwah

atau tentera dan fikrah sebagaimana ia sebagai akidah dan ibadah.

 

PARA PENDAKWAH 

Pendakwah seharusnya memiliki serta beriltizam untuk membina sifat-sifat asasi peribadi

dai yang sahih dan benar. Ia adalah penting dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita dalam

memperkenalkan dan memperkembangkan kerja-kerja dakwah. Satu dari sifat yang utama adalah

menjadi contoh dan teladan yang baik bagi setiap mereka yang melihat. Maka ia mestilah bermula

dari diri yang menunaikan segala rukun Islam, mengikuti sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w.

serta menjauhi perkara yang dilarang Allah s.w.t. Ia juga harus diterjemahkan ke dalam kelompok

keluarga serta masyarakat.

Keikhlasan pendokong dakwah dalam melaksanakan tugas mereka juga merupakan satu

faktor penting. Ia memerlukan kebulatan hatinya hanya kerana Allah s.w.t. bukan atas dasar

kepentingan dan keuntungan dunia yang amat kecil. Keikhlasan itulah melahirkan kata-kata yang

mampu menembusi hati serta mendatang kesejahteraan dalam jiwa mereka yang mendengar.

Pendek kata, bagi seorang pendakwah, cakap itu dakwah, jalan itu dakwah, hidupnya juga dakwah.

Ia semuanya adalah kerana dan bersama dakwah.

 

Untuk meningkatkan keberkesanan dalam dakwah, pendakwah haruslah mempunyaipengetahuan dan ilmu yang luas. Ia harus hadir melalui pembacaan, mengikuti perkembangan

semasa serta memahami pelbagai ideologi dan aliran pemikiran semasa. Hasilnya, mereka akan

menggambarkan Islam dengan sebaik-baiknya dan mereka akan dapat menyebarkan dakwah dengan

lebih berkesan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nahl ayat 125;

ksP "l[[PWr

R[,RUS[,WT

RW<^R1Ij[AWT.

_rFB^OTD [WrWSF1PTB[,"^Bl[

WSFWT1PTj)I,

 Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat

pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang

Page 4: Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif

8/8/2019 Penjelasan Dan Penerangan Marhalah Takrif

http://slidepdf.com/reader/full/penjelasan-dan-penerangan-marhalah-takrif 4/4

lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari

  jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah

petunjuk.

Setiap dai harus mengetahui tahap pemikiran masyarakat yang didakwahkan serta

menyesuaikan apa sahaja maklumat yang disampaikan. Selain itu, haruslah mereka tahu maksud dan

tujuan pada setiap kata dan tingkahlaku mereka. Setiap kerja dakwah mestilah dimulakan dengan

perkara akidah dan iman dan dielakkan daripada perkara-perkara cabang sehinggalah menjelaskan

cara hidup Islam yang sebenar. Tugas menyampaikan dakwah ini adalah tugas untuk menyeru

manusia kembali ke jalan Allah yang dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang

ganjaran. Namun kerapkali berlaku keadaan dimana usaha-usaha dakwah ini seolah-olah telah

terpedaya berdasarkan kepentingan-kepentingan lain yang datang bersama usaha dakwah tersebut.

Maka diperingatkan wahai para duat, usahlah terpedaya dan alpa dengan kejayaan yang kamu

terima kerana sesungguhnya golongan yang mengikuti kamu ini adalah amat sedikit.

 

Walau sedikit, usahlah berputus asa kerana inilah yang dijanjikan Allah s.w.t. dan yang telah

dilalui oleh para Rasul dan sahabat-sahabat Baginda serta orang-orang soleh selepasnya. Usah pula

bersedih sekiranya usaha-usaha itu diganggu. Jika dibandingkan usaha itu dengan apa yang telah

dilalui mereka yang terdahulu, nescaya kita hanya melalui sedikit dari apa yang telah mereka lalui.

Jika kita berhenti, bayangkanlah jika mereka yang terdahulu berhenti dari menyampaikan dakwah

hanya kerana diganggu, pasti hari ini Islam tidak dapat dirasai. Pesan Al-Imam Hassan Al-Banna,

Jadilah kamu dengan manusia itu sepohon pokok buah-buahan, mereka melemparnya dengan batu

dan dia (pokok) melemparkan mereka dengan buahnya.

12.49 pagi

19 Oktober 2010 

Rumah PKNS, Taman Malawati, Kuala Selangor

Penulis adalah;

Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management ( http://iqclassmanagement.blogspot.com )

Bendahari Agung Briged Bakti Malaysia

Setiausaha ABIM Cawangan Negeri Selangor (http://abimselangor.blogspot.com )

YDP ABIM Cawangan Kuala Selangor ((http://abimdks.blogspot.com)