penjagaan mata rabun

Download Penjagaan Mata Rabun

Post on 22-Jul-2015

180 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya. Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan reseptor dan perseptor ini. Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing. Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi. Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menentang serangan patogen untuk menghindarkan diri daripada penyakit. Selain makanan, kita haruslah menjaga kebersihan diri demi kesihatan fizikal dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta memakai pakaian yang bersih. Kesihatan fizikal dapat dicapai juga melalui senaman harian, sukan atau permainan. Kecerdasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan. Definisi ini perlu mengambil kira kecerdasan fizikal untuk kesihatan serta kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan. Kecerdasan fizikal untuk kesihatan bertujuan mengurangkan risiko menghidap penyakit. Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan 1

untuk mencapai tahap kecemerlangan Untuk itu, seseorang atlit atau pemain perlu memiliki kecergasan fizikal dalam kesihatan. Terdapat lima komponen yang berkaitan dengan kecergasan fizikal, iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh. Daya tahan kardiovaskular merujuk kepada keupayaan jantung dan salur darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan. Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal, iaitu apabila otot menjadi kuat aktiviti fizikal itu menjadi ringan dan tidak cepat mendatangkan keletihan. Daya tahan otot merujuk kepada kebolehan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam suatu tempoh masa. Kelenturan bermakna keupayaan sendi anggota untuk bergerak dengan lancar tanpa berasa sakit dan lesu. Komposisi tubuh merujuk kepada peratusan lemak nisbah kepada peratusan otot dalam badan. Seseorang boleh dianggap cergas jika badannya mempunyai lebih banyak tulang berbanding dengan kandungan lemaknya. Seseorang yang sudah mencapai kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, manakala seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah akan berasa letih sesudah melakukan aktiviti fizikal. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot. Individu seumpama ini boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi. Kecergasan fizikal berbeza dari individu ke individu lain dan bergantung kepada faktor sepert jantina, umur dan berat badan. Kecergasan fizikal sesorang boleh diukur dengan menggunakan pengukuran aerobik cooper. Mengikut Dr. Kenneth H. Cooper, kuasa aerobik merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan aktiviti lebih daripada tiga minit secara berterusan tanpa mudah berasa letih. Kuasa aerobik juga menunjukkan kemampuan sistem kardiovaskular, sistem respirasi dan otot untuk menanggung beban tambahan akibat daripada aktiviti fizikal ini. Semasa aktiviti fizikal dijalankan banyak asid lakfik akan terkumpul. Asid lakfik menyebabkan otot dan badan berasa letih. Walau bagaimanapun, keletihan ini dapt diatasi dengan meningkatkan kecekapan jantung, peredaran darah dan sistem respirasi.

KAJIAN TAJUK: PENJAGAAN MATA RABUN DI KALANGAN KANAK-KANAK 2

1. MAKSUD PENGLIHATAN Penglihatan merupakan deria yang paling penting kerana ia mendedahkan kita kepada pelbagaimaklumat yang ada di sekeliling. Setaraf dengan nilai tersebut, mata perlu dijaga serta dijauhi dari bahaya yang boleh mengancam fungsi-fungsinya. Sebagaimana dewasa, kanak-kanak juga menghadapi risiko-risiko yang menyebabkan mereka hilang penglihatan. Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 1.5 juta kanak-kanak buta di seluruh dunia. Kajian-kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah mendapati ramai pelajar mengalami masalah penglihatan. Menurut pakar mata, masalah ini berlaku disebabkan ketiadaan prosedur atau kaedah pemeriksaan teratur untuk menilai masalah kemerosotan penglihatan bagi kanak-kanak yang berumur antara dua hingga enam tahun. Paling cepat, kebiasaannya seorang kanak-kanak hanya menjalani ujian mata apabila berusia tujuh tahun atau setelah masuk ke sekolah rendah. Pada tahap tersebut, boleh dikatakan agak terlambat kerana waktu yang paling sesuai ialah semasa berusia dua hingga enam tahun atau ketika berada di prasekolah. AFAKIA adalah satu keadaan di mana mata telah kehilangan kanta kristalin yang asal (ketiadaan kanta mata) melalui pembedahan disebabkan oleh katarak (kanta kristalin berkabut). Ia boleh berpunca sejak lahir, trauma ataupun bila bayi mempunyai penyakit sistemik. Kebiasaannya, jika dikesan semasa lahir, ia dikenali sebagai katarak kongenital. Katarak kongenital merupakan opasti atau kekabutan pada kanta kristalin yang boleh menghalang penglihatan. Ia boleh mengakibatkan kekaburan penglihatan yang nyata ataupun secara total. Katarak kongenital kebiasaannya berlaku pada kedua-dua belah mata (bilateral) manakala katarak yang disebabkan oleh trauma selalunya berlaku pada satu mata (unilateral). Sekiranya katarak tidak dapat dikesan awal, ia boleh menyebabkan deprivasi/halangan penglihatan pada bayi. Ini berlaku disebabkan oleh pengurangan stimulus untuk penglihatan sehinggakan bayi mengalami tahap penglihatan yang rendah. Komplikasi penglihatan yang dapat berlaku akibat pengurangan stimulus penglihatan di awal usia adalah ambliopia (mata malas), nistagmus (mata bergetar) dan juling. Dengan tahap penglihatan yang rendah, secara tidak langsung boleh mempengaruhi tumbesaran kanakkanak dari segi motiliti dan juga keupayaan mengenal objek dan warna. Rawatan atau rehabilitasi/pemulihan semula penglihatan bagi kanak-kanak afakia perlu disegerakan sejurus selepas pembedahan katarak dilakukan. Ini amat penting untuk mengelakkan penglihatan kanak-kanak tersebut terbiar tanpa ada sebarang pembetulan refraksi. Pembetulan refraksi/pembiasan diperlukan selepas pembedahan katarak. Ini kerana kanta kristalin yang dikeluarkan semasa surgeri sebenarnya berfungsi sebagai salah satu media refraksi yang membawa kuasa anggaran sebanyak 20D. Apabila kanta ini dikeluarkan 3

semasa surgeri, mata akan kehilangan kuasa akomodasi (untuk melihat dekat) sebanyak 20D.Oleh itu, kuasa refraksi tambahan perlu dipasang di luar mata (dengan memakai kanta sentuh ataupun cermin mata) ataupun kanta palsu (kanta intraokular) dimasukkan ke dalam mata kanak-kanak semasa surgeri. 2. MATA RABUN Definisi bagi masalah rabun mata ialah cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf). Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Sebagai makhluk paling sempurna, manusia dianugerahi sepasang mata yang luar biasa. Mata manusia dibekali kemampuan yang dapat melihat benda-benda yang jauh maupun bendabenda yang dekat dengan mata. Namun, seiring bertambahnya usia dan akibat perilaku yang tidak wajar, mata manusia kemudian memiliki keterbatasan. Keadaan mata manusia yang demikian dinamakan mengalami cacat mata. Mata merupakan indra penglihatan dan merupakan organ yang dapat menangkap perubahan dan perbedaan cahaya. Organ ini bekerja dengan cara menerima, memfokuskan, dan mentransmisikan cahaya melalui lensa untuk menghasilkan bayangan objek yang dilihatnya. Mata merupakan volume tertutup di mana cahaya masuk melalui lensa (lensa mata). Diafragma berfungsi untuk mengatur banyaknya cahaya yang masuk ke mata sehingga objek akan tampak jelas dan mata tidak silau. Pupil sebagai lubang pada diafragma merupakan tempat/jalan masuknya cahaya, sehingga tidak ada cahaya yang dipantulkan darinya karena ininmerupakan lubang, dan sangat sedikit cahaya dipantulkan kembali dari bagian dalam mata. Retina berada pada permukaan belakang berfungsi sebagai tempat jatuhnya bayangan. Retina terdiri atas serangkaian saraf dan alat penerima (reseptor) yang rumit, d