penilaian statut duti setem

18
PENILAIAN STATUT TAJUK : KADAR2 DUTI SETEM & ASAS PENENTUAN DAN KADAR PENGIRAAN DUTI SETEM NAMA : NURUL HAZIRAH BT ABD BASHID SITI AISYAH BT JAMALUDDIN NAMA PENSYARAH : PN ZAHARAH

Upload: darling-tuna

Post on 25-Jun-2015

2.269 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Statut Duti Setem

PENILAIAN STATUTTAJUK : KADAR2 DUTI

SETEM & ASAS PENENTUAN DAN KADAR PENGIRAAN DUTI SETEM

NAMA : NURUL HAZIRAH BT ABD BASHID SITI AISYAH BT JAMALUDDIN

NAMA PENSYARAH : PN ZAHARAH

Page 2: Penilaian Statut Duti Setem

DEFINISI DUTI SETEM

Sejenis cukai yang dibentuk dan dikawal oleh Akta Setem 1949

Merupakan cukai yang dilevi :bukan keatas setiap transaksi individu, hanya keatas instrumen yang digunakan untuk pindah milik

Page 3: Penilaian Statut Duti Setem

Peruntukan akta

Seksyen 4(1),akta setem 1949.

Seksyen 4(3),akta setem 1949-instrumen utama sahaja yang dikenakan duti( dinyatakan dalam Jadual Pertama)-semua intrumen(subsidiary) lain dikenakan duti sebanyak RM10 sahaja

Page 4: Penilaian Statut Duti Setem

ASAS CUKAI

Sepertimana diperuntukkan di bawah Jadual

Pertama Akta Setem 1949, duti ini adalah

berasaskan kepada balasan nilai wang atau nilai

pasaran harta tanah, mana yang lebih tinggi

Page 5: Penilaian Statut Duti Setem

Tarikh nilaian

Di mana terdapat Surat Perjanjian Jual Beli,

Tarikh nilaiannya adalah pada tarikh Surat

Perjanjian disempurnakan. Jika tiada Surat

Perjanjian, tarikh nilaian adalah pada tarikh

suratcara pindah milik disempurnakan.

bermaksud

Page 6: Penilaian Statut Duti Setem

Bagi kes-kes: Kes penyelesaian atau pemberian :

- tarikh sempurnanya instrumen pemegang amanah/penyelesaian/pemberian

Kes pindah milik melalui penjualan: (memerlukan perjanjian jualbeli bersetem)-tarikh sempurnanya perjanjian

Kes pindah milik harta tanah oleh badan perundangan@PBT@persatuan koperasi berdaftar:-tarikhnya adalah tempoh terakhir pindah milik yang diberikan kepada penerima pindah milik.

sambungan

Page 7: Penilaian Statut Duti Setem

Kes penjualan semula harta tanah:-tarikhnya yang dipersetujui oleh badan perundangan@PBT@lembaga persatuan koperasi bagi penjualan tersebut

Kes pindah milik yg memerlukan perjanjian jual beli yang disetemkan ,dgn pembiayaaan yang diatur oleh syariah :-tarikh sempurnanya perjanjian

Page 8: Penilaian Statut Duti Setem

Kepentingan duti setem ke atas harta tanah Instrumen yang tidak di duti

setemkan seperti yang diperlukan tidak akan diterima oleh : Pendaftar bagi tujuan pendaftaran. Bukti dalam pembicaraan awam Bukti hakmilik.

Page 9: Penilaian Statut Duti Setem

Kadar duti setem. Perkara 32(a) ,Jadual Pertama , Akta

duti setem 1949 : Penjualan mana-mana harta tanah (kecuali

stok,saham,sekuriti,akuan penerimaan atau buku hutang ,didalam perenggan C ; Duti Setem dibayar berasaskan kepada

harga harta tanah tersebut atau nilai pasarannya, yang mana Iebih tinggi. Perkara ini diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta Setem, 1949 (Akta 378). Kadar duti dikira seperti berikut:

Page 10: Penilaian Statut Duti Setem

RM1.00 bagi setiap RM100 pada RM100,000 yang pertama;

RM2.00 bagi setiap RM100 pada mana-mana amaun yang melebihi RM100,000 tetapi tidak melebihi RM500,000;

RM3.00 bagi setiap RM100 pada mana-mana amaun yang melebihi RM500,000

Pindaan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001

Page 11: Penilaian Statut Duti Setem

Contoh pengiraan :

Ali beli rumah daripada Bakar. Harga perjanjian antara Ali dengan Bakar ;

RM700,000 Penilaian yang dilakukan JPPH(diminta oleh

LHDN) bagi nilai pasaran semasa:RM690,000

SOALAN: BERAPAKAH DUTI SETEM YANG HARUS DIBAYAR OLEH ALI PADA LHDN??

Page 12: Penilaian Statut Duti Setem

JAWAPAN: Penentuan harga yang harus digunakan??

-harga dalam perjanjian : RM 700,000-harga nilai pasaran : RM 690,000

MERUJUK SEKSYEN 12A & PERKARA 32(a),JADUAL PERTAMA,AKTA SETEM 1949

(jika ada dua nilaian berbeza,nilai yg lebih tinggi semasa pindah milik dgunakan.

Harga yang digunakan : RM 700,000

Page 13: Penilaian Statut Duti Setem

PENGIRAAN : RM1.00 bagi setiap Rm100 pada RM100,000

pertama= (RM100,000/RM1oo) * RM1.00

=RM1,000 RM2.00 bagi setiap RM100 pada RM400,000

berikutnya =(RM400,000/RM100)* RM2.00

=RM8,000 RM3.00 bagi setiap RM100 pada RM200,000

=(RM200,000/RM100) * RM3.00=RM6,000

JUMLAH DUTI SETEM YANG PERLU DIBAYAR=RM1,000+RM8,000+RM6,000=RM15,000

Page 14: Penilaian Statut Duti Setem

JENIS DUTI

Di bawah undang-undang duti setem terdapat dua (2) jenis duti iaitu :

1. Duti Ad ValoremDuti yang dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan. Pengenaan Duti Ad Valorem (iaitu mengikut nilai) ke atas : Surat cara pemindahan (secara jualan atau

hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik;

Page 15: Penilaian Statut Duti Setem

Surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun

Surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk pembayaran.

Surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.

Page 16: Penilaian Statut Duti Setem

2. Duti Tetap Duti yang dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara.

Lain-lain surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal contohnya Surat Kuasa Wakil, Perkara-perkara Persatuan bagi Syarikat, Nota Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan

Surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau prinsipal telah disetemkan dengan sempurna

Page 17: Penilaian Statut Duti Setem

PENALTI (DUTI SETEM) Pada amnya, sesuatu dokumen hendaklah

disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.

Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan,penalti yang boleh dikenakan adalah seperti berikut;

RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;

Page 18: Penilaian Statut Duti Setem

RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;

RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman;

(Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003)