peniaga bijak #cakna cukai€¦ · bil contoh jenis pelepasan bagi tahun taksiran 2019* jumlah 1...

46
Peniaga Bijak #Cakna Cukai 0 | Page

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

0 | P a g e

Page 2: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

1 | P a g e

KANDUNGAN

BAHAGIAN I: CUKAI PERNIAGAAN A. Pengenalan......................................................................................1-14 B. Tanggungjawab Peniaga C. Pendapatan Kasar Perniagaan D. Pendapatan Larasan Dari Sumber Perniagaan E. Perbelanjaan Khusus Yang Dibenarkan F. Elaun Modal G. Pendapatan Berkanun H. Pendapatan Agregat I. Derma Yang Diluluskan J. Pendapatan Dikenakan Cukai K. Contoh Format Pengiraan Cukai L. Kadar Cukai Individu M. Kadar Cukai Syarikat N. Pelepasan Individu (Milikan Tunggal)

BAHAGIAN II: PANDUAN PENYIMPANAN REKOD INDIVIDU PERNIAGAAN

A: PENGENALAN...............................................................................14-17 Siapakah individu yang dikehendaki menyimpan rekod? Kenapa perlu menyimpan rekod? Apakah yang perlu untuk menyimpan rekod? Apakah dokumen sokongan yang perlu disimpan? Contoh cara merekod transaksi perniagaan? Berapa lama rekod perlu disimpan? Bilakah anda dikehendaki melapor pendapatan? Apakah akibat jika gagal menyimpan rekod?

B : REKOD-REKOD / DOKUMEN SUMBER.......................................17-19 Apakah itu rekod perniagaan? Apakah rekod-rekod/sumber dokumen yang perlu disimpan? C : BUKU SIMPANAN KIRA-KIRA......................................................20-22 Bagaimana merekod bagi perniagaan kecil?

BAHAGIAN III: SOALAN-SOALAN LAZIM 1. Perniagaan Individu.........................................................................24-32 2. Majikan............................................................................................32-36 3. Syarikat...........................................................................................36-38 4. Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit..................................................39-40

BAHAGIAN IV: PANDUAN MENGAKSES DAN MENGISI KOD PERNIAGAAN UNTUK BORANG B DAN e-B ...........................................................................41 BAHAGIAN V: RUJUKAN PANTAS KOD-KOD PERCUKAIAN.....................44

Page 3: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

2 | P a g e

BAHAGIAN I: CUKAI PERNIAGAAN

A. PENGENALAN

Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan,

pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan

cukai.

Perniagaan terdiri daripada:

Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri :Individu yang menjalankan perniagaan

secara perseorangan

Perkongsian :Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih

pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam

menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan.

Perkongsian mungkin wujud di antara :

Individu-individu

Dua syarikat

Individu dan syarikat

Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

Contoh-contoh Perniagaan :

Perniagaan runcit

Perniagaan atas talian (online). Contoh: Shoppe

Pemandu perkhidmatan e-Hailing. Contoh: Grabcar

Perniagaan jualan langsung

Pertanian dan penternakan

Perniagaan makanan dan minuman

Klinik, firma guaman atau lain-lain Pengamal professional

Penulis, Pereka, Penceramah agama, Perunding motivasi

Page 4: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

3 | P a g e

Broker Saham, Ejen Insurans/ Ejen lain-lain

Perundingan dan perkhidmatan termasuk jurusolek artis,jurukamera

perkahwinan, personal shopper dan lain-lain

Pusat Tuisyen/Tuisyen persendirian/ Home tuition

Perniagaan Jahitan dan Sulaman

Personal shopper

Taska/Tadika persendirian

B. TANGGUNGJAWAB PENIAGA

1. Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan.

2. Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM

yang berhampiran (jika belum terima).

3. Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian).

4. Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti

penyata sewa dan penyata komisen.

5. Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu).

6. Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit

buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat.

7. Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan - Nota penerangan Borang

B / Nota penerangan Borang P.

8. Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) - Skim Ansuran CP500

Maklumat pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan

Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara

berasingan.

Mengira sendiri cukai pendapatan.

Menyemak dan TANDATANGAN Borang Nyata yang telah lengkap diisi.

Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah

ditetapkan.

Page 5: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

4 | P a g e

Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan

tidak perlu dikemukakan.

Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk

potongan, pelepasan serta rebat selama 7 TAHUN.

Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira

perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata bank.

Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau

sebelum 30 Jun.

Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau sebelum 30

Jun.

9. Jika peniaga merupakan majikan yang mempunyai pekerja tetap atau

mempunyai pekerja sementara maka:

Tanggungjawab Majikan adalah untuk mengisi Borang E sebelum 31 Mac

setiap tahun

Jika gaji pekerja telah layak untuk Potongan Cukai Bulanan, majikan

disarankan untuk mengguna aplikasi e-PCB, e-CP39 dan ByrHasil.

10. Peniaga boleh menggunakan perkhidmatan atas talian untuk menghantar

Borang B secara e-Filing. Sila layari www.hasil.gov.my > e-Filing.

11: Peniaga boleh mendapatkan Borang B di:

i. Portal Rasmi LHDNM – cari ez-Hasil & klik e-Filing

ii. Cawangan LHDNM yang berdekatan

12: Bagi peniaga yang pertama kali menggunakan e-Filing mereka perlu

mendapatkan No. PIN terlebih dahulu. No. PIN boleh didapati melalui:

i. Cawangan LHDNM yang berhampiran

ii. Permohonan melalui Borang Maklumbalas di Portal Rasmi LHDNM

.

Page 6: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

5 | P a g e

C. PENDAPATAN KASAR (GROSS INCOME)

Pendapatan kasar perniagaan termasuk :

Penerimaan tunai/online payment daripada pihak ketiga bagi barang-

barang yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan

Semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan

perkhidmatan yang diberikan

Penerimaan berupa barangan

Hutang lapuk perniagaan yang pulih

Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan

Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri

D. PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME)

Merupakan hasil dari Keuntungan/(Kerugian) Bersih seperti yg tercatat didalam

Penyata Kewangan Syarikat yg telah dilaraskan. Pelarasan terhadap

Pendapatan Kasar adalah melalui peraturan yang telah ditetapkan oleh Akta

Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Didalam bahagian ini terdapat 2 pekara yg

penting iaitu:

i. Perbelanjaan Dibenarkan-Seksyen 33 ACP 1967

Merupakan perbelanjaan yang dibenarkan ditolak dari Pendapatan Kasar.

Oleh yang demikian keuntungan atau rugi sesuatu tempoh tidak akan

dilaraskan atau ditambah semula ke dalam Pendapatan. Dalam erti kata

lain Pendapatan Larasan adalah sama seperti yang tertera di Penyata

Kewangan sekiranya ia tidak berubah kerana kesemua perbelanjaan

adalah dibenarkan. Perbelanjaan Dibenarkan (Allowable Expenses) secara

prinsipnya perlulah mempunyai sifat-sifat yg termaktub didalam Seksyen

33 ACP 1967 iaitu :

Page 7: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

6 | P a g e

Outgoing or expenses Wholly and exclusively

Incurred during the period and In the poduction of gross income

Antara perbelanjaan yg dibenarkan:

Upah dan gaji pekerja

Manakala upah dan gaji yg dibayar untuk perniagaan milik tunggal adalah

perbelanjaan yang tidak dibenarkan dan perlu dilaraskan semula

Faedah atas pinjaman atau overdraf bagi tujuan perniagaan

Sewa yang kena bayar keatas premis perniagaan

Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yg digunakan

untuk perniagaan

Hutang lapuk tentu

KWSP, PERKESO dsb

ii. Perbelanjaan Tidak Dibenarkan Seksyen 39 ACP 1967

Merupakan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak dibenarkan ditolak

ataupun dihadkan amaunnya didalam Pendapatan Kasar bagi

menghasilkan cukai yg perlu dibayar. Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

atau dihadkan ini adalah seperti yg telah termaktub di dalam Akta Cukai

Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antaranya adalah perbelanjaan yang tidak terlibat dalam penghasilan

pendapatan seperti:

Peruntukan Hutang Ragu

Derma dan sumbangan yg tidak diluluskan,

Yuran peguam yg tiada berkaitan dengan penghasilan pendapatan

Perbelanjaan persendirian seperti manfaat kediaman, bil telefon

Perbelanjaan pembelian aset peribadi

Perbelanjaan permulaan

Susut nilai

Page 8: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

7 | P a g e

E. PERBELANJAAN KHUSUS YANG DIBENARKAN

Di antara perbelanjaan khusus yang dibenarkan sebagai tolakan ialah :

Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang

upaya (OKU)

Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan

Sumbangan kepada perpustakaan

Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan

sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam

Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan

Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja

Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan

Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan

F. ELAUN MODAL

Diberikan sebagai potongan daripada pendapatan perniagaan sebagai

perbelanjaan susut nilai yang ditanggung untuk pembelian aset perniagaan.

I. Contoh aset yang digunakan dalam perniagaan adalah kenderaan

bermotor, mesin, peralatan pejabat, perabot dan komputer.

II. Syarat-syarat untuk menuntut elaun modal adalah:

Menjalankan perniagaan

Pembelian aset perniagaan

Aset yang digunakan dalam perniagaan

Pemilik aset

III. Kadar ditentukan mengikut jenis aset.

IV. Jenis dan kadar elaun modal adalah seperti berikut:

Page 9: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

8 | P a g e

G. PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME)

Merupakan Pendapatan Larasan Perniagaan/ setiap perniagaan (jika lebih

daripada satu perniagaan) setelah Elaun Modal ditolak.

H. PENDAPATAN AGREGAT (AGREGATE INCOME)

Sekiranya terdapat pelbagai perniagaan didalam satu Syarikat, kesemua

Pendapatan Berkanun itu tadi dicampurkan menjadi Pendapatan Berkanun

Agregat (Agregate of Statutory Business Income). Ianya kemudian akan

dilaraskan sekiranya terdapat perkara-perkara yg melibatkan Pendapatan

Agregat tersebut , diantaranya:

Kerugian perniagaan tahun semasa

Perbelanjaan projek pertanian yg diluluskan

Derma dan sumbangan yg diluluskan dsb.

JENIS ELAUN JENIS ASET KADAR

(%)

Elaun Permulaaan Semua Jenis Aset 20

Elaun Tahunan Kenderaan Bermotor dan Mesin Berat 20

Loji dan Jentera 14

Peralatan Pejabat, Perabot dan

Kelengkapan

10

Komputer 40

Page 10: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

9 | P a g e

I. DERMA YANG DILULUSKAN

Derma yang diluluskan adalah derma yang termaktub di bawah Seksyen 44(6)

Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) seperti Hadiah wang kepada Kerajaan,

Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau institusi atau organisasi yang

diluluskan. Potongan dibenarkan daripada jumlah pendapatan agregat. Jumlah

derma kepada insititusi atau organisasi yang diluluskan adalah terhad kepada

10% pendapatan agregat tahunan syarikat.

J. PENDAPATAN DIKENAKAN CUKAI (CHARGEABLE

INCOME)

Setelah kesemua pelarasan dibuat maka akan terhasilah Pendapatan Dikenakan

Cukai (Chargeable Income). Cukai Syarikat akan dikirakan di peringkat ini. Kadar

cukai syarikat adalah 17%-24% yang mana kadar ini bergantung kepada syarat

syarat yang ditetapkan oleh LHDNM.

K. PENGIRAAN CUKAI

Pengiraan cukai perniagaan bemula dari Penyata Untung Rugi Syarikat. Hasil yg

diperolehi di Penyata Kewangan tersebut (sama ada untung atau rugi) akan

kemudiannya dilaraskan semula seperti yg telah ditetapkan oleh Akta Cukai

Pendapatan 1967 bagi menghasilkan Pendapatan Bercukai (Chargeable

Income). Apabila Pendapatan Bercukai ini telah ditentukan maka barulah kadar

cukai akan dikenakan kepada sesuatu perniagaan bagi menetukan jumlah cukai

yg perlu dibayar. Contoh format pengiraan cukai adalah seperti di bawah:

Page 11: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

10 | P a g e

BBB Enterprise

Penyata Kewangan pada 31 Disember 20xx

Jualan RMXXX

(Tolak)Kos Jualan -----------------------------------------------------------> RMXXX

Untung Kasar -----------------------------------------------------------------> RMXXX

(Tolak)

Perbelanjaan Pentadbiran ------------------------------------------------> RMXXX

Kos Staf ------------------------------------------------------------------------> RMXXX

Kos Kewangan -----------------------------------------------------------------> RMXXX

Untung/(Rugi) Bersih Sebelum Cukai --------------------------------------> RMXXX

BBB Enterprise

Penyata Pengiraan Cukai BagiTempoh 1 Januari 20xx Hingga 31 Disember

20xx

Keuntungan/(Kerugian) Bersih Sebelum Cukai (Spt didalam Akaun) ---> RMXXX

(Tolak) : Pendapatan Lain-lain -----------------------------------------------------> RMXXX

(Tolak) : Perbelanjaan dibenarkan tolakan 2 kali ------------------------------> RMXXX

(Campur) : Perbelanjaan Tidak Dibenarkan (Unallowable Expenses)---> RMXXX

PENDAPATAN LARASAN (ADJUSTED INCOME)

(Tolak) : Elaun Modal dsb ----------------------------------------------------------> RMXXX

PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME)

(Campur) : Pendapatan Lain-lain ------------------------------------------------> RMXXX

PENDAPATAN AGREGAT (AGREGATE INCOME)

(Tolak) : Pelarasan2 seperti Rugi semasa dsb -------------------------------> RMXXX

PENDAPATAN BERCUKAI (CHARGEABLE INCOME)------------------> RMXXX

Tolak : Derma

Cukai atas Pendapatan Bercukai (17% atau 24%) --------------------------> RMXXX

(CUKAI KENA BAYAR) -----------------------------------------------------------> RMXXX

Page 12: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

11 | P a g e

L. KADAR CUKAI INDIVIDU-JIKA PENIAGA TUNGGAL

Tahun Taksiran 2018 - 2019:

*Kadar cukai adalah tertakluk kepada kelulusan pembentangan Belanjawan Malaysia di Parlimen dari

semasa ke semasa.

BANJARAN

PENDAPATAN CUKAI

PENGIRAAN (RM) KADAR (%) CUKAI (RM)

0 - 5,000 5,000 berikutnya 0 0

5,001 - 20,000 5,000 pertama

15,000 berikutnya

1

0

150

20,001 - 35,000 20,000 pertama

15,000 berikutnya

3

150

450

35,001 - 50,000 35,000 pertama

15,000 berikutnya

8

600

1,200

50,001 - 70,000 50,000 pertama

20,000 berikunya

14

1,800

2,800

70,001 - 100,000 70,000 pertama

30,000 berikutnya

21

4,600

6,300

100,001 - 250,000 100,000 pertama

150,000 berikutnya

24

10,900

36,000

250,001 - 400,000 250,000 pertama

150,000 berikutnya

24.5

46,900

36,750

400,001 - 600,000 400,000 pertama

200,000 berikutnya

25

83,650

50,000

600,001 - 1,000,000 600,000 pertama

400,000 berikutnya

26

133,650

104,000

Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama

Setiap ringgit berikutnya

28

237,650

..........

Page 13: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

12 | P a g e

M. KADAR CUKAI SYARIKAT

Tahun Taksiran 2019

Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta

RM500,000 yang pertama

Baki Seterusnya

17%

24%

Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta 24%

N. PELEPASAN INDIVIDU (TERPAKAI BAGI PERNIAGAAN

TUNGGAL)

BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN

2019*

JUMLAH

1 Individu dan saudara tanggungan 9000

2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan

penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh

pengamal perubatan)

ATAU

Ibu dan Bapa

Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu

Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

5,000

(Terhad)

ATAU

3,000

(Terhad)

3 Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang

upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang

upaya)

6,000

(Terhad)

4 Individu kurang upaya 6,000

5 Yuran pengajian (Sendiri) :

(i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah - bidang

undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal,

7,000

(Terhad)

Page 14: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

13 | P a g e

vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah - sebarang

bidang atau kursus pengajian

6

7

Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri

atau suami / isteri atau anak-anak)

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri

atau anak)(Terhad 500)

6,000

(Terhad)

8 Gaya hidup - Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri

sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak

dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan

bacaan terlarang);

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet

(Bukan untuk kegunaan perniagaan);

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai

bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian

gimnasium; dan

(iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas

nama sendiri)

2,500

(Terhad)

9 Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan

sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan

dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)

1,000

(Terhad)

10 Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah

ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar

1,000

(Terhad)

11 Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan

Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2019

TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)

8,000

(Terhad)

Page 15: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

14 | P a g e

12 Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri 4,000

(Terhad)

13 Suami / Isteri kurang upaya 3,500

14 Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18

tahun

2,000

15 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke

atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat

A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

2,000

16 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke

atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak

termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di

universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa

dengannya di Malaysia; atau

(ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur

untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion

di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan

ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak

berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000

17 Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang

upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan

mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat

ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT

yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

6,000

8,000

18 Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui

potongan gaji

7,000

(Terhad)

Page 16: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

15 | P a g e

Individu BUKAN Penjawat Awam Berpencen

• Insurans Nyawa / Takaful (Terhad RM3,000)

• Caruman KWSP (Terhad RM4,000)

Individu Penjawat Awam Berpencen

• Insurans Nyawa / Takaful (Terhad RM7,000)

19 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred

Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga

tahun taksiran 2021

3,000

(Terhad)

20 Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak

melalui potongan gaji

3,000

(Terhad)

21 Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial

(PERKESO)

250

(Terhad)

*Pelepasan cukai yang dibenarkan adalah tertakluk kepada kelulusan pembentangan Belanjawan

Malaysia di Parlimen dari semasa ke semasa.

BAHAGIAN II: PANDUAN PENYIMPANAN REKOD

INDIVIDU

A. PENGENALAN

Semua individu yang menjalankan perniagaan adalah bertanggungjawab untuk

menyimpan rekod perniagaan yang lengkap, betul, teratur dan secukupnya bagi

membolehkan untung / rugi perniagaan ditentukan Akta Cukai Pendapatan

1967 (ACP 1967)

1. Siapakah individu yang dikehendaki menyimpan rekod?

Pemilik perniagaan tunggal

Setiap ahli kongsi perniagaan perkongsian

Page 17: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

16 | P a g e

2. Kenapakah perlu menyimpan rekod?

Memudahkan penyediaan akaun perniagaan

Membantu dan memantau perkembangan perniagaan

Memudahkan anda mengisi Borang Cukai Pendapatan

Sebagai dokumen sokongan dalam urusan lain

Membantu semakan jika dilawati pasukan audit LHDNM

3. Apakah tindakan yang perlu untuk menyimpan rekod?

Mewujudkan satu set buku akaun

Mewujudkan rekod-rekod yang mencukupi untuk semua transaksi

perniagaan

Mengemaskini rekod sepanjang tahun

Menyimpan rekod sepanjang tempoh masa yang diperlukan

4. Apakah dokumen sokongan yang perlu disimpan?

Resit/Invois jualan dan belian

Bil-bil tunai

Penyata bank

Baucer bayaran

Salinan slip bayaran masuk (Bank in Slip)

Pangkal cek (cheque butt)

Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan perniagaan

MAKLUMAN PENTING:

Semua transaksi perniagaan yang tiada dokumen juga perlu dicatatkan dan

direkodkan - contoh: ambilan tunai / stok.

5. Contoh cara merekod transaksi perniagaan.

Contoh format mudah bagi merekod transaksi perniagaan seperti berikut:

Page 18: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

17 | P a g e

6. Berapa lama rekod perlu disimpan?

Semua rekod, dokumen dan buku akaun perlu disimpan sekurang-

kurangnya tujuh (7) tahun dari akhir tahun semasa borang nyata

(Borang B) itu dikemukakan.

7. Bilakah anda dikehendaki melapor pendapatan?

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dari sumber selain

pendapatan perniagaan pada tahun semasa perlu melaporkan

sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dari sumber perniagaan

pada tahun semasa perlu melaporkan sebelum atau pada 30 Jun tahun

berikutnya.

Dan jika individu tersebut mempunyai pendapatan dari kedua-dua

sumber (pengajian dan perniagaan) dan tahun semasa, maka perlu

melaporkan sebelum atau pada 30 Jun tahun berikutnya.

8. Apakah akibat jika gagal menyimpan rekod?

Seseorang individu atau rakan kongsi yang menjalankan perniagaan

boleh didakwa atas kegagalan menyimpan rekod. Jika disabitkan

UPAH SEWA ELEKTRIK & AIR LESEN BELANJA LAIN BELIAN JUALAN

1

2

3

4

5

6

7

31

MODAL

JUMLAH

PERBELANJAAN

TARIKH HARI JUALAN

(RM)

BELIAN

(RM)

Page 19: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

18 | P a g e

kesalahan, denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih

daripada RM10,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tempoh satu

tahun atau kedua-duanya sekali dikenakan.

Individu atau perkongsian mungkin dikehendaki oleh Ketua Pengarah

supaya akaunnya diaudit oleh akauntan bertauliah atas tanggungan

individu atau perkongsian itu.

Pendapatan bercukai individu berkenaan boleh ditentukan mengikut

pertimbangan Ketua Pengarah dan taksiran dibangkitkan sewajarnya.

B. REKOD-REKOD / DOKUMEN SUMBER

1. Apa itu rekod perniagaan?

Rekod perniagaan terdiri daripada:

Satu set buku-buku akaun yang lengkap bagi merekod semua transaksi

perniagaan, penerimaan dan pembayaran.

Daripada amaun yang terdapat di invois, baucer, resit dan dokumen

yang berkenaan untuk menyokong / mengesahkan angka-angka dalam

buku-buku akaun.

2. Apakah rekod-rekod/sumber dokumen yang perlu disimpan?

a) Rekod Jualan

Jualan meliputi:

Jualan secara tunai atau kredit

Ambilan stok untuk kegunaan persendirian atau keluarga

Barang atau perkhidmatan yang diberi kepada orang lain secara

pertukaran dengan barang atau perkhidmatan mereka

b) Rekod Belian

Belian meliputi:

Belian secara tunai atau kredit yang berkaitan perniagaan

Page 20: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

19 | P a g e

Contoh: belian bahan mentah perniagaan

c) Rekod Perbelanjaan

Resit-resit mesti mengandungi maklumat-maklumat berkenaan:

Tarikh perbelanjaan dilakukan

Amaun yang dibayar

Tujuan perbelanjaan dilakukan

d) Penyata Bank

Semua penyata bank atau buku simpanan bagi akaun di mana wang

dikreditkan atau dikeluarkan untuk perniagaan perlu disimpan.

Akaun yang berasingan untuk tujuan perniagaan dan tujuan

persendirian harus dibuka. Jika akaun berasingan tidak dibuka untuk

perniagaan atas apa jua alasan, rekod berasingan hendaklah

disimpan bagi mengenalpasti transaksi untuk tujuan perniagaan.

e) Stok Perdagangan

Pada akhir tempoh perakaunan, pengiraan stok fizikal hendaklah dibuat

bagi menentukan kuantiti dan kos stok dalam tangan atau kos kerja

dalam kemajuan (work in progress).

f) Rekod Penghutang dan Pemiutang

Rekod yang berasingan bagi penghutang dan pemiutang bukan

perniagaan harus digunakan.

Contoh : Pinjaman daripada keluarga

Pemberian hutang kepada rakan

Lain-lain

g) Senarai aset dan liabiliti

Terdapat keadaan di mana aset dan liabiliti mungkin digunakan untuk

tujuan perniagaan dan persendirian seperti berikut:

Page 21: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

20 | P a g e

Kenderaan Bermotor

Rekod perbatuan perjalanan anda untuk tujuan perniagaan dan

persendirian hendaklah disimpan. Ianya akan digunakan bagi

pengagihan perbelanjaan antara kedua-dua tujuan tersebut.

Premis Kedai

Sebahagian daripada kedai mungkin digunakan sebagai tempat

kediaman. Jika perbelanjaan yang dilakukan ke atas premis berkenaan

mudah dikenalpasti berkaitan tempat kediaman persendirian, rekod

tersebut hendaklah disimpan. Walaubagaimanapun, terdapat

perbelanjaan-perbelanjaan yang sukar dikenalpasti berkaitan kegunaan

persendirian sahaja (seperti belanja elektrik dan air). Dalam keadaan

demikian anggaran bagi kegunaan persendirian hendaklah dicatatkan.

Overdraft / Pinjaman

Butiran kegunaan overdraf atau pinjaman untuk tujuan persendirian

atau bukan perniagaan, termasuk pembelian syer atau harta bukan

perniagaan dan ambilan untuk kegunaan persendirian, hendaklah

direkodkan.

h) Wang persendirian yang digunakan dalam perniagaan

Merekod wang persendirian yang dibawa masuk dalam perniagaan.

Bukti punca wang berkenaan perlu disimpan. Contoh: akaun/slip

bank, wang harta pusaka atau salinan menang loteri.

Perbelanjaan untuk tujuan persendirian

Contoh: yuran pendidikan anak, perbelanjaan cuti melancong

sekeluarga seharusnya direkodkan secara berasingan.

i) Bayaran kontrak dan sub-kontrak

Page 22: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

21 | P a g e

Butir-butir lengkap kontraktor atau sub-kontraktor seperti nama,

alamat, nombor kad pengenalan, jumlah dan tarikh bayaran dan jenis

kerja yang dijalankan adalah perlu bagi menyokong bayaran ini.

j) Jadual-jadual Susut Nilai

k) Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-kira

C. BUKU SIMPANAN KIRA-KIRA

1. Bagaimana merekod bagi perniagaan kecil?

Sekiranya saya menjalankan perniagaan kecil iaitu perniagaan yang

perolehan kasar untuk setahun tidak melebihi RM150,000.00 daripada

jualan barang dagangan atau RM100,000.00 daripada pemberian

perkhidmatan, bagaimanakah seharusnya akaun saya disediakan?

Secara asasnya, anda boleh menyediakan akaun berdasarkan pendapatan

yang diterima dan tolak perbelanjaan yang dilakukan bagi tempoh perakaunan

yang berkenaan.

CONTOH 1: Perniagaan menjual barangan makanan dan minuman

Encik Ahmad menjalankan perniagaan menjual makanan dan minuman di

sebuah gerai di Taman AAA, Kuala Lumpur.

Segala jualan, belian dan belanja adalah berbentuk tunai. Semua

urusniaga adalah berbentuk harian.

Beliau dibantu oleh 2 orang pekerja dan gaji dibayar secara harian

sebanyak RM30.00 seorang.

Sewa bulanan gerai adalah RM300.00

Bil elektrik dan air bulanan gerai adalah sebanyak RM450.00

Lesen tahunan perniagaan adalah sebanyak RM30.00

Belanja lain adalah sebanyak RM523.00 sebulan.

PERNIAGAAN : Perniagaan Makanan Dan Minuman Ahmad

Page 23: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

22 | P a g e

BULAN : Januari 20XX

Tindakan Encik Ahmad (setiap bulan):

Jumlahkan semua ruang di akhir bulan untuk mengetahui baki bulanan bagi

semua butiran. Jumlah ini akan diringkaskan untuk dikumpulkan setiap bulan.

Ringkasan Bulanan bagi Pendapatan dan Perbelanjaan

Contoh: Penyata Pendapatan bagi perniagaan En. Ahmad

UPAH SEWA ELEKTRIK & AIR LESEN BELANJA LAIN BELIAN JUALAN

1 AHAD 650.00 320.40 60.00

2 ISNIN 550.95 280.10 60.00

3 SELASA 480.80 220.20 60.00

4 RABU 490.70 263.70 60.00

5 KHAMIS 500.40 295.10 60.00

6 JUMAAT 423.60 196.25 60.00

7 SABTU 590.10 321.45 60.00

31 SELASA 560.45 265.30 60.00 300.00 450.00 30.00 523.00

14500.20 7005.60 1800.00 300.00 450.00 30.00 523.00

MODAL

JUMLAH

PERBELANJAAN

TARIKH HARI JUALAN

(RM)

BELIAN

(RM)

UPAH SEWA ELEKTRIK & AIR LESEN BELANJA LAIN BELIAN JUALAN

JAN 14,500.20 7,005.60 1,800.00 300.00 450.00 30.00 523.00

FEB 14,123.00 7,390.40 1,800.00 300.00 380.00 328.00

MAC 15,900.10 7,500.10 1,800.00 300.00 420.00 370.00

APR 13,610.50 5,290.60 1,800.00 300.00 425.00 625.00

MEI 15,790.40 6,710.00 1,800.00 300.00 430.00 288.00

JUN 14,765.30 5,210.00 1,800.00 300.00 370.00 270.00

JUL 12,907.47 4,967.30 1,800.00 300.00 415.00 255.00

DIS 16,001.30 8,001.80 1,800.00 300.00 430.00 340.00

JUMLAH 145,655.20 70,009.90 21,600.00 3,600.00 4,201.00 30.00 4,890.00

MODAL

BULANJUALAN

(RM)

BELIAN

(RM)

PERBELANJAAN

Page 24: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

23 | P a g e

Jualan 145,655.20

Tolak: Belian bahan mentah (70,009.90)

UNTUNG KASAR 75,645.30

Tolak: Perbelanjaan

Upah 21,600.00

Sewa 3,600.00

Elektrik dan Air 4,201.00

Lesen 30.00

Belanja Lain 4,890.00 (34,321.00)

UNTUNG BERSIH 41,324.30*

*Untung bersih perlu dilaporkan dalam Borang Cukai Pendapatan

dengan andaian tiada apa-apa pelarasan pengiraan cukai pendapatan

perlu dibuat.

Page 25: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

24 | P a g e

CONTOH PENGISIAN ITEM UNTUNG / RUGI BERSIH DI BORANG B / e-B

41,324.30*

20XX

Page 26: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

25 | P a g e

BAHAGIAN III. SOALAN-SOALAN LAZIM

1. PERNIAGAAN

S1: Siapakah yang perlu mengisi Borang B?

J1: Borang B perlu diisi oleh individu berikut:

Individu yang bermastautin di Malaysia dan

Menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.

Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan

1967 (ACP 1967) dan diisi oleh individu yang mempunyai punca

pendapatan perniagaan atau perkongsian.

S2: Apakah perbezaan di antara Borang BE dan B?

J2: Borang BE - pendapatan di bawah Sek 4(b) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan

1967 (ACP 1967) dan diisi oleh individu pemastautin yang mempunyai

punca pendapatan selain daripada perniagaan.

Borang B - pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan

1967 (ACP 1967) dan diisi oleh individu yang mempunyai punca

pendapatan perniagaan atau perkongsian.

S3: Apakah perbezaan diantara nombor cukai ‘SG’ dan ‘OG’?

J3: Secara amnya tiada perbezaan di antara nombor cukai ‘SG’ dan ‘OG’.

Tetapi untuk pentadbiran percukaian dua kumpulan ini di wujudkan untuk

membezakan kategori pembayar cukai pendapatan perniagaan dan selain

perniagaan. ‘OG’ adalah untuk kumpulan perniagaan manakala ‘SG’ untuk

kumpulan selain perniagaan

S4: Nombor cukai pendapatan saya bermula dengan ‘SG’ dan saya

mempunyai punca pendapatan perniagaan. Borang cukai apa yang

perlu saya isi dan hantar?

Page 27: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

26 | P a g e

J4: Oleh kerana punca pendapatan adalah perniagaan maka tuan dikehendaki

mengisi Borang B. Borang cukai yang perlu digunakan adalah bergantung

kepada jenis punca pendapatan dan bukannya merujuk kepada ‘SG’ atau

‘OG’.

S5: Bolehkah saya melaporkan pendapatan perniagaan saya jika saya

menerima Borang BE?

J5: Tidak boleh. Pendapatan perniagaan perlu dilaporkan dalam Borang B.

Sekiranya tuan menerima Borang BE tuan dikehendaki menukarnya

kepada Borang B melalui:

i. aplikasi e-Filing;

ii. memuat turun Borang B melalui Portal Rasmi LHDNM;

iii. cawangan LHDNM yang berdekatan

S6: Bolehkah saya melaporkan pendapatan penggajian saya jika saya

menerima Borang B?

J6: Boleh, Borang B boleh digunakan untuk melaporkan pendapatan

penggajian. Namun Borang B dengan punca pendapatan penggajian

perlulah dihantar sebelum atau pada 30 April setiap tahun.

Walau bagaimanapun tuan digalakkan untuk menggunakan borang yang

betul iaitu Borang BE melalui aplikasi e-Filing.

S7: Bilakah tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan ?

J7: Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan adalah seperti

berikut:

Page 28: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

27 | P a g e

JENIS BORANG TARIKH AKHIR

PENGHANTARAN

B (punca perniagaan) Sebelum atau

pada

30 Jun setiap tahun

BE ( punca selain

penggajian

30 April setiap tahun

E 31 Mac setiap tahun

C &R dalam tempoh 7 bulan dari tarikh penutupan akaun

S8: Bilakah tarikh akhir menghantar Borang B sekiranya saya memilih

taksiran bersama atas nama pasangan?

J8: Dalam kes taksiran bersama, jika isteri atau suami menjalankan

perniagaan, tarikh akhir pengembalian kedua-dua borang suami dan isteri

iaitu Borang B atau BE ialah pada 30 Jun setiap tahun.

S9: Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menghantar Borang B

selepas tarikh 30 Jun?

J9: Ya, Tuan akan dikenakan penalti lewat hantar borang di bawah subseksyen

112(3) ACP 1967.

LHDNM akan mengeluarkan notis taksiran di bawah subseksyen 90(3) dan

pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran cukai tambahan (dan cukai

asal sekiranya masih belum dijelaskan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh

notis tersebut dikeluarkan.

Kadar penalti adalah seperti jadual berikut:

TEMPOH PENGHANTARAN LEWAT KADAR

PENALTI (%)

Penghantaran selepas tarikh ditetapkan

sehingga

12 Bulan 15%

24 Bulan 30%

Penghantaran selepas tarikh ditetapkan melebihi 24 Bulan 45%

Page 29: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

28 | P a g e

S10: Kenapa saya menerima Borang CP500?

J 10: Pembayar cukai yang mempunyai sumber pendapatan selain daripada

penggajian seperti perniagaan, sewa dan royalti dikehendaki membuat

bayaran ansuran setiap dua bulan sekali sehingga enam kali ansuran

mulai daripada bulan Mac setiap tahun.

Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDNM dan akan dihantar kepada

pembayar cukai pada setiap awal tahun mengunakan notis ansuran

CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh

dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500

tersebut.

S11: Bagaimana saya boleh merayu untuk meminda jumlah bayaran

ansuran CP500?

J11: Tuan boleh menghantar borang CP502 yang dilampirkan bersama-sama

notis CP500. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat

tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkenaan. Sila hantar permohonan

ke cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan tuan dikendalikan.

S12: Jika pada awal tahun pendapatan saya hanyalah daripada gaji sahaja,

namun pada pertengahan tahun saya mula berniaga secara kecil-

kecilan. Adakah saya perlu mengisi kedua-dua Borang B dan BE?

J12: Tuan hanya dikehendaki mengisi Borang B memandangkan tuan telah

mempunyai pendapatan perniagaan dan perlu mengembalikan Borang B

selewat–lewatnya pada 30 Jun setiap tahun.

S13: Bagaimanakah saya boleh mengetahui pengiraan cukai di dalam

Borang B yang dihantar adalah betul?

J13: Jika pembayar cukai mengantar borang melalui e-filing maka pengiraan

cukai di dalam Borang B yang dihantar ke LHDNM adalah tepat kerana

ianya telah dikira secara automatik dan akan memaparkan cukai sebenar

tuan berdasarkan input-input yang dimasukkan oleh pembayar cukai.

Page 30: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

29 | P a g e

S14: Berapa lamakah tempoh saya perlu menyimpan rekod-rekod

perniagaan?

J14: Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan cukai

perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana

borang cukai pendapatan dihantar ke LHDNM, untuk tujuan rujukan dan

semakan sekiranya diperlukan kelak.

S15: Apakah tindakan yang akan diambil oleh LHDNM sekiranya saya tidak

menyimpan rekod–rekod perniagaan saya?

J15: Sekiranya tuan tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan tuan, di bawah

seksyen 119A, Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), tuan boleh

didakwa di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan, tuan boleh dikenakan

denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi daripada

RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya

sekali.

S16: Bolehkah saya hanya mengisi Borang B di bahagian Butiran Peribadi

dan tandatangan sahaja dan kemudian menghantar borang tersebut

bersama–sama dengan penyata pendapatan perniagaan saya dan bil–

bil tuntutan yang lain?

J16: Tidak boleh. Borang B tuan akan dianggap sebagai tidak lengkap dan akan

dikembalikan kepada tuan untuk diisi dengan lengkap. Di bawah Sistem

Taksir Sendiri, tuan tidak perlu mengemukakan rekod–rekod perniagaan

dan bil-bil tuntutan. Tuan dikehendaki menyimpan rekod–rekod berkenaan

selama tujuh (7) tahun bagi tujuan rujukan dan semakan LHDNM sekiranya

diperlukan kelak.

S17: Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya LHDNM mendapati

pendapatan yang dilaporkan di dalam Borang B adalah kurang?

Page 31: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

30 | P a g e

J17: Taksiran tambahan berserta penalti kurang lapor (di bawah subseksyen

113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967) akan dibangkitkan.

S18: Selepas saya menghantar Borang B, saya menyedari bahawa saya

telah melaporkan pendapatan yang tidak betul. Perlukah saya mengisi

borang yang baru dan hantar semula ke Pusat Pemprosesan

Maklumat LHDNM?

J18: Tuan tidak dibenarkan menghantar borang cukai pendapatan bagi sesuatu

tahun taksiran lebih daripada sekali. Walau bagaimanapun, tuan

dinasihatkan menghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang

telah dibuat), dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke

cawangan yang mengendalikan fail tuan. Tuan boleh memuat turun Borang

Nyata Terpinda di laman web LHDNM. Namun, sekiranya pindaan tersebut

melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yang

mengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, tuan perlu mengisi

Borang Nyata Terpinda B . Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkan

hendaklah ditandatangani dan dihantar ke alamat cawangan Lembaga

Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang mengendalikan fail cukai

pendapatan tuan.

S19: Saya telah berhenti berniaga pada tahun lalu dan kini hanya menerima

pendapatan penggajian sahaja. Bolehkah saya mengisi borang B

terkini yang telah saya terima dan bilakah tarikh akhir penghantaran

borang tersebut?

J19: Sekiranya tuan tidak lagi menjalankan perniagaan dan hanya menerima

pendapatan penggajian tetapi menerima Borang B, tuan boleh sama ada:

a. Menggunakan borang tersebut untuk melaporkan pendapatan yang

diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja, atau

b. Terus membuat pengisian Borang e-BE secara e-Filing.

Tarikh akhir penghantaran Borang BE adalah pada 30 April setiap tahun.

Page 32: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

31 | P a g e

S20: Saya adalah seorang peniaga ’online’ (e-commerce) / ejen hartanah /

saham / insurans / jualan langsung / bekerja sendiri tetapi tidak

mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM). Adakah saya perlu melaporkan pendapatan kepada

LHDNM? Borang apakah yang perlu saya isi?

J20: Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, Ya, tuan perlu melaporkan

semua pendapatan yang diterima. Pendapatan sebagai ejen ’e-commerce’

/ hartanah / saham / insurans / jualan langsung / bekerja sendiri adalah

pendapatan perniagaan yang dikenakan cukai. Borang yang perlu diisi

adalah Borang B.

S21: Saya hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah

menyimpan rekod-rekod perniagaan. Penyata untung rugi disediakan

berdasarkan anggaran. Bagaimanakah cara hendak mengisi Borang

B? Adakah pengiraan saya akan diterima? Adakah saya akan

dikenakan penalti kerana tidak menyimpan rekod?

J21: Bagi pengisian Borang B, tuan boleh merujuk kepada helaian kerja HK-1,

Buku Panduan Borang B sebagai garis panduan. Tanggungjawab

pembayar cukai adalah melaporkan pendapatan sebenar setiap tahun.

Oleh itu, pengiraan cukai di dalam Borang B yang dihantar ke LHDNM

adalah cukai sebenar tuan. Tuan dinasihatkan supaya menyimpan rekod-

rekod perniagaan dengan kemas dan teratur mengikut peruntukan seksyen

82 dan 82A, ACP 1967. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan

tuan boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda tidak kurang dari

RM300 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-

duanya jika sabit kesalahan. (Rujuk Ketetapan Umum Bil 6/2000 (Pindaan)

bertarikh 30 Jun 2001). Ketetapan Umum ini boleh diperolehi dari Portal

Rasmi LHDNM di alamat www.hasil.gov.my > Undang-undang dan

Peraturan > Ketetapan Umum.

Page 33: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

32 | P a g e

S22: Di manakah saya boleh mendapatkan Buku Panduan Borang B?

J22: Tuan boleh melayari Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Borang

> Borang Nyata> Kategori > Tahun Taksiran > Buku Panduan Borang B.

S23: Bagaimana saya hendak mengetahui mengenai rekod-rekod yang

perlu disimpan dan cara menyediakan Penyata Untung Rugi dan

Kunci Kira-kira yang betul?

S23: Tuan boleh merujuk kepada Ketetapan Umum Bil 5/2000 (Pindaan) yang

boleh diperolehi di www.hasil.gov.my berhubung penyimpanan rekod yang

mencukupi. Tuan juga boleh berhubung dengan pegawai LHDNM di mana-

mana cawangan LHDNM untuk mendapatkan khidmat nasihat. Selain itu,

tuan juga boleh mendapatkan khidmat dari mana-mana akauntan atau ejen

cukai berlesen.

S24: Jika saya menjalankan perniagaan milikan tunggal dan saya juga

merupakan seorang Pengarah di sebuah syarikat sendirian berhad,

perlukah saya mengisi dua borang berlainan untuk melaporkan dua

punca pendapatan tersebut?

J24: Tuan tidak perlu mengisi dua borang yang berlainan. Tuan hanya perlu

mengisi Borang B untuk kedua-dua punca pendapatan perniagaan dan

yuran pengarah tersebut.

S25: Adakah saya boleh menyemak bayaran yang telah dibuat dalam tahun

semasa?

J25: Ya. Tuan boleh membuat semakan di cawangan fail cukai pendapatan

tuan. Pilihan lain yang lebih mudah adalah menyemak amaun tersebut

menggunakan perkhidmatan e-Lejar di Portal Rasmi LHDNM. Untuk

menggunakan perkhidmatan ini tuan hanya perlu memasukkan nombor

kad pengenalan berserta kata laluan e-Filing.

Page 34: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

33 | P a g e

S26: Di mana saya boleh membuat bayaran cukai pendapatan?

J26: Bayaran cukai pendapatan boleh dibuat di semua kemudahan bayaran

melalui bank ejen LHDNM atau melalui perbankan internet. (Rujuk Risalah

Bayaran Cukai Pendapatan LHDN/R006/19)

S27: Apakah kod yang digunakan jika membuat pembayaran baki cukai

kena dibayar bagi kes perniagaan sekiranya bayaran dibuat di bank?

J27: Kod bayaran cukai ialah 084.

S28: Adakah saya boleh melantik ejen cukai untuk menguruskan

percukaian perniagaan saya?

J28: Ya, Tuan adalah digalakkan untuk melantik mana-mana akauntan

bertauliah atau ejen cukai berlesen.

S29: Bagaiman untuk membuat semakan sekatan perjalanan jika saya

gagal membuat bayaran cukai pendapatan?

J29: Sekatan perjalanan dikenakan ke atas individu atau pengarah syarikat

yang gagal menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah

atau cukai korporat.

Tuan boleh menyemak status sekatan perjalanan melalui

https://sspi.imi.gov.my/sspi/

2. MAJIKAN

S30: Saya baru memulakan perniagaan dan mempunyai beberapa orang

pekerja yang mana pendapatan mereka kurang daripada RM1000

sebulan. Perlukah saya mendaftarkan fail Majikan (E) untuk

perniagaan ini di LHDNM?

Page 35: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

34 | P a g e

J30: Ya, perniagaan tuan perlu mendaftarkan fail Majikan sekiranya mempunyai

pekerja. Pendaftaran fail Majikan tidak mengambilkira bilangan pekerja dan

jumlah pendapatan yang diperolehi oleh mereka. Seksyen 83 (1) hingga (5)

Akta Cukai Pendapatan 1967(ACP 1967) telah menggariskan

tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh setiap Majikan.

S31: Bagaimana dan di manakah saya boleh berurusan untuk

mendaftarkan fail Majikan ini?

J31: Tuan perlu hadir ke pejabat LHDNM yang berdekatan dengan alamat

syarikat tuan dengan membawa bersama salinan dokumen-dokumen yang

dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Perniagaan (Borang A, D) atau

(Borang 9, 13, 24, 49) daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta

mengisi borang permohonan pendaftaran fail Majikan iaitu KL/R/368A.

S32: Bolehkah Borang permohonan Pendaftaran fail Majikan diperolehi

daripada Portal Rasmi LHDNM ?

J32: Borang Permohonan Pendaftaran Fail Majikan boleh dimuat-turun daripada

Portal Rasmi LHDNM. Bagi tujuan kemudahan pembayar cukai, LHDNM

juga telah menyediakan aplikasi e-Daftar bagi memudahkan tujuan

pendaftaran fail Majikan dibuat melalui atas talian (online).

S33: Perniagaan saya telah mempunyai nombor fail Majikan. Walau

bagaimanapun, baru-baru ini saya telah menukar nama perniagaan.

Perlukah saya mendaftar nombor fail Majikan yang baru ?

J33: Tuan tidak perlu mendaftar fail Majikan yang baru jika status perniagaan

tidak berubah. Tuan hanya perlu mengemukakan salinan fotostat dokumen

pertukaran nama seperti Borang A (Borang maklumat perniagaan dari

SSM), Borang D (Perakuan Pendaftaran dari SSM) atau Borang 13

(pertukaran nama syarikat (jika ada) yang disahkan) yang dikeluarkan oleh

Pejabat Pendaftaran Perniagaan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM) sahaja kepada LHDNM.

Page 36: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

35 | P a g e

S34: Adakah majikan masih perlu menghantar Borang Pemberitahuan

Pekerja Baru (CP 22) untuk memaklumkan berkenaan pekerja baru

syarikat mereka kepada LHDNM?

J34: Setiap majikan yang mula menggaji individu yang boleh atau mungkin

boleh dikenakan cukai pendapatan hendaklah memberitahu berkenaan

pekerja itu dalam tempoh satu bulan dari tarikh permulaan pekerjaannya

(Seksyen 83 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967). Majikan perlu mengambil

tindakan memaklumkan kepada Cawangan LHDNM yang berdekatan

tentang pekerja tersebut dengan menggunakan Borang CP22.

Antara maklumat pekerja baru yang perlu diberi ialah:

i. Nama,

ii. Nombor kad pengenalan,

iii. Alamat surat menyurat,

iv. Nombor fail cukai pendapatan (jika ada),

v. Tarikh permulaan pekerjaan dan jenis serta syarat-syarat penggajian.

S35: Perlukah majikan memberi Notis Pemberitahuan Pemberhentian Kerja

(Borang CP 22A / CP 22B) kepada LHDNM mengenai pekerjanya yang

akan berhenti kerja?

J35: Mulai 1 Januari 1997, Seksyen 83 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah

dipinda di mana majikan tidak perlu memberi Notis Pemberitahuan

Pemberhentian Kerja sekiranya pendapatan pekerja yang akan berhenti itu

adalah tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau jika saraan

pekerja berkenaan adalah kurang daripada amaun pendapatan yang

tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB).

Majikan hanya perlu memberi Notis Pemberitahuan Pemberhentian Kerja

sekiranya pemberhentian kerja itu adalah kerana:-

i. Pekerja akan bersara.

Page 37: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

36 | P a g e

ii. Pekerja akan meninggalkan Malaysia (dengan tujuan tidak akan

kembali lagi)

iii. Pekerja tertakluk kepada skim Potongan Cukai Bulanan (PCB), tetapi

potongan tidak dibuat oleh majikan.

Jika sekiranya majikan dikehendaki menahan wang pekerja (dalam 3

kategori seperti di atas), majikan perlu mendapatkan Sijil Penyelesaian

Cukai dari LHDNM dengan mengemukakan Borang CP22A (Pekerja

Berhenti kerja/Bersara/meninggal dunia bagi pekerja swasta) / Borang

CP22B (Pekerja Berhenti kerja/Bersara/Meninggal dunia bagi pekerja

Kerajaan)/Borang CP 21(Pekerja yang hendak meniggalkan Malaysia)

sebelum melepaskan wang yang ditahan.

S36: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan sekiranya ada

pekerja yang akan berhenti kerja dan meninggalkan Malaysia?

J36: Majikan bertanggungjawab:

1. Memberi notis tentang pekerja yang akan meninggalkan Malaysia

bagi tempoh tiga bulan atau lebih dengan melengkapkan Borang

Pemberitahuan oleh Majikan bagi pekerja yang hendak

meninggalkan Negara ini (CP 21) ke Cawangan LHDNM di mana fail

cukai pendapatan pekerja berada supaya Sijil Penyelesaian Cukai

dapat dikeluarkan.

2. Majikan juga dikehendaki menahan wang pekerja tersebut bagi

tujuan penyelesaian cukai. Notis Pemberitahuan ini mestilah dibuat

dalam tempoh satu bulan sebelum tarikh pekerja tersebut dijangka

akan meninggalkan Malaysia. [Seksyen 83 (4)]. Walau

bagaimanapun, sekiranya pemergian pekerja tersebut adalah bagi

tempoh yang kerap dalam perjalanan penggajiannya, maka majikan

tidak perlu memberi notis tersebut.

Page 38: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

37 | P a g e

S37: Adakah pekerja kontrak dan sambilan diambilkira sebagai bilangan

pekerja untuk dilaporkan di dalam Borang E?

J37: Ya, pihak tuan perlu melaporkan kerana syarikat tuan adalah majikan bagi

pekerja tersebut dalam tahun berkenaan.

S38: Saya menjalankan perniagaan kedai runcit dan dari semasa ke

semasa saya menjual barang runcit di pasar malam. Bolehkah saya

membayar cukai pendapatan melalui Skim Potongan Cukai Bulanan

(PCB)

J38: Tidak, PCB dikhaskan hanya untuk seseorang yang tertakluk di bawah

kontrak penggajian. Jika anda menjalankan perniagaan atau bekerja

sendiri, anda boleh membayar cukai anda melalui skim bayaran ansuran

CP500.

S39: Peniaga telah mengisi kod perniagaan yang salah dalam Borang B,

bolehkah peniaga membetulkan kod tersebut dalam Borang B tahun

hadapan?

J39: Tidak boleh. Peniaga perlu mengemukakan surat makluman kepada

Cawangan yang mengendalikan fail cukai tuan untuk membetulkan

kesilapan tersebut.

3. SYARIKAT

S40: Bolehkah syarikat baharu yang belum mendaftar fail Majikan

menghantar Borang E?

J40: Tidak boleh. Majikan perlu mendaftar fail majikan terlebih dahulu

sebelum menghantar Borang E untuk mengelakkan borang tersebut lambat

diproses.

Page 39: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

38 | P a g e

S41: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya Syarikat tidak

beroperasi (Dormant) tetapi telah menerima Borang E ?

J41: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

Borang E yang diterima itu perlu dilengkapkan dan ditandatangani.

Isikan 0 di Bahagian A dan Bahagian B Borang E 2018.

Menghantar surat makluman ke Cawangan di mana fail Majikan berada

untuktindakan supaya Borang E tidak lagi dikeluarkan pada masa

akan datang sehinggalah syarikat tersebut beroperasi semula.

S42: Bagaimana untuk mengira Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi yuran

pengarah?

J42: Terdapat beberapa cara untuk pengiraan yuran pengarah, bergantung

kepada situasi seperti berikut:

a) Dalam kes-kes di mana yuran pengarah adalah dibayar secara bulanan

bersama-sama dengan saraan bulanan, kedua-dua amaun hendaklah

dijumlahkan dan PCB yang perlu dipotong adalah merujuk kepada

Jadual PCB. Digalakkan menggunakan Sistem Penggajian Berkomputer

/ Sistem e-PCB.

b) Dalam kes-kes di mana hanya yuran pengarah sahaja dibayar secara

bulanan, maka PCB ditentukan sebagaimana mengira PCB untuk

saraan bulanan.

c) Di mana seseorang pengarah dibayar saraan bulanan dan juga

menerima yuran pengarah secara sekaligus, pengiraan PCB untuk

yuran pengarah adalah mengikut Formula Bonus.

d) Di mana seseorang pengarah hanya menerima yuran pengarah secara

sekaligus, bayaran berkenaan hendaklah dibahagikan kepada tempoh

bulan yang berkaitan dan potongan PCB hendaklah dibuat mengikut

Page 40: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

39 | P a g e

jadual yang ditetapkan dan didarabkan dengan jumlah bulan tersebut.

(Formula Bonus-langkah B-D adalah terpakai).

Contoh:

Seseorang pengarah menerima yuran pengarah untuk tempoh setahun

berjumlah RM36,000.00 tanpa sebarang bayaran saraan bulanan. Oleh

yang demikian, jumlah yang diambilkira untuk sebulan adalah RM3,000.00.

Bayaran PCB untuk jumlah RM3,000 hendaklah ditentukan mengikut jadual

dan kemudiannya didarabkan dengan jumlah bulan dalam setahun.

Digalakkan menggunakan Sistem Penggajian Berkomputer / Sistem e-

PCB.

Sekiranya yuran pengarah dibayar untuk tahun yang berbeza dengan tahun

semasa, pihak majikan perlu mengasingkan bayaran yuran pengarah dan

juga bayaran PCB bulan semasa dengan menggunakan dua borang CP 39

yang berasingan.

S43: Dalam mesyuarat tahunan, yuran pengarah telah diitentukan dan akan

dibayar pada 1 Oktober 2018. Memandangkan selepas itu syarikat

mengalami masalah kewangan, yuran pengarah tidak dapat dibayar

pada tarikh yang telah ditetapkan. Adakah PCB untuk yuran pengarah

tersebut masih perlu dipotong pada tarikh ia ditetapkan?

J43: Tidak perlu. Potongan PCB hanya perlu dibuat pada tarikh ia dibayar.

S44: Mengapa saya masih belum menerima bayaran balik dalam tempoh

seperti yang dinyatakan di dalam Piagam Pelanggan LHDNM?

J44: Kelewatan bayaran balik diproses mungkin disebabkan oleh pihak LHDNM

perlu membuat pengauditan terhadap Borang Nyata Cukai Pendapatan

yang dikemukakan oleh tuan. Walaubagaimanapun, tuan dinasihatkan

untuk menghubungi Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau

hubungi 1800-88-5436(LHDN) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Page 41: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

40 | P a g e

4. BAYARAN CUKAI MELALUI KAD KREDIT

S45: Saya mempunyai tunggakan cukai. Adakah tunggakan cukai tersebut

boleh dijelaskan melalui kad kredit? Jika boleh, di mana saya boleh

membuat bayaran melalui kad kredit?

J45: Ya. Tunggakan cukai boleh dijelaskan melalui kad kredit. Bayaran melalui

kad kredit boleh dilakukan secara dalam talian di laman web LHDNM

(https://byrhasil.hasil.gov.my/).

S46: Sekiranya saya membuat bayaran cukai pendapatan melalui kad

kredit, adakah LHDNM akan menanggung kos pentadbiran bagi

bayaran melalui kad kredit tersebut?

J46: LHDNM tidak akan menanggung kos pentadbiran bagi bayaran melalui kad

kredit. Kos pentadbiran sebanyak 0.8% daripada amaun yang dibayar perlu

ditanggung oleh pembayar dengan persetujuan beliau.

S47: Bolehkah saya membayar cukai bayaran pendapatan melalui kad

kredit di kaunter-kaunter PERKHIDMATAN yang disediakan di

cawangan-cawangan LHDNM?

J47: Tidak boleh. Bayaran cukai pendapatan melalui kad kredit adalah secara

dalam talian sahaja.

S48: Saya telah membuat bayaran cukai pendapatan melalui kad kredit.

Adakah LHDNM akan mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti

pembayaran cukai pendapatan untuk rujukan saya di masa akan

datang?

J48: LHDNM akan mengeluarkan satu slip pengesahan penerimaan

pembayaran dengan logo Hasil selepas bayaran dilakukan. Slip tersebut

perlu dicetak oleh pembayar sebagai rujukan di masa akan datang.

Page 42: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

41 | P a g e

S49: Berapakah had bayaran minimum sekiranya bayaran cukai

pendapatan dibayar melalui kad kredit?

J49: Tiada had bayaran minimum ditetapkan untuk bayaran cukai pendapatan

melalui kad kredit.

S50: Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran cukai melalui pindahan

wang dari luar negara?

J50: Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar negara boleh

dilakukan dalam dua kaedah iaitu:

a) Melalui Telegraphic Transfer (TT) / Interbank Transfer Giro(IBG) /

Electronic Fund Transfer (EFT)

Pembayar cukai perlu menghubungi nombor berikut bagi mendapatkan

prosidur bayaran menerusi pemindahan telegrafik:

Nomber telefon : HASIL Care Line : 1-800-88-5436 (panggilan dalam

negara) atau 603-7713 6666 (panggilan dari luar negara)

Nombor faks : 603-6201 9637, atau

Alamat e-mel : [email protected]

b) Melalui Bank Draft

Pembayar cukai yang melakukan pindahan wang dari luar negara dengan

kaedah ini perlu mengemukakan instrumen berikut:

Nama Penerima (Bayar kepada) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri

Nama dan alamat bank pembayar: Mesti "local paying bank" atau "local

correspondence bank" supaya bank draft tersebut menjadi cek tempatan.

Penafian : Kandungan buku ini adalah sebagai panduan sahaja dan ianya menerangkan

kedudukan semasa kewangan disediakan.

Page 43: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

42 | P a g e

BAHAGIAN IV: PANDUAN MENGAKSES DAN

MENGISI KOD PERNIAGAAN UNTUK BORANG B

DAN e-B

Berikut adalah panduan mengakses kod perniagaan di Portal

Rasmi LHDNM adalah seperti berikut:

Layari www.hasil.gov.my di Laman Utama klik Ikon ini

Klik di sini

Page 44: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

43 | P a g e

Butiran di Borang e-B 20xx

Langkah 1 : MENU - Maklumat Kewangan Orang Perseorangan

(Perniagaan Utama Sahaja)

Langkah 2 : Klik ikon KOD PERNIAGAAN untuk paparan senarai

Kod Perniagaan untuk rujukan sehingga muka surat

terakhir.

Klik di sini

20xx

Page 45: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

44 | P a g e

Paparan Senarai Kod Perniagaan sehingga muka surat terakhir.

MUKA SURAT PERTAMA

MUKA SURAT TERAKHIR

Langkah 3 : Masukkan KOD PERNIAGAAN di ruang seperti di

bawah:

Page 46: Peniaga Bijak #Cakna Cukai€¦ · BIL CONTOH JENIS PELEPASAN BAGI TAHUN TAKSIRAN 2019* JUMLAH 1 Individu dan saudara tanggungan 9000 2 Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas

Peniaga Bijak #Cakna Cukai

45 | P a g e

BAHAGIAN V: PAUTAN PANTAS KOD-KOD

RISALAH PERCUKAIAN

Dikemaskini oleh:

Bahagian Pendidikan Cukai

Jabatan Khidmat Korporat, LHDNM