pengurusan sisa pepejal

69
PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSIK PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN FAKULTI SAINS KESIHATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR NE 4010

Upload: epul88

Post on 24-Jun-2015

2.754 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

nota main-main.takde kejor tahun 4 buat benda alah ni.takde markah pun.hahahahamain..poyopoyopoyoCo!!

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSIK

PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN

FAKULTI SAINS KESIHATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KAMPUS KUALA LUMPUR

NE 4010

Page 2: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SEJARAH PENGURUSAN SISA

PEPEJAL

Di zaman purba, pengurusan sisa pepejal adalahmelalui cara yang sesuai dengan lokasi, kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuanteknologi yang ada pada masa itu.

Di Mesir pada 2100 sebelum Masihi, orang kelasatasan membuang sisa pepejal ke dalam Sungai Nil manakala orang kelas bawahan pula, membuang sisa pepejal di hadapan rumahmereka.

Tempat pembuangan sisa pepejal yang pertamatelah dibina pada tahun 500 SM di Athen danRom (Chisea, 1981). Kedua-dua tempat iniberfungsi untuk mengumpul sisa pepejal dantelah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Page 3: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pada penghujung abad pertengahan, sistem

pelupusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan

dan ini telah memberi kesan buruk kepada alam

sekitar. Terdapat binatang peliharaan seperti

khinzir berkeliaran mencari makanan dari sisa

pepejal yang berlonggokan di lorong-lorong

belakang dan di tepi jalan raya.

Keadaan ini mula berubah apabila terbentuknya

undang-undang pengurusan sisa pepejal yang

telah dikuatkuasakan di negara tersebut.

Page 4: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Negara China pula mempunyai sejarah yang panjang mengenai pengurusan sisa pepejal. Sejak 4000 tahun dahulu, rakyatnya telahmenggunakan sisa pepejal sebagai baja di ladangmereka untuk meningkatkan tahap kesuburantanah (Chung, 2002).

Perubahan besar yang pertama ke ataspengurusan sisa pepejal telah dimulakan semasaRevolusi Perindustrian.

Pertumbuhan penduduk yang pesat tanpa sistempengurusan sisa pepejal yang bersistematik telahmemberi impak yang besar dalam kehidupanseharian mereka.

Bermula 1880-an penduduk-penduduk telahmula menitikberatkan isu kebersihan alamsekitar demi menjamin kesihatan sejagat.

Page 5: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Teknologi baru mula direka untuk menguruskan

sisa pepejal. Tapak pelupusan dan pengasingan

sisa pepejal juga telah diperkenalkan.

Pembakaran sampah secara tertutup telah

dilakukan pada tahun 1885 buat kali pertama

manakala projek kitar semula yang pertama

diperkenalkan di New York pada tahun 1895

(Menke-Gluckert,1985).

Pada tahun 1920-an, bilangan tapak pelupusan

sanitari mula bertambah. Di antara cara untuk

mengurus sisa pepejal ketika itu adalah menebus

guna tanah paya untuk pembuangan sampah.

Page 6: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an

membawa perubahan ketara terhadap

penggunaan lori sampah dan kawalan

kebersihan tapak pelupusan sisa pepejal.

Pada tahun 1950-an, masyarakat lebih suka

membuang sisa pepejal tanpa mengasingkannya.

Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bertambah

dengan pesat dan amalan kitar semula semakin

dilupakan.

Syarikat-syarikat besar yang

dipertanggungjawabkan terhadap sistem

pengurusan sisa pepejal telah ditubuhkan pada

tahun awal 1960-an.

Page 7: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kempen kitar semula dan pengurangan sisa

pepejal diwujudkan semula sekitar 1970-an.

Kesedaran masyarakat semakin meningkat

terhadap pengurusan sisa pepejal kerana

menyedari akan kesan buruknya bukan sahaja

terhadap alam sekitar malah kepada tahap

kesihatan mereka sendiri.

Page 8: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

DEFINISI

Page 9: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

HIRARKI PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

yang cekap dan berkesan amat penting bagi

memastikan kualiti hidup yang tinggi dan alam

sekitar yang bersih, sihat dan selamat.

Sehubungan dengan itu, Pelan Perancangan

Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa

Pepejal (2005) menggariskan pengurusan sisa

pepejal hendaklah berteraskan kepada hirarki

pengurusan sisa pepejal.

Hirarki ini terdiri daripada elemen-elemen

berikut yang disusun mengikut keutamaan:

Page 10: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan alam sekitar yang efektif melaluipengurangan penghasilan sisa pepejal

Bahan atau produk yang digunakan secaraberulang-kali

Penghasilan bahan-bahan berguna daripada sisapepejal

Apabila turutan langkah-langkah diatas diamalkan, kuantitisisa akan dapat dikurangkan. Baki sisa akan dihantar ke

pusat rawatan perantaraan di mana isipadunya akan

dikurangkan/dimampatkan.

Lebihan sisa pepejal akan dihantar ke tapakpelupusan sanitari

Page 11: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 13: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL ISI RUMAH

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh

sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang

biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh

mana-mana premis apabila dihuni sebagai

rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.

Contoh Sisa Pepejal Isi Rumah

Sisa makanan, kertas, kadbod, plastik, tekstil,

kulit, sisa taman, kayu, kaca, bahan logam

seperti tin aluminium dan sebagainya.

Page 14: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL AWAM

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan olehtempat awam, yang di bawah penyeliaan ataukawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Contoh Sisa Pepejal AwamSampah yang terdapat di jalan-jalan dibawahsenggaraan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), sisa landskap, sisa dari taman permainan, pantai dan kawasan rekreasi yang lain.

Punca Sisa Pepejal AwamPembersihan jalan Pihak Berkuasa Tempatan, sisa landskap, sisa dari taman permainan, pantaidan kawasan rekreasi yang lain.

Page 15: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL IMPORT

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh negara

lain dan diimport ke negara kita untuk diproses

atau dilupuskan.

Contoh Sisa Pepejal Import

Kertas, kadbod, tin, kaca dan lain- lain bahan

yang diimport dari luar untuk digunakan oleh

industri pembuatan sebagai bahan mentah dan

dikitar semula.

Punca Sisa Pepejal Import

Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang

diimport ke Malaysia.

Page 16: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL KHAS

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa-apa jenis sisa pepejal terkawal yang

ditetapkan samada:- Berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam

Sukar untuk diolah, disimpanatau dilupuskan

Contoh Sisa Pepejal Khas

Sisa industri yang merbahaya yang tidak boleh

dilupuskan di tapak pelupusan biasa

Punca Sisa Pepejal Khas

Premis perindustrian.

Page 17: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL INSTITUSI

Definisi (Mengikut Akta 672)Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh :-

Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-manaundang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeriuntuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnyabagi maksud sembahyang atau bagi khairat.

Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana JabatanKerajaan Persekutuan atau Negeri, mana-mana PihakBerkuasa Tempatan atau mana-mana badan berkanun.

Mana-mana premis pendidikan.

Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklahhospital, klinik dan pusat kesihatan.

Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anakyatim.

Page 18: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Contoh Sisa Pepejal Institusi

Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil dari

aktiviti harian institusi yang disebutkan di atas

dan ini adalah tidak termasuk sisa pepejal khas

yang memerlukan cara pelupusan yang

berasingan.

Punca Sisa Pepejal Institusi

Sekolah, universiti, hospital, penjara dan

bangunan kerajaan.

Page 19: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL KOMERSIAL

Definisi (Mengikut Akta 672)

Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan

daripada apa-apa aktiviti komersial.

Contoh Sisa Pepejal Komersial

Kertas, kadbod, plastik, kayu, sisa makanan,

restoran, kaca, logam dan apa-apa jenis sisa

yang terhasil dari aktiviti komersial yang tidak

termasuk dalam sisa pepejal khas.

Punca Sisa Pepejal Komersial

Stor, restoran, pasaraya, hotel, rumah

tumpangan, kedai percetakan, stesen-stesen

perkhidmatan, dan sebagainya.

Page 20: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL PEMBINAAN

Definisi (Mengikut Akta 672)

Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan

daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan

termasuk kerja pemajuan,

penyediaan, pembaikan atau pengubahan.

Contoh Sisa Pepejal Pembinaan

Kayu, papan lapis, konkrit, besi, drywall,

permaidani, kadbod, gentian kaca, tanah dan lain-

lain sisa yang dihasilkan dari aktiviti di atas.

Punca Sisa Pepejal Pembinaan

Kawasan pembinaan baru, kerja-kerja

pengubahsuaian atau perobohan bangunan dan

sebagainya.

Page 21: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL PERINDUSTRIAN

Definisi (Mengikut Akta 672)

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan

daripada apa-apa aktiviti perindustrian.

Contoh Sisa Pepejal Perindustrian

Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak

termasuk sisa pepejal khas.

Punca Sisa Pepejal Perindustrian

industri fabrik, industri pembuatan makanan,

industri ringan, industri berat dan sebagainya.

Page 22: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

JENIS-JENIS TONG SAMPAH

Page 23: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 24: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

JENIS-JENIS TONG KITAR SEMULA

Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan

oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh

dikitar semula.

Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat, dan

jingga bagi melambangkan kegunaan yang

berbeza.

Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80

liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.

Page 25: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 26: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA

Sehingga tahun 1998, pengurusan sisa pepejal di

Malaysia telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) masing-masing. Kepesatan

pembangunan negara yang berterusan turut

meningkatkan kuantiti sisa pepejal yang dijana

setiap tahun, menyebabkan kos pengurusan sisa

pepejal turut meningkat.

Keadaan ini amat membebankan sebahagian

besar PBT dengan meningkatnya kos kutipan

dan pembinaan fasiliti untuk merawat dan

melupus sisa pepejal.

Pada masa yang sama, masyarakat semakin

peka ke atas isu-isu alam sekitar menyebabkan

masalah sisa pepejal mendapat perhatian umum.

Page 27: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pada bulan Oktober 1994, Kerajaan menyarankan

kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran

bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi

meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal.

Pada 6hb September 1995, Kabinet telah bersetuju

untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal di

Semenanjung Malaysia.

Pada Disember 1995, Kerajaan Persekutuan telah

menawarkan kontrak secara interim kepada 4 buah

syarikat.

Penswastaan interim pengurusan sisa pepejal dibuat

mengikut kawasan geografi iaitu Kawasan Tengah

dan Timur, Kawasan Utara, Kawasan Selatan,

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Penswastaan secara interim telah dilaksanakan

mulai pada 8 April 1998 sebelum penswastaan

sepenuhnya dikuatkuasakan.

Page 28: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untukmemindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejaldaripada PBT kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta PengurusanSisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasaeksekutif berhubung dengan pengurusan sisa pepejal danpembersihan awam di Semenanjung Malaysia. JabatanPengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah diwujudkansebagai agensi yang bertanggungjawab untuk membuatdasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangkapelan perancangan strategik, mengeluarkan lesen, danseumpamanya.

Pada tahun 2007 juga, Akta Perbadanan Pengurusan SisaPepejal Dan Pembersihan Awam (Akta 673) telahdiwartakan bagi menubuhkan Perbadanan PengurusanSisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

PPSPPA ditubuhkan sebagai agensi untukmenguatkuasakan Akta 672 serta peraturan-peraturan dibawahnya, melaksanakan pelan perancangan strategik, mengawalselia perjanjian konsesi serta operasi fasiliti-fasiliti pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.

Page 29: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

ELEMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakansistem yang menggabungkan 6 elemen pentingyang sejajar dengan konsep pembangunanmapan dari segi kesihatan awam, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, nilai artistik, kesedaran awam serta persekitaran. Elemenyang dimaksudkan adalah seperti di bawah:

1) Penjanaan 2) Penstoran 3) Kutipan 4) Pengangkutan 5) Rawatan Perantaraan 6) Pelupusan

Page 30: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 31: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PENJANAAN SISA PEPEJAL

Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, jumlah

sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada

16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik

sehari pada 2005.

Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada

tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia

menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. (Sumber :

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2008).

Komposisi sisa pepejal

Kadar komposisi sisa pepejal adalah berbeza di antara kawasan kerana iadipengaruhi oleh beberapa faktor, di antaranya sosio ekonomi dan gaya

hidup seseorang.

Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia adalah

seperti berikut:

Page 32: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

( Sumber : Rancangan Malaysia Ke - 9)

Page 33: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Rumah Kediaman

Bagi premis atas tanah biasanya tong sampah digunakan sebagai penstoran di setiap

premis.

PENSTORAN

Penstoran sisa pepejal yang sistematik adalah penting bagi mengelakkan gangguan dari binatang

seperti anjing dan kucing serta mengelakkan pembiakan lalat, tikus atau serangga-serangga yang

boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan persekitaran. Selain itu, ianya juga

bertujuan memudahkan kutipan sisa pepejal tersebut.

Terdapat pelbagai jenis penstoran digunakan di premis kediaman pada masa ini:

Rumah Bertingkat Kos Rendah Dan Sederhana

Tong communal digunakan di rumah bertingkat kos rendah dan sederhana sebagai

tempat penstoran berpusat. Penghuni perlu membawa sisa yang dikumpul ke tempat

penstoran.

Pangsapuri dan kondominium

Rumah sampah disediakan di pangsapuri dan kondominium untuk menempatkan Tong

communal. Penghuni pangsapuri perlu membawa sisa masing-masing ke tempat

penstoran manakala bagi kondominium kebuk sampah disediakan di setiap tingkat.

Sisa akan dipungut oleh pihak pengurusan bangunan dan dikumpulkan di rumah

sampah. Pintu rumah sampah dibina berhampiran jalan bagi membolehkan kutipan sisa

pepejal dilakukan.

Page 34: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Spiral Waste Bin (SWB)

Merupakan salah satu tong penstoran sisa pepejal berkapasiti tinggi

dimana sisa pepejal akan dimampatkan. Dengan cara ini kapasiti sisa

pepejal boleh disimpan adalah lebih banyak. Ia sesuai digunakan di

kawasan yang mempunyai kuantiti penjanaan sisa pepejal yang tinggiseperti di kondominium dan pangsapuri.

Gambarajah skematik SWB

Page 35: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

DEEP COLLECTION SYSTEM

Sistem ini menggunakan ruang bawah tanah untuk menyimpan sisa.

Sebahagian besar tong ditanam di bawah tanah dan sebuah karung yang

diperbuat daripada HDPE diletakkan di dalam tong tersebut untukmenyimpan sisa.

Karung ini akan diangkat menggunakan kren untuk memindahkan sisa ke

dalam kenderaan pemungut.

Sistem ini dapat mengelakkan keperluan membina rumah sampah dan

menjimatkan penggunaan ruang, serta kos pembinaannya lebih murah. Ia

sesuai ditempatkan di kawasan bebendul jalan dan direkabentuk supaya

sesuai menjadi sebahagian daripada landskap.

Suhu bawah tanah yang rendah dapat melambatkan pereputan sisa.

Sistem itu juga mempunyai penutup yang dapat melindungi sisa yang

disimpan dari air hujan.

Sistem ini telah digunakan secara meluas di luar negara tetapi di Malaysia

sistem ini masih dalam peringkat pembangunan.

Page 36: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kedalaman tong dari aras lantai

Page 37: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Sistem Vakum

Sistem Vakum adalah satu sistem automatik yang menggunakan sesalur

buangan (refuse chute) dan kaedah sedutan.

Bukaan disediakan di setiap tingkat untuk membuang sisa ke dalam

sesalur buangan.

Sisa pepejal yang dibuang disedut melalui sistem sesalur bawah tanah

menggunakan vakum untuk dikumpulkan di pusat pengumpulan.

Sisa akan dikutip oleh lori dari pusat pengumpulan.

Kos bagi membina sistem ini adalah tinggi tetapi ia lebih bersih dan

efisien. Ia sesuai digunakan di kondominium dan kompleks komersial.

Di Malaysia sistem ini telah digunakan di KLIA, Kompleks Kastam Kelana

Jaya dan Kompleks Maju Junction.

Page 38: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Gambarajah menunjukkan bagaimana pengutipan sisa pepejaldilakukan menggunakan sistem vakum

Page 39: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Gambarajah menunjukkantrak yang digunakan untuk

menyedut sisa

Page 40: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

KUTIPAN

Kutipan merupakan proses mengutip atau mengumpul sisa pepejal

domestik, sisa pukal atau bahan kitar semula di tong setiap premis atau

punca janaan sisa pepejal dan dimasukkan ke dalam kutipan.

Kenderaan kutipan kemudiannya akan membawa sisa pepejal ini samada ke

stesen pemindahan, insinerator, Kemudahan Bahan Api Terbitan

(Refuse Derived Fuel (RDF), Kemudahan Perolehan Semula Sumber

(Material Recovery Facilities (MRF) atau terus ke Tapak Pelupusan.

Page 41: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kaedah Kutipan

Kaedah kutipan terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

Kutipan di bebendul jalan — Kutipan yang dilakukan ke atas tong yang

diletakkan di tepi jalan sebagai contoh tong sampah di perhentian bas dantempat awam.

Kutipan berpusat — Kutipan dilakukan di kawasan yang dikhaskan untuk

pengumpulan sisa contohnya rumah sampah dan tong komunal. Pengguna

perlu membawa sisa ke rumah sampah atau tong komunal. Kaedah inidigunakan di pangsapuri, kondominium, pasar, premis komersial dan

seumpamanya.

Kutipan Dari Premis Ke Premis — Pekerja akan mengutip sisa dari

premis ke premis dan dibuang ke dalam kenderaan kutipan. Ini merupakancara yang paling banyak diamalkan di Malaysia.

Page 42: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengangkutan merupakan satu aktiviti mengangkut sisa pepejal dari tempatpenstoran untuk dihantar ke pusat rawatan perantaraan atau terus ke tapak

pelupusan dengan menggunakan kenderaan kutipan yang dikhaskan.

Berikut adalah jenis -jenis lori yang biasa digunakan untuk kutipan sisa di

Malaysia:

Lori Kompaktor

Lori Terbuka (Open Lorry)

Lori RORO(Roll On Roll Off Lorry)

Long Haulage Vehicle

Motorsikal beroda tiga (Tricycle)

PENGANGKUTAN BAGI KUTIPAN SISA PEPEJAL

Page 43: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

1. Lori Kompaktor

Lori Kompaktor digunakan untuk mengutip sisa pepejal di kawasan

perumahan, komersial, institusi dan industri kecil dan sederhana.

Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kapasiti yang mampu dibawa

oleh lori tersebut sebagai contoh kompaktor 4 tan, 7 tan dan 12 tan. Lori ini mempunyai sistem pemampatan yang membolehkan lebih banyak

sisa dapat dimuatkan ke dalam lori tersebut. Selain itu ia juga mempunyai

tangki leachate bagi mengelakkan tumpahan ketika aktiviti pengutipan

dan pengangkutan.

Page 44: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

2. Lori Terbuka (Open Lorry)

Lori terbuka sesuai digunakan mengangkat bahan kitar semula, sisa

kebun dan sisa pukal (bulky waste).

Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kemampuan sisa yang dapat

dimuatkan ke dalam lori tersebut sebagai contoh lori 3 tan, 5 tan dan 10 tan.

Lori ini mempunyai pintu pada bahagian belakang yang

memudahkan proses mengutip dan membuang sisa.

Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang

tercicir.

Page 45: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

3. Lori RORO(Roll-On Roll -Off)

Lori RORO digunakan untuk mengangkat tong RORO yang biasanya

digunakan di pangsapuri, kondominium, pasar, industri dan

kawasan pembinaan.

Ia menggunakan sistem hidraulik bagi mengangkat tong RORO danmembuang sisa.

Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa

yang tercicir.

Page 46: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

4. Motor beroda tiga (Tricycle)

Motor beroda tiga sesuai digunakan untuk mengutip sisa di kawasan

yang mempunyai laluan yang sempit di mana kenderaan pengangkutan

lain tidak boleh melaluinya, sebagai contoh di kawasan kampung.

Kenderaan ini akan mengutip sisa dari premis ke premis dan membawanya

ke pusat pengumpulan yang kebiasaannya terletak di tepi jalan utama.

Page 47: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

5. Long Haulage Vehicle

Long Haulage Vehicle digunakan untuk mengangkat sisa yang telah

dimampatkan daripada stesen pemindahan ke tapak pelupusan

seperti yang digunakan oleh Stesen Pemindahan Taman Beringin yang

bermuatan bersih 20 tan dapat memuatkan sisa daripada 5 buah lorikompaktor 4 tan.

Ia dapat menjimatkan kos pengangkutan sisa bagi kawasan yang terletak

jauh daripada tapak pelupusan.

Selain daripada itu masa yang dijimatkan oleh kompaktor untuk

menghantar sisa secara terus ke tapak pelupusan boleh dimanfaatkan

untuk membuat kutipan di kawasan lain.

Page 48: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

RAWATAN PERANTARAAN

PENGKOMPOSAN

Pengkomposan merupakan salah satu cara untuk mengitar semula sisa

organik (dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan) bagi mengurangkan kuantiti

sisa yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan, oleh itu jangkahayat tapakpelupusan dapat dipanjangkan.

Ia adalah proses penguraian semulajadi oleh mikrob ke atas bahan-bahan

organik (dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan) menjadi bahan yang

menyuburkan tanah dipanggil kompos.

FAEDAH PENGKOMPOSAN

1 Mengubah bahan organik yang boleh reput menjadi bahan yang stabil

2 Membunuh mikrob pathogen, telur serangga dan organisma lain

3 Menyediakan nutrien yang boleh menyuburkan tanah

Page 49: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

ASAS PENGKOMPOSAN

Pengkomposan yang baik dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk

perkembangan mikrob seperti bakteria dan fungus. Semasa proses pengkomposan mikrob

memerlukan air, udara dan makanan. Perkembangan sains membolehkan kita

mengawal ramuan bahan yang hendak dikompos, memantau perubahan suhu, nilai pH,

kandungan kelembapan serta keperluan udara semasa proses pengkomposan bagi

menjamin kualiti kompos yang terhasil.

Air

Kelembapan bahan-bahan organik yang hendak dikompos mestilah sesuai supaya

mikrob-mikrob tersebut dapat hidup dan melakukan proses pengkomposan.

Walaubagaimanapun kandungan air yang terlalu tinggi, akan menyebabkan partikel

kompos berkenaan menjadi lembap dan akan mengurangkan kandungan udara. Oleh itu,

proses pengkomposan menjadi perlahan. Pekara yang sama akan berlaku jika tahap

kelembapan terlalu rendah. Kelembapan optima biasanya adalah pada kadar 50%- 60%

daripada berat bahan yang dikompos.

Udara

Kandungan air dan udara yang seimbang adalah penting untuk proses pengkomposan.

Udara diperlukan oleh mikrob untuk melakukan penguraian. Bahan-bahan yang

dikompos perlu mempunyai banyak rongga (tidak mampat) untuk membolehkan udara

meresap ke dalamnya. Pada peringkat permulaan, kandungan oksigen yang diperlukan

pada kadar 15% - 20% daripada rongga udara ( pore spaces ). Sekiranya kandungan

purata oksigen kurang daripada 5%, bakteria anerobik akan membiak dan ia akan

membebaskan gas berbau busuk. Untuk proses pengkomposan aerobik, kandungan udara

optima yang diperlukan adalah melebihi 10% .

Page 50: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Makanan

Mikrob memerlukan bahan-bahan yang mengandungi karbon (C) dan nitrogen (N)

sebagai makanannya. Bahan organik mengandungi C yang tinggi dinamakan sebagai

bahan perang (brown) dan N sebagai bahan hijau (green). Bahan perang membekalkan

tenaga kepada mikrob manakala bahan hijau membekalkan nutrien. Untuk

menghasilkan kompos, nisbah di antara C dan N adalah penting, iaitu pada kadar 30:1.

Apabila bahan-bahan organik berkenaan menjadi kompos C:N berubah menjadi 10:1

hingga 20:1.

Page 51: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Contoh bahan perang — jerami, rumpai, daun kering, kertas, serpihankayu atau serbuk kayu. Bahan- bahan ini mengandungi molekul gula yang

menjadi sumber tenaga kepada mikrob.

Contoh bahan hijau — rumput hijau, sisa makanan dapur,(buah-buahan,

sayur-sayuran dan ikan), daun hijau, kopi,teh dan sisa binatang. Bahan-bahan ini mengandungi protein yang menjadi sumber nutrien kepada

mikrob.

Page 52: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

APA YANG SESUAI DIKOMPOS

DIRUMAH?

Najis binatang ternakan

Kertas

Kopi dan teh

Kain kapasKulit telur

Abu kayu

Serbuk kayu

Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang

Rumput, lalang, daun, jerami, sekam, ranting kayu dan serbukkayu

Rambut, kulit binatang yang kering dan bulu binatang.

Page 53: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Apa Yang Tidak Sesuai DiKompos DiRumah?

Arang batu atau abu kayu arang

- boleh mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada tumbuh-

tumbuhan

Bahan Tenusu

- boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Tumbuh-tumbuhan berpenyakit

- penyakit pada tumbuh-tumbuhan mungkin tidak musnah dan boleh

berjangkit kepada tumbuhan lain.

Page 54: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Lemak, minyak dan gris.

boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Daging

- boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Najis binatang peliharaan (anjing, kucing dan sebagainya)

- kemungkinan mengandungi parasit bakteria patogen dan virus yang berbahaya

kepada manusia

Sisa tumbuh-tumbuhan yang telah disembur dengan racun.

- boleh membunuh mikrob yang penting untuk proses pengkomposan.

Page 55: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

MEMANTAU PROSES PENGKOMPOSANSemasaprosespengkomposan, berlakuperubahanpada ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi bahan yang

dikompos.

3 FASA PENGKOMPOSAN TERMOFILIK

FASA

MESOFILIKFASA TERMOFILIK FASA MESOFILIK

Page 56: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 57: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 58: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 59: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

KOMPOS

Page 60: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

MENGENALPASTI MASALAH PENGKOMPOSAN

Kita dapat mengetahui masalah proses pengkomposan dengan memantau gejala-gejala

berikut serta membuat tindakan pembetulan;

Gejala Masalah Penyelesaian

Timbunan kompos basah dan

berbau busuk

•Kandungan udara tidak

mencukupi

•Membalik-balikkan timbunan

kompos.

•Terlalu banyak bahan N •Tambah bahan C dan balik-

balikkan kompos.

•Kelembapan terlalu tinggi •Tambah bahan C dan balik-

balikkan kompos.

Timbunan kompos tidak panas •Saiz timbunan kompos terlalu

kecil

•Besarkan saiz timbunan

•Kelembapan tidak mencukupi •Tambah air semasa membalik-

balikkan timbunan kompos

Kandungan timbunan kompos

lembap dan berbau masam manis tetapi tidak panas

•Kurang bahan N •Tambah sumber bahan N

Timbunan kompos menarik

perhatian binatang

•Terdapat sisa daging yang telah

dicampur-adukkan dalam timbunan kompos

•Asingkan sisa daging daripada

timbunan kompos •Tutup timbunan kompos

dengan kain

•Sisa makanan tidak dikambus

dengan sempurna

•Kambus sisa makanandengan

sempurna dengan bahan perangseperti dedaun kering atau

serbuk kayu

Page 61: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

KESAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG

TIDAK SISTEMATIK

Kebanyakan sisa pepejal mempunyai kesan yang negatif kepada alam sekitar.

Pencemaran dari sisa pepejal terjadi daripada pengurusan yang tidak cekap.

Tanpa pengurusan yang sistematik, kita akan berdepan dengan masalah yang

memberi kesan buruk kepada alam sekitar, kesihatan manusia dan

sosial(komuniti).

Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik:

Impak kepada alam sekitar

Impak terhadap sosial

Impak kepada kesihatan manusia

Page 62: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

IMPAK KEPADA ALAM SEKITAR

1. Pencemaran udara

Pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara.

Pembakaran terbuka melepaskan gas dioxin yang merbahaya ke persekitaran.

Gas dari tapak pelupusan (hasil daripada proses pereputan sampah) bolehmeletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup. Metana (salah satu

daripada gas tapak pelupusan) lebih efektif dari karbon dioksida sebagai gas

rumah hijau yang boleh membawa kepada peningkatan suhu dunia.Pembakaran

di tapak pelupusan boleh mengakibatkan pencemaran udara dan pengurangan

jarak penglihatan semakin berkurangan. Letupan dan kebakaran boleh merebakke kawasan berdekatan.

2. Pencemaran air bawah tanah atau permukaan air

Air tercemar (leachate) yang mengalir dari tapak pelupusan sampah

mengakibatkan pencemaran sumber air yang serius. Sisa kimia (terutamanyaorganik yang tidak terurai) boleh membawa maut dan mempunyai kesan yang

serius jika disentuh atau dihidu.

3. Pencemaran tanah

Pencemaran tanah terjadi apabila bahan kimia atau bahan — bahan lain yang mangubah komposisi semulajadi tanah. Jenis pencemaran ini terjadi apabila air

tercemar daripada tapak pelupusan atau membebaskan secara terus sisa

industri seperti petroleum hidrokarbon, cecair, racun serangga, plumbum dan

logam berat yang lain ke dalam tanah.

Page 63: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

IMPAK KEPADA SOSIAL

Penimbusan secara terbuka atau pembuangan sampah secara haram di

tempat yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada

komuniti setempat dan seterusnya mengundang penyakit.

Sisa atau sampah yang tidak dibuang atau diuruskan dengan sempurna akan

meninggalkan kesan yang kurang selesa seperti bau yang busuk dan keadaan

persekitaran yang kotor.

Sisa atau sampah yang tidak dikutip selalunya akan tersumbat di longkang —

longkang lalu mengakibatkan banjir.

Meningkatkan kos penyelenggaraan.

Tapak pelupusan yang tidak mencukupi.

Page 64: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

IMPAK KEPADA KESIHATAN MANUSIA

Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mengalami gangguan kesihatan terdiridaripada populasi yang tidak mempunyai pengurusan sisa yang sistematik.

Terutama sekali kanak — kanak, pekerja, pengangkut sampah dan pekerja

kilang bahan toksik dan bahan mudah berjangkit.

Kumpulan berisiko tinggi yang lain adalah populasi yang menetap

berhampiran kawasan tapak pembuangan sampah serta sumber air yang

telah tercemar akibat pembuangan sampah sarap atau tapak pelupusan yang

bocor.

Page 65: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Jangkitan penyakit

Jangkitan penyakit kulit dan darah terjadi akibat daripada sentuhan secara

langsung dengan sisa (sampah).

Jangkitan mata dan pernafasan terjadi apabila terdedah kepada debu

terutama sekali ketika operasi tapak pelupusan.

Vektor pembawa penyakit yang mengakibatkan wabak penyakit :

a. Lalat yang membiak di kawasan ini merupakan vektor yang efektif

dalam penyebaran penyakit

b. Nyamuk yang membiak di air takungan bekas-bekas sampah

menyebarkan penyakit malaria dan denggi

c. Tikus yang tinggal dan mencari makanan di tapak pelupusan

menyebarkan penyakit dan merosakkan kabel elektrik

Page 66: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Penyakit kronik

Terdapat gas-gas yang dilepaskan semasa proses penguraian sisa pepejal di

tapak pelulusan sampah seperti SO2 , NOX , Dioxin ,Sulfur ,CO ,Amonia dan

lain-lain.

Gas ini apabila masuk ke dalam tubuh manusia akan bertindakbalas dengan

kimia yang terdapat dalam organ manusia dan mengghasilkan toksin yang

merbahaya kepada manusia. Ini seterusnya akan berpotensi menyebabkan

penyakit kronik seperti berikut :-

Hepatotoxicity

Nephrotoxicity

Pulmonary toxicity

Neurotoxicity

Immunotoxicity

Page 67: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

•Hepatotoxicity

Hepatotoxicity (daripada hepatic toxicity) terjadi akibat daripada

kerosakan hati akibat tindakan bahan kimia. Hati merupakan

organ penting yang memainkan peranan untuk menapis bahan

kimia di dalam badan mudah mengalami kerosakan akibat bahan

ini.

•Nephrotoxicity

Nephrotocity (dari perkataan greek : nephros “ginjal”) terjadi

akibat kesan keracunan beberapa jenis bahan kimia atau ubat

yang merosakkan ginjal. Terdapat pelbagai jenis ketoksidan dan

tidak harus dikelirukan dengan kesan sampingan pengambilan

ubat untuk merawat gangguan renal (heparin).

•Pulmonary toxicity

Pulmonari toxicity bermaksud kerosakan pada paru — paru.

Kebanyakan kes ini berlaku akibat bahan kimia dan bahan-bahan

zarah.

Page 68: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

•NeurotoxicityNeurotoxity terjadi apabila terdedah kepada bahan toksid buatan ataupunsemulajadi yang dikenali sebagai neurotoxin yang mampu mengubah fungsiaktiviti normal sistem saraf. Penyakit ini akan memusnahkan neuron dan sel-selyang paling penting di dalam fungsi otak dan bahagian saraf yang lain. Simptom— simptom yang ketara ialah lemah anggota badan atau rasa kebas, hilangingatan, penglihatan atau pemikiran, sakit kepala, masalah perlakuan kognitifdan masalah sikap dan masalah seksual. Individu dengan penyakit tertentumudah dijangkiti neurotoxin.

•ImmunotoxicityImmunotoxin adalah sejenis bahan kimia yang menyebabkan kegagalan sistemimun apabila berlakunya pendedahan. Apabila sistem imun lemah risikojangkitan penyakit dan kanser adalah tinggi. Immunotoxin boleh menyebabkanautoimmune disease, satu penyakit dimana sistem imun berada pada tahapterlebih aktif dan mula memusnahkan sel-sel badan.

*Penyakit kronik terjadi apabila leachate mengandungi logam berat mencemarkan sumber

air dan secara tidak langsungmenganggu rantaianmakananmanusia.

Page 69: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PR

OG

RA

M K

ES

IHA

TA

N P

ER

SE

KIT

AR

AN

Sekian terima kasih.

Gunakanlah bahasa kebangsaan

kita.

Sumber : www.sisa.myEdit secara poyo oleh

Mohamad Saiful

Nordin

Pelajar paling

bermasalah di UKM.

Sekian.

psuedo-interlektual