pengurusan peralatan amali dalam · pdf filetransisi, c) penglibatan pelajar, d) keselamatan...

6
1 PENGURUSAN PERALATAN AMALI DALAM PENGAJARAN AMALI FIZIK Nurzatulshima Kamarudin Abstrak: Kaedah amali melibatkan tiga teknik pengajaran iaitu: penerangan, kerja amali dan perbincangan; mampu menerapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni secara serentak. Penggunaan kaedah amali banyak berfokus kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah yang diberi. Bagi tujuan penyelesaian masalah, peralatan yang sesuai akan digunakan seperti alat radas, bahan kimia, spesimen dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan memaparkan hasil kajian terhadap guru Fizik yang mengendalikan kaedah amali. Fokus kajian adalah terhadap pengurusan peralatan amali sepanjang kelas amali dijalankan. Seramai lima orang guru Fizik dipilih melalui persampelan bertujuan dari sekolah menengah harian biasa di Zon Tengah. Instrumen pemerhatian dan soal selidik terbuka telah digunakan dalam kajian ini, manakala data yang diperolehi telah dianalisis secara manual berdasarkan tema yang bersesuaian dengan persoalan kajain. Hasil kajian mendapati semua guru Fizik telah menyediakan peralatan amali sebelum pelajar sampai ke makmal. Mereka juga telah menyediakan manual amali sebagai panduan kepada pelajar terutama mengenai peralatan & prosedur amali. Hasil penganalisisan soal selidik terbuka menunjukkan semua guru menyatakan kekurangan peralatan masih lagi berlaku untuk amali tertentu. Selain itu, mereka juga menekankan perlunya kehadiran pembantu makmal dalam membantu pengendalian kelas amali terutama dalam aspek pengurusan peralatan. Sebagai rumusan kajian, satu senarai cadangan pengurusan peralatan amali Fizik dikemukakan bagi memantapkan perlaksanaan kaedah amali oleh guru-guru Fizik khasnya dan guru-guru Sains amnya. Kata kunci: Kaedah amali; guru Fizik; pembelajaran Fizik; peralatan amali. PENGENALAN Kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru merupakan salah satu kriteria ukuran dalam Standard Guru Malaysia yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM (Bahagian Pendidikan Guru, BPG 2009). Elemen-elemen dalam kemahiran P&P merangkumi kemahiran guru dalam menguasai perancangan P&P; melaksanakan P&P; memantau, mentaksir dan menilai serta mengurus bilik darjah. Berdasarkan standard yang digariskan, tugas seorang guru bukan sahaja sebagai pengajar, mereka juga memainkan peranan penting sebagai pengurus pembelajaran. Kemahiran pengurusan amat diperlukan dalam memastikan proses P&P berjalan lancar. Menurut Charles dan Senter (2002), pengurusan amat penting dalam pengajaran, malahan tanpa pengurusan yang cekap, pengajaran bilik darjah amat sukar berlaku. Proses pengurusan meliputi perancangan, pengendalian, pengarahan dan pengawalan (Fayol 1988; Aizzat et al. 2006). Lemlech (2004) pula menyatakan proses pengurusan yang perlu dilakukan agar pembelajaran berjalan lancar termasuk perancangan kurikulum, penyusunan prosedur dan bahan. Selain itu, penyusunan persekitaran, pemantauan pelajar dan pengambilkiraan masalah turut perlu diurus dalam membantu melicinkan proses P&P. Tahap pengurusan P&P bergantung kepada kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih. Banyak elemen persekitaran yang perlu diurus bagi memastikan P&P berjalan lancar. Bagi guru sains yang memilih kaedah amali, pengajaran secara amali akan lebih lancar sekiranya mereka dapat mengurus segala keperluan amali. Menurut Harlen (2000) serta Sweeney dan Paradis (2003), pengurusan kaedah amali merupakan bahagian yang paling sukar dalam pengajaran sains. Guru perlu mengurus pelbagai elemen persekitaran pembelajaran yang

Upload: vuduong

Post on 03-Mar-2018

237 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN PERALATAN AMALI DALAM · PDF filetransisi, c) penglibatan pelajar, d) keselamatan dan e) ... (2004), Syopiah (2002), Tang Hai Teng (1998) yang mendapati alat radas dan bahan

1

PENGURUSAN PERALATAN AMALI DALAM PENGAJARAN

AMALI FIZIK

Nurzatulshima Kamarudin

Abstrak: Kaedah amali melibatkan tiga teknik pengajaran iaitu: penerangan, kerja amali

dan perbincangan; mampu menerapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni secara

serentak. Penggunaan kaedah amali banyak berfokus kepada penglibatan pelajar dalam

menyelesaikan masalah yang diberi. Bagi tujuan penyelesaian masalah, peralatan yang

sesuai akan digunakan seperti alat radas, bahan kimia, spesimen dan sebagainya. Kertas

kerja ini bertujuan memaparkan hasil kajian terhadap guru Fizik yang mengendalikan

kaedah amali. Fokus kajian adalah terhadap pengurusan peralatan amali sepanjang kelas

amali dijalankan. Seramai lima orang guru Fizik dipilih melalui persampelan bertujuan dari

sekolah menengah harian biasa di Zon Tengah. Instrumen pemerhatian dan soal selidik

terbuka telah digunakan dalam kajian ini, manakala data yang diperolehi telah dianalisis

secara manual berdasarkan tema yang bersesuaian dengan persoalan kajain. Hasil kajian

mendapati semua guru Fizik telah menyediakan peralatan amali sebelum pelajar sampai ke

makmal. Mereka juga telah menyediakan manual amali sebagai panduan kepada pelajar

terutama mengenai peralatan & prosedur amali. Hasil penganalisisan soal selidik terbuka

menunjukkan semua guru menyatakan kekurangan peralatan masih lagi berlaku untuk amali

tertentu. Selain itu, mereka juga menekankan perlunya kehadiran pembantu makmal dalam

membantu pengendalian kelas amali terutama dalam aspek pengurusan peralatan. Sebagai

rumusan kajian, satu senarai cadangan pengurusan peralatan amali Fizik dikemukakan bagi

memantapkan perlaksanaan kaedah amali oleh guru-guru Fizik khasnya dan guru-guru Sains

amnya.

Kata kunci: Kaedah amali; guru Fizik; pembelajaran Fizik; peralatan amali.

PENGENALAN

Kemahiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru merupakan salah satu kriteria ukuran

dalam Standard Guru Malaysia yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM

(Bahagian Pendidikan Guru, BPG 2009). Elemen-elemen dalam kemahiran P&P merangkumi

kemahiran guru dalam menguasai perancangan P&P; melaksanakan P&P; memantau,

mentaksir dan menilai serta mengurus bilik darjah. Berdasarkan standard yang digariskan,

tugas seorang guru bukan sahaja sebagai pengajar, mereka juga memainkan peranan penting

sebagai pengurus pembelajaran.

Kemahiran pengurusan amat diperlukan dalam memastikan proses P&P berjalan lancar.

Menurut Charles dan Senter (2002), pengurusan amat penting dalam pengajaran, malahan

tanpa pengurusan yang cekap, pengajaran bilik darjah amat sukar berlaku. Proses pengurusan

meliputi perancangan, pengendalian, pengarahan dan pengawalan (Fayol 1988; Aizzat et al.

2006). Lemlech (2004) pula menyatakan proses pengurusan yang perlu dilakukan agar pembelajaran

berjalan lancar termasuk perancangan kurikulum, penyusunan prosedur dan bahan. Selain itu,

penyusunan persekitaran, pemantauan pelajar dan pengambilkiraan masalah turut perlu diurus dalam

membantu melicinkan proses P&P.

Tahap pengurusan P&P bergantung kepada kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih.

Banyak elemen persekitaran yang perlu diurus bagi memastikan P&P berjalan lancar. Bagi

guru sains yang memilih kaedah amali, pengajaran secara amali akan lebih lancar sekiranya

mereka dapat mengurus segala keperluan amali. Menurut Harlen (2000) serta Sweeney dan

Paradis (2003), pengurusan kaedah amali merupakan bahagian yang paling sukar dalam

pengajaran sains. Guru perlu mengurus pelbagai elemen persekitaran pembelajaran yang

Page 2: PENGURUSAN PERALATAN AMALI DALAM · PDF filetransisi, c) penglibatan pelajar, d) keselamatan dan e) ... (2004), Syopiah (2002), Tang Hai Teng (1998) yang mendapati alat radas dan bahan

2

terlibat seperti pelajar, pembantu makmal, kandungan, alatan amali dan perubatan,

keselamatan, masa dan kemudahan makmal (Hayward 2003; Kalu 2004).

Bagi memastikan pembelajaran melalui amali berhasil, faktor-faktor yang mempengaruhi

proses pembelajaran perlu diambilkira dan diurus. Lawson (2000) menghuraikan antara

elemen penting yang perlu diurus oleh guru sains dalam kaedah amali adalah peruntukan

masa, keupayaan aktiviti dalam perkembangan pelajar, keselamatan serta kesediaan

peralatan. Sampson (2004) pula mengemukakan lima isu penting yang perlu diurus jika guru

mengunakan pendekatan inkuiri iaitu: a) ciri dan rutin bilik darjah, b) penggunaan masa dan

transisi, c) penglibatan pelajar, d) keselamatan dan e) penjagaan dan penggunaan peralatan.

Beliau menegaskan bahawa kesemua isu tersebut perlu diurus seawal peringkat perancangan

sehingga selesai kaedah tersebut digunakan. Hayward (2003) menegaskan bahawa alat radas

dan bahan memberi sokongan optimum kepada P&P secara amali

Kajian ini bertujuan memaparkan cara guru Fizik mengurus kaedah amali. Fokus kajian adalah

terhadap pengurusan peralatan amali sepanjang kelas amali dijalankan. Berdasarkan sorotan

literatur, didapati guru jarang dan cuba mengelak daripada menjalankan amali. Antara faktor

penting yang dikenal pasti sebagai punca masalah tersebut kerana kekurangan peralatan

amali. Antara hasil kajian yang berkaitan peralatan amali adalah kajian oleh Siti Aisyah et al.

(2004), Syopiah (2002), Tang Hai Teng (1998) yang mendapati alat radas dan bahan masih

tidak mencukupi. Selain itu, Sharifah Maimunah (2001) menyatakan bahawa kualiti P & P

sains boleh ditingkatkan dengan menambah makmal dan peralatan yang mencukupi dan

terkini.

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

a. mengenal pasti cara pengurusan peralatan amali dalam pengajaran amali Fizik.

b. mengenal pasti persepsi guru terhadap pengurusan peralatan amali dalam pengajaran amali

Fizik.

Pengendalian aktiviti amali memerlukan guru bertindak sebagai pengurus yang cekap. Ini

kerana walaupun aktiviti amali telah dirancang dengan baik, suasana pembelajaran akan

menjadi kelam kabut jika ianya tidak dikendali dan diurus dengan baik (Jones & Harty 1981;

Packard & Race 2000).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan berbentuk kajian kes yang bertujuan mendapatkan cara guru

mengurus peralatan amali dalam pengajaran amali Fizik. Seramai lima orang guru Fizik telah

dipilih secara persampelan bertujuan. Kesemua guru yang terlibat mengajar Fizik di sekolah

menengah harian biasa yang terletak di Zon Tengah, Semenanjung Malaysia.

Jadual 1 menunjukkan maklumat guru yang menjadi responden kajian. Semua guru terpilih

berbangsa Melayu dengan seorang daripadanya lelaki. Semua guru mempunyai pengalaman

mengajar melebihi lapan tahun. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan kekerapan mereka

menjalankan amali, didapati Guru A, C dan D membuat amali hanya berdasarkan keperluan

Penilaian Kerja Amali (PEKA). Berdasarkan maklumat, markah penilaian amali yang perlu

dihantar hanya dua hingga tiga markah setiap pelajar. Ini menunjukkan guru jarang

menjalankan kaedah amali.

Page 3: PENGURUSAN PERALATAN AMALI DALAM · PDF filetransisi, c) penglibatan pelajar, d) keselamatan dan e) ... (2004), Syopiah (2002), Tang Hai Teng (1998) yang mendapati alat radas dan bahan

3

Jadual 1 Maklumat responden kajian

Guru Jantina Bangsa

Kelayakan

akademik Pengalaman

Mengajar

Kekerapan

menggunakan

kaedah amali

Guru A Perempuan Melayu Sarjana

Muda Sains 13

Mengikut

keperluan PEKA

Guru B Lelaki Melayu

Sarjana

Muda

Kejuruteraan

8

Sekali setiap bab

Guru C Perempuan Melayu

Sarjana

Muda

Kejuruteraan

10

Mengikut

keperluan PEKA

Guru D Perempuan Melayu Sarjana

Muda Sains 15

Mengikut

keperluan PEKA

Guru E Perempuan Melayu Sarjana

Muda Sains 15

Mengikut

keperluan

Instrumen pemerhatian dan soal selidik terbuka telah digunakan dalam kajian ini, dengan pengesahan

dan kebolehpercayaan instrumen telah dipersetujui oleh pakar penyelidikan pendidikan. Pengesahan

maklumat diperkukuhkan lagi hasil penganalisisan data dari kajian rintis. Menurut Noraini (2010),

salah satu kaedah berkesan untuk memastikan instrumen direka mengukur apa yang sepatutnya diukur

adalah melalui kajian rintis. Hasil penganalisisan data kajian rintis, penambahbaikan instrumen dapat

dilaksanakan.

Untuk kajian pemerhatian, penyelidik telah membuat tiga kali pemerhatian pelaksanaan kelas

amali setelah responden guru member maklumat tentang amali yang akan dijalankan.

Pengkaji mula membuat pemerhatian dengan bertemu guru untuk mendapatkan Rancangan

Pengajaran yang dibuat untuk hari yang ditetapkan. Satu salinan Rancangan Pengajaran

diambil untuk diteliti. Kemudian, pengkaji memasuki makmal tempat kaedah amali

dijalankan. Pengkaji merekodkan maklumat peralatan yang akan digunakan dengan bantuan

pembantu makmal. Sebaik pelajar sampai dan pengajaran dimulakan, pengkaji merekodkan

segala aktiviti dan komunikasi berkaitan pengurusan peralatan dan radas yang dilaksanakan

oleh responden. Bagi instrumen soal selidik terbuka, semua responden diberi masa setengah

jam untuk menjawab. Semua soal selidik dipulangkan lengkap berjawab.

Penganalisisan data dibuat secara manual berdasarkan objektif kajian. Untuk data soal

selidik, pengkaji menyenaraikan maklumat yang diperolehi mengikut kata kunci yang

dibentuk. Hasil data pemerhatian, pengkaji mengkategorikan mengikut kata kunci yang sama

bagi semua responden.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

a. Mengenal pasti cara pengurusan peralatan amali dalam pengajaran amali Fizik.

Melalui analisis pemerhatian yang dilakukan, didapati semua guru tidak menulis peralatan dan radas

yang diperlukan dalam Rancangan Pengajaran. Bagaimanapun, mereka mencatatkan tajuk amali yang

dilakukan serta manual amali yang dirujuk. Berdasarkan manual amali yang disediakan, peralatan dan

bahan amali yang diperlukan ada dicatatkan. Untuk pelaksanaan amali, guru telah memaklumkan

kepada pembantu makmal sekurang-kurangnya sehari sebelum amali dijalankan. Mengikut rekod

Page 4: PENGURUSAN PERALATAN AMALI DALAM · PDF filetransisi, c) penglibatan pelajar, d) keselamatan dan e) ... (2004), Syopiah (2002), Tang Hai Teng (1998) yang mendapati alat radas dan bahan

4

permohonan peralatan, semua guru memohon peralatan dan bahan berdasarkan bilangan kumpulan

yang dibentuk. Mereka tidak menyediakan lebih dengan alasan semua peralatan dan bahan yang

disediakan adalam dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Apabila tiba waktu amali, semua guru tidak membenarkan pelajar masuk tanpa kebenarannya. Situasi

ini bagi mengelakkan pelajar bermain dengan peralatan dan bahan yang disediakan. Pelajar

dibenarkan masuk dan terus berada dalam kumpulan masing-masing berdasarkan meja amali. Bagi

kumpulan pelajar yang ramai, guru mengarahkan pelajar mengecilkan kumpulan dengan bergerak ke

meja lain. Situasi ini menunjukkan guru peka kepada pengurusan pelajar yang memberi kesan kepada

penggunaan peralatan dan bahan amali.

Dalam sesi penerangan, semua guru memberi tujuan amali serta prosedur amali. Ia diikuti dengan

maklumat peralatan dan bahan yang diperlukan. Didapati hanya guru D dan E yang menunjukkan

setiap peralatan yang diperlukan serta cara menggunakannya. Situasi ini membantu pelajar agar dapat

menggunakan peralatan dengan cara yang betul. Didapati juga, tiada seorang guru pun mengingatkan

pelajar cara memastikan peralatan yang digunakan selamat dan dijaga dengan baik. Bagi pengagihan

peralatan pula, semua guru mengarahkan setiap kumpulan mengambil satu set. Bagaimanapun, semua

guru tidak mengarahkan hanya wakil kumpulan sahaja yang mengambilnya. Keadaan ini mengundang

suasana yang kelam kabut serta tidak terkawal.

Apabila pelajar telah mula memasang peralatan dan radas, didapati semua guru mula memantau

aktiviti pelajar. Didapati dalam kelas Guru A, C dan D, pembantu makmal turut membantu pelajar

menguruskan peralatan. Situasi ini menjadikan amali yang dibuat berjalan lancar dan data yang tepat

diperolehi. Pemantauan guru dan pembantu makmal juga menyebabkan pelajar terkawal dari bermain

atau menyalahguna peralatan dan bahan yang disediakan. Selesai menjalankan amali, semua guru

mengarahkan pelajar membersihkan peralatan dan bahan serta memulangkan kembali.

b. Mengenal pasti persepsi guru terhadap pengurusan peralatan amali dalam pengajaran

amali Fizik.

Hasil penganalisisan soal selidik terbuka menunjukkan semua guru menyatakan bahawa pelajar lebih

seronok dan aktif menjalankan amali kerana mereka boleh berinteraksi sesame pelajar serta dengan

peralatan dan bahan yang disediakan. Guru turut menyatakan kaedah amali mempunyai kelebihan

tersendiri kerana pelajar diberi peluang menggunakan peralatan dan bahan sains untuk menyelesaikan

masalah. Pelajar juga lebih aktif dan berkemahiran saintifik apabila mereka menggunakan peralatan

dan bahan yang disediakan.

Dari data kekurangan kaedah amali serta masalah yang dihadapi dalam kaedah amali, semua guru

menyatakan masih lagi terdapat kekurangan peralatan untuk amali tertentu. Mereka menyatakan

bahawa peralatan yang diperlukan tiada, tidak memenuhi spesifikasi, tidak mencukupi serta tidak

berfungsi dengan baik. Ada juga seorang guru yang menyatakan kaedah amali bermasalah untuk

dilaksanakan kerana pelajar tidak terkawal dan sering bermain dengan peralatan dan bahan yang

disediakan.

Dalam mendapatkan pandangan guru tentang kaedah amali, analisis data menunjukkan guru cadangan

supaya bajet ditambah untuk membeli peralatan amali. Mereka juga mencadangkan supaya bilangan

pelajar dalam setiap kelas sains dikurangkan supaya guru dapat membentuk kumpulan amali yang

kecil. Situasi ini bagi memastikan semua pelajar dapat berinteraksi dengan peralatan dan bahan yang

digunakan. Selain itu, guru juga mencadangkan agar pembantu makmal sentiasa ada di makmal

sepanjang kelas amali dijalankan. Ia bertujuan membantu memantau pelajar memasang dan

menggunakan peralatan dangan betul serta mengelakkan penyalahgunaannya.

KESIMPULAN

Page 5: PENGURUSAN PERALATAN AMALI DALAM · PDF filetransisi, c) penglibatan pelajar, d) keselamatan dan e) ... (2004), Syopiah (2002), Tang Hai Teng (1998) yang mendapati alat radas dan bahan

5

Pengajaran amali yang juga dikenali sebagai kerja amali, kerja makmal, eksperimen atau

ujikaji, dilaksanakan di makmal yang berorientasikan pelajar. Ia melibatkan peralatan dan

perkakasan makmal, bahan kimia, spesimen segar atau awet (Nurzatulshima 2011; Jordan et

al. 2011). Pembelajaran melalui amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan

penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar.

Charles dan Senter (2002) menyatakan pengurusan adalah amat penting dalam pengajaran,

tanpanya pengajaran akan gagal atau sukar berlaku. Dalam amali sains, pengurusan juga amat

penting memandangkan kerja amali dilakukan sendiri oleh pelajar serta melibatkan pelbagai

peralatan dan bahan. Harlen (2000) dan Nurzatulshima (2010) turut menyatakan bahawa

guru-guru sains meletakkan kecekapan pengurusan kelas sebagai keperluan utama dalam

menjalankan aktiviti amali. Guru perlu mempunyai kemahiran mengurus agar amali yang

dilakukan dengan pelbagai peralatan dan bahan dapat disempurnakan dengan baik.

Sebagai rumusan kajian, aspek pengurusan peralatan dan bahan amali perlu ditekankan oleh

semua guru sains yang menjalankan pengajaran amali. Guru perlu menyediakan peralatan dan

bahan amali dengan bilangan yang sesuai serta dapat berfungsi dengan baik. Peranan

pembantu makmal perlu dioptimumkan agar pengurusan peralatan amali lebih berkesan

dalam pengajaran amali. Berikut merupakan cadangan pengurusan peralatan amali bagi

memantapkan perlaksanaan kaedah amali oleh guru-guru Fizik khasnya dan guru-guru Sains amnya:

a) Mengenal pasti peralatan amali yang diperlukan untuk amali yang dipilih

b) Memeriksa kesediaan peralatan dan bahan amali

c) Memastikan kecukupan peralatan dan bahan amali

d) Menyediakan manual amali yang mengandungi butiran peralatan dan bahan amali

e) Menempah peralatan dan bahan amali sekurang-kurangnya tiga hari sebelum amali

f) Memeriksa peralatan dan bahan amali yang disediakan sebelum kelas amali

g) Membahagi pelajar kepada beberapa kumpulan kecil

h) Memberi penerangan prosedur amali yang lengkap

i) Menekankan prosedur pungutan data yang betul

j) Memaklumkan jenis, kuantiti dan lokasi peralatan dan bahan yang diperlukan

k) Menunjukkan cara penggunaan peralatan dan bahan yang diperlukan

l) Menekankan aspek keselamatan semasa menggunakan peralatan dan bahan amali

m) Mengarahkan pelajar mengambil dan memulangkan peralatan dan bahan amali

dengan teratur

n) Mengawal aktiviti amali pelajar dengan bantuan pembantu makmal

RUJUKAN

Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman & Zainal Ariffin Ahmad. 2006. Pengantar

Pengurusan. Universiti Sains Malaysia: Utusan Publications& Distributors Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG). 2009. Standard Guru Malaysia. Bahagian Pendidikan

Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Charles, C.M. & Senter, G.W. 2002. Elementary Classroom Management. 3rd

Ed. Boston:

Allyn and Bacon.

Fayol, H. 1988. General and Industrial Management. London: Pitman.

Harlen, W. 2000. Teaching, Learning and Assessing Science 5-12. 3rd

.Ed. London: Paul

Chapman Publishing Ltd.

Hayward, D. 2003. Teaching and Assessing Practical Skills in Science. Cambridge:

Cambridge University Press.

Page 6: PENGURUSAN PERALATAN AMALI DALAM · PDF filetransisi, c) penglibatan pelajar, d) keselamatan dan e) ... (2004), Syopiah (2002), Tang Hai Teng (1998) yang mendapati alat radas dan bahan

6

Jordan, R.C., Ruibal_Villasenor, M., Hmelo-Silver, C. E & Etkina, E. 2011. Laboratory

materials: Affordances or constraints? Journal of Research in Science Teaching. 48(9):

1010-1025.

Kalu, I. 2004. Secondary school students’ perceptions of the environment of the science

laboratory. Science Education International. 15(2): 115 – 124.

Lawson, A.E. 2000. Managing the inquiry classroom: Problems and solutions. Dalam The

American Biology teacher. 62 (9): 641-648.

Lemlech, J.K. 2004. Teaching in Elementary and Secondary Classrooms: Building a

Learning Community. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Nurzatulshima Kamarudin. 2010. Pengurusan peralatan dan bahan amali dalam pengajaran

amali Fizik. Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2010. Johor

Bahru. 8-10 Disember.

Nurzatulshima Kamarudin. 2011. Pengurusan masa dalam pelaksanaan amali sains oleh guru

novis. Transformasi Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Zamri Mahmood, Jamalulail Abdul

Wahab & Mohamed Sani Ibrahim (Editor). Fakulti Pendidikan: UKM.

Sampson, V. 2004. The science management observation protocol. The Science Teacher. 71

(10): 30-33.

Sharifah Maimunah Syed Zin. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Pendidikan

Menengah. Kertas kerja Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan

Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kuala Lumpur. 8-10 Oktober.

Siti Aisyah Abd. Rahman & Suhaili Zakaria. 2004. Pendidikan Sains dan Teknologi di

Malaysia: Tinjauan Terhadap Pelaksanaannya ke Arah Pembangunan Malaysia. Kertas

kerja Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat: Ke Arah Pembangunan

yang Bersepadu. Universiti Malaya: Kuala Lumpur. 10-11 Disember.

Sweeney, A. E. & Paradis, J. A. 2003. Developing a laboratory model for the professional

preparation of future Science teachers: A situated cognition perspective. Dalam Research

in Science Education. 34 (2): 195 – 219.

Syopiah Abdul Rahman. 2002. Persepsi pelajar Terhadap Pengajaran Amali Sains

berdasarkan Kelengkapan Makmal, Kemampuan Aktiviti Makmal untuk memupuk Nilai-

nilai murni dan Meningkatkan Minat Pelajar. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Tang Hai Teng. 1998. Persepsi pelajar terhadap P & P Fizik di lima buah sekolah menengah

kebangsaan di daerah Pontian dan hubungannya dengan pencapaian Fizik tingkatan

empat. Kertas Laporan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang dibiayai oleh Skim Geran

Penyelidikan Universiti (RUGS), Universiti Putra Malaysia. (No. Projek: 06-01-09-0863RU).