pengurusan pendidikan jasmani dan sukan

53
TAJUK 3 PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Oleh: Nazatur Shima binti Sahanan Fadzlon Adilah bte Yahya Punithamalar a/p Velu @Kuppusamy PISMP SEM5 / TAHUN 3 SEM 1 AMBILAN JUN2013

Upload: fadz-lon

Post on 10-Dec-2015

153 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PJM3123E

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TAJUK 3PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKANOleh:Nazatur Shima binti SahananFadzlon Adilah bte YahyaPunithamalar a/p Velu @KuppusamyPISMP SEM5 / TAHUN 3 SEM 1AMBILAN JUN2013

Page 2: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TAJUK 3

PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKANKEPIMPINAN

MENGENAL PASTI DAN PENGGUNAAN SUMBER

PENYELESAIAN MASALAH

MEMBUAT KEPUTUSAN

PENILAIAN

KOMUNIKASI

TEKNOLOGI DALAM SUKAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

BEKERJA DENGAN SUKARELAWAN

SUMBER KEWANGAN

PERANCANGAN

PENGURUSAN STOR

PENGURUSAN KEMUDAHAN

Page 3: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

MEMBUAT KEPUTUSAN

Page 4: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENGURUSAN KLASIK YANG BERHIERARKI DAN BIROKRATIK:

• Drucker (1987), tugas membuat keputusan dianggap sebagai tugas spesifik dan tanggungjawab utama seseorang eksekutif.

• Lye (2004), situasi sedemikian berdasarkan rasional eksekutif tersebut yang terpisah daripada pengaruh para pekerjanya.

• Sukan diatur mengikut kemudahan yang sedia ada seperti padang, dewan, gimnasium, gelanggang dan kolam renang.

• Senarai alatan hendaklah disediakan mengikut jenis dan bilangan peserta sukan.

Page 5: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Keberkesanan keputusan yang dibuat berdasarkan rasional kepimpinan atasan tanpa penglibatan para pekerja pada peringkat bawahan telah mula dipersoalkan dan mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

• Rasional pembuat keputusan sebenarnya terbatas (Lunenberg & Omstein, 2001) dan keterbatasan ini disebabkan oleh keupayaan seseorang individu itu berbanding keupayaan sesebuah kumpulan kerja (Tosi, Meri & Rizzo, 2000).

Page 6: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Selain daripada itu, perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang sosial, ekonomi, teknologi malah juga dalam bidang politik menyebabkan lahirnya tuntutan agar dilakukan perubahan strategi atau kaedah membuat keputusan dalam pengurusan organisasi.

• Kaedah membuat keputusan yang berteraskan kepada rasional pemimpin organisasi sahaja (March & Simon, 1967) sudah tidak sesuai untuk berhadapan dengan situasi pengurusan sekolah yang semakin kompleks (Dess & Picken, 2001).

Page 7: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Oleh sebab yang demikian gaya pengurusan sekolah yang terikat dengan ciri birokrasi berhierarki perlu diubah kepada gaya pengurusan professional (Conley, 2003) kepada gaya pengurusan yang lebih bersifat kemanusiaan dengan memberi penekanan kepada konsep penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah (Hoy & Miskel, 2001, Keith & Girling, 2001).

Page 8: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENGURUSAN MODEN YANG SEMAKIN KOMPLEKS

• Hoy & Miskel (2001), Dalam konteks pengurusan sekolah yang kini menjadi semakin kompleks dan mencabar amalan penglibatan guru dalam membuat keputusan adalah satu alternatif yang wajar kepada sistem pengurusan sekolah yang selama ini dikongkong oleh corak pengurusan yang bersifat birokratik dan berhierarki.

• Jones (1997), berpendapat bahawa pengurusan sekolah hendaklah mengurangkan arahan secara berpusat dan memberi peluang kepada guru untuk turut serta dalam membuat sesuatu keputusan.

Page 9: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Rahimah Hj. Ahmad (2001), menyarankan agar seseorang pengetua/panitia haruslah membina hubungan kemanusiaan dengan guru demi menggalakkan berlakunya penglibatan sebenar dalam kalangan guru dalam membuat sesuatu keputusan di sekolah dalam usaha menginstitusi amalan tersebut.

• Penerimaan terhadap konsep penglibatan subordinat dalam membuat keputusan di peringkat pengurusan organisasi dewasa ini amat menggalakkan kerana ia telah dijadikan asas dalam beberapa amalan pengurusan.

Page 10: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Pengurusan berpenglibatan (Plunkett & Foumier, 2001), kepimpinan berpenglibatan (House & Beatz, 2005), kepimpinan demokratik (Gastil, 1994), pengurusan setempat (Midgley & Wood, 2003), desentralisasi (Hanson, 1998), dan pengupayaan (Yukl, 2005).

• Karia & Zainal Ariffin (2000) & Stashevsky & Elizur (2004), Manakala perkembangan mutakhir dalam pengurusan organisasi pula menunjukkan bahawa konsep penglibatan subordinat dalam membuat keputusan merupakan salah satu prinsip yang penting dalam amalan pengurusan kualiti menyeluruh.

Page 11: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

DALAM KONTEKS PENGURUSAN DI MALAYSIA

• Ahmad Sarji Abdul Hamid (1993) & Wan Azmi Ramli (2001), mendapati konsep penglibatan pekerja bawahan dalam membuat keputusan telah diperkenalkan dalam sistem pengurusan organisasi khususnya dalam sektor awam dalam bentuk gagasan.

• Antaranya ialah dalam Pengurusan Dengan Syura atau PDS (Mohd. Affendi Hassan, 1980), Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 7 Tahun 1991 bagi pelaksanaan program Kawalan Mutu Kerja (MAM, 1991), Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 1996 yang berkaitan dengan ISO 9000 dalam pengurusan organisasi awam (MAM, 1996).

Page 12: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

DALAM KONTEKS PENGURUSAN PENDIDIKAN

• Kajian awal mengenai konsep penglibatan guru dalam membuat keputusan bermula dengan usaha yang dilakukan oleh Brigde (1967), seterusnya dikembangkan oleh Alutto dan Betasco (1972) apabila terciptanya tipologi penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah. Variabel – variabel yang sering dikaitkan dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan ialah seperti produktiviti (Johann, 2003; Stashevsky & Elizur, 2004), kepuasan kerja (Locke & Schweigner, 2004); dan komitmen organisasi (Spector, 1986; Yammarino & Naughton, 2002; Somech & Bogler, 2004).

Page 13: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENILAIAN

Page 14: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

ASPEK-ASPEK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;

Keberkesanan aktiviti Laporan aktiviti Mesyuarat post mortem

Page 15: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENILAIAN

• Dijalankan untuk mengetahui sama ada organisasi itu berjaya atau sebaliknya.

• Menilai perancangan perancangan secara keseluruhan untuk menentukan pencapaian objektif.

• Menilai sejauh manakah penggunaan sumber dalam mencapai objektif

• Untuk mendapatkan maklum balas.

Page 16: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

FUNGSI PENILAIAN

• Menentukan piawaian prestasi yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang realistik.

• Mengukur hasil yang dicapai• Mencari kelemahan untuk diperbaiki.• Mendapatkan pandangan dan cadangan untuk

penambahbaikan.

CARA-CARA PENILAIANMenurut Leith (1990) :• Pemerhatian individu• Laporan statistik• Laporan lisan• Laporan bertulis

Page 17: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DALAM PENILAIAN

• Semua individu yang berkaitan harus melibatkan diri dalam proses penilaian.

• Pegawai atasan memikul tanggungjawab kawalan/menilai.

• Laporan penilaian mestilah tepat dan ringkas. Is patut dianalisakan dan kelemahan-kelemahan ditonjolkan.

• Pemerhatian pegawai atasan adalah diperlukan dan tidak boleh diabaikan.

• Pengukuhan positif perlu diadakan sebagai cara memotivasikan ahli.

• Pihak pentadbir juga mesti dinilai.

Page 18: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

KOMUNIKASI

Page 19: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Komunikasi merupakan salah satu aspek penting pengurusan dalam setiap organisasi.

• Dalam bidang pendidikan peranan pengurusan jasmani dan sukan tidak banyak beza di antara pengurusan di sektor lain.

• Kedua-duanya pengurusan memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan afisien.

KOMUNIKASI

• Untuk memastikan kesemua perancangan diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada anggota untuk mereka fahami dan hayati bersama.

Page 20: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

DEFINISI KOMUNIKASI

• Menurut Mohammad (1996), di dalam bukunya “Kelakuan Organisasi”: Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris ‘communication.’ yang bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat.

“Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas yang diharapkan” atau “penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui cara yang berkesan”.

Page 21: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

7 ELEMEN PROSES KOMUNIKASI

1. Penghantar@Penyampai : individu yang memulakan komunikasi tersebut.

2. Pengkodan (Enkod): menukar maklumat menjadi satu siri simbol (perkataan, tulisan, isyarat, gerak badan)

3. Mesej : Kandungan maklumat (tersurat/ tersirat) yang ingin disampaikan dan yang diterima.

4. Penerima : individu yang ditujukan sesuatu mesej

5. Penterjemah kod (Dekod) : Mentafsir simbol, menterjemahkannya menjadi maklumat dan kemudian memahami mesej

Page 22: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

6. Gangguan : Penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas atau tepat sebagaimana yang disampaikan oleh penyampai7. Maklum balas : reaksi penerima terhadap

mesej yang diperolehi

7 ELEMEN PROSES KOMUNIKASI

Page 23: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TEKNOLOGI DALAM SUKAN

Page 24: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENGENALAN• Dalam bidang sukan, atlit yang ingin maju dan

mencapai prestasi di tahap yang tinggi memerlukan peningkatan potensi fizikal, mental dan sosial yang sedia ada pada diri mereka.

• Salah satu cara yang boleh membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam sukan adalah melalui persiapan yang rapi yang lebih saintifik serta mengikuti program-program latihan yang bersistematik

• Program latihan sistematik yang dimaksudkan ialah latihan-latihan yang memberi tekanan yang lebih kepada aspek-aspek kecergasan fizikal (fisiologikal)

Page 25: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Latihan fisiologikal iaitu latihan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan otot, kepantasan, kuasa, imbangan, ketangkasan, masa tindak balas yang cepat dan koordinasi.

• Proses-proses latihan yang dijalankan banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi sukan khususnya terhadap gerak laku manusia.

• Tujuan kemudahan-kemudahan dan alat-alat sukan direkacipta untuk meningkatkan pencapaian prestasi atlit sukan disamping mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan ketika berlatih.

Page 26: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Kewujudnya bidang kajian biodinamik iaitu cantuman prinsip-prinsip mekanik, kejuruteraan, fisiologi senam, anatomi dan kinesiologi maka terhasillah satu kajian yang menumpukan latihan bercorak saintifik dengan menggunakan bantuan alat-alat yang canggih dan berteknologi tinggi.

• Alat-alat mekanik dan elektronik termasuk alat komputer dan radiotelemetrik telah digunakan bagi tujuan peningkatan prestasi lakuan motor dan juga menganalisa setiap gerak laku tubuh badan agar ianya mengikut prinsip–prinsip lakuan yang betul.

• Segala kesilapan lakuan dapat diperhatikan melalui televisyen dan komputer.

Page 27: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

• Teknologi berkaitan sains biomekanik telah mencipta mesin-mesin untuk tujuan latihan dan pemulihan.

• Mesin-mesin yang berkomputer seperti alat electromyograph, dynamometer, time measurement device, Spirometer, motion analysis, whole body reaction measuring equipment, three-dimentional movement analysis system, muscles stimulator

• Alat-alat di atas telah memberi banyak pengetahuan tentang sistem lokomotor manusia bagi memudahkan latihan-latihan dijalankan dengan pendekatan yang bersistematik.

Page 28: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

ELECTROMYOGRAPH

Page 29: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

DYNAMOMETER

Page 30: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

SPIROMETER

Page 31: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

THREE-DIMENSIONAL MOVEMENT ANALYSIS SYSTEM

Page 32: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

ANALISIS BIOMEKANIK

• Melalui kegunaan “fast speed camera”, monitoring television” dan peralatan saintifik yang lain, segala pergerakan tubuh badan atlit boleh dikesan dan dianalisiskan bagi menentukan kecekapan mekanik lakuan motornya dan kesilapan – kesilapan pergerakan yang ketara yang membantutkan pergerakan yang cekap.

Page 33: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

ALAT-ALAT LATIHAN ISOKINETIK, ISOMETRIK DAN ISOTONIK

• Alat-alat latihan isokinetik, isometrik dan isotonik telah banyak membantu atlit meningkatkan daya fizikal mereka mengikut keperluan sukan masing-masing.

• Hasil daripada kajian-kajian ini dapat digunakan untuk tujuan pemulihan dan membaiki lakuan motor ke tahap yang lebih efisen lagi.

Page 34: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

ISOKINETIK

Page 35: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

ISOMETRIK

Page 36: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

ISOTONIK

Page 37: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENGURUSAN KEMUDAHAN

Page 38: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENGURUSAN KEMUDAHAN• Proses mengurus dan menyelia segala bentuk

persediaan dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan atau pendidikan jasmani.

• Kemudahan asas• Kemudahan sampingan• Kesesuaian • Keselamatan• Kecemasan• Tempat• Alatan

PERKARA-PERKARA DALAM PENGURUSAN KEMUDAHAN

Page 39: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

KEMUDAHAN ASAS• Perkara yang paling penting dalam sesuatu

aktiviti sukan.• Perkara-perkara yang paling asas yang

diperlukan untuk aktiviti sukan.• Sudah cukup untuk menjalankan aktiviti sukan.• Contoh : bola ping-pong untuk permainan ping

pong dan padang untuk senamrobik

KEMUDAHAN SAMPINGAN• Sebagai tambahan untuk sesuatu aktiviti sukan.• Boleh menjadikan aktiviti lebih menarik.• Peserta / pelajar berasa lebih seronok.

Page 40: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

KESESUAIAN • Mendedahkan perkara yang betul kepada pelajar.• Mengelakkan penyalahgunaan alatan, tempat dan

keadaan.• Contoh : badminton dan ping-pong = tempat

tertutup; bola sepak =tempat terbuka dll

KESELAMATAN • Bagaimanakah keadaan alat?• Elak guna alat yang berkarat atau reput.• Guna dan urus alatan yang berat dengan cara

yang betul.• Tempat aktiviti dijalankan seperti padang,

gelanggang dan keadaan cuaca.

Page 41: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

KECEMASAN • Persediaan awal untuk sebarang

kemungkinan.• Sediakan peralatan kecemasan yang

mencukupi• Contoh : peti pertolongan cemas.

TEMPAT • Tahap kesediaan tempat untuk digunakan• Arahan penggunaan tempat• Pengawalan had kawasan• Jelaskan peraturan dan undang-undang

berkaitan dengan kemudahan tempat.

Page 42: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

ALATAN • Jumlah yang diperlukan oleh peserta / pelajar• Aras penggunaan alatan (umur)• Arahan penggunaan alatan• Penjagaan alatan

Page 43: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENGURUSAN STOR

Page 44: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

CIRI-CIRI PENGURUSAN STOR PENDIDIKAN JASMANI

• Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.

• Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan-alatan stor dan selalu dikemas kini.

• Guru penyelia stor bertanggungjawab dalam urusan menerima dan membeli peralatan-peralatan baru.

Page 45: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

CIRI-CIRI PENGURUSAN STOR PENDIDIKAN JASMANI

• Buku catatan keluar masuk perlu disediakan bagi merekodkan sebarang pergerakan keluar masuk peralatan.

• Guru penyelia stor bertangungjawab membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun.

• Peraturan berkaitan dengan stor sukan perlulah dirangka dan dilaksanakan dengan betul.

Page 46: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

PENGURUSAN STOR SUKAN

• Ruang• Rak• Lokasi• Tingkap• Siling• Peredaran udara• Keselamatan• Pintu

Page 47: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

RUANG • Boleh menampung keperluan alatan disamping

tidak mendatangkan kerosakan• Saiz stor dipengaruhi oleh :– Jenis dan jumlah alatan yang disimpan– Jenis sekolah– Saiz sekolah

LOKASI • Bangunan yang berdekatan dengan padang.• Jimat masa untuk ambil dan simpan barang.• Elak dari bina stor di bangunan yang terpencil• Pastikan selamat dari diceroboh.

Page 48: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

RAK • Untuk mengoptimumkan penggunaan ruang

penyimpanan• Perlu bersesuaian dengan saiz barang yang

hendak disimpan• Susun dalam keadaan teratur dan senang

dicapai• Menyenangkan proses menyimpan dan

mengambil barang.• Memudahkan proses kemas kini

Page 49: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

TINGKAP • Tingkap tidak boleh terlalu besar. • Elak kemasukan cahaya matahari yang

berlebihan.• Terdapat alatan sukan yang tidak boleh

terdedah kepada haba.

PEREDARAN UDARA

• Membantu alatan di dalam stor utuk tahan lebih lama.

• Mengelakkan bau busuk yang tidak menyenangkan

Page 50: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

SILING • Lebih kurang sama dengan ketinggian siling

bangunan biasa. (8 hingga 12 kaki)• Tetapi lebih bergantung kepada jenis barangan

yang ingin disimpan.• Contoh : alatan yang tinggi seperti galah

panjang memerlukan stor yang silingnya tinggi

PINTU • Saiz pintu penting untuk menjaga alatan sukan

dan juga keselamatan pengguna / pelajar.• Pintu yang sempit akan menyebabkan kerosakan

pada alatan dan boleh mencederakan pengguna.• Penentuan saiz pintu stor bergantung kepada jenis

alatan yang ingin disimpan.

Page 51: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

KESELAMATAN • Bangunan perlu kukuh untuk elak diceroboh

• Susun atur yang betul (alat berat diletak di bahagian bawah)

• Alatan tajan perlu disusun secara menegak dengan bahagian tajam menghadap ke bawah

• Pastikan alatan yang diperbuat dari logam dan kayu dalam keadaan kering sebelum disimpan untuk elak karat (logam) dan reput (kayu)

• Pastikan lantai stor sentiasa bersih

• Jangan biarkan terlalu ramai pelajar memasuki stor dalam satu masa.

Page 52: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

SUMBER

• Heo.W.E, (1994),Organisasi dan pentadbiran sukan dan pendidikan jasmani, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

• Omardin Ashaari,(1998), Pengurusan Sukan, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distribution sdn. Bhd.

Page 53: PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

SEKIAN, TERIMA KASIH.