pengurusan kokurikulum 2014

46
Pengharg aan [1]

Upload: ranjini-valauthan

Post on 24-Nov-2015

141 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Penghargaan

PENGHARGAANBersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengurusan Kokurikulum (WAJ 3108) saya yang telah diusahakan selama ini. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah sejarah saya iaitu En.Khazali bin Ismail, AMP. Beliau telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan sentiasa memberikan maklumat yang saya perlukan.

Selain itu, saya juga turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan dan dorongan khususnya dalam menberikan sedikit peruntukan yang diperlukan dalam menyempurnakan tugasan ini. Dorongan serta sokongan moral yang diberikan mereka menyemarakan lagi semangat saya untuk menghasilkan sebuah tugasan yang berkualiti dan supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi kekangan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk mencari maklumat atau buntu fikiran. Malahan, mereka banyak membantu saya dengan memberikan curahan idea yang efektif dan bernas yang dapat saya gunakan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Ahkir sekali, penghargaan juga ditujukan khasnya kepada IPG Tengku Ampuan Afzan kerana menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan pusat sumber yang membolehkan kami mencari sumber maklumat di pusat sumber yang serba indah ini serta menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan mudah. Diharapkan semoga kerja kursusini memberi manfaat kepada semua, sama ada secara langsung mahupun tidak.

Sekian, terima kasih.

Profil Diri

PROFIL DIRI

NAMA : RANJINI A/P VALAUTHANNO. IC : 940202-08-6464PROGRAM: PISMP SEM 1UNIT : PENGAJIAN MELAYUAMBILAN: JANUARI 2012ALAMAT : NO.787, JLN.DEPU, TMN.BERNAM, RUMAH 35900 TG.MALIM, PERAK. E-MAIL: [email protected]

Pengenalan

PENGENALANProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) bertujuan melahirkan guru yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan. Guru yang berkesan bukan sahaja berkemampuan menguasai kemahiran pengajaran di bilik darjah tetapi juga berkeupayaan menjadi pengurus yang berkesan dalam mengendalikan aktiviti Unit Beruniform, Persatuan dan Sukan di sekolah. Matlamat Pendidikan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) dapat membentuk dan memupuk kemahiran kepemimpinan, semangat kesukarelaan dan kesukanan. Penglibatan para guru dalam GERKO boleh membantu ke arah mewujudkan masyarakat yang demokratis, berakhlak mulia, berdisiplin, berdedikasi, berinovatif dan berkreatif. GERKO juga dapat mengukuhkan lagi integrasi kaum bagi membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara, patriotisme dan masyarakat penyayang.Di Institut Perguruan penglibatan para guru pelatih dalam GERKO adalah wajib bagi semua pelajar. Kelulusan dalam komponen ini perlu untuk mendapatkan cemerlang dalam ijazah Perguruan Malaysia. Tujuan GERKO diwajibkan dalam program pendidikan guru adalah membolehkan pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran asas dalam semua aktiviti kokurikulum di sekolah (persatuan, sukan dan unit beruniform.) Tambahan pula para guru juga harus menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan mereka merancang, mengurus dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum di sekolah nanti. Guru juga perlu membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni, amalan demokratis, berdisiplin, taat, bersikap positif, toleransi dan patriotisme.Selain itu, pengurusan kokurikulum juga Melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme GERKO serta membolehkan seseorang guru pelatih menjadi berpengetahuan, berketrampilan dan berkepimpinan dalam bidang GERKO. Melalui kursus pengurusan kokurikulum ini juga kita dapat berperanan sebagai fasilitator dan guru berkesan serta memupuk dan menghayati nilai-nilai murni melalui aktiviti GERKO di samping membina daya tahan, kreativiti, inovasi dan keyakinan diri para guru pelatih. Secara umumnya, kokurikulum merupakan satu pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan dilakukan semasa persekolahan. Ia merupakan satu kurikulum tersembunyi yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara tidak lansung atau tidak formal.

Kertas Cadangan

KERTAS KERJA

KEJOHANAN TENIS PERINGKAT SEKOLAH MENENGAHDAERAH KUALA LIPISTAHUN 2014

ANJURANMajlis Sukan Pahang (MSP)

DENGAN KERJASAMAJabatan Pelajaran Daerah Kuala LipisJabatan Belia Dan Sukan Daerah Kuala Lipis

TARIKH26 April 2014 (Sabtu)

TEMPATPadang Tenis IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan

KERTAS CADANGAN KEJOHANAN TENIS PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUALA LIPISTAHUN 2014

1.0 PengenalanSukan merupakan salah satu komponen penting dalam bidang ko-kurikulum yang bertujuan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis untuk pelajar-pelajar sepertimana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara.Sebagai satu langkah untuk mencungkil bakat-bakat muda terutama dalam kalangan remaja yang berumur antara linkungan 13 hingga 18 tahun iaitu pelajar-pelajar sekolah menengah, Majlis Sukan Pahang (MSP) telah bercadang untuk menganjurkan satu Kejohanan Tenis Peringkat Sekolah Menengah bagi tahun 2014. Ini sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian belia dan Sukan dan menjadikan negeri Pahang pelopor kepada usaha mencari juara tenis negara menjelang tahun 2020 serta bagi meningkatkan mutu sukan negara.

2.0 Objektif1. Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis di kalangan generasi akar umbi

1. Memajukan sukan tenis sebagai sukan teras di peringkat sekolah Menengah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

1. Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial1. Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan sekolah-sekolah di daerah Kuala Lipis terutama dalam pembangunan sukan tenis .

3.0 Tentatif Pelaksanaan Tarikh : 26 April 2014(Sabtu) Masa : 8.00 pagi- 6.00 petang Tempat : Padang Tenis IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan (sila rujuk lampiran 5 untuk jadual tentatif program)

4.0 Peraturan dan syarat (sila rujuk lampiran 7 untuk peraturan pertandingan yang lengkap)

4.1 Nama PertandinganKejohanan Tenis Peringkat Sekolah Menengah Daerah Kuala Lipis tahun 2014

4.2Penganjur Majlis Sukan Pahang (MSP)

4.3PengelolaJawatankuasa Khas yang telah dilantik oleh Majlis Sukan Pahang (MSP)

4.4Peraturan UmumUndang-undang dan Peraturan Undang-Undang Kesatuan Lawn Tenis Malaysia (LTM) 2006 - 2007. Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah - Sekolah Pahang (MSSJ) Edisi 2014 dan Peraturan-peraturan Pertandingan tenis MSP Tahun 2014.(Sila Rujuk Lampiran 6)

4.6 PERATURAN TAMBAHANSelain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras den gan matlamat penganjuran

4.7 JENIS PERTANDINGAN Kejohanan Individu dan berpasukan.

4.8Hadiah-hadiahAcara Individu - Pertama, Kedua dan Ketiga

Acara Pasukan Enam hadiah dan pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.

4.9Acara PertandinganSetiap Sekolah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu ( 1 ) pasukan.

Acara TERBUKA hanya dibenarkan disertai oleh pesertapeserta yang berumur 12 tahun keatas pada 01 APRIL tahun pertandingan

4.10Pendaftaran PesertaPendaftaran peserta yang berwarganegara Malaysia hendaklah dibuat Dua minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan Disket dan / Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar Setiap Peserta hendaklah menyertakan BORANG R 01 (bagi Sekolah Menengah). Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. (contoh : peserta berumur 10 tidak boleh bertanding dalam kategori umur 12 dan sebaliknya)4.11Pengesahan PesertaPenganjur akan memberi mandat kepada Jawatankuasa Pertandingan 10 hari sebelum kejohanan untuk membuat undian dan buku pertandingan akan dikeluarkan serta diedarkan kepada semua pengurus pasukan sekolah. Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.(SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN )

4.12Taklimat pengurus pasukan Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan

4.13Penarikan diri semasa kejohanan dijalankanJika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakil / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mangambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

4.14Peraturan ketika melaporkan diri Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.

Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.

Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT.

Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta.

Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masing-masing yang lengkap.

Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan nombor daftar peserta sebagaimana yang didaftarkan kepada Penyelia Peserta berkenaan.

Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara meraka dimulakan,TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.

4.15Prosedur masuk dan keluar arena pertandinganPeserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta

4.16MEMANASKAN BADANPeserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan

4.17BANTAHANSegala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali perkara-perkara berikut :

Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru kelak.

Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal

Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir

Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja )

4.18HAK HAK JAWATANKUASA PENGELOLATiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola Majlis Sukan Pahang (MSP) Kuala Lipis, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang LTM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSD Kuala Lipis atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Tenis MSSD Kuala Lipis.

4.19HAL HAL LAINTempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecedaarn lain berlaku :

a.Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke kompleks sukanb.Semasa kejohanan dijalankanc.Di dalam dan di luar kawasan kompleks sukan

Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

5.0 Pengelolaan/Penganjuran a) Majlis Sukan Pahang (MSP) b) Pejabat Pelajaran Daerah Lipisc) Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Lipis

6.0 Penaja Utama 1. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang1. NESTLE (M) Sdn.Bhd1. BATA Sdn.Bhd1. ASADI (M) Sdn.Bhd

7.0 Sasaran Peserta Pelajar-pelajar sekolah menengah atas 12 tahun Daerah Kuala Lipis

8.0 Bayaran Penyertaan Bayaran bagi setiap peserta ialah RM5 (meliputi minum pagi, makan tengahari)

9.0 Jawatankuasa Pengelolaan KejohananJawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuala LipisPenaung : Yh. Dato' Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi Penasihat : Pn. Suraini Bt Abdul Hamid Pengerusi: Nurul Ilyani Bt Mohammad Najib Timb. Pengerusi 1 : Mohd Radzi Bin Abdul Rahim Timb. Pengerusi 2 : Mohd Saiful Ismail Bin Mohd Aliyas Setiausaha : Ranjini A/P Valauthan Bendahari : Zunaidah Binti Abdul Manap Jawatankuasa Kecil :-

Pengurusan Majlis :Sawalingam a/l Govindasamy

Penyelaras Program : Mior Azizulhakimi bin Mior Azmi

Penyelaras Peralatan : Leong Kah Jien

Penyelaras Kepengadilan : Mohd Salleh bin Idris

Penyelaras Kebajikan : Siti Halijah Bt Rohani& Cenderamata

Penyelaras Protokol : Mohd Fazli bin Edrus

10.0 Kewangan

10.1 PERBELANJAANPERKARABAJETJUMLAH(RM)

Minum pagi untuk perta, pengurus, pengadil dan guru pengiringRM 5.00 X 200 orang1000.00

Makan tengahari untuk peserta, pengurus, pengadil dan guru pengiringRM 10.00 x 200 orang2000.00

Sewaan/UtilitiRM 500.00500

Khemah (VIP dan Peserta)RM 150 x 6 buah900.00

Minuman (Air Mineral)RM 5.00 x 100 kotak500.00

Hadiah PemenangRM 750.00 (Johan)RM 500.00 (kedua) RM 300 X 6 (Ketiga)750.00500.00300.00

CenderamataRM 100.00 x 151500.00

Urusan Pentadbiran500.00

BannerRM 150.00 x 2300.00

JUMLAH (RM)87500.00

10.2 PENDAPATANPERKARAJUMLAH

Bayaran daripada peserta(RM 20 x 150 buah penyertaan)3000.00

Sumbangan Penaja-Penaja2750.00

Peruntukan JPN/JBS Negeri Pahang3000.00

JUMLAH (RM)8750.00

11.0 PenutupDiharapkan agar semua yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan bersama-sama kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam mengelola dan menjayakan kejohanan tenis ini. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan dalam pertandingan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian para peserta demi melahirkan modal insan yang cergas dan aktif dalam bidang sukan. Semoga dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan program anjuran Majlis Sukan Pahang (MSP)pada tahun ini lebih cemerlang. Akhir sekali, kami memohon pertimbangan daripada pihak tuan agar memberikan kelulusan kepada program yang sanggup membina tahap kompetensi mental dan fizikal yang cukup tinggi dalam kalangan murid pada masa akan datang. Kerjasama dan jasa baik tuan amat kami hargai.

Disediakan oleh :

(RANJINI A/P VALAUTHAN)Setiausaha Kejohanan TenisPeringkat Sekolah Menengah Daerah Kuala Lipis

Lampiran

LAMPIRAN 1 BORANG JEMPUTAN

Kejohanan Tenis Peringkat Sekolah Menengah, Anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSP) Daerah Kuala Lipis,Dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran Daerah Kuala Lipis & Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Kuala Lipis.

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Tenis Peringkat Sekolah Menengah 2014,Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:

Tuan/Puan: _____________________________________________________________

Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada:

Hari : Khamis ( 26 April 2014)Jam : 8.00 pagiTempat: Padang Tenis IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan

Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.

Terima kasih

BORANG PENYERTAAN 2014PERMAINAN / SUKAN : TENISNAMA SEKOLAH : ________________________________________JANTINA : LELAKI / PEREMPUANKUMPULAN UMUR: 15 & 18 TKB(TARIKH TUTUP: 3 APRIL 2014)LAMPIRAN 2

BILNAMA PEGAWAIJAWATANNO. TELEFON

1

2

ACARA INDIVIDU BILNAMA PENUHNO. KAD PENGENALAN

1

2

3

4

ACARA BEREGU BILNAMA PENUHNO. KAD PENGENALAN

1

Adalah dengan ini disahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.

_________________________________ ________________________________________Pengurus Pasukan PENGETUA / GURU BESAR SEKOLAHNama :No .K/P : Cop Rasmi :No. H/P: Tarikh :Tarikh :

*Fotostat borang jika tidak cukup.Sila asingkan pemain mengikut umur.Pengurus Pasukan mestilah dari guru sekolah berkenaan.Sila e-mail & fax kepada Pengerusi Teknik Tenis Jawatankuasa Kejohanan Tenis MSPEmel [email protected] Fax 04-3232132 sebelum atau pada 3.4.2014.2 Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Azham Khan di talian 013-4449886 @ 04-3326996.

LAMPIRAN 3

Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Tenis 2014 Penaung : Yh. Dato' Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi Penasihat : Pn. Suraini Bt Abdul Hamid Pengerusi: Nurul Ilyani Bt Mohammad Najib Timb. Pengerusi 1 : Mohd Radzi Bin Abdul Rahim Timb. Pengerusi 2 : Mohd Saiful Ismail Bin Mohd Aliyas Setiausaha : Ranjini A/P Valauthan Bendahari : Zunaidah Binti Abdul Manap Jawatankuasa Kecil :-

Pengurusan Majlis :Sawalingam a/l Govindasamy

Penyelaras Program : Mior Azizulhakimi bin Mior Azmi

Penyelaras Peralatan : Leong Kah Jien

Penyelaras Kepengadilan : Mohd Salleh bin Idris

Penyelaras Kebajikan : Siti Halijah Bt Rohani& Cenderamata

Penyelaras Protokol : Mohd Fazli bin Edrus LAMPIRAN 4UKURAN GELANGGANG TENIS

LAMPIRAN 5

7.30 pagi - 8.00 pagiPendaftaran Peserta8.30 pagi - 9.30 pagiMajlis Perasmian(disempurnakan Y.B Dato Seri Zaini bin Abdul Rafiq Ahli Parlimen Kuala lipis)10.30 pagi - 1.00 petangKejohanan dimulakan 1.00 petang - 3.00 petang Rehat/JamuanMakan Tengahari/Solat3.00 petang-5.30 petangPusingan 2 kalah mati/separuh akhir dan akhir6.00petang6.30petangPenyampaian Hadiah/BersuraiJadual Tentatif Program

LAMPIRAN 6PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN TENIS MSP 2014 1. Kejohanan Tenis MSP adalah di bawah pengelolaan Jawatankuasa Pengelelolaan Majlis Sukan Pahang 2014 yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Daerah Lipis. 1. Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan-peraturan AM Belia Sukan dan MSP, Undang-undang Persatuan Tenis Antarabangsa, Undang-undang dan Peraturan Lawn Tenis Malaysia. 1. Kelayakan: 2. Pelajar yang belajar sepenuh masa di sekolah-sekolah yang berdaftar sebagai anggota MSSPP. 2. Hanya seorang Pelajar Tingkatan 6 Atas sahaja boleh bertanding dalam Kumpulan Umur 18 tahun dengan bukti yang disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan Sekolah berkenaan: 0. Salinan Surat Tawaran Rasmi Kemasukan ke Tingkatan 6 Rendah. 0. Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 6 Rendah untuk pelajar Tingkatan 6 Atas. 2. Pelajar yang telah digantung oleh sekolahnya, Persatuan / Badan Sukan Negeri, Persatuan / Badan Sukan Kebangsaan adalah dilarang mengambil bahagian dalam Kejohanan ini. Sekolah / Peserta yang telah membuat bayaran yuran penyertaan kepada Kerani Unit Sukan / Bendahari jawatankuasa pertandingan sahaja akan dibenarkan bertanding. 2. Pendaftaran yang melewati tarikh tutup pendaftaran tidak akan dilayani. 2. Hanya guru sekolah sahaja berhak menjadi pegawai / pengiring kepada peserta.1. Jenis Pertandingan: 3. Pertandingan Perseorangan Lelaki 18TKB, 15TKB dan 12TKA. 3. Pertandingan Perseorangan Perempuan 18TKB, 15TKB dan 12TKA. 3. Pertandingan Beregu Lelaki 18TKB, 15TKB dan 12TKA. 3. Pertandingan Beregu Perempuan 18TKB, 15TKB dan 12TKA. 1. Had Umur Peserta: 4. Kiraan umur peserta adalah pada 1 Januari tahun Kejohanan diadakan. 4. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai Kejohanan dalam Kumpulan umurnya. 4. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai Kejohanan dalam satu Kumpulan umur sahaja. 4. Pelajar yang sedang menunggu Keputusan SPM adalah tidak layak menyertai Kejohanan. 1. Sistem Kejohanan: 5. Sekurang-kurangnya lapan pasukan / peserta dalam satu acara diperlukan untuk menjalankan Pertandingan. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. 5. Untuk semua permainan kiraan mata Pro-set akan digunakan (1 set : 8 mata). Tie-break akan dijalankan apabila kiraan mata sampai ke mata 7 sama ( 7-7 ). Perlawanan akhir tiada tie-break dan pemenang akan ditentukan dengan perbezaan dua mata.5. Hanya 5 minit sahaja atau 3 kali panggilan akan diberi kepada seorang peserta untuk melaporkan diri dan selepas itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma (walk-over) dengan kiraan 8 0 atau 6 0 / 6 0. 5. Peserta yang terlibat dalam perlawanan lain yang bertembung dengan pertandingan yang sedang dijalankan akan diberi masa rehat 15 minit sesudah perlawanan yang sedang dimainkan tamat, sebelum perlawanan yang satu lagi. 5. Sebarang gantian adalah tidak dibenarkan selepas perlawanan dimulakan. 5. Bagi peringkat awal, pemain akan mengira sendiri, tetapi penganjur akan menyediakan pengadil jika terdapat masalah yang timbul semasa perlawanan berkenaan. 1. Peraturan Pertandingan Perseorangan dan Beregu: 6. Tiap-tiap sekolah dibenarkan mendaftar Empat peserta perseorangan dan Satu beregu sahaja untuk setiap kumpulan umur (18TKB, 15 TKB atau 12TKB). 6. Seorang peserta boleh menyertai kedua-dua acara Perseorangan dan Beregu, iaitu satu perseorangan dan satu beregu. Kedua-dua peserta dalam sesuatu beregu hendaklah dari sekolah yang sama. 6. Peserta yang mendaftarkan diri untuk kedua-dua acara perseorangan dan beregu hendaklah bersedia untuk bermain sehingga empat perlawanan sehari (Pro-set) mengikut jadual yang telah ditetapkan. Keengganan berbuat demikian boleh mengakibatkan penyertaan mereka di batalkan.6. Semua peserta mesti melaporkan diri kepada Referi Kehormat 15 minit sebelum masa permulaan sesuatu pertandingan. 6. Peserta yang tidak hadir, lewat atau tidak bersedia pada masa yang ditetapkan akan dianggap sebagai memberikan kemenangan percuma (walkover) kepada lawannya. 6. Dalam acara beregu, gantian tidak dibenarkan jika pengganti itu telah didaftarkan dalam beregu yang lain. 6. Pemain pilihan akan ditentukan berdasarkan keputusan MSP tahun sebelumnya. 1. Tarik Diri: Sekolah yang telah bertanding dalam acara berpasukan di peringkat awal tidak dibenarkan menarik diri di pertengahan pertandingan. Sekolah berkenaan akan diminta memberi alasan secara bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin yang akan diketuai oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan. Sekolah yang telah mendaftarkan pelajarnya dalam acara Perseorangan dan Beregu akan diminta memberi alasan secara bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin (yang diketuai Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) jika peserta tersebut tidak hadir untuk kejohanan ini. 1. Kod Pakaian Peserta Kejohanan: 8. Guru-guru yang bertugas atau mengiringi pesertanya harus memastikan: 0. Pesertanya memakai pakaian yang bersesuaian dengan permainan dan tidak memakai pakaian yang mencolok mata (mendedahkan bahagian bahagian tubuh badan yang tertentu) khususnya peserta perempuan. 0. Peserta lelaki tidak dibenarkan memakai subang. 0. Semua peserta tidak dibenarkan mewarnakan rambut. 1. Semua guru atau peserta Kejohanan tidak boleh sama sekali mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil / pegawai yang bertugas sepanjang masa kejohanan ini dilangsungkan. Tindakan Tatatertib akan diambil terhadap mereka yang tidak patuh kepada peraturan ini. 1. Bantahan: Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis dan ditandatangani Pengurus Pasukan yang mesti merupakan guru dari sekolah yang berkenaan. Bantahan itu mesti diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada SATU JAM selepas perlawanan berkenaan tamat dan disertai bayaran RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak berasas. 1. Juri Rayuan: Juri rayuan adalah terdiri daripada minima 5 orang dan maksima 7 orang ahli. Mereka termasuk Pengerusi Pengelola, Pengerusi Teknik Tenis dan 2 hingga 4 orang pengurus atau pengadil dari sekolah yang berkecuali.

1. Wakil MSP ke MSP: Salah satu tujuan utama Kejohanan ini adalah untuk memilih pemain-pemain tenis yang akan mewakili MSSPP ke Kejohanan Tenis MSP. Pemain-pemain ini akan ditentukan oleh Panel Jawatankuasa Teknik, Pemilihan dan Latihan yang akan dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan Peringkat Menengah Tenis MSP dan dipengerusikan oleh beliau sendiri. 1. Keselamatan Semasa di Kompleks Tenis: Pihak sekolah adalah bertanggungjawab mendapat kebenaran dan persetujuan bertulis daripada ibu / bapa waris pelajarnya yang ingin mengambil bahagian dalam Kejohanan ini. Semua pengurus pasukan / guru pengiring dan peserta adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan diri sendiri dan harta atau peralatan masing-masing.Pihak pengelola hanya akan memberi perhatian kepada kes-kes kecemasan sahaja. Semua peserta tidak dibenarkan berkeliaran di tempat kejohanan Semua peserta juga mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kompleks Tenis. 1. Kebersihan: Semua pengurus pasukan / guru pengiring dan ketua pasukan sekolah harus memastikan peserta-pesertanya sentiasa menjaga kebersihan kawasan di sekitar Kompleks Tenis sebelum meninggalkan kompleks ini. Perhatian kepada semua PK KO-K / Pengurus Pasukan / Guru Pengiring: Sila pastikan semua peraturan adalah dipatuhi untuk mengelakkan sebarang kesalahfahaman atau tindakan yang tidak diingini dikenakan ke atas pasukan tuan / puan.

LAMPIRAN 7GAMBAR KEJOHANAN TENIS LAMPIRAN 8JAWATANKUASA DAN BIDANG TUGASNYA

Pengarah program / projek

Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti. Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan. Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan. Bertanggungjawab menentukan hala tuju program pendidikan luar.

Timbalan pengarah

Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. Memangkus tugas pengarah semasa ketiadaannya.

Setiausaha

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan. Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program. Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan. Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat. Menyediakan dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan. Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat. Mewujudkan kekitaan dan kerja berkelompok dalam kalangan AJK. Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program. Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.

Timbalan setiausaha

Memangku tugas setiausaha semasa ketiadaannya Membantu setiausaha dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.

Jawatankuasa alatan/ teknikal

Bertanggungjawab terhadap alatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek dilaksanakan. Menyimpan rekod alatan kumpulan seperti khemah, periuk, paranga dan pisau. Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan program. Mengemaskini alatan dan mengawal pergerakan alatan kumpulan.

Jawatankuasa atur cara/ buku program

Menyediakan satu buku program bagi aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan semasa program dijalankan. Menyediakan ataur cara bagi penyampaian hadiah Menjemput dan mendapatkan senarai VIP dan jempuatan yang sepatutnya hadir pada hari penyampaian hadiah. Menyediakan acara sambutan kedatangan VIP, penyambut tetamu dan segala persiapan untuk keperluan sambutan. Mendapat Pengacara Majlis (MC) bagi setiap kategori atau keseluruhan kategori dan menyediakan draf teks MC.

Jawatankuasa makanan dan minuman

Menyediakan bajet dan jenis makanan atau hidangan ringan yang perlu disediakan bagi jawatankuasa sepanjang program berlangsung. Mendapatkan katerer jika perlu yang boleh menawarkan harga yang berpatutan untuk keperluan makanan dan minuman. Menyediakan bajet bagi setiap kumpulan peserta. Memberi nasihat kepada kumpulan peserta terhadap hidangan makanan. Membuat tempahan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlahnya. Bertugas menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihak-pihak yang berkaitan dan memastikan tiada petugas dan AJK yang ketinggalan. Memastikan kebersihan tempat makan.

Jawatankuasa protokol Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika perasmian atau penutup. Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan atau VIP yang akan hadir. Menyambut tetamu, para jemputan dan peserta mengarahkan ke tempat duduk yang sepatutnya. Menyedia susun atur kerusi bagi jemputan VIP di dalam dewan. Menjaga kawalan peserta.

Jawatankuasa promosi / publisiti Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat peserta tentang sesuatu projek atau aktiviti. Membuat poster-poster dan menyediakan kain rentang untuk mempromosikan sesuatu projek atau aktiviti.

Jawatankuasa persiapan/keceriaan Memastikan perjalanan program lancar dan tapak program sentiasa bersih dan ceria. Membuat back-drop untuk pentas bersesuaian dengan sesuatu projek atau aktiviti.

Jawatankuasa disiplin/ keselamatan Memastikan keselamatan di dlam kawasan aktiviti terjamin. Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan selamat dan berjalan lancar. Sentiasa bersedia jika terdapat kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini Merancang aktiviti kawalan malam. Membawa beberapa unnit kelengkapan perubatan seperti first aid.

Jawatankuasa pendaftaran atau peserta Menguruskan pendaftaran pelajar sebelum bertolak dan memastikan jumlah peserta mencukupi. Mengurus, menerima atau menyenaraikan nama peserta dalam sesuatu projek.

Jawatankuasa pendidikan Merancang modul integrasi mata pelajaran dalam pendidikan luar berdasarkan objektif. Merancang atau menetapkan masa bagi program pendidikan.

Jawatankuasa kerohanian Merancang dan melaksana aktiviti kerohanian termasuk solat,kuliah subu dan kuliah magrib. Membuat giliran iman dan bilal bagi setiap solat. Memastikan peserta bukan isllam mengamalkan ajaran agama masing-masing dan diberi kuliah moral. Menyediakan satu malam penghayatan kepada peserta.

Jawatabkuasa aktiviti darat & aktiviti luar Membuat aktiviti darat dan luat dalam pelaksananaan program Memastikan aktiviti2 yang dirancang berjalan dengan lancar. Memastikan alatan yang diperlukan dalam melakukan aktiviti selamat digunakan.

Jawatankuasa pengangkutan Membuat tempahan kenderaan sama ada bas atau van untuk kegunaan semasa dan selepas sesuatu aktiviti atau projek dijalankan. Membuat penjadualan perjalanan bas untuk kegunaan serta rujukan pegawai yang terlibat bagi kegunaan pemandu, urus setia dan peserta.

Jawatankuasa fotografi Bekerjasama dengan pihak jabatan penyiaran menerusi saluran media aktiviti cetak mahupun elektronik. Menggunakan kamera atau video-video camera bagi merakamkan aktiviti atau projek. Menjadi jurukamera sepanjang sesuatu program berlangsung.

Jawatankuasa persembahan dan pertandingan Mendapatkan juri atau peserta bagi sesuatu aktiviti atau projek yang dijalankan. Merancang persembahan, tujuan program atau memastikan sesuatu aktiviti atau projek berjaya disempurnakan.

REFLEKSI KENDIRI

REFLEKSI KENDIRISalam sejahtera dan salam Satu Malaysia... Saya Ranjini A/P Valauthan, guru pelatih dari Institut Perguruan Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang, unit PISMP Bahasa Melayu, Semester 1 ambilan Januari 2014 telah diberi kerja kursus bagi mata pelajaran Pengurusan Kokurikulum (WAJ3108). Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa melaksanakan kerja kursus ini sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya telah mempelajari banyak perkara semasa melaksanakan kerja kursus ini. Pada saat ini, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan segala tugasan mengikut keperluan soalan yang diberikan kepada saya meskipun pada mulanya saya berasa amat bimbang dan risau kerana tidak dapat memahami kehendak soalan kerja kursus ini dengan sebaik yang mungkin kerana ianya merupakan sesuatu perkara yang amat baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat kerja kursus seumpama ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, banyak perkara yang telah saya pelajari melalui pelaksanaan kerja kursus ini. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya telah mencari banyak maklumat daripada pelbagai sumber bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik dan sempurna. Saya telah melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini dan saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci tentang tajuk tugasan ini. Hal ini telah membolehkan saya menjadi seorang yang lebih berkemampuan untuk menguasai topik tugasan kajian ini dengan lebih mendalam lagi.

Pertama kali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah En.Khazali bin Ismail, AMP kerana membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa panduan dan bantuan beliau, saya tidak sanggup menyelesaikan tugasan tersebut. Beliau telah memberikan banyak penerangan kepada kami berkaitan topik tersebut dan cara untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Beliau juga meluangkan masa bersama-sama kami untuk menerangkan tugasan tersebut. Selain itu, saya juga menghadapi pelbagai kekangan semasa pelaksanaan kerja kursus ini. Antaranya ialah, saya mengalami kesukaran untuk mencari sumber, bahan atau maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana, saya mendapati bahawa kebanyakan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Hal ini menjadi salah satu cabaran yang paling utama bagi saya, kerana saya terpaksa menterjemahkan bahan-bahan tersebut dalam bahasa Melayu bagi membolehkan saya menghasilkan kerja kursus yang baik dan sempurna. Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya juga saling merujuk antara satu sama lain terutamanya dengan guru pelatih sebaya saya yang lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik bagaimana merancang dan membentuk sebuah kertas kerja pertandingan sukan tenis bagi peringkat sekolah rendah. Saya juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu permainan tenis yang dipelajari seperti undang-undang pertandingan dan teknik permainan sepanjang saya mengikuti GERKO permainan tenis dan menyumbang kepada pemahaman dan impak topik yang diajar.

Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang mengikuti GERKO permainan tenis untuk didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal penganjuran dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori dan amali. Dengan ini, para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untuk menyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak.

Akhir kata, setelah menyiapkan tugasan ini saya mendapati bahawa sikap rajin, bertanggungjawab dan menepati masa adalah amat penting dalam melakukan kerja kursus. Sikap seperti ini juga meningkatkan keyakinan diri untuk persiapan mengharungi cabaran profesion perguruan. Sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya lebih gigih serta tekun untuk menghadapi masalah. Saya harap pengalaman yang saya perolehi sepanjang membuat kerja kursus ini akan dapat digunakan ketika saya membuat kerja kursus yang akan datang. Tuntas kata, kerja kursus sebegini wajar diberikan setiap guru pelatih untuk menghasilkan sumber tenaga pengajar yang kreatif dan inovatif pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

TAMAT

[2]