pengurusan jenazah

Upload: hafezuddin-shaharudin

Post on 16-Oct-2015

133 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Panduan Pengurusan Jenazah

TRANSCRIPT

  • KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

    OLEH

    PUAN HAJAH NORHAYATI HAJI ZAKARIA

    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Pada 16 April 2012

    Putrajaya

  • KENAPA LAWAT ORANG SAKIT

    ??????

    Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

    Hikmah sakit

    Antaranya.

    Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.

    Allah ingin mengampunkan dosa yang telah kita lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

  • HUKUM MELAWAT ORANG SAKIT

    'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudian daripadanya Sunat,

    Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,

    Jangan bergossip!!!!!!!!!!

  • APA PERLU DILAKUKAN PADA ORANG YANG

    NAZAK

    Perlu berada di sisinya.

    Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syahadah di telinganya.

    Manakala rakan-rakan /tetamu yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.

    Pesakit hendaklah ditelentangkan menghadap ke arah Qiblat dan qiamkan tangannya.

  • MATI??????

    Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi.

    Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

  • APABILA SAH

    MENINGGAL??????

    Hendaklah kita ucapkan :

    Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.

    Rapatkan kedua belah matanya.

    Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.

    Rapatkan mulutnya.

  • SAMBUNGAN

    Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.

    Luruskan kakinya.

    Ikatkan kedua ibu jari kakinya.

    Letakkan di tempat yang tinggi.

    Hadapkan ke arah Qiblat.

  • MENGURUS JENAZAH

    Hukum mengurus jenazah?

    Fardhu Kifayah

    Hukum belajar????

    Perkara wajib kita lakukan dalam mengurus jenazah ialah :

    Memandikan jenazah.

    Mengkafankan jenazah.

    Solat ke atas jenazah.

    Mengebumikan jenazah.

  • SIAPA YANG BERHAK

    MENGURUSKAN

    JENAZAH ?????

    Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya atau ibunya

    Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  • PERKARA-PERKARA YANG

    PERLU DIURUSKAN OLEH

    WARISNYA

    Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.

    Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian. Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.

    Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan jenazah.

    Menentukan bilal untuk memandikan mayat.

    Urusan menggali kubur.

    Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.

    Menguruskan kenderaan untuk jenazah.

  • S IFAT-SIFAT YANG MESTI ADA PADA

    SESEORANG YANG HENDAK MENGURUSKAN

    JENAZAH

    Islam

    Bukan musuh

    Merdeka

    Dewasa

    Berani.

    Sabar.

    Amanah.

    Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

  • PERSEDIAAN DAN

    KEPERLUAN UNTUK

    MEMANDIKAN JENAZAH

    Tempat mandi.

    Sabun mandi.

    Air daun bidara.

    Air bersih.

    Kain sugi - 7 batang.

    Sarung tangan - 3 atau 5.

    Sedikit kapas.

    Air kapur barus.

    Baldi serta gayong.

  • KEPERLUAN KAPAN?????

    Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa

    Gunting

    Kapas

    Cendana

    Kapur barus

    Air mawar

    Minyak wangi (Minyak Attar)

    Tikar jerami

    Bantal (dari daun pandan)

  • CARA MEMANDIKAN

    JENAZAH

    1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan. Niat

    2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.

    3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan.

    4. Sediakan air sabun.

    5. Sediakan air kapur barus.

    6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.

  • sambungan

    7. Angkat sedikit bahagian kepalanya

    sehingga paras dadanya. 8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya

    dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati-hati dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh kemaluannya.

  • SAMBUNGAN

    9. Siram dan basuh dengan air sahaja dahulu.

    10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya serta rambutnya.

    11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga

  • SAMBUNGAN

    13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

    14. Siram sebelah kanan 3 kali.

    15. Siram sebelah kiri 3 kali.

    16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang

  • SAMBUNGAN

    17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

    18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.

    19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.

    20. Lepas itu wudukkan mayat.

  • SAMBUNGAN

    18. Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"

  • SAMBUNGAN

    Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

    Pakaikan cawat di bahagian kemaluan mayat

  • SAMBUNGAN

    Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.

    Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan (Contoh : rambut, kuku dll).

    Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

  • BEBERAPA PERINGATAN

    Ketika membasuh di sebelah kanan. Ampunkanlah dia wahai tuhan dan kepada Engkaulah tempat kembali.

    Ketika membasuh di sebelah kiri. Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali.

    Ketika mencurah air kapur barus (diakhir mandi jenazah).Ampunkanlah dia wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan kepada Engkau tempat kembali.

    Sunat orang yang telah selesai memandikan jenazah, mandi sunat dengan niat Sahaja aku mandi sunat selepas memandikan mayat kerana Allah Taala. Begitu juga dengan orang yang mengangkatkan jenazah, sunat berwuduk untuk dirinya.

    Doa untuk mengelakkan dari badi mayat. Dengan nama Allah yang tidak memberikan kemudharatan oleh sesuatu di bumi dan di langit. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

  • PERKARA YANG HARAM DI

    WAKTU MANDI

    Meniarapkan mayat.

    Menyentuh kemaluan dengan tidak berlapik.

    Melihat aurat antara pusat ke lutut dengan tidak ada sesuatu hajat.

    Menceritakan kepada orang lain apa yang dilihat sewaktu memandikan jenazah, seperti hitam mukanya, lebam, berubah baunya dan sebagainya.

  • CARA-CARA MENGKAFANKAN

    JENAZAH

    Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

  • SAMBUNGAN

    Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut. Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain : 1. Kemaluan 2. Wajah (muka) 3. Kedua buah dada 4. Kedua Telinga 5. Kedua siku tangannya 6. Kedua tumitnya

  • SAMBUNGAN

    Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.

    Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

  • SAMBUNGAN

    Keenam : Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.

    Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

  • SOLAT JENAZAH

    yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

    Bagi orang perempuan diperbolehkan berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

    Hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah.

  • Cara mengerjakan Solat Jenazah:

    Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah .

    Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.

  • SAMBUNG

    Tempat untuk mengerjakan solat jenazah:

    boleh dilakukan di dalam masjid, surau atau di tempat lain yang sesuai untuk menunaikan solat jenazah berjemaah dengan syarat tempatnya bersih.

  • RUKUN SOLAT JENAZAH

    Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Rukun solat jenazah:

    i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan ii. Berdiri bagi yang berkuasa. iii. Bertakbir empat kali. iv. Salam

  • SAMBUNGAN

    Lafaz niat solat jenazah : a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

    "Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

  • b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

    "Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

  • SAMBUNGAN

    Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

    "Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

  • SAMBUNGAN

    d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

    "Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

  • SAMBUNGAN

    Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

    "Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

  • SAMBUNGAN

    f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

    "Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

  • SAMBUNGAN

    Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

    Takbir yang pertama :

  • SAMBUNGAN

    membaca Al-Fatihah :

  • SAMBUNGAN

    Takbir yang kedua.

    Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w :

  • SAMBUNGAN

    "Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

  • SAMBUNGAN

    Takbir yang ketiga :

    doa untuk memohonkan ampun pada si mati :

    "Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

  • SAMBUNGAN

    Takbir yang ke empat.

    doa seperti di bawah ini :

    "Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

  • SAMBUNGAN

    salam

  • SOALAN

    Bagaimanakah cara untuk menguruskan jenazah bagi pesakit aids islam

    Jawapan

    Cara untuk menguruskan jenazah bagi pesakit AIDS beragama Islam: (a) Memandikan jenazah:

    i) Pemandi jenazah mesti memakai sarung tangan (dua pasang) yang tebal dan kalis air. ii) Pemandi juga mesti memakai apron. iii) Pemandi juga memakai kasut but paras lutut.

  • SAMBUNGABN

    iv) Pemandi memakai topeng (mask) yang menutup mulut dan hidung. V)Bekas mandi jenazah mestilah mempunyai saluran air keluar terus ke dalam tanah. vii) Bahan mandian menggunakan klorok (1 liter klorok = 9 liter air)

  • SAMBUNGAN

    viii) Bahan klorin ditaburkan dalam takungan bekas buangan air mandian jenazah ix) Segala peralatan yang digunakan hendaklah ditanam selepas mandian jenazah selesai. x) Sekiranya peralatan tersebut hendak digunakan semula maka ia hendaklah direndam dalam larutan klorok selama 3 jam sebelum digunakan. xi) Hanya air siraman pertama menggunakan air klorok manakala siraman seterusnya adalah air biasa.

  • SAMBUNGAN

    b) mengafankan jenazah:

    i) Lapisan pertama menggunakan plastik yang sama panjang dengan ukuran jenazah. ii) Setiap rongga hendaklah disumbat dengan kapas yang telah dilembabkan dengan klorok. iii) Kain kafan seperti mana jenazah biasa. (c ) Menyembahyang dan mengebumikan jenazah pesakit AIDS adalah sama seperti mana jenazah biasa.

    Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Panduan Menguruskan Jenazah AIDS terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • BEBERAPA PERSOALAN

    Mayat lelaki atau perempuan dalam keadaan janabah (Berhadas besar) tidak dituntut mandi lagi kerana mandi mayat sudah memadai.

    Jika di dapati keluar najis atau darah setelah sempurna dimandikan memadai dibersihkan sahaja darah atau najis tersebut. Jika berlarutan keluarnya diikat dan dibalut dengan kapas atau kain.

    Jika rambut, kulit atau lainnya yang tanggal dari anggota badannya, wajib diambil dan dibasuh kemudian kapankan bersama-sama jasadnya.

    Jika didapati mayat di dalam sungai atau lombong yang sudah berubah atau reput, maka boleh kita selamkan semula mayat itu dalam 1 atau 2 minit dengan niat memandikan mayat (kira-kira meratakan air di seluruh anggotanya, nescaya sahlah mandinya jika tidak ada najis di badannya.

  • SAMBUNGAN

    Keguguran mengikut Imam Syafie, bayi cukup bulan ialah berumur dalam kandungan 6 bulan lahzah. Manakala bayi yang tidak cukup bulan ialah berumur 6 bulan lahzah ke bawah.

    Keguguran bayi cukup bulan, wajib disempurnakan empat perkara sepertimana jenazah orang dewasa iaitu mandi, kafan, sembahyang dan kebumikan.

    Keguguran bayi yang tidak cukup bulan : Jika keguguran itu ada tanda-tanda hidup seperti bersuara atau bergerak wajib disempurnakan sepertimana jenazah orang-orang dewasa (mandi, kafan, sembahyang dan di kebumikan). Jika keguguran itu tidak ada tanda-tanda hidup wajib disempurnakan tiga perkara sahaja iaitu mandi kafan dan kebumikan dengan tidak perlu disembahyangkan. Jika keguguran itu seketol darah dan belum bersifat manusia, sunat dibungkuskandengan kain lalu ditanamkan sahaja.

  • SAMBUNGAN

    Mayat kanak-kanak yang lahir, mati sebelum dipotong urinya. Sebelum dimandikan hendaklah dipotong urinya terlebih dahulu, kerana uri itu bukan anggota kanak-kanak tersebut dan bukan dari anggota ibunya. Uri itu najis, jika tidak dipotong, tidak sah sembahyang keatas kanak-kanak tersebut. Potong uri tidak dinamakan menyiksa mayat. Haram dimandikan, disembahyangkan dan ditanam uri bersama kanak-kanak tersebut. Uri perlu dibungkus dan ditanam begitu sahaja.

    Mengkebumikan mayat wanita mengandung. Diakui oleh doktor perubatan atau bidan yang anak dalam kandungan itu telah mati, baru boleh dikebumikan. Haram membelah perut ibu untuk mengeluarkan mayat anaknya di dalam kandungan. Sekiranya disahkan oleh doktor perubatan atau bidan, anak dalam kandungan masih hidup hendaklah dibelahkan perut ibunya untuk menyelamatkan anaknya.

  • TAYAMMUM DARI ASPEK

    KEADAAN MAYAT

    Tayammum ialah menggunakan debu tanah yang suci lagi kering sebagai ganti daripada mandi mayat dan

    anggota yang tidak dapat kena air.

    Mayat yang harus ditayammum :

    Kerana ketiadaan air, mayat harus ditayammum berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud : Jika kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum. (An-Nisa : 43).

    Mayat yang terlalu uzur (mati terbakar) kalau dimandikan hancur dagingnya.

    Mayat lelaki atau perempuan yang meninggal tempat yang terpencil yang susah mendapatkan air mutlak. Rasulullah saw bersabda mafhumnya : Jika seorang wanita meninggal di lingkungan lelaki hingga tidak ada wanita lain, atau lelaki di lingkungan wanita-wanita di mana tidak ada lelaki lain, maka hendaklah mayat tersebut ditayammumkan lalu dimakamkan kedua mereka itu sama halnya dengan yang tidak mendapatkan air.Kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan. Mayat yang reput atau hancur.

    Niat Tayammum Sahaja aku tayammumkan ke atas jenazah ini kerana Allah taala.

  • SEKIAN

    WASSALAM DAN SELAMAT BERAMAL