pengurusan ekonomi dan tinjauan 1 - kementerian kewangan ... · pertanian. dalam usaha menjadikan...

15
17 1 Pengurusan Ekonomi dan Tinjauan L A P O R A N E K O N O M I Imbasan Ekonomi Malaysia bersedia ke arah pertumbuhan lebih tinggi... E konomi Malaysia melangkah ke tahun 2002 dengan asas yang lebih kukuh setelah pulih daripada kemerosotan dalam dua suku terakhir tahun 2001. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi tetapi sederhana berikutan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang berlaku lebih awal daripada jangkaan dan semakin kukuh dalam setengah tahun terakhir 2002. Tahun 2002 bermula penuh optimis dengan pemulihan ekonomi dunia, diterajui oleh AS, berpunca daripada peningkatan permintaan untuk perumahan, pertambahan perbelanjaan pertahanan dan pemulihan sektor elektronik. Namun, harapan terhadap pemulihan yang cergas pada tahun ini tergugat oleh beberapa ketidaktentuan, khususnya prestasi suku kedua yang lemah, mencerminkan pertumbuhan KDNK AS yang perlahan dan pendapatan korporat yang lebih rendah. Skandal kewangan korporat berbilion ringgit di AS, berpunca daripada salah laku pengurusan yang serius dan penipuan dalam amalan perakaunan dan ketegangan yang meningkat di Asia Barat, telah menyebabkan kejatuhan harga ekuiti dan menghakis keyakinan pelabur dan pengguna. Meskipun begitu, kesinambungan dasar monetari yang mudah dan tindakan cepat kerajaan untuk memperbaiki urus tadbir korporat dan akauntabiliti telah membantu membendung kemelesetan sentimen yang berterusan. Di negara lain, pertumbuhan sederhana bagi kawasan euro dan pemulihan ekonomi Jepun dijangka berterusan meskipun berdepan dengan risiko yang meningkat. Berlandaskan pertumbuhan ekonomi global yang teguh serta disokong oleh sektor dalam negeri yang mantap, ekonomi Malaysia dijangka terus mengukuh khususnya bagi separuh kedua 2002. KDNK benar diunjur berkembang 4%-5% sebagaimana yang disasarkan dalam Belanjawan 2002, dan dicapai dalam keadaan inflasi yang rendah dan asas-asas ekonomi yang lebih kukuh, dibantu dengan dasar fiskal berhemah dan dasar kewangan akomodatif. Dengan prestasi keseluruhan ekonomi yang bertambah baik, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan, pengangguran terus terkawal dan ekonomi kekal dalam kedudukan guna tenaga penuh. Pengurusan Ekonomi 2002 Dasar Fiskal dan Monetari Dasar fiskal menyokong dan dasar kewangan akomodatif saling membantu mengukuh momentum pertumbuhan... Pemulihan ekonomi global yang dijangka berlaku lebih awal menjadi rapuh dan terancam menjelang pertengahan tahun dengan terdedahnya salah laku korporat dan amalan perakaunan di AS, menyebabkan pasaran ekuiti menjunam dan keyakinan pelabur terhakis. Keadaan menjadi lebih buruk dengan pendapatan korporat yang rendah, jurang defisit akaun semasa yang melebar serta nilai dolar AS yang merosot mengakibatkan pemulihan ekonomi global menjadi semakin perlahan. Memandangkan risiko yang semakin meningkat, dasar fiskal mengembang yang sederhana dikekalkan dalam 2002 sebagai langkah berterusan untuk menyemarakkan lagi momentum pertumbuhan ekonomi di samping mengimbangi kemungkinan berlakunya kelemahan eksport dan pelaburan swasta. Justeru, sektor awam terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan tanpa mengetepikan penekanan

Upload: vongoc

Post on 07-Apr-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

17

1Pengurusan Ekonomidan TinjauanL A P O R A N E K O N O M I

Imbasan

Ekonomi Malaysia bersedia ke arahpertumbuhan lebih tinggi...

E konomi Malaysia melangkah ke tahun 2002dengan asas yang lebih kukuh setelah pulih

daripada kemerosotan dalam dua suku terakhirtahun 2001. Keluaran dalam negara kasar (KDNK)dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih tinggitetapi sederhana berikutan pemulihan ekonomiAmerika Syarikat (AS) yang berlaku lebih awaldaripada jangkaan dan semakin kukuh dalamsetengah tahun terakhir 2002.

Tahun 2002 bermula penuh optimis denganpemulihan ekonomi dunia, diterajui oleh AS,berpunca daripada peningkatan permintaanuntuk perumahan, pertambahan perbelanjaanpertahanan dan pemulihan sektor elektronik.Namun, harapan terhadap pemulihan yang cergaspada tahun ini tergugat oleh beberapaketidaktentuan, khususnya prestasi suku keduayang lemah, mencerminkan pertumbuhan KDNKAS yang perlahan dan pendapatan korporat yanglebih rendah. Skandal kewangan korporat berbilionringgit di AS, berpunca daripada salah lakupengurusan yang serius dan penipuan dalamamalan perakaunan dan ketegangan yangmeningkat di Asia Barat, telah menyebabkankejatuhan harga ekuiti dan menghakis keyakinanpelabur dan pengguna. Meskipun begitu,kesinambungan dasar monetari yang mudah dantindakan cepat kerajaan untuk memperbaiki urustadbir korporat dan akauntabiliti telah membantumembendung kemelesetan sentimen yangberterusan. Di negara lain, pertumbuhansederhana bagi kawasan euro dan pemulihanekonomi Jepun dijangka berterusan meskipunberdepan dengan risiko yang meningkat.Berlandaskan pertumbuhan ekonomi global yangteguh serta disokong oleh sektor dalam negeriyang mantap, ekonomi Malaysia dijangka terusmengukuh khususnya bagi separuh kedua 2002.

KDNK benar diunjur berkembang 4%-5%sebagaimana yang disasarkan dalam Belanjawan2002, dan dicapai dalam keadaan inflasi yangrendah dan asas-asas ekonomi yang lebih kukuh,dibantu dengan dasar fiskal berhemah dan dasarkewangan akomodatif. Dengan prestasikeseluruhan ekonomi yang bertambah baik, lebihbanyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan,pengangguran terus terkawal dan ekonomi kekaldalam kedudukan guna tenaga penuh.

Pengurusan Ekonomi 2002

Dasar Fiskal dan Monetari

Dasar fiskal menyokong dan dasarkewangan akomodatif saling membantumengukuh momentum pertumbuhan...

Pemulihan ekonomi global yang dijangka berlakulebih awal menjadi rapuh dan terancam menjelangpertengahan tahun dengan terdedahnya salahlaku korporat dan amalan perakaunan di AS,menyebabkan pasaran ekuiti menjunam dankeyakinan pelabur terhakis. Keadaan menjadilebih buruk dengan pendapatan korporat yangrendah, jurang defisit akaun semasa yang melebarserta nilai dolar AS yang merosot mengakibatkanpemulihan ekonomi global menjadi semakinperlahan.

Memandangkan risiko yang semakin meningkat,dasar fiskal mengembang yang sederhanadikekalkan dalam 2002 sebagai langkahberterusan untuk menyemarakkan lagi momentumpertumbuhan ekonomi di samping mengimbangikemungkinan berlakunya kelemahan eksport danpelaburan swasta. Justeru, sektor awam terusmemainkan peranan penting sebagai pemangkinpertumbuhan tanpa mengetepikan penekanan

18

Bab 1

ke arah konsolidasi fiskal. Ekonomi negara terusdipacu oleh sektor dalam negeri dengan diterajuipermintaan dalam negeri dan penggunaan swastayang lebih kukuh dan disokong oleh dua pakejrangsangan fiskal yang diperkenalkan pada tahunlalu. Selain itu, insentif cukai dan bukan cukaiyang diperkenalkan dalam tahun semasa,bertujuan meningkatkan penggunaan danmengekalkan kestabilan ekonomi dan sosial sertameningkatkan daya saing untuk mengekalkanpertumbuhan. Antara langkah cukai ini,termasuklah pengurangan kadar cukaipendapatan individu dan pengurangan ataupemansuhan duti import ke atas barangan tertentutermasuk barang perantaraan, bertujuanmengurangkan kos pengeluaran serta koskendalian perniagaan. Tambahan pula, bagimenggalakkan pembuatan mesin dan peralatanlain dalam negara, kriteria nilai tambah bagimaksud pemberian taraf perintis dan elaun cukaipelaburan telah dikurangkan daripada 30%kepada 20%. Bagi mengukuhkan sumbangansektor pertanian kepada pertumbuhan ekonomi,pelaburan semula oleh syarikat sedia ada diberipengecualian cukai pendapatan selama limatahun. Bagi menggalakkan pengeluaran makananberskala besar untuk eksport, pemberian elaun100% terhadap perbelanjaan modal telahdipanjangkan juga kepada projek-projek pertaniantermasuk penanaman herba dan sayur-sayurandan juga akuakultur. Elaun pelaburan semulajuga diberikan bagi menggalakkan lagi pelaburandan pembangunan industri hiliran berasaskanpertanian. Dalam usaha menjadikan Malaysiasebagai pusat kecemerlangan pendidikan,Kerajaan turut memberi pengecualian cukai bagialat kelengkapan pendidikan termasuk peralatanmakmal, makmal bahasa, bengkel dan studio.

Hasil Kerajaan Persekutuan dijangka terusmeningkat sebanyak 5% kepada RM83,550 juta,mencerminkan prestasi ekonomi yang bertambahbaik, peningkatan aktiviti ekonomi dan pendapatankorporat serta sistem kutipan cukai yang lebihefisyen. Berikutan itu, kedudukan kewanganKerajaan kekal kukuh dengan akaun semasaterus mencatat lebihan. Dengan peningkatan kecilsebanyak 0.3% dalam perbelanjaanpembangunan (2001: 26.1%), defisit fiskaldijangka mengecil ke paras 4.7% daripada KDNK.Kedudukan ini lebih baik daripada 5.1% yangdiunjurkan bagi 2002 dan 5.5% yang dialamipada 2001.

Selaras dengan dasar pengurusan fiskal yangberhemah, defisit Kerajaan Persekutuan dibiayaiterutamanya oleh sumber dalam negeri yangtidak terdedah kepada inflasi di mana 59.5%daripada jumlah pinjaman kasar KerajaanPersekutuan merupakan pinjaman dalam negeri.Begitu juga, hutang Kerajaan Persekutuan yangberjumlah RM167,835 juta, sebahagian besar(77.6%) terdiri daripada hutang dalam negeri.Kadar tabungan dalam negara yang tinggi danparas mudah tunai mencukupi memberi fleksibilitiuntuk menghadkan pergantungan terhadappinjaman luar pada paras yang rendah. Denganjumlah hutang Kerajaan Persekutuan yang mapanpada paras RM183,909 juta atau 51.7% daripadaKDNK, Malaysia kekal sebagai negarakeberhutangan sederhana.

Setelah mengalami belanjawan defisit selamalima tahun berturut-turut semenjak krisiskewangan Asia pada 1997, penting sekali proseskonsolidasi kewangan disambung semula.Pengembangan fiskal yang sederhana ini adalahbagi menyokong momentum pertumbuhan dalammenangani kelemahan pemulihan ekonomi global.Defisit yang berkurangan mencerminkan amalandasar fiskal Kerajaan yang berhemah danpengurusan kewangan yang berdisiplin dankemajuan ke arah konsolidasi f iskal danbelanjawan berimbang pada akhir RancanganMalaysia Kelapan. Peningkatan prestasi ekonomi,pungutan hasil yang lebih tinggi dan peranansektor swasta yang lebih aktif telah membolehkandasar ini diamalkan.

Sebagai melengkapi dasar fiskal, dasar monetariterus akomodatif bagi menyokong aktiviti-aktivitiekonomi di mana agregat monetari jugaberkembang sejajar dengan keadaan ekonomiyang semakin baik. Rejim kadar faedah rendahterus berkekalan dalam 2002, disebabkanpemulihan ekonomi global yang perlahan dankadar faedah yang rendah. Ini disokong olehmudah tunai yang mencukupi dalam sistemperbankan dan perbezaan kadar faedah yangmasih memihak kepada Malaysia. Pinjaman belumdijelaskan dalam sistem perbankan telahmeningkat 3.3% pada akhir Julai. Pinjamandiluluskan dan pinjaman dikeluarkan adalahterutamanya untuk membiayai sektor pembuatan,pembelian rumah dan kenderaan bermotor.Bekalan wang luas turut meningkat pada kadarstabil 0.7% pada Julai, mencerminkanpeningkatan dalam aktiviti ekonomi.

19

Kerajaan komited untuk memulakan langkah kearah belanjawan berimbang dalam jangkasederhana, pengurangan perbelanjaan awamsecara mendadak dianggap belum tiba masanyamemandangkan persekitaran luar masih tidakmenentu.

Pelaksanaan projek di bawah kedua-dua pakejrangsangan tahun 2001 berjumlah RM7.3bilion, dijangka bersambung dalam 2002,memandangkan pelaksanaan projek infrastrukturbesar memerlukan jangka masa panjang untukdisiapkan, sekaligus menyumbang kepadapertumbuhan. Langkah fiskal tersebut bersertadengan dasar monetari akomodatif melalui rejimkadar faedah rendah dan kadar tetap ringgityang stabil, telah membantu perkembanganeksport, khususnya barangan elektronik, danmeningkatkan permintaan swasta dalam negeri.

Pertumbuhan KDNK yang kukuh antara 4%-5% dijangka dipacu oleh sektor dalam negeribuat tahun keduanya, melalui sumbangan sektorswasta yang semakin meningkat. Sektorperkhidmatan terus menjadi penyumbang utamapertumbuhan ekonomi dengan menambah 3 mataperatusan kepada KDNK, diikuti oleh sektorpembuatan dengan 1.6 mata peratusan berikutanpemulihan dan peningkatan permintaan globalterhadap keluaran teknologi maklumat dankomunikasi (ICT). Penggunaan swasta diramalkanberkembang 5.9% (2001: 2.8%) manakalapelaburan swasta dijangka pulih sebanyak 1.8%(2001: -19.9%) berikutan peningkatan permintaanluar bagi barangan elektronik serta kenaikanharga yang tinggi bagi minyak sawit dan getah.

Sehingga kini, pertumbuhan ekonomi telahtercapai dalam persekitaran inflasi yangterbendung dan guna tenaga penuh. Kenaikanharga pengguna terbendung di bawah paras 2%sejak tahun 2000. Dalam tempoh tujuh bulanpertama tahun 2002, Indeks Harga Pengguna(IHP) telah meningkat 1.8% berikutan kenaikancaj telekomunikasi pada Mac dan harga keluaranpetroleum pada Mei. Tekanan inflasi dapatdibendung kerana terdapat lebihan kapasiti dalamekonomi dan inflasi global yang rendah. IndeksHarga Pengeluar (PPI), yang menurun sepanjang2001, telah meningkat sedikit 0.6% pada Mac2002 dan seterusnya kepada 1.3% sehinggaJulai, terutamanya kerana kenaikan harga

Rejim kadar pertukaran tetap ringgit yangditambatkan kepada dolar AS adalah konsistendengan asas-asas ekonomi dan terus menyokongpertumbuhan. Apabila dolar AS terus merosot,tekanan awal terhadap ringgit yang dialamiterutamanya di akhir tempoh 2001 dan awal2002 semasa nilai yen menurun kira-kira 13%akhirnya menjadi lega dan tren menaik berpalingarah. Sejajar dengan kejatuhan dolar AS, nilairinggit sejak akhir 2001 mengalami kejatuhanantara 2.8% dan 17.2% berbanding dengan matawang serantau. Kemerosotan nilai ringgit ini telahmembantu meningkatkan eksport, yangberkembang 6.7% pada bulan Julai.

Sistem perbankan tetap teguh dengan nisbahmodal berwajaran risiko (RWCR) 13.1%, jauhmelebihi nisbah antarabangsa Basle pada kadar8%, berupaya menampung hutang tidak berbayar(NPLs) yang stabil pada paras 8% pada Julai2002. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad(Danaharta), Jawatankuasa Penyusunan SemulaHutang Korporat (CDRC) dan DanamodalNasional Berhad (Danamodal) memainkanperanan penting dalam menyelesaikan NPLs danhutang korporat dalam sistem perbankan.Sehingga akhir Jun, Danaharta telah menerimaRM17,350 juta, atau 58% daripada jangkaanbayaran balik berjumlah RM29,710 juta. Sejakdari penubuhannya pada Julai 1998 sehinggadibubarkan pada Julai 2002, CDRC telahmenyelesaikan kesemua, kecuali empat kes. BagiDanamodal pula, dengan proses penggabunganbank hampir siap sepenuhnya, adalah dijangkakanbantuan kewangan tidak lagi diberikan kepadainstitusi perbankan.

Mengekalkan Pertumbuhan Ekonomi

Pertumbuhan tinggi tercapai dengan asasmakroekonomi lebih kukuh danmeningkatnya keyakinan pelabur...

Cabaran utama yang perlu ditangani segera bagitahun 2002 adalah untuk mengekalkanpertumbuhan dan mengukuhkan asasmakroekonomi pasca 11 September. Pemulihanekonomi dunia yang masih rapuh dan lemah,memerlukan dasar fiskal mengembang yangsederhana untuk memastikan momentumpertumbuhan dapat dikekalkan. Walaupun

20

Bab 1

komoditi kelapa sawit dan bahan mentah.Jangkaan bahawa inflasi akan terbendungmembolehkan pelaksanaan dasar fiskal danmonetari yang lebih fleksibel untuk menyokongmomentum pertumbuhan pelaburan danpenggunaan dalam negeri.

Keadaan pasaran buruh bertambah baikselaras dengan pemulihan ekonomi global.Pemberhentian pekerja memuncak kepada 5,830pekerja pada September 2001, tetapi berkurangankepada 1,440 pekerja pada Jun 2002, selarasdengan peningkatan permintaan eksport baranganelektronik dan kapasiti pengeluaran. Padapertengahan 2002, terdapat 61,100 kekosonganpekerjaan berbanding 14,300 pemberhentian,yang berdaftar di Jabatan Tenaga Rakyat,menandakan pasaran buruh telah bertambah baik.Kadar pengangguran yang telah meningkatdaripada 3.1% pada 2000 kepada 3.6% pada2001 dijangka turun sedikit kepada 3.5% pada2002, masih pada paras guna tenaga penuh.Sebagai langkah sementara untuk mengurangkanpengangguran di kalangan graduan, di sampingmeningkatkan kemahiran dan kebolehan merekadalam bidang ICT dan penguasaan bahasaInggeris, Kerajaan telah melaksanakan programSkim Sangkutan dan Latihan (SSL) yangmerupakan skim latihan sambil bekerja kepadalebih 30,000 graduan menganggur. Langkah initelah membantu mengurangkan tekananpengangguran dan membendung kemungkinanberlakunya gejala sosial tidak sihat.

Penstrukturan semula sektor kewangan dankorporat diteruskan sebagai langkah ke arahmeningkatkan lagi keyakinan pelabur yangmenjadi pra syarat penting dalam usahapembentukan modal. Penggabungan bank-banktempatan telah berjaya disempurnakan danmenghasilkan asas modal yang lebih kukuh.Syarikat broker saham yang asalnya berjumlah66 telah memulakan program konsolidasi sejaktahun 2000, berjaya mengurangkan bilangannyakepada 33 pada tahun 2002. Dalam sektorinsurans pula, langkah penggabungan danpengambilanalih masih berjalan, yang manadaripada 63 syarikat yang beroperasi, 10 telahbergabung bagi meningkatkan lagi keupayaandan kecekapan.

Bagi sektor korporat, kemajuan yangmenggalakkan telah dicapai dalam menanganiisu penstrukturan semula. CDRC telah berjayamengusahakan penstrukturan semula korporatdi kalangan syarikat-syarikat besar Malaysia.Sehingga akhir Julai, CDRC telah menyelesaikankesemua kecuali empat kes penstrukturan semulamelibatkan hutang berjumlah RM43,970 juta.Empat kes yang masih terbengkalai melibatkanRM2,470 juta telah dipindahkan kepadaDanaharta. Penstrukturan semula hutang korporatyang diikuti dengan penjualan aset, pengguguranperniagaan bukan teras dan juga pertukaranpengurusan, dijangka dapat menjadikan syarikatberkenaan lebih berdaya tahan. Justeru, sektorperbankan dan korporat yang telah bertambahmantap kini berada pada kedudukan yang lebihbaik untuk membantu pemulihan ekonomi. Dibidang urus tadbir korporat, langkah memasukkanKod Malaysia Mengenai Urus Tadbir Korporatdalam Syarat Penyenaraian Bursa Saham KualaLumpur (BSKL) yang disemak semula, yangmeliputi pendedahan maklumat, ketelusan danperlindungan kepentingan pemegang sahamminorit i , telah mendapat sambutan yangmenggalakkan. Terdapat peningkatan kesedarandan penerimaan umum terhadap langkah-langkahyang dilaksanakan bagi meningkatkan standardurus tadbir korporat dan pengiktirafan nilaipemegang saham.

Prestasi BSKL amat membanggakan pada awal2002. Indeks Komposit BSKL melonjak 207.6%daripada paras terendah 262.7 mata padaSeptember 1998 memuncak kepada paras 20-bulan tertinggi 808 mata pada 23 April 2002dengan jumlah permodalan pasaran RM563 bilion.Bagaimanapun, menjelang pertengahan 2002,BSKL telah mengalah kepada tekanan terhadapkejatuhan bursa saham dunia berikutan skandalkorporat dan penipuan akaun syarikat di AS.Prestasi BSKL dijangka bertambah baik dengankembalinya keyakinan pelabur setelah suasanaekonomi dunia menjadi lebih jelas dan mengukuh,khususnya menjelang hujung tahun.

Kejayaan pengurusan ekonomi yang baik sertapengurusan kewangan berhemah terbukti melaluipengukuhan asas-asas makroekonomi sepertilebihan dalam imbangan pembayaran,

21

kemantapan rizab, kadar pertukaran yang stabilserta kadar inflasi dan pengangguran yangrendah. Keadaan ini telah mendorong agensipenarafan antarabangsa menaikkan penarafandan jangkaan prospek ekonomi negara daripadastabil kepada positif pada awal tahun danselanjutnya kepada BBB+ stabil pada pertengahantahun 2002. Bon yang diterbitkan oleh Kerajaandan Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK)telah diterima baik di pasaran dunia,mencerminkan kekuatan dan keyakinan terhadapkedudukan kewangan negara. Bon kedaulatannegara bernilai USD$750 juta yang diterbitkanpada Mac 2002 dengan harga 175 mata asasmelebihi Nota Perbendaharaan AS matang 10tahun, mendapat sambutan di luar dugaan kepadalebih ramai pelabur daripada AS, Asia dan Eropahdan terlebih langganan hampir lima kali ganda.Bon Islam pertama di dunia yang bernilaiUSD$500 juta matang lima tahun, diterbitkanoleh Kerajaan pada Jun, ditetapkan pada hargacuma 95 mata melebihi dolar Libor. Dalamkemunculan pertama kalinya, bon ini telah terlebihlangganan dua kali ganda, jelas membuktikankeyakinan pelabur. Rizab antarabangsa padaOgos 2002, telah meningkat ke paras USD34.2bilion, mampu menampung 5.6 bulan importtertangguh dan melebihi 5.1 kali hutang luarjangka pendek. Peningkatan berterusan ekonomibenar, kedudukan kewangan yang teguh,kestabilan politik dan kemasukan berterusanpelaburan, menandakan penarafan kedaulatannegara akan dinaikkan lagi dalam tempohterdekat.

Pengamatan Prestasi Program

Dasar yang padan dengan strategi yangtepat pada masanya – tunggak kejayaanMalaysia...

Kelemahan pemulihan ekonomi AS dalamkeadaan pertumbuhan yang goyah memaksaKerajaan melaksanakan dasar belanjawanmengembang bagi memastikan momentumpertumbuhan dapat dikekalkan. Pakej pertamapre-emptive telah dilaksanakan bagi membendungkesan daripada kelembapan ekonomi AS dalam2001. Menjelang akhir tahun, ekoran peristiwa11 September yang telah memburukkan lagi

ekonomi global, Kerajaan telah mengambillangkah melaksanakan pakej rangsangan fiskalyang kedua.

Peningkatan Aktiviti Dalam Negeri

Aktiviti ekonomi dalam negeri yang lebihtinggi dan penggunaan mapan disokongoleh rangsangan fiskal...

Program rangsangan fiskal yang diumumkandalam 2001 meliputi pelbagai projek, termasuklahpembinaan pelabuhan, sekolah satu sesi, kolejkomuniti dan perumahan anggota tentera.Peruntukan juga telah disediakan bagipengeluaran makanan, peningkatan kemudahandan infrastruktur luar bandar, galakan kepadaperusahaan kecil dan sederhana (SMEs) yangdisediakan melalui pengwujudan tabung khasserta peruntukan untuk penyelenggaraankemudahan-kemudahan sektor awam.Memandangkan cuma 61.5% daripada pakejRM7.3 bilion dapat dibelanjakan sehingga akhirFebruari 2002, bermakna sebahagian besarperbelanjaan fiskal berterusan dalam tahunsemasa disebabkan keperluan tempoh bagimenyiapkan projek. Bagi memastikan projekKerajaan dilaksanakan dengan cepat dan lancar,prosedur dan peraturan berhubung dengankelulusan dan pembayaran telah dikaji semuladan dipermudahkan. Sebagai langkah tambahan,projek yang belum dimulakan setelah tiga bulandiberi kontrak atau 30% terlewat dari jadual akandibatalkan dan ditawarkan kepada kontraktor lain.Kejayaan rangsangan fiskal telah menghasilkanpeningkatan aktiviti ekonomi dalam negeri. Iajuga telah memainkan peranan penting dan utamadalam mengekalkan pertumbuhan positif KDNKpada 2001.

Di bidang pendidikan pula, pembinaan sebanyak240 buah sekolah rendah dan 163 sekolahmenengah termasuk enam kolej matrikulasi telahdiluluskan. Tiga buah kolej matrikulasi telah siapdibina dan beroperasi sepenuhnya di Johor,Labuan dan Perak, manakala 91 buah sekolahrendah dan 81 sekolah menengah dijangka siappembinaannya dalam tahun ini dan selebihnya,di pelbagai tahap pembinaan dan dijadualkansiap pada 2003. Di sektor kesihatan pula, 241

22

Bab 1

buah klinik luar bandar telah diluluskan untukperlaksanaan, di mana 133 buah telah siap dibinasehingga Julai 2002.

Mempelbagaikan PuncaPertumbuhan

Sektor perkhidmatan menerajuipertumbuhan...

Selain daripada belanjawan mengembang,strategi Belanjawan 2002 adalah bagimempelbagai ekonomi dan mengenalpasti punca-punca pertumbuhan baru. Sehubungan ini,pencapaian dalam usaha mempertingkatkanperanan dan sumbangan sektor perkhidmatanadalah membanggakan. Sektor ini dijangkamengembang 5.3% dan menyumbang 57%kepada KDNK tahun ini. Industri pelancongankhasnya didapati lebih cergas dan berkembangdengan pantas sejak beberapa tahunkebelakangan. Pelancongan telah menyumbangpendapatan tukaran asing sebanyak RM24,220juta dalam 2001, meningkat 39.7% dari tahunlalu (2000: RM17,340 juta). Ketibaan pelancongpada bulan November menjunam ke paras596,200 selepas peristiwa 11 September, iaitujauh lebih rendah daripada purata 1.1 juta dalamtempoh 12 bulan sebelum peristiwa tersebut.Bagaimanapun, dengan aktiviti promosi yang lebihintensif melalui peruntukan RM200 juta olehKerajaan, angka ketibaan pelancong kembalimelonjak setinggi 1.3 juta pada April 2002 danstabil pada paras purata bulanan asal dalamtempoh separuh pertama 2002.

Pasaran pelancongan telah menjadi lebihterpelbagai dengan kemasukan lebih ramaipelancong dari Republik Rakyat China dan TimurTengah. Kadar penginapan hotel meningkat68.2%, pelancong juga tinggal lebih lama selama7.1 hari, menghasilkan perbelanjaan per kapitaRM2,012 (2001: RM1,896). Adalah dijangkakanbahawa perjalanan udara dan industripelancongan akan meningkat pada penghujungtahun di mana negara akan mencatat 13 jutaketibaan pelancong dan pendapatan sebanyakRM26,200 juta, menjadikan industri inipenyumbang kedua terbesar dari segi perolehantukaran asing. Bagi menggalakkan lagi sektorini, Kerajaan telah menubuh tabung pelancongan

dengan peruntukan RM400 juta untukmembangunkan infrastruktur dan memperbaikikemudahan pelancongan.

Kemajuan besar juga telah dicapai dalam usahamenjadikan Malaysia sebagai hab pengangkutandan logistik. Dalam hal ini, pelabuhan baruTanjung Pelepas (PTP), Johor telah mendapatliputan utama setelah berjaya menarik sebahagianbesar perniagaan pengendalian daripadapelabuhan serantau melalui perolehan kontrakjangka panjang dengan Maersk-Sealand, operatorterbesar dunia dan Evergreen Marine Corporation.Dalam jangkamasa dua setengah tahun sejakberoperasi, PTP telah mencatat pertumbuhanluar biasa dalam pengendalian kontena daripada48,668 TEUs (unit bersamaan 20 kaki) dalamenam bulan pertama 2000 kepada 2 juta TEUspada 2001. PTP tampak bersedia untuk melepasi2.5 juta TEUs kendalian yang disasarkanmenjelang akhir tahun.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,salah sebuah lapangan terbang tercanggih didunia, telah dikenal pasti oleh PersatuanPengembara Udara Antarabangsa (IATA)berpotensi menjadi hab perjalanan udara di rantauAsia Pasifik bagi 2002. Bagi memaksimumkelebihan yang ada dan meningkatkanpenggunaan KLIA, beberapa insentif disediakanuntuk menarik syarikat penerbangan barumenggunakan KLIA dan yang sedia adameningkatkan kekerapan penerbangan mereka.Sebagai tambahan kepada pengecualian penuhke atas yuran pendaratan dan parkir selamalima tahun untuk syarikat penerbanganantarabangsa baru termasuk yang menambahkekerapan penerbangan, program insentif denganperuntukan sebanyak RM10 juta telahdiperkenalkan. Program ini melibatkan pemberiangeran padanan kepada syarikat penerbanganantarabangsa baru yang menjalankan aktivitimempromosi KLIA. Usaha ini telah berjayamenarik dua syarikat penerbangan baru danmenambah kekerapan penerbangan sebanyakenam lagi. Pada Jun 2002, sebagai pengiktirafankepada perkhidmatan bermutu tinggi, SyarikatPenerbangan Malaysia (MAS) telah menerimaanugerah ‘Kakitangan Kabin Terbaik 2002’ dirantau Asia, berdasarkan kajian Skytrax ResearchLondon yang berpengkalan di United Kingdom.

23

Dalam kajian yang sama, Malaysia AirlinesFlagship Lounge di KLIA, yang terbesar di dunia,telah dipilih antara tiga lounge terbaik di dunia.

Meningkatkan Daya Saing

Kemajuan ke arah ekonomi berasaskanpengetahuan disokong oleh pemodal terokadan ICT sebagai teknologi pendorong...

Menyedari pentingnya peranan ekonomiberasaskan pengetahuan (K-ekonomi) bagimeningkatkan produktiviti dan pertumbuhan,Kerajaan telah melaksanakan Pelan IndukEkonomi Berasaskan Pengetahuan. Pelan Indukini yang dilancarkan pada September,menggariskan tujuh strategi utama mengandungibeberapa cadangan untuk mempercepatkanperalihan ke arah ekonomi berasaskanpengetahuan. Strategi ini memberi tumpuankepada perkara-perkara yang penting untukperubahan kepada ekonomi baru, terdiri daripadapembangunan sumber manusia, rangka kerjainstitusi, info-struktur dan infrastruktur, sains dankeupayaan teknologi, peranan sektor swasta,perkhidmatan awam berasaskan pengetahuanserta merapatkan jurang pengetahuan dan digital.Koridor Raya Multimedia (MSC) juga menempakemajuan dalam usaha menyediakan sokonganinfrastruktur bagi industri ICT dan pembangunanekonomi berasaskan pengetahuan. Sehingga Julai2002, 745 syarikat (2001: 621 syarikat) telahdiberi status MSC. Pelaburan di kawasan koridortelah mencecah RM9.7 bilion, peningkatan 42%berbanding 2001, dan telah menyediakan peluangpekerjaan kepada 18,550 orang yang mana 84%atau 15,594 merupakan k-workers. Setakat ini,terdapat 53 syarikat bertaraf dunia beroperasidalam kawasan MSC.

Bagi menggalakkan kreativiti dan inovasi selarasdengan konsep K-ekonomi, tabung modal terokatelah diwujudkan dengan peruntukan RM500 jutauntuk menyediakan pembiayaan ekuiti kepadasyarikat teroka yang menceburi bidang ICT dalambentuk pinjaman tanpa faedah untuk jangka masasehingga 10 tahun. Pembiayaan daripada tabungini diuruskan oleh Malaysian Venture CapitalMenagement Berhad (MAVCAP) melalui duaprogram iaitu sebanyak RM100 juta untuk programout-sourcing, manakala selebihnya untuk

pelaburan langsung. Sehingga pertengahan 2002,tiga daripada empat syarikat sasaran telahdiluluskan pembiayaan di bawah program out-sourcing dalam bidang rangkaian dan komunikasi,aplikasi, perisian komputer dan fotonik. Di bawahprogram pelaburan langsung pula, MAVCAP telahmeluluskan tiga projek melibatkan pelaburanRM33.9 juta dalam bidang komunikasi, sistemelektronik mikro dan bioteknologi. Selain itu,Kerajaan dengan kerjasama Japan Bank forInternational Cooperation (JBIC) telahmenubuhkan Dana ICT berjumlah RM1.6 biliondiuruskan oleh Malaysia Debt Venture Berhad,syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankanyang dilancarkan pada 30 Ogos 2002. Dana inimenyediakan pinjaman kepada pemajumultimedia, pengeluar barangan berteknologitinggi, pembekal khidmat, pedagang dan jugasyarikat yang menggunakan ICT dalam bidangpendidikan, kesihatan dan industri hiburan.

Dalam memajukan e-perniagaan yang semakinpenting bagi menyokong kegiatan perniagaandalam dunia elektronik tanpa sempadan, sejumlahRM5 juta telah diperuntukkan bagi pembangunanrangkaian pengurusan penawaran global iaituRosettaNet Malaysia, untuk pengurusanperolehan, pengeluaran dan logistik secara real-time dan online. Pelancaran RosettaNet MalaysiaBerhad pada Januari 2002 merupakan kemuncakkepada usaha bersepadu ke arah e-perniagaankhususnya untuk industri yang terlibat denganpengeluaran berteknologi t inggi. Melaluipenubuhannya, SMEs mampu berganding denganlebih 400 pembekal dunia dan menyertaipemasaran produk secara global dengan lebihteratur. Sehingga Ogos, 42 syarikat telahmendaftar sebagai ahli RosettaNet Malaysia.

Pekerja mahir dan k-workers menjadi prasyaratbagi negara menuju kepada ekonomi berasaskanpengetahuan dan meningkatkan daya saing.Sehubungan ini, program latihan dan pendidikanterus diberi penekanan bagi menangani isukekurangan tenaga kerja dalam ICT dan bidangyang berkaitan. Bagi menggalakkan celikkomputer dan meningkatkan akses pelajar kepadaICT, sejumlah RM441.8 juta telah disediakanuntuk pembinaan 2,874 makmal komputer dankemudahan-kemudahan di bandar dan luarbandar. Sehingga pertengahan 2002, sebanyak1,977 projek atau 68.8% telah siap dibina. Selain

24

Bab 1

itu, sebagai strategi menarik kepakaran, insentifjuga telah ditawarkan bagi menarik rakyatMalaysia yang berkemahiran tinggi dan bekerjadi luar negara supaya kembali berkhidmat dalamnegara. Sehingga Ogos, 474 permohonan telahditerima dan 171 diluluskan meliputi bidangperubatan, teknologi maklumat, kewangan danperakaunan, industri serta sains dan teknologi.

Kerajaan terus berusaha melaksanakan pelbagailangkah untuk meningkatkan produktiviti danmengurangkan kos kendalian perniagaan melaluilangkah fiskal dan bukan fiskal bagi mengekalkandaya saing. Produktiviti negara telah meningkat3.3% bagi tempoh 1996-2001, melebihipencapaian beberapa negara dalam Pertubuhanbagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan(OECD) iaitu AS (2.3%), United Kingdom (1.6%),Kanada (1.4%), Peranchis (1.2%), Jepun (1.1%),Jerman (1.1%) dan Itali (0.8%). Begitu juga,output per pekerja turut meningkat dengan ketara8.8% melebihi 3.7% kenaikan kos unit buruhbagi tempoh enam bulan pertama 2002.

Pada masa ini, Malaysia masih berdaya saingdan menikmati kos kendalian perniagaan yangrendah atau sederhana berbanding denganbeberapa negara di rantau ini, terutamanya bagikos ruang perniagaan, telekomunikasi, utiliti danpengangkutan. Ini dilaporkan dalam satu kajianpada tahun 2001 oleh Japan External TradeOrganization (JETRO) mengenai kos kendalianperniagaan di beberapa bandar terpilih di rantauAsia. Perbandingan antara 12 bandaraya Asiajuga menunjukkan Malaysia mempunyai kadarcukai berkesan terendah kerana ia t idakmengenakan cukai ke atas pendapatan dividen.Selain itu, Malaysia menawarkan pelbagai insentifdan elaun termasuk taraf perintis, elaun cukaipelaburan, elaun pelaburan semula serta pakejinsentif khas bagi aktiviti tertentu dalam sektorperkilangan, pertanian dan perkhidmatan.Langkah-langkah ini, yang sedang berkuatkuasapada masa ini, akan meningkatkan suasanapelaburan dan perniagaan di negara ini.

Sungguhpun begitu, kelebihan Malaysia terletakpada tenaga kerjanya yang berkemahiran tinggi,

terpelajar dan mudah dilatih dengan bilanganpekerja berpengetahuan yang semakin bertambahuntuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat ICTyang bernilai tambah yang tinggi. Selain itu,Kerajaan terbukti mesra pelabur dan peniagamelalui usahanya mengadakan dialog tahunanantara sektor awam dan swasta bagimenyelesaikan masalah yang dihadapi sektorswasta, selaras dengan konsep PersyarikatanMalaysia. Usaha secara berterusan ini dijangkadapat membantu dan memudahkan lagi aktivitiperniagaan dalam negara. Dengan kemajuanteknologi yang akan muncul dalam persekitaranekonomi baru, sudah pasti kos kendalianperniagaan dapat dikurangkan dan seterusnyaakan meningkatkan lagi daya saing negara.

Memastikan Agihan Saksama

Tumpuan ke atas pembangunan pertaniandan luar bandar disokong dengan skim khasmenangani pengangguran...

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkahbagi membantu sektor pertanian, dari segimeningkatkan hasil dan harga keluaran pertanian.Ini bertujuan memperbaiki pendapatan pekebunkecil, di samping berusaha mengurangkanperbelanjaan mengimpot bahan makanan yangberjumlah RM12,300 juta dalam 2001. Penawaranberlebihan minyak sawit di pasaran dunia telahmenyebabkan harganya jatuh ke paras terendahRM642 setan dalam 2001. Bagi meningkatkanharga, Kerajaan telah memperkenalkan programpenanaman semula 200,000 hektar pemilikankelapa sawit yang berusia melebihi 25 tahun.Langkah seperti ini telah membantumengurangkan lebihan dan menstabilkan hargapada paras purata RM1,267 setan bagi bulanJanuari - Ogos 2002.

Dalam Belanjawan 2002, sebanyak RM5,340 jutayang merupakan peruntukan tahunan terbesarpernah disediakan, telah diberikan bagi projek-projek luar bandar bertujuan meningkatkanpendapatan dan kesejahteraan masyarakat luarbandar. Projek-projek berkenaan termasuklah

25

CUKAI KE ATAS PENDAPATAN KORPORAT

Cukai korporat dikenakan ke atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia. Bagaimanapun, pendapatanyang diterima oleh syarikat pemastautin yang menjalankan perniagaan perbankan, insurans,pengangkutan udara dan laut dikenakan cukai berdasarkan skop pendapatan sedunia. Cukai korporatdikenakan berdasarkan pendapatan yang diperoleh dalam tahun semasa dan mengikut sistemimputasi di mana cukai yang dibayar oleh syarikat diberi kredit kepada pemegang saham.

Sebelum 1986, kadar cukai korporat adalah 40%, cukai keuntungan berlebihan 5% dan cukaipembangunan 5%. Bagi industri timah dan balak, cukai keuntungan tambahan dikenakan antara5% dan 15% dan antara 10% dan 20%. Pada 1986, cukai keuntungan ke atas timah dan balaktelah dimansuhkan. Pada tahun yang sama, cukai keuntungan berlebihan telah dikurangkan daripada5% kepada 3% dan seterusnya dimansuhkan pada 1988. Cukai pembangunan telah dikurangkansecara beransur-ansur bermula pada 1990 dan dimansuhkan pada tahun 1993. Begitu juga dengancukai korporat di mana dalam satu dekad, kadar cukai telah diturunkan beransur-ansur daripada40% pada 1988 kepada 28% pada 1998.

Pada masa ini, kadar cukai korporat di Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan negara-negara ASEAN, Asia dan kebanyakan negara membangun kecuali Hong Kong, Singapura, Taiwan,Thailand dan Jerman. Memandangkan Malaysia tidak mengenakan cukai ke atas pendapatan dividen,kadar cukai korporat 28% masih kompetitif berbanding dengan negara-negara lain. Tambahan pula,Malaysia mempunyai skim galakan cukai yang komprehensif seperti Taraf Perintis, Elaun CukaiPelaburan, Elaun Pelaburan Semula dan pakej insentif istimewa bagi aktiviti tertentu dalam sektorpembuatan, pertanian dan perkhidmatan. Dengan mengambil kira galakan cukai tersebut, kadarcukai berkesan adalah rendah contohnya, 8% bagi sektor pembuatan.

Kajian Semula Cukai Pendapatan Korporat(%)

Cukai CukaiKeuntungan KeuntunganBerlebihan

1980-1985 40 5.0 5.0

1986 40 3.0 5.0

1987 40 3.0 5.0

1988* 40 – 5.0

1989 35 – 5.0

1990 35 – 4.0

1991 35 – 3.0

1992 35 – 2.0

1993* 34 – –

1994 32 – –

1995-1997 30 – –

1998-2002 28 – –

*Cukai keuntungan berlebihan dimansuhkan pada 1988 dan cukai keuntungan dimansuhkan pada 1993.

Tahun CukaiTaksiran Korporat

Cukai Tambahan

26

Bab 1

Perbandingan Cukai Pendapatan Korporat *(%)

Negara Cukai Cukai ke atas Cukai Berkesan Kadar VATKorporat Dividen

Hong Kong 16.0 – 16.0 –Ireland 20.0 – 20.0 4.3, 12.5, 20.0Singapura 24.5 – 22.0 3.0-5.0Taiwan 25.0 30.0 47.5 20.0Jerman 25.0 – 25.0 7.0, 6.0Malaysia** 28.0 – 28.0 –Korea 28.0 – 28.0 10.0Thailand 30.0 10.0 37.0 7.0United Kingdom 30.0 – 30.0 5.0, 17.5China 33.0 – 33.0 13.0, 17.0Amerika Syarikat 40.0 30.0 58.0 –Jepun 42.0 30.0 59.4 5.0

* Seperti pada 2001.** Malaysia tidak mengenakan VAT. Bagaimanapun, barangan keluaran tempatan dan yang diimpot dikenakan

cukai jualan seperingkat pada kadar 5% – 25%. Cukai perkhidmatan juga dikenakan ke atas perkhidmatantertentu pada kadar 5%.

Perbandingan Kadar Cukai Antara Bandar Raya Asia *(%)

Cukai Individu Cukai NilaiBandar Raya Cukai Korporat (Kadar Ditambah

Tertinggi) (Kadar Biasa)

Kuala Lumpur 28.0 28.0 Cukai jualan: 5-25%Cukai perkhidmatan: 5%

Bangkok 30.0 37.0 7.0Beijing 33.0 45.0 17.7Bandar raya Hotel, kewangan, 50.0 10.0Ho Chi Minh insurans, perkhidmatan: 25%

Cukai keutamaan: 10–20%Pembuatan: 10–20%

Hong Kong Perniagaan individu: 15% 17.0 0Keuntungan korporat: 16%

Jakarta 10.0–30.0 35.0 10.0Manila 32.0 32.0 10.0New Delhi 35.7 30.6 16.0Seoul <100 m. won: 16% 40.0 10.0

>100 m. won: 28%Shanghai 33.0 45.0 17.0Singapura 24.5 26.0 3.0Taipei >NT$50,000 40.0 5.0

hingga NT$100,000: 15%>NT$100,000: 25%

* Seperti pada 2001.

27

perkhidmatan pengembangan pertanian dansubsidi baja, pembinaan jalan luar bandar, bekalanair dan elektrik, klinik kesihatan dan sekolahluar bandar serta buku teks percuma. Melaluiprogram ini, masyarakat Orang Asli turutmenikmati kemudahan lebih baik yang disediakandi samping program khusus yang dilaksanakanseperti program perubahan sikap danpembangunan minda serta peningkatanpendidikan pra-sekolah bagi mengurangkan kadarkeciciran.

Kerajaan telah mengambil tindakan positif bagimenangani isu pengangguran di kalangangraduan yang berjumlah kira-kira 44,000 padaJulai 2002. Kerajaan telah memperuntukkanRM226 juta bagi melaksanakan program SSLmulai Oktober 2001 dengan memberi bantuankewangan RM500 sebulan kepada setiap pesertaskim. Program ini melibatkan penempatansementara para graduan selama enam bulan dijabatan Kerajaan dan sektor swasta. SehinggaJulai, seramai 27,260 graduan telah menyertaiSkim ini yang mana lebih 60% ditempatkan dalambidang pengurusan dan pentadbiran, manakalasebahagian besar pula dalam bidang latihan ICTdan bahasa Inggeris. Program ini telah berjayameningkatkan tahap keyakinan diri dan peluanguntuk mendapatkan pekerjaan bagi para graduanberkenaan.

Objektif pembangunan sosial ke arah mencapaipengagihan kekayaan ekonomi yang lebihsaksama terus diberi keutamaan. Banyakkemajuan telah dicapai dalam usaha membasmikemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup.Sehubungan itu, paras kemiskinan telah menurundi bawah 6% (1995: 8.7%), manakala IndeksKualiti Hidup telah meningkat kepada 108.43mata (1980: 86.22 mata). Pendapatan per kapitanominal juga telah meningkat daripada RM12,956dalam 2001 kepada RM13,450 dalam 2002,manakala pariti kuasa beli pula meningkat 2.7%daripada USD8,632 kepada USD8,918 dalamtempoh yang sama. Jurang pendapatan bagitempoh masa 1995-1999, yang diukur melaluipekali Gini, bertambah baik daripada 0.456kepada 0.443, sementara jurang pendapatan

antara bandar dan luar bandar telah mengecildaripada 1:1.95 kepada 1:1.81 bagi tempoh yangsama. Sungguhpun demikian, dasar bagimengurangkan lagi jurang dari segi kemudahansosial, ekonomi dan pendapatan antara bandardan luar bandar akan diteruskan.

Tinjauan 2003

Ke arah pertumbuhan lebih kukuh...

Dengan proses pemulihan ekonomi yangsederhana tetapi teguh dalam 2002 danmomentumnya dijangka terus meningkat pada2003, ekonomi dunia diunjurkan mencatatpertumbuhan keluaran sebanyak 3.7% denganperkembangan perdagangan sebanyak 6.6%. ASdiramal mencatat pertumbuhan KDNK yang lebihtinggi sebanyak 2.6%, manakala kawasan eurobertambah baik sebanyak 2.9%. Jepun yangtelah mula menampakkan tanda-tanda keluardaripada kemelesetan, telah melangkah ke arahpemulihan dan dijangka mencatat pertumbuhan1.1% pada 2003.

Dengan bertambah kukuhnya asas-asasmakroekonomi dan ketahanan sektor korporatdan kewangan, ekonomi Malaysia kini bersediauntuk menerima manfaat daripada persekitaranekonomi global yang semakin baik yangdiunjurkan bagi 2003. Semua sektor dijangkamengalami pertumbuhan melalui asas ekonomiyang lebih luas dengan KDNK dijangka mencatatpertumbuhan 6%-6.5%, berpunca daripadaperanan sektor swasta yang lebih cergas dandinamik. Sektor pembuatan dijangka terusberkembang dengan mencatat peningkatankeluaran sebanyak 8.5% dan menyumbang 2.6mata peratusan kepada pertumbuhan KDNKmanakala sektor perkhidmatan dengan jangkaanpertumbuhan 5.9% akan terus menjadipenyumbang utama kepada pertumbuhan dengan3.3 mata peratusan. Sektor pembinaan diunjurkanberkembang 4.5% manakala pertanian dijangkameningkat sebanyak 3.4% dan sektorperlombongan 2.5%.

28

Bab 1

Pertumbuhan ekonomi negara akan dijana olehkegiatan dan sumber dalam negeri denganditerajui oleh sektor swasta, khususnya dalambidang baru sektor perkhidmatan termasukpelancongan, pengangkutan, pendidikan,kesihatan dan juga pertanian. Ini bertujuanmengurangkan pergantungan terhadap sektorperkilangan dan juga sektor luar. Denganpeningkatan perbelanjaan Kerajaan Persekutuanyang sederhana pada kadar 4.6%, kedudukankewangan sektor awam akan mengukuh ke arahkonsolidasi dan matlamat belanjawan berimbangpada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kelapan.Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan disasarkanmengecil kepada 3.9% KDNK berbanding 4.7%pada 2002.

Bagi menyokong pembangunan yang didorongoleh sektor dalam negeri, aktiviti SMEs akanterus dipupuk. Sektor awam akan menyediakanpersekitaran yang kondusif bagi menggalakkan

lagi aktivit i perniagaan dan pelaburan.Sehubungan itu, Kerajaan komited dalam usahamengurang dan seterusnya menghapuskankarenah birokrasi bagi tujuan memperbaiki lagikualiti perkhidmatan di samping memastikanprojek dan program dilaksana dan disiapkandengan cepat dan menepati masa. Denganlangkah tambahan yang bertujuan merangsanglagi aktiviti ekonomi pada 2003, pelaburan swastadijangka melonjak sebanyak 16.5% manakalapenggunaan swasta pula sebanyak 9.9%.

Tumpuan juga akan diberikan terhadapmeningkatkan lagi kualiti pendidikan peringkatrendah dan menengah sejajar dengan programpembangunan sumber manusia bertujuanmempertingkatkan kualiti tenaga buruh. Programpembangunan luar bandar akan terus diberikeutamaan dengan lebih tumpuan kepada wargamiskin dan orang kurang upaya seiring denganlangkah meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat.

29

MEMPELBAGAIKAN PUNCA PERTUMBUHAN: PEMBANGUNAN LEMBAH BIOMALAYSIA

Pengenalan

Transformasi Malaysia daripada ekonomi berasas pertanian kepada pembuatan elektrik dan elektronikberasaskan eksport telahpun diketahui umum. Transformasi ini telah dijayakan melalui dasar danprogram perindustrian yang pragmatik dan gigih bagi mempelbagaikan asas ekonomi. Peralihanterancang dari kebergantungan tinggi ke atas eksport getah dan timah kepada struktur ekonomiyang lebih luas, yang mana pembuatan dan perkhidmatan menyumbang 87.8% kepada keluarandalam negara kasar (KDNK), telah membolehkan Malaysia mencapai pertumbuhan tinggi KDNKhampir 7% dalam tempoh tiga dekad yang lalu.

Punca Baru Pertumbuhan

Kemajuan teknologi yang pesat, terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telahmencetuskan gelombang ketiga (third wave) pertumbuhan yang memberi tumpuan kepada penggunaanpengetahuan untuk mewujudkan nilai baru, kekayaan dan pertumbuhan ekonomi. Asas-asas awalke arah pengwujudan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuantelahpun disediakan bagi mengelakkan negara daripada dipinggirkan di samping menguasai gelombangbaru ini. Penubuhan MSC pada tahun 1996 menyediakan prasarana bagi memastikan peningkatandalam perkembangan penyelidikan dan kreativiti.

Menyedari bahawa pembangunan ekonomi masa hadapan terletak pada kemajuan teknologi, teraskedua-dua Rancangan Malaysia Ketujuh dan Kelapan adalah untuk beralih daripada strategi pertumbuhanberasaskan input kepada yang didorong oleh pengetahuan dan teknologi. Teknologi, kemahirandan inovasi merupakan pemangkin bagi pertumbuhan masa hadapan dan penggerak utama transformasikepada ekonomi berasaskan pengetahuan yang akan membantu negara untuk merealisasikanpotensi penuh pertumbuhan output dan memesatkan lagi transformasi struktur dan nilai tambahsektor-sektor ekonomi. Bioteknologi dikenal pasti sebagai teknologi teras memacu inovasi dankeupayaan tempatan bagi menghasilkan produk baru untuk tujuan komersial dalam bidang perubatan,tenaga, perladangan dan pengeluaran makanan serta pengurusan alam sekitar.

Bioteknologi

Bioteknologi melibatkan teknik penggunaan organisma hidup untuk menghasilkan atau mengubahsuaiproduk dan meningkatkan mutu kehidupan tumbuhan dan haiwan serta membentuk organisma mikrobagi kegunaan tertentu. Kepelbagaian flora dan fauna negara menyediakan bahan yang banyakdan skop yang luas untuk penyelidikan bioteknologi.

Kerajaan telah memberi sokongan kuat dan menggalakkan pembangunan bioteknologi melaluipenyediaan peruntukan bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan sumber manusiadan prasarana. Pada masa ini, penyelidikan bioteknologi kebanyakannya dijalankan oleh institusisektor awam seperti Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), LembagaMinyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (MRB), Institut Penyelidikan Perubatan(IMR) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Kebanyakan universiti awam Malaysiamempunyai unit penyelidikan bioteknologi. Penglibatan sektor swasta dalam bioteknologi tertumpu

30

Bab 1

kepada kultur tisu tumbuhan seperti dalam penanaman orkid. Terdapat juga pengeluar yangmenggunakan bioteknologi untuk menghasilkan jus jernih dan sirap buah-buahan yang bermututinggi. Tumbuhan seperti tongkat ali dan pegaga digunakan untuk mengeluarkan produk herbakesihatan. Kini, terdapat kira-kira 50 buah syarikat Malaysia yang menggunakan proses bioteknologikebanyakannya dalam bidang pengeluaran makanan, produk herba dan farmaseutikal.

Pada tahun 1996, Direktorat Bioteknologi Kebangsaan (BIOTEK) telah ditubuhkan di bawah KementerianSains, Teknologi dan Alam Sekitar (KSTAS) untuk mempromosi dan menyelaras aktiviti penyelidikandan pembangunan dalam bioteknologi serta membentuk usahasama di antara sektor swasta denganawam dalam program bioteknologi kebangsaan dan membantu mengkomersialkan penemuanpenyelidikan. BIOTEK kini menguruskan tujuh kategori aktiviti R&D bioteknologi, iaitu molekul,tumbuhan, haiwan, perubatan, persekitaran dan perindustrian, biofarmasi dan makanan. PusatKerjasama Bioteknologi (BCC), yang diuruskan oleh BIOTEK dengan universiti dan institut penyelidikan,berusaha sama menjalankan aktiviti R&D bagi setiap kategori. Satu perkongsian antarabangsaantara Pusat Kerjasama Bioteknologi dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) dimulakanpada tahun 1999 bagi memudahkan interaksi, pembangunan dan latihan saintis dalam bidang kritikalseperti genomik, bioinfomatik dan bioproses melalui pertukaran ahli penyelidik antara Malaysia danMIT. Program ini bertujuan untuk memupuk satu kumpulan profesional yang berupaya menerajuipembangunan industri bioteknologi di Malaysia.

Pembangunan Lembah Bio di Malaysia

Pembangunan bioteknologi di Malaysia akan dipergiatkan lagi dengan adanya inisiatif cadanganpenubuhan Lembah Bio Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Lembah Bio yang akanditempatkan di kawasan MSC akan menjadi nukleus industri bioteknologi. Lembah Bio akan menggunapakai pendekatan kluster yang telahpun berjaya dilaksanakan untuk membangunkan industri bioteknologidi seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat dan Kanada. Kluster ini akan mengandungiinstitusi penyelidikan bioteknologi, universiti dan syarikat khusus. Ini adalah bagi menggalakkansaling perhubungan dan pertemuan intelektual pakar dan keusahawanan serta perkongsian sumbermanusia dan fizikal, di mana pusat kecemerlangan industri dapat dibina. Hasil daripada kerjasamadan berkongsi lokasi akan membolehkan setiap syarikat di dalam kluster tersebut bersaing secaraglobal, sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai secara bersendirian. Tambahan pula, denganpemusatan syarikat di Lembah Bio ia akan mempercepat dan memesatkan lagi pengkomersialanteknologi dan produk yang dihasilkan oleh institut penyelidikan tersebut yang seterusnya akanmerangsang pertumbuhan syarikat-syarikat baru. Sinergi yang muncul dari pengusaha-pengusahaindustri akan menggalakkan interaksi aktif dan merangsangkan lagi inovasi dan pemindahan teknologi.

Pembangunan Lembah Bio Malaysia di kawasan MSC mengambilkira sinergi antara bioteknologidan teknologi maklumat dan komunikasi. Sokongan teknologi maklumat yang sesuai adalah pentinguntuk pembangunan bioteknologi oleh kerana ianya satu bidang berintensif pengetahuan. Inisiatifini akan dikenali secara kolektif sebagai Koridor Raya Bioteknologi dan ICT.

Tiga institusi penyelidikan baru iaitu Institut Agro-Bioteknologi Kebangsaan, Institut Farmaseutikaldan Nurtraseutikal Bioteknologi Kebangsaan serta Institut Genomik dan Biologi Molekul Kebangsaanakan menjadi teras kepada Lembah Bio Malaysia. Setiap institusi akan menjalankan penyelidikandi dalam bidang bioteknologi tertentu yang kritikal bagi pembangunan keseluruhan industri tersebut.Institusi-institusi ini akan mempunyai pakar serta dilengkapi dengan peralatan dan prasarana tercanggihbagi menjalankan R&D bertaraf dunia. Tambahan pula, institusi ini akan mempunyai hubungan rapatdengan universiti-universiti di Malaysia, bertindak sebagai inkubator untuk penyelidikan inovatif,

31

melatih saintis dan menyokong syarikat bioteknologi yang baru muncul. Penubuhan Lembah BioMalaysia akan menjana minat daripada pusat kecemerlangan bioteknologi antarabangsa untukberusaha sama dengan institusi-institusi kebangsaan.

Bidang penyelidikan strategik telah dipilih berasaskan faktor-faktor seperti kesediaadaan sumber-sumber penyelidikan, kebolehan mengoptimumkan keupayaan nasional, penggunaan sepenuhnyapengalaman R&D yang berjaya dan pelaburan sektor swasta. Penyelidikan bioteknologi pertaniandijangka menghasilkan produk dan teknologi baru yang akan merangsang semula sektor pertanianmelalui peningkatan pengeluaran makanan serta menjadikan sektor berkenaan lebih berdaya saingdengan tanaman transgenik dengan penghasilan dan kualiti yang tinggi. Teknologi baru sepertiteknologi lanjut pembiakan dan vaksin rekombinaan bagi menangani penyakit-peyakit yang membawamaut seperti virus Nipah akan menjana pertumbuhan pesat industri ternakan. Penyelidikan bioteknologifarmaseutikal dan nutraseutikal boleh membawa kearah penemuan functional food dan ubat yangakan mengalakkan penjagaan kesihatan. Penyelidikan genomik dan biologi molekul adalah pentingbagi penjanaan pengetahuan dan inovasi baru.

Lembah Bio akan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Lembah Bio yang bertanggungjawabkepada Lembaga Pembangunan Bio-Valley Kebangsaan. Perbadanan berkenaan akan juga menanganiisu-isu berkaitan dengan keselamatan serta kesedaran awam mengenai bioteknologi. DirektoratPembangunan Perniagaan juga telah diwujudkan bagi membantu mengkomersialkan hasil penyelidikanseperti pendrafan paten, pelesenan dan pemindahan teknologi, pengurusan perhubungan antaraindustri dan penarikan pelaburan dari dalam dan luar negara.

Status Pelaksanaan

KSTAS telah mengenalpasti 1,200 ekar tanah di kawasan MSC untuk projek Lembah Bio. Juruperundingbagi projek ini juga telah dikenal pasti dan satu pelan induk untuk pembangunannya sedangdisediakan. Rundingan sedang diadakan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mendapatkankelulusan penggunaan tanah. Projek Lembah Bio dijangka siap dalam tempoh Rancangan MalaysiaKelapan.

Penutup

Walaupun pelbagai pihak di Malaysia sedang menjalankan penyelidikan bioteknologi, namun,pengkomersialan penemuan masih rendah tanpa sebarang paten baru yang menjana nilai ekonomidari penyelidikan ini. Oleh kerana pereka-cipta bekerja secara berasingan dan kurangnya strategikeusahawanan yang berkesan, maka daya inovasi ketinggalan di belakang. Inisiatif Lembah BioMalaysia telah dirangka bagi menangani isu-isu ini dan merangsangkan pembangunan harta intelektualbioteknologi serta memupuk penubuhan syarikat-syarikat baru di sektor bioteknologi. Usaha bersepadupenyelidik dan pengusaha industri dalam Bio-Valley dijangka melahirkan punca baru pertumbuhandan juga mempertingkatkan lagi sektor-sektor ekonomi sedia ada.