pengintegrasian kemahiran berfikir dalam ......kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12...

25
PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH DI EMPAT DAERAH SELATAN NEGERI JOHOR WAN SHAHIDA FAZIRA BINTI WAN SALIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

DI EMPAT DAERAH SELATAN NEGERI JOHOR

WAN SHAHIDA FAZIRA BINTI WAN SALIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2011/2012 Saya WAN SHAHIDA FAZIRA BINTI WAN SALIM

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

Tarikh: 20 JANUARI 2012 Tarikh: 20 JANUARI 2012

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

DI EMPAT DAERAH SELATAN NEGERI JOHOR

(HURUF BESAR)

PN. NUR QISTINA ANDIN ABDULLAH

(NAMA PENYELIA) 6715 TAMAN KENANGA, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU.

Page 3: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penyelia : PN. NUR QISTINA ANDIN ABDULLAH

Tarikh : 20 JANUARI 2012

Page 4: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

i

PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA

PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

DI EMPAT DAERAH SELATAN NEGERI JOHOR

WAN SHAHIDA FAZIRA BINTI WAN SALIM

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : W. SHAHIDA FAZIRA BT W. SALIM

Tarikh : 20 JANUARI 2012

Page 6: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

iii

DEDIKASI

Ku abadikan buat insan-insan istimewa dalam hidupku….

Teristimewa buat

abah (Wan Salim bin Wan Awang) dan mama (Zulihar binti Basri)

yang selalu mendoakan kejayaan kepada diri ini.

Tiada apa yang dapat ku ucapkan hanya restu kalian berdua mengiringi setiap detik

perjalanan hidupku

Buat suamiku (Abdul Rahman bin Abdul Rahim) yang selalu memberikan

sokongan dan dorongan kepada diri ini.

Terima kasih kerana memahami dan meredhai setiap langkahku

Buat ahli keluarga yang tersayang yang selalu memberi semangat kepada diri ini

dan tidak putus-putus mengajarku erti kesabaran dan ketabahan.

Buat penyelia yang dihormati lagi disayangi

Puan Nur Qistina Andin binti Abdullah

Segala butir jasamu serta tunjuk ajarmu akan kekal sehingga selama-lamanya

Tidak dapatku balas dengan apa-apa selain kejayaanku

Hanya Allah s.w.t sahaja yang hanya dapat membalas segala keperitan dan

kepayahan dalam mengajarku

Buat sahabat handai, rakan-rakan 4 SPH yang tidak putus-putus memberi kata

semangat dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang membuat

kajian ini.

Persahabatan ini adalah suatu perjalanan yang tidak akan berakhir…

Semoga kalian semua diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t hendaknya.

Wassalam.

Page 7: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya telah

berjaya saya menyiapkan kajian ini seperti yang dikehendaki.

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan

terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Puan Nur

Qistina Andin binti Abdullah di atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang

beliau berikan sepanjang tempoh untuk saya menyiapkan projek ini. Begitu juga

jutaan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat dalam menyiapkan kajian

ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Disini saya juga, ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak

terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan atas segala sumbangan idea, dorongan,

nasihat dan sebagainya yang telah dikongsi bersama. Walaupun pelbagai dugaan dan

cabaran yang ditempuhi namun, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kajian ini.

Kepada semua yang terlibat, hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa

kalian semua dan jasamu akan ku kenang sampai bila-bila dan semoga ilmu yang

terkandung di dalam kajian ini, dapat memberikan manfaat dan ilmu kepada semua.

Amin.

Page 8: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pengintegrasian kemahiran

berfikir dalam proses pengajaran guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu.

Sebanyak enam persoalan kajian dibentuk merangkumi elemen pemikiran kritis dan

kreatif, peringkat pengintegrasian, kesedaran guru tentang pengintegrasian,

kekangan dan juga cadangan untuk menjayakan pengintegrasian kemahiran berfikir

dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2

dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah

Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Pasir Gudang. Kajian ini menggunakan kombinasi

kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dua set instrumen iaitu soal selidik dan juga

panduan temu bual dibina dan digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan

alfa soal selidik dalam kajian rintis adalah 0.793 yang bermaksud keseluruhan item

soal selidik boleh diterima. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian

komputer Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk

mendapatkan nilai min. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis

kandungan untuk mendapatkan tema. Dapatan kajian menunjukkan elemen

pemikiran kritis dan kreatif, dan peringkat pengintegrasian kurang diintegrasikan

oleh guru cemerlang dalam pengajaran. Kekangan yang dihadapi oleh guru

merangkumi tiga kategori iaitu sukatan pelajaran, pelajar dan guru. Guru

mengemukakan lima cadangan dalam menjayakan pengintegrasian kemahiran

berfikir iaitu diadakan kursus bimbingan kemahiran berfikir, mewujudkan modul

kemahiran berfikir dalam Kemahiran Hidup Bersepadu, menetapkan kemahiran

berfikir dalam sukatan pelajaran, mengadakan kemudahan untuk pengajaran

kemahiran berfikir dan juga membina soalan-soalan yang menekankan kemahiran

berfikir. Penyelidik berharap kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak

berkaitan bagi menjayakan pengintegrasian kemahiran berfikir dalam mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Page 9: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to investigate expert teachers in the subject of

Integrated Living Skills infuse thinking skills in their teaching. A total of six

research questions were designed including creative and critical thinking elements,

stage of integration, teacher’s awareness of integration, barriers and suggestions to

achieve integrating thinking skills in Living Skills subject. This research involved

646 form 2 students and 12 expert teachers in the subject of Integrated Living Skills

at secondary school around Johor Bahru, Kulai, Pontian and Pasir Gudang district.

This research used a combination of quantitative and qualitative methodologies.

Two sets of instruments constructed and used in this study were questionnaires and

interview form. Cronbach Alpha reliability value for questionnaires in the pilot

study was 0.793 which means that all questionnaire items can be accepted.

Quantitative data was analyzed using computer software Statistical Packages for

Social Science (SPSS) version 15.0 in order to get the mean value. The qualitative

data was analyzed based on the theme emerged from the content analysis. This study

showed that expert teachers do not infuse the creative and critical thinking elements,

and do not apply integration thinking skills in their teaching. Barriers faced by

teachers in integrating thinking skills in their teaching can be grouped into three

categories: the syllabus, students and teachers. The teachers had suggested few

suggestion to integrate the thinking skills in their teaching which are additional

course on thinking skills, create the thinking skills module in Living Skills subject,

inserting the thinking skills in syllabus, providing facilities for teaching thinking

skills and also developing questions that emphasize thinking skills. Researcher

hopes this study can be used as guidance to related parties for the successful

integration of thinking skills in Integrated Living Skills subject.

Page 10: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

TAJUK TESIS i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan 8

Berkaitan

1.6.2 Guru 9

1.6.3 Pelajar 10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah dan Operasional 10

1.8.1 Pelajar 11

1.8.2 Guru 11

1.8.3 Pengintegrasian 11

1.8.4 Kekangan 12

Page 11: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

viii

1.8.5 Cadangan 12

1.8.6 Kesedaran 13

1.8.7 Kemahiran Berfikir 13

1.8.8 Kemahiran Hidup Bersepadu 15

1.9 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Perlaksanaan Kemahiran Berfikir dalam Sistem

Pendidikan

17

2.3 Kemahiran Berfikir dalam Mata Pelajaran 19

Kemahiran Hidup

2.4 Konsep Berfikir 20

2.5 Konsep Pemikiran 20

2.6 Model Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif 22

2.6.1 Elemen Pemikiran Kritis 24

2.6.2 Elemen Pemikiran Kreatif 27

2.7 Pendekatan Pengajaran Secara Pengintegrasian 28

2.7.1 Pengintegrasian Pengenalan Kepada 30

Pengajaran Kemahiran Berfikir Dan Proses

Berfikir

2.7.2 Pengintegrasian Berfikir Secara Aktif Melalui 31

Pelbagai Aktiviti Pengajaran Dan

Pembelajaran

2.7.3 Pengintegrasian Berfikir Tentang Pemikiran 31

(Refleksi)

2.7.4 Pengintegrasian Aplikasi Pemikiran 32

2.8 Dapatan Kajian Lepas 32

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 38

Page 12: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

ix

3.3.1 Guru Cemerlang 39

3.3.2 Pelajar 39

3.4 Instrumen Kajian 40

3.4.1 Soal Selidik 41

3.4.2 Temu bual 44

3.5 Kesahan Kandungan 46

3.6 Kajian Rintis 46

3.6.1 Kebolehpercayaan Soal Selidik 47

3.7 Prosedur Kajian 48

3.8 Analisis Data 49

3.8.1 Soal Selidik 50

3.8.2 Temu bual 52

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 57

4.2 Demografi Responden 58

4.2.1 Soal Selidik 58

4.2.2 Temu Bual 60

4.3 Analisis Kuantitatif dan Kualitatif 64

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 65

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 68

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 70

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 71

4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 84

4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian 6 91

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 95

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 95

5.3 Perbincangan 98

5.4 Cadangan Penyelidik 110

5.4.1 Pusat Pengajian Tinggi 110

5.4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 110

Page 13: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

x

5.4.3 Pihak Sekolah 111

5.4.4 Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 111

5.5 Cadangan Kajian Lanjut 112

5.6 Penutup 113

RUJUKAN

LAMPIRAN

114

122

Page 14: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Persoalan Kajian dan Reka Bentuk 38

3.2 Jumlah Responden Yang Terlibat Dalam Kajian 40

3.3 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B 41

3.4 Item Yang Terdapat pada Latar Belakang Responden 42

3.5 Taburan Soalan Berdasarkan Pengintegrasian

Kemahiran Berfikir

43

3.5 Keputusan Analisa Kebolehpercayaan Kajian 48

3.6 Skala Tiga Tahap dan Justifikasi Bagi Persoalan Kajian

2, 3, dan 4

51

3.8 Ringkasan Jadual Statistik yang Digunakan 52

3.9 Analisis Pengkodan Deskriptif 54

3.10 Analisis Pengkodan Deskriptif kepada Pengkodan

Interpretif

55

3.11 Analisis Tema 56

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59

4.3 Taburan Responden Mengikut Bidang 59

4.4 Rumusan Responden Mengikut Penyertaan Kursus

Kemahiran Berfikir

64

4.5 Taburan Responden Mengikut Min Bagi Elemen

Pemikiran Kritis

69

4.6

Taburan Responden Mengikut Min Bagi Elemen

Pemikiran Kreatif

71

4.7

Taburan Responden Mengikut Min bagi Pengintegrasian

Pengenalan Kepada Objektif Kandungan dan Proses

Berfikir

73

Page 15: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

xii

4.8

Taburan Responden Mengikut Min bagi Pengintegrasian

Berfikir Tentang Pemikiran

79

4.9 Taburan Responden Mengikut Min bagi Pengintegrasian

Aplikasi Pemikiran (Transfer)

81

Page 16: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Proses Berfikir 23

2.2 Model Kemahiran Berfikir 24

2.3

3.1

Pendekatan Pengintegrasian

Rangka Rancangan Temu Bual

29

45

3.2 Prosedur Kajian 49

3.3 Pembahagian Skala Likert Kepada Tiga Tahap 50

3.4 Pembahagian Skala Likert 4 Kepada Tiga Tahap 51

3.5 Peringkat Dalam Analisis Tema 53

Page 17: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

xiv

SENARAI SINGKATAN

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

KBKK Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

PMR Penilaian Menengah Rendah

GC Guru Cemerlang

Page 18: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik Pelajar 122

B Panduan Temu Bual Guru 127

C Surat Pengesahan Instrumen Kajian 133

D Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 135

E Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 137

F Surat Kebenaran Sekolah 138

G Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 139

H Transkrip Temu Bual 140

Page 19: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Memupuk minda modal insan dengan memiliki mentaliti kelas pertama adalah

satu daripada lima teras misi nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.

Mentaliti kelas pertama yang dimaksudkan adalah berteraskan kepada ketangkasan

kerja, ketepatan dan keberhasilan. Oleh itu, mentaliti kelas pertama adalah secara

langsung berhubung dengan kemahiran berfikir dimana pelajar perlu menguasai

kemahiran 4C iaitu pemikiran kritikal dan penyelesai masalah, keberkesanan

berkomunikasi, bekerja secara berkesan di dalam kumpulan yang mempunyai

perbezaan pandangan dan kreativiti dan inovasi.

Kepentingan kemahiran berfikir ini telah disedari semenjak awal 90-an dimana

penekanan elemen kemahiran berfikir sebagai elemen baru dapat dilihat dalam

Reformasi Pendidikan (Wan Mohd Zahid, 1993). Penekanan ini adalah selaras

dengan objektif Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ingin mengembangkan dan

mempertingkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif

dalam kalangan pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989).

Page 20: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

2

Dalam semua mata pelajaran termasuk Kemahiran Hidup Bersepadu, buku teks

dijadikan panduan kepada guru ketika mengajar dan dijadikan sumber bacaan

kepada pelajar ketika mengulangkaji pelajaran serta bahan rujukan utama untuk

menghadapi peperiksaan. Penekanan penggunaan buku teks sebagai unsur terpenting

dalam konsep pendidikan didapati tidak menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif

dikalangan pelajar kerana buku teks menghasilkan fakta-fakta untuk dihafal, diingat

dan dijadikan matlamat pembelajaran untuk lulus peperiksaan (Yong Seh Sheh,

2005). Sedangkan fakta dan ilmu mestilah difahami agar dapat diaplikasikan dalam

kehidupan. Situasi ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh kesilapan dalam

proses pengajaran yang mengabaikan elemen kemahiran berfikir seterusnya

mendorong pelajar bergantung kepada guru dan bertingkah laku impulsif, dogmatik

dan malas memberi pendapat (Phillips, 1992). Jika guru mengajar hanya

berlandaskan sukatan pelajaran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran

tanpa penambahan maklumat semasa, perkembangan pemikiran pelajar tidak akan

berlaku.

Guru memainkan peranan yang utama dalam mengintegrasikan kemahiran

berfikir dikalangan pelajar khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta keperluan negara ke

arah K-Ekonomi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Tambahan pula, guru

merupakan ejen yang penting dalam pembangunan modal insan, dan juga pelaksana

bagi sukatan pelajaran atau program yang telah dirancang yang diaturkan oleh pihak

Kementerian Pelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah. Guru yang kreatif diperlukan

dalam pembentukan pemikiran kritis dikalangan pelajar sekolah dimana pelajar

mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran,

tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk pelajar

menjadi lebih inovatif yang mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif

dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi (Poh Swee Hiang,

2000). Oleh yang demikian, guru perlulah mengatur strategi yang sesuai untuk

menggalakkan pelajar supaya berfikir, memberi pendapat dan mencari penyelesaian

kepada sesuatu perkara atau masalah. Apabila strategi yang sesuai digunakan,

pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir melalui ransangan dan latihan yang

diberikan oleh guru seterusnya mereka dapat mengaplikasikan dalam corak

pembelajaran harian dan menyumbang kepada pembelajaran optimum.

Page 21: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran yang wajib

diambil bagi pelajar sekolah menengah rendah dimana salah satu matlamatnya

adalah untuk melahirkan insan yang kreatif, inovatif, inisiatif dan produktif (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1990). Selain itu, objektif kelapan yang terkandung

dalam mata pelajaran tersebut didapati mempunyai perkaitan secara langsung

dengan kemahiran berfikir iaitu untuk membolehkan pelajar memupuk sifat kreatif

dan inovasi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990).

Dalam pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), kemahiran

berfikir seperti pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kemahiran menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan telah dimasukkan dengan jelas dan nyata dalam

objektif kurikulum beberapa mata pelajaran akademik iaitu Sains, Matematik,

Bahasa, Sejarah dan Geografi (Aliah, 2003). Walaubagaimanapun, pelaksanaan ini

masih belum mantap dan kurang diberi penekanan yang sewajarnya (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2002) terutamanya dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu. Kemahiran berfikir telah dijadikan satu elemen utama yang

dilaksanakan dalam kurikulum sekolah dimana kemahiran berfikir bukanlah satu

mata pelajaran berasingan tetapi merupakan elemen yang diajar secara

pengintegrasian merentasi kurikulum (Zol Azlan, 2000).

Pengintegrasian kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu masih lagi berada ditahap yang rendah. Dapatan kajian yang lepas,

menunjukkan punca yang menyebabkan guru kurang mengintegrasikan kemahiran

berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diklasifikasikan kepada beberapa

faktor iaitu tahap kesediaan guru yang rendah (Abdul Haris, 2010; Che Wa, 2002;

Munir dan Azman, 2001; Rajendran, 2001; Noor Rohana, 1998), strategi

pengintegrasian yang digunakan kurang berkesan (Sanif, 2002; Asmah, 1994;

Omardin,1999; Abdul Rahim, 1996), dan dominasi guru (Yong, 1989; Toh, 2003).

Kesediaan guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan salah satu faktor guru kurang mengintegrasikan kemahiran berfikir.

Page 22: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

4

Kesediaan guru untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran adalah

merangkumi ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang hendak diajar,

kemahiran untuk mengajar kandungan mata pelajaran tersebut, dan sikap guru

terhadap tanggungjawab mereka (Rajendran, 2001). Kemahiran berfikir juga

merupakan asas ilmu yang perlu dikuasai oleh guru-guru dalam membantu

memperkembangkan pemikiran pelajar melalui penerapan (Som dan Mohd Dahlan,

1998). Kesediaan dari segi kognitif dan pengetahuan guru masih berada pada tahap

yang rendah dan keadaan ini berpunca daripada kekurangan dipihak guru itu sendiri

dimana kebanyakkan guru didapati tidak jelas tentang kaedah untuk menerapkan

unsur kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun telah

diberi pendedahan secara formal (Rafiei, 1998).

Ramai guru yang berminat memperkenalkan teknik berfikir kepada para pelajar

mereka dengan mengambil inisiatif sendiri untuk memperkenalkan teknik-teknik

berfikir kepada pelajar mengikut cara mereka berikutan mereka kurang diberi

penekanan semasa diperingkat latihan perguruan (Phillips, 1997). Terdapat ramai

lagi guru yang belum mendapat strategi yang berkesan untuk mengajar teknik-teknik

berfikir kepada pelajar mereka (Ainon dan Abdullah, 2005). Dapatan kajian Sanif

(2002) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu menunjukkan

penggunaan teknik-teknik pengintegrasian kemahiran berfikir didalam pengajaran

dan pembelajaran masih berada ditahap yang sederhana dan hanya melibatkan

penggunaan contoh-contoh, bahan-bahan rangsangan dan kaedah bercerita seperti

pengalaman lalu dan pengalaman yang sedia ada. Guru-guru mata pelajaran Sains

didapati berkecenderungan dalam memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti

pembelajaran yang melibatkan kemahiran berfikir pada aras pengetahuan dan

kefahaman dan mengabaikan kemahiran berfikir seperti penggunaan, analisis,

sintesis dan penilaian (Chan, 1999). Tambahan pula, Noor Rohana (1998) dalam

kajian tentang kemahiran berfikir dalam Bahasa Melayu menyatakan bahawa

pelaksanaan teknik hanya memberi penekanan kepada aktiviti perbincangan,

percambahan fikiran dan pembelajaran kolaboratif. Menurutnya lagi, penggunaan

alat-alat berfikir dan sumber pelajaran masih stereotaip dan terbatas dikalangan guru

manakala soalan-soalan yang digunakan masih berada pada aras rendah dan

lingkaran soalan tidak digunakan.

Page 23: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

5

Guru perlu mengatasi kekangan yang dihadapi untuk melakukan perubahan yang

signifikan terhadap cara guru mengajar dalam kelas. Secara sedar mahupun tidak,

kebanyakkan wacana dalam kelas telah didominasikan oleh guru yang secara

langsungnya menyebabkan pelajar menjadi pasif. Satu daripada dua aspek dalam

pengajaran adalah pelajar perlu mencuba untuk menjelaskan dengan wajar tindakan

yang dilakukan oleh mereka dan guru perlu memahami tindakan tersebut berbanding

dengan guru yang menjelaskan kesemuanya kepada pelajar (Duckworth, 1987). Ini

bermakna guru perlu memberi kebebasan kepada para pelajar berfikir seperti

mengkritik sesuatu pandangan atau menjana idea-idea yang mungkin boleh

dianggap radikal (Ainon dan Abdullah, 2002). Situasi ini jelas menunjukkan bahawa

guru kurang memberi galakkan terhadap pengintegrasian kemahiran berfikir dalam

mata pelajaran yang diajar.

Gaya pengajaran guru merupakan salah satu aspek yang dipandang serius dalam

Kurikulum Baru Sekolah Menengah dimana ianya lebih menekankan pengajaran

pemusatan pelajar jika dibandingkan dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah

(KLSR) yang lebih menekankan pengajaran berpusatkan guru (Ikhsan dan Norila,

2005; Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Walaupun pelbagai usaha telah

dijalankan untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran, namun

kebanyakkan sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para pelajar yang

berorientasikan peperiksaan. Dalam kandungan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) telah dinyatakan bahawa

fungsi peperiksaan bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian pelajar tetapi

juga untuk memperbaiki lagi proses pengajaran dan pembelajaran guru dibilik

darjah. Walaubagaimanapun, penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi

tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan dalam

peperiksaan, dan lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis

dipinggirkan.

Justeru itu, guru didapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan

KBSM yang berpusatkan pelajar kerana mereka begitu menghayati kaedah

pengajaran yang lama yang lebih berpusatkan guru. Keadaan ini telah memberikan

kesan negatif terhadap perkembangan kemahiran berfikir dikalangan pelajar.

Page 24: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

6

1.3 Pernyataan Masalah

Dapatan kajian yang lepas ada menyatakan bahawa pegintegrasian kemahiran

berfikir dalam mata pelajaran kemahiran hidup adalah tidak menggalakkan (Sanif,

2002; Che Wa, 2002). Hasil daripada kajian tersebut telah menimbulkan banyak

persoalan tentang kekangan yang dihadapi untuk mengintegrasikan kemahiran

berfikir ke dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu.

Sehubungan dengan itu juga, terdapat banyak kajian berkaitan dengan

pengintegrasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran bagi mata pelajaran

yang lain seperti Matematik (Faizah, 2001), Sejarah (Shahniza, 2001), Pendidikan

Sains (Chan, 1999) dan Reka Cipta (Haris, 2010). Walaubagaimanapun, kajian

yang berkaitan dengan pengintegrasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran

guru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu kurang diakukan. Implikasi

dari keadaan ini menyebabkan guru Kemahiran Hidup Bersepadu tidak dapat

mengintegrasikan kemahiran berfikir dengan lebih efektif ke dalam mata pelajaran

yang diajar (Sanif 2002, Che Wa, 2002).

Oleh itu, merujuk kepada hasil perbincangan latar belakang masalah dan kajian-

kajian yang lepas, penyelidik merumuskan bahawa terdapat keperluan untuk

menjalankan kajian pengintegrasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan

pembelajaran KHB. Untuk mencapai hasrat ini, guru mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu perlu mempunyai anjakan dalam proses pengajaran bagi

mengintegrasikan kemahiran berfikir serta responsif terhadap kumpulan sasaran

yang menjadi sumber dan matlamat dunia pendidikan (Shaari, 1999). Oleh sebab itu,

kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti adakah guru menyedari

kepentingan pengintegrasian kemahiran berfikir, elemen pemikiran kritis dan kreatif

yang diintegrasikan guru dalam pengajaran, disamping mengenal pasti peringkat

pengintegrasian kemahiran berfikir yang digunakan guru, kekangan yang dihadapi

oleh guru untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir dan cadangan daripada guru

untuk menjayakan pengintegrasian kemahiran berfikir dalam pengajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di 12 buah sekolah menengah

kebangsaan di negeri Johor.

Page 25: PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ......Kajian ini melibatkan 646 pelajar tingkatan 2 dan 12 guru cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah di daerah Johor Bahru,

7

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, maka kajian ini

dijalankan bertujuan untuk:

i) Mengenal pasti kesedaran guru terhadap kepentingan pengintegrasian

kemahiran berfikir dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

ii) Mengenal pasti elemen pemikiran kritis yang diintegrasikan guru

cemerlang dalam pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

iii) Mengenal pasti elemen pemikiran kreatif yang diintegrasikan guru

cemerlang dalam pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

iv) Mengenal pasti peringkat pengintegrasian kemahiran berfikir yang

diintegrasikan guru cemerlang dalam pengajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu.

v) Mengenal pasti kekangan yang dihadapi guru dalam mengintegrasikan

kemahiran berfikir bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

vi) Mengenal pasti cadangan guru untuk menjayakan pengintegrasian

kemahiran berfikir bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.5 Persoalan Kajian

Matlamat kajian adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap

empat persoalan kajian seperti berikut:

i) Adakah guru cemerlang menyedari kepentingan pengintegrasian kemahiran

berfikir dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu?