penggunaan teknologi terkini sebagai pendekatan dakwah

34
Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 1 Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah Oleh Zamri Mohamad Trainer kreativiti dan pemasaran dakwah online [email protected] Abstrak Kertas kerja ini adalah dapatan dari aspek penggunaan internet oleh orang awam. Bagaimana mereka melihat Internet dan bagaimana pendakwah dapat mengenalpasti cara mengaplikasinya. Fokus kepada perkembangan penggunaan internet dari aspek bisnes dan sosial menjadikan kami menumpukan aspek ini sebagai asas kepada gerak kerja yang dapat diimplimentasi dalam usaha dakwah bil hal dan bil lisan melalui teknologi. Ini adalah satu dunia baru yang membuat kita teruja dan melihat satu potensi luar biasa. Kertas kerja ini menekankan kepada empat komponen besar iaitu Kreativiti Dakwah, iaitu bagaimana cara berfikir dan aplikasi teknologi yang asalnya digunakan bagi tujuan lain dapat disinergi dengan usaha dakwah. Gunakan dengan Apa di Tangan, iaitu memilih apa yang penting dan utama terlebih dahulu dalam aplikasi teknologi berbanding mencipta sesuatu yang menyukarkan kerja pendakwah sendiri. Bahasa persuasif dalam dakwah online, iaitu aspek bahasa yang menunjukkan kredibiliti dan pada masa sama mesej dakwah bertahan lama dalam online. Kecil tetapi konsisten, iaitu memfokuskan kepada kejayaan-kejayaan kecil dalam usaha dakwah melalui teknologi internet berbanding menguasai semua perkara, tetapi tidak mencapai tanda aras yang diingini. (c) Zamri Mohamad 2011

Upload: zamri-mohamad

Post on 26-Jun-2015

3.722 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Kertas kerja ini adalah dapatan dari aspek penggunaan internet oleh orang awam.Bagaimana mereka melihat Internet dan bagaimana pendakwah dapat mengenalpasti caramengaplikasinya.Fokus kepada perkembangan penggunaan internet dari aspek bisnes dan sosialmenjadikan kami menumpukan aspek ini sebagai asas kepada gerak kerja yang dapatdiimplimentasi dalam usaha dakwah bil hal dan bil lisan melalui teknologi. Ini adalah satudunia baru yang membuat kita teruja dan melihat satu potensi luar biasa.

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 1

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Oleh Zamri Mohamad

Trainer kreativiti dan pemasaran dakwah online

[email protected]

Abstrak

Kertas kerja ini adalah dapatan dari aspek penggunaan internet oleh orang awam.

Bagaimana mereka melihat Internet dan bagaimana pendakwah dapat mengenalpasti cara

mengaplikasinya.

Fokus kepada perkembangan penggunaan internet dari aspek bisnes dan sosial

menjadikan kami menumpukan aspek ini sebagai asas kepada gerak kerja yang dapat

diimplimentasi dalam usaha dakwah bil hal dan bil lisan melalui teknologi. Ini adalah satu

dunia baru yang membuat kita teruja dan melihat satu potensi luar biasa.

Kertas kerja ini menekankan kepada empat komponen besar iaitu

Kreativiti Dakwah, iaitu bagaimana cara berfikir dan aplikasi teknologi yang

asalnya digunakan bagi tujuan lain dapat disinergi dengan usaha dakwah.

Gunakan dengan Apa di Tangan, iaitu memilih apa yang penting dan utama

terlebih dahulu dalam aplikasi teknologi berbanding mencipta sesuatu yang menyukarkan

kerja pendakwah sendiri.

Bahasa persuasif dalam dakwah online, iaitu aspek bahasa yang

menunjukkan kredibiliti dan pada masa sama mesej dakwah bertahan lama dalam online.

Kecil tetapi konsisten, iaitu memfokuskan kepada kejayaan-kejayaan kecil

dalam usaha dakwah melalui teknologi internet berbanding menguasai semua perkara,

tetapi tidak mencapai tanda aras yang diingini.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 2: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 2ita bermula dengan ini

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 3: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 3

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 4: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 4Dakwah dan kerjasama dakwah secara online melalui video online

Para peniaga merupakan kumpulan paling konsisten dalam usaha menjual produk

dan perkhidmatan mereka di internet. Fokus mereka kepada penggunaan video di internet

terbukti berjaya.

Formula yang digunakan mereka ialah menghasilkan video yang dapat dikongsi

penonton melalui cara lain. Sama ada mereka meletakkan di emel, blog dan di media sosial

lain seperti Facebook.

Jika kita meletakkan tugas kita dalam pemikiran seorang peniaga, dapat kita

pecahkan peranan bisnes dakwah ini kepada tiga pecahan

• Pendakwah sebagai peniaga yang memenuhi kriteria Siddiq, Tabligh, Fatanah dan

amanah

• Islam sebagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan berkualiti dalam

pelbagai aspek

• Mad'u atau orang yang didakwah itu sebagai pelanggan yang akan kerap

menggunakan.

Kajian kes dakwah melalui online video

Pada tahun 2011, menyaksikan satu situasi fanomena dalam dakwah di internet melalui

video. Fanomena Ustaz Azhar Idrus adalah salah satunya. Ini adalah contoh salah satu

video rakaman ceramah agama yang disampaikan beliau. Ia dimuatkan dalam YouTube.

Jumlah penonton mencecah 100,000 orang.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 5: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 5

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 6: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 6Bisnes dakwah dalam YouTube

Penerangan ini menggunakan istilah peniaga, pelanggan dan produk. Mewakili tiga

pecahan yang diterangkan sebelum ini.

Youtube bukan pilihan tetapi kemestian dalam bisnes

YouTube mempengaruhi gelagat pembelian pelanggan. Ia memberi kesan kepada

emosi pembeli, mencetuskan keinginan dan mendorong lebih banyak jualan dari satu

siaran video yang tidak melebihi sepuluh minit.

Hari ini YouTube mempunyai 70 orang kakitangan. Bermula daripada gabungan

idea Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed Karim, YouTube sendiri diperkenalkan kepada

khayalak dengan tujuan akhirnya, iaitu mencipta peluang bisnes kepada mereka.

Bermula pada 15 Febuari 2005, ketiga-tiga mereka bekerjasama menggabungkan

tiga kemahiran yang berbeza.

Pada Disember 2005, YouTube diperkenalkan dalam dunia internet kepada seluruh

dunia secara rasminya. Ia memperkenalkan satu perkhidmatan percuma iaitu memuat

turun, menonton dan berkongsi video. Semua ini dilakukan oleh mereka yang

mengunjungi YouTube.

YouTube dikategorikan sebagai salah satu daripada sepuluh laman web yang

berkembang paling pesat dalam dunia internet. Ini menarik perhatian Google sehinggalah

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 7: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 7YouTube dibeli pada harga US$1.65 bilion dalam bentuk saham.

Nilai bisnes pada Youtube

Bermula dengan perkhidmatan pengiklanan kecil-kecilan

Sejarah awal menunjukan ketiga-tiga pengasasnya menghasilkan YouTube bagi

menjana duit daripada perkhidmatan yang mereka sediakan. Tetapi ia bukan datang

daripada pengguna yang memuat turun video mereka, sebaliknya para pengiklan yang

menyewa tapak iklan dalam laman web berkenaan yang membayarnya.

Bergerak dengan perkhidmatan pengiklanan besar-besaran

Potensi ini dihidu oleh Google yang masih meneruskan fungsi percumanya dan

pada masa sama menjana wang daripada pengiklanan. Ia masih mengikut konsep yang

sama diperkenalkan oleh Hurley, Steven dan Jawed.

Pemilikan YouTube oleh Google membuka mata pengiklan-pengiklan besar untuk

mendapatkan khidmat yang sama. Penajaan iklan membawa bersama konsep penajaan

siaran YouTube yang memaparkan siaran para penaja dalam pelbagai medium. Ini

termasuk menyiarkan rancangan mereka sendiri atau pun berbentuk iklan pendek.

Peniaga kecil dan perkhidmatan pengiklanan gerila

Peniaga-peniaga kecil mengikut taktik yang sama menggunakan pendekatan gerila.

Perkhidmatan YouTube yang percuma menjadi medium memperkenalkan perniagaan

mereka. Fokus pengenalan produk dan perkhidmatan ada yang bersifat lokal dan bersifat

antarabangsa.

Ya, potensi pelanggan menonton video online

Kaji selidik mengesahkan bahawa bakal pelanggan menonton video jualan di

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 8: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 8internet. Pada tahun 2006, DoubleClick telah menjalankan kajian ini dan dapatan mereka

menunjukkan

Dua pertiga bahagian video jualan ditonton oleh pelayar internet.

Pelayar internet menekan butang play pada video jualan dua kali ganda berbanding

iklan berbentuk imej dan perkataan.

Kadar pelayar internet menekan butang play pada video jualan adalah empat ke

lima kali lebih tinggi berbanding iklan dalam bentuk imej dan perkataan.

Peratusan tinggi pelayar internet memberi respon kepada iklan dalam bentuk video.

Ini dilihat melalui gelagat mereka menggunakan tetikus atau mouse dan panel

kawalan pada video jualan tersebut.

Di sini perbincangan utama dalam penggunaan teknologi internet bagi keperluan dakwah.

Bagaimana kita mahu menggunakan maklumat yang dikeluarkan oleh DoubleClick bagi

tujuan dakwah?

Komuniti bisnes berkumpul di dalam YouTube

Komuniti bisnes mudah dikesan YouTube. Di sinilah rangkaian bagi membina

jaringan perniagaan saudara. Sama ada jaringan dalam negara dan luar negara. Sinergi

atau gabungan para peniaga mencetuskan bentuk kerjasama baru dan menjana idea bagi

keperluan perniagaan saudara.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 9: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 9

Dalam komuniti YouTube, apa yang saudara paparkan akan diketahui dan saling

dikongsi sesama peniaga lain. Misalnya saudara adalah peniaga A, video jualan yang

saudara muat turun juga dapat dilihat oleh peniaga B dan peniaga C. Ia tidak berhenti di

situ. Apa yang ditonton oleh peniaga B dan C diketahui oleh para peniaga lain. Begitulah

seterusnya. Situasi ini dipanggil sebagai pemasaran viral atau pemasaran virus kerana

sifatnya yang merebak.

Dari aspek dakwah, inilah rangkaian rakan pendakwah dalam dan luar negara dapat

bekerja sama.

Aplikasi YouTube untuk medium berbeza di internet

Bagi peniaga yang menggunakan YouTube sebagai medium pemasaran mesej,

mereka menggabungkan aplikasi YouTube bersama-sama aplikasi lain di internet.

1. Video blog atau vlog

Video blog atau vlog adalah bersifat personal. Ia adalah rakaman peribadi

bagi berkongsi cerita dan topik untuk tontonan pelayar. Tulisan di blog

dijadikan dalam bentuk video. Biasanya ia dimuat turun secara kerap.

Peniaga menjadikan vlog sebagai interaksi personal kepada penonton. Ia

bersifat personal dan menyentuh hati penonton. Mereka yang mengikuti vlog

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 10: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 10tidak berasa diri mereka dimanipulasi bagi membeli produk dan barangan

tertentu. Sebaliknya, peniaga sedang menjenamakan diri dan perniagaan

melalui kaedah ini.

Pada hari ini, gelagat jual beli pengguna tidak bergantung kepada faktor

kehendak dan keperluan. Gelagat jual beli pengguna kini mencapai satu tahap

disebut sebagai pengalaman. Pengguna mahukan sesuatu yang lebih daripada

apa yang dapat ditawarkan oleh peniaga.

Vlog bertindak memberikan pengalaman kepada pelanggan saudara.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 11: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 11

Katakan saudara seorang guru di sebuah taska yang dikendalikan oleh

saudara sendiri. Apa yang berlaku dalam taska tersebut menjadi bahan

cerita yang menarik kepada potensi klien saudara.

Pada hari itu saudara mendapat petua daripada seorang ibu muda

bagiaimana mengajar rutin kepada anak yang masih kecil. Daripada

cerita di taska, kongsikan kepada penonton dalam bentuk vlog dengan

memberikan tip-tip yang diperolehi daripada ibu berkenaan.

Apa yang saudara lakukan adalah memberi sesuatu yang dapat dirasai oleh

penonton sendiri. Ada nilai tambah yang dapat dikutip daripada vlog saudara.

Meskipun vlog hanya mengambil masa seminit, tetapi kesan pengalaman

daripada tontonan vlog memberi kesan berganda.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 12: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 12

Screenshot YouTube vlog Meepocow

Vlog Meepocow merupakan video blog yang boleh diadaptasi sebagai cara

berkongsi kemahiran dan pengetahuan kita sedia ada. Dalam salah satu video

yang dimuat turun oleh Meepocow, vlog pada screenshot yang dipaparkan

menunjukkan perkongsian ilmu oleh Meepocow mengenai perbandingan

pembungkusan produk yang baik dan sebaliknya.

Vlog ini membantu para penonton mendapat informasi baru khususnya

mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan. Daripada maklumat baru

ini, penonton tahu apakah dimaksudkan pembungkusan yang baik atau

sebaliknya untuk perniagaan.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 13: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 13

2. Vlog pada blog tradisional

Peniaga memaparkan vlog pada blog sedia ada bagi menarik orang ramai

melayari blog yang disediakan. Blog bagi tujuan bisnes adalah berbentuk

maklumat.

Pada masa sama, blog tradisional dapat digunakan bagi meletakkan video

berbentuk maklumat.

Screenshot blog percuma mempromosi produk melalui video .

Peniaga menggunakan blog percuma seperti Blogspot dan Wordpress bagi

memaparkan video mereka. Peniaga boleh menggunakan blog berbayar, iaitu

dengan memiliki domain dan hosting sendiri yang dibayar pada setiap tahun.

3. Hebahan e-mel

Perkhidmatan YouTube mempunyai sistem yang membolehkan saudara

memaklumkan video terbaru yang baru dimuat turun. Pautan atau link video

yang dimuat turun dalam YouTube die-mel kepada senarai pelanggan saudara.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 14: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 14Mereka akan mendapat e-mel saudara dan hanya perlu klik pada link yang

saudara berikan kepada mereka.

Apa yang saudara lakukan adalah memberi informasi dan pada masa sama

mendorong pelanggan melakukan pembelian baru.

4. Video pada laman web

Penggunaan video pada laman web merupakan kaedah popular yang

digunakan oleh peniaga kecil dalam internet. Video memberikan kefahaman

secara audio dan visual kepada bakal pelanggan yang melayari laman web

tersebut.

Terdahulu, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menggunakan

YouTube bagi memperkenalkan fungsi dan latar belakang institusi tersebut.

Rakaman ringkas mengenai IKIM diletakkan pada laman web rasminya.

Kaedah ini digunakan oleh PTS apabila memuat turun video produk terbaru

dan paparan penulis pada laman web rasmi. Sehingga buku ini ditulis, terdapat

jumlah video pada laman web rasmi penerbit.

Screenshot PTS mempromosi penulis dan buku menggunakan YouTube

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 15: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 15

Penjual-penjual produk dan perkhidmatan di internet mula mempelopori

kaedah ini pada laman web mini atau minisite mereka. Kaedah ini mula popular

dan digunapakai oleh kebanyakan penjual produk dan perkhidmatan tempatan.

5. Video pada laman interaksi sosial

Rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Digg dan Facebook kini

mempunyai aplikasi khusus bagi memudahkan pengguna memaparkan video

yang dimuat turun dalam YouTube pada laman sosial mereka.

Aplikasi berantai ini mempercepatkan kerja pengguna dan pada masa

membesarkan rangkaian penonton apabila ia bergerak dari satu medium ke

medium lain yang mempunyai kumpulan yang berbeza.

Kita lihat pada rangkaian sosial iemalaysia.ning.com, sebuah portal komuniti

keusahawanan internet tempatan. Portal keusahawanan ini mempunyai aplikasi

yang membolehkan apa jua jenis kategori video YouTube dipaparkan di sini.

Ini bermakna ahli IE Malaysia tidak perlu melayari YouTube sebaliknya

mereka boleh memaparkan video produk dan perkhidmatan pada portal

komuniti ini.

Interaksi pengguna internet terhadap video jualan

Satu kajian berkaitan jenama dan paparan di internet dan televisyen telah dibuat

oleh Millward Brown. Kajian Brown memberitahu kita kesan internet terhadap promosi

perniagaan kita lebih tinggi berbanding paparan di televisyen.

Ini kerana pengguna internet berinteraksi dengan paparan iklan terbabit secara

tidak langsung. Sebagai contoh, mereka menggunakan papan kekunci atau keyboard di

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 16: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 16komputer dan tetikus atau mouse ketika menonton iklan di internet.

Ia berbeza dengan paparan iklan di televisyen yang bersifat pasif. Penonton hanya

menerima bulat-bulat apa yang disiarkan.

Menurut kajian Brown, tontonan video di internet meningkat kesedaran pengguna

mengenai jenama yang dipaparkan sebanyak 82 peratus. Manakala 77 peratus pula

mudah kenal produk jenama terbabit kesan daripada pengulangan jenama.

Berbeza dengan paparan jenama di televisyen, Millward mendapati kesedaran

pengguna terhadap jenama yang dipaparkan adalah sebanyak 54 peratus. Manakala hanya

17 peratus kenal jenama terbabit.

Interaksi pengguna internet terhadap video online

Satu kajian berkaitan jenama dan paparan di internet dan televisyen telah dibuat

oleh Millward Brown. Kajian Brown memberitahu kita kesan internet terhadap promosi

perniagaan kita lebih tinggi berbanding paparan di televisyen.

Ini kerana pengguna internet berinteraksi dengan paparan iklan terbabit secara

tidak langsung. Sebagai contoh, mereka menggunakan papan kekunci atau keyboard di

komputer dan tetikus atau mouse ketika menonton iklan di internet.

Ia berbeza dengan paparan iklan di televisyen yang bersifat pasif. Penonton hanya

menerima bulat-bulat apa yang disiarkan.

Menurut kajian Brown, tontonan video di internet meningkat kesedaran pengguna

mengenai jenama yang dipaparkan sebanyak 82 peratus. Manakala 77 peratus pula

mudah kenal produk jenama terbabit kesan daripada pengulangan jenama.

Berbeza dengan paparan jenama di televisyen, Millward mendapati kesedaran

pengguna terhadap jenama yang dipaparkan adalah sebanyak 54 peratus. Manakala hanya

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 17: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 1717 peratus kenal jenama terbabit.

Ini adalah perbezaan sebanyak 38 peratus bagi kesedaran terhadap jenama dan

perbezaan 60 peratus terhadap kesedaran pengguna terhadap produk jenama terbabit.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 18: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 18Penulisan dakwah secara Online

Penulisan dakwah secara online kini dipermudahkan oleh Google Translate.

Apakah itu Google Translate?

Google Translate merupakan aplikasi internet yang memudahkan pengguna

internet memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis melalui bahasa ibundanya

sendiri. Misalnya pembaca berbahasa Inggeris dapat menterjemah teks dalam bahasa

Melayu menggunakan Google Translate.

Penulisan dakwah, permudahkan ilmu

Ketika itu saya menghadiri pelancaran kad Ramadan yang dikeluarkan oleh IIUM

Endowment Fund (IEF) pada bulan September tahun 2007. Pengenalan kad Ramadan

adalah usaha menambah tabung peruntukan membantu pelajar-pelajar miskin dari dalam

dan luar negara yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 19: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 19Beberapa perkara menarik dikongsikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid

ketika program pelancaran Kad Ramadan.

Dalam ucapan, beliau menyeru IEF mencipta perubahan dalam mencipta dana yang

banyak bagi pelajar-pelajar miskin. Saranan beliau, IEF mesti menceburi bisnes

pendidikan.

Beliau memberi pandangan sudah masa dunia akademik dipermudahkan dan

disebarkan kepada masyarakat awam. Sanusi berkongsi pengalaman beliau di Jerman.

Kata Sanusi, tidak semua orang awam yang mahu membaca teks akademik bagi

mempelajari sesuatu. Ia menjadi beban bagi mereka yang tidak biasa dengan gaya

penulisan akademik. Permudahkan dan sebarkan.

Apabila komik mengajar bahasa ibunda.

Sebagai contoh apabila kita memperkenalkan cara mempelajari bahasa. Berkongsi

pengalaman Sanusi ketika di Jerman, bagi memastikan rakyat dan orang asing dapat

mempelajari bahasa Jerman mereka telah mencipta komik yang menggunakan watak

Donald Duck sebagai ikon utama. Membawa komik ke sana-sini tidak menjadi beban

kepada rakyat.

Mempelajari bahasa dilihat sebagai satu beban. Terbayang sebuah buku teks yang

mengandungi segala hukum dan peraturan bahasa yang boleh menakut-nakutkan penutur

bagi mempelajari bahasa ibunda.

Kerajaan Jerman mengubah ketakutan rakyat kepada sesuatu yang ringan dan

dekat pada hati mereka. Komik dijadikan medium pendidikan pilihan.

Bagi memastikan komik itu mencapai objektif, kerajaan mengambil inisiatif memastikan

komik Donald Duck menggunakan bahasa Jerman tinggi.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 20: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 20Ini bagi memastikan rakyat Jerman bertutur dengan bahasa yang betul dan menjaga

kualiti bahasa yang terkandung di dalamnya budaya dan sejarah yang mereka banggakan.

Satu ayat menarik yang disampaikan oleh Sanusi, "Jangan susahkan pemikiran

orang lain bagi menjadikan orang lain menghargai kita."

Kata-kata itu ditujukan kepada ahli akademik yang hadir ke program itu.

Tidak perlu menjadi pakar bahasa. Mulalah menulis di internet.

Penulisan dakwah yang persuasif menggunakan bahasa Melayu tinggi. Proses

memperelokkan kualiti bahasa adalah proses jangka panjang. Penulisan dakwah terbuka

pada kesilapan baik dari sudut ejaan mahupun struktur ayat.

Penulis menguasai bahasa apabila memperbaiki hasil tulisannya di online

sepanjang proses kerja.

Penggunaan bahasa Melayu tinggi bermaksud kita menulis menggunakan ejaan dan

tatabahasa yang betul dan memperbaiki hasil tulisan dakwah secara berterusan.

Penggunaan bahasa Melayu tinggi memberi kelebihan kepada penulis.

Penulisan dakwah yang ditulis menggunakan bahasa Melayu tinggi mempunyai

jangka hayat lebih lama berbanding yang menggunakan bahasa Melayu rendah.

Penulisan dakwah yang ditulis menggunakan bahasa Melayu tinggi lebih mudah

diterjemah ke bahasa asing bagi tujuan ke luar. Kewujudan Google Translator

memudahkan.

Penulisan dakwah yang ditulis menggunakan bahasa Melayu tinggi dilihat lebih

berkredibel oleh pembaca kerana ia menunjukkan keseriusan penulis menulis

menggunakan bahasa yang baik untuk bacaan awam.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 21: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 21Penggunaan bahasa Melayu rendah yang mengandungi slanga dan ayat pasar

disempadani masa. Apabila masyarakat sudah tidak menggunakan slanga dan ayat pasar

tersebut, maka perkataan itu akan hilang dengan sendirinya. Ia jarang-jarang digunakan

dan akan menimbulkan kejanggalan oleh generasi selepas itu.

Ilmu yang bermanfaat dipermudahkan.

Usaha mempermudahkan ilmu adalah usaha yang dihargai oleh pembaca. Apabila

ilmu dipermudahkan cara penyampaianya, maka ia mudah difahami dan pembaca mudah

bertindak berdasarkan apa yang disarankan.

Kesan berantai berlaku apabila pembaca yang sama mudah menyampaikan mesej

yang terkandung di dalam buku kepada orang sekeliling.

Penulis yang bercadang menulis bagi bacaan umum perlu mengambil kira latar

belakang pembacanya sebelum menulis.

Sebuah buku yang hebat kajian, pendedahan, teori dan huraianya akan menjadi

karya yang sia-sia apabila pembaca tidak dapat menghadam mesej yang cuba

disampaikan.

Ia mungkin menjadi buku yang dipuji-puji oleh rakan-rakan akademik. Penilai

terdiri daripada pakar bidang mengiktirafnya sebagai buku yang hebat. Tetapi apabila ia

gagal difahami oleh orang awam, maka ia menjadi buku yang sia-sia. Ilmu gagal

dibumikan dan buku menjadi tidak persuasif.

Ujikaji sampel penulisan saudara.

Uji hasil tulisan saudara sama ada ia boleh difahami oleh pembaca atau sebaliknya.

Jika saudara bercadang menulis kepada orang awam, elak daripada menguji hasil tulisan

saudara dengan melibatkan mereka yang setara tahap akademik dan sama bidang.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 22: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 22Saudara boleh lakukan mengenalpasti sasaran pembaca melibatkan ahli keluarga

pada peringkat umur yang berbeza, rakan-rakan berbeza profesion, jiran atau saudara

mara dan rakan-rakan komuniti siber.

Ujikaji tidak memerlukan jumlah penyertaan pembaca yang ramai. Cukup sekadar

mendapatkan maklumbalas yang dapat membantu saudara menulis menggunakan acuan

yang betul. Terlalu ramai yang terlibat dalam ujikaji karya saudara akan membuat saudara

sukar mengawalnya.

• Tulis satu artikel yang saudara ingin hasilkan.

• Kenalpasti siapakah sasaran pembaca saudara. Pembaca ditentukan berdasarkan

umur, profesion, tahap pendidikan, lokasi dan jantina.

• Uji hasil tulisan saudara dengan meminta sasaran pembaca membacanya.

• Dapatkan maklum balas sama ada pembaca faham apa yang cuba saudara

sampaikan.

• Dapatkan maklumat daripada pembaca, bagaimana caranya saudara dapat

mempermudahkan hasil tulisan saudara.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 23: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 23Dakwah Blook, Dakwah terhimpun daripada Blog

Blook merupakan satu cara penulis menghasilkan buku melalui blog peribadi

mereka. Penulis-penulis tempatan mula menjadikan blog sebagai cara menghasilkan buku.

Blog adalah diari peribadi, catatan-catatan kecil, ruangan berinteraksi, pusat

menyebar berita dan pengetahuan serta satu penulisan individu untuk tatapan dunia.

Kewujudan blog sedikit sebanyak mempengaruhi perilaku penulis dan pelawatnya

kerana sentuhan bersifat peribadi yang berjaya diwujudkan antara kedua-duanya.

Sejarah blog bermula dengan kewujudan beberapa komuniti elektronik. Agensi

berita seperti Ascosiated Press menyediakan ruangan sembang maya yang menarik jutaan

pengunjung.

Satu lagi komuniti elektronik yang muncul pada peringkat pra-digital dikenali

sebagai Radio Amateur yang juga dikenali sebagai ham radio. Melaluinya, mana-mana

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 24: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 24individu bebas membuat siaran radio mereka sendiri. Pada masa yang sama mereka

menyediakan glogs sebagai diari peribadi di komputer pada awal tahun 80-an. Selepas itu,

glogs berkembang menjadi blog.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 25: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 25Blog mengumpul peminat aliran yang serupa.

Sejak tahun 2003, penggunaan blog dikembangkan melalui penulisan berita.

Perang Iraq menyaksikan kemunculan kumpulan pengguna blog dari pelbagai aliran

mengetengahkan pandangan mereka masing-masing. Blog dijadikan medium

mengesampingkan pandangan tradisonal media Barat.

Populariti berita daripada blog memberi sudut pandang ketiga kepada pengunjung

bagi melihat situasi Iraq melalui dimensi yang berbeza. Ia dilihat sebagai peperangan blog

pertama bagi meraih sokongan ramai.

Kelahiran Indonesian Muslim Blogger (IMB).

Indonesian Muslim Blogger (IMB) merupakan salah satu contoh komuniti blog

yang aktif dalam gerakan dakwah maya. Ia diwujudkan secara santai dan memberi peluang

kepada para pengunjung bagi saling berinteraksi.

Kewujudan awalnya bermula daripada pengendalian blog-blog peribadi yang turut

menggunakan penggunaan tag pesanan ringkas yang disediakan dalam blog masing-

masing.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 26: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 26

Kemudian kumpulan blog berkembang kepada kewujudan forum maya melalui

kumpulan Muslim Blog pada 16 September 2004. Laman web www.muslimblog.net

diperkenalkan selepas itu.

Ia menarik sebilangan besar para pengunjung lain yang membawa kepada

kewujudan IMB pada 27 November 2004. Sehingga kini, peranan blog bukan sahaja

mendekatkan para penggunanya, malah beberapa siri penerbitan buku, latihan dakwah,

program-program luar, taklim bulanan, khidmat bakti, penyediaan perpustakaan telah

dilaksanakan oleh IMB. Mereka mempunyai keahlian di Eropah, Asia dan Timur Tengah.

Jamaah Islam Malaysia (JIM) dan dakwah melalui blog.

Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia turut

melakukan pendekatan yang sama dalam usaha mengembangkan nilai hidup murni.

Wanita JIM di bawah pertubuhan ini berperanan membina imej dan membentuk

wanita Islam agar mempunyai identiti fundamental dari sudut pegangan, kontemporari

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 27: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 27dalam pendekatan dan keupayaan memimpin yang tinggi serta professional.

Wanita JIM mewujudkan beberapa buah blog seperti Wadah Wanita, Jendela

Hikmah dan Bicara Kalbu.

Dari blog menjadi blook.

Perkembangan internet dengan tercetusnya dunia blog digunakan bagi

menyampaikan mesej dengan memberi maklumat yang tepat. Blog menjadi medium

memperbaiki pemikiran dan tindakan masyarakat keseluruhan. Dari blog lahirlah sebuah

konsep yang dinamakan blook.

Blook merupakan satu cara penulis menghasilkan buku melalui blog peribadi

mereka. Penulis-penulis tempatan mula menjadikan blog sebagai cara menghasilkan buku.

Pada awal 1990-an, perkataan blook merujuk kepada replika yang dicipta

menyerupai buku. Replika sebuah buku atau beberapa buah buku akan disusun pada rak

sebagai hiasan. Blook seperti ini sudah wujud sejak kurun keenam belas. Blook bersifat

replika popular digunakan oleh penjual rak dan almari buku.

Blook dalam konteks penghasilan buku daripada blog telah diusahakan oleh

beberapa blogger tempatan. Blook menjadi pilihan penulis blog yang ingin menerbitkan

buku mereka sendiri. Blook menjadi pilihan penulis blog yang menulis secara bersiri.

Sebahagian penulis blog mula menandatangani perjanjian dengan penerbit-

penerbit buku yang berminat mencetak dan mengedarkan blook mereka. Rachel Deahl

dalam artikel Blogs and Bestsellers: One and the Same berkata ia adalah kesan daripada

populariti penulis blog dan penulisan mereka.

Tetapi krisis berlaku apabila blook mengalami masalah jualan. Penulis-penulis

blook tidak mementingkan kualiti persembahan karya yang baik sehinggakan

menimbulkan rasa tidak puas hati pembaca.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 28: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 28

Ini menjadikan penerbit lebih berhati-hati. Populariti penulis dan blog tidak dijadikan

penilaian penerbit. Kualiti bahan yang ditulis menjadi kriteria bagi melayakan entri-entri

blog dijadikan blook.

Blook tempatan dan barat menguasai pasaran.

Osman Affan merupakan penulis buku kemahiran belajar dan teknik jualan

internet. Tiga buah buku yang dihasilkan oleh beliau ialah Kemahiran Belajar, Persediaan

Pelajar untuk Menjadi Pelajar Cemerlang dan Menjual Perkhidmatan di Internet.

Pada masa sama, beliau juga menghasilkan blook versi internet seperti 21 Tip

Microsoft Powerpoint. Osman Affan yang juga pengasas institut pendidikan Smart Study

pada tahun 2003 dan jurulatih pembangunan diri menjadikan blog sebagai cara

menghasilkan blook versi internet dalam format fail PDF.

Seorang penulis tempatan, Mohamad Syafizan Mohamed Kasim adalah penulis blog

Jongkang Jongket. Beliau telah menghasilkan blook dengan judul yang sama dengan nama

penanya, Mat Jan.

Beberapa buah blook seumpamanya juga dihasilkan oleh penulis-penulis blog

negara ini. Antaranya kompilasi entri-entri blog yang dijadikan blook tempatan antaranya

Ayah Kita Bos, Bos Ayah Kita, Kita Ayah Bos, Gangguan Tekstual, Masuk Barisan dan Jiwa

Kacau.

Penghasilan blook tempatan juga menjadi projek berkumpulan melibatkan para

penulis blog tempatan yang menyertai kumpulan Geng Jurnal.

Irfan Khairi memulakan blook melalui kerjasama Telaga Biru apabila ia diterbitkan

pada tahun 2008. Nota Jutawan Nota Motivasi merupakan kompilasi siri Tip Satu Minit

yang ditulis di dalam blog beliau sejak Mei tahun 2006

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 29: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 29Tom Evslin telah mempopularkan blook melalui laman blog Hack Off, an Historic

Murder Mystery Set in the Internet Bubble and Rubble pada September 2005.

Catatan bersiri ini dikompilasikan dan dijadikan sebagai blook dan edisi e-book

selepas itu. Terkini ia diperkenalkan dalam versi kindle, iaitu versi buku yang boleh

dimuat turun dan dibaca melalui buku elektronik Kindle yang diperkenalkan oleh Amazon.

.

Tujuh tip menulis blog dakwah menjadi sebuah blook.

Blog menjadikan manusia kreatif. Siapa sangka, senyapnya rakan saudara

sebenarnya bising dalam dunia maya dengan ketukan papan kekunci. Inilah kehebatan

blog. Blog adalah gudang bagi seorang pelayar mengambil bahan yang menarik

perhatiannya dan dijadikan sebagai koleksi.

Setiap manusia mempunyai rahsia diri. Tidak bermakna seorang pemilik blog perlu

menceritakan setiap satu rahsianya.

Gunakanlah bahasa Melayu tinggi dalam penulisan blog. Penggunaan bahasa

Melayu tinggi memudahkan pengunjung dari negara serantau seperti Indonesia, Brunei

dan Singapura memahami mesej saudara.

Penggunaan Bahasa Melayu tinggi tanpa campur aduk bahasa slanga dan bahasa

pasar memudahkan pelayar blog OKU (Orang Kurang Upaya) membaca blog saudara.

Pelayar blog yang mengalami kecacatan mata atau buta membaca blog saudara

melalui telinga mereka. Setiap perkataan akan disebut oleh sistem yang dimuat turun ke

dalam komputer mereka. Penggunaan bahasa pasar, slanga dan bahasa rojak

menyukarkan mereka membaca blog saudara.

Catat perkara-perkara yang unik dalam kehidupan setiap hari. Blog berkongsi

kemahiran juga boleh diwujudkan. Sekiranya saudara berkemahiran dalam bisnes kecil,

wujudkan blog yang menceritakan pengalaman saudara, tip-tip dan pengetahuan saudara

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 30: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 30mengenai bisnes dan dikaitkan dengan dakwah. Sedikit demi sedikit, saudara sedang

menulis buku bisnes sehingga ia memenuhi kriteria blook. Penggunaan bahasa Melayu

standard mempercepatkan proses penghasilan blook.

Ulas kisah hidup dalam dua warna positif dan negatifnya. Ini memberi nilai tambah

kepada pengunjung blog mempelajari sesuatu.

Simpan salinan blog. Teknologi mempunyai kekurangan tersendiri. Simpan salinan

blog di dalam komputer peribadi, e-mel, cakera keras tambahan atau dicetak dan disimpan

ke dalam fail.

Susunlah kepada bab-bab kecil ke dalam fail Word dan lihatlah hasilnya selepas 12

bulan. Ia menjadi sebuah blook.

Cetak dan jilidkan sebagai koleksi peribadi tahunan. Ia boleh menjadi khazanah

keluarga atau masyarakat pada masa akan datang.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 31: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 31Biodata Pembentang

Zamri MohamadEmel | [email protected]

Fon | 019 2880451Web | http://www.zamrimohamad.com

Trainer kreativiti, kreativiti dakwah dan kempen secara online

Dikenali sebagai rakan strategik individu, jabatan kerajaan

dan swasta dalam bidang penulisan, kreativiti dan kempen

online.

Dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau

merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan

kewartawanan dan media.

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah

majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001.

Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja,

masyarakat dan agama.

Beliau muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui

ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademia,

Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi

kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa

bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV

dan kemudiannya menjawat jawatan Pembantu Penasihat Media, Jabatan Rektor,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 32: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 32Penulis 20 buah buku

Penulis 20 buah buku terbitan PTS Publication and Distributors. Menulis dengan

memenuhi tiga syarat utama iaitu buku yang mesra syariah, bahasa Melayu tinggi dan

memandaikan bangsa.

Antara bukunya yang tersenarai dalam kategori Anugerah Pilihan Pembaca

POPULAR Berita Harian 2010 dan 2011 ialah Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan

Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah.

Beliau bersama-sama rakan-rakan telah mengasaskan siri Fantasi Tauhid melalui

buku Kembara Lima Putera, Mencari Pohon Emas.

Finalis YTL Idea Develop Challenge

Merupakan finalis YTL 4G Global Developer Challenge anjuran YTL Corporation

yang menawarkan hadiah sebanyak RM1,000,000.

Lima idea beliau menjadi top-100 daripada yang melalui proses pemilihan idea ini.

Sebanyak 961 idea bertanding dalam pembangunan aplikasi, alat dan idea.

Pengasas program Ideator

Mengasaskan Ideator, Berfikir Kreatif dan In0vasi. Melatih dan mendorong

kakitangan awam dan swasta dalam kreativiti. Antaranya World Assembly Muslim Youth

(WAMY) Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini membawa kepada perubahan dari segi kempen, penjenamaan dan cara kerja

baru dalam organisasi.

Penggerak kempen online bagi bisnes, institusi awam dan swasta

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 33: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 33

Zamri Mohamad juga merupakan merupakan konsultan dan penasihat kepada

bisnes kecil dan institusi awam juga swasta dalam menggerakkan kempen online melalui

media sosial.

Beliau telah menulis beberapa buah buku yang masih diedarkan di rangkaian kedai buku

seluruh negara.

Antaranya, Urus Bisnes dengan Google, Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop, Buat

duit dengan YouTube dan Internet Marketing untuk Bisnes Kecil.

Pengasas bersama Baca@LRT

Berdasarkan kemampuan beliau mengajar, melatih orang ramai kaedah

penjenamaan online dan gerak kempen secara online, beliau dan beberapa rakan telah

menggerakkan Baca@LRT.

Ia merupakan gerakan rakyat membaca secara spontan di tempat awam.

Pendekatan yang diubah daripada cara kerja kempen yang dilakukan oleh kerajaan

sebelum ini.

Jumlah yang menyokong secara rasmi di seluruh negara termasuk rakyat Malaysia

di luar negara adalah 4497 orang melalui Facebook.

Program ini mendapat liputan media pada tahun 2010 dan 2011 di TV1, TV3,

ASTRO AWani, Utusan Malaysia, Berita Harian, KOSMO dan majalah tempatan seperti

Mutiara Minda dan Quill.

Trainer penulisan buletin organisasi dan buku

Melalui Akademi Penulis di web penulisanberitarencana.com, beliau

membantu agensi kerajaan dan swasta dalam pembinaan imej melalui penulisan buletin

organisasi.

(c) Zamri Mohamad 2011

Page 34: Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah

Penggunaan Teknologi Terkini sebagai Pendekatan Dakwah 34

Pengalaman menjadi penulis bebas di beberapa akhbar dan majalah memberi

peluang kepada beliau melatih kakitangan cara menulis buletin yang disukai pembaca.

Antara yang pernah terlibat adalah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(MAIWP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Muda Agricultural

Development Authority (MADA), Kedah.

Beliau mengubah pendekatan tradisional bengkel penulisan yang diamalkan dalam

melahirkan penulis dengan memperkenalkan formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan

Pemasaran yang menjadi pakej lengkap para peserta.

Hasilnya, satu persatu peserta muncul di akhbar dan majalah tempatan.

Trainer penulisan iklan jualan dan usahawan online

Melalui Akademi Usahawan Jaya di web iklanjualan.com , beliau melatih

perniagaan kecil, usahawan Muslim seni menulis iklan jualan melalui psikologi pelanggan.

Selain itu memperkenalkan formula Mulakan dengan Apa di Tangan, iaitu kaedah

berniaga di internet.

Antara yang pernah terlibat dalam program beliau adalah pakar rujuk coklat

nombor satu negara yang merupakan Top - 10 Chef Malaysia, Chef Amir. Selain itu

bekerjasama dengan Warisan Global bagi melatih usahanita di Johor dan Kuala Lumpur.

(c) Zamri Mohamad 2011