penggunaan aplikasi google earth minat … sampel kajian terdiri daripada 18 orang pelajar tingkatan...

17
107 Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014 PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE EARTH DALAM MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH Nur Haslina Binti Mohamad Fuzi Eftah Bte Moh @ Hj Abdullah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Abstract The Google Earth Application with satellite pictures was able to show more precisely the places in 3-dimensional (3D). This study aimed to examine the effect of Google Earth Application to improv students’ interest in learning history. The Google Earth Application would trigger students curiosity and active learning in the teaching and learning process. The sample comprised of 18 form 4 students of SMK Lurah Bilut, Bentong, Pahang. The results showes that the teaching and learning process on the user the Google Earth Application increase than interest and improved their ability to memorize facts in learning history subject. Students who have difficulty to recall facts would gain more knowledge about other countries, especially the location of the country in the map. Keywords Google Earth application, satellite pictures, learning, history, map Abstrak Aplikasi Google Earth mampu menunjukkan dengan lebih tepat tempat-tempat yang dikehendaki dengan menunjukkan gambar-

Upload: buixuyen

Post on 16-Jun-2018

260 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

107

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE EARTH DALAM MENINGKATKAN

MINAT PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH

Nur Haslina Binti Mohamad FuziEftah Bte Moh @ Hj Abdullah

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan ManusiaUniversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Abstract

The Google Earth Application with satellite pictures was able to show more precisely the places in 3-dimensional (3D). This study aimed to examine the effect of Google Earth Application to improv students’ interest in learning history. The Google Earth Application would trigger students curiosity and active learning in the teaching and learning process. The sample comprised of 18 form 4 students of SMK Lurah Bilut, Bentong, Pahang. The results showes that the teaching and learning process on the user the Google Earth Application increase than interest and improved their ability to memorize facts in learning history subject. Students who have difficulty to recall facts would gain more knowledge about other countries, especially the location of the country in the map.

Keywords Google Earth application, satellite pictures, learning, history, map

Abstrak

Aplikasi Google Earth mampu menunjukkan dengan lebih tepat tempat-tempat yang dikehendaki dengan menunjukkan gambar-

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

108

gambar terkini melalui gambar satelit selain menggunakan gambar 3 dimensi (3D). Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Aplikasi Google Earth bagi menarik minat pelajar mata pelajaran Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 18 orang pelajar tingkatan 4 daripada SMK Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan Aplikasi Google Earth dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan seterusnya dapat membantu pelajar mengingati fakta dalam pembelajaran Sejarah. Secara tidak langsung pelajar juga dapat menambah pengetahuan mengenai negara-negara yang lain seperti kedudukan negara dalam peta.

Kata Kunci aplikasi Google Earth, gambar satelit, pembelajaran, sejarah, peta

PENGENALANMata pelajaran Sejarah merupakan salah satu pelajaran teras kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Kementerian Pelajaran Malaysia 1990). Pelaksanaan KBSM telah mengubah kedudukan mata pelajaran Sejarah di mana mata pelajaran Sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah secara berterusan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Namun, mata pelajaran Sejarah telah diangkat nilainya apabila ia telah dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran yang wajib lulus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2013. Penekanan terhadap kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks pendidikan negara kita dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah khususnya, merupakan satu usaha positif yang diamalkan dalam mewujudkan semangat cinta akan negara dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Mata pelajaran Sejarah merupakan satu pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah menengah dan dirangka selaras dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara (Omar, 1992). Subjek Sejarah telah ditambah baik isi kandungannya dengan memasukkan unsur-unsur Tamadun Dunia. Sejak tahun 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melihat Sejarah dari sudut budaya Malaysia. Pada tahun 2002, Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat dikaji semula bagi memastikan aspek-aspek semasa dan relevan dimasukkan. Ia memberi tumpuan kepada reformasi bagi tahun 2002 untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi cabaran masa depan dengan pelbagai perubahan dunia yang telah berlaku.

Penggunaan Aplikasi Google Earth...107-123

109

ICT (Information Communication Technology) sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada masyarakat pada zaman ini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan dan pengintegrasian ICT secara komprehensif di semua sekolah awam. Dasar ini memberi tumpuan kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagai kurikulum dan pengupayaan pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan ICT. Menurut sumber Pembangunan Pendidikan 2001-2010, salah satu punca masalah ini adalah kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajaran konvensional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menarik minat dan tidak mampu untuk merangsang proses pembelajaran pelajar di dalam mata pelajaran tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Selain itu, strategi pengajaran ini juga telah dikenal pasti menjadi punca para pelajar mempunyai tahap akademik yang lemah atau berisiko untuk menjadi kurang bermotivasi terhadap pelajaran yang dikendalikan secara tradisional (Zaidatol Akmaliah, 2005). Sebaliknya, kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT sering dikatakan lebih berkesan berbanding dengan kaedah konvensional. Kajian dalam dan luar negara juga menunjukkan bahawa penggunaan ICT seperti perisian pengajaran multimedia, web dan lain-lain yang berkaitan mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

Berdasarkan kepada masalah tersebut, maka kajian penggunaan aplikasi Google Earth di sekolah menengah harus diketengahkan bagi melihat sejauh mana kesannya ke atas minat pelajar bagi mata pelajaran Sejarah. Penggunaan aplikasi Google Earth dipercayai dapat memberi kesan yang mendalam terhadap para pelajar kerana aplikasi Google Earth yang merupakan satu aplikasi atau program Globe Virtual dapat melihat seluruh dunia atau diibaratkan kita menjadi seorang penjelajah atau angkasawan yang mampu menjelajahi alam semesta dalam waktu yang singkat. Pada aplikasi Google Earth, pelajar dapat melihat pelbagai tempat seperti monumen bersejarah, tinggalan tapak-tapak bersejarah seperti candi, Tembok Besar China, Colloseum, kawasan tinggalan peperangan dan sebagainya secara lebih jelas. Aplikasi Google Earth juga mampu menunjukkan dengan lebih tepat tempat-tempat yang dikehendaki dengan menunjukkan

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

110

gambar-gambar terkini melalui foto satelit selain menggunakan foto 3 dimensi (3D). Kebaikan aplikasi Google Earth ini juga membuatkan pelajar menjadi aktif disebabkan sifat ingin tahu mereka yang sangat tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, aplikasi Google Earth memudahkan pengajaran seseorang guru kerana tidak perlu membawa peta yang berukuran besar atau glob yang membuatkan pelajar bosan dan hilang fokus. Kini, guru hanya perlu membawa sebuah komputer bimbit dan broadband serta menayangnya pada skrin Liquid Crystal Display (LCD) untuk pelajar melihat kawasan-kawasan yang bersejarah secara realiti. Jika guru tidak mahu membawa semua itu, guru boleh membawa pelajar masuk ke makmal komputer sekolah yang telah dilengkapi oleh wifi, LCD, dan sebagainya untuk memudahkan kerja guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, perubahan harus dilakukan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah diperlukan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Berhubung dengan teknik pedagogi, Boyle (1997) melihat pengajaran berasaskan ICT adalah sebagai satu pendekatan yang terbaik digunakan oleh pendidik untuk mempersembahkan bahan-bahan yang hendak disampaikan kepada pelajar.

Penyataan Masalah

Penyelidik berpendapat bahawa penggunaan ICT merupakan salah satu cara yang terbaik bagi menarik perhatian dan minat pelajar bagi mempelajari mata pelajaran Sejarah. Melalui kajian ini, terdapat beberapa permasalahan yang telah dikenal pasti sebagai panduan menjalankan kajian. Antara masalah yang dapat dikenal pasti ialah seperti penggunaan kaedah konvensional yang masih diamalkan dalam kalangan guru khususnya di luar bandar. Walau bagaimanapun, terdapat juga kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah kepada guru-guru tetapi penggunaannya masih lagi tidak dioptimumkan. Hal ini mungkin di sesetengah sekolah mempunyai lebih ramai guru-guru yang lama dan mereka kurang menggunakan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), iaitu antara tahun 1996 hingga 2000 mendapati hanya 30% sahaja guru-guru yang telah dilatih

Penggunaan Aplikasi Google Earth...107-123

111

dalam ICT dan daripada mereka yang terlatih ini hanya sebilangan kecil sahaja yang telah mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada digunakan lebih kepada berpusatkan guru dan kurang berorientasikan kepada penemuan inkuiri. Pembelajaran konvensional yang lebih menjurus kepada guru dan pelajar amat popular di kebanyakan sekolah. Melalui kaedah tersebut guru dijadikan sumber ilmu semata-mata oleh pelajar. Perubahan masa menyebabkan kaedah pembelajaran sedemikian tidak lagi sesuai untuk digunakan. Sebaliknya, cara yang lebih sesuai adalah dengan menukar kaedah pengajaran dengan menjadikan guru sebagai fasilitator atau pemudah cara dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kaedah ini juga diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005), di mana proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan kepada murid. Ini telah menyebabkan pelajar bosan dan ada kalanya mereka ponteng kelas apabila waktu Sejarah. Ia berlaku disebabkan kaedah yang digunakan oleh guru-guru telah ketinggalan dan kurang menerapkan unsur-unsur pengajaran berorientasikan ICT. Di samping itu, bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru adalah lama dan kurang inovasi.

Objektif Kajian

Secara amnya, matlamat kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan aplikasi Google Earth dalam meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap pembelajaran sejarah menggunakan kaedah tradisional.

2. Mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Google Earth terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

3. Mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Google Earth terhadap topik spesifik mata pelajaran Sejarah.

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

112

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Kajian ini juga dilakukan bagi menggalakkan guru terutamanya penyelidik sendiri supaya menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan. Hasil kajian ini amat penting untuk membantu guru dalam menggunakan strategi pembelajaran alternatif untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Selain itu, kajian ini dapat menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka di dalam kelas untuk memperbaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu. Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjah.

Persoalan Kajian1. Apakah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Sejarah

menggunakan kaedah tradisional?2. Adakah penggunaan Google Earth dapat menarik minat

pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.3. Adakah pelajar dapat meningkatkan kefahaman terhadap

mata pelajaran Sejarah kesan daripada penggunaan aplikasi Google Earth.

SOROTAN LITERATURAplikasi ICT merupakan bahan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas. Peralatan ini tidak terhad kepada buku teks, papan putih dan gambar-gambar sahaja tetapi merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang boleh dilihat, didengar, dialami dan sebagainya. Aplikasi ICT juga merupakan rangsangan tambahan yang disertakan bersama-sama isi pelajaran sebagai tujuan membantu menjelaskan lagi penerangan guru. Ia dapat mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan pelajar mengenai topik yang dipelajari (Zulkafli, 1997). Menurut Robiah dan Nor Sakinah (2007), pengajaran berasaskan ICT berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran. Pelajar didapati menggunakan pemikiran pada aras tinggi dan tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja serta bekerjasama antara

Penggunaan Aplikasi Google Earth...107-123

113

satu sama lain semasa menyelesaikan masalah dan seterusnya lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Mereka tidak mengharapkan semua aktiviti pengajaran digerakkan oleh guru semata-mata. Dalam kajian yang telah dijalankan di sekolah menengah luar bandar iaitu di kawasan Bentong, Pahang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian tugasan melalui laman web dalam mata pelajaran literasi komputer.

Melalui kajian yang telah dilakukan oleh Aszoura (2007) iaitu berkaitan dengan Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains dalam Tajuk Sel untuk Sains Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah kebangsaan yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar di negeri Selangor mengenai ”Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan Konsep Sains dalam Tajuk Sel Sains” mendapati terdapat perbezaan pencapaian yang ketara antara skor min bagi kumpulan rawatan lebih tinggi iaitu 5.33 berbanding kumpulan kawalan hanya memperoleh skor min 4.09 bagi ujian yang telah dijalankan.

Dalam kajian ini juga menunjukkan apabila pembelajaran ICT digunakan di dalam kelas turut memberi kesan yang positif ke atas minat pelajar di mana min yang diperoleh adalah 4.27 iaitu min yang sangat tinggi selepas kajian dilakukan. Mengikut kajian Jariah (2008) mendapati kaedah pembelajaran berasaskan projek multimedia dan ICT menunjukkan pelajar amat bermotivasi tinggi dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang amat positif apabila diberi peluang mengembangkan idea, minat dan kebolehan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar begitu teruja semasa membuat penyampaian laporan tugasan. Mereka dapat menyampaikan hasil tugasan dengan penuh keyakinan dan bersemangat tinggi. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar menunjukkan kebolehan dan kemampuan kumpulan masing-masing dengan hasil yang baik dan menarik minat rakan lain untuk mengikutinya.

Penggunaan aplikasi ICT sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) sememangnya sangat berguna di dalam bilik darjah kerana penggunaan ABM ini membolehkan pelajar mengetahui sesuatu dengan lebih Abstrak (Clark dan Manthis, 2000). Secara realitinya, BBM berperanan untuk menjelaskan idea kepada pelajar. Contohnya, aplikasi ArcGIS digunakan untuk memaparkan kawasan-kawasan taburan hutan, kependudukan dan lain-lain dengan lebih jelas dan terkini berbanding kaedah konvensional yang menggunakan buku

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

114

teks di mana data-data yang digunakan adalah data lama yang tidak dikemas kini. Penggunaan aplikasi ICT secara integrasi juga lebih mudah apabila pengajaran dan pembelajaran menggunakan tajuk-tajuk berkaitan kemahiran geografi kerana ia memberi ruang kepada pelajar untuk lebih meneroka dengan lebih mendalam mengenai isi pengajaran yang disampaikan oleh guru (Watson, 1993). Dengan itu, kajian Margerison dan Walker (1990) mendapati bahawa penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membawa banyak kebaikan berbanding dengan kaedah konvensional. Ianya berlaku apabila pelajar-pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran kerana paparan pada skrin LCD yang mempunyai pelbagai unsur animasi menyebabkan pelajar mudah tertarik dengan pengajaran guru dalam kelas dan pelajar juga tidak terhadap kepada grafik statik yang membosankan pada buku teks semata-mata. Penggunaan ICT berupaya menunjukkan konsep abstrak secara visual dan seterusnya membantu pelajar memahami konsep yang abstrak tersebut menggunakan model, simulasi, permainan, video dan penjelajahan multimedia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Lee Bih Ni iaitu ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah di Sekolah yang mengetengahkan aspek ICT boleh digunakan sebagai bahan untuk penyelidikan dan pembangunan Sejarah. Pengajaran dan pembelajaran (P & P) Sejarah boleh menggunakan empat teknik, iaitu tutorial, penerokaan, komunikasi dan aplikasi. Keempat-empat teknik P & P ini boleh menggunakan Peraturan Portal dan Forum, E-mel, CD-ROM, pangkalan data Sejarah, pemprosesan perkataan, pembentangan dan menggunakan perpustakaan maya. Penggunaan ICT dalam P & P juga mempunyai kesan dan cabaran untuk kita dari segi propaganda dan serangan globalisasi, keupayaan untuk mengakses maklumat, kekurangan perisian, isu latihan guru Sejarah, peluang yang sama untuk mengakses bahan-bahan, dan isu pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman di negara-negara Eropah menunjukkan P & P menggunakan ICT telah meningkatkan minat dan pencapaian dalam pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT perlu dirancang dengan teliti untuk mengelakkan ICT diberi penekanan yang melampaui batas. Kandungan dan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah harus diberi penekanan yang maksimum.

Penggunaan Aplikasi Google Earth...107-123

115

Sampel Kajian

Sampel kajian adalah seramai 18 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri dari 11 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan .

PENGUMPULAN DATADalam kajian ini, penyelidik menggunakan beberapa kaedah seperti pemerhatian, temu bual dan ujian.

PemerhatianKaedah pemerhatian yang dilakukan oleh guru selaku penyelidik berhubung reaksi dan tingkah laku pelajar dan juga untuk memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid. Dalam kajian ini, pemerhatian guru adalah mengenai sikap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah mahupun makmal komputer di mana kebanyakan mereka tidak mahu masuk kelas sewaktu masa Sejarah. Terdapat dua jenis kaedah pemerhatian iaitu berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur ialah dilakukan dengan menggunakan senarai semak. Manakala bagi pemerhatian yang tidak berstruktur merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti. Penyelidik telah memerhatikan beberapa elemen utama bagi memahami dan mengumpul maklumat berhubung perlakuan sampel seperti yang telah dirumuskan dalam Rajah 1 iaitu sampel, latar (setting), tujuan, perlakuan sosial, kekerapan & jangka serta lukis rajah. Berdasarkan kepada pemerhatian awal yang dilakukan oleh penyelidik pelajar sangat tidak suka dengan mata pelajaran Sejarah di mana ada dalam kalangan mereka yang tidak masuk kelas sewaktu proses pembelajaran.

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

116

Rajah 1 Menunjukkan proses pemerhatian tidak berstruktur yang dijalankan oleh guru dalam mengumpul data

Temu Bual

Temu bual merupakan salah satu kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi antara penyelidik dengan pelajar yang ditemu bual secara face-to-face. Temu bual merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat secara mendalam. Temu bual melibatkan 10

PerlakuanSosial

Penggunaan Aplikasi Google Earth...107-123

117

orang pelajar Tingkatan 4. Penyelidik bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan sikap pelajar dan juga berkaitan dengan pengajaran guru. Antara soalan yang ditanyakan oleh penyelididk kepada pelajar ialah:

Jadual 1 Menunjukkan skor pelajar tentang sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah

Soalan Ya Tidak

Adakah anda yang selalu tidur dalam kelas dan berjaga pada waktu malam? 5 5

Adakah anda sengaja masuk lambat waktu mata pelajaran Sejarah? 7 3

Adakah pengajaran yang dilakukan oleh guru tidak dapat menarik minat anda? 8 2

Penggunaan bahan bantu mengajar yang guru bawa tidak memberi kesan kepada kamu dan tidak menarik? 7 3

Benarkah anda tidak meminati mata pelajaran Sejarah? 8 2

Berdasarkan hasil temu bual dalam Jadual 1 yang dijalankan oleh penyelidik dengan 10 orang pelajar mendapati bahawa mereka tidak meminati mata pelajaran Sejarah disebabkan pandangan awal mereka mengenai mata pelajaran yang mengantuk dan membosankan kerana kesukaran mengingat fakta dan tahun untuk dihafal. Di samping itu, masalah ini terjadi disebabkan oleh pengajaran guru yang hanya menggunakan kaedah lama iaitu “chalk and talk” dan teknik pengajaran secara “lecture” yang menyebabkan pelajar bosan serta tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak menarik merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut.

UjianUjian merupakan kaedah yang digunakan bagi mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian boleh dilakukan dalam dua cara iaitu secara lisan atau bertulis. Dalam kajian ini penyelididk menggunakan

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

118

dua kaedah ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian yang digunakan adalah untuk membandingkan prestasi pelajar sebelum dan selepas program dijalankan.

Jadual 2 Perbezaan skor ujian pra dan ujian pos dalam mata pelajaran Sejarah

Bil. Soalan yang BetulBilangan Pelajar

Pra Pos Perbezaan25 – 30 0 5 +520 – 24 3 6 +315 – 19 5 4 -110 – 14 8 3 -55 – 9 2 0 -20 – 4 0 0 0

Rajah 2 Menunjukkan perbezaan antara ujian pra dan ujian pos dalam mata pelajaran Sejarah

Berdasarkan Jadual 2 dan graf dalam Rajah 2, menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam kalangan pelajar di mana pelajar sudah meminati mata pelajaran Sejarah disebabkan berlakunya pengintegrasian teknologi di mana pada awal proses pengajaran dan pembelajaran guru banyak menggunakan bahan bantu mengajar secara konvensional seperti peta, gambar, dan sebagainya. Selepas guru

Penggunaan Aplikasi Google Earth...107-123

119

menggunakan Google Earth dalam pengajaran dan pembelajaran, kesannya dapat dilihat apabila pelajar tidak tidur lagi dalam kelas dan lebih fokus serta bersemangat untuk belajar Sejarah. Ini ditunjukkan oleh data di mana semasa ujian pra dilakukan bilangan soalan yang betul antara 25 hingga 30 tiada yang betul dan selepas menggunakan Google Earth dalam pengajaran dan pembelajaran mendapati terdapat 5 orang pelajar yang betul dalam lingkungan 25 hingga 30 soalan. Kemudian, bilangan soalan yang betul antara 20-24 semasa ujian pra ialah seramai 3 orang dan selepas ujian pos telah meningkat kepada 6 orang. Bilangan soalan yang betul dalam lingkungan 15-19 adalah seramai 5 orang dan selepas ujian pra dan seramai 4 orang selepas ujian pos dilaksanakan. Bagi soalan yang betul sebanyak 10-14 dan 5-9 masing-masing mencatatkan sebanyak 8 orang dan 2 orang semasa ujian pra dan 2 orang pelajar yang mendapat 5-9 betul selepas ujian pos. Peningkatan ini dapat dilihat dengan jelas di mana terdapat perbezaan antara soalan 25 hingga 30 terdapatnya peningkatan selama 5 orang, 20-24 peningkatan yang ditunjukkan adalah sebanyak 3 orang, pelajar yang betul 15-19, 10-14 dan 5-9 mencatatkan penurunan. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka lebih suka dan meminati belajar Sejarah jika guru menggunakan teknologi dan membuat kelainan setiap kali mengajar mata pelajar. Penggunaan aplikasi Google Earth ini telah menunjukkan peningkatan terhadap minat pelajar dan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah kerana mereka dapat mengingati fakta melalui penggunaan aplikasi ini.

PERBINCANGANDapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pra dan ujian pos. Perkara ini berlaku adalah disebabkan pada permulaannya, majoriti pelajar tidak mempunyai pengetahuan awal mengenai tajuk yang akan diajar oleh guru. Justeru itu, semasa ujian pra, pelajar hanya dapat menjawab soalan-soalan yang berada pada aras rendah iaitu aras pengetahuan. Ini telah disokong oleh Saridah (2006), yang mendapati bahawa min kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Namun, perbezaan mereka tidak begitu jauh kerana mereka mempunyai aras kecerdasan yang hampir sama. Menurut kajian yang dilakukan Sin Chow Lai (2006) dalam kajiannya yang bertajuk “Pendekatan Koperatif Model STAD Terhadap Pelajar Tingkatan 1 dalam Topik

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

120

Nombor Negatif” turut menyatakan bahawa purata skor markah yang diperolehnya pada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah tidak jauh berbeza disebabkan oleh kedua-dua kumpulan pelajar menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Ini dapat disimpulkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan yang sama namun pemikiran yang membezakan mereka.

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan selepas melakukan ujian pra dan ujian pos di mana skor purata markah bagi ujian pos lebih baik daripada markah ujian pra. Ini jelas menunjukkan bahawa keberkesanan penggunaan aplikasi Google Earth terhadap pencapaian pelajar dalam menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah berbanding penggunaan kaedah konvensional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi Google Earth ini telah berjaya menarik minat pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian yang telah dilakukan oleh Robiah dan Nor Sakinah (2007) yang menyatakan bahawa pengajaran berasaskan bahan bantu mengajar seperti ICT berupaya dapat meningkatkan pencapaian dalam pengajaran. Mereka mendapati bahawa penggunaan aplikasi ICT ketika di dalam kelas membolehkan pelajar berfikir pada tahap aras tinggi dan tidak hanya dengan menghafal fakta sahaja. Melalui penggunaan ICT juga, pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran seperti pembentangan menggunakan alat-alat teknologi, mencari maklumat, kemahiran pemproses perkataan dan sebagainya.

Cadangan

Penggunaan aplikasi Google Earth merupakan salah satu kaedah dan cara bagi membantu pelajar semasa berada dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kaedah ini berjaya menarik pelajar untuk mempelajari Sejarah namun masih lagi terdapat kelemahan kerana ada pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Di samping itu, kelengkapan seperti makmal computer, LCD dan projektor dalam kelas amat diperlukan untuk memudahkan guru menggunakannya dalam pengajaran.

Penggunaan Aplikasi Google Earth...107-123

121

KESIMPULANMelalui kajian yang telah dilakukan, boleh dirumuskan bahawa penggunaan aplikasi Google Earth dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah berupaya menarik minat pelajar untuk mempelajari Sejarah dengan lebih mendalam dan secara tidak langsung guru-guru dapat memupuk sikap patriotisme dalam kalangan diri pelajar. Di samping itu, melalui penggunaan aplikasi tersebut dapat dijadikan sebagai bahan bantu mengajar guru seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajar. Selari dengan kajian-kajian yang lepas, proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan aplikasi ini dapat menyediakan suasana pembelajaran yang seronok dan seterusnya dapat memotivasikan pelajar supaya menjadi lebih bersemangat dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

LAMPIRAN

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 3 / 2014

122

RUJUKANAszoura Muhammad Salleh. (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran

berbantukan komputer terhadap peningkatan penguasaan konsep sains dalam tajuk sel untuk sains tingkatan satu. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Sains. Universiti Terbuka Malaysia.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: Konsep & amalan dalam pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jariah Siran. (2008). Pembelajaran berasaskan projek multimedia: Sebagai satu kaedah meningkatkan minat, sikap dan pencapaian dan pelajar terhadap mata pelajaran pengajian perniagaan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Lee Bih Ni. 2013. ICT dan pengajaran-pembelajaran Sejarah di sekolah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013). Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Putrajaya: Unit Komputer dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sin Chow Lai. (2006). Pendekatan koperatif model STAD terhadap pelajar tingkatan satu dalam topik nombor negatif. (Kajian berasaskan sekolah). Laporan Kajian. Universiti Terbuka Malaysia (OUM): Kuala Lumpur.

Penggunaan Aplikasi Google Earth...107-123

123

Roslee Talip & Mohd Saifullah Md Sabri. (2013). Penggunaan aplikasi Google Earth dalam meningkatkan prestasi pelajar mata pelajaran Geografi di sekolah menegah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29-30 Ogos 2013). Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Zaidatol Akmaliah. (2005). Memperkasakan pendidikan pelajar berisiko. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Zulkafli Kamaruddin. (1997). Potensi guru merealisasikan kecemerlangan Matematik di sekolah rendah. Journal Guru Ke Arah Pembinaan Ilmu, Keluaran 9. Kuala Lumpur: Jawatankuasa Pengelola Hari Guru Peringkat Kebangsaan.