pengenalan kepada teknologi multimedia.ppt

39
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN APLIKASI TEKNOLOGI MULTIMEDIA Md Azani B Sham

Upload: fare-ams

Post on 26-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Pengenalan kepada teknologi multimedia

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN APLIKASI TEKNOLOGI MULTIMEDIA

Md Azani B Sham

Page 2: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Definisi Multimedia

Apakah yang anda faham mengenai

multimedia? Adakah multimedia = video? Apakah perbezaan antara komputer dan

multimedia?

Page 3: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Definisi Multimedia

Istilah multimedia semakin diminati danmendapat publisiti yang meluas pada zaman teknologi komputer masa kini.

Jika di perhatikan, sebenarnyamultimedia boleh ditakrifkan sebagai : Multi: banyak atau pelbagai Media: berasal dari perkataan mediumyang bermaksud "kaedah berkomunikasi"

Page 4: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Definisi Multimedia

Definisi multimedia (Asal):

Multimedia bermakna menggunakan 2 atau lebih media bagi sesuatu persembahan, contohnya video dan slide.

Definisi multimedia (Baru):

Multimedia merujuk kepada persembahan berpusatkan komputer yang menggabungkan unsur-unsur photo, video, teks, grafik, audio dan animasi.

Page 5: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Definisi Multimedia

Definisi multimedia (Terkini):

Proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi.

Page 6: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia

Terdapat 6 elemen utama multimedia iaitu: Teks Grafik Audio Video Animasi Interaktiviti

Page 7: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia -Teks

Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat.

Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi daya tarikan dalam sesuatu persembahan maklumat.

Teks boleh juga digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu.

Page 8: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia -Teks

Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat.

Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi daya tarikan dalam sesuatu persembahan maklumat.

Teks boleh juga digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu.

Page 9: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia -Teks

Tiga kategori teks? Serif – Serif merujuk kepada garisan atau

lengkungan yang terdapat pada penghujung sesuatu aksara.

Page 10: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia -Teks

Serif – Contoh? Times New Roman, New Century, SchoolBook, dan

Palatino San Serif - Perkataan sans bermakna “tanpa”

(without) dalam bahasa Perancis, maka fon sans

serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau

tanpa serif. Arial, Helvitica, dan Optima merupakan contoh fon

jenis sans serif.

Page 11: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia -Teks

Dekoratif - merujuk kepada fon yang mempunyai unsur-unsur sastera lama dan agak berbunga-bunga seperti tulisan zaman dahulu kala.

Page 12: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia -Teks

Jenis fon apalah yang sesuai untuk menghasilkan aplikasi pembelajaran berasaskan komputer? Sans Serif – Arial

Cetakan - Serif

Page 13: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia -Teks

Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia

PastikanTeks yang Digunakan Boleh Dibaca Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat Awasi Kuantiti Teks pada Paparan Serif Sans serif atau Dekoratif ?

• Sans Serif

Page 14: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia -Grafik Grafik ialah persembahan imej atau paparan visual yang tidak

bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi carta dan lain-lain.

Grafik digital atau grafik berkomputer ialah hasil kerja grafik yang dihasilkan menggunakan sama ada perkakasan ataupun perisian komputer. Grafik digital ialah imej yang mudah seperti garisan, bulatan ataupun papran imej yang kompleks yang dihasilkan oleh komputer.

Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap

sesuatu persembahan.

Grafik juga membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat secara lebih berkesan.

Grafik menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik dan hidup.

Page 15: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

Dalam aplikasi multimedia, elemen teks sahaja tidak memadai untuk menyampaikan maksud kerana ianya terbatas.

Grafik berupaya menyampaikan bukan sahaja maksud

tetapi situasi, perasaan, tonasi serta deria rasa secara lebih terperinci bagi sesuatu keadaan. Grafik digunakan di dalam aplikasi multimedia di dalam keadaan-keadaan berikut :

• Elemen pelengkap. Grafik biasanya merupakan latar belakang dan tekstur di mana ianya menjadi pelengkap terhadap maksud yang ingin disampaikan melalui paparan.

• Fokus utama. Logo, imej, lukisan, rajah dan fotograf yang menghiasi paparan memainkan

Page 16: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

Grafik boleh dibahagikan kepada dua kategori asas, iaitu grafik vektor dan grafik bitmap.

a) Grafik jenis vektor merujuk kepada grafik berorientasi objek yang dihasilkan

menerusi arahan matematik. Contohnya, sebiji bola di dalam format grafik vektor terbina

daripada definisi matematik, di mana sebuah bulatan dengan radius tertentu, ditetapkan pada lokasi tertentu dan diisi dengan warna tertentu. Walaupun bola tersebut dialih lokasi, diubah saiz mahupun di tukar warnanya, kualiti grafik yang dihasilkan tetap sama.

Page 17: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik Grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi. Imej

vektor boleh diubah saiz dan juga dicetak dengan mana-mana pencetak tidak kira berapa resolusinya tanpa kehilangan kualiti imej tersebut.

Ruang ingatan yang digunakan untuk menyimpan maklumat jenis vektor juga agak kecil.

Grafik vektor adalah paling sesuai untuk teks (terutamanya teks yang kecil) dan grafik yang tebal (bold) di mana apabila diubah saiznya, kualitinya tetap sama. Sebagai contoh - logo.

Antara aplikasi yang menyediakan persekitaran berasaskan vektor ialah Macromedia Freehand, Adobe IIIustrator dan Corel Draw.

Page 18: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

b) Grafik Bitmap

Grafik bitmap juga dikenali sebagai imej raster atau imej peta bit.

Imej bitmap terhasil daripada titik-titik yang disusun secara spesifik dalam bentuk matrik. Titik-titik ini dikenali sebagai piksel (Pixels = Picture + Element). Imej-imej piksel ini dinamakan imej bitmap.

Piksel-piksel ini disusun mengikut saiz, warna, dan lokasi. Kombinasi kesemua piksel pada skrin komputer inilah yang menghasilkan imej. Setiap piksel atau titik yang membentuk imej bitmap terdiri daripada 3 warna iaitu Merah, Hijau dan Biru atau lebih dikenali sebagai warna RGB.(Red, Green, Blue). Walau bagaimanapun piksel-piksel ini juga boleh terdiri daripada warna hitam dan putih (monochrome) atau warna kelabu atau mempunyai 256 warna hingga 16 juta warna.

Page 19: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

Cara yang boleh diikuti untuk menghasilkan imej bitmap:-(a) Menghasilkan imej dari mula dengan

menggunakan program lukisan komputer seperti Paint Program.

(b) Menangkap imej terus dari skrin (screen capture) dan kemudian menampal (paste) imej tersebut ke dalam program lukisan komputer atau aplikasi anda.

(c) Menangkap imej dari foto, lukisan atau imej televisyen dengan menggunakan pengimbas atau kad pendigital video untuk mendigitkan imej tersebut.

Page 20: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

Cara yang boleh diikuti untuk menghasilkan imej bitmap:-(a) Menghasilkan imej dari mula dengan

menggunakan program lukisan komputer seperti Paint Program.

(b) Menangkap imej terus dari skrin (screen capture) dan kemudian menampal (paste) imej tersebut ke dalam program lukisan komputer atau aplikasi anda.

(c) Menangkap imej dari foto, lukisan atau imej televisyen dengan menggunakan pengimbas atau kad pendigital video untuk mendigitkan imej tersebut.

Page 21: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

imej bitmap juga bergantung kepada resolusi paparan dan keupayaan perkakasan grafik dan monitor komputer anda.

Autoracing merupakan teknik di mana imej bitmap ditukar menjadi imej vektor. Contoh perisian yang digunakan untuk proses ini ialah Streamline dari Adobe.

Saiz fail imej bitmap biasanya dimampatkan untuk menjimatkan memori dan ruang cakera, dengan menggunakankaedah pemampatan di dalam failnya sendiri seperti format fail GIF, JPEG dan PNG.

Page 22: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

Format Fail

.bmp Windows Bitmap; fail BMP adalah format fail yang paling efisien untuk digunakan dalam persekitaran Windows.

.gif Graphics Interchange Format (GIF); dibangunkan oleh CompuServe untuk digunakan pada rangkaian komputer. GIF adalah antara format grafik yang lazim digunakan untuk imej di laman web.

.jpg imej JPEG; dinamakan sempena jawatankuasa piawaian yang membangunkannya iaitu Joint Photographic Experts Group. Berhasrat untuk menjadi format grafik yang tidak khusus untuk sesuatu platform (platform Independent). Merupakan format fail grafik yang paling popular digunakan di laman web.

Page 23: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

Format Fail

.pcd Photo CD; berdasarkan teknologi Photo CD dari Kodak. Mempunyai lima jenis saiz yang berbeza untuk setiap gambar, dari saiz “dompet” hinggalah ke saiz “poster”.

.pict format piawai untuk imej dalam persekitaran Macintosh. Digunakan untuk pembangunan antara platform (cross-platform).

.png format Portable Network Graphics; disebut sebagai ping. .png dibangunkan sebagai format bebas lesen dan paten (patent and license-free format) dan merupakan alternatif kepada GIF.

Page 24: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

Format Fail

tiff` Tagged Image File Format (TIFF); dibangunkan oleh Aldus Corporation dan mempunyai banyak versi fail. Lazimnya digunakan dalam pakej perisian penerbitan meja dan merupakan format fail yang digemari syarikat percetakan.

.eps Encapsulated PostScript; merupakan format fail yang digunakan dalam PhotoShop dan boleh mengandungi kedua-dua grafik bitmap dan vektor. Ia disokong oleh banyak program grafik, ilustrasi dan rekaletak mukasurat. Juga digunakan untuk memindahkan kerja-kerja seni bahasa-PostScript di antara aplikasi.

Page 25: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - GrafikPerisian-perisian Grafik

Page 26: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Grafik

Panduan Menggunakan Grafik dalam Multimedia

Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran

Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama

Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah

Page 27: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

Animasi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “dihidupkan” atau “bring to life”. Animasi adalah satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup.

Definisi animasi yang lebih menyeluruh dapat dilihat daripada takrifan yang diberikan oleh Neo & Neo (1997) seperti berikut:

“Animasi merupakan satu teknologi yang membolehkan imej pegun kelihatan seolah-olah hidup, dapat bergerak, beraksi dan bercakap. Ini dimungkinkan dengan menerapkan satu teknik kinematografi grafik dan seni plastik untuk menghasilkan atau memberi ilusi pergerakan dan penghidupan kepada lukisan kartun, lukisan tangan, patung dan objek tiga dimensi.”

Page 28: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

Animasi dimungkinkan kerana fenomena biologikal yang dikenali sebagai “persistence of vision”. Sesuatu objek yang dilihat oleh mata manusia akan dipetakan pada retina dalam satu jangka masa yang singkat selepas ianya dilihat.

Ini membolehkan berlakunya satu siri imej yang berubah sedikit demi sedikit dengan kadar yang pantas secara silih berganti sehingga ia kelihatan dan menghasilkan satu ilusi yang hidup serta bergerak secara sendiri

Denganmengubah sedikit kedudukan atau rupa bentuk sesuatu objek dengan pantas, mata kita akan mengandaikan perubahan tersebut sebagai satu pergerakan atau animasi.

Page 29: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

Prinsip ini boleh diperjelaskan lagi dengan satu ilustrasi yang memaparkan beberapa gambar bulatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah Perhatikan rajah ini, pada setiap satu bulatan tersebut dilukiskan gambar anak panah pada kedudukan yang berbeza dan kedudukan ini ditukarkan ke arah kanan pada kadar 15 darjah.

Page 30: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

Sesebuah video dibina dengan menggunakan 30 bingkai atau gambar untuk setiap saat (30 fps); iaitu merujuk kepada kelajuan atau kepantasan bagi setiap bingkai digantikan secara silih berganti dengan bingkai seterusnya bagi menghasilkan suatu paparan seolah-olah imej tersebut saling berhubungan dan membentuk suatu pergerakan yang hidup.

Bagi sesuatu animasi komputer berfungsi dengan baik, ia perlu dibina dengan menggunakan 12 hingga 15 bingkai setiap saat (12 - 15 fps).

Sebarang jumlah fps yang kurang daripada nilai tersebut akan menghasilkan animasi yang tidak licin dan terhenti-henti. Ini disebabkan mata manusia sempat untuk menangkap perbezaan yang berlaku semasa pertindihan antara bingkai itu.

Page 31: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

Kepentingan Animasi

Animasi menceriakan lagi persembahan sesuatu maklumat.

Animasi membantu di dalam menerangkan suatu konsep yang kompleks dengan mudah.

Animasi mampu menarik perhatian pengguna atau penonton.

Page 32: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah program atau perisian multimedia.

Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan animasi. Klip video mencekup (capture) aksi pergerakan sebenar, manakala animasi yang dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar.

Fail video digital juga lebih besar daripada fail animasi. Klip video digital hanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi kelebihan kepada keseluruhan persembahan tersebut.

Page 33: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

ANIMASI TRADISIONAL

Kebanyakan teknik dan kaedah animasi tradisional telah dibangunkan pada tahun 1930an di studio Walt Disney. Teknik-teknik ini bertujuan untuk menghasilkan animasi yang lebih realistik dan menghiburkan.

a) Bingkai Utama (Keyframe)

Semua animasi tradisi dilakukan dengan menggunakan tangan. Untuk menjimatkan masa dan mengurangkan beban kerja pelukis- pelukis ini, maka kerja-kerja penghasilan animasi diagihkan kepada lebih daripada seorang. Untuk membolehkan proses pengagihan ini berjalan dengan licin, bingkai utama dirujuk. Sebelum sesuatu animasi itu dilaksanakan, papan cerita perlu dihasilkan terlebih dahulu untuk menunjukkan urutan cerita animasi tersebut.

Page 34: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

Setelah papan cerita disiapkan, ketua pelukis grafik atau animator akan melukis bingkai-bingkai utama (selalunya bingkai pertama dan bingkai terakhir untuk sesuatu aksi). Bingkai-bingkai utama inilah yang dikenali sebagai key frames. Ia akan menjadi kunci atau bingkai rujukan untuk bingkai-bingkai yang lain.

Setelah bingkai utama siap dilukis, pelukis-pelukis grafik lain akan mengambil alih tugas dengan melukis pula bingkai-bingkai yang berada di antara bingkai utama atau rujukan tadi. Proses melukis bingkai-bingkai yang terdapat di antara bingkai-bingkai utama ini juga dikenali sebagai tweening.

Page 35: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

b) Tweening

Tweening merupakan proses menghasilkan imej atau objek di antara bingkai-bingkai utama bagi memaparkan seolah-olah suatu pergerakan telah terbentuk. Proses tweening terlebih dahulu memerlukan anda mengira bilangan bingkai-bingkai yang terdapat di antara bingkai utama dan laluan yang bakal diambil oleh sesuatu aksi. Seterusnya urutan aksi-aksi ini akan dilukis dengan pensel. Sekiranya berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan, barulah lakaran pensel tadi akan didakwatkan dengan kekal.

Page 36: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

c) Onion Skinning

Onion skinning merupakan satu lagi teknik animasi yang digunakan di dalam animasi sel tradisional. Dengan melukis pada helaian atau permukaan yang lutsinar, pelukis-pelukis grafik dapat melihat garis kasar atau outline sel sebelumnya untuk dijadikan panduan untuk mereka melukis atau menghasilkan perubahan imej sel yang seterusnya.

Page 37: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

d) Frame By Frame

Teknik yang digunakan oleh golongan profesional yang menjanjikan kesan animasi yang lebih realistik dan mengikut keperluan animator yang sebenarnya dan bukan hasil ramalan yang dilakukan oleh komputer.

Mempunyai beberapa set imej yang serupa dan hanya berbeza daripada segi saiz, lokasi ataupun kedudukan bahagian-bahagian tertentu.

Page 38: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt

Elemen Multimedia - Animasi

Animasi Sel

Teknik animasi yang dipopularkan oleh Walt Disney ini menggunakan lukisan secara berurutan atau bertindanan dari satu bingkai ke bingkai yang berikutnya.

Animasi sel memanfaatkan ketiga-tiga teknik bingkai utama, tweening dan onion skinning yang dipelajari sebelum ini. Filem biasanya dibina dengan menggunakan 24 bingkai untuk setiap saat (24 fps). Dengan itu, untuk menghasilkan satu minit animasi, kita memerlukan lebih kurang 1,440 bingkai yang berlainan. Istilah sel berasal daripada helaian seluloid lutsinar yang digunakan untuk melukis setiap bingkai. Kini, ia telah digantikan dengan asetat atau plastik

Page 39: PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MULTIMEDIA.ppt