pengenalan kepada sistem komputer

11
MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin APA ITU KOMPUTER? 1- Sebuah mesin pengoperasian elektronik yang berkemampuan untuk menghasilkan data, menerima data, memanipulasikan data, menjana keputusan dan menyimpan data. 2- Sebuah peralatan yang berkeupayaan melakukan pengiraan dan membuat keputusan logik (logical decision) berjuta-juta kali lebih cepat dari manusia. 3- Sebuah peralatan yang berfungsi untuk memproses data berdasarkan set-set arahan yang dikenali sebagai program komputer. 4- Komputer tidak lebih dari sebuah peralatan atau mesin pintar ciptaan manusia yang tidaklah sebijak manusia itu sendiri. MENGIMBAU SEJARAH PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD 1643 Kalkulator matematik pertama dibina oleh Blaise Pascal 1822 Charles Babbage membangunkan Analytical Engine 1945 Vannever Bush menulis menulis tentang Memex 1946 Komputer digital pertama dibangunkan (ENIAC) oleh Mauchly and Eckert 1947 Komputer pertama yang menggunakan konsep program (UNIVAC) dibangunkan oleh Von Newmann 1975 Komputer untuk kegunaan peribadi (Home Computer) dilancarkan Altair 8800

Upload: rosiadi84

Post on 14-Jun-2015

6.478 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Nota ini digunakan semasa Kursus Bestari ICT II di daerah Beaufort, Sabah anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ia mengandungi penerangan ringkas mengenai asas sistem komputer dan sesuai digunakan oleh mereka yang baru hendak mengenali komputer.

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

APA ITU KOMPUTER?

1- Sebuah mesin pengoperasian elektronik yang berkemampuan untuk

menghasilkan data, menerima data, memanipulasikan data, menjana keputusan

dan menyimpan data.

2- Sebuah peralatan yang berkeupayaan melakukan pengiraan dan membuat

keputusan logik (logical decision) berjuta-juta kali lebih cepat dari manusia.

3- Sebuah peralatan yang berfungsi untuk memproses data berdasarkan set-set

arahan yang dikenali sebagai program komputer.

4- Komputer tidak lebih dari sebuah peralatan atau mesin pintar ciptaan manusia

yang tidaklah sebijak manusia itu sendiri.

MENGIMBAU SEJARAH

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

1643Kalkulator matematik pertama dibina oleh Blaise Pascal

1822Charles Babbage membangunkan Analytical Engine

1945Vannever Bush menulis menulis tentang Memex

1946Komputer digital pertama dibangunkan (ENIAC) oleh Mauchly and Eckert

1947Komputer pertama yang menggunakan konsep program (UNIVAC) dibangunkan oleh Von Newmann

1975Komputer untuk kegunaan peribadi (Home Computer) dilancarkan – Altair 8800

Page 2: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

KOMPONEN KOMPUTER

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

1976Steve Wozniac melancarkan Apple I

1977Apple II dilancarkan

1983Apple melancarkan Lisa. Komputer pertama yang menggunakan peralatan input dipanggil tetikus (mouse)

1980 an -1990 an – Masa KiniPerkembangan pesat dalam industri Mikroprocessor membawa kepada penghasilan komputer yang lebih canggih, berkuasa, dan mini.

Page 3: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Secara amnya sebuah komputer terdiri daripada 4 komponen iaitu : Hardware

(Pekakasan), System BIOS, Operating System (Sistem Pengoperasian) dan

Application Software (Perisian Aplikasi).

2- Perkakasan ialah peralatan elektronik dan mekanikal yang membentuk sebuah

sistem komputer. Contohnya seperti, Hard Disk dan Motherboard.

3- Perisian ialah satu set arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk melakukan sesuatu tugasan. Contohnya seperti, System BIOS, Windows operating system dan Microsoft Office.

5 KOMPONEN ASAS PERKAKASAN SEBUAH KOMPUTER

KOMPONEN KOMPUTER : MONITOR

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

Monitor

Papan Kekunci

Sistem Unit

Speaker

Tetikus

Page 4: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Merupakan perkakasan untuk paparan. Berbentuk seperti monitor televisyen.

2- Imej yang terhasil pada monitor terbina daripada pixels (titik)

3- Semakin tinggi resolution sebuah monitor semakin jelas imej yang dapat

dipaparkan pada monitor.

KOMPONEN KOMPUTER : PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)

1- Peralatan input untuk memasukkan teks dan arahan.

2- Ia terdiri daripada kekunci yang boleh ditekan (Untuk dekstop : 101-105 kekunci)

3- Terdapat 3 jenis papan kekunci iaitu serial port (PS2), USB dan wireless.

KOMPONEN KOMPUTER : TETIKUS (MOUSE)

1- Peralatan input / pointer yang digunakan untuk mengawal pergerakan cursor

atau pointer pada paparan skrin.

2- Boleh melakukan operasi seperti point, click, right-click, double-click, drag, rotate

wheel dan press wheel.

3- Terdapat 2 jenis tetikus iaitu tetikus mekanikal dan tetikus optical.

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

Page 5: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

KOMPONEN KOMPUTER : SISTEM UNIT

1- Bahagian paling utama dalam sebuah komputer.

2- Menempatkan pelbagai komponen elektronik yang membolehkan sebuah

komputer menjalankan fungsinya.

3- Antara komponen yang terdapat di dalamnya seperti: motherboard, power

supply, RAM, dan CPU.

KOMPONEN KOMPUTER : SPEAKER

1- Peralatan output yang mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi.

KOMPONEN-KOMPONEN LAIN

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

Touch Pad Tablet Pen

Sistem Unit

Page 6: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Setiap komponen perkakasan komputer berintegrasi antara satu sama lain untuk

menjalankan fungsinya dan ini meningkatkan keupayaan sebuah komputer

untuk melakukan tugas yang diberikan.

2- Setiap komponen perkakasan juga dikelaskan mengikut operasi atau fungsi

yang dilakukan oleh perkakasan tersebut.

APA YANG DILAKUKAN OLEH SEBUAH KOMPUTER? (OPERASI ASAS)

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

Mesin Pencetak (Printer)

Page 7: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Samaada kecil atau besar, semua komputer melakukan 5 operasi asas yang

sama iaitu:

1. Input

2. Proses

3. Output

4. Storage

5. Communication

2- Semua operasi ini dilakukan dengan bantuan perkakasan-perkakasan yang

tertentu seperti dalam jadual dibawah:

Peralatan

(Device)

Maksud Contoh

Input Perkakasan yang digunakan untuk

memasukkan data dan arahan ke dalam

sistem komputer untuk diproses

Papan kekunci, tetikus,

mikrofon, kamera digital,

mesin pengimbas

Proses Perkakasan yang digunakan untuk

memproses data, arahan dan maklumat

Motherboard, processor,

memory, power supply

Output Peralatan yang membawa /

mengembalikan maklumat kepada

pengguna

Mesin pencetak, monitor,

speaker

Storage Perkakasan untuk menyimpan data

arahan dan maklumat untuk kegunaan

masa akan datang

Cakera keras, CD, Disket,

Thumb drive, DVD

Communication Perkakasan untuk mewujudkan

jaringan / hubungan antara sebuah

komputer dengan komputer yang lain

dengan menggunakan kabel, jaringan

telefon ataupun satelit.

Modem, networks interface

cards, hub, wireless

broadband

KITARAN PEMPROSESAN DATA (DATA PROCESSING CYCLE)

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

Page 8: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

PERWAKILAN DATA (DATA REPRESENTATION)

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

ProcessInput Output

Storage

Pengguna memasukkan data dengan menggunakan peralatan input

Data diproses oleh processor. Semasa operasi pemprosesan, data yang diterima akan di ubahsuai

kepada maklumat yang berguna.

Storan berfungsi untuk menyimpan data untuk kegunaan masa akan

datang

Data atau maklumat

dipersembahkan semula

kepada pengguna

menggunakan peralatan

output

ProcessInput Output

Storage

Page 9: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1- Komputer memaparkan data secara digital yang mana ia hanya mengenali 2

bentuk diskret iaitu on atau off dengan 2 digit yang unik iaitu 0 bit dan 1 bit

sahaja.

2- Apabila 8 bit dikumpulkan bersama ia akan membentuk satu byte (perwakilan

untuk satu huruf, nombor atau simbol).

3- Kombinasi 0 dan 1 untuk mewakili satu karekter di tentukan oleh sistem

pengkodan (Coding System) yang diguna pakai pada peringkat antarabangsa.

4- Antara sistem pengkodan yang popular ialah ASCII, EBCDIC dan Unicode.

5- Sistem pengkodan ASCII dan EBCDIC digunakan untuk mengkodkan nombor

dan abjad rumi, manakala sistem pengkodan Unicode digunakan untuk

mengkodkan abjad bukan rumi seperti tulisan Jepun, Korea, Cina, Thai dan

sebagainya.

Contoh :

ASCII Huruf / Simbol EBCDIC

00110010 2 1111001000110100 3 11110011

01000001 A 1100000101000101 E 11000101

Bagaimana satu karekter huruf dihantar daripada papan kekunci ke dalam komputer?

Langkah 1 : Huruf ‘T” di tekan pada papan kekunci (ADC: Analog Digital Converter)

Langkah 2 : Signal elektronik untuk huruf ‘T” dihantar ke sistem unit.

Langkah 3 : Signal tadi diubah kepada kod ASCII (01010100) dan disimpan di

memory (Digital)

Langkah 4: Selepas diproses kod untuk huruf ‘T” ditukarkan kepada imej pada

peralatan output untuk paparan. (DAC: Digital Analog Converter)

KATEGORI KOMPUTER

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD

Page 10: Pengenalan Kepada Sistem Komputer

MODUL: PENGENALAN KEPADA SISTEM KOMPUTER Oleh: Rosiadi Bin Tajudin

1. Personal Computer (Komputer Peribadi) – Desktop, Laptop, Netbook

2. Handheld Computer (PDA – Personal Digital Assistant)

3. Server (Small Cabinet)

4. Mainframe (Menghubungkan beratus-ratus hingga beribu-ribu komputer)

5. Supercomputer (Menghubungkan beribu-ribu hingga berjuta-juta komputer.

Biasanya sebuah syarikat multinasional yang besar seperti Intel)

Apa yang telah saya pelajari?

PROGRAM BESTARI ICT 2009 VISTA EXCELLENCE SDN BHD